Monday, 18 March 2019

Sukan Pasti Kuala Langat

Assalamualaikum...

Mama buat siaran langsung dari ole futsal,olak lempit sempena sukan pasti daerah kuala langat hahaha...siap buat lintas langsung ye macam perlarian pun ada mama ni ha semangat nak tengok anak sukan tapi adelya tak boleh nampak mama asyik nak keluar gelanggang je, boleh pulak tetengah game tu dia lari minta air dekat mama hahaha hadoii lah anak...layannn je la.

Dapat port lepak bagus dah tengok anak berlawan.datang pulak 2 orang parent ni semangat kesukanannya tahap dewa tegezut mama okeh, dari luar gelanggang dijerit-jerit dekat anaknya suruh.rebut bola, suami isteri pulak tu, eh dah kenapa semangat sangat nih, siap adelya yang datang dekat mama pun disoundnye..ehhh kecik besor je mama tengok,malas nak layan kita belah cari tempat lainlah, mama semangat juga tapi tak delah lebih-lebih budak2 je kot yang main, lepas tu baru 2 bulan je kot latihan. Dengan cuaca panas memang takde mood budak2, itupun dorang main jugakkan.


Pagi2 hantar ke Pasti sebab pergi dengan mualimah, bangun tidur ceria je sampai Pasti dah mula buat perangai kawan2 lain ok je, yang adelya tu tengoklah...seluar pun senteng sebelah mama pun terpaksa berdiri sebelah dia ambik gambar, tapi mama croplah gambar mama tu kan. Dahla dia ketua kumpulan dia lak yang buat perangai, bersabar je mama dibuatnya. Lepas tu mama tinggalkan je dengan mualimah...adoiilah anak oiii macam2.


Pasukan bola jaring Pasti assofe one. Main secara liga kesian tengok anak2 main walaupun dikawasan berbumbung tapi dalam cuaca panas ni berbahang juga dibuatnya. Ok jugalah kali ni buat dekat ole futsal ni dapatlah penonton tempat berteduh. Kalau buat di padang mau terbakar kulit mama ni.


Gaya dah ada tu hehehe, 1st game seri,lepas tu dia mula buat perangai nak.suruh mama duduk dekat dia je..eheh mama bukan mualimah nak boleh masuk.gelanggang,puas pujuk mualimah pun dok tolong pujuk. Pening mama dibuatnya tau, menangis dekat tepi gelanggang tu, katanya mama tak tengok dia main, aduhai mama dok tercongok tepi padang dia tengah main datang dekat mama, mualimah suruh mama duduk jauh sikit supaya adelya tak nampak nanti dia taknak main. Dah serba salah mama ni haa.


Kena cukai seketul belon.frozen yang gedabak besarnya, muka pun ada senyum mujurlah besar macam tu pun rege rm5 je..itupun dia main.seret2 je bila mama cakap bawa elok2 nanti pecah pandai je dia jawab"kalau pecah beli la lagi bukan mahal pun 5 ringgit je" amboi2 dia ada je nak jawabkan, itu rm5 kalau beli burger kenyang dah tau heheh tapi takpe sesekali bukan selalu pun dapat, itupun sebab mama yang cakap nak bagi hadiah untuk dia sebab main bola jaring, ingat nak belikan kerongsang hello kitty yang comel tapi dia nak belon, takpelah kita ikut je la kan.

Lepas ambik hadiah baliklah tak tunggu lama sebab panas sangat, makanan pun tak ambik takpelah rezeki untuk orang lainlah tu kan. Sudahnya pagi ni mama cuti sakit kepala dan demam..kahkahkah semangat sangat tengok anak bersukan kan, takpe Allah nak bagi mama rehatlah tu kan. Entri yang ditulis bersambung dari semalam, so hari ni duduk dengan.adelya la dia pun cuti hari ni. Malam tadi tiga2 orang datang picit kaki tangan mama bila tahu mama tak sihat...haii sejuk hati mama ni.

Wassalam

Friday, 15 March 2019

Good parenting

Assalamualaikum... Salam Jumaat Sayyidul ayyam.


Moga dihari jumaat yang mulia ini kita semua sentiasa berada didalam rahmat dan redha Allah swt. Jangan lupa berselawat banyak-banyak.

Ceita dah lama tapi baru nak up.Kita merancang Allah jua merancang dan  tentulah perancangan Allah yang terbaik buat kita. Mulanya mama dipilih untuk menghadiri program bicara psikologi dengan tajuk yang sangat menarik bagi mama, tapi selepas tu dapat pula emel perlu hadiri perbincangan dengan pihak HQ pada waktu dan tarikh yang sama, rasa sedih jugaklah hati ni, tapi dalam pada itu mama terus berdoa moga adalah peluang mama untuk hadiri juga program bicara tu tapi kalau tak dapat pun mama redha la. Sehari sebelum program dapat satu emel yang buatkan mama rasa nak lompat bintang, alhamdulillah doa mama didengari, perbincangan dengan HQ ditukar ke sebelah petang, teruslah mama tanya Puan Bos boleh tak nak pergi program bicara yang dibuat sebelah pagi Puan Bos izinkan..syukur sangat-sangat.

Program bicara psikologi diadakan di Bangunan SUK, dekat sajalah dengan ofis mama kan, mama pergi berdua dengan kawan. Ramai juga yang join program ni yang penting boleh masuk espl, bolehlah cukupkan target 7hari kursus kan. Apa yang menyebabkan mama nak sangat hadir nih, tentulah sebab tajuknya kan, tajuk ni mainkan peranan yang penting jugakkan. Mama dah kongsi sikit-sikit dekat status whatsapp mama tapi ada yang minta mama share dekat group, nak bagitahu dorang mama tulis dekat blog memang taklah kan hehehe seganlah kalau kawan2 ofis tahu mama ada blog, menulis di blog memang mama akan tulislah. jadi mama kongsilah apa yang mama dapat dari program hari tu kan, jenuh jugak nak teliti tulisan sendiri sebab dah macam cakar rimau je tulisan mama tu menulis laju-laju, snap guna enfo tak berapa jelas maklumlah enfon dah uzur kan.


GOOD PARENTING

GOOD CHILDREN FROM AWSOME PARENTING, WHY SHOULD TAKE SERIOUS

-Tingkahlaku kita dipengaruhi oleh ahli keluarga kita, anak dari 0-2tahun mengikut cara ibu, selepas 2tahun lebih mengikut cara ayah.
-anak2 memerlukan sempadan bagi mewujudkan jati diri dalam diri, beri anak2 cari sendiri hala tujunya dengan bimbingan kita, berunding dengan anak2 dalam membuat pilihan.
-Anak2 perlukan tanggungjawab walau sekecil manapun anak itu – bermula umur 2 tahun anak2 perlu diberikan tanggungjawab dalam melaksanakan kerja rumah, beri tugas yang mudah seperti menyapu sampah,membasuh pinggan, membuang sampah, jadikan ia tanggungjawab  tetap bagi anak2 dan perlu dilakukan setiap hari, jangan ada rasa kesian kepada anak untuk berikan tanggungjawab itu.

Perkara positif yang perlu dilakukan

 Bermesyuarat - dengan anak2 jika ada apa2 isu, bermula umur anak 7 tahun kita sudah libatkan anak dengan mesyuarat dalam keluarga jadikan mesyuarat itu mingguan atau bulanan yang penting perlu bermesyuarat dengan anak2.
Bekerjasama- ajak anak2 untuk bekerjasama menyelesaikan sesuatu perkara atau membuat sesuatu pekerjaan secara bekerjasama untuk elakkan perasaan dengki dan irihati, jika beri tugasan setiap anak perlu diberi tugasan, mengikut tahap umurlah.
Komitmen – setiap anak perlu diterangkan dengan komitmen mereka pada satu2 perkara atau benda
Komunikasi – jangan khutbah lama2 pada anak2,  terutamanya ibu jangan berleter lama2 paling lama pun 10-15minit, jika nak bagi nasihat ibubapa perlu fikir dulu apa yang kita nak cakap, selepas kita habis bercakap tanya feedback anak2, waktu terbaik untuk berkhutbah masa hantar anak2 ke sekolah dalam kereta sebab anak2 tak boleh lari.
Kerahsiaan - Ibu-ibu jangan membawang perihal anak2 pada orang lain, takut nanti anak2 membawang pasal kita pula pada kawan2nya hahahah...
Konfiden - rasa konfiden anak2 boleh dibentuk melalui cara kita berkomunikasi dengan anak2, ibubapa tanya anak2 apa kekurangan kita, apa yang anak2 tak puas hati dengan cara didikan kita, kerana kita manusia yang tak sempurna, kita tak mahu dari rasa kecik hati anak2 itu akan menghalang kita dari masuk ke dalam syurga.
Kontrol- anak2 perlu dikontrol supaya tidak terlalu bebas, negotiate dengan anak2 jika ada permintaan anak2 yang kita rasa tidak wajar sebagai contoh jika anak2 ingin tidur dirumah kawan (sudah tentu kita tak benarkan) jadi kita tawarkan supaya anak2 hanya berjumpa dengan kawannnya diluar dengan ditemani oleh kita ibubapa. Jangan biar anak2 terlepas dari kawalan kita.
Sabar – keep cool dengan anak2, susah untuk didik sabar tapi perlu berusaha untuk jadi sabar.
Keberanian – didik anak2 supaya berani untuk berhadapan dengan masalah kerana sekarang ini ramai anak2 muda yang tidak berani untuk berhadapan dengan masalah dan seringkali mengambil jalan yang mudah untuk lari dari masalah dengan cara yang negatif seperti terlibat dengan dadah atau membunuh diri.
Critical thinking –selalu didik anak2 untuk berfikir diluar kotak
Charitable – beritahu anak2 membantu ibubapa adalah charity, ajar anak agar ringan tangan untuk memberi. Ibubapa bila memberi sumbangan jangan hanya beri sendiri tapi cuba ajar anak2 untuk beri sumbangan, jika terjumpa orang meminta sumbangan dimana2 berikan duit pada anak2 minta anak2 yang berikan sumbangan.

Perkara negatif yang perlu dielakkan.

Competition- jangan wujudkan persaingan yang tidak sihat kepada anak2
Comparison – jangan membandingkan anak2
Control – lebih kepada penderaan
Critic – jangan kita mengkritik anak2 dengan perkataan yang menjatuhkan dan memberikan rasa rendah diri kepada anak2 kerana masih ada ibubapa yang suka mengkritik anak2 dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, berikan pujian kata nasihat tapi bukan kritikan. Kerana kritikan akan menyebabkan anak2 merasa rendah diri.
Corruption – boleh berlaku dalam keluarga contohnya bila anak minta sesuatu pada ibu, ibu akan berkata “ibu dah bagi ni jangan bagitahu ayah ok” jangan lakukan ye elakkan dari buat perkara ini. Tanpa sedar kita dah didik anak2 dari kecil untuk jadi seorang yang corrup.
Confusion – jangan biarkan ini berlaku kepada anak2, cuba develop trust dalam diri anak2 dengan cara kita adakan open communication.
Consumerism – anak2 materialistik, tak semua permintaan perlu dipenuhi terangkan keadaan kewangan keluarga.
Contradiction – beri sesuatu yang berbeza
Careleness
Colonization – inferiorty complex (rasa rendah diri)

6 Tahap parenting

1. Image making (masa pregnant)– semasa mengandung taubat kepada Allah & begin to imagine themselve as a parent, apa yang kita mahukan jika kita sudah menjadi ibubapa, bayangkan wajah dan sifat anak yang kita inginkan, ibu kurangkan bercakap, banyakkan baca quran atau banyakkan membaca bahan ilmiah, makan makanan sunnah, jaga solat, sedekah dan berdoa.

2. Nurturing (0-24 bulan) – emotionally attached to the child melalui penyusuan ibu, pemakanan (perkenalkan makanan awal bayi mengikut warna pelangi), mandi ( ayah tidak digalakkan atau perlu elakkan untuk memandikan anak perempuan) – pada waktu ini kenalkan anak2 pada saudara mara.

3. Authority  (2-5 tahun) – The best of education, beri ilmu yang terbaik kepada anak2 yang paling penting ilmu mengenal Allah dan Rasul, ilmu tentang agama, ajar moral dan etika kerana pada waktu ini otak anak2 seperti span yang mudah menyerap setiap apa yang berlaku dipersekitarannya. Waktu ini juga kita perlu ajar anak tentang bila kita perlu kata ‘yes’ dan bila perlu kata ‘no’ and how to deal with challenging behavior. Peraturan dan disiplin perlu berubah mengikut perkembangan anak2.

4. Interpretive -penafsiran(6-13tahun) – waktu yang kritikal disebabkan rakan sebaya, anak2 lebih dengar cakap kawan dari ibubapa, cuba berhubung dengan kawan anak2 yang selalu anak sebutkan “ye mama..kawan abang yang cakap” kita tanya siapa nama kawannya dan kita jumpa kawannya dan bertanya adakah betul dia cakap macam tu. Biar anak2 lihat kita sebagai mentor. Boleh ajar anak2 memanah, berenang dan berkuda. Waktu ini dah boleh lihat potensi anak.

5. interdependent-saling bergantung (14-18tahun) – anak2 jadi kawan kita, bila kita ada masalah bincang bersama anak2, hargai pandangan anak2. Sebagai contoh nak cat rumah minta pandangan anak dan tanya kenapa anak memilih yang itu. Begitu juga percutian, tempat makan minta pendapat anak. Mak nak beli baju minta pendapat anak2. Appreciate anak2 sama rata (jika punya anak ramai).

6. Depature (19 tahun ke atas) – Bila kita ibubapa dah buat semua yang diatas waktu ini sudah sampai masanya untuk kita lepaskan anak2 untuk berada diluar, bila anak2 sudah mengenal Allah dan Rasul cukup bekalan ilmu agamanya maka kita ibubapa tidak lagi risau untuk lepaskan anak2, tapi percayalah jika rumah kita jadikan satu tempat yang cukup selesa buat anak2 pasti anak2 akan kembali untuk bersama kita. Kita perlu membina persekitaran rumah yang kondusif, rumah mesti selesa, bersih, tak banyak barang.

Pendidikan keselamatan kepada anak2.

pendidikan keselamatan diri
Penggunaan tandas, mandi
Kebersihan tempat tidur dan pakaian
Adab meja makan, makan sampai habis, elakkan pembaziran.
Pendidikan seksual(ini sangat bahaya bukan hanya pada anak perempuan, tetapi sekarang ini pada anak lelaki juga.
Kesihatan (kawalan penyakit) mengikut pertumbuhan/pembesaran anak2-jangan ambil mudah jika anak mengadu sakit kerana sekarang ini terdapat banyak penyakit yang tidak dijangka.

-Ibubapa perlu lihat pada bakat dan potensi anak. Jangan paksa jika anak tak pandai akademik, tapi lihat pada potensi anak yang lain. Masa anak tingkatan 1 ibubapa dah perlu tahu apa potensi anak, carikan mentor untuk anak2 mengikut apa yang anak2 suka. Lihatlah potensi anak lebih daripada kita melihat kelemahan anak2.

How much parents and children hug, hold,cuddle and kiss as the child continues to grow and develop.

Rasanya itu sajalah yang dapat mama kongsikan, moga semua beroleh manfaat dari perkongsian ini. catatan berdasarkan dari apa yang sempat mama catit. Bagus program banyak ilmu yang mama dapat cumanya diri sendiri ni masih tak mampu nak buat apa yang dipelajari disini sebabnya bila dengan anak-anak mama ni rasa nak menyinga je, masih kurang kesabaran nampaknya nih..kena muhasabah diri banyak-banyaklah mama ni.

Wassalam


Monday, 11 March 2019

takut eh

Assalamualaikum..

Cuti hujung minggu tak ke mana-mana pun kami, lepak rumah layan movie je anak-beranak. dapat movie baru tapi takdelah baru sangatkan tapi kami tak tengok lagilah. ada jiran mama ni memang pembekal movie untuk kami, dah lama sebenarnya tak minta movie baru, baru ni en.azmi mintalah movie yang ada.

jadinya semalam kami layan movielah, mula-mula kami tengok Aquaman ok ceritanya menarik bagi mama, layan jugaklah kan cerita ala-ala fantasi gitu dengan kerajaan bawah laut semua, tentera berperang pun guna ikan dan haiwan-haiwan dalam lautlah sebagai kenderaan, menarik anak-anak pun suka tengok. Kalau mama korang nih memang suka lah citer-citer fantasi gitu, malam sebelum tu layan cinderella dekat tv3 pada hal dah banyak kali tengok kikiki. jangan tak tahu masa pregnant mama dok angkut cd citer barbie kahkahkah, sampai ke tua ni lah kalau ada cerita barbie mama mesti tengok punya siap boleh gaduh dengan anak berebut tv.

Habis aquaman adrien dan adelya sibuk nak tengok munafik 2, abang adam dah cuak sebab dia penakut citer hantu..ehhhh korang tak tahu mama korang ni pun cuak haahaha jadi abg adam takut tengok citer hantu tu ikut mamalah kan , takpe abang kita geng. adrien dan adelya tu siap gelak-gelakkan abang, elleh..memula gelak lepas tu semua mengendeng dekat papa takut juga bila hantu keluar, mama dorang ni memang tak layanlah buat-buat ambik buku dan baca wakaka. abang adam tanya "mama tak tengok ke munafik tu?" "mama tak sukalah cerita tu, bukan best pun" hahaha tapi bagi mamalah tak berapa bestlah sebab mama tengok jugaklah sikit-sikit sambil baca buku tu kan, tengok tanpa cermin mata, biar kabur-kabur tak nampak hantu

Abg kalau takut pon jangan tunjuk sangat kena pandai berlakon macam hahaha buat2 baca buku la abg
Adelya datang cakap "adik takut tengok citer munafik nak tengok citer lain" okeh ini peluang untuk mama "suruh papa tukar cerita lain, suruh anak yang cakap pada hal mama ko yang dah gelabah tengok citer hantu. mama bukan apa nanti takut tak boleh tidur malam dok terbayang rupa hantu tu, walaupun hantu tu nampak macam beriman sebab bertudung tapi ishhh tak bolehlah mama, kalau hantu kak limah ok lagi hahaah. aha..lepas ni nak minta citer hantu kak limah la pulak. sebelum ni banyak juga dah tengok movie yang mama baca reviewnya best. tapi tengok dekat rumah je la tak ke panggung pun, tunggu boboiboy dengan upin ipin la baru ke panggung hehehe..

Tutup munafik 2 kitorang layang polis evo2 pulak, mesti ramai yang dah tengokkan mama je baru terhegeh-hegeh nak tengok tapi apa ada hal yang penting tengok juga walaupun dah lama citer tu kan. lagipun mama bukan kaki movie sangat sebab takde geng hahaha, ehh penah tau mama tengok wayang citer tu sampai 3 kali ko..citer apa?? citer hindi hahaha,sanggup ko mereput mama 3 jam dalam panggung, tengok sampai 3 kali pulak tu tapi pergi dengan orang berbeza, eh bukan dengan pakwe ye dengan kawan-kawan, mula kawan ofis,pastu kawan serumah,pastu kawan ofis lagi hahaha.

ok lah nak review movie ni mama tak reti lah, tapi bila baca review diblog kengkawan mana yang mama rasa best tu memang mama tengoklah dan apa yang mama baca dari review tu bertepatanlah dengan apa yang mama tengok, sebab itu mama suka baca review di blog rollodepelicula dia buat review memang bestlah baca.

Sampai jumpa lagi..wassalam

Friday, 8 March 2019

Bulan Rejab : Kemuliaan Dicemari Kepalsuan


Assalamualaikum....

Salam jumaat sayyidul aiyam..semoga kita semua berada dalam redha dan kasih sayang Allah. 1 Rejab hari ini, mama nak kongsi 1 perkongsian yang mama dapat dalam group whatsapp berkaitan dengan bulan rejab ini, moga kita beroleh manfaat bersama In shaa Allah

Oleh:
Dr.Arieff Salleh bin Rosman,
Felo Fatwa

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.

Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.

Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.

'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis PALSU ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).

Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.

Wallahu a'lam.

Wednesday, 27 February 2019

Hari ni nak makan dekat luar lagiii

Assalamualaikum...

Weekend lepas memang mood memasak ke laut dalam, jumaat petang mama dah bagitau en.azmi mama malas masak nak makan dekat luar je, lagipun memang dah lama kami tak makan diluar jadi memang patutlah mama rasa malas nak masak kan hahaha (alasan sangat tuu mama..). Bila tanya anak-anak nak makan apa? Pantas je adrien jawab chicken chop heheh..mama tahu dah.

Fikir punya fikir mana nak pergi kita singgah paktam je la kan senang sebab sekali jalan je dengan tempat lain yang mama nak pergi. Kalau nak ke kedai chicken chop murah di jalan kebun laluan tak sama dan menyimpang jauh, untuk jimat masa kita pergi dekat-dekat je la. Pak tam seafood, sebelum ni pernah la makan disini, ok juga makanannya jadi bolehlah kita ulang pergi kan. Macam biasa anak-anak dengan chicken chop dan fresh orange,mama bihun goreng, en.azmi nasi goreng. Sesekali makan diluar ceria anak-anak.

Ambik gambar lama je yang masih ada tersimpan masa makan di paktam juga nihy
Sabtu malam tak masak juga, kami makan steambot & grill, mama dah cerita pasal ni dalam entri sebelum dengan panjang lebar gituu jadi tak perlulah mama tulis lagi dekat sini kan. Penat nak menaip dengan enfon ni selalu typo jek kikiki nak salahkan screen kecik tapi sebenarnya jari jemari sendiri yang lebor asyik tersalah tekan huruf je. Apa yang boleh mama kata rizqin steambot & grill tu sedap terutamanya daging mix herbs nya... Rasa macam nak pergi lagi je nanti. Makan sambil rilek-rilek je, tak sedar berulang tambah makanan.

Ahad malam..adelya datang dekat mama.."mama yaya rasa malam ni nak makan dekat luar lagi la,nak pergi paktam" amboi-amboi dia tuuuu... Nak makan luar lagi ye. Nasib baik la mama ko penyakit malas masak tak hilang lagi,so kita paksa en.azmi keluar lagi wakaka,tapi takdelah nak ke paktam lagi kan kita cari maktam ke maklong ke pulakkk. Dah alang-alang nak makan kita isi minyak kereta dulu. Balik tu singgah kedai dekat simpang jalan sukepi je, nampak ada jual lempeng terus anak-anak order lempeng.


Tengoklah tu semangat makan lempeng, sebelum tu adrien ni dah bising "lambatnya lempeng ni, bukan ke senang je nak buat lempeng"πŸ˜‚..amboii pandai sangat dia tu, kedai baru pekerja pun.tak.ramai kan,kita bersabar sikitlah,lagipun kita takde kalut nak pegi mana pun. En.azmi order nasi goreng daging, yang sampai nasi goreng ayam sebab dagingnya habis, alhamdulillah ayam pun sedap digoreng garing bersama sos thai,mama makan nasi goreng cendawan. Di sini juga ada cendol,abc, ais kepal milo dan banyak jenis makanan jugalah. Adrien lepas habis lempeng dia bedal nasi goreng mamapapa lak lempeng sikit kata dia...heheh. Nanti.nak cuba kedai sebelah pulak yang jual aneka sup, hari tu bungkus sup daging..sedaplah.


Rezeki dikongsi bersama...setiap kali hari gaji mama niat akan beri sesuatu pada anak-anak mengaji, konon hajat nak buat chesse cake  bulan ni tapi malas pulak nak ke bakery,masa hari gaji tengok dekat ruang legar bangunan ada orang jual macam2 jenis biskut, jadi untuk kali ni mama belikan biskut sajalah, bulan lepas bagi kek batik hehehe...itu je la pun yang mampu mama buat inshaa Allah niat tu nak buat berterusanlah kan,moga Allah izinkan. Nak cuba sesuatu walaupun nampak kecil je... Kata ustaz "buatlah kebaikan atau amal soleh walau sekecil apapun sebab kita tak tahu yang mana satu diterima Allah dan membuatkan kita masuk syurga dan jangan buat kejahatan sekecil apapun kerana kita tak tahu yg mana satu akan menyebabkan murka Allah dan membuat kita dicampak ke neraka".

Wassalam

Monday, 25 February 2019

Tetamu comel

Assalamualaikum...

Ada orang kata jika kucing datang pada kita jangan dihalau sebab Allah datangkan kucing-kucing ini pada kita. Jangan sia-siakan haiwan yang datang ke rumah kita berilah makanan kepada haiwan. kerana ia juga merupakan rezeki buat kita.

Dirumah mama tu ada la tetamu-tetamu comel.Mulanya ibu kucing ni datang dan bersalin dirumah mama, jadi kami kesian lalu sediakan kotak untuk ibu kucing dan anak-anaknya. berikan makan semualah sebab kasihankan masih dalam pantang, setelah beberapa hari ibu kucing membawa anak-anaknya yang 5 ekor itu ke rumah jiran lain, mama tak kisahlah sebab bukan kucing mama pun tapi anak-anak mama tu sedihlah pulakkan. mama cakap biarlah sebab bukan kucing kita pun kan.

Beberapa hari kemudian datang balik ibu dan anak-anak kucing ini ke rumah mama, lama dah juga duduk dekat depan umah tu memang kami bagi makanlah dan anak-anak pun dah mula sayang cakap kucing mereka dah, yang mama ni memang taknaklah membela kucing tu bukan sebab apa nak menguruskan sisa najisnya tu kan kalau setakat bagi makan je takpelah jugak, tapi setakat ni anak-anak kucing tu memang membuang depan rumah kami je lah, takdelah pergi ke rumah jiran untuk membuang, tapi masih  tak sedap hati jugaklah.

Ada juga tengok video ustaz cakap kalau nak menjaga kucing pun jangan sampai menyusahkan jiran-jiran, nak bagi makan kucing pun kena tengok jugak sebab kucing ni ada satu sifat kalau kita bagi makan dia akan panggil kawan-kawan lain makan jugak, tapi kucing dekat rumah tu takdelah panggil kawan-kawan lain, cumanya itu lah anak-anak kucing tu sedang dalam fasa bermain agaknya seronok bermain sama-sama kadang-kadang dah masuk pagar rumah jiran sebelah, jadi tak sedap hati pulaklah mama ni kan. tadi dah minta untuk en.azmi letak kucing-kucing tu di tempat lain, letak sajalah berhampiran kedai ke kan tempat yang mudah kucing-kucing dapat makanan kan. Bukan apa takut makin lama akan lebih menyusahkan jiran-jiran lagi.


Tengok muka-muka comel ni rasa sayang pulak tapi itulah hubungan dengan jiran pun perlu dijaga juga kan. Kita cubalah cari jalan penyelesaian yang terbaik lepas nih walaupun mama tahu anak-anak akan sedih dan marah tapi apa boleh buat..terpaksa buat jugalah nampaknya kan. Mama pun sedih juga ni, terbayang wajah-wajah comel ni yang selalu menyapa bila pintu dibuka, nak tunggu balik kampung dan tinggalkan di kampung rasa sesuai tak ye? haishhh serba salah pulak dibuatnya. Masih berfikir-fikir..siapa boleh bagi idea, ce kongsi sikit dengan mama nih, supaya keputusan yang akan dibuat tak menjadikan mama sedih dan serba salah.

Wassalam.

Sunday, 24 February 2019

Rizqin Steambot & Grill

Assalamualaikum

Entah la kenapa sejak akhir-akhir ni malas betul mama nak memasak, mungkin sebab en.azmi selalu ambik alih bab memasak eheh... Sabtu pagi en.azmi kerja, jadinya mama cuma masak nasi, goreng ayam je..makanlah dengan kicap aduhhh malass betullah. Anak-anak takde masalah ayam goreng dengan kicap pun makan bertambah-tambah, kalau adrien lagi senang nasi dengan telur mata je sekarang ni yang dia laju. Lagi pulak malam ada pasar malam, jadi kita ke pasar malam je la.Lepas maghrib ke pasar malam sebab mama nak beli selipar, selipar yang ada dah putus talinya. Tapi macam biasa bukan mama je yang beli,yang paling sibuk memilih tentulah anak dara sorang tu kan.

Dah dapat semua yang dicari baliklah,mama tak beli pun makanan sebab mama tahu nanti mesti ada yang tak habis dah tentulah mama ni yang kena habiskan. 3 hero beli kerabu megi, adelya dengan cendawan chesse,itu je makanan yang dibeli. Balik tu macam yang dijangka adrien makan tak habis pun, mama lah yang habiskan, siap makan tengok tv la sekejap, malam minggu ni tidur lambat sikitlah.

Tetiba en.azmi dapat call dari ibu ajak pergi makan, walaupun mata dah layu kita ikutlah, naik satu kereta je sebab abg aliff dengan abg ariff taknak ikut. Kami pergi makan dekat-dekat je di Rizqin steambot & grill di Jalan Kebun. Dalam rasa perut dah hampir penuh tu, ambik jugalah bahan-bahan untuk grill ada kambing,daging & ayam black pepper, daging mix herbs, ayam madu. Mama ambik juga udang dan kerang, mulanya ambil sikit je sebab takde rasa nak makan banyak pun, untuk steambot ambik sup & tomyam. Untuk sup mama cuma letak udang,karot dan cendawan tiram,ambik tu sebab adrien adelya suka sup,bertambah-tambah jugalah makannya, abg adam makan kuah tomyam. Mama makan juga sup tapi lebih pada grill.. Ehhh tetiba sedap pulak sudahnya berulang-ulang mama dan en.azmi ambik makanan,grill yang paling sedap bagi mama daging mix herbs mama yang kurang suka daging ni boleh makan banyak pulak, selain daging mix herbs yang lain-lain pun sedap jugak. Anak-anak makan udang dan kerang.

Mula-mula ambik sikit je konon kenyangkan taknak makan banyak..sekali sedapp wehhh
Alhamdulillah semuanya sedap pada tekak mama ni. Bayaran ikut kepala untuk dewasa rm20 seorang dan kanak-kanak rm9 seorang. Kira oklah sebab bukan mama yang bayar kikiki, aboh yang belanja alhamdulillah...moga terus murah rezeki abah. Sebelum ni mama risau juga nak bawa anak-anak makan steambot sebab takut terlanggar saluran gas tu kan sebab pernah makan juga lama dulu masa anak2 kecik lagi,tapi makan tak tenang takut anak2 tersepak wayar gas tu kan, tapi makan dekat sini takdelah mama risau sebab kawasan terbuka dan meja pun jarak2 nak ulang ambik makanan pun tak risau anak pergi refill air sendiri je pun mama ok. Sebenarnya dekat area jalan kebun ni banyak kedai makan, cuma tak sempat mama nak citer je. Habis makan jam dah 11 lebih, balik rumah suruh abah drop dekat gate je,lepas tu kami anak-beranak berjalan sampai rumah, takdelah nak takut pun sebab waktu tu masih ada jiran yang berbual diluar. Haa dekat rumah mama ni ada juga yang jumpa makhluk lain dan pencuri pun ada...moga Allah lindungi kejiranan kami inshaa Allah.

Wassalam

Tuesday, 19 February 2019

The Biggest Loser

Assalamualaikum...

Alhamdulillah KOSPEN PLUS DOSM Selangor dengan kerjasama PKD daerah petaling, kami telah  menganjurkan program The Biggest Loser bagi staff yang overweight dan obes tahap 1,2 dan 3. Mama pernah cerita sebelum ni yang mama telah dilantik sebagai pakar rujuk kospen plus, mesti ada yang tak ingat tu kan hehehe..takpe kospen plus diwujudkan bagi tujuan untuk memantau penyakit tidak berjangkit non-commnicable diseases (NCD), setakat ini 3 saringan telah diadakan, untuk saringan ketiga baru2 ini kami telah memutuskan untuk mengadakan program the biggest loser ni lah.

Hasil dari saringan ke 3 doktor sendiri telah pilih siapa yang patut sertai program tersebut. tiada paksaan pun untuk sertai program ini cumanya kami galakkan lah bagi yang terpilih itu untuk sertai bukan sekadar nak rebut hadiah yang ditawarkan tetapi untuk kesihatan diri jugakkan. Alhamdulillah penyertaan ramai dan terbahagi kepada 5 kumpulan. Mama terpilih jadi ketua kumpulan pulak tu adehhh..nak kena pantau pemakanan dan aktivi ahli kumpulan dan beri info tentang pemakanan sihat. peserta perlu update pinggan sihat iaitu makanan sihat yang mereka ambil dan aktiviti sihat yang mereka lakukan.

Setiap peserta perlu memuatnaik apps MyNutriDiari 2 ke henfon masing-masing dan mendaftar disitu, maklumat tak lah sulit sebab pihak kkm akan dapat maklumat kita. melalui apss itu kita boleh lihat contoh makanan sihat dan apa jenis makanan yang boleh kita ambil. kawan2 pun boleh cuba install apps ini jugak dan boleh mulakan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan sihat serta melakukan aktiviti sihat. setiap hari kita perlu berjalan 3000 langkah, ada apps juga yang boleh kita install untuk tahu berapa langkah yang telah kita buat., menarik bagi mama, bersemangat pula rasaya.

apps MyNutriDiari 2
Mari mama share sikit info, mana tahu ada yang perlukan

Syarat waktu makan

Jangan skip waktu makan nanti akan rasa lebih lapar. Ada 2 option :
 Option 1 : Dalam tempoh
7.30 - 9.00 pagi - breakfast
10.00 - 11.00 pagi minum pagi
3.30 - 4.30 ptg - Minum petang
6.00 - 7.00 ptg - Dinner (bagi yang tak tahan lapar)

Option 2 : Dalam tempoh
7.30 - 9.00 - breakfast
12.30 - 2.00 ptg - lunch
6.00 - 7.00 ptg - Dinner (bagi yang ok)

Semua pengambilan makanan perlu seimbang (suku-suku separuh)
1. Carbo (suku)/(sebesar penumbuk masing-masing)
2. Protein (suku)/(separuh tapak tangan)
3. Fiber (separuh) - raw/stim/rebus

Untuk breakfast dan lunch wajib 1,2 & 3
Untuk minum petang - green tea + biskut jacob (fiber)/ 6 ketul kacang/ lain2 makanan yang sihat no junk food/biskut berkrim/biskut bergula
Untuk dinner - cuba ambil 2 & 3.

contoh pinggan sihat suku-suku separuh

Kalau nak berkesan sila tolak makan yang bergoreng dan banyak perisa, minuman bergas/ bergula.

info :

1. Semua jenis sos dan kicap mengandungi gula dan garam yang tinggi, boleh menyebabkan sukar untuk mengurangkan berat badan.
2. Air yang cukup, air membantu untuk mengurangkan berat badan dan nyah toksid. untuk berat 25kg perlukan 1 liter air, jadi boleh kira berat berat kita dan berapa liter air yang kita perlukan, kalau berat kita 50kg jadi kita perlukan 2liter air sehari.
3. Makanan yang digalakkan - stim, rebus, bakar, kurang gula dan garam. Dah lama-lama nanti kalau dah terbiasa akan jadi sedaplah makanan sihat nih. cubalah..

Mama pun nak cuba juga untuk mulakan pemakanan sihat nih maklumlah usia dah menginjak dewasa kan hehehe..perlu juga amalkan gaya hidup sihat nak ajak anak2 berjoginglah nanti atau berjalan2 saja, bukan apa dah lah jadi pakar rujuk, jadi leader lagi takkan leader nak tunjuk contoh tak elok pulak nanti anak buah dapat berat badan ideal,leader pulak bmi ke laut dalam kikiki...

bertugas pada hari saringan dijalankan
Kita kena tahu berapa jumlah kalori yang kita perlukan setiap hari dan perlu tahu setiap kalori yang terkandung dalam setiap makanan, rasanya ramai yang dah tahukan, tak pun boleh tengok dekat website kkm. Kalau dah termakan lebih kalori kita kena bakar baliklah kalori yang terlebih tu dengan melakukan aktiviti fizikal. ehhh banyak nih kalau nak cerita kikiki..macam hebat sangatlah pulak nak bercerita bab kesihatan ni, mama pun baru je belajar2 dengan kawan dekat ofis nih, sebab dia memang buat semua ni dan siap masuk program diluar lagi, tapi memang nampaklah perubahan dia tu, dulu badannya boleh tahan besar dan sekarang halus je orangnya. cuma satu je lah bila dah dapat berat badan ideal tu yang paling susah lepas tu adalah nak kekalkan semua yang kita dah dapat tu. kadang2 terbabas jugaklah bab makan tu, tapi kita perlu ada cheat day jugaklah kan hehehe.

Ok lah nanti mama akan update pula siapakah pemenang untuk program ini tapi 3 bulan lagilah, kata doktor sebaiknya 6 bulan jika nak nampak kesan yang lebih sebab 3 bulan ni singkat sangat tak banyk yang boleh turun, tapi kami cuba 3 bulan dulu.

Wassalam

Sunday, 10 February 2019

Pantai Sepat, Kuantan

Assalamualaikum...

Setelah 3hari 2malam dikampung mama, kembali ke kampung en.azmi. Esoknya semua orang rancang nak berkelah di pantai,kita ikut saja,mulanya tok cadang nak bawa cucu2 dia ke jengka wonderland tapi en.azmi taknak baik ke pantai je katanya, takdelah banyak sangat belanjanyakan. Malam tu semua sibuk memasak bekalan untuk berkelah,mama cuma buat kek batik je atas permintaan en.azmi,ecehh senang saje tu kan,tak sampai setengah jam siap.

Rabu pagi..dalam pukul 10 pagi kami gerak ke pantai sepat kuantan dengan 2buah kereta, perjalanan tenang2 saja takde nak rushing pun sebab memang rancang nak lepak tepi pantai je, dalam 12.30 sampai la pantai,cari tempat nak lepak,lepas tu sampailah pakcu sekeluarga,pakcu memang duduk kuantan pun,kemudian acik imah pun sampai,acik imah dari rumah mertuanya yang memang dekat dengan pantai sepat tu. Sambil buka bekalan buat bakar2 juga ayam,sotong,ikan dan sosej yang dibawa pakcu, memang sedaplah makankan. Tak kisah lepak sampai petang sebab kedai runcit dekat,masjid pun dekat.

Nice view...anak dara mama sorang2 tepi pantai gayanya
Seronok anak2 mama dapat ke pantai,tak sabar nak mandi masing2 mama memang tak mandi la,mujur ada mak pak sedara yg melayan anak2 mandi. Mama ni bukan taknak mandi tapi kulit muka mama ni entah allergic ke apa kena angin pantai pun dah mengelupas kulit dan pedih,kalau kena air laut tu tak tahulah apa jadi. Mama memerhati dari jauh je la.

Pakat tanam abg adam dalam pasir, mama ke pantai la kejap ambikkan gambar tak boleh lama2 panas.
Tak lama pun lepak pantai dalam pukul 5 kami dah kemas2 nak balik, lepas tu singgah kedai ghani black nak beli keropok keping dan keropok lekor untuk bawa balik rumah. Siap beli keropok terus gerak balik tak singgah mana2 lagi dah. Lepak2 santai macam tu lebih seronok bagi mama. Sampai rumah sebelum maghrib..alhamdulillah kiranya masa diurus dengan bagus disitu hehehe... Mama sibuk suruh anak mandi semua, paklong pun sibuk didapur masak untuk makan malam, lauk sardin dan sup ayam yang sedap bertambah2 makan malam tu. Rasa sup yang mama suka pedas2 dan masam2 sikit.

Keesokannya tak kemana-mana lagi duduk dirumah saja,adik2 ipar dah mula bekerja jadi kita lepak2 dirumah sajalah. Macam biasalah kalau dirumah mertua memang mama,lepak betullah, masak pun jarang memasak bila ada permintaan saja,ada tak ada menyapu dalam rumah, basuh kain itupun baju family sendiri je la dan lipat kain. Jumaat lepas zohor kami gerak balik rumah sendiri dah,perjalanan alhamdulillah tak sesak,cuma cuaca agak panas sekarang,aircon pun tak terasa sangat dalam kereta. Seminggu bercuti rasa sekejap ke, inshaAllah ada rezeki dan umur panjang raya pulak kita balik agaknya sebab talde dah rasanya cuti yang macam ni melainkan cuti sekolah mac nanti.

Luangkan sedikit masa untuk bersama orang tua selagi mereka ada,walaupun kami dah lama sangat tak balik,kali ni berusaha juga untuk balik,alhamdulillah Allah permudahkan.. Kata ustaz kita doa untuk rezeki yg baik nak jumpa mak ayah pasti Allah tunaikan, berbakti pada mak ayah itu umpama kita menyusun tangga ke syurga.

Wassalam

Thursday, 7 February 2019

Operasi besar-besaran

Assalamualaikum...

Hari  ke 2 dikampung mama,pagi tu kami ke temerloh ada benda yang hendak dibuat, makngah nak ke pejabat tanah bayar cukai, mama pun ada benda yang hendak dicari. Masuk satu kedai cari barang yang hendak dicari tapi tiada,bertanya pada yg menjaga kedai akhirnya diberitahu mana ada jual.

Sebelum ke kedai yg disebut kita isi perut dulu,makngah ajak makan sushi,mama ni tak pernah makan pun dekat sushi king tu dah makngah ajak kita follow je,masuk sushi king dekat semantan walk tu. Tengok menu dan order,haruslah mama pilih yang berasaskan nasi. Sushi yang dok bergerak tu mama ambik satu je entah apa nama eh idak le mama tau, yang pasti edamame tu sedaplah ditekak mama ni. Selesai makan terus ke kedai Kaid Johar namanya mencari barang mama,alhamdulillah yg dicari tu ada..eh ada lagi yg menarik.disitu tapi memang tiada dalam bajet kita tunggu dululah balik lainkali mama beli. Lepas tu terus balik.


Cadang nak mengemas diluar rumah pula petang tu tapi cuaca sangat terik pukul 6 baru redup dan kami mula membersihkan dihalaman rumah petang itu, dibelakang belum lagi. Hari ketiga ibu dan abah sampai jadinya bermula pagi kami operasi besar-besaran, untuk hari ketiga tugas mama memasak didapur, petang baru join kemas dibelakang rumah pula, mana pokok yang dah tua kami tebang dan biar sedikit lapang,rasa macam nak tanam pokok kelapa lagi dekat belakang tu sebab mendatangkan hasil. Buah kelapa yg ada tu ada yg membeli,kalau tanam lagi banyak tentu lebih banyak hasilnya dapat juga duit poket untuk pakjang nanti...inshaa Allah dengan izin Allah.


Kite bakorr...kite bakorrr...yaaa kita bakor daun2 yang luruh,pokok yang dah tua kita kasi tebang tapi takdelah semua yang dah tak berbuah tu kita tebanglah. Bila dah tebang tu nampak lapanglah sikit,tanah pun luas lagi belakang dan tepi rumah tu,kot kalau nak buat sebiji dua rumah lagi tu boleh agaknya tu. Alhamdulillah dengan izin Allah rancangan nak bersihkan rumah berjalan dengan baik walaupun tak semua balik. Esoknya rabu mama tak dapat tolong dah sebab mama dah ke rumah en.azmi. Makngah,ibu dan abah meneruskan usaha mengemas lagi. Kalau takde plan apa2 dengan FIL mungkin mama tolong juga tapi ada rancangan lain tak dapatlah tolong tapi takpe taklah ralat sangat sebab dah tolong sebelum tu kan.

Pergi mana dengan family in law?? Nantilah mama cerita lagi esok hehehe...nak bagi banyak sikit ceritakan.

Seboleh mungkin kita bahagikan masa sebaiknya untuk kedua2 keluarga, dalam pada dok dengar orang cerita yg tak elok tentang mertua, mama rasa bersyukur sebab dikurniakan family in law yg baik.dan memahami, mama balik kg 2hari tak jenguk muka dirumah mertua pun mereka tak kata apa,siap kirim ayam sekor lagi untuk kami masak hari tu,itu kalau mama minta masakkan pun mesti boleh tu kan. "Maka nikmat Tuhan yang manakah yg hendak engkau dustakan"

Wassalam

Tuesday, 5 February 2019

Rindu

Assalamualaikum....

Cuti chinese new year, ambil peluang cuti seminggu jugak,balik kampung sebab dah lama tak balik. Dah 2 hari mama dikampung mama,anak2 dikampung en.azmi. En.azmi pulak ulangalik dari kampung dia dan ke kampung mama. Sajalah bagi peluang anak2 berlama2 dikampung en.azmi dan mama nak berada seketika dikampung mama. 2 hari tanpa anak2 mama is ok je.

Menu dari dapur arwah mak..telur dadar,sayur campur, rendang ayam (ayam import dr rumah mertua) & ikan goreng
Rindu yang tak pernah berhenti, 2 hari di kampung mama memasak didapur arwah mak..rindu wehhh. Kalau dulu memasak dengan arwah mak mulut bising dok.tanya mana garam,mana kunyit? Ni garam nak letak banyak mana? Ikan nak goreng berapa ekor? Hehehe...bukan sebab tak reti tapi sebab nak bersembang dengan mak,lepas tu mak membebel mulalah berbulu telinga, tapi percayalah irama bebelan itulah yang dirindui hinggz kini,bagi yg masih punya mak ayah tu hargai tiap masa bersama. Bila mereka tiada kita cuma boleh terkenangkan saja kenangan dulu.

Cuti lama ni balik mengemas rumah dikampung,hari pertama operasi dalam rumah, hari kedua diluar rumah, hari ketiga ibu abah sampai dorang tolong habiskan operasi.diluar mama jadi chef didapur,lagipun diluar panas terik mama dah tak mampu nak duduk luar jadi mama ambik tugas memasak je lah. Hari last dikampung mama petang nih balik kampung en.azmi pulak hehehe tak jauh pun 10minit je.


Menumbuk bahan2 rendang guna lesung batu peninggalan arwah mak, guna lesung lagi sedap jadi marilah menumbuk. Rindulah pada arwah mak & ayah.. Dapatku bayangkan jika kau ada tentu suasana kan lebih bermakna...

Wassalam

Thursday, 31 January 2019

Bekalan mama

Assalamualaikum....

Semoga kita semua sentiasa didalam limpah rahmat Allah swt.


Bekalan mama setiap hari..hahaha hari tu adrien tanya "kenapa mama bawak makanan kucing?". Bukan apa dulu selalu nampak banyak kucing berlarian sekitar parking masjid tu, jadi terdetiklah dekat hati nak beli makanan kucing dan bagi kucing2 tu makan, jadinya sekarang hari2 memang bawa bekal makanan kucing dalam beg tak kiralah jumpa kucing dekat mana pun kalau mengiowww minta makanan boleh mama bagi terus.

Pernah dulu masa kucing2 mengiowww mama takde makanan pun nak bagi rasa sedih sangat, Allah dah datangkan peluang untuk buat suatu kebaikan tapi tak dapat nak ambik kesempatan tu, jadi bertekadlah untuk beli makanan kucing dan bawa hari2, mana tahu dalam perjalanan terjumpa kucing yang laparkan, jadi sekarang nih dalam beg mama mesti ada makanan kucing. Selain buat baik kepada manusia kita berbuat baik jugalah kepada haiwan comel tu kan.

Buatlah kebaikan sekecil apapun kerana kita tak tahu amalan kita yang manakah yang akan diterima Allah dan menjadi asbab kita dimasukkan ke syurga. Dan jauhilah dosa2 kecil kerana ramainya orang masuk neraka akibat dari timbunan dosa2 kecil kerana dosa besar kita mudah bertaubat tapi dosa2 kecil kita selalu terlupa, banyak dosa2 kecil yang selalu kita lupakan..#kataustaz

Semoga entri mama bermanfaat buat kita semua inshaAllah.

Wassalam

Saturday, 26 January 2019

Macam segan nak cakap

Assalamualaikum...

Baru-baru ni adalah perjumpaan ofis mama taapi perjumpaan untuk ajk kecil sajalah, perbincangan tahunan..untuk program kesihatan mama ada dah ceritakn sebelum ini. pemeriksaan kesihatan untuk penyakit NCD, mama terlibatlah sebagai salah seorang pasukan rujuk tu. Perjumpaan untuk membincangkan aktiviti untuk tahun ini.

Dalam perbincangan tu, ada cadangan untuk mengadakan pertandingan "The Biggest Loser", untuk tengok siapa yang berjaya menurunkan berat badan, ye perbincangan berkaitan kesihatankan, ada hadiah disediakan bagi pemenang. Ada yang mencadangkan buat collection untuk yang menyertai program ini. Mama macam teringat sesuatu... teruslah mama cakap rasanya tak boleh kalau buat collection dan duit tu digunakan untuk membeli hadiah..haram hukumnya kerana ia menguntungkan sesuatu pihak dan merugikan sesuatu pihak. Kalau nak buat juga boleh tapi hadiah disediakan oleh pihak lain dan tiada bayaran yang dikenakan. tetiba ada sorang tu cakap "uuu.."entah mama tak reti nak tulis bunyi tu macammana,bunyian beserta senyuman yang terasa sinis. Mama bukanlah nak tunjuk bagus atau pandai tapi kalau kita tahu kita cakaplah kan.


Mama kongsilah sikit :

Mengambil yuran peserta bagi tujuan hadiah kepada pemenang ialah satu bentuk pertaruhan yang diharamkan kerana mengakibatkan kerugian melalui main nasib atas pihak yang kalah. Perlu cari penaja untuk hadiah, tetapi kalau yuran itu digunakan untuk sewa padang dan peralatan itu dibenarkan.

Hukum cabutan bertuah :

Harus sekiranya memenuhi beberapa syarat seperti tiada unsur kerugian yang akan diperolehi oleh sebelah pihak.

Contohnya bayaran yuran penyertaan yang memungkin seseorang itu tidak mendapat apa-apa dari beliannya, maka cabutan seperti itu  adalah haram dan tidak harus kerana ada unsur2  perjudian.

Jika cabutan itu mensyaratkan pesertanya membeli sesuatu barangan yang melayakkannya menyertai cabutan bertuah itu maka hukumnya harus sekiranya barangan itu wujud dan harga yang dikenakan tidak ada unsur mengambil kesempatan dan sebagainya.

Syarikat menganjurkan  makan malam dengan bayaran tertentu jika ingin cabutan bertuah..ini dikira judi dan haram hukumnya.

Jenis cabutan yang halal

Semua jenis cabutan yang tidak memerlukan bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus

cabutan di majlis makan malam yang pesetanya dijemput  hadir tanpa sebarang bayaran.

Kalau macam seksyen mama ni kami buat family day dan ada bayaran, bayaran hanya untuk bilik dan makan, cabutan bertuah pulak dibawa sendiri setiap keluarga dan kami bertukar-tukar hadiah tu dan buat secara cabutan jugaklah, nilai hadiah pun ditetapkan tapi terpulang kepada yang memberi jika nak beri lebih.


Betulkan mama jika tersilap penyampaian,mama pun tak arif sangat cuma tahu dari pembacaan dan kuliah,berkongsi sikit2 sebab benda ni.kadang tak perasan kita buat. Kadang dalam kuliah pun ustaz cakap apa yg disampaikan mungkin sama diantara ustaz2-tapi itulah kita manusia perlu diulang cakap sebab kita ni manusia yg mudah lupa perlu sering diingatkan. Kadang rasa segan nak cakap nampak macam bagus je kan dok pegi kuliah zuhur..kata kawan mama nak dengar kuliah dekat youtube boleh,tv boleh..ye memang betul tapi bila ustaz dah datang tempat kita untuk sampaikan ilmu perlulah kita raikan. Kata ustaz bila kita terjumpa majlis ilmu singgahlah sekejap,taknak dengar lama pun duduklah sekejap, mana tahu itu menjadi asbab kita dimasukkan ke syurga.

Wassalam

Thursday, 24 January 2019

Mendaki satu tangga lagi

Assalamualaikum...

Moga hidup kita semua sentiasa dalam limpah rahmat Allah swt.


Al-fatihah buat arwah mak dan ayah mama, merekalah yang melahirkan dan membesarkan mama sehingga mama mampu menjadi seperti mama sekarang hasil didikan mereka, bukanlah hebat mana pun mama ni tapi mama bangga punya ayah dan emak seperti mereka, kesusahan tak membataskan usaha mereka untuk menjadikan anak2 mereka ini manusia walaupun bukan siapa2 dan tidak dikenali pun anak2 mereka ini tapi alhamdulillah...

Alhamdulillah juga...22 jan 2019 genap usia mama 41 tahun, syukur Allah masih pinjamkan usia sehingga kini, moga dengan pinjaman yang Allah bagi ni terus bertambah keimanan dan ketakwaan terhadapNya. Semakin bertambah usia ini semakin singkatlah masa mama didunia ini, moga waktu yang tersisa yang entah berapa lama lagi akan diberi dapat mama gunakan sebaik mungkin untuk mengumpul bekalan waktu disana nanti.


Wajah yang dah berusia 41 tahunπŸ˜‚ bersama ketua unit mama,dapat la chocolate bouquet pemberian kelab sukan,mama yang dapat tapi yang teruja lebihnya orang lain hahaha,yang makan pun orang lain mama tolong ambik bawa balik je la nampaknya hahaha..takpe lah asalkan anak2 gembira,malam tu dapatlah memasing makan pizza,itupun dah syukur alhamdulillah.. Pada hal minta pizza lepas baik sunat lagi tapi baru sekarang dapat, kira ok la tu kan.


Dia lah yang teruja lebih..masuk kereta je terusss...waaaa mama cantiknyaaa,bukan dia puji mama cantik ye tapi coklat bouquet tu yang cantik terus pegang sambil senyum2...mama cepatlah amik.gambar adik hehehe ye lah...ye lah... Ambiklah gambar dia.

Setiap detik dari kehidupan kita akan ditanya,jadi buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tidak tahu amalan baik yang mana satukah yang akan diterima oleh Allah.
Jangan bangga jika kita terlihat baik,kerana bukan kita yang baik tapi Allah yang menutup aib kita sebab itu kita terlihat baik,jika Allah buka aib kita entah2 takda orang nak kawan dengan kita...Allahu mohon Allah jagakan hati agar tidak dibolak balikkan.

Wassalam

Sunday, 20 January 2019

Hipsterudin katanya


Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis disini. Semoga kita semua sihat2 sahaja dan sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah swt.

Edit bagi namp ak gothic sikit hihihi
Hipsterudin kononnya hahaha...bila boring-boring masa cuti awal persekolahan hari tu mulalah mama ni nak buat macam2 ubah itu ini, tapi takdelah ubah apa sangat pun tukar kedudukan barang je. Dinding yang bercat kelabu itu sebelum ni jadi tempat letak tv, tapi bila dah lama disitu mama rasa nak ubah pulak. Biasalah nak mendeko tapi ruangan terhad dan bajet pun ciput. Sudahnya itu je lah hasilnya.

Meja tu sebenarnya sebelum ni en.azmi buat untuk letak mesin jahit mama tapi bila letak dalam bilik hujung tu rasa macam sempit pulak bilik tu kan, satu hari mama dan en.azmi gotong royong cat rumah dan mengemas,teruslah dapat idea baru. Tv diubah kedudukan terlebih dulu sebelum tu. Meja yang jadi tempat letak mesin mama angkut keluar letak dekat ruangan seperti digambar, meja hiasan yang sebelum ni berada disitu pun telah diubah kedudukan. Konsepnya hipsterudin dan minimalis kononnya hehehe.. Ok lah tu janji ada sedikit perubahan.

Meja je en.azmi buat kerusi guna kerusi lama je yg dibeli bertahun dulu,konon nak suruh en.azmi buat kerusi ala-ala kedai hipster tu tapi kayu dah tak ada lagipun kata en.azmi nampak semak pula nanti,mama kalau boleh nak satu bangku panjang letak dibahagian yang kosong tu, lepas tu kira dah ok lah, meja tu bukanlah meja untuk makan sebab meja makan dah ada didapur, cuma guna untuk minum petang dan juga jadi meja untuk anak2 buat homework, tapi kadangnya anak2 tak guna pun mereka lebih suka meniarap dilantai.

Bila tukar cat baru semangat pun baru lah nak mendeko-deko kononnya kan
Ruangan sebelumnya adalah macam ni ye hehehe...meja hiasan yang dibikin sendiri hasil kerjasama somi isteri yang nak jimat bajet kikiki...kira ok lah tu kan. Ini adalah tempat kedua bagi meja ini sebelum ini letak kat tempat lain dan sekarang letak ditempat lain pulak. Jenis rumah mama ni tak banyak sudut jadi nak mendeko pun tak berapa nak reti.sangat kita buat apa yang ada sajalah lagipun memang tak pandai nak mendeko pun kita kasi hantam saja yang penting mata kita tengok selesa.

Abaikan cermin yang tak cukup itu huhuhu...gam tak kuatlah tu beberapa hari jatuh dah pecah, jadi biarkan je macam tu
Disinilah letaknya meja tu sekarang... Hehehe itu je yang mama boleg fikir buat masa ni sebab takde ruang dah nak letak, ruang tamu memanjang macam tu je kan, kira oklah tu. Antara ruang ini dan ruang meja tadi tu adalah ruang untuk menonton tv. Ruang itu masih kosong rasa macam nak letak sesuatu juga disitu tapi nanti fikir lain, sama ada nak beli atau buat sendiri juga nanti, tapi buat masa ni memang biar kosong je dulu, taknak letak tv diruang ni supaya bila ada tetamu, anak2 tidak menganggu tengok tv disudut lain & mak2 boleh berbual disini tanpa gangguan tv.

"Jadikan rumah ini syurga buat kita di dunia. Rumah tanpa bacaan al-Quran umpama kuburan. Semoga membaca al-Quran menjadi amalan harian dan membaca terjemahan juga menjadi kpi kita"

Wassalam

Friday, 11 January 2019

Perkongsian hari jumaat

Assalamualaikum...


Salam jumaat penghulu segala hari, banyakkan selawat dihari jumaat ini untuk kita dapatkan syafaat Baginda Nabi saw kelak, disamping itu jangan lupa baca surah al-kahf untuk menghindarkan kita dari fitnah terbesar akhir zaman iaitu fitnah dajjal..saja mengingatkan sebab mama tahu semua kawan2 pun tahu tentang ini kan.. sekadar berkongsi.

Sedikit perkongsian di hari ini...jangan salah faham dengan perkongsian mama ni ye hehehe malu juga nak berkongsi tapi takpe mama kongsi jugalah mana tahu berguna perkongsian mama ni satu hari nanti untuk anak-anak mama. Anak2 mama penyebab kenapa mama kena belajar dan membaca kembali cerita2 Nabi..Alhamdulillah melalui anak2 Allah dorongkan mama untuk kembali menghayati dan membaca sejarah islam dahulu, sekolah dulu ambik sejarah islam mama nih tapi tak ingat dah...teruk sungguh la kan tak ingat dah kerajaan islam dulu2 alhamdulillah sekarang boleh belajar balik.

Setiap malam sebelum tidur Adrien mesti akan masuk bilik mama dan bercerita, satu hari adrien bertanya "Mama apa mukjizat Nabi Adam?" 😱😱haaa...ko mama gelabah kejap kan, ceritalah tentang kisah Nabi Adam as, syukur alhamdulillah dekat ofis mama kerja tu setiap zuhur ada kuliah, dalam salah satu kuliah tu ada bab sirah, jadi memang belajarlah bab Nabi ni kan, jadi mama pun ada modallah nak berceritakan, setiap malam sebelum tidur memang akan ada sesi bercerita, cuma sekarang bila sekolah kadang mengantuk awal, kalau anak2 mengantuk suruh berzikir sampai tertidur, alhamdulillah anak2 mengikut, tapi kalau tak diingatkan memang taklah kan, itulah kita ni perlu sentiasa ingat mengingatkan.

Satu lagi yang mama buat, baca tafsir al-quran kuat-kuat bukan masa mengaji tu tapi masa baca tafsir tu, kata seorang penceramah kalau nak menarik minta anak2 baca buku kita baca kuat2, mula2 diorang buat tak tahu nanti lama2 mereka akan tertarik dan mendekat, jadi mama buat cara macam tu lah, diorang tengah bermain mama baca tafsir kuat2, lama2 anak2 mendekat, lama2 bila mama baca tafsir tu anak2 bertanya "apa tu?" maksudnya apa yang dimaksudkan dengan tafsiran itu jadi mama pun berceritalah berdasarkan tafsiran tu, Dan sekarang bila abg adam mengaji quran, mama semak bacaan, dan kemudian abg adam bacakan tafsir, adrien tugas dia hanya bertanya "apa tu?" hehehe... jadilah kan, tak banyak pun 1 malam 1 muka surat. tak dapat banyak kita buat sikit. kena ambil tafsir ibnu kathir ni supaya lebih memudahkan mama.

Semalam bila anak2 mengaji dah balik(inshaAllah lepas ni nak ajak anak2 mengaji tadabbur sama2)..Kami tadabbur surah maryam, yang bestnya bila sampai ayat yang ke 25, tafsirnya "dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu tamar yang masak" Adrien yang tak jemu dengan pertanyaannya pun bertanya "apa tu?" mama kata Allah ni nak kita berusaha kalau mahukan sesuatu, tengok maryam walaupun Allah boleh je nak jatuhkan kurma tu sendiri pada maryam, tapi Allah tetap suruh maryam goncang pohon kurma tu, usaha juga supaya kurma tu jatuh. lepas tu macam2 lah soalan pelik yang muncul dan semua pun tak sabar nak makan kurma, mama kata dalam peti ada kurma pergi ambil, terus laju memasing ambil kurma dan makan, dapat pahala sunnah tau dan kalau boleh buah kurma ni kena ada dirumah kita setiap masa, sebab kata ustaz rumah Nabi saw ada kurma setiap hari.

oh ya sekarang mama ajar anak2 jiran mengaji, dah lama mereka suruh tapi mama tak yakin, awal tahun hari tu jiran2 tanya lagi, setelah tanya en.azmi dia kata ajar sajalah, jadi mama pun terima. mama tak mahu ajar ramai sebab takut tak dapat bagi tumpuan. sekarang ni ada 7 orang dah, 3 orang anak sendiri, 10 orang lah. usia anak mengaji mama 4 - 10 tahun. yang kecil2 tu mama ajar bagi kenal huruf dulu, ajar anak2 kecil ni lucu je bila dah baca semuka, nak sambung yang lain ada yang jawab "ini nak baca esoklah"πŸ˜ƒπŸ˜ƒ layan je mama tak nak paksa2 sangat asalkan mereka nak baca, ada juga yang mula2 datang melawat kawasan rumah je tak nak baca, hari berikut dah nak baca, ada yang malu nak baca, suruh orang lain duduk jauh2 nak baca sorang2, bila ajar dan boleh ikut terus mama cakap "bagusnya dah pandai" sambil tepuk tangan terus tersenyum simpul dia. jadi sekarang malam2 rumah kami memang ceria dan meriah dengan anak2, semalam hujan lebat pun datang juga mengaji lepas tu jadi tugas en.azmi hantar anak2 balik rumah, tak jauh pun jiran kiri kanan,dan jiran depan rumah je. teacher norazimah mungkin boleh share tips dengan mama macam mana nak ajar anak2 mengaji ni

Sekadar itu perkongsian mama walaupun rasa banyak lagi yang nak dibebelkan tapi cukup sekadar itu dulu kalau ada yang perlu mama berkongsi lagi mama kongsi...semoga di hari jumaat yang mulia ini kita sentiasa didalam rahmat dan redha Allah swt.

Perkongsian ini bukanlah kita ini terlalu baik dan terlalu pandai mendidik anak2 tidak..mama pasti setiap ibubapa punya cara yang tersendiri dalam mendidik anak2 kan. sekadar berkongsi cara mungkin ada yang bermanfaat.

"semoga kita sentiasa berdoa supaya mendapat ilmu yang bermanfaat dan semoga kita mengatasi masalah dengan mendidik anak2 dengan ilmu wahyu yang menjaga mereka didunia dan akhirat, Ayuh audit keutamaan yang kita beri kepada diri kita dan keluarga kita" Dipetik dari kata-kata prof Muhaya.

Wassalam.

Sukan Pasti Kuala Langat

Assalamualaikum... Mama buat siaran langsung dari ole futsal,olak lempit sempena sukan pasti daerah kuala langat hahaha...siap buat lintas...