Saturday, 27 December 2014

cerita di kampung

Assalamualaikum..

Pagi khamis gerak balik kg,alhamdulillah perjalanan lancar. Dikampung  takde apa yg dibuat,cuaca juga tidak mengizinkan sekejap2 hujan.hiway pantai timur dah ditutup untuk kenderaan,tengok keadaan banjir dipantai timur terutama di kelantan amat menyedihkan..hanya doa mampu dipanjatkan agar semua segera pulih.


Adelya ni keje dia buat sepah je..habis segala hiasan dan bunga wan dia buat main,mama kemas dia sepah sudahnya mama biarkan aje,pastu asyik la merap je,pantang mama gerak dia pun nangis la suruh mama dukung sampai nak buat apa pun tak bole..nak ke toilet pun susah,


Hari sabtu cuaca cerah sikit,dapatlah jejak tanah apalagi suka lah budak berdua ni nak pulak dpt tolong papa abislah kotor seluar baju,ikutkan lah anak2..asalkan gumbira



Petangnya buat sambut besday hero berdua ni,takde jemput siapa pun family kami je,mak sedara dorang tempah kek robot kegemaran dorang,suka la tu..sampaikan adrien tengok kek tu mcm nak cium kek tu dibuatnya.

Itu lah cerita 3 hari dikampung,akak bercuti hingga isnin,,lama bercuti sebab lama sangat tak balik kampung.๐Ÿ˜Š

Wassalam


Thursday, 25 December 2014

bersama kita doakan

Assalamuaaikum...

Sedih tengok berita banjir di pantai timur,teruk sangat akak rasa,moga semuanya akan segera pulih,adik seofis akak ni bgtau dia dah terputus hubungan dgn family dikampung,last berita yg dia dpt mak dia tumpang rumah jiran sbb rumahnya dah tenggelam slps tu letrik takde terus x dpt berhubung lagi,aduhai sedihnya akak dengar,dr gambar2 yg akak dpt pun mmg teruk banjir kali ni.

Malam tadi ada dibuat sumbangan utk mangsa banjir,akak sempat bg pakaian je,makanan x sempat nak pergi beli,xpe la akak pun tengah packing baju nak balik kg tp lps tu amik keputusan blk pagi je.sebelum gerak ke seksyen 24 untuk hantar pakaian sesuatu terjadi pada adam...aduh berdebar hati mama ni tp niat nk bg sumbangan diteruskn jg,nanti lah akak cerita pasal adam tu ye...



Mereka inilah yg terlibat dlm menjalankan aktiviti sumbangan tersebut,moga usaha mereka diberkati dan semoga segala sumbangan sampai dgn selamat kepada mereka yg memerlukan bkn apa akak risau juga dgn keadaan jln tu,harap2 semuanya selamat..

Bersamalah kita doakan.

Wassalam


abang bagi cuti


Assalamualaikum...

hari ni sempena hari lahir abang,semua dapat cuti hehehe..bukan abang bagi tapi hari lahir abang jatuh pada hari cuti umumkan,jadi seronoklah abang setiap kali ulangtahun kelahiran abang mama pun cuti..

sekejap je kan anak mama nih dah 5tahun,berbagai rasa yang ada sepanjang 5 tahun ini,kadang2 sikap abang sangat menyentuh hati mama,kadang2 boleh buat mama jadi singa..hahaha itulah ragamnya bila dengan abangkan,tapi percayalah bila mama jadi singa tu bukanlah mama nak makan abang cuma kadang2 kesabaran mama tak dapat nak dibendung lagi,tapi satu yang abang perlu tahu, abanglah chinta hati dan nyawa mama...

sikap abang yang buat mama tersentuh..abang sangat perihatin, bila nampak mama monyok dan terbaring je,terus abang tanya " mama tak sihat ke? kesian mama,makan ubat tau..mamakan tak sihat.." oh sejukkk sangat hati mama ni,sakit pun tak terasa...keesokan hari bila balik dari taska,abang cepat2 je cari mama, soalan pertama abang bila nampak muka mama " mama dah sihat ke?" bila mama jawab dah abang senyum..lepas tu abang baru mula bermain dan membuat sepah..okeh mama tak kisah abang nak buat sepah,tapi kadang2 mama marah jugak la,bila rumah dah jadi tongkang pecah..ohhh tongkang pecah pun tak macam rumah kita kan...dah macam kapal karam pun ada rumah kita..itu masa papa takde la,kalau papa ada tak merasa la kita nak karamkan kapal, nanti abis kita diamuknya...hahaha...maklumlah papa tu kan pantang rumah sepah2...

abang sempena kelahiran abang yang ke 5 tahun ni mama doakan abang menjadi anak yang beriman, anak yang soleh..berjaya didunia dan akhirat..mama tahu abang anak yg baik inshaAllah syurgalah tempat abang nanti..mama harap kalau mama dah tiada nanti abang mampu untuk doakan mama,abang mampu untuk menjaga adik2 dengan baik...mama tahu abang mampu..mama sentiasa doakan abang..



nantikan surprise untuk abang dan adrien kat kampung nanti,harap2 surprise tu menjadi nanti..hehehe

ok la abang..mama sayang abang

wassalam

Wednesday, 24 December 2014

berjaya juga mama

Assalamualaikum....

merancang nak sambut birthday hero akak yang berdua tu kat taska,memandangkan krismas cuti,makanya kita buat pada 24hb je,sebab lepas tu nak bercuti panjang balik kampung.
paling best rancang nak buat 24hb rabu,tapi selasa tu satu apapun tak buat lagi,balik kerja tunggu en.azmi sampai dekat pukul 5.30pm jugakla, terus bergegas ke kedai buku di seksyen 19 seperti yang akak baca di sini. memang banyak pilihan buku,ada diskaun pulak tu..bagus sangat nih. bukan apa nak lari sikit dari kebiasaan akak sebelum ni yang asyik bagi makanan je,kali ni akak bagi buku cerita pulak,sesuai kot untuk kanak2.lepas tu bergegas ke nsk pulak..ye lah takkan bagi buku semata,makanan tetap la kena ada tp sikit je la,ye la budak2 mesti suka kan..

selesai urusan mencari apa yang perlu baru ambil anak2 dekat taska,lepas tu en.azmi nak belanja anak2...wah seronoklah budak2 tu.habis makan semua baru balik rumah,siap semua kerja yang berkaitan bertungkus lumus la pulak mama menyediakan goodie bag untuk dibagi kat taska,dengan adelya yang asyik meragam nak berdukung je tak mahu duduk..terpaksa mama buat kerja sambil berdiri,naik lenguh kaki dibuatnya..bila diletak dia bergayut je kat kaki mama sampai nak terlucut seluar mama dibuatnya...hadoi yaiii macam2 la ini budak...



udah macam goodie bag untuk majlis kawin lak rasanya..ini kes gunakan apa saja bahan yang ada dirumah..doily paper tu berguna juga setelah sekian lama terbiar didalam almari.nampak cantik la sikit sampul surat tu,takde la togel sangat bila letak doily paper tu...hehehe, kali ni takde paper bag ye,akak guna sampul surat je..hahaha mujur muat2 untuk diletakkan buku dan 3 ketul makanan..




bab goodie dah settle bab yg lain lak menanti..nak buat kek,kali ni memang mama nak buat kek sendiri,tapi kena tidokan adelya dulu..mama pun mata dah naik layu,kepala pun dah pusing2 tapi demi anak2 mama kuatkan semangat..lepas susukan adelaya en.azmi amik alih tidokan adelya,mama teruskan berusaha membuat kek ditemani abg adam..kek simple tapi 1st time mencuba dan cuba utk deco2 sikit..hahaha deco la sangat kan,xde apa yg nak di deco kan pun,cuma nak bagi nampak cantik sikit lah, gigih menyusun biskut julies tu,harap2 melekat cantik nanti.. mama tunjuk kat abg adam cantik tak? katanya tak cantik sebab sentap mama tak letak payung hiasan yg dia beli...adoiii mama dah kalut2 tertinggal la payung tu..takpe nanti kita guna lagi payung tu ya...

pagi2 bangun buka peti nak tengok kek..harap2 cantiklah kejadiannya,sebab risau bila tanggalkan loyang biskut2 tu akan berselerak..cemas je akak dibuatnya..alhamdulillah bila loyang diangkat biskut itu kukuh berdiri...lega sangat dah ni, terus amik riben dan ikat kemas, harap2 bertahan sampai petang..hehehe




oreo cheese cake untuk hero-hero kesayangan mama..harap2 sedaplah kek ni..sebab mama tak rasa pun..itu je yg mampu mama buat dan mama memang tak pandai nak deco2 ni..buruk pun takpe lah ye..hehehe

ok lah ye wassalam..


Monday, 22 December 2014

mari perangi denggi..semangat kejiranan

Assalamualaikum...

di kejiranan akak dalam bulan ni aje ada beberapa kes denggi, jiran sebelah rumah akak ni anaknya dua orang kena denggi,lepas tu jiran selang 2,3 buah rumah pulak,ada la jabatan kesihatan datang buat forging beberapa kali..tetapi macam tak berkesan je kan...tindakan lain perlu diambil...ahli mesyuarat group wassap jiran2 ambil keputusan nak buat gotong royong,kita perangi nyamuk aedes..
yeah...geng2 lelaki bergotong royong membersihkan kawasan kejiranan,manakala geng2 wanita gotong royong menyediakan juadah untuk mereka yang berpenat lelah membersihkan kawasan perumahan...disamping tu akak dengan anak2 bergotong royong membersihkan rumah,membuat 5S dibilik stor pulak...





antara juadah yang disediakan oleh geng ibu2...walapon ada yang tak dapat menghadirkan diri kerana urusan kerja pada hari tersebut tetapi masih juga menghulurkan sumbangan kuih muih..sangat hebat semangat kejiranan disini tau...akak suka sangat sampaikan nak berpindah pun tak sanggup tapi apakan daya mungkin satu hari nanti akan berpindah jua,kerana akak cuma menyewa disini..pernah tanya kot2 tuan rumah nak jual rumah itu tak, sebab akak nak beli,tetapi tuan rumah tak mahu jual..tahun lepas dia offer nak jual tapi masa tu gaji belum layak lagi..tahun ni tanya dia taknak jual pulak,takpe lah bukan rezeki akak nampaknya..mungkin rezeki ditempat lain..tolong doakan moga mudah urusan akak untuk membeli rumah sendiri ye...
banyak sangat juadahnya ni,bukan setakat geng bapak yg makan tetapi mak2 pun join makan sekali..hehehe



Sekitar aktiviti gotong-royong..gambar ni akak rembat dari jiran2 yang share dekat group wasap je,sebab akak pun dok sibuk bergotong royong dengan anak-anak,anak2 memang teruja la dapat menolong,sebabnya segala permainan lama2 yg masih elok mama keluarkan dan papa basuh bersih2 dan boleh dimain lagi. yang mana sudah tidak elok kita buang lah yg masih elok dan boleh digunakan lagi,kita simpan mana tahu bole diwariskan kepada anak2 buah yg lain pulak nanti kan...
letih sangat sabtu tu..abis sakit badan tapi hasil yang dapat pada hari tu sangat berpuashati,rumah pun bersih..seronok mata memandang..

alhamdulillah..dizaman yg begini,semangat kejiranan masih wujud disni..oh ya cuti2 sekolah ni,mana yg anak ditinggalkan dirumah memang tak perlu risau kerana ada ibu2 yg tidak bekerja tolong tengok2 kan,siap diberi makan lagi tau..bila anak tak balik jerit je kat group wasap tu...anak saya kat mana???nanti ada la yg menjawab anak ada dekat sini,tengah makan kejap lagi suruh balik..ha kan tak perlu risau sangat,tapi perlu la ada batasannya kan jangan sampai menyusahkan jiran lak sampai terus-terusan membiarkan anak kita dirumah jiran...hehehe, akak setakat ni memang takde la tinggalkan anak2 lagi,hatta nak biarkan anak2 melangkah keluar dari pintu pagar sendirian pun akak tak lepaskan,sebab anak akak ni suka buat hal sendiri,berlari dijalan ikut suka hati,risau pula dibuatnya...semoga kita semua mendapat jiran yg baik..jika satu hari nanti akak perlu berpindah moga jiran2 yg baru juga akan seperti ini..inshaAllah

Wassalam


Sunday, 21 December 2014

nombor 7

hai tak abis lagi pasal bola...hahaha hapdate jap la. tape lah harimau kecundang dgn gajah dah bukan rezeki kan,walaupun akak tengok byk juga peluang yg ada tp susah gak kot nak sumbatkan gol tu kan...hehehe akak yg menonton senang la nak bg komenkan,tapi yg bermain tu lbh tahu..haihhh tp kan takpelah bukan rezeki,janji ada gak 3gol bukan 0..

dok sibuk2 tengok bola sibuk jg berwasap dgn group2 yg ada kata adik ipar mak anti betul dgn pemain thailand no.7 haihhh la akak kenal pun tak,nama je tgk bola yg akak tau kalau gol kan,pastu pemain pun ada la 2,3 kerat yg akak kenal tu pun pemain malaysia je la,kalau luar tu ronaldo x lupa beckham...hahaha x hagak yg ensem je ko kenalkan.. semalam terkebil2 gak nk tgk pemain no 7 tu...huhuhu apa taknua group sebelah2 pun dok citer pasal no 7 tu tp biasa la mest yg wanita2 je la dok citerkan yg lelaki senyap je la...heheh

ok...sekali member bg gbar no 7 tu...ensem katanya..oh ini ke orangnya...bole la..bole la bak kata jarjit upin ipin..hihihi tapi ensem en.azmi lagi...errrkkkk???? kahkahkah...kbai..

apapun tahniah harimau malaya lain kali kita cuba lagi...

akak tinggalkan dgn ini

Saturday, 20 December 2014

go go harimau malaya

julung-julung kali akak hapdate pasal bola nih..dalam tak sihat ni masih semangat tengok bola ni..berdebar je dibuatnya,harap2 ada rezeki malaysia menang malam ni..

dah 2-0 nih..berdebar lak menunggu masa kedua,harap2 pemain kekal bersemangat...hihihi nak ulas lebih2 memang taktau yang akak tau bola masuk gol je

ok la sama2 kita doakan

wassalam

model katanya

assalamualaikum...

hamboihhh semangat nak bg kalender ye,siap adik beradik dpt sorang satu lagi...memang la kan diri sendiri jadi model kalender..oppsss bkn akak model tu tapi adik akak la..hehehe

famos amos la ko ye manja..heheh

wassalam

Thursday, 18 December 2014

layankan saja rasa itu...

Assalamualaikum...

Disember sudah kita ye,bulan ini ada tiga tarikh penting dalam keluarga kecil akak ni, 9hb hari tu birthday adrien aryan,25hb nanti birthday abg adam aryan pulak dan penutupnya 27hb anniversary akak dan en.azmi yang ke 6...alhamdulillah dalam tempoh 6tahun ini kami dikurniakan 3 cahayamata 2 lelaki dan seorang perempuan yang hensem2 dan comel (mahap puji anak sendiri ye..hehehe).


melihatkan kawan2 mendapat cahayamata..hati ini rasa macam haihhh...teringinnyer nak ada baby kecik lagi,teringinnya nak rasa sakit bersalin lagi...teringinnya nak nangis2 dalam labour room tu...hoiihhh macamkan dah bertahun pulak anak akak yang kecik tu ye pada hal baru setahun 5 bulan je..ish3 tapi betulla kata orang nak bersalin tu memang sakit tapi cepat je kita lupakan, bila dah tengok wajah anak otomatik sakit tu hilang kan..

pengalaman yang berbeza sewaktu melahirkan ketiga-tiga anak ini..biasalah setiap kali pun akan terasa kelainannnya kan..

Masa abg adam dulu,akak takde pengalaman lagi ditambah pula dengan rasa takut sebab dengar macam2 cerita pastu masa dok menunggu tu asyik la dengar orang menjerit kat labour room tu..hoiihh berdebar akak dibuatnya,duduk hospital pun lama walapon tak sakit,penat menunggu,dengan takde selera nak makan,hanya makan buah anggur beberapa biji, sebelum bersalin kat labour room tu boleh pulak akak muntah,tahap takut tu sampaikan akak minta izin en.azmi nak amik epidural ko...mmg tak boleh blah betul la..nurse kata kalau dokte bius sempat sampai sebelum akak bersalin dorang akan bagi sebab dokte bius on call hari tu maklum la krismas kan cuti.. tapi memang dokte sempat sampai pun dan akak pun cucuk la epidural,lepas tu badan menggigil tak hingat siap minta nurse tutup aircon lagi sebab sejuk sangat rasanya..lepas bersalin akak pitam dari pukul 5.30 hingga 8.30mlm..itupun akak gagah juga bangun sebab ramai dah menunggu akak kat bilik,ikutkan hati nak je sambung lelapkan mata..

pengalaman itu tak patahkan sikit pun semangat akak untuk mengandung lagi...untuk adrien aryan ni akak dah tak takut sangat dah..hehehe pengalaman lalu memberikan banyak pengajaran...mindset kita sendiri perlu diubah sebenarnya..akak sentiasa cakap pada diri sendiri jangan takut,layankan saja rasa sakit itu..buktinya sedang sakit contraction pun akak masih bekerja,merah2 muka menahan sakit,takpe kita tunggu sehingga kerja2 ini beres dulu,walapon tengok jam contraction berlaku dalam masa tak sampai 10minit,akak masih mampu bertahan,en.azmi ajak ke hospital pun akak tidak mahu,akak tunggu sehingga akak betul2 tidak mampu untuk menahan rasa sakit dan akak yakin yang baby akan dilahirkan dalam waktu itu baru akak ke hospital,sambil melayan rasa sakit,sambil berzikir,makanlah kurma kerana ia memberikan tenaga..akak tak minum pun air selusuh atau apa2 air kecuali air masak sahaja..pergi ke labour room pun kalau boleh nak berjalan kaki tapi nurse suruh naik wheelchair,ok takpe kita duduk je la,tapi malu masa tu kena sorong dgn nurse..ajaib rasa bila nurse check bukaan dah 8cm,tunggu dokte datang check bukaan lg dan dokte kata dah bole bersalin ni..prosesnya tak lama akhirnya lahirlah adrien aryan...

adelya azra..masih sama set kat minda...semuanya akan mudah..layankan sahaja rasa sakit itu.. ye kali ini memang akak layan aje sakit yg datang,rasakan nikmat sakit itu,sebab kata ini yg lastkan..kita nikmati betul2 rasa yang datang itu, pukul 4pg macam tu turun tanda, dah tak boleh tido..bawak diri berjalan2 diruang tamu,en.azmi suruh duduk akak tak mahu sebab bila berjalan boleh mudahkan proses bersalin nanti,akak melayan rasa sakit itu sehingga 6.30pg sebab nak hantar adam & adrien ke taska kan..lepas tu gerak ke hospital,dalam perjalanan ke hospital melayan rasa sakit yang amat sangat,sampaikan bergayut tangan kat pemegang kereta tu dan muka melekap kat cermin tingkap..haaa ko menahan sakit sampai mcm tu,kereta terhentak pun rasa mcm baby dah nak keluar, tapi sampai hospital masih gagah lagi berjalan dari parking ke labour room,tiap kali datang sakit berhenti berjalan berpaut dekat lengan en.azmi,hilang sakit jalan laju2 sebelum sakit datang lagi..
dan proses bersalin pun tak lama,mujur dokte sempat sampai kalau tidak nurse je yang sambut..7.30pg msk labour room 7.52pg dah selesai semua...akak rasa sekejap je lepas bersalin pun rasa macam bertenaga je,terus boleh wasap kaum keluarga kawan2 bagitau dah bersalin...hahaha

kenapa akak tulis semua ni? bukan apa..sekadar menceritakan pengalaman,sebenarnya dok borak2 dengan adik ni ha,dia macam tak ready nak bersalin lagi...akak cakap senang aje,kali ni jangan dilayan rasa takut tapi kita layan je rasa sakit nak bersalin tu..nikmat sangat sebenarnya,sebab benda ni akak dah laluikan,yg 1st tu akak layan sgt rasa takut itu yg jadi macam tu,kali kedua dan ketiga akak buang rasa takut dan akak nikmati segala sakit yg datang..ye la kita taktau bila lagi kita akan lalui nikmat itu dan mungkin itu yg terakhir jadinya...layankan saja rasa itu...

sekadar mencatatkan pengalaman sendiri...lain orang lain caranya kan..

wassalam

Tuesday, 16 December 2014

perjanjian pangkor..5 nilam


Assalamualaikum...

perhatian..entri yang agak panjang sebab akak malas nak buat part by part..hehehe
bertabahlah buat yang sudi membacanya ye




nah...awal2 dah gambar kaki le pulakkk...
inilah yg mereka katakan perjanjian pangkor yang telah dibuat hari tu,gambar ini sebagai bukti..ntah apa yang dibincangkan pun taktau lah..yang penting akak kenal selipar en.azmi tu...hahaha



sempat lagi tulis nama dipasiran pantai itu..5 nilam ini kelas akak masa form 5 dulu,tahun 1995..dah lama sangat tu,dah 19tahun kalau tak silap,dengan teknologi yang ada sekarang ni dapatlah berkumpul kembali dengan kawan2 lama,ye jika teknologi itu ada kebaikannya jugak kan..

ok lah ini cerita family day kawan2 sekelas akak selama 3hari 2malam di pulau pangkor 12-14 disember,macam biasa lah akak dengan en.azmi ni dekat2 hari kejadian ada je perkara yang merencatkan sedikit plan cuti2 kami,dengan payment en.azmi yg belum dapat,tapi disebabkan sudah bayar dan sudah berjanji dengan anak2 kami teruskan juga,cumanya kenalah bajet sikit segala perbelanjaan..hehehe tapi apa nak kisah asalkan anak2 gumbira,mama pun puas hati



12 dis 2014
berjanji akan berjumpa semua di exit LATAR, akak dengan en.azmi tunggu di shell kuala selangor memandangkan kami tidak ikut LATAR tu, siap dibekalkan walkie talkie okeh,tapi ok jugak sebab memudahkan takde la nak kena call sorang2 kan,pada hal 4biji kereta je..hehehe, sorang dari penang dan sorang lagi gerak lambat sedikit..melihatkan gambar2 yg kami share di group ramai yang menyatakan akan join next year punya family day..bagus tu lagi ramai lagi meriahkan.
Dalam perjalanan tu ada satu kawasan yang cantik saujana mata memandang,tak agak2 semua terus berenti tepi jalan,amik gambar la apalagi,tapi geng bapak2 je yg bergambar,akak ni adelya tido, so duduk je dalam kereta tengok geng bapak2 bergambar tengah panas tu,geng2 sekelas akak ni yang geng bapak2 je ye,yang geng mak2 sorang je tu pun dia datang lambat..haihh la takleh nak berselfie ditepi sawah yg menghijau cantik tu..
dah puas amik gambar kami teruskan perjalanan tanpa singgah dimana2 lagi,sebab sebelum tu dah singgah makan merangkap makan tengah hari. Akak dan en.azmi yang mengetuai rombongan kali ini sebab yang lain tak tahu jalan,kitorang pun main redah je,ingat2 lupa dah kot sebab pergi pangkor pun 4tahun yg lepas,tapi alhamdulillah selamat sampai.kami naik feri dekat jeti lumut sebab agen yang kami tempah chalet tu di lumut,kata member dekat marina lagi best,dekat pun dekat nak ke pangkor,perjalanannya tak lama. 



Sempat lagi bergambar tu..anak2 dah teruja nak naik feri,abang adam eksaited lebih adrien pun sama, feri masa pergi ni lain pula keadaannya dari feri yg pernah kami naik dulu,kerusinya macam itu,susah lak akak nak menyusukan adelya,pada hal waktu tu adelya dah berbunyi nak susu terpaksa la suruh en.azmi yg pegang adelya dulu,mujur juga dia ok masa dengan en.azmi tu. perjalanan lebih kurang setengah jam kot..hehehe tak sempat nak tengok jam sebab dok layan abg adam berbual,macam2 yang nak ditanya.."mama dalam laut ni ada ikan jaws tak??" ada... tapi mana mama? kat sini takde,dia duduk kat jauh...adrien mula2 teruja pastu,feri bergerak terus diam..
sampai je kat jeti pangkor terus amik van pergi chalet.


kami duduk di purnama chalet,menunggu sementara nak check in,badan sudah penat waktu ni,rasa nak rehat2 je,dah dapat kunci..jommm kita ke bilik, nak ke bilik kena lalu kolam,anak2 pun semangat bila nampak kolam,sabar ye anak..kita kebilik dulu,adelya dah lapar nak susu nih.rehat2 dibilik lega rasanya.



keadaan disekitar chalet..ada beberapa jenis,yang akak duduk smart chalet,ada standard chalet,standard villa,dan beberapa lagi..yang tak berapa best yg smart chalet ni ni tak termasuk breakfast,yang lain termasuk breakfast,tapi takpe la kita beli je makanan diluar, kalau nak makan diresort ni pun boleh, rm10 untuk breakfast dan rm18 untuk lunch kalau tak salah hehehe,tapi kami memilih untuk makan diluar saja,tak susah nak cari makan disini sebab diluar resort ni banyak kedai makan,cuma kena pandai pilih la dan ikut nasib kita dapat yang sedap atau tidak.



aktiviti dihari pertama, mandi kolam bersama anak2 je..ok lah melayan anak2 kan,seronok sangat dorang dapat main air,adelya pun sama,taknak naik tu nak berendam je,siap berenang tu,tapi mama kena pegang la,dah puas main air naik bilik,lepas maghrib keluar jalan2 cari makan,nasib kurang baik malam ni,tuju kedai yg kurang best,dah la tu nak tunggu air sampai pun sejam ..mendidih perut akak dengan abg adam yg lapar,pastu mengantuk..sampai dah terlentuk dekat meja..hampir dua jam baru makanan sampai..ok nanti sapa2 nak ke pangkor jangan ke kedai ini lah,taktau pulak nama kedainya, sebabkan dah putus selera jadi tak sempat nak tengok kedainya nama apa..



13 dis 2014

hari kedua..kami amik aktiviti snorkeling dan island hoping,semangat semua nak naik bot,adrien tu nampak macam cuak,tapi bila bangun tido minta nak naik bot lagi tu,siap masa jalan2 tu dia boleh berenti tengok gambar pakej yg ada tepi jalan utk island hoping tu..hehehe semangat dia ye..
adelya masa naik bot tu,muka nampak cuak juga la..pakej utk ini rm300 untuk satu bot,taktau la kalau ada yang lebih murah sebab ini amik sekali dengan agen tu.


kemain lagi geng bapak2 bergambar,yang mak2 ni sibuk dengan anak pulak..hehehe takpe bagi peluang bukan selalu jumpa pun,inilah masa dorang nak buat gila2 macam masa sekolah dulu,layannn..akak ni nama je amik pakej snorkeling,tapi tak snorkeling pun en.azmi je yg pegi sebab adelya takmo duduk,dia rimas pakai life jaket tu agaknya,lepas akak tanggalkan baru dia ok sikit,dalam air pun taknak pada hal dia pantang jumpa air,teruja je..jadinya masa kat tempat snorkeling ni,akak duduk tepi je tengok dorang.

satu yg tak best kat sini,sistem dorang yang kurang cantik akak rasa,sebab tempat kita dok berenang2 tu,tempat tu jugakla bot lalu untuk turunkan orang dan amik orang,sangat tak bersistem,patutnya buatlah satu jeti kecik untuk turun dan amik penumpang,itu lebih baik,sebab macam merbahaya pula kita berenang tetiba bot datang,jenuh la jerit kat anak2 suruh ke tepi,risau akak dibuatnya,sudahnya duduk tepi je,pastu orang pun agak ramai kat sini



ini dipulau kedua, 2jam kami lepak kat sini sementara,kat sini seronok orang tak ramai..mujur awal2 kami dah beli bekalan segala kuih dan nasi lemak,sambil melepak,borak2 dan makan2..kenyang perut terjun laut,akak sebenarnya kurang sikit bab mandi laut nih,sebabnya akak alah dengan air laut nih,muka habis terbakar,peritnya berhari-hari okeh,pastu kulit siap mengelupas,muka macam pakai topeng dah ni haaa...kulit pun masih perit lagi nih,pada hal dah pakai sun block pun.
disebabkan takde sapa yg nak menjaga adam terpaksalah akak terjun laut juga..melayan adam mandi dan berenang,siap ajar adam berenang..mama ni bukanlah terror berenang sangat pun tapi kalau setakat nak apungkan diri buat kuak lentang dan berenang sikit2 tu boleh la..hehehe hasil dari suka terjun sungai kecik2 dulu ni..kalau dapat ajar anak2 berenang best juga nih..nanti mama tengok dari tepi je..



en.azmi amik part senang..jaga adelya dengan adrien kat tepi,mama ngan abg adam berenang kat tengah laut,pastu abg adam join kekawan lain main keretapi kat laut,anak2 member akak ramai gigirl..sorang je lelaki,takpe la abang join je la kan..masa main tu akak ikut kat belakang risau juga abg adam terlepas dari kawan2 dia,tengok abg adam seronok sangat,tapi ada sorang anak member tu yg gambar dengan abg adam tu..haa rajin betul dia tolong jagakan adam dengan adrien,kalau adam terlepas dia lah yang tolong tarikkan, adrien mula2 main kat tepi pastu baru nak ikut mama ke tengah..mujur matahari tak terik sangat tapi cukuplah untuk membakar kulit muka akak nih, dah puas berendam naik ke pantai,adelya dah mengamuk lapar susu,bagi susu sekejap terus tertido,mengantuk dan letih la tu..melepak sampai pukul 1.30pm lepas tu bot datang bawa balik..
sebelum balik bilik singgah pula berendam dekat kolam,layan je anak2 kata nak bagi anak2 happy kan.lepas puas berendam dikolam,balik berehat dibilik..
lepas asar keluar cari makan,perut pun dah berkeroncong okeh..cari kedai lain pulak harap2 rezeki kami dapat yg sedap pulak..kedai yg kami pergi kali ni nampak menarik,makan ditepi pantai bersama hembusan angin laut memang bestlah rasanya..ada goreng pisang dan keropok lekor en.azmi order.makan ramai2 memang sedap..anak2 makan sambil berdiri ditepi beranda tengok air laut..
akak order nasi goreng kg,en.azmi nasi goreng ayam.kawan akak nasi goreng ikan masin, ternyata kali ini rezeki kami lebih baik,makanannya memang sedap,nasi goreng ikan masin pun dapat sekor ko ikan masin..sedap sangat..



sesapa yang nak ke pangkor nanti boleh la singgah disini,bagi akak makanannya sedap kena la dengan tekak akak nih,tengok tu nasi goreng ikan masin sekor dengan telur dadar.
nasi goreng kampung tu pun memang perrgghh mabeles rasa dia,cuma pedas sikit bagi orang yang tak kuat pedas,macam akak ok je,makan sampai licin pinggan..



sesudah makan..jalan2 disekitar kawasan situ mencari baju kenangan untuk anak2..dapat beli untuk anak2 je untuk mak paknya tak ada...bukan takda baju dijual, tapi kita selamatkan bajet yang ada..hahaha..siap membeli baju untuk anak2 akak ajak en.azmi singgah ke tempat orang bagi makan burung hornbill ni yang terletak berhampiran purnama resort tu,mulanya abg adam berani nak bagi burung tu makan tetiba bila dah dibagi bekas makanan tu dia diam lak..takut lah tu..takpe kalau takut tak usah buat,mama tak paksa lain kali kalau abg berani abg buatlah..
cara nak bagi makan burung tu macam budak perempuan gambar atas tu buat,pegang pisang dengan tangan pastu tunggu burung tu datang makan..burung tu pandai mesti dah di ajar tu..ini tidak dibayar ye,free je memang ada kat situ..bukan angry bird tu..tapi hungry birds ye..
selesai tengok orang bagi makan burung,balik bilik la..malam tu memang lepak kat bilik je la..en.azmi macam biasa la..dah anak2 tido,keluar ngetah la dengan kawan2..ok silakan bukan selalu pun kan..next year..geng bapak jaga anak2,mak2 lak nak lepak ngeteh ramai2..hahaha amacam ok tak?

14 dis 2014

pepagi sebelum check out anak2 akak sempat lagi berendam dikolam.anak orang lain takde yang turun dah,takpe anak2 main la puas2 nanti taktau bila lagi boleh main air macam ni,tapi kata en.azmi dia pulak nak belanja anak2 nanti, ke mana tu taktau lah lagi,seronok tengok anak2 happy macam tu dia pun teringin la nak bawa anak2 jalan lagi, ye..ada rezeki kita bawa anak2 berjalan lagi.

pukul 12 check out..


jeti sesak waktu nak balik ni,mungkin sebab semua orang check out pada masa yang sama kan,anak2 dah tak senang duduk,abg adam minta didukung pulak sebab kaki dah penat..adrien pulak tengoklah tu,tak larat nak berjalan dia bergayut dekat beg suruh en.azmi tarik aje..macam2 akal budak sorang nih..
di jeti lumut makan tengah hari,pastu cari bekalan sedikit untuk dimakan anak-beranak sepanjang perjalanan balik nanti,dalam perjalanan balik,jalan tak begitu lancar,kami sampai rumah pukul 10mlm,letih juga isnin pulak kena kerja,hoihh rasa macam nak cuti kecemasan je,tapi tak buat pun hehehe
alhamdulillah...tercapai juga hasrat utk bawa anak2 bercuti,paling seronok tengok anak2 ceria je sepanjang percutian ini,lagi best mama dapat jumpa kawan2 lama..yg biasanya dok berborak dalam group wasap je..walapon duduk dekat2 tapi nak berjumpa tu bukan senang sebab semua ada tanggungjawab lain kan...

antara gambar yang menenagkan jiwa...





4 tahun dulu...



masa ni masih bertiga..gambar bertiga tu lah kami di kota belanda..


perbelanjaan di pangkor :

sewa chalet rm300
van dari jeti ke chalet rm20
van untuk pusing pulau rm100 (pergi kota belanda,kilang buat makanan dr hasil laut,tokong apatah namanya tu - yg ini kami tak ambil - ok takpe sebab dulu dah pergi)
snorkeling & island hoping rm300 untuk satu bot
makan - sendiri..

ok itu je lah bebelan akak tentang cuti2 pangkor hari tu..fuhhh penat menaip yg membaca taktau lah penat ke tidak ye.. 
balik awal dapatlah ruang untuk menulis panjang2 macam ni hehehe...sebelum berebut laptop dengan anak2 pulak.. ok lah stop dahulu.

wassalam

Friday, 12 December 2014

family day 5 nilam

assalamualaikum...

alhamdulillah selamat sampai ke destinasi percutian...

pangkor 3 hari 2 malam..

Thursday, 11 December 2014

mood nak cuti

assalamualaikum...

seronoklah selangor bercuti hari ni dan esok akak ambil cuti juga..inshaAllah esok akan bawa anak2 bercuti,hasil dari balik lambat ot selama 2 bulan hari tu,bawa lah anak2 cuti,bercahaya muka anak2 bila ckp nak bawa pergi jalan2..inshaAllah akan bercuti 3hari 2mlm berfamily day bersama kawan2 sekolah..

ralat juga rasa semalam bila adik ipar kata nak datang sini minggu ni dan nak singgah dirumah tp kami tiada pula,takpe inshaAllah dah plan juga nak balik kg krismas nanti,ye lah kesian adik ipar katanya dah lama tak tengok budak bertiga ni..

ke mana kami nak pergi esok?inshaAllah jika ada kesempatan akak update ye semasa cuti2 esok..hehe semangat sangat gayanya ye..ye la berjaya tunaikan janji rasa seronoklah...

ok doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ye..

wassalam

Wednesday, 10 December 2014

konservatif ke akak

Assalamualaikum...


apa yang dimaksudkan dengan konservatif sebenarnya?
bersikap mempertahankan adat,nilai dan lain2 yg telah menjadi kelaziman atau tradisi.tidak mudah menerima perubahan.kolot tidak moden..begitulah yang akak baca melalui kamus dewan..eceh semangat mencari maksudkan.

bukan apa akak ni dikira konservatif ke kalau..

akak lebih suka menggunakan lesung batu untuk menumbuk cili,bukan setakat cili padi je tau,cili kering pun akak lebih suka guna lesung batu jugak,berpeluh2 dibuatnya nak menumbuk cili tu,tapi akak tetap suka,kadang2 merecik cili tu masuk mata,masuk hidung..hoihh berasap dibuatnya,tapi akak tetap sayang lesung batu tu,lebih suka guna lesung dari blender.

comel tak akak bilamana akak sanggup berjaga hingga pukul 11malam semata-mata nak menumbuk kerisik??ko mampu?? hahaha..akak cerita kat kawan akak ni dia kata...eee k.lah ni fesyen lama la,sanggup nak tumbuk kerisik,heee guna blender je sudah,takpun beli je kerisik yang dah siap ada jual kat kedai tu. dulu-dulu tetiap tahun akak buat open house,suka la buat rendang nih,jadi akak sanggup malam2 tumbuk kerisik tau,bagi akak itu satu kepuasan..hehehe nak pulak kalau orang makan sampai licin,lagi akak suka tak terasa walapon penat menumbuk semalam belum hilang.

itu baru cerita bab lesung belum lagi cerita bab lain, kalau bab kerja pun macam tu jugak,akak suka je guna cara lama,walhal banyak dah cara baru menggunakan komputer ni kan,tapi bab ni akak kena lah belajar sikit-sikit,macam susah jugak,kang kalau tak belajar nanti asyik menyusahkan orang pulak,nak matchkan fail suruh orang buat,paling best bos yang sedia mengajar akak tau..hehehe dia tau akak ni org lama..kih3,pegang komputer ni pun baru je lagi,dulu2 buat kerja update apa2 dalam buku yang kulit keras tu je tau..masa mula2 masuk kerja dulu la,sekarang ni memang guna komputer la,kot nak guna buku kulit tebal tu lagi memang tak lah kan,mau patah jari nak update data..

tapi ada masanya bila guna cara lama ni rasa macam ada kepuasan pulak,bukan dalam hal kerja la,dalam masak memasak ni..tumbuk daun pandan untuk dapat kaler hijau,rasa macam..wahhhh bestnyer...hebat sangat nih nak menumbuk je kejenya..hahaha

wassalam

nak bebel apa ni

assalamualaikum...
terawal bangun lak pagi ni...hihi ingat dah khamis,nak sahur la agaknya ni rupanya baru rabu..oh esok khamis selangor cuti...best nih,jumaat pun akak ambil cuti... yeah..rasa nak melompat lak,cuti banyak lagi yang tidak diambil,so hujung2 bulan ni rasa nak ambil cuti banyak sikit,bole la bersama dengan anak2 lama sikit ganti balik masa yang dah mama curi masa busy dulu...
banyak pulak membebel pagi2 hari ni,sambil panaskan nasi dan lauk untuk bekalan ke ofis,sambil basuh baju yg berbakul,kalau 2 hari x basuh baju alamatnya berbakullah baju dibuatnya tu..sambil2 menunggu tu membebel la sekejap,macamkan takde keje yg nak dibuatkan pada hal beg taska anak pun belum dikemas,baju kerja belum diiron..takpe bila malas melanda senang je akak nih,pakai je baju dan tudung yang tak perlu diiron dan mmg kebanyakan tudung akak tak perlu diiron pun..hehe satu penjimatan disitu..kui2 pada hal malas, nak keje senang je kan.
oh ya semalam besday adrien,takde sambutan pun akak cuma beli 2biji cupcake je,akak dah plan akan buat sekali dgn abg adam dekat taska nanti,sebab dua hero ni lahir bulan yg sama cuma tarikh je berbeza,inshaAllah jika bajet cukup mama buat ye,tahun lepas mama tak buat pun..sian anak2 mama,tapi tetap jg beli kek makan dgn family..
ok mama...berenti membebel pegi kemas beg anak2...hihihi
wassalam

Tuesday, 9 December 2014

si pelat dan sikerinting mama


assalamualaikum...



9 disember 2014...











selamat hari lahir anakanda...
3 tahun sudah melihat dunia...
inshaAllah jika umurmu panjang makin banyak yg akan kau lalui
jangan gusar anakanda doa bonda tetap bersama anakanda,
jalan berliku anakanda pasti akan kau tempuhi..
sekarang inipun dalam usia yang seperti ini anakanda sudah bersama bonda menghadapi segala ujian dan dugaan, takpe bonda tahu anakanda kuat,sekuat bondakan...

wahhh...macam filem klasik pulak dahhh...

adrien aryan bin azmi
dah 3 tahun ni cakapnya masih pelat,kadang2 apa yg dicakapkan pun mama tidak faham,
adrien budak yang cerdik,ada saja akal dia yang buat mama tergelak,
kadang2 tak terfikir pun kat kepala otak mama ni apa yg adrien nak buat,setiap tindakan adrien penuh dengan kejutan...kejutan yg menyeronokkan..
setakat ni adrien pernah jadi pocong
lompat2 dalam rumah sambil menakutkan mama...antu pocong..antu pocong..
hari tu dia ambil dress mama..pastu jadi princess elsa
ambil buku buat menu...jadi waiter
sangat penyabar orangnya..

pada zahirnya adrien nampak kasar suka buli adelya, sambil lalu je dia sempat nak pukul adelya, tapi bila bangun tido..yang adrien tanya dulu "baby mana?" nampak tak..sayangnya abg adrien pada baby..buka mata terus tanya baby...
kalau makanan pun, abg adrien yg lebih suka berkongsi makan dengan adelya.
kalau adelya buat sepah,abg adrien lah yang rajin tolong mama kemas..
sweet sangat abg adrien ni..
"mama..yen nak tongget..kuning hitam.."
haaa ko..faham apa adrien cakap..
maksudnya..adrien nak toilet kuning hitam(kuning hitam tu merujuk kepada bumblebee okeh)

sembinggan,sepunggoh,sebenggas...abg punggak...
(sembilan,sepuluh,sebelas..abg pulak)
adoii..takpelah adrien..pelan-pelan mama ajar ye,supaya pelat tu hilang nanti..
yang penting anak mama rajin belajar, rajin nak solat,pandai mengaji..
mama doakan moga anak mama ni sihat2 sahaja...berjaya cemerlang didunia dan akhirat..


wassalam


Monday, 8 December 2014

moh ke karnival


 assalamualaikum..


sabtu dan ahad lepas,
taman akak duduk tu ada buat karnival "karnival bandar putera".
yang macam akak cakap sebelum ni,sabtu tu memang tak pergi la sebab hanya ada acara main bola dan beberapa acara untuk kanak-kanak,anak2 akak memang tak masuk pun.

pagi ahad tu..
seperti yang dijanjikan,bawa la en.azmi anak2 nya ke karnival,
alah..sekangkang kera je pun tempatnya,jalan kaki pun dekat je,tapi mana maunya nak berjalan kan,
naik la motor 4 beranak tu,mamanya ni tinggal kat rumah je..menguruskan kain baju yang bertimbun-timbun tu..nampak sangat mama malas nak berpanas kan..hehehe
habislah kulit mama yg glowing nih (ceh glowing la sangat..siapa yg baca entri yang ini jgn terpedaya okeh...malu weh ada yg kata nak jumpa..kih3..tak glowing pun kulit akak ni tau..)

seronoklah anak2 dapat bermain soopa doopa kat karnival tu,
balik rumah berpeluh basah baju memasing,tinggal adelya je yg maintain comey,sebabnya kena paksa dengan mama..hahaha yg tu nanti mama cerita..
suruh naik kuda,pakat takut pulak budak  berdua tu,sudahnya main je la soopa doopa tu..

petang tu en.azmi punya acara pulak, akak tak tengok pun harap jenjiran yg post gambar kat group wasap je..hehehe...langit mendung nak hujan,memang tak la akak nak berhujan panas kat situ ( kata diva...kannnn)



beria tarik tali..tapi kalahh jugak, takpe lah yang penting semangat tu ada...
jiran2 kat lorong akak ni,memang kalau bab memeriahkan majlis serahlah kat dorang.. memang meriah dibuatnya,dari anak2 membawa ke mak2 dan bapak2..hehehe seronok sangat..

itu yg berukir2 tu pertandingan mengukir buah tembikai,
yang gambar atas tu lelaki yg ukir ko, punyalah berseni tangannya, kalau akak yang masuk konpem lunyai tembikai tu akak kerjakan..hahaha..

tengoklah tahun depan, anak2 dah besar bolehlah akak join...
menunjuk bakat yg tak berapa nak ada nih...

wassalam

kerja



assalamualaikum...

kerja..kerja....kerja...
selagi belum tutup mata kerja..kerja..kerja..pergi pagi balik senja,ada pulak tu yg pergi senja baliknya pagi,apa sahaja kerja yang kita buat asalkan halal itu dah memadai...ada yang bersungut kerjanya susah kerja orang lain senang..goyang kaki sahaja duitnya masuk...
hai ntah lah...bagi akak apa sahaja kerja ada cabarannya..apa sahaja kerja asalkan dibuat dengan ikhlas pasti akan datang kebahagiaan dan apa sahaja kerja hatta tukang sapu atau tukang cuci pun asalkan memberikan rezeki yang halal itu sudah memadai...kerja itu sebahagian dari ibadah jadi lakukan ibadah kita dengan bersungguh pasti membuahkan hasil yang manis kan...
bercerita tentang kerja ini..ramai yang beranggapan kerja kerajaan itu mudah,tiada tekanan duduk goyang kaki sahaja..oh siapa yang beranggapan begitu tidak apa,akak tidak marah,kerana hakikat kerja kita,kita sendiri yang tahu kan..

akak bekerja disalah satu jabatan kerajaan yang ada dalam malaysia ni..satu ketika dahulu akak pun tak tahu akan kewujudan jabatan ini,bermula dengan pekerja sambilan yang bergaji hari RM22.50 sehari,bekerja sebagai pegawai luar berulang-alik pergi balik kerja dan membuat kerja luar dengan bas,ingat lagi waktu itu kerja akak buat listing rumah dan buat peta,berjalan tengah-tengah panas,membuat peta kawasan perumahan,dikejar anjing berlari tak cukup tanah itu sudah menjadi kebiasaan..pernah buat kerja dikawasan kampung,pinjam motor member sekali motor member rosak,dengan muka tak malunya lepas tu pinjam pulak motor penduduk kampung di situ..tapi pengalaman itu sangat seronok..banyak kenangan sebenarnya,hampir 2 tahun menjadi sambilan banyak pengalaman yang boleh dikutip

May 2000 akak mendapat kerja tetap dijabatan yang sama..
mendapat tetap..akak ditempatkan diseksyen yang lain..terasa lebih mencabar bila berada di seksyen industri,binaan,alam sekitar dan pertanian..berurusan dengan company manufacturing dan construction...kerja dijabatan ini kadang2 terasa seolah-olah nak menjaga tepi kain orang pulak...kerana bila ada orang ramai yang tidak faham tentang kehendak jabatan dan apa penyiasatan yang kami jalankan..ini sedikit sebanyak agak menyusahkan, ramai yang enggan memberikan kerjasama...ada yang mengatakan kami menyibuk...
ye jika kami tidak menyibuk dari mana pula kita semua..kita semua bukan kami sahaja ye..kita semua nak tahu kuasa beli pengguna...bagaimana kita nak tahu tahap pendidikan rakyat malaysia,bagaimana kita nak tahu berapa ramaikah penduduk yang ada dimalaysia...
dan jika kami tak menyibuk untuk tahu berapakah pendapat company sekian2...apakah sumbangan company2 sekian..bagaimana kita nak menarik pelabur2 luar untuk melabur didalam malaysia...wahhh gituu...macamkan penting sangat keje ko kan,keje orang lain tak penting...tak akak tak cakap keje akak penting dan keje orang lain tak penting,cumanya disini kadang2 ada sesetengah masyarakat diluar sana yang susah nak memberikan kerjasama apabila ada pegawai kami yang datang untuk membuat penyiasatan,kami bukanlah nak siasat apakan...ye mungkin ada yang rasa leceh nak jawab soalan2 kami tapi itu dah jadi kemestian untuk kami bertanya..inikan kerja kami jadi kami perlu lakukan...

pun begitu akak juga tak salahkan orang diluar sana,kerana banyak kejadian yang pelik2 berlaku dalam masyaraka kita membuatkan orang ramai takut untuk bekerjasama..tidak pegawai kami jika datang ke rumah2 untuk membuat kerja mereka takkan minta untuk masuk ke dalam rumah,mereka akan bertanya dari luar pagar je,apatah lagi kalau yang datang itu perempuan..tentulah mereka juga takut untuk masuk ke rumah orang...apatah lagi jika terpaksa bekerja dikawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya adalah warga asing...sebab itu akak ni bila terpaksa bekerja diluar,memang en.azmi lah yang akan menjadi mangsa temankan akak,akak tidak akan pergi sendirian...

macam dah banyak pulak akak membebel nih..hehehe
ayat pun tunggang langgang..ada yang tak faham minta maaf, kalau ada yang satu jabatan dengan akak yang baca tulisan akak ni tolong tambah apa yang kurang,kalau salah tolong perbetulkan..sebab kerja je kat jabatan ni tapi apa fungsi jabatan pun ingat-ingat lupa..hahahah
 kalau yang rasa rajin tu boleh la jenguk2 ke sini...

department of statistic malaysia
ramai yang taktau apa fungsi jabatan perangkaan ni sebenarnya, kebanyakan yg orang tahu adalah banci penduduk,tapi banyak lagi yang jabatan ini buat sebenarnya...banyak survey yang kami buat...
fungsi kami sebenarnya....

  • Mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kertajaan dalam apa jua bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain
  • Menyebarkan perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agengsi-agensi kerajaan tetapi juaga kepada pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka 
hahaha...hoih dah banyak sangat ni..bawa2 la berenti membebel kak oiii...
ok satu lagi info...perangkaan ni setiap tahun,ataupun jika ada banci biasanya kami memerlukan ramai pekerja sambilan,boleh la sesiapa yang sudi untuk datang interview, gaji sekarang ni bukan rm22.50 sehari dah ye..itu zaman akak dulu,zaman sekarang dah tak mainlah gaji macam tu..
sekarang dah rm54.00 sehari tau... ok akak rasa dah banyak tu..ye la alang2 sebelum dapat keje tetap boleh la keje sini dulu kan, ramai juga adik2 yang ada degree jadi sambilan kat sini...

ok lah akak stop sekarang hihihi

wassalam

Sunday, 7 December 2014

gelagat 3 sepupu

assalamualaikum...

cerita hujung minggu kami yang biasa2 je,kat taman akak tinggal ni ada buat karnival,meriah juga la kata en.azmi,dia terlibat sama..sabtu anak2 tak pergi en.azmi je yg pergi.kata en.azmi ahad baru nak bawa

jadinya sabtu tu bika dpt tahu adik beradik nak berkumpul kat rumah kakak,akak pun nak pergi juga la..en.azmi suruh bawa kereta pergi ke sana,akak lak tak konfiden nak drive dgn anak2..kalau kereta auto ok jg,ini kereta manual mmg tak lah kan,sudahnya minta adik dtg ambil kat rumah...hihihi senang keje akak..

melepak kat rumah kakak sampai malam..seronok lah anak2 jumpa sepupu mcm2 dorang main..nyorok2,kejar2,tgk movie.. siap torch light ibu pun dorang buat main..itupun berebut. nak gelak tgk abg adam pujuk daeisha nak torch light tu
"daeisha..bg abg,tgk lampu tu mcm durian" ntah apa yg mcm durian pun taktau..tp mmg x dpt la daeisha ttp tak bagi...hihihi

tengoklah gelagat budak bertiga tu dok suluh siling ibu tu..

rampasan kuasa

anakanda bertiga punya kerja, ayahanda terpaksa mengalah,laptop dah dikuasai anak2..

itulah semangat sangat mengupload cerita kat laptop dah anak2 pun dok mengadap laptop je la cuti2 ni.. yg tak bole blah citer frozen pun di uploadnya...mcm kan adelya tu nak layan...hihihi,adelya tengok sekejap je pastu main benda lain

takpe la anak2 layan je la bkn selalu pun

Saturday, 6 December 2014

princess elsa???

assalamualaikum...

mama dok mengemas baju2 dalam almari...datang adrien pun sibuk nak menolong

sekali dengar adrien cakap..
"mama...pincess elsa..." sambil ikat dress mama dekat leher dia,pastu yang selebihnya dia biar meleret kat belakang...siap pusing2 satu rumah..adoii jadi elsa pulak dahhh
"princess perempuan la adrien.."
"yen pempuan la mama..." errrkkk elsa punya pasal dah tukar jd perempuan lak dia..

haiii mcm2 la si adrien ni ada je akal dia nak bagi mama gelak..

Friday, 5 December 2014

suka sangat letak atas kepala


Assalamualaikum...

pe'el anak dara sorang ni sekarang, suka sangat letak benda atas kepala,
paling suka ambil seluar abang letak atas kepala,pastu gelak-gelak macamkan kelakar sangat tapi bila tengok memang kelakar pun...
ada je akal dia sekarang ni..mulut tu memang bisinglah



hari tu mama balik,dia amik tudung mama,apalagi mama pun pakaikan la adelya shawl mama ni,
suka sangat dia,berjalan sana-sini..tapi mama nak amik gambar sikit punya susah,
tau je nak amik gambar dia lari..ini pun mujur ada sikit..hehehe semangat mama amik gambarkan,
saja simpan sebagai kenangan..

itu dia amik topi papa dan songkok abang..nak letak dua-dua atas kepala,
topi dah la besar tak nampak muka..selamber je dia jalan-jalan sambil ketawa riang..
lepas tu..sekarang ni suka jerit2 panggil abang...abang... mentang2 dah bole sebut abang..asyik la dok panggil abang..hehe ada 3 org bebudak ni dekat rumah memang meriah la dibuatnya wassalam

Wednesday, 3 December 2014

Monday, 1 December 2014

mama masak apa tu??


assalamualaikum...

haiii...tak sudah lah mama ni dok pulun tunjuk gambar makanan pulak sejak sabtu hari tu ye..
bukan apa tetiba kerajinan tu datang,
anak-anak pulak suka juga nak makan..
jadi kita layankan aje la...
nak buat macam mana anak2 memang jenis pemakan orangnya kan,
jadi seronoklah...mama masak anak2 abiskan..




antara yang mama masak..sabtu dan ahad lepas

mangga yang mama beli dekat nsk hari tu, yang masam tu..
dah selamat mama buat mangga asam boi pun, dapat dua bekas,
bagi biras akak sebekas...banyak kalau tak bagi,
kang tak pasal-pasal makan banyak memulas perut pulak..

dah lama tak meng'kari'..
so sabtu tu akak buat la kari ayam..
mulanya abang adam taknak makan, tak sedap katanya..
sekali mama suruh cuba, hmmm..siap bertambah pulak makannya..
suka mama tengok..adrien pun makan berselera..

dua hari ...dua jenis pemanis mulut mama buat,
 sabtu..bubur jagung dengan sagu...abg adam kata itu strawberi..hehehe
takkan la mama nak isi strawberi dalam bubur jagung kot,
tapi boleh juga kalau nak dicuba buat nanti kan...
pulun jugak anak2 makan, mujur mama sempat simpan utk papa sikit,
kalau tak mau papa tak merasa bubur jagung tu...

ahad pulak..
badak berendam kalerful..abg adam nak kaler hijau,adrien nak kaler pink,
ok lah mama ikutkan je la,asalkan anak2 gumbira..
alhamdulillah..semua yg mama masak anak2 makan,
kecuali mangga asam boi je anak2 tak makan..

wassalam



Sunday, 30 November 2014

pahitnya kutelan jua..

assalamualaikum...

pertama kali mencuba,dah google tengok macammana cara nak masak takut pahit..dah ikut petua yang ada,bila siap masak pahit juga,pahit pun akak telan jugak la

ada sapa2 bole bagi petua tak supaya tak pahit,dah rendam dengan air garam pun masih pahit juga.tinggal sebiji lagi tu..nak buat masak apalagi agaknya..

yang akak masak ni cuma goreng dengan telur je,pahit2 pun telan juga sbb yg pahit itu ubatkan,google baca banyak juga khasiat peria ni...ok la nak masak utk minum petang pulak...hahaha tengah rajin la katakan

wassalam

Saturday, 29 November 2014

sosej roll hangit

assalamualaikum...

semalam dah buat sosej roll ni, dalam 6 roll je,boleh pulak tak cukup.dah abis pun abg adam minta lagi...selera pula makannya yang si adelya pun sama naik juga dok pulun makan,macamkan sedap sangat mama masak tu. pada hal takde letak apapun..

roti gardenia,sosej ramly,telur dan garam..simple je guna apa bahan yang ada kat dapur je la kan.

sebabkan semalam tak cukup pagi ni mama buat lagi,lebih sikit untuk dimakan dan untuk bekalan en.azmi bekerja...kerja dihari sabtu,mama duduk rumah je la dengan anak2...

sekejap je 9 ketul sosej roll mama buat tu dah licin,sambil main sambil makan...
walapon hangit habis juga..mau tak hangit sambil masak sambil layan anak2 nak itu ini..kejap2 panggil...tengok2 sosej roll dlm kuali dah hitam sikit lagi nak rentung...hihihi

tengoklah rupanya yang tak semenggah tu...disusun sedemikian rupa supaya tak nampak yang hangitnya tu...kihkihkih

wassalam

Friday, 28 November 2014

ayam goreng kunyah katanya..


assalamualaikum..

melayan anak-anak bermain ni adakalanya boleh menghilangkan stress,
ada je idea dorang ni yang mencuit hati,kadang2 tak terfikir pun dorang boleh berfikir macam tu..
semalam lepak dengan anak2 diruang tamu selepas makan malam yang ringkas.(sebab mama malas nak masak...penat konon,hajat nak makan bubur jagung untuk berbuka,tapi jagung takde pulak kat nsk tu..puas pusing tak jumpa,ke akak yang rabun???hehehe jadi makan je la apa yang ada)

pada mulanya anak-anak sibuk dengan mainan masing-masing,
mama pun berkemas apa yang patut sambil melayan adelya makan.
sekali abg adam ambil kotak mainan adelya,lepas tu adrien pulak join, habis pinggan,mangkuk dapur dan segala ikan,udang sayur milik adelya dikeluarkan.
aktiviti memasak pun bermula...







adrien goreng telur, mulut tu muncung dah ala-ala chef wan dah tu.. memasak sambil berceloteh,
abg adam masak sup dan ikan kari..
semangat okeh memasak, ntah macammana tetiba..abg adam amik alih memasak,
abg adrien lak sambil pegang buku macam kat atas tu..
terus datang dekat mama...
"mama nak makan apa? ayam goreng kunyah (errrrkkkk????...)..ayer pesh oren"
belum sempat mama jawab dia dah jawab dulu..
ayam goreng kunyah tu..hahaha ayam goreng kunyit la tu kaannn...
pas amik order..terus pegi bancuh air okeh, abg adam lak memasak,
lepas amik order mama..papa pun kena jugak...siap paksa makan telur tu..hahaha

sampaikan cik pah dengan cik bear tu pun menjadi mangsa tau..
tengok la hidangan untuk cik pah dan cik bear tu..
udang dan telur mata..wahahaha..layannn je la..
tersenyum simpul cik pah dan cik bear di aryan's cafe tu ya..
dapat layanan istimewa tu..




abang2 sibuk memasak adelya dimana???











 
adelya bersantai sambil makan mangga...
semangat betul makan mangga tu,pada hal masam kot mangga tu,
mama ingat manis,belasah beli sampai tiga biji,besar2 pulak tu,
sekali makan..masam le pulak,,ada jugak mama bikin mangga asam boi ni kang...hehehe

sedaplah adelya mengunyah..gigi dah ada 6 batang tu,
4 diatas, 2 dibawah...haishh makin menjadi-jadi selera makannya,
pantang nampak makanan, mesti dia nak punya..kalau tak dapat selagi tu la bising mulut dok minta...

hilang stress mama seharian di ofis dengan gelagat anak2 ni,
walapon kadang2 lepas main tu dorang malas nak mengemas,mama jugak yg kena...
haaa...sambil mengemas tu membebel la mama ni kan...lagi hilang stress lepas membebel kihkihkih...
hoih..bila datang angin malasnya bebudak ni,memang tak dilayannya mama suruh kemas,
nak pulak abg adrien tu.."tak nak.." jawabnya memang tak payah suruh la, memang dia takkan buat la..berbulu je mama menengoknya...
kalau datang rajinnya...
tak payah mama suruh..dorang akan buat sendiri,
siap cakap tu..
"mama...dah siap kemas dah, ok tak mama"
siap berebut pulak tu nak bgtahu sapa yang kemas...
hmmm...macam-macam la kerenah kan...

wassalam