Thursday 6 November 2014

nama macam dalam novel


assalamualaikum..

okeh ini memang buat akak tergelak dipetang hari.
ada sorang adik kat ofis nih,dipanggil 'medu', apa maksudnya jangan tanya sebab akak pun tak tahu.
sedang akak melayan perasaan dekat meja sensorang,
tetiba dia datang menegur.

"anak kak lah yang nama ryan tu berapa umurnya?"
dah besar dah dik ooiii...5 tahun dah..
ryan itu merujuk kepada adam ye...
pastu sembang2 akak pun cakaplah nama anak2 akak
"huiiihh..nama semua macam dalam novel"kata dia sambil tersenyum
hahaha..dah omaknya ni peminat novelkan...
tapi takdelah novel mana pun,nama biasa2 je kot..saje ko nak bikin gempak kan..

sejarah nama anak2...takdelah nak mengikut konsep apa kan
cuma dulu berbincang, jika lelaki permulaan nama mesti ikut en.azmi huruf 'A'
semangat mencari nama utk adam dulu,akak minat nama aryan (kekuatan yang sesungguhnya)
jadi ada beberapa nama yang tersenarai nak digandingkan dgn aryan tu,
akak taknak panjang2 cukup 2 perkataan je la,
setelah berbincang maka pilihlah adam,lagi pulak anak lelaki pertama, ikut nama nabi yg pertama adam a.s..dulu2 family akak panggil adam ni ryan,kawan2 pun ada yg panggil nama tu,
akak je dok panggil adam..lama2 lekat nama adam lah sampai sekarang..

nama adrien pulak,sama la nak cari huruf 'A' jugak..nama belakang aryan tu dikekalkan sebab akak malas nak fikir banyak dah,cari nama depan je senang,penat jugak nak cari nama ni..hehehe saje buat penat pada hal takde apapun kan..
ntah macammana tetiba terjumpa nama adrian,tp nak diganding dengan aryan macam tak kena, huruf 'an' dihujung tu sama pulak,akak tukar kepada adrien..hehehe sesuka hati akak je kan..
ok lah janji bernama ye tak...
susah juga orang nak menyebutnya..ada yg kata nama macam mat salleh..
hehehe takde la mat salleh mana pun,biasa2 je hidung pun kemek je budaknye..
kihkihkih..hidung omak nyer pun kemek,memang padanlah kan..

adelya pulak...
dalam was-was..boy ke girl...naluri mama ni kadang2 betulkan..
cuma tidak mahu terlebih eksaited..jadi kita buat biasa2 je la..pada hal dalam hati dah menggedik2..
nama untuk adelya ni pun dah hujung2 dekat nak bersalin baru akak cari,
dapatlah dua nama je, tak semeriah senarai nama abang2 dia dulu...ehehehe
dah bersalin dan confirm gigirl,baru la akak tunjukkan nama yang akak cari tu dekat en.azmi,
dia pun tak tau nak pilih yang mana,tanya family akak masa tu,pastu ramai yg pilih adelya azra..
en.azmi kata taknak ke letak adelya azra aryanna...
ehhh...panjang pulak akak rasa kan..susah pulak mama ni nak panggil nanti..
keputusan dibuat nama yg dipilih adelya azra akhirnya(semua pun dah tau kan..saja nak cerita..).
en.azmi suruh letak nor jika anak perempuan,akak taknak juga, sebab nak kekalkan konsep huruf 'ad' dipangkal nama anak2..jadi gigih la mencari nama yang bermula bengan huruf 'ad'

bukan apa akak taknak letak panjang2 sebab akak suka panggil anak2 dengan nama penuh tak suka singkatan,barulah dipanggil dengan maksudnya sekali kan, cumanya tidaklah disebut 2 perkataan tu, sebut nama yang pertama je la...
adam,adrien,adelya...kadang2 akak panggil nama penuh juga la,
tengok keadaan..
en.azmi pulak suka panggil nama singkatan..ikut dia lah, tapi akak nak panggil nama penuh juga hehehe.. 
oklah panjang pulak bebelan mama kali ini...

wassalam

8 comments:

  1. hehe...memang saya dulu ada terdetik kata nama anak-anak akak macam dalam novel
    tak berani nak meluahkan aje =)
    saya pula nama anak en suami yang bagi
    kalau saya nak bagi semua A, sebab afif dah A
    tiba part aisyah, jadi D kat depan, malaslah nak masam mukakan, biarlah

    saya juga tak suka panggil anak dengan gelaran
    ustaz ada kata, nama yang kita panggil tulah akan digunakan di akhirat kelak

    so saya panggil mereka biasanya dengan nama mereka
    afif maksudnya lelaki yang bermaruah atau punyai harga diri
    dan aisyah pula hidup bahagia atau kesejahteraan =)

    ReplyDelete
  2. hehehe saya ni kak.. letak nama anak ikut feeling time tu, rasa macam suka jer, letak. hehehee tapi memang cantik2 dan sedap nama anak2 akak, lembut jer....
    sekarnag ni kan drama banyak nama "melina".. saya macam eh kenapa lak tetiba ni? hahaha

    ReplyDelete
  3. Cantik nama anak2... Tp betul lah, part nak bagi nama kat anak ni mmg mencabar...
    Anak2 sy xde tema pun... Asal sedap dipanggil dan elok maksudnya :)

    ReplyDelete
  4. Eh..saya pun pernah berkenan nama arianna.. ejaaan lain sikit tapi dah nak sama dengan nama en azmi sebut tu. Tapi of coZ sb xda lagi ank perempuan, jadi takde la mek na dalam rumah kami ni.

    Haha.. gitu kesnya. Yang pasti nama 3 beradik ni comel2 belaka.sedap dgr

    ReplyDelete
  5. semuanya sedap. betul tu sy pon suka panggil nama penuh.nama anak saya 1 perkataan je.. mak mertua suruh letak nur pon saya x nak..sbb saya sndiri pon nama 1
    perkataan jga..

    ReplyDelete
  6. saya pun suka panggil nama penuh..baru ada maksud kan

    ReplyDelete
  7. Sedap2 nama anak2 k.lah.
    Ira anak baru sorang.. So takde format lg. Hehe..
    Bagus pggl nama penuh.. Maknanya x terjejas.

    ReplyDelete
  8. samalah suka panggil nama dia penuh. sebab tu letak dua nama pun pendek. Fateh Uwais. itu pun ada jugak org yg pendekkan nama dia jadi Wais. susah sgt ke ape ntah nak sebut uwais tu. geram sebab tak suka org pendekkan nama anak kita sebab nanti maksud dah lain.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...