Monday 31 December 2018

Cubalulu Enterprise

Assalamualaikum...

Belek-belek telefon ada sesuatu yang hendak mama kongsi disini. Apa itu Cubalulu Enterprise??? hehehe dengar nama pun macam apo eh tu??? Aboh (abang ipar mama) buat bisnes pengangkutan lori 🚛, en.azmi pun terlibat sekali lerja dengan aboh.


Sekiranya memerlukan perkhidmatan lori untuk pindah barang rumah,barang pejabat,barang kilang,barang event dan lain-lain bolehlah hubungi nombor yang tertera digambar ye. InshaAllah Cubalulu akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Di sini mama share la sikit antara job yang telah dibuat oleh Cubalulu Enterprise



Angkut sampan untuk MAHA 2018



Angkut cermin dari Bukit Jalil ke Subang Bestari


Barang pindah dari Johor ke Negeri Sembilan


Barang pindah dari bukit jalil ke telok panglima garang

Banyak lagi gambarnya tapi untuk info lebih lanjut jika perlukan perkhidmatan cubalulu bolehlah ke website cubalulu enterprise inshaAllah pihak cubalulu akan memberikan perkhidmatan terbaik.

Wassalam

Friday 28 December 2018

Perkongsian jumaat

Assalamualaikum...salam jumaat saiyyidul aiyam

Hari jumaat terakhir 2018 dan juga merupakan hari terakhir mama bekerja di tahun 2018 ni hehehe next week cuti seminggu bukanlah sebab nak buka sekolah pun seba anak2 semua dah biasa dengan sekolahkan yuran pun dah bayar awal-awal. mama cuti sebab nak menghabiskan cuti yang ada tapi memang tak terhabis pun, kita kumpul dalam GCR je la, inshaAllah tahun depan cukuplah GCR mama 150hari, lepas tu bolehlah mama plan cuti tahunan elok-elok supaya takde nak terlebih banyak sangat.

Oklah lupakan pasal cuti mama tu, hari jumaat terakhir dalam 2018 ni mama nak berkongsi sesuatulah dengan sahabat alam maya mama yang sudi baca blog mama ni. Perkongsian dari kuliah zuhur, kata ustaz :

Mak ayah kita tak layak terima sedekah kita..seringkali kalau baca al-fatihah mesti kita cakap "sedekahkan al-fatihah pada mak ayah kita...kan" sepatutnya kita cakap "hadiahkan al-fatihah" kata ustaz bila kita bagi sedekah tu sebagai tanda kita kasihan,kita simpati, tapi hadiah tu kita bagi sebagai tanda penghormatan... "nak mak orang sedekah baju ni untuk mak" kan tak sedap bunyinya,"mak...ni ada baju hadiah untuk mak"..berbezakan bunyinya, jadi mulai hari ini kita hadiahkan al-fatihah untuk mak ayah kita ye, bukan sedekah.

Kalau untuk mak ayah pun tak boleh apatah lagi untuk Rasulullah saw kan, kadang kita dengar juga selalu orang cakap sedekahkan al-fatihan untuk Nabi saw,kaum keluarga dan sahabat2 baginda, nanti kita tukar ya sebut hadiah, Nabi saw kan tak terima sedekah, pernah ada seorang pemilik kebun kebun beri kurma pada Nabi saw dan dia kata sedekah, Nabi tak makan kurma tersebut dan beri pada sahabat2 baginda, di hari yang lain pemilik itu mengatakan hadiah, barulah baginda Nabi saw makan kurma tersebut.

Kita juga tak boleh hadiahkan pahala amalan kita pada orang yang masih hidup kerana kata ustaz orang yang masih hidup tu boleh buat amalan sendiri, lainlah kalau untuk orang yang sudah tiada, misal kata mak ayah kita dah tiada, kita nak baca quran kita niat nak hadiahkan pahala baca quran kita tu pada mak ayah kita, kita nak bersedekah kita niatkan pahala sedekah tu pada mak ayah kita, apa saja amal kebaikan kita nak niatkan pahala buat mak ayah kita yang sudah tiada itu boleh. satu lagi kata ustaz kita sebagai anak jangan risau bila dengar kawan2 cerita mimpi tentang mak ayah yang telah tiada tapi kita tak mimpi2 pun, sebenarnya kata ustaz kalau kita tak mimpi itu bagus sebab apa,sebab kita selalu hadiahkan pahala dekat mak ayah kita, kalau kita selalu mimpi tu maknanya kita tak hadiahkan pahala dekat mak ayah kita..wallahu'alam.

Anak-anak ingatlah setiap kebaikan yang kita buat, kita baca quran kita hadir majlis ilmu, pahalanya tetap sampai pada mak ayah kita. Buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah redha dan janganlah buat jahat sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah murka. yang paling ditakuti oleh baginda Rasulullah saw adalah syirik kecil, apa itu syirik kecil? Riak - suka menunjuk2 dan berbangga dengan amalan yang dibuat, moga kita dijauhkan dari semua ini inshaAllah.



Wassalam

Thursday 27 December 2018

Sedikit coretan di hari ini

Assalamualaikum...

Bulan ni memang ada banyak sambutanlah dalam family kecik mama ni, 9hb besday Adrien, 25hb besday Abg Adam dan hari 27hb..genaplah 10 tahun usia pernikahan mama dan en.azmi. Alhamdulillah dalam tak sedar je dah 10 tahunkan 😍😍 rasa macam baru semalam je bernikah eh eh nampak sangat menipunya tu..tapi ye lah rasa macam baru je lagi, Alhamdulillah 10 tahun ni dapat ditempuhi juga.


Tak tahu apa nak ditulis dah ni, baru 10 tahun mama oiii dah tak tahu nak tulis apa ke? hehehe entah idea tak mari lak nak menulis hari ni sel-sel otak tak berhubung kesan dari penuaankah ini, memang kadang2 idea takde untuk menulis tapi nak menulis juga. Apapun semoga Allah memberkati hubungan ini, berkekalan dan berbahagia hingga ke dalam syurga.Dalam setiap perhubungan kunci utama adalah iman dan sabar.

Bersempena ulangtahun ini mama nak kongsilah sedikit dari apa yang mama dapat dalam kuliah yang dihadiri

5 perkara mesti guna duit suami

1. Makan minum isteri sekurang2nya rm3000 setahun bersamaan rm250 sebulan. Duit belanja dapur
2. Peralatan mandian
3. Ubat-ubatan
4. Pakaian baru - 2 persalinan setahun dan ini termasuklah pakaian dalam, telekung, kasut dan lain2
5. Rumah yang selesa - untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah baginya untuk membuka auratnya (tiada yang bukan mahram) termasuk bil berkaitan rumah.

Suami kalau nak rezeki tu luas sayangilah isteri, jaga perasaan isteri kerana isterilah punca rezeki suami makin bertambah. Jangan kedekut dengan isteri..pasangan yang bahagia selalunya suami tak kededut dengan isteri.

Isteri pulak sentiasalah doakan yang baik2 untuk suami, isteri yang berkat itu bilamana suami memandangnya akan bertambah kasih sayangnya. Moga kita punya suami yang berkat, anak2 yang berkat dan kita juga adalah isteri yang berkat buat suami.

Wassalam



Tuesday 25 December 2018

Dia lah yang pertama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni genaplah usia abg Adam 9 tahun, waktu berlalu rasa sekejap je. rasa macam baru je mama bawa abg 9bln dalam perut mama ni, betapa gembiranya mama papa menanti abg dilahirkan.


Dialah yang pertama
Dialah yang teristimewa
Dialah cinta hati mama
Walaupun terkadang pe'elnya
Membuat mama bertingkah rasa
Tapi percayalah kasih mama tak pernah sirna

Abg adam yang baik walau terkadang memberontak juga, seorang yang manja hokey nak buat apapun kena mama ada hatta nak potong kek pun mama kena ada sebelah, dengan papa memang tak ngam saja asyik nak bertekak je,tapi kasih papa mana mungkin berbelah rasa. Masa dalam pantang bersunat papalah yang bersengkang mata tak tido malam pantau anak2 tido sebab tahu abg tido lasak, takut sangat anaknya berkalih tido pantang abg berbunyi papa dulu yg bangun harapkan mama memang taklah baik mama layan tido kikiki. Papa jugalah yg melayan.segala kerenah abg picitkan kaki,garukan kaki... Manja sangat abg adam nih.

Apapun mama tetap bangga dengan abg, abg anak yg baik.selalu nak tolong mama siap cakap abg dah besar bolehlah.mama ajar abg memasak hehehe...seronok.sangat abg bila mama minta tolong kacaukan kuah diperiuk, inshaAllah abg tunggu abg besar dan tinggi sikit mama ajar abg memasak ye, sebagai lelaki kena tahu memasak juga tau nanti.dah besar boleh berdikari.

Mama doakan abg anak soleh mama beroleh kebahagiaan dan kejayaa' dunia dan akhirat. Abg siap tanya besday abg takde makan2 ke? Ehh abg ni hari tu kita dah potong kek kan ramai2 hadiah pun dah banyak.dapatkan. InshaAllah abg ada rezeki kita makan2 ye, tunggu papa baliklah papa kerja hari ni.😄

Wassalam


Sunday 23 December 2018

Geng Superhero

Assalamualaikum...

Semalam adik beradik mama datang rumah,nak melawat 2 hero yang bersunat tu lah kan. Mulanya nak datang minggu lepas tapi ada yang sibuk jadi semua sepakat datang minggu ni sebab nak jumpa hud juga, dah lama tak tengok hud kan. Dah memang besday 2 hero mama tu bulan ni jadi semua sepakat nak sambut besday dorang sekali,mama ikutkan je. Bincang2 dalam whatsapp je la memasingkan.

Mama masak spageti dan buat soda herbs je,lepas zohor baru mula masak spageti je kan tak susah pun jadi masak lambat pun takpe, lepas tu goreng nugget sikit, selesai je masak semua orang sampai, alhamdulillah dapatlah makan panas2 kan, memang rancang makan lepas asar. Mama buat simple2 je la tapi yg lain bawa macam2 siap bawa prop bagai hias dekat meja, tulisan dekat dinding jadi meriah la pulak walaupun kami2 je, kek ibu beli,makanan bawa sorang sikit penuh meja dibuatnya, kalut2 tak sempat nak snap pix gambar meja yg penuh makanan spageti,nugget,talam durian,roti golok, tart telur,brownies, kek, keropok ikan,pop corn, makanan memang banyak setiap orang bungkus bawa balik.


Berkongsi bulan kelahiran Adrien (9 dis 2011) Adam (25 dis 2009) jadi senang kita sambut sekali dengan tema superhero, adrien superman abg adam flash, atas kek tu penuh superhero, gumbiralah adrien orang sambut besday dia tambah gumbira dapat banyak hadiah, sebelum ni dok cemburu dengan adelya je sebab dapat banyak hadiah semalam dia pun tersipu2 senyum tengok hadiah  bersusun. Abg adam tu...haishhh geram je mama nak orang sambut besday dia suruh potong kek pun malu pastu suruh mama teman bila tak teman muncung dan menangis heiii manja betul hero sorang nih.


Teman jugaklah mama...ehhh mama pun pakai baju superhero tau hehehe mamapapa batman, pendek kata semua orang pun ikut tema superherolah tapi geng lelaki tak sempat snap pic sebab tak sabar nak makan semua dah lapar. Masa bergambar.ni en.azmi dok pujuk supergirl sorang tu yang merajuk..ehhh geram je mama kalau tak dah cukup satu family superhero hehehe


Ini je yang ada gambar supergirl mama, tengoklah tu semua pakat bertopeng yg dibuat mommy, abaikan cermin dinding mama yang tak cukup tu gam.dah tak kuat jatuh cermin pecah redha je la cermin tak cukup ada rezeki kita ganti yang lain. Adelya haruslah sama dengan kak daeisha dia, baju anak2 mommy yg sponsor..moga murah rezeki mommy selalu memberi.


Mak2 je sempat bergambar semua pun dengan gaya superhero cuma mama tu je la apa kessss krisis indentiti ke apa baju batman topeng spiderman hahaha taram je la semua orang bertopeng mama nak juga tapi topeng hitam tak cukup mama rembatlah spiderman abg awisy heheh janji hadooo.. makngah pun lain juga tu makngah jadi spidergwen.


Jimat dah mama tak payah beli beg dan stationery lagi, beg cukup untuk sekolah pagi petang dapat 2 beg sorang makngah dan paksu beli, mommy,makdak,maktam beli stationery, botol air,dan tupperware,pakcik beli senapang mainan, ibu beli bantal dan ada yg bagi duit...alhamdulillah rezeki anak2 bersunat. Dekat mamapapa dorang minta mainan dapatlah kereta sorang satu takpe layan je, tak rugi pun keluar duit untuk anak2 bukan selalu pun kan nak bagi.


Alhamdulillah....anak dara yg muncung pun hilang muncungnya bila dia pun dapat rezeki juga, makngah bagi beg..suka sangatlah dia beg pink bersayap,mommy bagi pencil box purple. Ehhh kasut sape pulak tu ehemmmm...rezeki betul la ni lama dah teringin kasut macam tu tapi bila nak beli selalu tak jadi sebab memikirkan baiklah simpan duit untuk belanja rumah. Tetiba semalam dapat kasut ni makngah kata dia beli tapi terbesar, jadi rezeki mamalahkan bak kata ustaz dalam hidup takde kebetulan semua ketentuan...jadi kita jgn cakap "mujur makngah tak muat kasut ni dapatlah dekat mama" tapi cakaplah "alhamdulillah... Memang Allah dah tentukan kasut ni untuk mama" dah ketentuan Allah mama dapat kasutkan.


Selain tengok budak bersunat nak jumpa budak sorang ni..ehh geram lak asyik nak tido je dia kan. Tembam dah hud lahir 1.9kg je sekarang badan semangat dah pipi pun bulat macam ummi dah tu hahaha. Kemain hud pun ikut tema kan tapi kirisis identiti macam mama juga hud baju superman topi batman hantam je la hud kan janji comel 💝.

Alhamdulillah perancangan berjalan lancar walaupun kami2 je riuh rumah dibuatnya, pakjang je la yg takde,pakcik walaupun keje sempatlah datang kejap waktu rehat, pakcik medic dekat sepang circuit dekatlah juga dengan rumah mama ni. Cuma bila semua dah balik setiap orang tertinggal satu barang hehehe, nampak gayanya kena datang rumah mama lagi la tu kan. Ada rezeki kita berkumpul lagi walaupun duduk dekat2 jarang dapat berkumpul ramai2.

Wassalam

Thursday 20 December 2018

Menjaga anak2 bersunat

Assalamualaikum...

Hai tak habis lagi mama cerita pasal anak2 bersunat nih?? hehehe... takpelah mama nak simpan sebagai kenangan, menjaga 2 hero tu masa bersunat. Cemas jugaklah mula2 tu kan bila difikirkan macammanalah nak menjaga budak berdua tu dalam pantang bersunat. Sempatlah Whatsapp MIL tanya nak bagi makan apa pada budak2 ni.MIL pun bagitahulah apa yang boleh dimakan. Anak2 ni bertanya juga tok,wan,acu,acik tak datang ke tengok dorang bersunat? ada jugalah adik ipar cakap kalau takde apa-apa dorang datanglah tengok, ye lah dah lama tak jumpa mak2 sedara dorang tu, biasa cuti sekolah dorang dekat kampung tapi tahun ni memang tak sempatlah nak bercuti dikampung sebab bersunat. Takpe ada rezeki nanti kita balik sebelum buka sekolah.

MIL bagitahu untuk permulaan makan nasi dengan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak. tengok anak2 makan macam tu macam tak selera je masing2, mama pun google jugaklah tengok apa lagi yang boleh dimakan. haaa ada ikan yang boleh dimakan, mama suruh en.azmi beli ikan merah dan buat sup sudahnya awal2 tu memang makan sup ikan merah je lah, nampak ok dorang makan sebab ada kuah kot. masuk hari ketiga mama dah terfikir takkan nak sup ikan merah lagi jemu budak2 nih. Tanya ibu, daging boleh tak makan? ibu kata boleh ayam je tak boleh takut gatal, apalagi mama pun buat kari daginglah hehehe...budak sorang tu kemain sukalah sebab dia memang suka sangat kari daging, makan bertambah-tambah.

Selasa malam..mama terjaga terdengar bunyi-bunyian di dapur tapi tak bangun pun tengok dah la 2,3 hari sebelum tu kecoh ada orang nak masuk rumah jiran, alhamdulillah jiran mama sedar dan minta jiran2 tolong tengokkan, nampaklah ada 2,3 lelaki berlari, takut juga sekarang ni sebab banyak kes orang masuk rumah. jadi mama pun buat tak tahu je dengan bunyian dari dapur tu, rupa2nya pagi tu baru mama tahu bunyi tu datang dari ikan haruan yang ada dalam bekas dekat dapur, ikan haruan tu jiran yang bagi dia suka memancing, dah di bagi dekat en.azmi sebab tahu anak2 bersunat, bagus jiran2 mama ni yang tak bagusnya siapa yang nak siang ikan haruan yang masih hidup tu??? nak suruh mama memang taklah mama, ku tak rela jadi pembunuh weiii, sudahnya en.azmi bawa ikan tu pergi rumah aboh suruh aboh yang siangkan hehehe, en.azmi bawak balik ikan  yang dah siap siang, cuci pun mama suruh en.azmi hahaha, ada la 5 ekor ikan haruan tu.


ikan merah buat sup simple je, janji anak2 dapat makan, kari daging dan yang kuning tu ikan haruan masak sambal, jangan tanya mana ikannya hahaha..ikannya cenonet je dibawah sambal tu, itu bukan untuk anak2 tapi untuk en.azmi. anak2 punya mama bagi pengasuh untuk masak hari ni. Nak buat macammana mama dah kerja en.azmi pun ada kerja 2 hari ni jadi anak2 duduk dengan pengasuhlah


Yang anak dara tu pun sibuklah nak berbaring juga dekat situ, itu siap suruh mama gantungkan kain juga untuk dia huhuhu..idokler mama nak gantung kang jenuh lak dia main kat situ jatuh pulak atas abang2 dah satu hal pulak nanti. Bersepah ruang depan menonton ni haa..tak sabar nak kemaskan balik, tunggang langgang dah semuanya.


Hahaha...kesian budak sorang ni, kain pelikat yang dipakai asyik nak terlucut je jadi mama pakaikan skirt adelya dekat dia senang sikit nak bergerak. dalam pada tu dia bebel dekat mama dia ni "Yen tau mama ambik gambar yen pakai skirt sebab tu lah yen taknak pakai" hahaha aduhhh dia tahu la... terima lah anak ye mama nak buat bahan cerita, nanti dah besar yen tengok balik eh. Tengoklah tu ruang tamu rumah mama yang bersepah tu pada hal mama baru je ubahsuai deko bagi lain sikit, lain sikit je lah kan sebab ruang tamu pun besar itu je nak deko lebih2 pun tak reti. tapi adalah buat pembaharuan sikitkan sedap sikitlah mata ni memandang, dinding pun gigih paksa en.azmi cat kalau tak mama nak cat sendiri en.azmi kata sabarrrr..tunggu dia balik kerja, sudahnya hari en.azmi samapi dari terengganu pagi, petang tu mama dah paksa dia mengecat, kes tak menyabar punya isteri hehehe ehh mama memang macam tu lah kalau nak buat sesuatu tu mesti nak buat segera tak boleh ditunggu2 lagi dah, itu yang kadang semua benda nak buat sendiri tu, tapi alhamdulillah en.azmi ni kalau mama minta nak buat apa2 laju je dia tolong buat, penat jugak eh megecat berdua je, mama ambik part senang je cat bahagian bawah en.azmi tentulah yang susah kena memanjat tangga lagi.

eh dah termasuk cerita bab rumah pulak dah..melencong kejap ye. Alhamdulillah anak2 nampaknya dah semakin pulih, dah boleh pakai seluar jalan pun dah ok la sikit tapi masih ada kengkang2 lagi nak2 adrien lah. itu dia dah request baik dari sunat nak ajak tengok wayang pulak..haa ye lah cepat2 sihat nanti kita tengok wayang dan inshaAllah ada surprise menanti dorang hari sabtu nanti, hadiah untuk budak bersunat, moga apa yang dirancang menjadi.

Wassalam

Friday 14 December 2018

Kenapa mama sunatkan yen???


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...12.12.2018, selamat dah hero mama berdua tu disunatkan walaupun sementara nak sampai date tu adrien banyak sangat isunya "hari rabu yen sedia sikit2 je kalau hari ahad yen sedia banyak2" adehhh...takde dah nak tunggu ahad yen rabu kita jalannnn...mama nebesss okeh,tapi buat2 tenang saja.

Lepas asar terus gerak ke klinik. Ceria je muka memasing siap o som tu mama kena teman siapa hahaha, abg adam kena masuk dulu,yang ni mama sorang je masuk sebab en.azmi kena jaga adrien dan adelya diluar, berdebar je mama, masa dokte cucuk bius tu meraung jugaklah abg adam hehehe,lepas tu terus dokte buat proses berkhatan, mama tengok jugaklah proses tu, gunting, potong guna laser dan dokte jahit..oo macam itu prosesnya. Dokte kata abg adam punya cantik inshaAllah cepat baik.

Masa abg keluar tengok ibu dengan aboh dah sampai, jadi tinggalkan abg dengan ibu adelya aboh jaga, mamapapa masuk teman.adrien, dokte dah cakap kalau adrien taknak dokte takkan paksa sebab baru 7 tahun, tapi mama cakap nak sunatkan juga sebab takut susah nanti kalau adrien tak sunat dia bergabung dengan adelya kacau abg susah pulakkan. Jadi dokte pun sunatkan juga la..hambikkk bergegor klinik dengar adrien menjerit, sepanjang proses meraung okeh, dokte kata adrien akan lebih sakit sebab dia punya buta. Sambil nangis tu sempat dia sound dokte "senggow-senggow la (slow2 la)" hehehe dokte pun tak paham, tapi dia jerit nak keluar tu dokte paham la. Dalam pada tu mama pun kena "yen dah cakap taknak sunat, mama suruh yen sunat" huhuhu rasa bersalah jugak mama tapi nak taknak memang kena sunat tak tahun ni tahun2 akan datang kan.


Muka-muka lepas sunat, boleh senyum lagi abg adam tu sebab ubat bius ada lagi. Adrien tu memang tak berenti menangis. Abg adam balik dengan ibu aboh, adrien mestilah balik dengan mama, selesai ambik ubat semua, baliklah. Masa nak pergi kereta tu ada sorang makcik tu tegur "oh dah sunat ye, ambik ni" terus dihulur rm10 pada adrien berenti kejap nangis bila tengok duit hahaha, lepas tu sambung nangis, walaupun nangis sambil cakap sakit duit tetap tak lepas dari tangan kikikk. Sampai rumah tengok abg adam pun nangis juga ubat bius dah abislah tu,masuk rumah terus cepat2 bagi ubat. Abah pun tolong buat tempat gantung untuk anak2. Kita guna apa yg ada je, meja, kerusi dan batang paip.


Ginilah gayanya budak bersunat,parking depan tv je senang.kiri kanan tu meja dan kerusi tengah tu melintang batang paip. Dah malam.sikit baru tenang, adrien tak habis2 tanya kenapa mama sunatkan yen, kan yen dah cakap yen taknak sunat...kuikuikui jenuh mama ko nak jawab tau. Sambil nangis sambil tanya "kenapa kena sunat dekat sini, macammana yen nak buang air?" Hahaha adoiii... Siap pesan dekat abg adam "abg jgn bangun baring je,jgn makan banyak,jgn minum banyak nanti susah nak buang air" hehehe macam2 dia punya pesanan.

Bila adelya bangun tidur terus adelya pun kena arah hahaha " ya garukan kaki abg, yen takpe yen tahan gatal, ambikkan roti,tolong ambikkan air, ambikkan remote" hahaha mujurlah adelya ikut tanpa bantahan, tapi kadang2 marah juga adelya "ishhh asyik adik je yg kena buat" hahaha. Layan je la kan... Walaupun dia yang paling kuat meraung alhamdulillah dia yang paling senang jaga, terjaga tengah malam berzikir,sambil tengok tv zikir, rasa sakit zikir pendek kata tak putus2 zikir, siap abg dibahasakan "abg ni kalau tak sakit pun zikir la, yen tak dengar pun abg zikir" "abg zikir dalam hati la yen mana dengar" ikutlah anak2 dua2 terbaring ni mudah sikit nak urus, kalau abg sorang je susah juga mama.

Ok lah ada masa mama tulis lagi...cuti seminggu ni jaga anak2 bersunat

Wassalam

Sunday 9 December 2018

7 Tahun sudah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ya Allah..hari ni genaplah umur Adrien Aryan Bin Azmi 7 tahun.


Malam tadi belikan juga kek, takde sambutan apapun saja nak bagi besday boy gembira, beli kek dan beli makanan di pasar malam kemudian pergi rumah ibu, saja pergi rumah ibu bagi ramai rasa meriah sikitkan. Tengoklah mukanya tu gembira betul. Semangat berbelon-belon dan nak berlilin, kita layan je la kan,bagi gembira anak2.


Abg aliff la dok layan, tolong isi lilin dan nyalakan lilin. Yang baju kuning tu memang akan menyibuk jugaklah tak kira besday sapepun kan. Abg aliff dah nyalakan lilin laju2 adrien tiup takut adelya tiup sama 😂😂. Kuciwa adelya tak dapat tiup lilin terpaksa abg aliff nyalakan sekali lagi utk adelya, layan je la abg aliff ye.

Adrien...moga diberkati oleh Allah dalam usia, mendapat rahmat dan redha Allah. Moga berjaya didunia dan akhirat. Adrien ni bila dia mulakan.ayat kenapa mama dah cemas sebab dia bertanya dan mama perlu jawab sampai dia puashati kalau dia tak puashati selagi tu dia akan tanya. Selalu nak manja2 dengan mama tengah mama duduk tengok tv dia datang menyendeng sebelah mama,kadang tidur dekat riba mama.

Adrien ni juga tetap pendirian kalau kata taknak tu memang dia takkan buat, pernahlah dia cakap taknak basuh kasuh puas disuruh dia berdiri je depan pintu bilik air tu,memang geram je dibuatnya, sudahnya papa dia yg kena basuh kasut dia, macam tu juga kalau dia suruh abg adam.amikkan baju selagi abg tak ambik selagi tu dia tak berbaju, pada hal keluar bilik air lalu bilik dia dah tetap dia tak masuk bilik ambil baju disuruh abg juga, mujurlah abg tu jenis tak banyak soal, ambilkan juga.

Banyak lagi tentang adrien ni yang buat mama tergelak tapi nantilah mama cerita lagi dilain masa. Moga jadi anak yg soleh ye adrien.

Wassalam

Friday 7 December 2018

Koleksi baru 📖 📖

Assalamualaikum...

Salam jumaat sayyidul ayyam.. Moga kita sentiasa berada didalam rahmat dan redha Allah swt. Hari terakhir kerja minggu nih, minggu depan mama cuti seminggu, menghabiskan cuti disamping nakmenjaga 2 hero yang bersunat minggu depan, anak2 tak sabar nak besunat mama pulak yang berdebar nih hehehe.Oklah pasal bersunat tu mama cerita minggu depanlah kan..ohoiii mestilah ceritakan kenangan buat anak2.

Sebenarnya mama ni dah lama betul tak membeli buku, jalan2 juga MHP dekat SACC mall tu baru-baru nih, tapi rasa macam takde pulak buku yang dicari, buku2 yang ada pun macam tak menraik minat mama, eh bukanlah takde bukan yang best cuma hati ni berat pada nak beli buku yang mama nak tu lah kan. Baru2 ni mama lawat BOOK CAFE,(sekarang bookcafe ada diskaun,ada yang rm2 dan rm3 untuk buku2 yang terpilih,bolehlah terjah) macam2 buku ada terus rasa rambang bijik mata tengok tak tahu nak pilih yang mana sebab banyak yang menarik hati mama nih, tapi kena bawak bersabar ye mama, buku yang mama nak tu ada jadi memang sambarlah kan. Selain buku mama, belikan juga buku untuk 2 hero mama tu sebagai bahan bacaan masa bersunat nanti.


Hasil dari rambang mata,seiring dengan faktor usia👵 bahan bacaan pun berubahlah jugak hehehe ikutkan nak beli banyak lagi tapi tahan dulu la napsu tu kan, bulan depan la beli pulak kalau ada rezeki lebih. Buku yang mama nak beli sangat tu yang "wanita cantik masuk syurga" tu hehehe...entahlah kenapa tertarik sangat dengan tajuk dan cover buku tu rasa macam tak sabar je mama nak baca. tapi mama tak baca lagilah yang mama baca dulu itu "Bismillah yang hilang" terkesan dihati mama, betullah seperti yang tertulis dalam buku tu, moga dapat perbaiki diri lagi inshaAllah.


Ini buku untuk 2 hero mama tu, Misi budak tahfiz tu mama tengok dekat blog sha tengok tajuk je rasa macam best, jadi masa mama dok tengok website bookcafe tu terjumpa buku ni, hmmm apalagi terus belilahkan. Buku tu untuk abang adam, yang adiwira tu untuk adrien lah, dapat je buku tu terus dia tengok belakang ada lagi buku2 adiwira yang lain teruslah dia pun tunjuk nanti mama beli yang ni pulak, hamboihh 1 pun tak habis baca lagi dah minta belikan yang lain pulak dia tua. hmm...tak sempat pun nak tunggu minggu depan mama bawa balik je terus anak2 baca, takpelah ada rezeki mama beli lagi, saja nak pupukkan minat membaca pada anak2 sebab mama dorang ni suka membaca, mula2 ni kita bagi bacaan ringan dululah nanti baru bagi bacaan yang berat2 sikit.

"Jangan kita berasa TAKBUR kerana kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sebaliknya tanamlah rasa SYUKUR kerana Allah mengizinkan kita untuk memberi manfaat kepada insan lain". #BISMILLAHYANGHILANG

Wassalam

Wednesday 5 December 2018

Berdebar 😂😂

Assalamualaikum...

Semalam borak-borak dengan Adrien. budak sorang ni memang suka ngendeng2 dengan mama kalau mama duduk senang2 tengok tv, lepas tu ada lah sorang budak tu yang taknak kalah juga ambil bantal baring atas kaki mama sambil tarik tangan mama suruh tepuk dia..haishhh jeles sungguh budak sorang nih, gerammm je mama tau.

"Mama yen taknak sunatlah, aunah cakap Muhamad bagitau sakit masa nak buang air" Aah sudahhh budak sorang nih, debor dah mama ok. Kisahnya kawan dorang Muhammad dah sunat ahad lepas, Aunah tu adik Muhammad, Aunah pergi cerita pulak dekat Adrien nih kuikuikui..dah si Adrien ni taknak sunat pulak, jangan nak buat pasal ye mama dah bayar hehehe, tapi dalam pada tu dok borak2 lagilah.

"Mana ada sakitnya, sakit sikit2lah, yen kata hero takkan sakit sikit tak boleh tahankan" Mama taknaklah cakap tak sakit langsung nanti mesti rasa sakit jugakan, kalau cakap tak sakit langsung dia ingat mama ni cakap bohong pulakkan, jadi kita bagitaulah sakit juga tapi boleh tahan lagi "ye ke mama?" " Ye lah, sakit lagi mama nak bersalin yen dulu" kahkahkah..perbandingan mama dasat sangat tuh,manalah dia tahu sakit bersalin tu macammanakan, terima je lah kan mama pun dah taktau nak buat perbandingan macamamana lagi

"Kenapa orang perempuan je nak sunat masa baby, kenapa yen tak sunat masa baby?" dah dia buat pertanyaan lagi, apo nak jawab nih. terpaksalah mama berfikir lebih sikit kalau dengan budak sorang ni."Orang perempuan kena sunat masa baby, kalau dah besar malulah" Itu je jawapan yang mama boleh bagi harap2 adrien berpuashati sebab lepas tu dia diam je. Bukan mama taknak sunatkan masa baby nanti anak2 takde lak kenangan bersunatkan, kalau orang perempuan takpe takde pengalaman bersunat pun sebab nanti orang perempuan akan melalui pengalaman bersalin kan.

Bertabahlah mama menunggu 12 disember nih, mama cakap rabu dia sunat.."eh esok ke ke mama?" bukanlah minggu depan...ooooo jawabnya. Bila dah cakap2 tu dia oklah tapi dalam pada tu berdebar jugaklah mama janganlah dia buat hal nanti. Abang adam rileks je siap cakap kenapa tak sunat sekarang je, abang dah tak sabar nak sunat..amboii abang tak sabar nampaknya tu, ye lah abang dah besarkan, lagipun katanya ada kawan2 ejek sebab dia tak sunat lagi..ohhh patutlah tak sabar nak sunat sebab kena ejek ye.

Tak kisahlah abang kena ejek pun kan, takpelah kawan2 abang tu tak faham lagi yang pentng kita jangan ejek orang. Apapun mama memang dah niat nak sunatkan anak2 tahun ni, moga dipermudahkan urusan kita nanti ye.. Adrien..jangan macam2 eh 😂😂

Wassalam

Friday 30 November 2018

Nilam @Sugeh

Assalamualaikum...

Alhamdulillah weekend lepas Allah izinkan kami bertemu, setelah perancangan yang agak lama dan tempat pun bertukar akhirnya mama dan kawan2 kelas Nilam 94/95 bertemu juga. Persahabatan selama 24 tahun moga terus berkekalan, walaupun tak semua kawan yang sertai tapi cukuplah dengan siapa yang ada tu kan, tempat pun last minit cari, tak kisahlah dimana pun kan yang penting slogan kami "TAK KISAH DIMANA KITA BERADA YANG PENTING DENGAN SIAPA KITA BERADA" haaa gitteeewww... anak2 pulak memang tak kisahlah dimana pun janji ada kolam 🏊🏊

Geng Nilam 94/95
Tempat pertama pilihan kami Sarang by the brooks, tapi sebab lambat dapat keputusan dari semua tempat pun dah penuh, lepas tu ada bagi cadangan pergi Sugeh sajalah, dekat pun dekatkan. Tak mahu jadi macam sarang by the brooks tu bila semua dah confirm terus bayar deposit, bila dah bayar deposit tu legalahkan, untuk BBQ buat collection satu family rm50, tak kiralah kalau family tu ada anak2 yang dah besar pun dan anaknya lebih ramaikan kita berlebih kurang je lahkan, lepas tu ada buat potluck jugalah nak bawa makanan tambahan lain, mama ambik part mudah je bawa pinggan, cawan sudu dan plastik sampah sebab tak tahu nak masak apa.

Menu yang ada BBQ kambing, ayam,sosej.,coleslow, meehun goreng, pulut kuning,kari ayam, kuih-muih,buah-buahan, aiskrim malaysia,kek,brownies memang banyaklah makanan sampai boleh sambung makan keesokannya. Memang puaslah makan, lepas makan, makan lagi, memang dekat situ ada kami je, meriahlah dengan suara anak2 kami je.

Dekat Sugeh ni ada fasa 1 dan Fasa 2, yang mama dan kawan2 duduk ni di fasa 2, baru je siap kami antara orang yang pertama duduk situlah, masa kami booking nih bilik mama rm230, ada yang rm250, kata org yang menguruskan harga akan naik lagi rm50 setiap bilik..fuhhh boleh tahankan harganya. tapi oklah sebab dekat je dengan rumah duit minyak isi rm20 pun tak habis, tol pun tak bayar sebab kami ikut jalan lama tak ikut tol, jimat dah disitukan, dari rumah mama ke Sugeh dalam 1jam je, tempatnya betul2 di belakang Rumah makan terlajak laris. Setiap fasa ni memang disediakan kolam, cuma mungkin fasa 2 ni baru jadi banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Sabun di bilik mandi..ahahaha, kecoh kejap kawan2 dekat group sebab bilik air tak disediakan sabun, biasanya chalet biasa2 pun ada disediakan sabun, macam mama kira selamatlah sebab kalau ke mana2 memang mama akan sediakan 1 beg toiletries, angkut je bila nak bermalan di mana2, bukan setakat toiletries, seterika pun mama hangkut juga, seterika pun tak disediakan. Ada bilik yang ada cermin dan peti ais kecik, dekat bilik mama cermin cuma dalam bilik air, peti ais memang takdelah, tapi bilik air dia best besar, cuma takde apa2lah heater dan kemudahan asas yang lain tu adalah, sabun shampoo memang takadalah.

Jom kita layan gambar yang ada...

Keadaan didalam bilik..bilik mama atas, pintunya dibawah maksudnya buka pintu naik tangga terus ke bilik,bilik ok selesa, boleh bentang totolah dekat depan tv tu sebab katil dah tak muat untuk kami berlima kan
Abg adam santai2 di beranda tu sambil melihat kolam tak sabar nak terjun dah tu, Adrien tu memang sejenis tak makan saman, dengan seluar senteng rilek je dia pergi berjalan, malas dah nak berperang dengan dia last2 mama biar je dia nak pakai apa hehehe...adelya sibuk bermain dengan alat apatah tu mama tak tau namanya
ini kolam untuk kanak2 tapi anak2 mana maunya main dekat sini sangat sebab cetek betul airnya takat lutut adrien je nak berenang pun tak best katanya





Dah tak nak main di kolam kanak2 sudahnya anak2 join mandi di kolam dewasa, tengok bapak2 terjun anak2 pun terjunlah, anak2 mama bawakan pelampung jadi seronoklah walaupun di kolam dewasa kan.
Gambar kolam dewasa dan rumah untuk fasa 2, gambar sebelum dipenuhi dengan kami yang duduk berendam dalam kolam tu

mak-mak pun tak lepaskan peluang juga hahaha kali ni mama juga terjun kolam konon cadang nak berendam malam takde orang, sekali kaum bapak pulak dah terjun dulu jadi kami batalkan je la niat tu kan, pagi tu berendam jugaklah ehhhh tak sangka pulak skill berenang masih ada dapatlah berenang 2,3 round abang adam pun ajak mama berlumba renang lah, dah pandai abang berenang itu yang taknak dah pakai pelampung tu, siap takmau dah main dekat kolam kanak2 kan.

selain kolam renang dekat sini juga ada mini zoo adalah beberapa jenis haiwan dekat situ, ular sawa pun ada tapi tak ambil gambar pulak, kuda pun ada nak naik kuda pun boleh tapi bayarannya mama tak tahu pulak sebab tak naik pun, anak2 lebih suka terjun kolam
cantik view nih rasa macam suasana dekat kampung jek, tapi itik angsa sini tak mengejar orang kalau dekat kampung mama tu rasanya dah berkejaran mama dengan angsa tu..suka sangat mengejar orang sampai mama lari tak cukup tanahlah



Anak2..bakal penyambng legasi Nilam nih, semua dah kenal mesra ni siap ada geng memasing, yaya dengan dhia, abang adam dengan syazwan dan muazz, adrien kawan je dengan sesiapa saja hehehe, ramai lagi anak2 ni tapi ada yang tak bergambar pun itu yang mana sempat je sebab dah nak balik tengah panas disuruh bergambarkan, anak2 biasalah kena tengok mood memasing adrien pun takde tu haaa dia sedap dok rendam2 kaki dalam kolam lagi tu rupa taknak balik je lagi tu
Apapun seronok cuti2 ni perkara kecik yg tak menyeronokkan tu kita penjam mata je lah, moga selepas ini mereka perbaiki yg mana kurang, tempatnya ok untuk bercuti tenang2kan fikiran. Memang kami duduk dalam tu je tak keluar pun makanan semua ada kan, borak2-sambil makan memang seronoklah. Anak2 pula kalau boleh nak berendam 24jam. Ok itu je lah percutian singkat kami sempena cuti sekolah dan reward utk anak2. Tahun depan kita rancang ke tempat lain pulak, dah siap bincang2 dan survey2 dan buat collection bulanan hehehe semangat kawan2 kan..inshaAllah moga ukhuwah kita hingga ke dalam syurga.

Balik tu panas sangat sebelum sampai rumah mama ajak pekena cendol dulu,

Alhamdulillah rezeki dapat juga makan cendol tapi mama sorang je yg makan cendol, anak bertiga makan ABC, en.azmi laici kang, tapi boleh tengoklah siapa yg habiskan papa punya tu. Abc 3, cendol 1, laici kang 1, nasi ayam berempah 2 rm19.50, kira ok lah tu kan. Anak dara sorang ni siap berebut nak tukar abc sebab nak mangkuk pink yg direbutkan pulak dgn adrien, jenuh pujuk hokey klu abg adam senanglah ini adrien hampir je mama nak suruh en.azmi pg tukar bekas tu hehehe, akhirnya adrien setuju setelah mama berjanji nak bg sesuatu pada dia...adoiii la budak berdua ni. Adelya mula ambil bekas purple,abg adam bekas biru sekali yg akhir dtg bekas pink, nak yg pink la dia adrien pulak klu dah dia pny mmg payah nak bg org heiii menyirap mama tau tak...tengok perangai memasing.

Ok lah stop dulu kejap lagi nak ambik ank2 dr kem, ambik half day hari ni sebab takut en.azmi lambat sampai nanti terlewat ambik anak2 lagipun tak busy pun mama sekarang ambik half day je la kan rilek2 kat rumah dulu sementara nak ambik ank2 lepas asar kang.

Wassalam

Wednesday 28 November 2018

Kem Daurah

Assalamualaikum...

Masjid di kawasan tempat tinggal mama tu ada la buat kem Daurah selamat 4 hari. Memang mama dah niat kalau ada kem tu mama nak masukkan anak2 ke situ, Masa konvo di Pasti hari tu ustaz dah maklumkan tentang itu, cumanya kena cepat mendaftar sebab tempat terhad dan permintaan ramai, bukan setakat kariah situ je orang dari luar pun nak masuk juga.

Disebabkan kesibukan terlambatlah masa en.azmi ke masjid tu, tapi dalam pada tu en.azmi tinggalkan nombor pada ustaz kalau2 masih ada buka untuk penambahankan, Anak2 pun mengharap sangat nak pergi terutamanya abg adamlah sebab kawan2nya ada yang pergi. Bila En.Azmi cakap dah takde kekosongan mendunglah mukanya tu kan. Kenalah mamanya ni masuk campur hehehe

"Abang..tahu tak semua yang kita nak tak semestinya kita dapat, semua Allah dah tentukan"
"Ye ke mama?"
"Ye lah abang..dalam hidup kita takde kebetulan semuanya ketentuan, rezeki semua Allah yang bagi  nak masuk kem ni pun bergantung pada rezeki, kalau Allah rezekikan abang dapat pergi, nanti abang dapat pergi juga, lagipun semua tu bergantung pada niat kita juga"
"Niat apa mama?"
"ye la niat abang nak pergi kem ni sebab nak ikut kawan atau memang abang niat nak belajar?"
"Abang memang niat nak belajarlah mama"
"Ok kalau betul abang niat nak belajar inshaAllah..yakinlah Allah akan bagi juga abang pergi nanti"

Bila dah cakap macam tu nampaklah Abang adam tu cool sikit hehehe...apa yang mama tengok anak2 ni kalau kita berkeras mereka pun akan berkeras juga, bila cakap macam tu fahamlah jugakkan, tapi untuk abang adam je lah untuk adelya tak faham lagi la tu kalau mama cakap macam tu. Sejak hari tu memang dah tak fikirlah pasal kem tu, cumanya mama ni doa2lah jugakkan kalau2 ada rezeki Allah nak bagi, bukan apa kesian pulak anak2 dah semangat macam tu kan.

Alhamdulillah..kalau dah ketentuan ada juga rezekinya kan, semalam En.Azmi whatssapp bagitahu ustaz whatssapp tanya berminat tak lagi untuk sertai kem daurah? memang naklah kan, terus cepat2 en.azmi cakap nak lah. Syukur alhamdulillah sekurangnya ada jugak pengisian untuk budak berdua tu masa cuti sekolah ni kan, cuma adelya je lah belum lagi sebab kem ni untuk 7thn ke atas saja. Moga2 anak2 mama dapat ilmu sepanjang kem ini, dah siap daftar pun pagi ni en.azmi yang hantar. Bayaran pun ok rm30 seorang untuk 4 hari siap makan dan minum, anak2 cuma bawa alat tulis saja.

Gambar dari en.azmi..dah lepas daftar terus tinggalkan pandai2lah bawa diri memasingkan
Sebenarnya banyak juga aktiviti yang dianjurkan dekat masjid disekitar kawasan rumah mama tu ada kem tahfiz teringin juga nak masukkan cuma masa tak sesuai sebab dari pukul 8 hingga 12 tengahhari je macam susah pula nak ambilkan sebab awal, yang kem daurah ni dari pukul 8pagi-5ptg kira oklah sikitkan, kalau mama nak ambik lepas balik kerja budak berdua tu bolehlah tunggu dulu di masjid sebelum mama sampai tak pun boleh tumpang jiran ke kan. Takpelah itu kita fikir untuk yang akan datang apa yg penting cuti sekolah anak2 ada juga terisi dengan aktiviti, tidaklah mereka bermain sajakan.

Manfaatkan peluang yang ada sebaiknya ye anak2, moga Allah mudahkan urusan semua anak2 di kem daurah ini.

Wassalam

Friday 23 November 2018

Hari terakhir sekolah

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah pun hari terakhir sekolah sekejap je rasa masa berlalu, berjaya juga anak2 lalui sesi persekolahan tahun ni... Alhamdulillah..ketiga2 anak mama dapat anugerah kehadiran penuh ke sekolah..ehh tak sangka pulakkan.. Rezeki dari Allah tahun ni dipermudahkan urusan anak2 bersekolahkan.

Walaupun tak naik pentas mama tetap banggalah kan, ambik report card sek.agama tadi seorang dapat mumtaz,seorang jayid jiddan..alhamdulillah dah bagus dah tu, moga terus kekalkan ye abg adam dan adrien, walaupun dekat rumah malas belajarkan hehehe tapi mamapapa dah pesan malas dekat rumah takpe yang penting dekat sekolah fokus apa yg cikgu ajar, anak lelaki macam tu la gamaknya. Ni hari terakhir sekolah pun masih semangat ke sekolah, mama cuti so ambik anak2 lah hari ni sambil tunggu dorang keluar sekolah tulislah coretan hari terakhir sekolah untuk tahun ni.

Adelya pagi2 semangat bungkus hadiah untuk mualimah, tahun ni akhir dah dengan mualimah maria, tahun depan dengan mualimah lain pulak lah. Semangat nak tulis sendiri huruf pun terbalik, kira bolehlah kan heheh. Jadi pagi tadi hantar adelya dululah pergi Pasti baru pergi sekolah abang2..apalagi mengamuk lah adelya sebab nak ikut pergi sekolah abg, mama tinggal je la dekat sekolahkan hihihi, harap2 adelya ok lah kan, rupa2nya mualimah sampai pun dia menangis lagi😂.


Siap mualimah buat status lagi tu...adehhh anak dara sorang tu dah bagi hadiah suruh mualimah buka tengok waktu tu jugak, siap dia yang tolong buka hadiah untuk mualimah tu, anak bertuah betul, dia yang bagi dia yang tolong buka...bolehlah adelya oiii, manja sangat dengan mualimah tu. Dah hujung2 mama main bagi je la hadiah apapun kain pasang dengan buku. Tengoklah tu adelya tulis sendirilah tu heheh.


Tetiba ada lak gambar mama dan anak2 ye...lepas ambil report card terus ke jamuan akhir tahun Pasti dah alang2 cuti mama join je lah, sambil tu jumpa dengan mualimah yang dah last mengajar tahun ni, jiran2 ada yg tukarkan anak mereka ke Pasti lain sebab ada mualimah yg berhenti, mama pulak malas dah nak fikir setahun je lagikan teruskan je di Pasti sekarang, ada transit pulak tu kan,inshaAllah moga dipermudahkan urusan tahun hadapan.

Alhamdulillah dah habis pun sesi persekolahan tahun ni, walaupun banyak drama pagi2 dengan anak2 bergaduh membebel pagi2 walaupun kata ustaz "tak elok bebelkan anak sebelum pergi sekolah" tapi kadang2 mama lupa bila anak2 buat hal, pada hal bukan selalu pun anak2 buat hal kan,ok tahun depan kita cuba yg terbaik, moga Allah bantu kita dalam setiap urusan kita. Kalau ikut perancangan tahun depan uruskan adrien dan adelya je lah, abg adam kita bagi duduk hostel 😂, itu nantilah mama ceritakan, perancangan tahun depan moga dipermudahkan Allah hendaknya, perancangan dan pengorbanan..gitewww

Wassalam

Monday 19 November 2018

Hadiah Hari Lahir

Alhamdulillah...

Setakat ini apa yang dirancang berjalan seperti yang sepatutnya. Moga dipermudahkan urusan yang seterusnya. Tahun ni setelah difikir dan dibincang suami isteri, mamapapa sepakat nak sunatkan dua2 hero pada cuti sekolah tahun ini. Dah ada perancangan tu mulalah kami survey2 kalau ada program sunat beramai-ramai ke kan. Masa konvo pasti Adelya tu ada lah pengumuman masjid akan adakan sunathon, tapi terhad untuk 30 orang sahaja. Disamping tu survey juga kaedah yang hendak dipilih secara clamp atau laser, bila mama buat pembacaan kita pilih kaedah laser lah(gitewww nak sunat anak pun macam2 yang mama cari info, eh mestilahkan)😂..berdebar ni okehhh

Waktu tu mama sibuk, minta en.azmi tengok2 masa ke masjid tu tapi waktu tu belum ada lagi. Jadi kita pun survey2lah dekat tempat lain. Jumpalah dekat klinik Siti dekat Taman Perwira, dekat sajalah dengan rumahkan. en.azmi pun whatsapp tanya2 apa yang patut. ada 3 slot untuk berkhatan, mama tengok ada satu tarikh tu memang kenalah sebab mama nak ambik cutilah nanti seminggu kalau anak2 bersunat. Sunathon dekat masjid 2 disember. tak kena pulak dengan tarikh, jadi buat keputusan kita sunat di klinik siti sajalah, sunat guna kaedah laser rm200 seorang untuk  yang bawah 12tahun, atas 12 tahun rm350. Makngah tanya kenapa 12 tahun ke atas mahal..mommy jawab..tetttttt kena sensored lah jawapan mommy tu kikiki. Mama ingat guna laser mahal tapi rm200 tu kira oklah, mama bajet 3-400 hehehe

Weekend dah tak perlu kerja jadi sabtu pagi ke Klinik Siti lah nak booking dan bayar deposit.Sebelum keluar tu tanya Adrien lagi, nak sunat tak? dia jawab nak..ok kita sunatkan jugaklah kan. abang adam memang cakap nak sunat, adrien tu antara nak dengan tak je, bila tanya dia kata nak, oklah takde talian hayat lagi ye mama nak bayar deposit dah ni ha, sampai klinik siti, tarikh yang mama nak tu masih ada kosong so kita booking teruslah dan  bayar deposit rm200 untuk 2 orang, katanya seorang pukul 11.15 dan seorang lagi 11.30. tarikh 12 disember, 11 disember tu kan cuti untuk selangor, mama cadang memang nak cuti seminggu untuk jaga budak berdua tu, alang-alang cuti banyak lagi kita ambil peluanglah cuti lama sikitkan.

Moga urusan nak sunatkan budak berdua tu berjalan lancarlah nanti, jangan ada yang nak lari pulak ye hehehe...abang adam tu mama tak risau yang mama risau tu si adrien tu lah. Mama cakaplah abang sunat dulu pukul 11.15 lepastu adrien pulak, dah malam tadi dia sembang2 dengan mama kenapa yen kena sunat no.2? mama tanyalah kenapa?yen nak sunat dulu ke? dia kata aah dia nak sunat dulu biar abang no.2, mama ok kan je asalkan dia nak sunat. hehehe...hadiah hari lahir untuk dorang, dua2 lahir bulan 12 kan, kita bagi sunat sama2 lah..tapi sebelum bersunat tu kita bagilah dorang gembira sikit, bawa jalan2 mandi kolam dulu nantikan.


Mama cakap upin ipin sunat tak sakit punnn..heheheh Adrien jawab "memanglah tak sakit itukan kartun je" kikiki...tapi apapun sunat tetap sunat ye adrien, tak dapat bayangkan ni ha nak menjaga dua orang budak bersunat nanti, tapi mama dah cakap dekat en.azmi bab cuci2 mama serah dekat en.azmi je, jangan suruh mama 😂😂. Oklah nanti mama membebel lagi.

Wassalam

Friday 16 November 2018

Tahniah anak-anak mama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Allah setelah berhempas pulas selama lebih sebulan menyiapkan kerja balik malam, keluar rumah hari masih gelap balik rumah pun hari dah gelap, sampai anak2 pun bising "mama ni asyik balik bila yen dah tido je" Semalam dah boleh menarik nafas lega, semua kerja berjaya selesai seperti yang telah ditetapkan, hari ini boleh balik seperti biasa..yeayyy rasa nak lompat bintang je.

Maaf ye anak2 mama sibuk sangat waktu anak2 nak exam hari tu tak sempat nak tengok apapun, tak sempat nak ulangkaji ke apa kan. walaupun mama tak mengharapkan apa2 tapi bila tengok keputusan anak2 tu alhamdulillah...syukurlah mama, ye walaupun tak dapat keputusan yang cemerlang tapi mama tetap bangga dengan peningkatan abg adam..exam tengah tahun hari tu abang dapat nombor 42 dari 45.. exam hujung tahun ni abang dah melompat tempat ke 22, bukankah bagus tu..banyak dah abang meningkat kan, tak apa abang perlahan2 belajar inshaAllah mama doakan abang terus berjaya.


Adrien pula masih kekal di empat yang sama, ehh tak berubah nampaknya tu kan, walaupun macam tu budak sorang ni dapat juga hadiah dan sijil tu haaa..sebab kehadiran ke sekolah 100%...hehehe walaupun pagi2 susah nak bangun mengantuk apa bagai tapi tetap rajin nak pergi sekolah, kalau tak pergi rugi katanya tak dapat ilmu. Alhmadulilllah untuk tahun ini, tahun depan kita tak tahu macammana lagikan semua ketentuan Allah. abang adam pun ponteng sehari je itupun sebab dapat mc sakit perut kalau tak abang pun kehadiran 100% jugak tu.Takpe abang semuanya dah ditentukan oleh Allah kan.


Pagi tadi sebelum ke sekolah Agama, Adrien beritahu mama "mama khamis ni yen kena pergi sekolah sebab dapat hadiah" eh...hadiah apa pulak? "ye laa..kan yen dapat 100 untuk akhlak, yen dapat hadiah matapelajaran terbaik la" Allahu..tahniah adrien, mama minta maaf sebab mama sibuk sangat sampai tak sempat nak peduli hal anak2, semua en.azmi yang uruskan. Abg adam tak dapat hadiah, tak pe abang markah abang pun semua bagus 90lebih juga cuma tak 100 je, nanti usaha lagi ye. Alhamdulillah..markah untuk sek.agama semuanya bagus2.

Disebabkan lama dah tinggalkan anak2 dengan en.azmi..InshAllah minggu depan kita pergi holiday sempena cuti sekolah..hehehe, tapi pergi dekat2 je lah ye, reward untuk mamapapa dan anak2 tapi bukan kita je la pergi kita pergi dengan kawan2 papamama la heheh pergi ramai2 baru meriahkan

Wassalam.

Sunday 11 November 2018

Maaf... Mama tak percaya

Assalamualaikum...

Walaupun banyak kerja yg perlu diselesaikan di ofis tapi hari ni mama tak ke ofis sebab hari k hari graduasi & kecemerlangan pasti adelya, mestilah mama pergikan sebab semua pelajar wajib hadir. Adelya pun sibuk cakap nanti pergi vonvo (konvo) dia hehehe setelah diperbetulkan baru adelya sebut konvo. Mama tanyalah "kenapa mama kena pergi,adik dapat hadiah ke?" "Dapattt..nanti adik dapat hadiah" kata adelya, bila mama tanya dia nombor berapa? Dia cakap nombor 10... Heheh takpe lah nombor berapa pun sebab mama tak kisah sangat pasal nombor nih.

Disebabkan buat dekat pasti je takdelah kalut sangat cuma mama suka pergi awal sebab senang dapat tempat, sampai je terus daftar, macam sebelum2 memang tak dimaklumkan kedudukan pelajar, mama belek2lah buku program,sekali tengok ehhh..adelya tempat ke 2 dalam kelas...sorry sayang sebab mama tak percaya apa anak mama cakap. Belek2 lagi buku ehhh..untuk anugerah kehadiran terbaik pun terselit nama adelya... Syukur alhamdulillah rezeki dari Allah. Mama ni jenis yg susah nak bg anak2 cuti sekolah kalau takde sesuatu yg memdesak, nasib anak2 lahkan.


Alhamdulillah....syukur ya Allah, memang mama tak sangkalah kan, exam pertengahan tahun hari tu nombor 10, ini tak sangka no.2. Semuanya dari Allah yg memberikan kefahaman untuk adelya.


Gambar kanan muka mashamm jekk, sebabnya sebelum naik pentas tu cari papa, masa tu papa pula pergi beli makanan, mama lah yang hantar dia pada mualimah apalagi terud mendunglah muka. Tahun 5 pun pakai jubah konvo tu haaa. Mama tak tahulah sama ke semua Pasti,tapi pasti ni semua pelajar memang akan pakai jubah dan dapat sijil, untuk tahun 5 & tahun 4 bukan sijillah tapi tapi fail & kertas exam, kira baguslah macam ni semua anak2 merasa naik pentas, mungkin sebab tadika pelajar tak ramaikan, kalau sek keb buat macam ni mau fengsannn cikgu hehehe.


Kali ini hati banyak gumbiralah sebab papa dah ada..tengoklah tu nak pergi dekat mualimah yg dekat tu pun papa dukung. Ini nak naik pentas kali ke 2, untuk hadiah tempat ke 2 dalam kelas. Yang ke 3 pula untuk anugerah kedatangan terbaik. Lepas papa dah ada tu mood memang baik je lah gumbira beratur nak ambik hadiah.


Menempel je dekat papa dia..haa layan je la anak dara sorang tu, sebelum bahasakan yaya je sekarang dah bahasakan adik, papa pun dok adik...adik....haa lekatlah panggil adik sekarang ni, adik pun adiklah sebab memang yang paling kecik punkan. Sekejap je rasa dah habis tahun 5, tak lama tahun 6 pulak...eh eh lepas tu dah darjah 1 pulak.


Adelya bersama hadiah yang dia dapat...seronok bukan main, suka sangat dengan bekas pensil yg dia dapat tu,balik rumah terus isi pemadam dan pensil yg dia dapat juga. Tahniah sayang mama...walaupun mama rasa bersalah sebab masa anak2 exam mama tak sempat tengok anak2 mama belajar sebab mama sibuk dengan kerja sampai rumah pun dah malam kadang sampai rumah anak2 dah tidur, sempat jumpa pun pagi sebelum pergi kerja, tapi bila tengok keputusan anak2 mama bangga sangat, takpe kalau ada yg tak dapat hadiah,apa yang penting markah tu. Abg adam dengan adrien pun mama tak tahu nombor berapa tapi tengok markah semuanya bagus bagi mama, nombor berapa pun tak kisahkan,kalau dapat hadiah tu kira bonuslahkan.

Anak2...apa yang penting cemerlang di dunia.dan akhirat ye.. Letaklah akhirat dihati inshaAllah dunia akan ikut bersama, jangan letakkan dunia dihati kerana akhirat tidak akan ikut bersama, dunia tempat kita bersusah payah beribadah supaya kita senang di akhirat kelak.

Wassalam

Tuesday 6 November 2018

Mama pun rasa

Assalamualaikum...

Cuti hari ni ambil peluang berehat dirumah setelah 8 hari kerja tanpa henti..esok sambung kerja lagilah sehingga survey ditutup. Tetiba rasa nak menulis sesuatu..berkongsi kisah sedih seorang jiran. Jiran mama nih rapat jugalah dengan mama selalu berbalas whatsapp jugalah.

Semalam dapat berita ibunya dijemput pergi..innalilahi wainna ilahirojiun, mama kenal dengan ibu ni sebab jiran mama memang jaga ibunya yang sudah tua dan sudah lupa. Sejak berpindah ke sini memang dia jagalah dorang bergilir adik-beradik,apa mama tengok bukan setakat zila yg jaga ibunya tapi suaminya juga sabar menjaga mertuanya, melayan dengan baik bila ada kenduri tunggu ibu mertuanya makan hingga habis, sejuk betul mata mama ni menengoknya.. Moga pahala yg melimpah buat kedua suami isteri ini.

Semalam berwhatsapp juga dengan zila, diceritakan kesedihan tentang kehilangan ibu tersayang..ya mama faham perasaan tu, mama ni walaupun dah 11 tahun berlalu tapi masih terasa macam baru saja kehilangan mak & ayah..sungguh sambil berwhatsapp tu tak sedar airmata sendiri mengalir, nak pulak bila zila cerita cara Allah ambil nyawa ibunya sama drngan cara arwah mak mama dulu..ya sedihnya hanya Allah yg tahu waktu ini. Sambil tu nagilah kata2 semangat untuk zila. InshaAllah...semuanya akan baik2-saja tapi kenangan takkan dapat dilupakan.

Bila mak ayah dah tiada...kita anak2 boleh kirim pahala buat mak ayah kita, baca al-quran dan hadiahkan pahala buat mereka, bukan itu saja..setiap kebaikan yg anak2 lakukan mak ayah tetap dapat pahala jadi kita sebagai anak buatlah apa saja kebaikan walau sekecil apapun pasti mak ayah akan dapat pahala. Selain itu,kita seagai anak  teruskan silaturrahim dengan kawan2 mak ayah kita, baliklah kampung walau mereka dah tiada, jumpalah jiran2 mak ayah kita, jgn kita kata "buat apa balik kampung mak ayah dah takde" jgn kata macam tu balik jumpa kawan2 mereka.

Jika mak ayah telah tiada perkara yg perlu dilakukan oleh kita anak2...

1. Selesaikan hutang mereka dengan Allah - jika kita tahu mereka ada tinggal puasa semasa hayat mereka dan masih tidak diganti kita bayarkan fidyah dan jika kita tidak tahu bertanyalah pada pihak yg lebih arif. Kemudian badal haji, jika semasa hayatnya arwah ini mampu untuk menunaikan haji tapi belum sempat menunaikan haji maka wajib dibuat badal haji

2. Hutang sesama manusia- seeloknya kata ustaz sebelum solat jenazah tanya dahulu tentang hutang arwah dan jika anak2 dah setuju untuk membayar maka teruskan solat, kata ustaz lg pernah Nabi saw tidak mahu solatkan satu jenazah kerana masih mempunyai hutang, bila ada sahabat yg bersetuju untuk membayar barulah diteruskan solat. Roh org yg berhutang akan tergantung sekalipun dia mati syahid(moga mama sempatlah bayar segala hutang mama)

3. Wasiat tidak lebih dr 1/3..ini jika arwah ada berwasiat perlu ditunaikan wasiatnya dan wasiat itu tidak lebih dari 1/3 hartanya.

Selepas selesai semua yg diatas maka harta yg tinggal itulah yg boleh difaraidkan oleh anak2. Itulah yg dapat mama kongsikan, dari perkongsian kuliah yg dihadiri, moga sama2 beroleh manfaat, jika ada yg mama tersalah info harap dapat diperbetulkan ye.


Arwah mak dengan paksu...tak banyak gambar arwah mak maklumlah dulu enfon mana ada kamerakan, 3210 je. amik gambar guna kodak je. Ada juga kawan yg whatsapp tanya mcmmana mama lalui hari2 tanpa mak... Nak buat apalagi kita kena redha jgn sedih yg berlebihan, apalagi yg dapat mama katakan utk.tenangkan hati seorang kawan yg kehilangan mak kan, yakinlah...mak kita ditempatkan bersama org2 yg beriman dan beramal soleh... Mak ayah sesungguhnya rindu ini tak pernah padam. Rindu nak peluk mak,kalau mak ada nak mengadu macam2 dengan mak,tapi sekarang mengadu dengan Allah je, mak takde Allah tetap ada

Wassalam

Saturday 27 October 2018

Mama sumpah jadi...

Assalamualaikum...

Kata ustaz... Sabar dalam ujian bukanlah sabar yg 2,3 jam @ sehari lepas ujian tapi sabar dalam ujian itu adalah saat @ detik pertama kita terima ujian tu. Dapat je ujian kita terus sabar dan tenang, bukanlah merungut dulu lepas tu baru kita rasa sabar..itu bukan sabar. Redha itu pula kita mampu tahan dan terima dengan hati yang terbuka.

Allahu...semalam macam2 ujian yg datang...ujian kerja sampai rasa tak mampu nak tahan hati dah, daripada isu berpanjangan dan membawa perbalahan baiklah kita diam dan buat saja kerja setakat termampu. Pukul 6 nak ubah kereta ke ofis sebab mama parking dekat masjid shah alam, sampai dekat kereta tengok2 tayar dah kempis..nak minta tolong siapa lagi, ramai dah balik seksyen mama semua perempuan takde yg boleh tolong.

Tinggalkan kereta dan balik ofis semula, walaupun risau tinggal kereta malam2 dan kereta lain pun dah tak banyak mama tawakal sajalah nak buat macammana lagikan. Call ibu,ibu cakap abah ada, mama suruh abah datang dengan en.azmi. Mujurlah memang kerja sampai pukul 8, sambil tunggu boleh buat kerja, lgpun en.azmi kena tunggu anak2 balik sekolah dulu la kan, dah siap uruskan anak2 baru en.azmi dengan abah datang sampai ngamlah pukul 8.


Anak dara pun sibuk jugalah dia tu, lepas ni moga baik2 je ye kancil, walaupun rupamu buruk tapi kau banyak jasa hehehe...sayang wehhh. Tayar spare tak bole guna jadi tayar yg kempis bawa pergi pam, dah settle semua start enjin tak hidup pulak, dalam hati dah terdetik bateri nih..


Sekali buka bonet depan bateri sudah hilang..Allah... Mama sumpah pencuri bateri kereta ni jadi orang yg beriman nanti mencuri dalam kawasan masjid moga satu hari nanti Allah berikan hidayah pada beliau untuk menjadi hamba yang bertakwa. Jenuhlah pulak fikir mavammana nak hidupkan kereta dan syukur juga abah blk keje awal semalam, abah pandai lah sebab tahu nak buat apa kan, keluarkan bateri kereta abah dan cas dekat kereta mama tapi tak jadi sbb bila nak gerak je enjin mati, geledah bonet ada jumper.


Bateri perdana mana nak muat masuk kancil sudahnya bateri letak dalam dan guna jumper sambung dengan apa ntahlah mama pun tak reti, bolehlah hidup. Kereta abah jalan tanpa bateri memang tak mati enjinlah sebab kereta abah memang gerak dari tadi kereta mama dari pagi tak gerak dan adjust apatah tak jalan juga, sudahnya ini je cara yang jadi, apa ada hal kita teruskan je lah kan asalkan sampai rumah dengan selamat..alhamdulillah selamat.

Pagi ni uruskan kereta dulu kena beli baterilah dan beli tayar jugak...walaupun lepas gaji sesak jugaklah kan tapi takpe ada hikmahNya tu kan, moga ada rezeki yg lebih baik lepas ni inshaAllah..Allah yg lbh tahu apa yg terbaik. Memang ada kes bateri kereta hilang, tayar pun ada yg kena remnants tp nk buat mcmmana kena juga parking dekat situ kan, tawakal saja lah jan. Ok lepas ni mama nak siap2 pergi kerja pula.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...