Friday 29 December 2017

Urusan sekolah anak

Assalamualaikum...

Mama ambik cuti sejak semalam sampailah minggu depan, saja menghabiskan cuti yang menimbun tu disamping nak uruskan hal persekolahan anak-anak. Ye lah tahun depan semuanya dah bersekolahkan. Kerja en.azmi tak mengizinkan untuk dia bercuti selalu jadi mamalah yang uruskan urusan sekarang. Mujur anak2 dah besar bolehlah mama angkut semuanya.

Semalam pergi beli buku anak2 disekolah. Sebelum ni dah pergi dah berbaris pun tapi dengan adelya je macam2 hal dia nak pergi toiletlah itulah inilah,beratur pun masih panjang jadi mama pun baliklah dengan membawa list buku yang nak dibeli. Dah tanda mana yang nak dibeli jadi mudahlah. Semalam bawa je list tu, rezekilah Allah nak bagi pergi lewat tengok2 orang tak ramai pun yang beli buku, mama orang ketiga beratur sekejap je lah. Bawa anak2 senang terus ukur saiz baju yang nak dibeli. Buku pun masing2 bawa sendiri, mama lenggang kangkung je lah.

Hari ni hari suai kenal untuk pelajar darjah 1, haa untuk yang ini mama pergi dengan adrien je, keluar awal2 walaupun sekolah tu tak sampai 5 minit pun nak pergi tapi takut adelya nak ikut pulak, mama malas nak bawa jadi suruh en.azmi hantar abg adam & adelya ke rumah pengasuh dulu. Bukan apa malas nak bawa nanti nak dengar taklimat, buatnya lama adelya bukan boleh nak duduk diam2. Biar mama sorang2 senang sikit. Ada yang mama tengok bawa anak2 memang anak2 tak duduk diam, ada pulak tu siap main baling2 botol vitagen kena orang, yang maknye tengok tak buat apa pun cakap maaf pun tak, ehh kalau mama tu siaplah dah hinggap cubitan tu.

Banyaklah penerangan yang diberi guru besar, sekolah ni sekolah yang paling padat darjah 1 ada 9 kelas dalam kelas ada 41 pelajar. Sepatutnya 1 kelas ada 35 pelajar je kata guru besar. Untuk cukupkan kelas untuk pelajar darjah 1, kelas untuk darjah 3 dikurangkan, jadinya satu kelas ada 45 pelajar, ramai tu tapi nak buat macammanakan. Sebenarnya kawasan sini banyak perumahan naik jadinya sekolah pun jadi.padatlahkan, masa adelya nanti tak tahulah. Sesi petang saja dah hampir seribu pelajar. Itulah cikgu ada cakap dekat mama, tolonglah ajar anak dekat rumah juga sebab cikgu pun tak dapat nak bagi.perhatian dekat semua dalam kelas ye lah ramaikan.


Darjah 1 dah adrien, mama check namanya kelas mana rupa2nya adrien nama pertama sekali untuk darjah 1 hehehe. Untuk permulaan ni cikgu letak je kelas ikut abjad pertama nama tu, hujung januari baru ada ujian untuk tentukan kelas. Berbeza dengan sekolah lama abg dulu, buat ujian siap2 untuk tentukan kelas, tak kisahlah macammana pun kan, yang penting anak2 dapat belajar. 1hb bulan nanti suai kenal untuk sek.agama pulak. Haa sibuklah mama nanti uruskan anak2. Siap cuti seminggu untuk pantau adrien dan adelya. Cikgu bagi masa seminggu untuk ibubapa datang waktu rehat ajar anak2 membeli dikantin nanti.

Masa abg adam dulu untuk permulaan mama sediakan bekal, takut dia tak sempat beli makanan boleh dia makan bekalkan. Kalau sempat beli takpe lah bekal tu sebagai back up je. Ye lah kadang beratur lama2 tapi tak dapat beli makanan, supaya tak lapar bagi bekal, bekal yang mudah je, kadang bagi roti je pun. Asalkan ada makanan untuk dimakan kira dah ok lah kan. Untuk adrien ni mama kena tengoklah macammana. Naik transport balik tak risau sangat sebab abg adam ada kan. Cuma mama kena perati jugaklah dari jauh macammana nanti.

Nanti sambung lagi cerita perihal sekolah anak2. Minggu depan semestinya tak lama lagi dah sekolah nak buka.

Wassalam

Wednesday 27 December 2017

#milah 9 tahun

Assalamualaikum...

Bulan disember nih ada 3 tarikh penting dalam keluarga kecil mama ni  9 dis hari tu besday adrien, 25 dis pulak besday abang adam dan tarikh hari ni 27 dis... Alhamdulillah 9 tahun sudah usia pernikahan kami #milah kikiki. Apa nak cerita nihh..aduhh baru 9 tahun dah tak tahu apa nak cerita ke mama, nanti dah 19 tahun entah2 ada entri ke tidak pun tak tahu lah, entri tu ye lah tak tahu yang mama ni pun entah ada ke tidak lagi waktu tu kan.

Dah..dah...takde dah mama nak up gambo dukung-dukung bersawittt nanti tak pasal-pasal bersemut pulak skrin telefon memasing,biarlah walaupun hari ni anibeseri katanya kan, tapi takde dah gambar dukung-dukung tu, cukuplah sekali je moment tu kalau banyak-banyak kali up muntah berjemaah pulak orang yang menengoknya kan wakaka. Kalau ada pun mungkin 10 tahun lagi itupun kalau en.azmi tu masih mampu nak dukung mama yang ala-ala model ni hahaha, itupun kalau mama ni taraf "modellah" sangat waktu tu kan  huhuhu


Haaa..ini je gambar sawit mawitt mama sempena anibeseri yang ke 9. nampak tak gambar apa tu??? haaa inilah en.suamiku yang romantik. pagi-pagi sebelum mama pergi kerja en.azmilah yang tunggu depan pagar sambil-sambil tu siramlah kereta, sebab mama bising cermin kelabulah berasaplah tak nampk jalanlah jadi en.suami yang baik hati tu tetiap pagi memang kerjanya siram keretalah kan, ada sekali tu isterinya ni pun disiramnya, apa taknya masa tu mama buka tingkap tak sempat tutup en.azmi dah sembur haaa basah jugaklah mama ni haa..ehhh mama nak sembur kang derhaka pulak hahaha jadi diam je lah

Mama pergi kerja awal jadinya tinggal en.azmi uruskan anak-anak bertiga tu untuk pergi sekolah dan ke rumah pengasuh. malamnya mama dah siapkan beg sekolah dan beg baju anak-anak. pagi tu tugas en.azmi pulaklah kejut anak-anak bangun tidur dan mandikan anak-anak, bagi anak-anak makan sarapan, kemudian hantar pergi sekolah dan ke rumah pengasuh, kadang2 siap bawa dulu anak2 pergi bungkus sarapan..tengok tu kasih seorang papa, walaupun garang tapi apa anak2 nak makan dia bawa juga pergi beli. Kadang sebelum kejut anak2 en.azmi sidai kain baju dulu yang mama dah basuh pada malamnya..ehemmm bukanlah mama yang basuh, mama cuma angkut letak dalam mesin lepas tu mesin tu lah yang basuh sampai sudah hehehe.

Alhamdulillah beruntung mama Allah rezekikan jodoh dengan lelaki ini. boleh membantu buat kerja rumah, boleh tolong uruskan anak-anak. ringanlah sikit kerja mama, lelaki yang kalau baru sampai rumah dari kampung atau dari berjalan mana2 yang lama sikit tinggalkan rumah, dia suruh mama dengan anak2 tunggu dalam kereta dulu sementara dia masuk rumah kemas dan sapu rumah dulu bagi bersih baru suruh mama dan anak2 masuk..haaa mana nak cari oiii, ehhh ada la lelaki lain yang buat macam tu jugakkan, tapi dah ini cerita suami mama, haruslah puji suami sendiri, suami orang lain biar isteri dia la yang puji kikiki..

Ok lah rasanya cukuplah cerita puji-pujian dan up suami sendiri, banyak2 kang nanti takde benda pulak nak cerita untuk tahun depan jadi yang selebihnya mama simpanlah untuk mama cerita tahun depan pulak.

Wassalam

Tuesday 26 December 2017

Abang Adam

Assalamualaikum...

Lambat pula mama update..Sepatutnya semalam dah update nih, tapi ada tetamu bertandang dirumah jadi tak sempatlah mama nak update pasal abang adam. semalam berjalan-jalan dari pagi sampai ke petang, sampai rumah dah penat pulak, jadi hari ni je lah mama cerita ye abang.

Alhamdulillah 25 disember 2017 abang dah 8 tahun pun, besar dah abang, bila mama tengok balik gambar-gambar abang masa baby dulu senyum je mama tau, comel sangat abang masa kecik dulu, pipi tembam jek, abanglah cinta hati mama yang pertama sampai sekarang pun, cuma mungkin abang tak perasan bila dah ada adik-adik, tapi percayalah kasih sayang mama ni tak pernah surut pun. Mama sayang abang sampai bila-bila, abanglah yang pertama datang dalam hidup mama ni tau.

Acu cakap dekat mama, abang request nak kek aiskrim untuk besday abang, hai lah abang ni macam2 ye nak mintak, lepas tu nak suruh buat surprise pulak, ini mesti abang teringat sursprise yang pernah kita buat dulu kan..hehehe mujurlah mak-mak sedara abang tu mengikut je cakap abang, kalau harap mama mungkin tak dapatlah gamaknya kek yang abang mintak tu, tak pun dapat chesse kek je yang mama buat, tapi acu dah cakap abang taknak kek yang mama buat huhuhu...mama tahu abang bukan nak kek mahal pun cukup je sekadar kek asikrim yang biasa kita beli tu, tapi mak-mak sedara abang bagi kek ais krim sedap dan mahal tu mama rasa.

Cuma masa nak sambut tu abang masam muka pulak bila suruh potong kek, kesian mak-mak sedara yang susah payah nak tunaikan permintaan abang tu, sudahnya terpaksalah mama ni join potong kek pegang tangan abang, itupun muka abang masam jugak. Bila mama tanya kenapa abang buat macam tu, abang cakap abang malu...hai laaa abang ni abang yang suruh buat surprise tapi abang malu pulak ye, mungkin sebab orang ramai kat situ, tapi takdelah ramai pun kan, tapi memang sejak akhir2 ni abang memang dah taknak bergambar sangat, mungkin sungguhlah abang malu tu, ye lah abang dah besarkan, mungkin dah tak suka bergambar.

Mama bangga dengan abang ni, abang rajin nak tolong mama kat dapur, abang rajin tolong potongkan sayur, abang rajin tolong kemaskan mainan walaupun bukan abang yang sepahkan, walaupun kadang-kadang abang marah jugak sebab asyik abang je yang nak kena kemas mainan tapi abang buat jugak, ye lah abang, abang yang paling besar jadi pada abanglah tempat mama mintak tolong, nanti bila adik-adik dah besar mama minta tolong dengan adik-adik pulak. Abang dah boleh tolong buatkan susu untuk adelya, ringan kerja mama abang. Walaupun kadang2 ada juga abang buat perangai bila mama papa tegur sikit abang terus nak menangis tapi takpelah abang semantara nak besar dan lebih berakal, mama terima je sikit-sikitlah berubah ye abang.

Alhamdulillah juga abang dikelilingi orang-orang yang sayang abang, sebelah family papa pun layan abang baik sebelah family mama pun layan abang baik. buat apa yang abang minta, Bila abang dah besar nanti jangan lupa ye orang-orang yang sayangkan abang ni. tanpa mereka mungkin apa yang nak tu takkan abang dapat kalau abang hanya mengharapkan mama dengan papa je. Apa yang mama papa mampu cuma doakan yang terbaik buat abang, jadi anak yang soleh berjaya cemerlang dunia dan akhirat.


Sempat amik gambar kek je lah sebab besday boy kan tak mahu ambik gambar. acik imah yang belikan kek, maklang ngan acu belanja ayam agaknya hahaha..mama pun tak tahu sebab tak ikut pun masa dorang order tu, mokde bagi hadiah, siap adelya pun dapat tempias juga boleh hadiah, untunglah dia kan orang lain punya besday dia pun dapat juga, potong kek pun dia jugak tak kiralah besday sapa pun. Jenuh juga nak pilih kek ni, acik bagi gambar tapi banyak yang ala-ala untuk krismas je, ye lah dah besday abang jatuh hari krismas kan, sudahnya suruh je acik pilih yang mana2 je asalkan tak nampak macam untuk gigirl kira ok lah


Adam Aryan Bin Azmi...Cinta hati mama dan papa.

Wassalam

Friday 22 December 2017

Cerita adelya

Assalamualaikum....

Masa dekat kampung hari tu macam biasalah kalau di rumah mertua ada pulak ipar lelaki mestilah mama bertudung. Sebelum ni adelya takde la bertanya apa-apa, tapi masa hari tu adelya tanya mama "kenapa pakai tudung dalam rumah?" Mulalah mama cari jawapan yang mudah untuk adelya faham.

"Rambut ni aurat orang lelaki tak boleh tengok,tapi kalau papa,abg adam dan yeyen boleh la tengok" itu je la jawapan mama bagi tak tahu adelya faham ke tidak sebab lepas tu dia buat biasa je. Ini dah dekat rumah ni dia tak nak berenggang pulak dengan mama sebabnya abg yang berdua tu tinggal dikampung. 2 hari jugaklah dia taknak main dekat luar sebab abg2 takde. Masa mama teman di luar pun dia taknak main juga, sudahnya layan movie je dekat rumah.

Satu hari tu adelya nak main kat luar tetiba dia datang minta tudung dekat mama, mama tanyalah kenapa nak pakai tudung? "kenalah pakai tudung nantikan nampak aurat" jawab adelya. tapi kadang2 lah pakainya kadang tak pakai pun, masa teringat dia pakailah masa tak ingat tu tak pakai pun. mama takdelah paksa, cuma ajarlah sikit2 mana yang bolehkan, kecik lagi rasanya yang penting dia faham.

Minggu lepas cuti seminggu seronoklah duduk berdua je dengan adelya, masak pun ala kadar je hehee sebab takde yang nak makan pun adelya makan pun sikit-sikit je, jadinya kita makan apa yang ada je, en.azmi pulak selalu balik lambat kadang2 out station jadi lagi merdekalah mamakan... lepak-lepak je dengan adelya dekat rumah layan movie, tapi asyik dok layan cerita dia je la, mama nak layan tombiruo pun tak sempat lagi, yang mama sempat layan citer bad genius tu je sebab baca review orang kata best, jadi haruslah ditonton dulu itupun tengok sebelum adelya bangun tidur kikiki.



Ini hari pertama mama nak kerja setelah cuti seminggu, adelya nangis2 taknak pergi rumah pengasuh, sudahnya bawaklah ikut mama datang ofis. bukan main lagi gayanyakan tu kan dapat rasmikan kasut dan baju yang makngah bagi tu. Mama pulak tak tahu pagi tu kena masuk meeting, sudahnya tinggallah adelya sekejap dengan kawan2 mama kat situ. Tengah hari tu siap kena cukailah mama nak makan kepsi, nak beli spec mata katanya. Takpelah kita belanja je sebab kesian pulak tengok dia bila mak sedara share gambar abang makan abc makan pizza, dia kata kenapa tak ajak dia? sedih pulak mama rasa..ehhh jomlah mama belanja.

perasaan mak2 memang macam ni ke hehehe ke mama sorang je? bukan apa mama ni kalau kata sorang anak takde pastu rasa nak belanja anak makan kepsi tapikan rasa macam tak boleh nak belanja sebab fikir anak yang lain makan apa? macam hari tu lah abang kat kampung, nak belanja adelya dengan adrien makan kepsi tapi teringat kat abg adam, tetiba paklong wasap tok belanja abg makan kepsi, mama apalagi teruslah beli kepsi jugak hehehe. alhamdulillah la hari tu bila tengok abang2 makan abc, lepas tu en.azmi pun bawa adelya makan abc, cuma yang pizza tu taklah, mama belanja kepsi je hehehe, itu tengok abang2 mandi kolam dia pun dah cakap nape tak bawak dia? kikiki adelya takde dekat kampunglah macammana nak bawa, nanti abang2 balik kita pergi mandi kolam ye. Sebagai mak ni kalau bolh mama nak bagi samarata je untuk anak-anak.


Adelya dengan spec matanya yang dipilih sendiri, bukan main lagikan pada hal nak pergi rumah ibu je tu, katanya mama ada spec mata dia pun kenalah ada, mana mama letak spec mama, situ jugaklah dia nak letaknya, kalau boleh semua nak tiru mamakan, pantang juga mama beli tudung baru kalau boleh dia pun nak bertudung baru, kalau dress jubah tu jangan cakaplah dah berlawan2 dengan mama haaa, abang2 kongsi je almari baju, tapi dia almari besar tu dia sorang je, dress penuh..esok2 dah besar kalah mama nih, sekarang pun bukan main lagi, pergi ofis mama pun siap berlipstik bagai. kawan2 mama tergelak je tengok dia tau, masa mama kata nak rehat tu dia dah siap touch up lipstik dengan bedak lagi, bukan main sangat dia tu tau.

Masa cuti ni jugak mama belikan buku untuk dia belajar tulis-tulis dekat rumah pengasuh, tapi biasalah dia mana nye mahu buat kerja tulis lama-lama, pengasuh kata adelya asyik membebel je "ish ibu ni bila nak habis ni asyik tulis je" hehehe itu tak sabar nak mainlah tu, tapi alhamdulillah kata pengasuh adelya cepat faham, tulis pun tak ikut yang titik2 tu pun dia dah boleh tulis cantik, ok ini mama tengok jugaklah, tulisan adelya cantik sikitlah dari abang2 hehehe mungkin perempuan kot kemas sikit, kalau abang2, gabak-gabak je tulisannya penuhlah garisan dalam buku tu , tapi ye lah setiap anak tu berbezakan, setiap perbezaan tu yang buatkan diorang tu istimewa dengan cara yang tersendiri. Banyak jugalah perkembangan positif makcik bawang mama yang sorang ni, harap2 dah sekolah tahun depan mudahlah adelya faham setiap ilmu yang diajarkan nanti.

Wassalam

Tuesday 19 December 2017

Westplate Factory

Assalamualaikum...

Hari ni seksyen mama buat makan-makan sebab tahun ni takde buat family day jadi semua putuskan nak makan sama-sama. Takde buat potluck makan kat ofis kali ni kita buat kerja senang dan berbeza sikit. Kita pergi makan diluar, kita berwestern la pulakkan. Semua dah siap tempah awal-awal jadi pukul 1 semua dah ready lah. Jom tengok pilihan makanan... Saja share okeh kot-kot ada yang berkenan bolehlah pergi makan nanti ye.


1st plate tentulah tuan empunya blog yang punyakan. Portion banyak ye se'eh la perut mama nak mengabihkannya...nama menu seperti digambar, bagi mama sedap semua cukup rasa, digandingkan dengan air honey lemon suam feberet mama la air tu kalau makan kat sini. Sebelum ni.dah beberapa kali makan kat sini en.azmi bawa.


Sekarang menu kawan-kawan mama pula.





Bagi yang nak makan nasi, terdapat beberapa pilihan menu nasi


Ini mama pernah makan sebelum ni, bagi mama sedaplah


Ini mama tak pernah makan lagi tapi menurut kawan mama sedap. Pendek kata semua makanan ini sedap-sedap dan portionnya pun banyak,harganya pun masih berpatutanlah bagi mama.


Muka-muka lega dapat makan, mama dah la dari.pagi tak makan, masuk ofis lambat pagi tadi, sampai je terus meeting sampai 11.30 huhh memang mencengkam-cengkam perut ni dibuatnya. Itu yang dapat makanan tak menoleh dah terus ngapp je..dah la makanan mama antara yang terlambat sampai hehehe saje je kan. Seksyen ni memang ramai perempuan, lelaki ada 3 orang je.

Westplate factory ni terletak di seksyen 23 shah alam.

Oklah sekian laporan dari mama malam ini, jangan ada yang terliur pulak ye tengok makanan, mama cuma boleh share gambar dan tempat je, kalau nak cuba bolehlah terjah nanti ye,bila nak terjah tu jangan lupa ajak mama sekali ye...heheh

Ok wassalam

Saturday 16 December 2017

Aktiviti di kampung

Assalamualaikum...

Balik kampung kali ni bukan saja sebab dah lama tak balik tapi abah mentua minta anak2 balik untuk tolong buatkan beranda ataupun simenkan ruang didapur tu untuk melepak petang2. Anak buah yang kecik si khalish tu selalu duduk luar petang2 selain tu kalau.anak2 balik pun rajin jugak lepak kat luar tu.

Sabtu petang sampai dah lewat juga sebab kami singgah bukit tinggi dulu. Lepas asar abah dan paklong nak ke mentakab kedai RM2, en.azmi drive mama pun join sekali la sebab ada benda yang nak dibeli kononnya kan, eh tapi memang membeli pun. Mama beli benih sayur, benih bunga matahari takde pulak. Tak sangka ramai yang berkenan tengok bunga matahari mama tu jadi mama nak belikan benihnya untuk kawan2 tapi takde pulak, tunggu pokok mama tu je la keluarkan benih nanti.

Balik dari mentakab terus ke pasar malam mempaga pulak, saja nak berjalan sebab dah lama tak ke sana takde apa pun yang mama beli. Malam tu konon sambut besday adrienlah sebab sabtu tu jatuh tarikh besday adrien. Acu buatkan kek coklat yang sedap. Mamanya ni malas pula nak buatkan kek. Tunggu nantilah masa besday abg adam pulak kalau ada kerajinan nanti.

macam mandur je yang berdiri tu kan, buat benteng supaya air tak bertakung di dinding tu
Ahad tu abah mentua, en azmi,paklong & acik kery bergotong royong menambak tanah membancuh simen untuk buat beranda. En.azmi kata perlu siapkan hari tu juga sebab dia takde cuti lebih, itu yang bertungkus lumus membuatnya tapi takdelah siap sepenuhnya lagi sebab belum dikemaskan lagi simennya dan tiles pun tak letak lagi, sebab mak mertua suruh letak tiles, tapi semua dah tak larat, kira ok lah nanti kalau hujan air pun tak bertakung lagi dah disimen bagi tinggi laluan air tu.

Isnin en.azmi dengan tok bawa abg adam ambik gambar dekat karak, mama pulak tak tahu nak ikut siapa, wan dan adik2 ipar nak ke hari keluarga di pejabat felda, nak duduk rumah tak sesuai pulak sebab paklong tinggal untuk masak tengah hari, sudahnya mama ikut wan dan adik2 iparlah, si khalish tu masuk bertanding bayi sihat. Masa pendaftaran tu.adik.ipar daftarkan mama sekali katanya untuk cabutan bertuah...mana tahu ada rezekikan, cabutan bertuahnya dapat handbeg. Gigih ok mama tunggu sampai habis. Akhirnya ada juga rezeki mama dapat handbeg. Acu dan acik imah pun dapat, cuma wan dan maklang takde rezeki hari tu.



Ok lah kan dapat bawa pegi jalan2... Rezeki sangat nih, dalam terfikir2 nak cari handbeg dapat lagi satu handbeg, oklah ada dua dah campur yang makngah bagi dulu. Kata en.azmi beg pasar malam tu...hehehe tak kisahlah beg pasar malam pun janji adaaaa...nak beli yang branded idok le mama mampu, mama tak kisah ada brand ke takde brand janji boleh guna sudahhh... Nak yang mahal tunggu orang tu bagi je la kot dapat masa anibesari nanti kikiki


Haaa...balik kampung hari tu dapatlah makan durian, dekat kampung murah sikit rm22 sekilo. Beli siap suruh kupas balik terus ngapp je makan ramai2 jadi lagi sedapkan, anak2 pun memang suka durian. Itu je la aktiviti di kampung. Isnin petang dah balik rumah, abg adam dan adrien tinggal dekat kampung, krismas nanti baru balik sini. Anak dara sorang ni hari2 dok sebut rindu abg dan yeyen, main kat luar pun taknak sebab abg2 takde, melekat je dengan mama kat rumah...

Wassalam

Thursday 14 December 2017

Rabbit Farm, naik lori

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat juga balik kampung walaupun 3 hari 2 malam je, nak buat macammana en.suami sibuk, dah namanya pekerja kenalah kerja kalau bos tu oklah jugakkan hehehe. Tapi takpe walaupun niat asal nak bawa anak2 naik cameron tak kesampaian mungkin lain kalilah pulak lagipun cuaca hujan je, ada hikmahNya la tu.tak dapat pergikan.

Malam sebelum balik kampung minta aboh tengokkan kereta sebab aircon tak sejuk dan berbunyi. Lepas aboh check rupanya yang berbunyi.tu sebab daun tersangkut dalam tu, ye lah mama parking bawah pokok dekat masjid tu kan.aircon tak sejuk tu mungkin gas habis tapi gas baru isi je,kononnya sabtu tu nak balik lewat sikit nak pegi bengkel dulu, tapi paklong call malam tu ajak balik sekali, ini mama tak tahu pun sekali pagi tu baru en.azmi bagitahu, dengan baju tak packing lagi, anak-anak pun tak bangun tidur terpaksalah paklong tunggu dulu, naiklah viva paklong, mama letak baju dalam beg kecik2 je takut tak muat bonet tapi alhamdulillah muat.

Dalam perjalanan tu en.azmi bagitau anak2 nanti kita singgah bukit tinggi tengok rabbit, apalagi sukalah anak-anak, lepas tu asyik tanya je bila nak sampai bukit tinggi? Hehehe tak sabar je memasingkan. Bukan apa bukit tinggi tu dah sejalan je kan jadi bolehlah singgah sebab anak2 tak pernah pergi lagi, strawbery park gohtong tu best juga tapi dah pernah pergi sebelum ni. Hajatnya nak terus ke colmar sebab kata paklong tak pernah pergi lagi, tapi tak sempat pulak, kata paklong acik kery(suami adik ipar) dah tunggu. Mama pun tak tahu sebab apa.

Paklong bagitau acik kery baru balik dari lipis hantar barang, kebetulan kitorang pun balik pagi ni jadi acik kery tunggu lah sebab nak bawa budak2 ni naik lori. Amboi dah tau tu kemain suka la memasing tak sabor nak naik lori kan. Acik kery tunggu lepas tol bentong tepi highway, ingatkan abg adam sorang je yang nak naik lori sekali semua nak naik termasuk anak dara sorang tu, paklong pon join sekaki naik lari tinggal la mama dengan en.azmi naik kereta. Sajalah acik kery tunggu.sebab lepas tu.dia tumpang kami masuk ke rumah, lorinya parking diluar. Oklah kan merasa juga anak2 naik lori.

Layankan gambar di rabbit farm


Anak2 takut nak bagi rabbit makan... Tiket masuk.dewasa dan kanak2 rm5 seorang, makanan rabbit rm3 sebungkus. Naik kuda rm10, tapi anak2 taknak naik jadi jimat duit papa hehehe...


Dah lama sikit baru berani nak bagi makan...kawasan rabbit farm ni takdelah besar mana pun tapi oklah untuk bawa anak2 dari takde bawa ke mana kira ok la ni kan.


Rusa pun ada, ini yang terkurung yang dilepaskan pun.ada jinak je boleh bagi makan


En.azmi je la yang bagi makan rusa, anak2 takut tengok adrien tu perati dari jauh je hehehe


Poney pun ada...

Tak lama pun kat sini, tapi anak2 suka adelya kata nanti nak datang lagi. Ok ada rezeki nanti kita jalan2 lagi


Semangat masing-masing nak naik lori tu,bukan main seronok masing2 dapat naik lori, paklong ada share video anak2 dalam lori tu. Dah.sampai tu bukan main bercerita la masing2, nanti nak naik lagi katanya. Ye lah..ada rezeki nanti boleh naik lagi, mana tahu tersama lagi dengan acik kery nak balik kampung boleh naik lagi, untunglah ada pakcik yang sudi melayan anak2.

Wassalam

Tuesday 12 December 2017

Segar rangup walaupun dah seminggu

Assalamualaikum...

Hari tu mama ada cakap salad mama yang ada dalam esbok tu masih segar dan rangup walaupun seminggu kan. Ini mama share ye..sebenarnya mama tengok orang share dalam fb,mula tu dalam hati dok kata eh...ye ke boleh buat macam tu, tapi mama cubalah buat jugakan dan hasilnya memang baguslah, sayur kekal segar dan rangup takde kuning-kuning lagi dah.

Simpan sayur dalam bekas sebelum diletak dalam esbok. Takde tupperware tipuware pun boleh hehehe sebab mama letak dalam bekas eskrem pun ok je. Macam sayur ni mama beli 2,3 jenis sebab tak selera pulak kalau hari-hari nak makan kobis kan, jadi mama letak dalam bekas macam ni susun dalam esbok. Penuhlah esbok dengan bekas-bekas sayur macam ni, tapi susunlah kemas2 kan, macam tak boleh nak kemas sangat sebab tempat letak botol air pun dah patah dikerjakan anak2 jadinya kat situlah bekas sayur kat situ jugak botol air hehehe..layan je la


Ini sayur yang dah seminggu mama bawa bekal pergi ofis, tengok masih segarkan dan rangup. Malas nak masak sayur pagi2 jadi mama bawa sayur mentah je untuk.dimakan bersama nasi dan lauk lain lah. Rasa tak sedap makan kalau takde sayurkan. Jadi nak kekalkan kesegaran simpan sayur dalam bekas, kalau letak sayur dekat tempat simpan bawah tu sehari pun dah layu dan daun kekuningan.


Untuk cili mama ikut petua yang kak.yati bagi. Cili dibuang tangkai, basuh cili dan toskan. Lapik tisuk dalam bekas, letak seulas bawang putih. Cili lambat buruk dah tahan lama. Ok semua ni mama dah cuba dan memang menjadi. Mungkin kawan2 dah buat dulukan tapi mama share jugalah hehehe..

Wassalam

Saturday 9 December 2017

Cerita tentang dia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni Adrien dah 6 tahun. Sejak masuk disember tu asyik menghitung hari je nak tunggu besday dia, bukan lagi dia tu kan, siap request kat mama "yen nak kek lepas tu atas tu ada mainan, yen nak topi dengan topeng, nanti nak potong kek dengan kawan-kawan" haaa bukan main lagi permintaan tu. InshaAllah ada kesempatan nanti mama buat, sambut sekali dengan abang nantikan, abang pun bulan disember juga, tapi krismas nanti.

Dah sambut sebenarnya besday dia dekat pasti hari tu sebelum mula cuti sekolah tu, ingat masa tu la mama nak buat kek yang dimintanya tu sebab mualimah dah bagi tarikh bila nak buat, mama pun siap ambik cutilah konon nak buat kek, sekali tu mualimah terpaksa cepatkan majlis, jadi memang mama tak sempat nak siapkan apa-apa la sebab mama tahu pun dah lewat, mana sempat nak pergi bakery beli barang nak buat kek. Tapi takpe mualimah tak minta sediakan pun sebab memang pihak pasti yang sediakan, ibu-ibu yang nak tambah je boleh tambah, mama memang tak sempat nak sediakan apa langsung takpelah dapat juga adrien makan kek yang mualimah sediaka.



Gambar yang mualimah share, mama kongsikan kat sini, kenangan anak-anak mana tahu Adrien dah pandai baca blog mama nantikan, dapatlah adrien tengok semua ni. ehh muka dia tu taknak senyum pun tau.

Sekarang ni dia dah pandai dah main whatsapp, tapi bukanlah dok whatsapp bukan-bukan, dia suka whatsapp acunya je, adik en.azmi yang bongsu. dah la tu dia whatsapp dalam group pulak tu hehehe  mula tu tulis takde space langsung bersambung semua perkataan, lepas tu mama ajar dia untuk space dan letak icon. kalu bole tu hari-hari nak whatsapp acu, kadang mama yang tak bagi cakap acu busy hehehe..saje je kan takut mengganggu, tapi acu tu tak kisah pun, hari tu bukan main mama tengok adrien whatsapp "birtday yen sabtu acu belanja kek 🎂🎂🎂" amboi siap minta acu belanja kek tu.

Adrien ni macam kelakar pun kadang tu. Hari tu dia marah adelya sebab adelya kalau.tidue mesti dengan mama walaupun dengan bangganya cerita dekat orang dia ada bilik sendiri tapi tetap tidur dengan mama, satu hari tu adrien bengang je sebab tak dapat tidur sebelah mama "Ya ni asyik.tidur dengan mama je..kalau macam tu baik yen jadi Ya je" hehehe.... Nak bertukar jadi yaya ye,  adrien panggil adelya Ya je.

Lepas tu adrien ni kalau mama marah je dia mula la buat main teka-teki dengan abang adam "abg...besar nanti abg nak jadi apa? Yen nak jadi angkasawan (ini terpengaruh dengan upin ipin lah) entah apa angkasawan tu dia tahu ke tidak agaknya. Lepas tanya abg adam mesti dia tanya mama "mama dah besar nanti nak jadi apa?" Tak sempat nak jawab lagi dia yang jawab "yen tau mama nak jadi pemarah" hahaha hadoiii la budak sorang ni ada je dia kan. Yen...mama ni dah tua pun takde apa nak dicita-citakan melainkan nak masuk syurga nanti. Itu je lah cita-cita mama sekarang ni dan cita-cita mama untuk anak-anak mama juga.

Macam-macam lagi cerita adrien ni, tapi tak dapat nak tulis panjang-panjang. Sempena ulangtahun kelahiran anak mama Adrien Aryan bin Azmi ni, takde apa yang mama minta.. Sama juga macam yang sudah-sudah... Moga anak mama ini jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Moga Allah sentiasa memberkatimu duhai anak



Selamat ulangtahun sayang... Tahun depan akan bermula fasa baru dalam hidup adrien, moga Allah permudahkan setiap langkahmu.

Wassalam

Thursday 7 December 2017

Cendawan goreng krup krup

Assalamualaikum...

Kalau semalam dan kueyteow kungfu panda hari bercendawan goreng krup krap pulak ini lama dah mama buat, saja nak buat kudap-kudap petang, asyik makan biskut cicah tamar cocoa je kan, jadi kita kasi ubah lagi, tengok anak-anak suka ke tak. Cendawan ni penjaga transit adrien yang tanam, gemuk-gemuk cendawannya tu. mama beli setengah kilo je sebab kalau sekilo rasa macam banyak pulak, sekali eh bila buat anak-anak suka pulak sampai tak cukup. tapi 1/2 kilo tu boleh buat 2 kali lah.

Bahan-bahan :

Cendawan tiram(basuh dan toskan)
tepung beras(agak2lah banyak mana hahaha..mama takde sukatan pun)
sedikit tepung jagung (1@2 sudu)
sedikit tepung bistari yang spicy (nak bagi ada rasa pedas2 sikitlah)
sebiji telur
garam
air secukupnya.

Cara membuatnya macam biasalah macam kita nak goreng pisang ke cempedak ke. Rangup je bila dikunyah eh memang sedaplah cendawan goreng nih rangup krup krap..haaa sendiri buat sendiri kata sedaplah, buat kali pertama tu sampai tak cukup anak-anak makan, siap abang adam mintak buatkan lagi. Seronoklah mama sebab berjaya buat anak-anak makan sayur sebab anak-anak mama jarang nak makan sayur, tapi kalau kat rumah pengasuh tu makan je sayur..ehh macam-macamlah anak-anak ni.




Kemain cendawan goreng siap salad lagi tu, eh jangan main-main mama memang ngapp salad tu tau, dah berusia ni kenalah makan lebih tumbuh-tumbuhankan hehehe..salad segar dan rangup walaupun dah seminggu dalam esbok, apa rahsianya?? hahaha..nanti mama share lagi. tu diaaa lepas nih banyaklah entri dari dapur mama agaknya kan, ye lah tilik-tilik enfon nih banyak juga gambar yang ada jadi sebelum mama clearkan mama share kat sini je lahkan.

Wassalam



Wednesday 6 December 2017

Kueyteow Kungfu panda 🍝🍝

Assalamualaikum...

Khamis lepas dok fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka , rasa malas nak makan nasi, sudahnya dapatlah idea nak buat kueyteow kungfu (panda tu mama tambah je la heheh). Mama guna bahan-bahan yang ada didapur saja waktu tu, lagipun kueyteow yang en.azmi beli dah bertapa lama dalam esbok tu, asyik buat kueyteow goreng je kali ni kita kasi tukar pulaklah kan.

Mudah je nak membuatnya, tak sampai sejam pun sambil lenggang-lenggang kangkung dah siap.... eksen sangat bunyinya tu mama hahahah, alah sesekali nak eksen.

Bahan-bahan yang digunakan:
Sebungkus kueyteow
4 biji telur

Bahan kuah (mama guna apa yang ada didapur je waktu tu)
Sayur pak choy
Karot
Isi ayam
Fish kek
Bawang putih
Halia
sos tiram
tepung jagung

Cara membuatnya:
Pecahkan 4 biji telur tu dan kacau kueyteow tadi mama asingkan 6 bahagian, alah buat sikit-sikit je sebab bebudak tu bukan makan banyak pun, kalau orang2 besar nak makan bahagi 4 atau 5 bahagian pun ok kot, kemudian celup dalam telur tadi dan goreng dengan minyak yang sedikit, ulang proses tu untuk semua bahagian dah siap ketepikan.

Kuahnya pulak, macam biasa buat sup tu lah kan, tumis bawang putih dan halia dulu, ,kemudian masukkan ayam dan fish kek, dah hujung-hujung baru masuk sayur dan tepung jagung, tepung jagung macam biasalah nak pekatkan kuah tapi mama letak sikit je sebab taknak pekat sangat, Last sekali cili kicaplah, ptong cili letak kicap sajek, dah siap. makan panas-panas sedap. pakjang yang tak gemar sup tu pun makan jugaklah.

Trngok gambar tetiba rasa nak makan lagi 😂
Tak nampaklah kueyteow nya tu terlindung disebalik timbunan sayuran, up kat group wasap, makngah kata nampak sedaplah "ehhh..bukan nampak je tau, memang sedap nih" hahahah, nak makan datanglah rumah nanti..ecewah kemain ajak dorang datang makan.

Sekian dari dapur mama.

Wassalam

Monday 4 December 2017

ehhh tetiba nak membebel

Assalamualaikum...

Amboi syok baca cerita kawan-kawan pergi jalan-jalan makan-makan cuti 3 hari ni, mama anak beranak mereput je la kat rumah tu ha, memasak, mengemas, mendobi baju berbakul-bakul dan melipat baju. Apa nak dibuatkan, en.suamiku busy kalah menteri, layan je laaa.. pakjang pun takde kat rumah, pergi rumah kawan jadi mama pun masak ikut sedap tekak je laaa..cemuih oiihh dok rumah je, tapi nak berjalan dengan anak-anak je macam risau pulak mama, sudahnya mohler mereput tengok movie kat rumah, layan cerita lama yang orang lain dah khatam tengok, mama baru nak tengok, hentam je lah kan.

Ini minggu ni cadangnya nak balik kampung, abah mertua pun dah call..eh siap call mama lagi tu tau tanya bila nak balik kampung?mama anytime je boleh nak balik, tapi en.azmi tu la busy je memanjang,cuti public pun dia keje. mama pun dah ambik cuti seminggu minggu depan sebab nak balik kampung, tapi kita tunggu tengok je macammana nanti kan, kot tak jadi kang kita mereput la seminggu pulak kat rumah..hahahah yang hero 2 orang tu dah siap mengajak mama tengok wayang citer pokemon 7 dis ni mula tayang. adehhh mama takde hati la nak tengok citer pokemon tu, tapi kita tengoklah nanti macammana kan kot-kot balik kampung boleh ajak mak2 sedara dorang pergi tengok. ngehngehngeh...kot takde tu nanti,kita fikir kendian je lah ye anak2, mana tahu tetiba mama gigih bawa anak2 g tengok wayang bila papa busy keje kan.

Tok sebenarnya dah suruh abang adam balik kampung awal ikut maklang minggu lepas, tapi nak kena hantar dekat ofis maklang, takde siapa pulak yang nak menghantarnya kan, en.azmi sibuk kalau mama memang susahlah nak keluar dari ofis kan, nak suruh maklang ambik dekat ofis, mama kena bawa abang datang ofis dulu, kalau bawa abang datang ofis dah sah-sah lah yang budak berdua tu pun mengamuk nak ikut, sudahnya semua tak payah ikutlah, lagipun sayang pulak nak bagi abang balik kampung lama-lama, nanti kena tinggal kelas mengaji pulakkan. dah kalau macam tu kita tunggu weekend ni je lah balik kampung sama-sama, lepas ni kalau nak tinggalkan sekejap tu kat kampung kita fikirkan kendian. sebab kemungkinan nak balik lagi hujung bulan ni sebab adik abah(abg ipar) nak kawin, abah dah jemput. Kalau jadi nak balik tu bolehlah tinggalkan anak2 sekejap kan.


Tengoklah anak dara sorang ni, dia yang sepah dia yang gigih snap pic, mama ambik enfon tengok macam-macam gambar pun ada. Malas dah mama nak memetir, penat kome wehhh high pitch je mama kalah tarzan punya suara jadi bawak2lah insof mama, kang satu  taman panggil mama tarzan pulakkan jadi mama biar je deme bermain, agak tak lalu nak tengok tu mama angkut penyapu je sapu mainan tu, itu jam barulah berdesup memasing nak selamatkan mainan, mama tak heran derr mama kaut je letak tepi, nak berjalan terpijak mainan kecik tu menyirap hokehh. dah mama kumpul letak tepi dorang pun senyap je lah, mama perati je memasing itu kalau takde sape yang ambik simpan memang mama masukkan tong sampah je la hahaha...kejam sangat ke, eh biarlah nak kejam pun, kalau tak buat macam tu, dorang tak reti nak hargaikan.

Mama pun dah buat peraturan baru kikiki... haaa pandai pun nak ikut, jadi kita tengok sampai bila boleh bertahan, cuma jangan ada campurtangan lain je, campurtangan papa dorang la, yang itu nampak garang tapi hati boleh cair, ni haaa..mama dorang ni lagi kental. kalau taknak kena libas dengan hanger beranilah korang lepas nih kikiki. cakap lembut tak jalan, kita guna cara lain pulaklah kan, ya betul ada orang guna cara lembut, tapi terpulanglah cara masing2 kan dalam mendidik anak, tapi janganlah dibantai sampai lebam dan patah riuk pulak. cukup sekadarnya saja kadang hanger tak sampai pun lagi kat betis tu, tapi dah menangis dulu..ceh pandai sangatkan nak berlakon, ini ikut perangai sapa ni..kadang bukan setakat sampai betis baru mama nak carik hanger dah meraung..heheh geram pulak dibuatnya, adalah sorang tu yang manja sangat..eh bukan adelya tau tapi adalah sorang abangnya tu, manja terlebih.


Tengokkk..penuh satu rumah ditaburnya mainan, ini memang keje makcik bawang ni lah takde keje orang lain lagi, sedap dia bersila, kita nak berjalan pun susah, terpijak mainan dia, tarik nafas pelan-pelan je lah mama dah tua2 ni kan kang darah tinggi pulak. agak tak lalu nak hadap mama masuk bilik pejam mata tidur kahkahkah..semalam memang mama malas dah nak mengemas kubiarkan aje, penat kome wehh..tetiba apak eh balik..membebel orang tua tu, balik keje penat tak sempat nak duduk dah mengemas rumah pulak, isterinya ni malas dah nak layan. tapi walaupun cenggitukan ada pulak dia hulur gula2 yang anak pesan suruh beli..ehhh kalau emaknya ni jangan haraplah selagi ko tak kemas segala sepah tu takde de mama nak bagi, dah kemas semua baru boleh bagi upah. ini dahlah kita yang kemas dorang pulak dapat upah..hah kalau mama simpan je gula2 tu untuk lain hari.

Oklah sekian bebelan mama yang hampir mereput kah!

Wassalam


Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...