lembaran hidup wanita solehah





mampukah aku menjadi seperti khadijah
agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama

dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijaksana
pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

mengalir airmataku
melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
tiada sebarang harta dunia
layaklah dia penghulu wanita Syurga

ketika  aku marah
inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah
mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
mati dalam keunggulan iman
bersinar indah,harum tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah.

petikan dari :
hadiah buat muslimah
ustazah siti nor bahyah mahamood

Comments

  1. semoga dipermudahkan.
    ppsstt:akak tima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Peringatan buat saya juga... Ada masanya memang rasa diri ini banyak sangat diduga.. moga kita semua sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah untuk jadi wanita solehah..

    ReplyDelete
  3. Insya Allah.... impian setiap wanita :)

    ReplyDelete
  4. pernah baca beberapa kali titipan ni
    satu sumber inspirasi sebenarnya kan =)

    ReplyDelete
  5. semoga impian utk jadi wanita solehah tercapai.. inshaaAllah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts