Saturday 27 October 2018

Mama sumpah jadi...

Assalamualaikum...

Kata ustaz... Sabar dalam ujian bukanlah sabar yg 2,3 jam @ sehari lepas ujian tapi sabar dalam ujian itu adalah saat @ detik pertama kita terima ujian tu. Dapat je ujian kita terus sabar dan tenang, bukanlah merungut dulu lepas tu baru kita rasa sabar..itu bukan sabar. Redha itu pula kita mampu tahan dan terima dengan hati yang terbuka.

Allahu...semalam macam2 ujian yg datang...ujian kerja sampai rasa tak mampu nak tahan hati dah, daripada isu berpanjangan dan membawa perbalahan baiklah kita diam dan buat saja kerja setakat termampu. Pukul 6 nak ubah kereta ke ofis sebab mama parking dekat masjid shah alam, sampai dekat kereta tengok2 tayar dah kempis..nak minta tolong siapa lagi, ramai dah balik seksyen mama semua perempuan takde yg boleh tolong.

Tinggalkan kereta dan balik ofis semula, walaupun risau tinggal kereta malam2 dan kereta lain pun dah tak banyak mama tawakal sajalah nak buat macammana lagikan. Call ibu,ibu cakap abah ada, mama suruh abah datang dengan en.azmi. Mujurlah memang kerja sampai pukul 8, sambil tunggu boleh buat kerja, lgpun en.azmi kena tunggu anak2 balik sekolah dulu la kan, dah siap uruskan anak2 baru en.azmi dengan abah datang sampai ngamlah pukul 8.


Anak dara pun sibuk jugalah dia tu, lepas ni moga baik2 je ye kancil, walaupun rupamu buruk tapi kau banyak jasa hehehe...sayang wehhh. Tayar spare tak bole guna jadi tayar yg kempis bawa pergi pam, dah settle semua start enjin tak hidup pulak, dalam hati dah terdetik bateri nih..


Sekali buka bonet depan bateri sudah hilang..Allah... Mama sumpah pencuri bateri kereta ni jadi orang yg beriman nanti mencuri dalam kawasan masjid moga satu hari nanti Allah berikan hidayah pada beliau untuk menjadi hamba yang bertakwa. Jenuhlah pulak fikir mavammana nak hidupkan kereta dan syukur juga abah blk keje awal semalam, abah pandai lah sebab tahu nak buat apa kan, keluarkan bateri kereta abah dan cas dekat kereta mama tapi tak jadi sbb bila nak gerak je enjin mati, geledah bonet ada jumper.


Bateri perdana mana nak muat masuk kancil sudahnya bateri letak dalam dan guna jumper sambung dengan apa ntahlah mama pun tak reti, bolehlah hidup. Kereta abah jalan tanpa bateri memang tak mati enjinlah sebab kereta abah memang gerak dari tadi kereta mama dari pagi tak gerak dan adjust apatah tak jalan juga, sudahnya ini je cara yang jadi, apa ada hal kita teruskan je lah kan asalkan sampai rumah dengan selamat..alhamdulillah selamat.

Pagi ni uruskan kereta dulu kena beli baterilah dan beli tayar jugak...walaupun lepas gaji sesak jugaklah kan tapi takpe ada hikmahNya tu kan, moga ada rezeki yg lebih baik lepas ni inshaAllah..Allah yg lbh tahu apa yg terbaik. Memang ada kes bateri kereta hilang, tayar pun ada yg kena remnants tp nk buat mcmmana kena juga parking dekat situ kan, tawakal saja lah jan. Ok lepas ni mama nak siap2 pergi kerja pula.

Wassalam

Thursday 25 October 2018

Tak sempat

Assalamualaikum...

Kesibukan mula melanda time off dan cuti dibekukan, sebelum ni mama balik kerja 6.30ptg bermula semalam balik pukul 8mlm mungkin sehingga tutup survey, tak sempat nak singgah blog kengkawan pun, blog sendiri jenguk jugaklah heheh hari ni pula terpaksa balik awal sebab en.azmi nak pergi kerja malam ni, kalau mama lambat macammana pulak anak2 kan jadi balik awal hari ni ngadap blog jap (mukadimah ditaip khamis minggu lepas 😂).

Gambar gugel
GHari2 sampai rumah pukul 9mlm, keluar rumah hari gelap sampai rumah pun dah gelap, mujurlah ada en.azmi hal rumahtangga dan anak2 semua en.azmi uruskan, sampai rumah elok je anak2 duduk dengan papa dorang. Ini rileks jap tengok blog lepas makan, alhamdulillah sampai rumah makanan dah sedia en.azmi masak, hari2 lah makan masakan suami kuikuikui...alhamdulillah en.azmi banyak tolong masa mama sibuk nih, basuh baju, iron baju sekolah anak2, kemas rumah..pendek kata semua en.azmi buatlah. syukur sangat2 mama ni rasa..xdelah balik kerja dah malam nak sibuk hal rumah pulakkan. Terima kasih en.azmi

Maaf buat kawan2 yg datang jenguk blog mama nih..ehemmm macam ramai je yg datang tu kan, takpe walaupun tak ramai mama tetap hargai, terima kasih banyak2 sudi jenguk blog mama yg tak seberapa nih tapi maaf sangat tak sempat berkunjung balas buat masa sekarang nih, tuntutan kerja yg menimbun nih buat mama tak sempat jenguk kawan2, inshaAllah ada masa mama jenguk nanti ye..akan busy sehingga tahun 2020 nampaknya ni hahaha..tp takde lah sepanjang tahun busy..ini nak habiskan survey tahunan, next year ada banci CDT pulak, 2020...haaa yg ni ada kaitan dengan semua ye tolong bagi kerjasama nanti ye...Banci Penduduk 2020.

Ok lah itu je buat masa ni..banyak nak cerita tapi nantilah kan tunggu masa yg sesuai..entri ni pun bersambung pagi ni okeh...seminggu nak siap entri nih. Sampai jumpa lagi... Moga Allah lindungi semua kawan2 mama..

Wassalam


Monday 22 October 2018

Assalamualaikum Hud

Assalamualaikum....

Selepas 3 minggu berada di wad Alhamdulillah... akhirnya Hud dibenarkan balik rumah yeayyy..tak sabar mama nak jumpa hud. Siapa Hud? Bagi yang tak baca entri mama yang ini mesti tak tahu kan. Ok Hud anak buah mama yang baru,Hud lahir tak cukup bulan..tak sabar dia tu ye...baru 34minggu Hud dilahirkan melalui pembedahan. 3 minggu juga kena tahan wad sebab tak cukup bulankan. Sebelum dibenarkan keluar umi Hud diminta duduk wad sebab nak diajar cara jaga bayi pramatang.

Dah hampir seminggu Hud balik baru hari ni mama nak pergi tengok Hud, cari waktu yang sesuai jugalah untuk pergi kan, dapat pergi ramai2 lah best, ini dah berjanji semua baru pergi hari ni, siap minta lagi mak mertua makndak buatkan laksa johor yang sedap itu, kisahnya mommy dah pergi sebelum ni mak mertua makndak buat laksa johor sedap katanya siap tunjuk gambar apalagi kami pun minta jugaklah kan kikiki.

Berjanji pukul 3 disana, 2.30 baru keluar rumah bukan jauh pun dekat petaling jaya je kan, adelya siap tunjuk jalan lagi maklumlah baru pergi selasa lepas dengan ibu dan pakcik. Pakcik pegi awal sebab hari ni dia tak cuti. Riuh rendahlah suara memasingkan, biasalah kalau berjumpa dapat makan2 pulak tu memang bestlah.


Kakak berdua yang excited dapat tengok hud, dua2 pun memang suka baby kena sangatlah tu duduk berdua tengok je hud minum susu. Adelya kata hud comel tapi telinga hud kecik,mata kecik, tangan kecik semua kecik hehehe..macam2 lah kakak yaya tu kan tapi memang hud kecik lagi, kaki hud besar 2 jari mama je tangan besar 1 jari mama lbh sikit je, memang mama tak angkatlah takut sebab kecik, tapi kata neneknya dah naik pun berat hud sebelum ni 1.9kg, sekarang 2.2kg, inshaAllah lepas ni membesar dengan sihatkan


Laksa johor yang mabelles,bukan setakat laksa johor ada juga bihun goreng dan kek pisang dan kepok keping memang kenyanglah makan sambil bersembang tak sedar makanan habis hehee. Nenek.hud ni memang sedap memasak, lagipun memang berniaga lepas ni tak berniaga lagilah sebab nak jaga hud, tak harap orang lain jaga katanya..maklumlah cucu yang ditunggu2,4 tahun tunggu tu sayang sangatlah kan. Nanti suruh kami datang lagi makan nasi pulak...haihhh inshaAllah mesti datanglah kalau dapat makan kikiki.

Haaa entri semalam sambung pagi ni, bolehlah sambung menaip dalam kereta sebab en.azmi hantar pagi ni. Ok Hud tahun depan boleh sambut besday dengan papa la kan sama2 lahir bulan oktober. Hud moga membesar jadi anak yang soleh penyejuk hati umi abi ye. Kakak yaya tak sabar nak bawa Hud pergi berenang tu..adehhh

Wassalam

Saturday 13 October 2018

Tak sangka mama

Assalamualaikum...

Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang sedang memasak, biasalah anak2 kan masa mama kalut diorang pun kalutlah nak bercakap jugak, takpe kita layan je setakat yang boleh sebab mama pun bukanlah masak yang beria sangat pun kalau hari kerja.

abang adam : Mama..abang ada 10ringgit. sambil abg adam keluarkan duit dari poket

mama : haaa...mana abang dapat 10ringgit tu?? terkejutlah mama kan sebab mama takde pun bagi duit sebanyak tu.

abg adam : kawan yen yang bagi, dekat yen ada lagi 30 ringgit, lepas tu teruslah mama tanya adrien pula, kenapa kawan dia bagi duit banyak2 tu

adrien : mana la yen tahu mama, wafi yang bagi.

mama : kalau dia bagi pun jangan ambik, dah esok pulangkan balik duit wafi

Takut mama wehh nanti anak mama dituduh mencuri pulak. mama pun whatsapp guru kelas adrien bagitahu tentang hal ini dan minta cikgu pastikan wafi dapat duit dia balik.

balik sekolah petang tu mama tanyalah dah pulangkan duit wafi? en.azmi jawab nak pulang apanya duit dah tercicir..Allahu Akhbar..aduhh macammana boleh cicir bukankah mama dah letak dalam beg abang minta abang yang bagikan, tapi en.azmi ambil duit tu dan suruh adrien beri pada cikgunya, masa nak pergi ke kelas tu adrien pegang sampul duit tu entah macammana tercicir, nak marah pun mama tak larat dah waktu tu, tengok muka adrien pun macam kesian je sebab mungkin dia pun tak sangka duit nak hilangkan, takpelah nanti mama gantikanlah duit tu.

Semalam balik kerja mama duduk rehat2 adrien datang pada mama.

Adrien : mama..sebenarnyakan hari2 yen bagi duit belanja yen seringgit dekat wafi.

Mama : ehh..kenapa pulak yen bagi wafi

Adrien : ye lah kan yen dah hilangkan duit wafi hari tu jadi yen gantilah hari2 seringgit.

muka penat balik sekolah, mama nak bebel lebih2 pun tak sampai hati
Allahu..anak mama nak menangis mama dengar tau, mama tak sangka adrien ganti dengan bayar hari2 pada wafi, tak sangka anak mama ni bertanggungjawab, mama bukan tak nak bayar lagi cuma cari waktu sesuai nak jumpa cikgu je sekarang mama sibuk sangat, time off tak boleh apatah lagi nak cuti. rupa2nya dah seminggu adrien bagi seringgit dari duit belanja dia pada wafi. Dari apa yang mama tengok anak yang nombor 2 ni memang lain sikit, apa yang ada dalam fikiran dia pun sukar nak diduga, kadang apa yang dia buat tu memang tak disangkalah, tapi mama bangga anak2 mama jujur..

Hari tu abang adam balik sekolah bagitau mama

Abg adam : mama..malam nanti cikgu nak whatsapp mama gambar abang kena denda

Mama : abang kena denda kenapa?

Abg adam : abang tadi pegi surau dengan kawan abg lepas tu balik kelas tengok semua orang takde, kitorang duduk je la main dalam kelas.

Mama : habis orang lain pergi mana?

Abg adam : Abang tak tau.

Malam tu mama pun tanyalah cikgu tentang itu, cikgu pun bagilah gambar abg kena denda dalam bilik guru, siap kena rotan tapi takdelah gambar kena rotan. Kata cikgu masa waktu seni cikgu suruh pergi perpustakaan tapi kata cikgu abg dengan 3 orang kawan dia main dalam kelas. Mama puntakpelah dah kena rotan pun nak marah apalagi. atau masa arahan ke perpustakaan tu abang ke surau? ye lah abang cakap tak tahu tadikan. Cikgu bukan apa dia risau sebab budak perempuan tu ada kanser otak kalau apa2 jadi pada dia waktu tu takut abg adam terlibat sekali. ok takpe mama faham lepas tu slow talklah dengan abang adam lainkali kalau nak pergi surau ke apa tunggu cikgu masuk dulu lepas tu baru minta izin untuk ke surau.

Abg adam masa kena denda, wajah kawan yg lain mama tutuplah ye.. Semua anak2 yg baik ni cuma hari tu tersilap sikitkan tak dengar arahan cikgu, lepas ni harap tak buat lagi jadikan pengajaran apa yg dah berlaku nak pegi surau pun bgtau cikgu dulu
Masa jumpa cikgu abang satu hari tu cikgu cakap dia nak tengok antara 4 orang tu siapa yang bagitahu ibubapa tentang denda tu, tengok2 adam sorang yang bagitahu, ibubapa lain bila cikgu cakap semua terpinga2, mama dah tahulah sebab abang bagitahu, walaupun abang kena denda tapi mama tetap bangga sebab abang jujur dengan mama bagitahu tentang itu, itulah yang mama nak, anak2 bagitahu mama apapun yang terjadi. Abang dari semua ni dah tahukan apapun tindakan selepas ini kena fikir dulukan. apa yang nak buat beritahu cikgu dulu.

Satu hari tu abang balik sekolah juga, abang cerita dekat mama yang abang tak belanja hari tu, bila mama tanya abang buat apa dengan duit abang? abang cakap, abang dengan kawan2 sedekah duit belanja pada makcik cleaner, Allahu abang terharu sangat mama dengar, tak sangka abang dengan kawan2 boleh terfikir nak sedekah dekat makcik cleaner biasa mama suruh letak dalam tabung surau sekolah je tiap2 jumaat, ok lepas ni bolehlah abang sedekah lagi, kalaupun tak bagi duit abang belilah kuih dekat kantin bagi pada makcik cleaner.

ais kepal milo
eh kenapa tetiba ada gambar ais kepal milo pulak nih, ini adrienlah ni kadang2 balik dari sekolah sanggup dia tak belanja duit dia semata-mata nak belikan mama dia ni ais kepal milo, aduhaii anak terharu mama ni tau tak, tapi selalu jugaklah terjadi pergaduhan sebabnya adrien belanja mama tak belikan untuk adelya, mengamuklah anak dara tu kan, mama bagilah mama punya, adrien pulak marah "yen belikan untuk mama la bukan untuk yaya" adehhh dah berperang pulak dekat situ, pening kepala mama petang2 hari, mama makan sikit kemudian bagi adelya macam biasa adrien dia takkan berpuashati, budak sorang tu susah sikit bila dia kata benda tu untuk mama susah dia nak bagi pada orang lain. terpaksalah mama pujuk untuk bagi adelya.

Cerita sebagai kenangan untuk anak2 bila mereka besar nanti, biar anak2 tahu mama sangat bangga dengan apa yang mereka lakukan, teruskan anak2 jadi orang yang jujur ye.

Wassalam

Saturday 6 October 2018

Cerita anak-anak

Assalamualaikum...

Minggu ni agak memenatkan cerita mama dengan anak2,pagi2 jadi kalut bilamana abg adam dengan adrien bergilir cuti sekolah. Sepatutnya tak kalut tapi jadi kalut bila adelya tengok abang2 cuti dia pun mengamuk taknak sekolah. Bila mama papa hantar pergi pasti dia pergi meraung pulak, jenuh mualimah nak pujuk. Mama lak memang tak pujuklah sebab kalut nak kejar pergi kerja pulakkan.

Abg adam dan adrien masa kecik-kecik dulu..baru berapa bulan je adrien waktu ni, abg adam pulak 2thn lbh..debab gak nampaknya masa kecik anak2 mama nih
Terpaksalah abg adam berkorban walaupun cuti pakai juga baju sekolah pergi transit hehehe mujurlah abg adam ni jenis mendengar cakap, mama suruh pakai baju sekolah tanpa banyak soal abg pakai je, terima kasih abg jadi penyelamat pagi mama. Kalut juga uruskan budak bertiga ni sorang2 bila en.azmi kena pergi kerja awal. Macam ni lah kalau en.azmi pergi awal memang kalutlah mama kejut sorang2 bangun, abg adam biasanya ok adrien dengan adelya je yang selalu bikin hal.

Dari kecik pakai baju sama, sekarang pun.masih ada baju yg sama tapi biasalah dah besar sikit ni masing2 ada citarasa sendiri,mama bagi pilih sendirilah baju apa yg dorang nak
Hari tu acik ida tak dapat ambik anak2 sekolah pagi sebab hantar emaknya ke klia, dah la hari tu adrien sorang je yang sekolah ikut mama nak cutikan je la tapi budak adrien tu bukan senang2 nak cuti, bila suruh cuti muka dah macam nak nangis dah, dia selalu cakap kalau tak pergi sekolah rugilah tak dapat ilmu. Jadinya pagi tu jenuhlah mama pikir apa nak buat, call ibu tanya kot2 abg alip boleh ambik, tapi abg alip tu nanti entah ke mana pulak perginya, ok cutikan je la tetiba ibu call cakap abg ayip ambik..fuhhh legalah kan. Kebetulan abg ayip pun cuti sebab budak exam pt3.

Ambik.gambar dekat pasti hari tu..hehehe
Ini yang paling mama bangga...pagi tu sedar2 dia dah siap berbaju dan bertudung, angkut beg terus nak ke sekolah. Ini semua sebab abg penyelamat pakai baju sekolah kalau tak mau meraung macam sebelum tu, pantang tengok abg2 tak sekolah dia pun taknak sekolah la tu, ini kes kena tinggal masa abg2 pegi legoland hari tu la, takut kena tinggallah tu kan hehehe


Ini abg ayip yang selalu jadi penyelamat kalau mama papa balik lambat, tolong ambik anak2 dari pasti. Alhamdulillah rumah dekat dengan ibu apa2 boleh minta tolong. InshaAllah tahun depan dah punya perancangan untuk abg adam, harap2 oklah perancangan tu abg adam pun macam seronok je bila mama bagitahu perancangan untuk tahun depan nanti. Moga semua berjalan lancar nanti.

Oktober november cuti & time off dibekukan huhuhu...survey nak tutup, hari ni dah mula kerja hari sabtu mujurlah en.azmi tak kerja, mama tinggalkan je anak2 dengan en.azmi. Ini tadi mama sampai rumah pukul 5 nasi semua dah siap masak, kain baju pun dah kering di ampaian tu, legalah mama penat2 balik boleh goyang kaki heheh.

Wassalam

Monday 1 October 2018

Alhamdulillah... Kelahiran yang dinanti

Assalamualaikum....

Debaran semalam dah berakhir hari ini. Alhamdulillah syukur ya Allah diatas anugerah yang diberikan, semoga lepas ni semuanya baik2 sahaja. Dah lama menanti kehadirannya,akhirnya Allah tunaikan permintaan semua, syukur sangat2.

Pagi semalam dapat whatsapp dari pakndak(adik ipar mama) bagitahu makndak(adik mama) dah masuk hospital sebab ketuban dah pecah,kalau ikutkan due lambat lagi, tapi tu lah perancangan Allah kita tak tahu kan. Pepagi tu mama masak siap2 lepas tu terus ikut ibu dengan abah pergi hospital shah alam, tapi kami tak boleh masuk tengok pun makndak dalam bilik menunggu tapi kami aci redah je pergi jugak sekejap hehehe.2 kali jugaklah kami meredah tu sampai guard suruh turun hehehe..ye lah risaukan.

Kemudian kami turun tunggu dibawah makngah datang naik grab, makngah dah datang tu kami pergi kedai baby dekat seksyen 7 tu beli barang baby, kisahnya banyak lagi barang tak beli sebab rasa lambat lagikan itulah mama pun baru je la konon nak bagi list barang apa kena beli sekali dah kena tahan wad, siap beli barang terus ke kedai dobi lak basuh baju baby dan keringkan,sambil tunggu baju siap basuh kami makan dulu. siap semua kembali ke hospital, dalam pukul 5 makndak baru dapat masuk wad, bolehlah baring dan rehat,makndak ok je tak sakit pun tapi mama rasa perut makndak keras je, mama bajet tak malam pagi bersalin la tu(eceh bajet terror lak kan hahaha). Pukul 7 habis waktu melawat kami baliklah.

Malam pakndak whatsapp bagitau dokte cakap kena duduk sampai 36minggu sebab sekarang kandungan makndak baru 34minggu, bayi belum matang. So ok lah ikut cakap dokte je la kan tapi risau juga sebab air ketuban dah pecah, harap2 takde pape tup tup dalam pukul 1 lbh pagi tadi pakndak bagitahu dah masuk bilik bedah, alhamdulillah selamat dah semuanya makndak ok, baby pun alhamdulillah ok cuma pramatang la berat 1.9kg, sekarang duduk dekat nicu,duduk nicu bukan sebab apa cuma baby tak pandai bernafas  sendiri lagi je,inshaAllah moga baby ok lah lepas ni dan boleh bernafas sendiri, baby apa?? heheh mama dah cerita dalam entri yang ni kalau ada yang dah bacalah kan 😂

Ini masa kami dekat melaka hari tu lah, haaa..tengok ballon tu pun dah boleh tau baby apa kan hehehe
Syukur alhamdulillah akhirnya Allah berikan juga zuriat buat makndak dan pakndak setelah sekian lama menanti, masuk tahun kelima berkahwin mereka dikurniakan zuriat, mama tak dapat tengok baby lagi sebab masih di nicu, takpelah yang penting semuanya ok, semalam memang kami lama lah di hospital walaupun tak dapat besama2 makndak tapi cukuplah dia tahu kami ada disitu kan, entah rasa sayu je hati kan bila nak bersalin mak takde tapi bila ada adik beradik tu rasa terubat sikit hati kan, jadi kami kakak2 ni tunggulah sampai habis waktu melawat tu,makndak ni adik perempuan yang paling kecik sekalilah antara kami berenam. bukan kami je mak ayah mertua makndak pun ada tunggu juga, excitedlah sebab cucu pertamakan, sempatlah kami minum dan borak sama2 dah biasa juga dengan mak ayah mertua makndak tu, rancaklah bersembang,lagipun umur pun tak jauh beza dengan kami😂😂 panggil kakak je tak panggil makcik pun kikiki tak sampai hati nak panggil makcik sebab kami pun dah tuwee.

Syukur dengan kurniaan ini, bertambah lagilah ahli dalam family kami, apa yang pasti adelya dan daeisha masih 2 kuntum bungalah dalam cucu2 arwah mak dan arwah ayah yang lain semua lelaki, setakat ni dah 6 cucu lelaki dan 2 cucu perempuan, kalau mama adik beradik pulak enam perempuan 3 lelaki heheh. Balik semalam abg adam dah sibuk tanya "mama baby makndak niyaz noah mikael dah lahir ke? 😂😂 adehhh abg adam nih dia siap dah letak nam tu, suka2 hati dia je kan, makndak pakndak nak letak nama lain laa hehehe semangat abg adam tu maklumlah suka baby kan, takpe nanti kita jumpa baby baru,adelya pun siap cakap tak sabar nak jadi kakak, ehh bukan dah jadi kakak ke? kan dah ada 2 adik sepupu aisyah dan khalish,lupa la tu sebab tak sabar tunggu baby makndak kan.

Oklah mama tak sabar nak cerita kat sini, terus cargas menaip rasa gembira sangat, semoga Allah mudahkan segala urusan pakndak dan makndak dan semoga baby pun baik2 saja dan dapat discharge cepat sebab mama tak sabar nak tengok baby.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...