Thursday 27 June 2019

Lama mencari

Assalamualaikum...

Sejak ramadhan hari tu mama mencari benda nih sebab ustazah kata ok. Mama pun nak cubalah sebab apa yang ustazah cakap tu berkaitan dengan apa yang mama lalui. Dok survey2 tapi tak jumpa, ada la jumpa dekat shoppe tapi takdelah mama ni reti nak membeli.

Hari tu ada adik ni cakap dekat aeon big rumah dia ada kedainya, mama cakaplah dah lama cari, tengok2 adik ni tolong belikan. Jadi marilah mama cuba, mana tahu masalah dapat diselesaikan heheheh...tengok tv3 hari tu ada cakap pasal produk ni, rasa macam bagus itu yang lagi buat mama nak cuba tu.


Inilah benda yang mama cari tu...olivie, minum sesudu pagi sebelum makan dan sesudu sebelum tidur. Rasanya pahit tapi alhamdulillah mama bolehlah telan walaupun pahit,ubat takkan nak yang manis-manis je kan. Moga dengan izin Allah minyak zaitun ni dapatlah menyelesaikan masalah mama. Kata Dato' Badlishah kita sebelum makan baca doa dan mintalah berkat dari makanan tersebut. Sebelum makan kita cakaplah dulu dengan makanan tu,ini tidak kita selalu salahkan makanan "taknaklah makan nasi nanti gemuk" "taknak makan tu banyak kolestrol" sebab kita cakap macam tu lah yang jadi gemuk tu, sebab apa yang kita cakap tu jadi doa. Tapi nak makan apa pun biarlah berpada.

Okeh tak boleh nak bagi review lagi tentang olivie ni sebab baru cuba, nanti kalau dengan izin Allah masalah selesai bolehlah mama cerita kan.

Wassalam

Monday 24 June 2019

Dah lama tak meruncing

Assalamualaikum...


Apa macam..runcing ke idok??? Hahahah tak sedar diri dah masuk maghrib nak juga pakai kasut tinggi 3 inci. Jumaat ada majlis hari raya di jabatan mama,kami buat di suk selangor. Parking dah la jauh ada hati mama ni nak bertumit tinggi. Sudahnya malu pulak. Kasut dah lama teringin la nak pakai elok lago kan. Sepanjang majlis tu pakai la, sambil-sambil tolong2 tengok dekat booth seksyen kami booth bihun soto.

Unit Prosesan & Analisis, macam2 gaya ada, yang abe wae tu dah macam ironman pulak, ada yang mendongak atas ntah apa yang ditengoknya entah hantam sajalah

ini ramai-ramai dengan anggota PSH sekali..ehh si baju merah belakang tu ada je menyelit, katanya "aku kena ada setiap gambar kalau tak bagi aku tak buat gaji korang" hahaha...ikut le en.mazlan oiii

para pemenang program the biggest loser..Tahniah buat semua
Meriahlah sambutan raya kami tu, disamping tu ada jugalah majlis penyampaian hadiah untuk pemenang program the biggest losers yang dianjurkan, alhamdulillah ramai juga yang berjaya turunkan berat badan. Objektif utama bukanlah untuk turun berat badan tapi untuk gaya hidup sihat. Ramai juga yang minta program diteruskan pada tahun depan dan hadiah perlu lebih hahaha...tahun ni tempat pertama dapat rm300,kedua rm200,ketiga tm100, untuk saguhati rm50 seorang untuk 5 pemenang. Kumpulan terbaik rm150. Kira oklah tu kan. Ramai yang terkejut sebab tak sangka dapat hadiah walaupun saguhati.

selipar surau yang mama rembat...pinjamlah nanti pulangkan semula
Balik mama rembat selipar surau, bukan rembat terus isnin nanti pulangkan la balik heheh... Tak mampu dah nak bertumit tinggi nak jalan ke parking jauh,lagipun hari macam nak hujan kang jenuh nak berlari dah la tangan kiri kanan penuh barang, ikutkan mama ni ok lagi nak berlari dengan tumit tinggi tu. Dulu2 dukung anak pun pakai heels 3 inci. Bila dah tua ni je dah malas, tinggalkan je si tumit tinggi di ofis kalau ada urusan rasmi baru mama pakai.

Belum habis cerita raya selagi belum habis syawal ni, layan sajalah kan. simpan sebagai kenangan.

Wassalam.

Tuesday 18 June 2019

Jauh atau dekat?

Assalamualaikum...

Masih dalam mood syawal. Jadi mari kita menulis berkisarkan syawal lagi la. Tapi bukan nak cerita pasal raya mama lagi cuma nak cerita sedikit isu tentang raya. Pernah seorang kawan bercerita yang kakaknya sejak berkahwin tak pernah dapat balik beraya dikampung sendiri,pagi2 raya mesti call mak dia nangis2. Begitulah ketetapan dari mak mentua dia, selagi dia hidup anak2 mesti balik beraya dirumahnya...

Gambar yang sempat diambil bersama anak jepun yang mashammm tu sebab baru bangun tido

Alhamdulillah... mama terdengar ceramah ustazah asma harun berkaitan isu ini. Kata ustazah..kita sebagai emak yang punya anak lelaki perlu ajar anak kita untuk berlaku adil pada isteri. Adillah walaupun dalam hal yang kecil seperti balik beraya dikampung siapa. Kuasa...Allah berikan pada suami,tapi suami dikira tidak amanah jika menyalahgunakan kuasa. Emak pun janganlah hanya minta anak lelaki kita taat pada kita,tapi anak kita sebagai suami juga perlu taat kepada ibubapa mentuanya. Apatah lagi jika isteri kita tu adik beradiknya semua perempuan dan semua perlu balik ke rumah mentua, isteri berdosa jika ibunya berkecil hati padanya.

Peranan pasangan yang dapat beraya dikampung adalah gembirakan pasangan yg tidak dapat beraya dikampungnya. Pasangan dah sedih tengok adik beradik share gambar dekat whatsapp group, kita pula keluarkan kata2 yang menyakitkan hatinya "awak ni macam tak ikhlas je raya kat sini" jangan cakap macam tu,tapi ucapkan terima kasih sebab dia sudi beraya dikampung kita. Orang lelaki perlukan penghormatan jadi isteri perlu berkata dengan kata2 yg menunjukkan penghormatan,wanita pula lebih perlukan perhatian dan kasih sayang jadi ucaplah kata2 yang sesuai.

Macam mama ni takde masalah sebab mak ayah dah takde, tapi walaupun mak ayah takde tapi masih ada adik-beradik yang mama tetap hendak bersama  mereka dihari raya dan bila kawan2 tengok dorang cakap seronok sebab kampung mama dengan en.azmi dekat2 senang nak berulang alik,tapi bagi mama kan jauh ke dekat semuanya bergantung pada kita.Kalau jauh tu kita boleh spend masa sepenuhnya dengan keluarga suami/isteri je. Kalau dekat2 ni kadang2 letih berulang dan kadang2 ada konflik jugak, konflik dalam dirilah hingga kadang2 rasa sedih. Perempuan ni banyak terkait dengan emosi, kadang sukar berterus terang jadi membuatkan kita tenggelam dalam emosi walaupun berkaitan hal yang kecil.

Status mama berkaitan hal ini mendapat perhatian rupanya, ada kakak di ofis ni cerita 18thn berkawin dia lalui apa yg mama tulis dan tahun ni buat pertama kalinya dia beraya dengan gembira(bukanlah bermakna sebelum ni tak gembira) tapi gembiranya lebih terasa sebab dapat buat apa yang dia mahu, Allah makbulkan doa dia. Mama dapat rasa apa yg akak tu rasa, dapat berlama2 dengan ibu ayah dipagi raya, dapat membantu emak didapur apatahlagi akak tu anak sulung, kadang dia rasa ada tanggungjawab juga nak menolong emaknya sediakan juadah raya. Ya setiap orang pasti akan gembira jika dapat bersama keluarga sendiri bukan bermakna tak gembira dengan keluarga mentua, tidak...jgn salah faham ye,cuma gembiranya lain bila bersama keluarga sendiri.

Walauapapun moga kita semua dapat berlapang dada,sentiasa redha walau dimana sahaja kita beraya, berbahagialah dihari yang sepatutnya kita berbahagia.

Wassalam

Monday 17 June 2019

Rendang Daging palembang


Assalamualaikum...

Balik dari kampung hari tu, bawa balik sekali daging dan ayam yang banyak tok beli. Mujur kete kecik kalau besar mau semua benda nak.diangkutnya. Itupun dah sampai rumah baru tahu ketupat palas yang mama frozen tu ditinggalkan. Punah harapan nak makan ketupat palas dengan rendang, sudahnya rebus nasi impit je la.

Isnin 10hb tu mama memang saja ambik cuti sebab anak2 masih cuti sekolah. Pagi tu tengok tv sambil fikir-fikir nak masak apa? Ehh tengok2 ada pula chef tunjukkan cara masak rendang daging palembang. Mama pun main ingat2 je la, lepas tu terus ke dapur keluarkan daging...makanya hari tu terhasillah rendang daging palembang versi mama yang tak berapa nak cukup bahan.

Mama sertakan sekali resepinya,mana tahu lain kali nak buat boleh mama tengok resepi kat sini je
Lagipun masa mama up kat status whatsapp tu ada yang minta share resepi..


Bahan-bahan.
700gm daging
2 batang serai dititik
500ml santan
3 sudu kerisik
2 sudu serbuk kari
1/2 cawan kicap lemak manis
2 helai daun limau purut
Sehelai daun kunyit

Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
2cm halia
3cm lengkuas
4 sudu cili kisar

Bahan tumis
Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara2
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan tumis. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain kecuali daging, masak hingga pecah minyak dan baru masukkan daging, tambahkan air dan masak lagi hingga pecah minyak. Tambahkan garam secukup rasa.
Dah siap...

Mama tak pernah rasa sebenarnya apa rasa sebenar rendang daging palembang ni, tapi mama rasa yang mama masak nih sedaplah eheh tercakap sedap pulak hahaha tapi sedaplah rasanya sebab en.azmi makan macam sodap jee tu.

Wassalam

Thursday 13 June 2019

Deko-deko sikit

Assalamualaikum...

Sebelum syawal tu cuti sekolah dah mula, hero mama yang berdua tu dah balik kampung, tinggallah kami bertiga je. Sebelum ramadhan tu mama dah berkira-kira nak hias rumah, macam ustazah kata kalau nak cantikkan rumah biarlah masa nak sambut ramadhan bukan nak sambut syawal, tapi itulah kan kena fikirkan bajet juga, bajet tak mengizinkan jadi kita diam-diam sudah.

Seminggu sebelum raya tu walaupun ada ujian yang diterima hahaha ujian apa lagi kalau bukan adrien pecahkan cermin kereta tu kan, Alhamdulillah ada juga rezeki kami hujung-hujung tu tapi berkira-kira jugaklah tak boleh berlebihan, memang tak berlebih pun sebab takde beli barang yang besar pun dan bukan tukar sofa ke apa, cuma nak mengecat je hahaha nak beli cat pun nak berkira-kira jugak ye..ehh kenalah berkira kan.

Cadang balik hari isnin, jadi sabtu tu kami meneruskan rancangan, beli baju sikit lepas tu ke kedai cat, siap kira-kira lagi kat kedai cat, akhirnya dapatlah beli cat dengan warna yang dipilih,itupun takdelah beli cat yang mahal pun yang sedang-sedang je, nak mengecat tu sebab dinding rumah tu dah penuh dengan cap jari dan tulisan-tulisan yang meyakitkan mata mama nih. Balik dari kedai cat tu tanpa bertangguh mama paksa en.azmi mengecat bengang je member kikiki, jenuhlah suami isteri ni mencari idea apa yang nak dibuat supaya takdelah nampak boring sangat dinding tu kan.

Akhirnya dapat jugaklah kata putus setelah puas mengoogle itu ini, walaupun hasilnya takdelah woww sangat pun tapi asalkan sedap mata memandang dah ok lah kan. siap mama pesan pada adelya, tangan tu jangan nak letak dekat dinding,nak buka suis lampu pun tangan tu jangan sentuh dinding hahah kejam mak ko kan, lepas tu dia pulak pesan pada abang-abang "mama kata nak buka lampu jangan sentuh dinding" kikiki


Ini... kita bagilah ruangan untuk en.azmi berkreatif heheh, ruang yang lain kebanyakannnya mama yang punya idea. Alhamdulillah tercapai jugaklah hasrat nak bagi perubahan sikit pada rumah tu, tapi terhad pada ruang tamu je lah, ruang lain belum lagi,masih sama seperti sebelum ni, ada niat juga tu nak ubah tapi macam biasalah kita tengok pada bajet. Itu frame gambar yang besar rm2.10 je satu beli dekat kedai eco, yang frame kecik tu mahal sikit sebab kayu, tapi mahal pun takdelah sampai rm10, hanya rm8 dan rm9 je satu, itu beli dekat temerloh masa balik raya hari tu. kereta-kereta tu haruslah mainan anak2 je, papan bawah tu guna je kayu yang ada dekat rumah.

Itu je lah yang nak ditunjuk. biasa-biasa je yang lain tu tak payahlah mama tunjuk, segan je nak tunjuk sebab beshe-beshe je, ini saja tunjuk sebab nak abadikan jugaklah dalam blog ni hasil kerja en.azmi tu.

Oklah nanti kita sambung lagi cerita, masih mood syawal kita cerita deko-deko ramadhan syawal la kan. cerita raya rasanya dah takde apa yang nak diceritakan pun, gambar pun itu jelah yang ada pun. ok lah daripada takde kan.

Wassalam

Tuesday 11 June 2019

Syawal 2019

Assalamualaikum...

Dah 7 syawal kita, terasa sekejap waktu berlalu. Apapun hidup perlu diteruskan, syawal juga berjalan seperti biasa, tahun ni takde gambar satu keluarga,entahlah tak rasa macam nak ambik gambar pun mungkin sebab sibuk,pagi raya kalut balik kampung mama jumpa adik-beradik sebab ada yang nak balik dah lepas solat raya tu, pakcik baru kerja tak dapat cuti dapat balik sekejap je, makndak nak balik utara pula. Dengan adik-beradik pun tak sempat bergambar ramai2,dok tunggu siap semua dapat call dari family en.azmi dah nak gerak pergi beraya rumah saudara,kalutlah balik kampung en.azmi pulak,takpelah panjang umur tahun depan kita bergambar raya. Tahun depan kita raya kampung mama dululah hehehe..tahun ni tak plan berubah sebabnya bawa balik kereta kecik tak dapatlah nak angkut toto,bantal semua kan, nak tidur rumah mama kena bawa semua tu sebab dah takde mak ayah kan.


Sampai kampung en.azmi, dorang ajak bergambar dulu jadi inilah family potrait untuk hari raya,semua ada kali ni lengkap semuanya. Nak snap pic family mama je memang tak dapek laa...ada yang pegi toilet,ada yang mood tak ok,sudahnya tak payahlah bergambo mohler kita pergi beraya. hari raya pertama kita beraya dirumah saudara sebelah tok, dekat-dekat saja rumah semuanya di paya luas kampung belakang HOSHAS je. ada rumah yang pernah pergi ada rumah yang belum pernah mama pergi. seharian berjalan perut memang penuhlah kan, dah rumah hujung2 tu jamah apa yang patut sajalah, yang paling banyak minum airlah. Beraya sampai petang lepas tu baliklah.

Raya kedua cadang beraya ke rumah saudara wan pulak. Pagi-pagi mama pergi kampung mama dulu jumpa anak2 buah yang baru sampai petang raya pertama, berjumpa tu sebab petang dorang nak balik dah, takut tak sempat jumpa sebab nak pergi berayakan tak tahu balik pukul berapa. So kita pergilah jumpa dulu darwisy dan daiesha, salam-salam bagi duit raya, selain tu jumpa adik-beradiklah sebab semua pun dah nak balik raya kedua tu, sebab dorang dah kerja raya ketiga. duduk sekejap je kemudian mama ajak en.azmi gerak balik takut orang dah menunggu kami kalau berlama-lama, raya kali ni tak sempat mama nak beraya ke rumah jiran-jiran, tahun depanlah nampaknya kalau umur panjang. Raya kedua ni rasa tak berapa best sebab perut mama bikin hal asyik nak ke toilet je, makan pun terpaksa controllah, rumah pertama makan nasi, rumah kedua tak mampu dah perut buat hal, en.azmi ajak pergi surau yang terletak sebelah rumah tu je, teruslah laju ke surau, en.azmi solat mama pun buat bisnes hehehe..

Bergambar ramai2 dirumah makcik, mana mama??? Nun dibelakang sana hahaha,saja menyorok dibelakang
Lepas tu terus ke rumah makcik en.azmi pula di kampung tekal temerloh, oh ya tok dengan wan ni memang asalnya temerloh jadinya rumah saudara mara pun dekat area temerloh jugaklah, takdelah jauh sangat nak berjalan raya tu. cuma abg adam tu ada bertanya mama "kenapa kalau raya sebelah papa mesti kena naik kereta,kalau sebelah mama jalan kaki je rumah dekat-dekat" "abang..mama tu kita jalan rumah jiran-jiran2 je sebab tu dekat jalan kaki je, saudara mara jauh kita pergi rumah jiran je la, papa pulak kita pergi rumah saudara mara" "mama beraya rumah jiran-jran tapi kenapa papa tak beraya rumah jiran-jiran?" ohhh yang itu mama tak boleh jawab kena papa lah yang jawab heheh.


Raya ketiga beraya ke rumah besan tok dengan wan.Mood tiga-tiga ok masa nih jadi terus mama snap pic dorang, yang sorang tu memang tak makan saman pergi beraya pun pakai seluar track je, dah suruh pakai seluar jeans tak dimahunya,tak selesa katanya hemmm adrien ni memang macam tu kalau dia kata taknak tu memanng taknaklah kan. sudahnya mama biarkan saja. Alhamdulillah rezeki anak2 dapat banyak baju setiap kali raya dan setiap kali itu jugalah bermula raya kedua mama akan pakaikan baju-baju yang anak2 dapat sebagai menghargai pemberian mak-mak saudara, baju yang mamapapa beli lainkali kita boleh pakaikan,walaupun bujang berdua dah pandai pilih baju yang dorang suka tapi dah masa beli tu dorang takde mamapapa beli je la yang mana berkenan. Raya kan sebulan kita pakailah semua baju untuk ke open house nanti.

Alhamdulillah kali ni pergi balik perjalanan kami lancar tak sangkut dalam kesesakan langsung. Kami balik kampung hari isnin pagi dan balik semula ke rumah hari sabtu pagi. Memang lancar saja perjalanan kami, saja balik awal sebabnya nak elakkan kesesakan dan mama pun ada masa untuk mendobi baju-baju yang ada mengemas rumah dan bermulalah rutin meng'iron' baju sekolah anak-anak. Isnin mama bercuti lagi saja nak ambik cuti lebih.

Itu je lah cerita syawal 2019 kami ni.

Wassalam



Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...