Thursday, 28 March 2019

Upin ipin : Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum...

Mulanya mama tak rancang pun nak ambik cuti masa cuti sekolah ni, tapi tetiba terambil cuti juga tu pun ambik khamis jumaat je sebab isnin selasa perlu hadiri taklimat rabu kena masuk ofis siapkan report untuk dihantar ke hq dan selesaikan apa kerja yang patut. Jadi hari ni kita cutilah kan kesian anak3 cuti sekolah tak ke mana pun lepas tu dok asyik cakap je marsya pergi tengok upin ipin dekat wayang.

Tanpa pengetahuan anak3 mama dorang ni gigihlah belajar macamana nak beli tiket online jenuh tanya adik2 hahaha..layan je memasing kakak dorang yang tak berapa nak up to date ni, kata maktam kalau tak beli online beli dekat mesin pun boleh oh kalau mesin nanti terkial-kial depan orang pulakkan. Mommy cakap upload tgv atau gsc online. So marilah kita cuba, kalau tak cuba mana kita nak tahukan. Tengok tayangan dekat aeon bkt tinggi je dekat dengan rumah, ada 2 cinema yang tayang upin ipin disitu,satu cinema dah penuh, kita tengok satu cinema lagi belum penuh, cubalah mama dorang ni sambil ketor-ketor tangan demi anak3, ambik show 10.45pg je senangkan. Alhamdulillah dimudahkan urusan untuk gembirakan anak3. Pagi tadi okeh baru beli tiketnya.

9.45pagi gerak ke aeon bkt tinggi, dekat je kan takdelah nak kalut sangat, sambil tu dok whatsapp adik2 lagi tanya nanti nak ambik tiket macammana??? Hahaha...korang layanlah kakak korang yg dah senja ni kan,maktam kata ada barcode nanti scan je aah sudah mana barcodenya pulakkk,tengok emel sekali lagi baru nampak barcode dan tanya lagi nak kena print ke? Kata maktam scan guna telefon pun boleh,so mama screenshot je barcode tu. Sampai sana pergi mesin tiket tu scan tak boleh pulak,mujurlah orang tak ramai dah banyak kali cuba tak boleh kita tanyalah pekerja dekat situ, katanya tak scan pun takpe tunjuk je nombor id dekat pemeriksa tiket...hahaha dah tunjuk tu bolehlah masuk, okeh lepas ni boboiboy,ejen ali kita boleh tengok lagi..tu diaaa berderet list anak3,adelya nak tengok frozen,abg adam kata"taknak lah abg tengok frozen". Takpe dik..frozen kita tengok berdua je.

Adelya je la yg gigih nak bergambar,abg2 dah malas nak bergambar ni
Akhirnya dapatlah anak3 tengok upin ipin, bagi mama seronoklah untuk mama layan cerita ni dapatlah anak3 kenal raja bersiong,pak belalang,ikan todak,mat jenin,batu belah batu bertangkup dan banyak lagi watak yang ada dalam cerita kali ini. Sebelum bermula ada iklan boboiboy movie dah memasing tak.sabar nak tunggu pulak..sabar ye anak3 ada rezeki kita tengok nanti,maklumlah mama dah pandai beli tiket online hahaha..tapi cerita yang kita tengok pun cerita anak3 je la kan..mama dorang tak kisah pun sebab mama dorang ni memang suka juga layan kartun, inipun dok layan ejen ali dengan anak3.

Habis upin ipin anak dara ajak makan, nak makan nasi dia taknak..so kita layan anak3 makan dekat texas chicken. Alhamdulillah...urusan ini dipermudahkan walaupun rancangannya dalam masa yang singkat aci redah je kan, seronok tengok.anak3 gembira, nampaknya itu je lah yang mama dapat buat untuk anak3 cuti sekolah ni.

Wassalam








Monday, 18 March 2019

Sukan Pasti Kuala Langat

Assalamualaikum...

Mama buat siaran langsung dari ole futsal,olak lempit sempena sukan pasti daerah kuala langat hahaha...siap buat lintas langsung ye macam perlarian pun ada mama ni ha semangat nak tengok anak sukan tapi adelya tak boleh nampak mama asyik nak keluar gelanggang je, boleh pulak tetengah game tu dia lari minta air dekat mama hahaha hadoii lah anak...layannn je la.

Dapat port lepak bagus dah tengok anak berlawan.datang pulak 2 orang parent ni semangat kesukanannya tahap dewa tegezut mama okeh, dari luar gelanggang dijerit-jerit dekat anaknya suruh.rebut bola, suami isteri pulak tu, eh dah kenapa semangat sangat nih, siap adelya yang datang dekat mama pun disoundnye..ehhh kecik besor je mama tengok,malas nak layan kita belah cari tempat lainlah, mama semangat juga tapi tak delah lebih-lebih budak2 je kot yang main, lepas tu baru 2 bulan je kot latihan. Dengan cuaca panas memang takde mood budak2, itupun dorang main jugakkan.


Pagi2 hantar ke Pasti sebab pergi dengan mualimah, bangun tidur ceria je sampai Pasti dah mula buat perangai kawan2 lain ok je, yang adelya tu tengoklah...seluar pun senteng sebelah mama pun terpaksa berdiri sebelah dia ambik gambar, tapi mama croplah gambar mama tu kan. Dahla dia ketua kumpulan dia lak yang buat perangai, bersabar je mama dibuatnya. Lepas tu mama tinggalkan je dengan mualimah...adoiilah anak oiii macam2.


Pasukan bola jaring Pasti assofe one. Main secara liga kesian tengok anak2 main walaupun dikawasan berbumbung tapi dalam cuaca panas ni berbahang juga dibuatnya. Ok jugalah kali ni buat dekat ole futsal ni dapatlah penonton tempat berteduh. Kalau buat di padang mau terbakar kulit mama ni.


Gaya dah ada tu hehehe, 1st game seri,lepas tu dia mula buat perangai nak.suruh mama duduk dekat dia je..eheh mama bukan mualimah nak boleh masuk.gelanggang,puas pujuk mualimah pun dok tolong pujuk. Pening mama dibuatnya tau, menangis dekat tepi gelanggang tu, katanya mama tak tengok dia main, aduhai mama dok tercongok tepi padang dia tengah main datang dekat mama, mualimah suruh mama duduk jauh sikit supaya adelya tak nampak nanti dia taknak main. Dah serba salah mama ni haa.


Kena cukai seketul belon.frozen yang gedabak besarnya, muka pun ada senyum mujurlah besar macam tu pun rege rm5 je..itupun dia main.seret2 je bila mama cakap bawa elok2 nanti pecah pandai je dia jawab"kalau pecah beli la lagi bukan mahal pun 5 ringgit je" amboi2 dia ada je nak jawabkan, itu rm5 kalau beli burger kenyang dah tau heheh tapi takpe sesekali bukan selalu pun dapat, itupun sebab mama yang cakap nak bagi hadiah untuk dia sebab main bola jaring, ingat nak belikan kerongsang hello kitty yang comel tapi dia nak belon, takpelah kita ikut je la kan.

Lepas ambik hadiah baliklah tak tunggu lama sebab panas sangat, makanan pun tak ambik takpelah rezeki untuk orang lainlah tu kan. Sudahnya pagi ni mama cuti sakit kepala dan demam..kahkahkah semangat sangat tengok anak bersukan kan, takpe Allah nak bagi mama rehatlah tu kan. Entri yang ditulis bersambung dari semalam, so hari ni duduk dengan.adelya la dia pun cuti hari ni. Malam tadi tiga2 orang datang picit kaki tangan mama bila tahu mama tak sihat...haii sejuk hati mama ni.

Wassalam

Friday, 15 March 2019

Good parenting

Assalamualaikum... Salam Jumaat Sayyidul ayyam.


Moga dihari jumaat yang mulia ini kita semua sentiasa berada didalam rahmat dan redha Allah swt. Jangan lupa berselawat banyak-banyak.

Ceita dah lama tapi baru nak up.Kita merancang Allah jua merancang dan  tentulah perancangan Allah yang terbaik buat kita. Mulanya mama dipilih untuk menghadiri program bicara psikologi dengan tajuk yang sangat menarik bagi mama, tapi selepas tu dapat pula emel perlu hadiri perbincangan dengan pihak HQ pada waktu dan tarikh yang sama, rasa sedih jugaklah hati ni, tapi dalam pada itu mama terus berdoa moga adalah peluang mama untuk hadiri juga program bicara tu tapi kalau tak dapat pun mama redha la. Sehari sebelum program dapat satu emel yang buatkan mama rasa nak lompat bintang, alhamdulillah doa mama didengari, perbincangan dengan HQ ditukar ke sebelah petang, teruslah mama tanya Puan Bos boleh tak nak pergi program bicara yang dibuat sebelah pagi Puan Bos izinkan..syukur sangat-sangat.

Program bicara psikologi diadakan di Bangunan SUK, dekat sajalah dengan ofis mama kan, mama pergi berdua dengan kawan. Ramai juga yang join program ni yang penting boleh masuk espl, bolehlah cukupkan target 7hari kursus kan. Apa yang menyebabkan mama nak sangat hadir nih, tentulah sebab tajuknya kan, tajuk ni mainkan peranan yang penting jugakkan. Mama dah kongsi sikit-sikit dekat status whatsapp mama tapi ada yang minta mama share dekat group, nak bagitahu dorang mama tulis dekat blog memang taklah kan hehehe seganlah kalau kawan2 ofis tahu mama ada blog, menulis di blog memang mama akan tulislah. jadi mama kongsilah apa yang mama dapat dari program hari tu kan, jenuh jugak nak teliti tulisan sendiri sebab dah macam cakar rimau je tulisan mama tu menulis laju-laju, snap guna enfo tak berapa jelas maklumlah enfon dah uzur kan.


GOOD PARENTING

GOOD CHILDREN FROM AWSOME PARENTING, WHY SHOULD TAKE SERIOUS

-Tingkahlaku kita dipengaruhi oleh ahli keluarga kita, anak dari 0-2tahun mengikut cara ibu, selepas 2tahun lebih mengikut cara ayah.
-anak2 memerlukan sempadan bagi mewujudkan jati diri dalam diri, beri anak2 cari sendiri hala tujunya dengan bimbingan kita, berunding dengan anak2 dalam membuat pilihan.
-Anak2 perlukan tanggungjawab walau sekecil manapun anak itu – bermula umur 2 tahun anak2 perlu diberikan tanggungjawab dalam melaksanakan kerja rumah, beri tugas yang mudah seperti menyapu sampah,membasuh pinggan, membuang sampah, jadikan ia tanggungjawab  tetap bagi anak2 dan perlu dilakukan setiap hari, jangan ada rasa kesian kepada anak untuk berikan tanggungjawab itu.

Perkara positif yang perlu dilakukan

 Bermesyuarat - dengan anak2 jika ada apa2 isu, bermula umur anak 7 tahun kita sudah libatkan anak dengan mesyuarat dalam keluarga jadikan mesyuarat itu mingguan atau bulanan yang penting perlu bermesyuarat dengan anak2.
Bekerjasama- ajak anak2 untuk bekerjasama menyelesaikan sesuatu perkara atau membuat sesuatu pekerjaan secara bekerjasama untuk elakkan perasaan dengki dan irihati, jika beri tugasan setiap anak perlu diberi tugasan, mengikut tahap umurlah.
Komitmen – setiap anak perlu diterangkan dengan komitmen mereka pada satu2 perkara atau benda
Komunikasi – jangan khutbah lama2 pada anak2,  terutamanya ibu jangan berleter lama2 paling lama pun 10-15minit, jika nak bagi nasihat ibubapa perlu fikir dulu apa yang kita nak cakap, selepas kita habis bercakap tanya feedback anak2, waktu terbaik untuk berkhutbah masa hantar anak2 ke sekolah dalam kereta sebab anak2 tak boleh lari.
Kerahsiaan - Ibu-ibu jangan membawang perihal anak2 pada orang lain, takut nanti anak2 membawang pasal kita pula pada kawan2nya hahahah...
Konfiden - rasa konfiden anak2 boleh dibentuk melalui cara kita berkomunikasi dengan anak2, ibubapa tanya anak2 apa kekurangan kita, apa yang anak2 tak puas hati dengan cara didikan kita, kerana kita manusia yang tak sempurna, kita tak mahu dari rasa kecik hati anak2 itu akan menghalang kita dari masuk ke dalam syurga.
Kontrol- anak2 perlu dikontrol supaya tidak terlalu bebas, negotiate dengan anak2 jika ada permintaan anak2 yang kita rasa tidak wajar sebagai contoh jika anak2 ingin tidur dirumah kawan (sudah tentu kita tak benarkan) jadi kita tawarkan supaya anak2 hanya berjumpa dengan kawannnya diluar dengan ditemani oleh kita ibubapa. Jangan biar anak2 terlepas dari kawalan kita.
Sabar – keep cool dengan anak2, susah untuk didik sabar tapi perlu berusaha untuk jadi sabar.
Keberanian – didik anak2 supaya berani untuk berhadapan dengan masalah kerana sekarang ini ramai anak2 muda yang tidak berani untuk berhadapan dengan masalah dan seringkali mengambil jalan yang mudah untuk lari dari masalah dengan cara yang negatif seperti terlibat dengan dadah atau membunuh diri.
Critical thinking –selalu didik anak2 untuk berfikir diluar kotak
Charitable – beritahu anak2 membantu ibubapa adalah charity, ajar anak agar ringan tangan untuk memberi. Ibubapa bila memberi sumbangan jangan hanya beri sendiri tapi cuba ajar anak2 untuk beri sumbangan, jika terjumpa orang meminta sumbangan dimana2 berikan duit pada anak2 minta anak2 yang berikan sumbangan.

Perkara negatif yang perlu dielakkan.

Competition- jangan wujudkan persaingan yang tidak sihat kepada anak2
Comparison – jangan membandingkan anak2
Control – lebih kepada penderaan
Critic – jangan kita mengkritik anak2 dengan perkataan yang menjatuhkan dan memberikan rasa rendah diri kepada anak2 kerana masih ada ibubapa yang suka mengkritik anak2 dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, berikan pujian kata nasihat tapi bukan kritikan. Kerana kritikan akan menyebabkan anak2 merasa rendah diri.
Corruption – boleh berlaku dalam keluarga contohnya bila anak minta sesuatu pada ibu, ibu akan berkata “ibu dah bagi ni jangan bagitahu ayah ok” jangan lakukan ye elakkan dari buat perkara ini. Tanpa sedar kita dah didik anak2 dari kecil untuk jadi seorang yang corrup.
Confusion – jangan biarkan ini berlaku kepada anak2, cuba develop trust dalam diri anak2 dengan cara kita adakan open communication.
Consumerism – anak2 materialistik, tak semua permintaan perlu dipenuhi terangkan keadaan kewangan keluarga.
Contradiction – beri sesuatu yang berbeza
Careleness
Colonization – inferiorty complex (rasa rendah diri)

6 Tahap parenting

1. Image making (masa pregnant)– semasa mengandung taubat kepada Allah & begin to imagine themselve as a parent, apa yang kita mahukan jika kita sudah menjadi ibubapa, bayangkan wajah dan sifat anak yang kita inginkan, ibu kurangkan bercakap, banyakkan baca quran atau banyakkan membaca bahan ilmiah, makan makanan sunnah, jaga solat, sedekah dan berdoa.

2. Nurturing (0-24 bulan) – emotionally attached to the child melalui penyusuan ibu, pemakanan (perkenalkan makanan awal bayi mengikut warna pelangi), mandi ( ayah tidak digalakkan atau perlu elakkan untuk memandikan anak perempuan) – pada waktu ini kenalkan anak2 pada saudara mara.

3. Authority  (2-5 tahun) – The best of education, beri ilmu yang terbaik kepada anak2 yang paling penting ilmu mengenal Allah dan Rasul, ilmu tentang agama, ajar moral dan etika kerana pada waktu ini otak anak2 seperti span yang mudah menyerap setiap apa yang berlaku dipersekitarannya. Waktu ini juga kita perlu ajar anak tentang bila kita perlu kata ‘yes’ dan bila perlu kata ‘no’ and how to deal with challenging behavior. Peraturan dan disiplin perlu berubah mengikut perkembangan anak2.

4. Interpretive -penafsiran(6-13tahun) – waktu yang kritikal disebabkan rakan sebaya, anak2 lebih dengar cakap kawan dari ibubapa, cuba berhubung dengan kawan anak2 yang selalu anak sebutkan “ye mama..kawan abang yang cakap” kita tanya siapa nama kawannya dan kita jumpa kawannya dan bertanya adakah betul dia cakap macam tu. Biar anak2 lihat kita sebagai mentor. Boleh ajar anak2 memanah, berenang dan berkuda. Waktu ini dah boleh lihat potensi anak.

5. interdependent-saling bergantung (14-18tahun) – anak2 jadi kawan kita, bila kita ada masalah bincang bersama anak2, hargai pandangan anak2. Sebagai contoh nak cat rumah minta pandangan anak dan tanya kenapa anak memilih yang itu. Begitu juga percutian, tempat makan minta pendapat anak. Mak nak beli baju minta pendapat anak2. Appreciate anak2 sama rata (jika punya anak ramai).

6. Depature (19 tahun ke atas) – Bila kita ibubapa dah buat semua yang diatas waktu ini sudah sampai masanya untuk kita lepaskan anak2 untuk berada diluar, bila anak2 sudah mengenal Allah dan Rasul cukup bekalan ilmu agamanya maka kita ibubapa tidak lagi risau untuk lepaskan anak2, tapi percayalah jika rumah kita jadikan satu tempat yang cukup selesa buat anak2 pasti anak2 akan kembali untuk bersama kita. Kita perlu membina persekitaran rumah yang kondusif, rumah mesti selesa, bersih, tak banyak barang.

Pendidikan keselamatan kepada anak2.

pendidikan keselamatan diri
Penggunaan tandas, mandi
Kebersihan tempat tidur dan pakaian
Adab meja makan, makan sampai habis, elakkan pembaziran.
Pendidikan seksual(ini sangat bahaya bukan hanya pada anak perempuan, tetapi sekarang ini pada anak lelaki juga.
Kesihatan (kawalan penyakit) mengikut pertumbuhan/pembesaran anak2-jangan ambil mudah jika anak mengadu sakit kerana sekarang ini terdapat banyak penyakit yang tidak dijangka.

-Ibubapa perlu lihat pada bakat dan potensi anak. Jangan paksa jika anak tak pandai akademik, tapi lihat pada potensi anak yang lain. Masa anak tingkatan 1 ibubapa dah perlu tahu apa potensi anak, carikan mentor untuk anak2 mengikut apa yang anak2 suka. Lihatlah potensi anak lebih daripada kita melihat kelemahan anak2.

How much parents and children hug, hold,cuddle and kiss as the child continues to grow and develop.

Rasanya itu sajalah yang dapat mama kongsikan, moga semua beroleh manfaat dari perkongsian ini. catatan berdasarkan dari apa yang sempat mama catit. Bagus program banyak ilmu yang mama dapat cumanya diri sendiri ni masih tak mampu nak buat apa yang dipelajari disini sebabnya bila dengan anak-anak mama ni rasa nak menyinga je, masih kurang kesabaran nampaknya nih..kena muhasabah diri banyak-banyaklah mama ni.

Wassalam


Monday, 11 March 2019

takut eh

Assalamualaikum..

Cuti hujung minggu tak ke mana-mana pun kami, lepak rumah layan movie je anak-beranak. dapat movie baru tapi takdelah baru sangatkan tapi kami tak tengok lagilah. ada jiran mama ni memang pembekal movie untuk kami, dah lama sebenarnya tak minta movie baru, baru ni en.azmi mintalah movie yang ada.

jadinya semalam kami layan movielah, mula-mula kami tengok Aquaman ok ceritanya menarik bagi mama, layan jugaklah kan cerita ala-ala fantasi gitu dengan kerajaan bawah laut semua, tentera berperang pun guna ikan dan haiwan-haiwan dalam lautlah sebagai kenderaan, menarik anak-anak pun suka tengok. Kalau mama korang nih memang suka lah citer-citer fantasi gitu, malam sebelum tu layan cinderella dekat tv3 pada hal dah banyak kali tengok kikiki. jangan tak tahu masa pregnant mama dok angkut cd citer barbie kahkahkah, sampai ke tua ni lah kalau ada cerita barbie mama mesti tengok punya siap boleh gaduh dengan anak berebut tv.

Habis aquaman adrien dan adelya sibuk nak tengok munafik 2, abang adam dah cuak sebab dia penakut citer hantu..ehhhh korang tak tahu mama korang ni pun cuak haahaha jadi abg adam takut tengok citer hantu tu ikut mamalah kan , takpe abang kita geng. adrien dan adelya tu siap gelak-gelakkan abang, elleh..memula gelak lepas tu semua mengendeng dekat papa takut juga bila hantu keluar, mama dorang ni memang tak layanlah buat-buat ambik buku dan baca wakaka. abang adam tanya "mama tak tengok ke munafik tu?" "mama tak sukalah cerita tu, bukan best pun" hahaha tapi bagi mamalah tak berapa bestlah sebab mama tengok jugaklah sikit-sikit sambil baca buku tu kan, tengok tanpa cermin mata, biar kabur-kabur tak nampak hantu

Abg kalau takut pon jangan tunjuk sangat kena pandai berlakon macam hahaha buat2 baca buku la abg
Adelya datang cakap "adik takut tengok citer munafik nak tengok citer lain" okeh ini peluang untuk mama "suruh papa tukar cerita lain, suruh anak yang cakap pada hal mama ko yang dah gelabah tengok citer hantu. mama bukan apa nanti takut tak boleh tidur malam dok terbayang rupa hantu tu, walaupun hantu tu nampak macam beriman sebab bertudung tapi ishhh tak bolehlah mama, kalau hantu kak limah ok lagi hahaah. aha..lepas ni nak minta citer hantu kak limah la pulak. sebelum ni banyak juga dah tengok movie yang mama baca reviewnya best. tapi tengok dekat rumah je la tak ke panggung pun, tunggu boboiboy dengan upin ipin la baru ke panggung hehehe..

Tutup munafik 2 kitorang layang polis evo2 pulak, mesti ramai yang dah tengokkan mama je baru terhegeh-hegeh nak tengok tapi apa ada hal yang penting tengok juga walaupun dah lama citer tu kan. lagipun mama bukan kaki movie sangat sebab takde geng hahaha, ehh penah tau mama tengok wayang citer tu sampai 3 kali ko..citer apa?? citer hindi hahaha,sanggup ko mereput mama 3 jam dalam panggung, tengok sampai 3 kali pulak tu tapi pergi dengan orang berbeza, eh bukan dengan pakwe ye dengan kawan-kawan, mula kawan ofis,pastu kawan serumah,pastu kawan ofis lagi hahaha.

ok lah nak review movie ni mama tak reti lah, tapi bila baca review diblog kengkawan mana yang mama rasa best tu memang mama tengoklah dan apa yang mama baca dari review tu bertepatanlah dengan apa yang mama tengok, sebab itu mama suka baca review di blog rollodepelicula dia buat review memang bestlah baca.

Sampai jumpa lagi..wassalam

Friday, 8 March 2019

Bulan Rejab : Kemuliaan Dicemari Kepalsuan


Assalamualaikum....

Salam jumaat sayyidul aiyam..semoga kita semua berada dalam redha dan kasih sayang Allah. 1 Rejab hari ini, mama nak kongsi 1 perkongsian yang mama dapat dalam group whatsapp berkaitan dengan bulan rejab ini, moga kita beroleh manfaat bersama In shaa Allah

Oleh:
Dr.Arieff Salleh bin Rosman,
Felo Fatwa

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.

Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.

Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.

'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis PALSU ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).

Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.

Wallahu a'lam.

Tragedi berbuka puasa

Assalamualaikum... Betullah anak2 tu ujian. Ujian terbesar untuk mama anak2 lah,ujian lain mama masih mampu bersabar, bila tiba bab anak2 ...