Thursday 27 November 2014

lama tapi berharga


assalamualaikum...

perkongsian jumaat

buku yang dah lama akak beli..6 tahun dah rasanya buku ni,
walaupun lama tapi tetap berharga..
gara2 setiap petang lama menunggu en.azmi, akak mencari la buku2 lama yang boleh dibaca sementara menunggu en.azmi sampai..

wanita sebagai isteri :

memberi hadiah dan penghargaan buat suami.(yg ke 7)

ia wajar dipraktikkan, pemberian ini tidak semestinya pada tarikh-tarikh tertentu dan berupa barang sahaja tetapi ia boleh memberikan kejutan buat pasangan(tapi janganlah terkejut beruk sampai pengsan pulak kejutan yg dibuat tu kan...hahaha okeh ini akak tambah takde dalam buku ye..)

doa dan pujian juga merupakan hadiah yang berharga buat suami,
seorang isteri yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya(akak tahu semua yg membaca tulisan akak ni dah tahukan pasal ni,tapi saja akak sharekan disini,akak pasti setiap hari pun semua mendoakan untuk suamikan..)
sentiasa beri pujian dengan hati yang ikhlas,walaupun pada hal2 yg kecik yang dilakukan oleh suami ( ini pun pasti ramai yg buatkan...)

nasihat dan senyuman juga merupakan satu bentuk hadiah yang boleh diberikan kepada suami.

kalau tengok balik kat atas tu..akak dah melompat ke isi yg ke 7 dah...hahaha
ini semua gara-gara wassap yg akak dapat sebelum ni...hehehe
biras dan adik2 ipar tanya,akak bagi bekal hari2 dekat en.azmi dapat tak nota cinta dari en.azmi?
takde dapat nota pun..cuma dapat wasap je,tu pun sekali sekala.
hmmm...en.azmi akak tu bukanlah romantik orangnya,jadi janganlah mengharap yg lebih dari dia,
akak suarakan nak sejambak bunga dihari anniversary...(sebab best tgk member dapat bunga dari suamikan)
"apa faedahnya nak dapat bunga..bukan boleh kenyang pun..." haaa...itu jwb dia,ko tak sentap???
makan dalam dibuatnya kan...jadinya jgnlah nak mengharapkan yg lebih2

akak dulu rajin juga, beli apa2 pastu letak kad ucapan..wah romantik la kononnya kan,
pernah beli jam tangan bawa macam tu je tinggal dalam kereta, tanpa kad atau apa2
cuma akak cakap je..haaa jam ni utk tengok masa tau,jangan lambat..
"jam sapa ni? tanya en.azmi
"jam mike la..."hahaha
romantik2 takde ye...cuma sekarang ni memang takde la buat macam tu lagi,
asal keluar je,teringat barang anak2 je,jadi dah tak ingat nak surprise2 kat tok laki...
oh..cannot2...itu tidak bagus,nampaknya kena mulakan kembali apa yg dibuat dulu tu,
dia tak romantik takpe..yg penting kita ni mulakan,bila lama2 dia akan terbiasakan...
biar makin tua..makin romantik..kahkahkah...ada yg muntah tak ni?
sebelum ada yg muntah baik akak stop dulu...hehehe


inilah bukunya...
lama tapi berharga...

inshaAllah...kalau ada kerajinan akak share lagi isi yg terkandung dalam buku ni...

wassalam

6 comments:

  1. Bagus jagaan akak..dah 6 tahun buku ni tapi nampak macam baru je bendanya..
    HHa.. tak termuntah, gelak je sikit2 dengan statement akak tu. Ok juga tu, akak yg mulakan dulu.. ok per.. barulah isteri mithali cam ni..

    ReplyDelete
  2. kan!kita kena mulakan dulu..kalau dulu selalu saya usik suami..kadang2 saya cakap kita kena beli sendiri hadiah untuk birthday kita sebagai reward pada diri..tapi bila dia cakap nak wat benda sama juga kat saya terus saya cakap tak jadi.hehe

    ReplyDelete
  3. Romantik bg hubby saya lain maksudnya... Kami selalu berdebat pasal romantik ni... Hahaha, jd romantik dr kaca mata lelaki x sama dgn kita ni org pompuan

    ReplyDelete
  4. Ada betulnya knp lelaki ni xnk bg bunga kat pempuan. Dia rasa rugi kot. Klu bunga idup dia beli sejambak rm50, lps sbln jd bga kering.. Hihi.. Sbb tu sblm kawen dlu ira dpt bga plastik, siap ada lampu lg. Sampai skg tahan lg. Hihi..

    ReplyDelete
  5. kira ada buku tu dan dah lamaaaaaaa tak bukak baca huuuu

    tapi kalau kira sendiri memang pesen x minat bunga kecuali sakura. tak sentap kalau hubby xmo bg hihihihi.

    ReplyDelete
  6. laki kita boleh jadi genglah kak
    suami saya pun usah mimpilah nak bagi benda dekat saya
    saya aje yang beria ingat dekat dia
    memula dulu panas hati juga, sekarang dah biasa =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...