Monday, 28 August 2017

Patah lagi

Assalamualaikum...

Minggu lepas minggu yang agak sibuk perlu bekerja lebih masa dan perlu bekerja sehingga ahad tapi mama rasa macam malas betul nak kerja hari ahad. Sabtu tu pulun lah buat ker bagi habis sebab taknak datang ahadkan, kalau ada saki baki borang mama buat je hari isnin.

Petang tu sakit kepala, balik rumah baring je lah, enfon mama silentkan je malas nak dengar bunyi mesej masuk berdentum-dentum hehehe, ye ah banyak groupkan ramai pula yang rajin bersembang jadi mama diamkan je enfon tu. malam tidur tak berapa nak nyenyak tak tahulah pasal apa, terjaga tengok enfon menyala-nyala..eh takkan dah pukul 4.30pagi kot rasa macam baru je mama tidur.

Terus ambil enfon tengok dekat-dekat sekali tengok ada banyak missed call dari ibu dan makngah, mama dah rasa cuak, ada hal apa ni sampai banyak kali call dalam hati berdoa janganlah ada apa-apa yang berlaku, tapi dok terfikir juga mesti ada sesuatu nih kalau tak takkan diorang call banyak2 kali kan, mama call ibu semula, kata ibu pakjang (adik mama) eksiden..Ya Allah terukkah? patah kaki kata ibu..Allahu.. Ibu, abah dan makngah gerak malam tu juga balik kampung, mama gerak balik pagi ahad.

Sampai hospital, adik beradik lain ajak makan dulu, mama pun joinlah makan, lepas makan tapaw pizza pula sebab katanya pakjang nak makan pizza, amboiii kemain orang sakit minta nak makan pizza, takpe layankan je la kan. lepas tu terus ke hospital, sampai tu dah 2 lebih waktu melawat dah habis, mama minta kat puan guard tu nak naik sekejap hantar makanan, dapatlah lepas tapi mama sorang je lah naik sebab budak2 tak boleh masuk, en.azmi tunggulah dengan budak2 di bawah. adik-beradik lain dah bergerak balik, semuanya dah penat sebab tak tidur dari semalamkan.

Mama pun duduk sekejap je, hantar pizza..dah macam budak delivery je pulak datang hantar terus balik, kata puan guard jangan lama-lama sebab waktu melawat dah habis, oklah kita ikut arahan je lah, mama pun taknak lama-lama sebab pakjang pun tengah tidur masa mama sampai tu mama kejut macam mamai-mamai je dia, mama cakap pun macam tak dengar sangat mungkin kesan ubat agaknya, dah bagi apa yang patut mama pun beransurlah. sedih juga masa nak tinggalkan pakjang tu.. takde sapa yang temankan dia sorang-sorang kat hospital. walaupun dah besar panjang, tapi adik kitakan nak tinggal sorang-sorang tengah sakit macam tu sedihlah...

Oh ya..sebelum ni pakjang dah pernah patah kaki, disepak oleh kawannya semasa bermain bola sepak dahulu, ini patah lagi ditempat yang sama, baru je baik yang patah hari tu ini dah patah balik, tak tahulah macamamana tu..ujian untuk pakjang moga pakjang tabah melaluinya kan..kalau nak dikira-kira sebelum ni pakjang patah kaki tu ogos jugalah ini pun kena ogos juga.. takpelah pakjang ujiankan, semoga dengan ujian ini Allah tambahkan pahala pakjang. Khamis ni balik kampung sempena raya haji, bolehlah melawat pakjang lagi dihospital nanti. Pakjang tak eksiden dengan sesiapapun tapi pakjang terbabas sebab nak elak dari motor.



Syafakallah pakjang...moga cepat sembuh dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Allah uji tanda sayang, Dia nak kita ingat dekat Dia banyak-banyak...

Wassalam





Saturday, 26 August 2017

Wall of fame

Assalamualaikum....

Hari ni menyiapkan saki baki kerja yang ada. Bendanya dah siap cuma baru nak deko-deko.


Wall of fame kata tajuknya gitu...kikiki, gambar besar bawah tu macam gedabak pulak kat situ memandangkan gambar anak dara yang sorang-sorang takde makanya letaklah gambar gedabak tu. Dulu rajin juga cuci gambar dan simpan. Tapi sekarang dah malas, nampaknya kena cucilah lagi.gambar-gambar yang ada tu.

Kononnya idea mama nak susun baris atas gambo kawin makpaknye...baris kedua gambo anak-anak masa lahir atau masa dorang keciklahkan, baris tiga gambo bertiga,berempat & berlima...gitulah yang di rancang, semua gambar yang dirancang tu ada dalam simpanan cuma tak dicuci lagi. Kena cucilah lepas ni saja nak lengkapkan wall deko mama nih.

Kayu tu hasil kerja en.azmi sepenuhnya, idea pun en.azmi. Cuma idea letak gambar tu mamalah, mama tak cakap pun nak isi apa kat kayu tu, hari ni terus je mama buat. En.azmi ok je dengan idea mama nih. Pelekat butterfly pink kiri-kanan, tali berwarna dan pengepit ginger bread comel tu mama beli di mr diy je. Mama beli kat situ sebab barang-barang tu memang comellah bagi mama...amacam cantik tak wall of fame mama nih??? Hehehe

Wassalam

Friday, 25 August 2017

Salam jumaat

Assalamualaikum...

Salam jumaat semoga kita semua sentiasa didalam rahmat Allah swt.



Pesan guru...pulun buat amalan 10 hari ni, tak dapat puasa, kita solat sunat, tak dapat solat sunat, kita mengaji..tak dapat mengaji kita berzikir..

kalau tak dapat buat semua, buat salah satu pun jadilah, tapi kalau satu pun kita tak dapat buat, tandanya kita sombong  dan menzalimi diri..sebab Allah nak bagi tapi kita tak nak ambil..

Sekadar perkongsian.

Wasaalam

Thursday, 24 August 2017

Dari dapur mama

Assalamualaikum....

Mari main masak-masak, memori phone dah hampir penuh tengok gambar je dah beribu, tetiba tengok ehhh macam banyak je gambar makanan yang mama masak ada dalam phone ni ha. Dah ambil gambar share lah dekat sini. Mana tahu satu hari nanti anak dara mama tu baca blog nih boleh bagi idea untuk dia memasak...gituu mama berangan kan.

Moh le layan gambar dari dapur mama yang tak seberapa itu kan.


Creamy butter prawn katanya, teringat-ingat yang mama makan masa kat sabah dulu sedap je, takkan nak ke sabah pula semata-mata nak makan ni kan macam banyak sangat pitih nak beli tiket kapatebang. Jadi marilah buat sendiri tapi versi mama ni berkuah sikit sebab memang kena ada kuah kalau makan kalau tak nanti tercekik..maklum le ong tue hehehe


Ini..ko mampu bawa bekal pergi opis, jering buat sambal dengan ikan bilis sedap wehhh... Jering tu goreng dulu lepas tu baru dimasak dengan bilis perggghh dah tak rasa jering dah rasa macam kacang walnut gitu...hahaha tak beragak ko kan mama, tapi serius ye dah digoreng tu memang sedap dan tak bau jering dah


Ini masak lomak telur itik campur pucuk ubi hehehe...taram je la kan sendiri nak makan.. Eh sedap juga, semua bahan ni beli dari kawan mama..petani moden ok jugakan dapat makan sayur kampung..nikmatnya. Mama memang suka pucuk ubi.


Asam pedas ikan merah, ini permintaan en.azmi tak ingat dah bila rasa macam dah lama je tapi tetap nak share kat sini. Macam cair sikit asam pedas mama tu tapi takpelah sedap jugakkk hehehe


Sup ayam..kentang mesti lebih sebab adrien suka kentang.


Sotong petai...pun peberet mama ni, ehh mama sukalah jering ke petai ke..sedap sangat


Ini sayur pak choy bersama sos tiram mama kalau makan mesti nak ada sayur, mama suka sayur. En azmi makan juga sayur tapi kalau takde sayur pun dia ok je, tapi mama kalau takde sayur macam tak lengkap je makanan

Ini teringat sayur four season dekat mohd chan..lama tak pergi, mama rasa sayur tu sedap je, nak pergi makan situ memikir juga jadi kita masaklah sendiri ala-ala sayur mohd chan walaupun non hado...mana nak sama pun bahannya pun tak sama, eh tapi habis juga berebut makan dengan en.azmi hehehe


Ini adik ofis nak makan peria katak tapi taknak masak, sudahnya mamalah jadi tukang masaknya lepas tu bawa ke opis makan.sama-sama risau mama takut pahit tapi eh tak pahitlah sedap pulak tu, kalau peria biasa mama masak mesti pahit. Ini mama goreng dengan bilis je...haa nanti boleh masak lagilah nampaknya.

itu je gambar dari dapur mama, ada lagi tu tapi malas nak up semua nanti-nanti pulaklah mama up kan, takdelah pandai memasak pun mama ni setakat nak makan tekak sendiri dan anak-beranak bolehlah.

Wassalam

Tuesday, 22 August 2017

Anugerah Terindah




Assalamualaikum...


Alhamdulillah…hari ini 22 ogos mama dah selamat bersalin pun.21 ogos... malam perut mama dah rasa lain macam jek,dok baring je kat rumah sambil tengok tv,tapi takde la rasa sakit pun.lagipun mama memang berdoa moga-moga mama bersalin dalam waktu terdekat ni,bukan apa dah tak larat rasanya nak membawa perut ni ha..hehehe teruk betul,tapi memang itu la yang minta minta lagipun segala urusan penting dah settle jadinya boleh la kalau baby nak keluar awal pun kan..
Malam tu tido awal, perut dah rasa lain macam sikit la,tapi mama buat taktau je dulu,sampailah pukul 1 pagi,perut dah mula mengeras-ngeras ,nak tido pun dah tak berapa nak lena,sudahnya mama berbaring je melayan rasa sakit yang kerap juga datang tu,tapi masih tak bagitau en.azmi lagi biar dia tido dulu sehinggalah pukul 4pagi mama rasa nak buang air,pegi toilet tengok dah ada tanda darah,perut pun semakin kerap sakitnya,terus kejut en.azmi. En.azmi Tanya nak ke hospital dah ke? Memandangkan takde siapa yang boleh mama tinggalkan adam dan adrien,mama bagitahu en.azmi tunggu sampai 6.30 la ,malas nak susahkan kakak datang rumah pagi-pagi buta tu.sementara tunggu 6.30,mama suruh en.azmi basuh barang-barang baby yg masih ada belum dibasuh lagi tu…hmmm teruk betul mak pak nye nih.

mama lak mandi dulu,pastu bersiap-siap la,en.azmi suruh baring dulu,sebab bila sakit tu datang memang taktau nak cakap la rasanya macammana,tapi mama taknak baring mama jalan-jalan dekat ruang tamu tu,sebab bagi senang jalan buka..hehehe ye ke? Azan subuh berkumandang dari surau, mama tunaikan solat subuh dulu,masa ni sakit yang dirasa memang tak dapat ditahan lagi,sakit pun datang dah 5minit sekali. Tak mahu tunggu lagi terus ajak en.azmi pergi hospital. dalam perjalanan ke hospital,bila sakit datang berpeluh-peluh mama dibuatnya,siap suruh en.azmi bawa kereta slow-slow sebab terasa sakitnya macam nak bersalin dah.gagah tak gagahnya mama ni,kami terus masuk parking je,takde la nak berenti kat depan tu amik wheelchair ke apa,pastu berjalan naik ke labour room,tu pun masa sakit datang,berenti dulu sekejap pastu terus berjalan lagi,bagi kad dekat kaunter terus masuk labour room,nurse check jalan dah buka 6cm,terus tak bole turun dari katil,nak buang air pun nurse yg uruskan.kali ni nurse bagi oksigen suh mama sedut,sedut mende alah tu mama jadi khayal,kepala jadi pening.pastu nurse check jalan lagi dah 9cm,nurse ckp kalau dokte tak sempat sampai diorang je yg akan sambut baby,tak kisahlah janji semua selamat,tak lama lepas tu dokte sampai,pecah ketuban dan sedia untuk push je,kali ni ada la 4 kali push baby pun keluar,lega rasanya…tak gunting dan tak vacuum,pun begitu tetap berpeluh dan menangis.kali ni prosesnya pun sekejap je, 7.30 masuk labour room 7.54 dah bersalin.

En.azmi lak masa dokte tunjuk baby dekat mama dia tak sempat nak tengok jantina baby,sudahnya masa nurse bersihkan baby dia pegi tanya nurse tu jantina baby,ye la sebelum ni kan kami tak confirm jantina baby tu,dah tau baby girl lega la dia.. apa tak leganya apa yang diharapkan akhirnya kesampaian juga, nak gigirlkan akhirnya Allah makbulkan. Bongsu dah ni jangan nak  tambah-tambah lagi ehehehe, en.azmi tak minta tambah pun dah sebenarnya katanya sebelum ni cukuplah 2 hero tu tapi isteri dia ni nak tambah juga seorang lagi sebab nak geng la jugakkan mana tahu dapat gigirl seorang, alhamdulillah...Allah mendengar doa hambaNya yang seorang ni.

Adelya Azra Bt Azmi
Berat waktu dilahirkan 3.28kg

Amacam trobek mama...ada yang rasa macam mama baru bersalin ke hehehe...

Alhamdulillah hari ni genaplah anak dara mama ni 4 tahun, sekejap je waktu berlalukan... begitu singkatnya masa membesarkan anak-anak.. Anak dara nan seorang tapi dia lah yang banyak mencabar kesabaran mama setiap hari, bila mama bercakap ada je yang hendak dijawabnya..
"adelya jangan buat sepah nanti papa marah"
"biarlah yaya memang suka papa marah" aduhhh jawapan dia tu bikin mama tarik nafasss panjang je
"adelya jangan panjat tinggi-tinggi nanti jatuh"
"yaya memang suka kalau jatuh" okeh mama dah takde ayat nak bagi bila dijawab macam tu...grrrr betullah dengan budak sorang nih.

Untuk besday adelya hari ni mama tak sempatlah nak buat kek ke apa sebab minggu ni sibuk sikit sampai ke ot, jadinya mama menyempatkan diri membeli  sepotong kek saja, janji ada kek untuk anak-anakkan, biar mereka rasa seronok, abang-abang pun seronok, pagi mama kejut sebelum mama pergi kerja mama dah pesah dekat abang-abang jangan lupa cakap happy besday dekat adik mereka tu, alhamdulillah...kata en.azmi abang-abang tak lupa ucapkan, mama tak sempat nak tengok waktu tu sebab mama dah keluar kerja awal. takpelah kan malam kita makan kek sama-sama. ada budak sorang tu pulak sibuk je tanya besday yen bila? heheheh comel sangatlah dia ni sorang..tunggu yen ye 5 bulan lagi besday yen.


Gigih 3 beradik potong kek nan sepotong, walaupun sepotong tetap gembira anak-anak mama, nanti kita potong kek besar pulak ye. Ada budak sorang tu yang lebih-lebih "apa la mama ni beli kek kecik, abg alip beli kek besar" ehhh budak adrien nih lebih-lebih pulak dia tadi pun mama sampai dia dulu terjah siap tanya kek yaya gambar apa? Kepoci betullah dia hahaha. Besday adik tapi dia yang lebih-lebih.


Kenangan hari pertama menjenguk dunia bersama daddy, abg awisy dan kakak daeisha.

Anugerah terindah dari Allah...moga adelya azra menjadi anak yang solehah, cemerlang didunia dan akhirat. Mama papa abg adam dan abg yen sayang yaya walaupun yaya selalu je buat darah mama mendidih. Sekarang dah pandai tarik kerusi dan basuh pinggan hari tu en.azmi nak minum air cawan bau sabun hasil kerja anak dara hehehe...moga rajin sampai ke besar ye adelya.. Doa mama untuk adelya..setiap habis solat mama tak lupa doa untuk anak-anak, semoga Allah makbulkan semuanya.

Wassalam



Monday, 21 August 2017

keledek purple

Assalamualaikum...

penat bertukang tetiba rasa lapar pula. mama minta en.azmi belikan keledek memandangkan gula melaka masih ada lagi, ehh buat kuih keria pun sedap juga nih. selain keledek beli jugalah jambu batu sebab kuah rojak ada lagi dibuat makan petang-petang sedap juga.

Biasa keledek murah je sekilo tak sampai pun rm5, kali ni en.azmi kata rm5 sekilo tapi dibeli jugalah. mungkin permintaan meningkat sebab tu mahal sikit kot sekarang ni kata mama. Bawa balik tu teruslah proses kupas keledek sekali tengok padanlah lain harga keledek purple rupanya hehehe.. takpe lah kita hentam saja teringat pula pada dana katanya suruh cuba keledek purple pula, haaa ni alang-alang dah silap beli kita buatlah.

Kata adrien "kenapa warna lain?yen bau macam tak sedap je" amboi dia tu kan..dah mama tengok je dia baru dia sambung "yen kata yang belum masak, dah masak nanti mesti sedap" hehehe ada-ada je dia kan. Memang adrien bersungguhlah makannya dia yang habiskan, suka betul dia.

Hasilnya macam mana?



Inilah hasilnya..bagi mama ok sedap rasanya pun setanding jugalah dengan keledek kuning tu, eh satu lagikan mama rasa masa nak menguli tu kan lagi best keledek purple lah, masa uli dan nak membentuk gelang tu tak berapa melekat di tangan macam keledek kuning tu, nak bentukkannya senang pula tu yang penting rasanya sedap..bolehlah buat lagi nanti memandangkan permintaan tinggi untuk kuih keria ni.

Balik kampung raya haji nanti perlu bawa stok ubi keledek nampaknya dah ada yang minta suruh buat tu, kesian pakjang tengok mama up kat fb hari tu dia bagi icon menangis pulak, suruh dia datang rumah katanya susah sebab dia dah bekerja sekarang susah nak cuti, cuti pula sehari je seminggu, susahlah nak datangkan, jadi sebagai kakak mithali balik kampung nanti mama buatlah, ada pula kawan yang mengandung pun minta juga okeh kita buat sekali dikampung nanti. Mak dak pun satu hal juga minta buat tepung bungkus juga, ye lah..ye lah nanti mama fikirkan pasal tepung bungkus tu.

Wassalam.

Sunday, 20 August 2017

Bertukang lagi

Assalamualaikum...

Semalam seharian mengemas..fuhhh mencabar kesabaran betul, mujur en.azmi balik kerja dia tolong mengemas sama-sama dan en.azmilah yang terlebih-lebih mengemas  lepas tu sebab en.azmi memang rajin bab mengemas nih, habis segala habuk segala ceruk dia bersihkan, mama lepas tu layan bersin je la tak tahan betul dengan habuk

Hari ni bertukang lagi, upgrade kerusi yang dibuat sebelum nih hehehe... Buat sesuka hati je lah kan.


Semangat anak dara sorang ni nak tolong papa memaku kayu. Tapi jenuh menunggu tak masuk-masuk pakunya tu.

Ye lah...ye lah mama tahu mesti tertunggu-tunggu kerusi mama yang nan hado tu kan hehehe..mama nak tunjuklah ni.


Ini je lah hasilnya..macam sesuai untuk anak-anak je sebab kerusinya takdelah tinggi mana pun, tapi kalau mama duduk ok je pun selesa juga. Dah selesailah kerja-kerja menukang. Oh ada lagi petak bunga untuk mama. Dia nak letak di tadikanya, dah siap sikit minggu depan bolehlah siap tu. Lengkap dah ruang tamu dengan kerusi dan meja, kata en.azmi macam penuh pulak ruang, biasalah tu kan dah letak barang tapi takdelah penuh mana, ruang menonton mama tak letak apa-apa lagi, lepas ni kita fikir nak buat apa diruang menonton pula.

Oklah perlu pastikan anak-anak tidur pula esok dah sekolah.

Wassalam

Saturday, 19 August 2017

Mengemas

Assalamualaikum...

Hari ni kita operasi mengemas rumah sambil berperang. Berperang dengan siapa lagi dengan anak-anaklah. Letih mama tengok almari masing-masing, selama ni mama lipat baju dah siap je mama suruh masing-masing simpan sendiri dalam almari. Hari ni mama buka almari urut dada je lah mama...makanya tak boleh nak pejam mata dah...mulut dengan tangan yang buat kerja sama naiklah hahaha...


Tenangkan diri sebentar dengan kesegaran pudina, ehemmm takdelah tenang pun cuma berusaha tenangkan diri sekejap sebelum sambung kerja mengemas. Daun pudina ni petik je dipasu mama ada la mama sepasu pokok pudina yang diberi oleh bos. Ada tengok petua kalau nak bau dalam rumah segar gunakan daun pudina yang direndamkan didalam air, jadi mama cuba sajalahkan, lepas ni bancuh teh o kita letakkan juga daun pudina. Banyak juga khasiat daun pudina yang mama baca, tapi bila dicium terasa macam ubat gigi pula hehehe...

Eh tak payahlah mama tunjuk rumah mama yang macam kapal karam ni cukuplah tunjuk daun pudina tu moga-moga dapat  memberi kesegaran juga pada yang melihatnya tu.. Oklah nak sambung mengemas pula sebab ada tangan-tangan kecil yang dah mula nak buat sepah semula tu...haishhhh tak makan saman betullah masing-masing.

Wassalam

Friday, 18 August 2017

Tidak bertemu


Assalamualaikum...



Dia membiarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya bertemu. Diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui batas (suran Ar-Rahman ayat 19-20)

Subhanallah...walaupun hanya melihat dari jauh tapi dapat dilihat air masin dan air tawar itu tidak bercantum. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan.

Kalau google gambar-gambar tentang air masin dan air tawar yang tak bertemu ni lagi banyak gambarnya, cantik-cantik pula tu, mama ni dapat ambil dari jauh je, itupun dah rasa kagum sangat.

Eh mama tak pergi bercuti ye, ini gambar lama..terasa nak.share disini.

Wassalam.

Wednesday, 16 August 2017

Pelangi mengelilingi matahari

Assalamualaikum...

Rezeki mama hari ni dapat tengok satu keajaiban ciptaan Allah. Dalam 12 lebih macam tu mama keluar rumah dah siap sedia nak ambik adrien dekat pasti, sekali masuk wasap dekat group pasti mualimah bagi gambar. Mama pun tak lepaskan peluang terus dongak ke langit kebetulan matahari betul-betul atas kepala, tak dapat nak tengok tepat ke arah matahari, mama hulur henfon je snap pic.

Gambar pertama yang berjaya mama snap

Gambar kedua..nampak macam pelangi mengelilingi matahari
Tak pernah lagi mama tengok kejadian macam ni, terus gugel la sebab nak tahu fenomena apa kan. Fenomena ini dinamakan halo matahari...fenomena ini adalah lingkaran seperti pelangi yang mengelilingi matahari. Adapun proses ini terjadi  adalah saat awan cirrus hanya merefleksikan dan merefraksikan cahaya matahari. Biasanya halo yang terbentuk hanya cincin yang tak berwarna, namun jika pada sudut yang tepat biasanya terjadi juga dispesi sehingga terjadi juga warna seperti pelangi. Wallahu'alam

Apapun semuanya adalah bukti kekuasaan Allah swt.

Wassalam

Manisss sangat

Assalamualaikum...

Dengan senang hatinya mama bercuti hari ni. Bangun pagi ni rasa macam malas je nak kerja, fikir punya fikir terus ambil EL je..adehhh teruk sungguhlah. Bukan apa sekarang kurang sibuk jadi rasa malas je nak kerja sebab fikir pergi ofis takde apa yang hendak dibuat rasa macam takde semangat je, kalau tahu banyak kerja haaa memang semangat berkobar-kobar nak kerja sebab dah tahu apa yang nak dibuatkan. Minggu depan sibuklah siap kena ot pula isnin sampai sabtu...ok itu mama suka pergi kerja.


Semalam dapat lukisan ni dari abg adam, bagi bunga matahari untuk mama sepasu..ehh sukalah mama bunga matahari tu cantik berseri je warnanyakan tapi yang abg adam lukis tu tak diwarnakan pula. Bukan bunga je mama dapat siap dapat buah-buahan lagi...manis sangat anak mama nih. Bawang putih pun ada tu haaa..


Tapi yang ini memang tak mahu kalah dengan abg adam, kalau abg adam bagi satu je bungz matahari dia akan bagi banyak-banyak, katanya itu rumah mama, lepas tu ada banyakkk bunga dekat rumah mama, ini hujan turun nanti hujan ni bagi bunga subur, tapi itu hujan panas apa sebab ada matahari hehehe..siap tulis "adrien tulis bunga untuk mama" tulis ke lukis yen? Takpe lah..tulisan pun kecik besar kecik besar oklah tu janji dah boleh tulis dan mengeja...manisss je anak-anak mama nih.

Hari ni jadi surirumah, dah siap masak untuk abg adam makan sebelum pergi sekolah, sekejap lagi nak ambik adrien dia tahu mama dia cuti hari ni, papa dia hantar nanti siap pesan dekat mama "nanti papa wasap mama cakap yen nak balik awal taknak balik petang" amboi kemain lagi ye suruh papa wasap mama hehehe...pandai je dia tu kan. Takpelah dah mama ada kat rumah baliklah awal takkan mama nak biar adrien duduk pasti sampai petang kan.

Ok lah nak sambung kerja rumah pula...anak-anak dah besar ni.macam tak kalut sangat mama sempat lagi nak up entri, tapi mama tahu dah kat luar tu mesti bersepah punya. Ok lah nak pergi berleter pulak

Wassalam

Monday, 14 August 2017

Terapi minda

Assalamualaikum...



Balik rumah dari tempat kerja tengok bunga berkembang mekar jadi satu terapi minda pulak untuk mama. Penat-penat balik dari kerja tengok bunga-bungaan rasa lapang je minda nih. Siram bunga, cakap-cakap sikit dengan bunga...ehehehe ehh betullah bercakap-cakap dengan pokok bunga boleh apa walaupun bunga tu tak boleh dibawa lawan bercakap kurang-kurangnya lega juga bila bercakap dengan bunga-bunga nih.

Mama tak ingat sapa yang cakap katanya satu hari tu cuba kita buat satu kebaikan yang sama contoh bagi makan kucing, hari-hari buat benda yang sama, contoh yang lain balik dari kerja siram pokok bunga, cuba jadikan rutin, benda nikan satu perkara yang baik cuba buat berterusan, harapnya apa yang mama buat ni salah satu kebaikan yang berterusanlah hendaknya nak cuba jadikan rutin, tak dapat buat benda-benda yang besar lagi kita mulakan dengan yang kecil-kecil dulu.

Moga dapat manfaat bersama.

Wassalam

Sunday, 13 August 2017

Projek hujung minggu

Assalamualaikum...

Tengah rileks santai sebab apa yang mama rancang minggu ni dah berjaya dibuat. Alhamdulillah bersyukur juga sebab en.azmi rajin juga melayan idea-idea isterinya ni. Pagi sabtu settlekan semua kerja dulu, lunch pun mama dah siap masak awal-awal, siap semua kerja ambik kayu, gergaji semua mulalah projek mama. En.azmi kerja pagi. Tengah hari tu dia balik tengok isteri gigih menggergaji kayu, dia masuk rumah tukar seluar terus keluar tolong isterinya.

Dah ada orang buat mama pun bagi arahan je la apa yang nak dibuat walaupun en.azmi masih kabur-kabur apa idea isterinya ni.. Macam selalulah kan mesti dia kabur-kabur dengan penerangan isteri dia ni walaupun terang lagi bersuluh apa yang dikata hehehe. Mama nak buat kerusi simple-simple je. Asalkan dapat kemas ruang depan tu dari kayu-kayu yang ada tu kan. Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan niat mama ni nak siapkan projek yang tergendala tu, bukan tu saja siap tambah projek baru lagi.


Konsep hispterudin katanya hahaha...itu je yang mampu mama buat meja kopi.tu yang dulu mama pernah cerita cuma hari ni dah di upgrade sikit bagi kukuh dengan letak lapisan bawah tu, oklah sikit berbanding sebelum ni ada goyang-goyang sikit, bila dah ditambahbaik barulah ok sikit. Kerusi tu pun 2 tu je la yang dapat, kira oklah buat tambah-tambah cuna nak beli pelapik je supaya tak kematu vontot tetamu yang datang, rumah mama takde sofa empuk ada kerusi kayu gitu je la. Opsss kerusi yang comey yaya duduk tu bukan mama buat ye itu dibeli lama dah.


Ini projek tambahan..dah alang-alang buat kerja tu kan teruskan buat apa yang terlintas nak.buat, papan tanda "TAMAN KAMI" tu hasil kerja abg adam dan adrien, tempat bunga bertingkat tu hasil kerjaan mama dan papa lah, buatlah walau senget bengetkan, dapat tanam 3 jenis bunga. Tingkat atas sekali pokok ati-ati, tingkat 2 mama tak tahu nama pokok tu,maktam yang bagi cantik bunganya kuning oren berbunga je tak putus-putus lagi, ada 2 pokok lagi maktam bagi bunga ros dan bunga raya. Tingkat bawah mama tanam pokok.seri pagi. Petak yang lama tu masih kekal dengan bunga seri pagi bercampur pelbagai warnalah.

Syukur alhamdulillah apa yang dirancang berjaya dilaksanakan hasil kerjasama suami isteri ahakss..mujur en.azmi tu rajin menolong kalau tak jenuh juga mama nak siapkan. Mana nak gergaji mana nak memakunya lagi. Ini oklah mama gergaji bab memaku en.azmi yang buat, jenuh juga kalau nak paku sendiri kayu tu keras juga. Seronoklah tengok taman mini mama dah santekkk. Pokok cili, kunyit letak belakang rumahlah..haa itu projek akan datang. Selain pokok bunga mama nak tanam juga pokok yang boleh digunakan macam cili, daun kunyit, pokok terung dan lain-lain pokok yang sesuai...errr durian sesuai ke??? Ahahaha...

Oklah sampai bertemu lagi

Wassalam

Friday, 11 August 2017

Sabarlah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hujan pagi ni,tengah drive dalam hujan renyai-renyai tu tetiba viper berhenti. Ya Allah..cuak jugaklah mama dibuatnya kan, dahlah hujan viper lak tak berfungsi, macam biasalah jangan panik drive je slow-slow, dalam hati dan mulut mama ni berdoa je moga hujan tak lebat, bahayakan..

Beberapa kali dah mama ni ada masalah ketika memandu, paling hebat masa bawa kancil dulu la dengan semua benda pun tak berfungsi tapi gagah juga tekan minyak supaya sampai tempat dituju. Kali ini viper pula buat hal..bersabar je lah kan kereta dah lama cenggitu la kan kalau kereta baru mesti takde masalah, nak buat macammana itu je yang mampu buat masa ni,akan datang taktau lah kot ada rezeki nak berkereta baru pulakkan.

Sedar tak sedar dah setahun juga guna kereta ni alhamdulillah rezeki juga dapat beli kereta ni walaupun second. Rosak tu memang adalah kan nama pun kereta second, dah tukar apa yang rosak tu alhamdulillah ok je, cuma mungkin barang yang rosak tu dah sampai masanya untuk ditukarkan. Ada juga yang tanya kenapa beli kereta ni tak beli kereta lain...hmm nak beli apa-apa pun kena tengok kewangan sendiri jugakan. Kalau mampu mesti mama nak beli kereta baru, tapi tu lah banyak lagi yang lebih utama dari kereta baru. Sedar tak sedar setahun dah guna kereta tu..alhamdulillah.


Moga-moga petang ni cuaca eloklah dan tak hujan risau juga kalau hujan sebab viper tu tak gerak langsung. Moga dipermudahkan urusan mama dan semua. Seronok rasa sebab esok cuti hehehe...ada projek yang nak dibuat nih dah tergendala berminggu-minggu harapnya cuti esok lusa ni dapatlah mama siapkan projek mama tu, takde projek gempak pun kalau dah siap nanti bolehlah mama up kat sini. Kalau en.azmi kerja kenalah mama buat sorang-sorang dulu projek mama tu...

Wassalam

Dulu-dulu

Assalamualaikum...

Hari tu dapat whatsapp dekat group gugurl, makngah whatsapp gambar..adehhh terkenang dulu-dulu je bila tengok gambar yang makngah bagi tu heheheh


Siapa yang pernah main nih? dulu-dulu hidup susah nak beli anak patung memang tak mampulah sudahnya ambik kain batik mak atau kain pelikat ayah buat anak patung macam tu..hehehe kenangan sungguh la haih. tapi bila ingat-ingat balik memang sronoklah permainan dulu-dulu banyak yang perlukan kreativiti dan mengeluarkan peluh.

Nak main congkak korek sendiri tanah buat lubang congkak dekat bawah rumah, sebab apa bawah rumah sebab redup sikit, rumah felda dulu-dulukan tinggi dan ada ruang dibawahnya, bawah rumah tu lah tempat kami bermain-main. biji congkak pergi cari sendiri biji getah diladang sana, kecik-kecik dulu tak reti takut, masuk je ladang getah cari biji congkak cari kayu api, haaa...jangan tak tahu waktu tu masih guna kayu api ye. elektrik dan air pun takde lagi. guna pelita minyak tanah, yang ada-ada sikit guna lampu kuasa generator.

Kenangan mengusik jiwa sungguhlah ni...

Wassalam

Thursday, 10 August 2017

Rumah baru

Assalamualaikum....

Seronok hari ni ada orang hantar...sebenarnya orang tu berbulu je hati agaknya nak hantar ehhh ada mama kisah, hari ni ada taklimat di perpustakaan Raja Tun Uda. mama tak ingat jalan nak kesini jadnya suruhlah en.azmi hantarkan. ingat-ingat lupa jalannya darikan mama tersesat terus baiklah suruh orang hantarkan, bolehlah membuta kejap sebelum sampai tempat tujuan hehehe.

Mesti dah perasankan rumah baru mama ni..sajalah nak ubah selera cuba-cuba je buat, guna telefon nih kecik besar kecik besar je tengok saja suka-suka je ubah walaupun rasa macam tak berapa biasa sangat dengan rumah baru ni tapi biarlah mama cuba untuk beberapa ketika. sesuatu yang baru memang macam tu lah kan susah nak sesuaikan diri lama-lama oklah juga kan.



amacam rumah baru mama ok ke? dapat letak gambar anak-anak disitu macam ok jugak nampaknya, wahhh sendiri buat sendiri.rasa ok hahaha.

satu yang mama malas kalau en.azmi hantar ni macam nilah jenuh nak menunggu waktu balik. selalu je lambat en.azmi habis kerja kalau mama drive tepat pukul 5 je bergegas balik hehehe malas dah nak tunggu lama-lama, hari ni terpaksalah bertapa dulu menunggu en.azmi sampai, bosan juga menunggu lama-lama nih tapi nak buat macammana redha je lah dah nak sangat orang hantarkan.

Ok lah nak ke diy jap mencari belon, kata abg adam esok kena bawa belon ke sekolah jadi tuju sajalah ke diy tu mesti ada kan.

Wassalam

Wednesday, 9 August 2017

Cendol Durian Hafidz

Assalamualaikum...

Ahad lepas sepagi mama dok menguli keledek sampaikan untuk lunch pun tak masak haii teruk sungguh, dah penat tu memang malas la pulak nak memasakkan. dalam pukul 11 macam tu en.azmi ajak keluar ke banting untuk settlekan bayar bil-bil. ok je lah mama dan anak-anak, bosan jugakkan cuti-cuti duduk rumah je, keluar bayar bil pun bolehlah janji keluar rumah.

Lepas bayar bil dah tak tahu nak  ke mana pun en.azmi kata apa nak beli ke? mama memang takde apalah nak cari jadinya malas nak singgah mana-mana dah kan, setakat nak pergi cuci-cuci mata memang malaslah mama sebab takut tercuci poket sekali hahaha..bukan tak tahukan kalau dah masuk pasaraya tu nanti barang yang tak perlu pun jadi perlu bila dah ditengok, jadi bagi mengelakkan pembelian yang tak munasabah baiklah kita elakkan, zaman ni perlu berjimat cermat dengan gigih, beli barang yang perlu je kekdahnya kan.

Masa perjalanan balik tu en.azmi kata "pekena cendol pun sedap nih" mama sokong je lah lagipun perut tengah lapar. En.azmi terus pusing kereta. Dalam pada tu whatsapp dekat group bertanya kot-kot adik ipar sekeluarga masih di bukit canggang nak ajak makan cendol sekali tapi mereka dah balik, so takpelah kami je yang pergi,idea spontan kalau dah plan awal boleh cakap awalkan takpe lainkali mereka datang rumah boleh bawa mereka pegi.

Kedainya dekat olak lempit,  kat tepi jalan je, ramai betul yang singgah, namanya "cendol durian hafidz" tapi kat kedai tu macam-macam ada dijual, makanan goreng-goreng, pisang goreng, pisang chesse, coconut shake,air kelapa dan macam-macam lagilah dan yang pastinya mestilah ada cendol durian sebab nama kedai pun cendol durian hafidz kan.



Tengok ni amacam nampak sedap tak??? ada 2 jenis cendol durian ni 1 yang isi pes durian je satu lagi isi buahnya durian, haruslah mama ambil yang ada isinya barulah puaskan heheh ada 2 ketul durian disertkan dalam semangkuk cendol ni, puaslah makan durian tu, komen mama..hmmm oklah rasanya cendol pun sedap, durian pulak haruslah bergantung kepada durian itu sendirikan sedap atau tidak, hari tu mama dapat durian sedap so keseluruhannnya sedaplah. Lama kami tak jjcm nih sebab dok makan kat rumah je sekarang ni dasar penjimatan sangatkan, sebab tu lah cerita jjcm pun dah lama takde kat blog mama nih, yang dok ada cerita mama masak je lah

Sesiapa yang nak cuba tu bolehlah ke sini alamatnya : 31,kampung olak lempit
                                                                                        Kampung sungai lempit
                                                                                        42700 banting.

Wassalam

Tuesday, 8 August 2017

Terima kasih Sweetie

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..sekali lagi rezeki mama dapat pemberian dari kawan blogger, yang ini memang mama pulun jawab hahaha, dah rezeki mama agaknya hari tu ahad, mama sajalah buka blog nak baca-baca blog kawan-kawan, sekali ternampak nama mama diseru dekat dekat blog sweetie apalagi jadi orang pertamalah yang komen kat situ hehehe, beberapa kali jugak tu mama mencuba.

Memang dah tertulis rezeki mama kan, akhirnya FM dari australia ni jadi milik mama lah, terima kasih sweetie. sesiapa yang belum follow blog sweetie bolehlah terjah dan follow. mama suka baca cerita cuti-cuti sweetie bersama anaknya ojet dan kakaknya ke australian tu. disamping membaca pengalaman bercuti kita juga akan disajikan dengan gambar percutian  yang menarik. tak dapat pergi sana, dapat tengok dan membaca pengalaman pun untuk mama dah ok sangat dah sebab nak  pergi tu tak tahu lah bila mama ni haa.

Mama kagum dengan kebolehan sweetie memandu di negara orang, kalau mama entahlah macamana dekat negara sendiri pun ketar kaki, tu pun gagahkan juga sebab nak pergi kerja kalau tak, maunya pakai driver tapi apakan daya ongkosnya tak cukup nak biaya driver jadinya sendirilah yang jadi driver. Selain cerita cuti-cuti, diblog sweetie juga ada dikongsikan resepi yang menarik,pandai memasak juga ni, kalau berjiran mau mama hulur pinggan kalau tiba waktu malas memasak hahaha.

FM yang mama dapat dari australia

Terima kasih sweetie atas pemberian ini, maaf lambat pula mama update sampai 2 kali dah sweetie tanya mama terima tak lagi pemberiannya ini, aduhhh maaf sangat-sangat lupa nak update heheeh ini sambil-sambil menggoreng keria dipagi hari mama updatelah sekejap jangan keria hangus sudah hehehe..ok-ok sesiapa yang nak kenal sweetie boleh follow blog Sweet Memory ye. Semoga ukhuwah antara kita terus berpanjangan walaupun hanya di alam maya.

Wassalam

Monday, 7 August 2017

Keria gula melaka mama

Assalamualaikum....

Ahad seharian menguli keledek, jiran-jiran order..tengah dok buat tu ada whatsapp masuk ada lagi yang order, Alhamdulillah rezeki..jadinya pagi petang siang malam mama dok kerjakan keledek je lah semalam. dah tu pergi up pulak dekat fb ramailah pulak yang order lagi. adehhh...ikutkan hari bekerja ni mama malas nak buat sebab malas nak bangun awal pagi hehehe...sayang tido oiii.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi, ada sedikit kelebihan untuk mama boleh buat kuih, dapat juga tambah-tambah pendapatan ye dak. Hari ni bawa keria gula melaka ke ofis untuk mereka yang order semalam. masa hantar ke tingkat 10 ada yang nampak, dah dikata nak order juga. mulanya mama cakaplah isnin minggu depan pulak sebab hari kerja masa macam tak berapa nak cukup nak kejar masak lagi lepas tu nak menguli keledek lagi.

"nanti saya bagitahu lainlah takut tak sempat" katanya...terus mama rasa..alaaaa...macam sedih pulak kalau tak buat nih sebab kawan tu dah tunggu masa nak bersalin je, kuatkan semangat mama kata "ok lah esok saya buat" dan berikutan dari tu ramailah yang tumpang order lagi, adehhh...nak tak nak mama setujulah untuk buat, tak sampai hati pulak nak hampakan kawan-kawan. harap-harap kedai jual keledek tu masih dibuka petang ni waktu mama balik. takut dah tutup hampa kawan-kawan, yang tak mengandung takpe mama risau yang tengah tunggu hari tu, kang bersalin tak sempat makan sedih lak mama nanti. InshaAllah moga-moga ada rezeki kawan-kawan mama esok.

Keria gula melaka mama...sebekas rm5
Seronok meniaga ni tapi tu lah kan semangat kena kental, tido pun tak cukup nak pulak hari-hari kerja ni, memang kena bangun awallah nak tido awal tak bole pulak sebab macam-macam kerja nak kena buat, settlekan beg sekolah anak-anak semua, baju-baju sekolah, macam-macamlah kan, tahu-tahu nak pukul 11malam juga tidurnya. pagi esok paling tidak pukul 3 pagi dah nak kena bangun buat kerja, semua kena settle sebelum azan subuh. ye rezeki dari Allah tapi kita pun janganlah lupa pada Pemberi rezekikan. 2 rakaat sebelum subuh itu lebih baik dari dunia dan seluruh isinyakan.

Wassalam.


Friday, 4 August 2017

Kira bolehlah tu

Assalamualaikum...

Last weekend mertua turun sini, kata en.azmi nak datang ke rumah gigihlah mama membersih rumah sejak subuh hari. tunggu-tunggu jugak perkhabaran tapi takde pun jadi kita buat rilek je sudah, masak pun untuk makan anak-beranak je la. En.azmi pula pergi kerja dan tak bagitahu mama apa-apa sampai ke petang..ehhh jadi ke tidak ni? mama pun takdelah bertanya apa-apa. sampai lah pukul 7 lebih barulah en.azmi bagitahu "siap-siaplah dah on the way ni"..ehhh berbulu juga kita dibuatnya. anak-anak yang dah berbaju tidur mama suruh tukar baju, ye lah takkan nak keluar dengan baju tidur kan, mana tahu nak pergi tempat best-best nanti tak sesuai pula berbaju tidur. Nak tahu kami makan di mana boleh baca di blog biras mama heheh

En.azmi suka macam tu tak bagitahu apa-apa info, dia tak tahu isteri ni sikit punya menggelabah kalau orang nak datang, macam dulu dah on the way baru dia bagitahu family nak datang, tak ke menggelabah biawak isteri dia tak cukup kaki tangan mengepak kemas rumah, mungkin bagi dia takde apa-apa, tapi janganlah oiii... FIL nak datang hoiii, rumah nak kena kemas, bilik air nak kena sental, dapur nak kena bersih, bilik tidur tilam bantal nak bertukar sarung dan cadar, biar orang datang bau kepam dalam rumah dah hilang hahaha. Biarlah hari-hari biasa tak kemas mana tapi masa orang datang nak juga rumah bersih berkilat. walaupun FIL tak kisah pun tapi kita ni lah yang kisahnyakan

Adik ipar dan isterinya belanja makan, adik ipar yang lain buat surprise juga untuk mak mertua dengan chocolate bouquet dan brownies malam tu. mama je takde buat apa-apa...,best je tengok semua meraikan besday mak...ehhh tetiba macam segan pulak takde sediakan apa-apa untuk besday mak mertua.. sebenarnya mama takdelah bersalah sangat sebab masa hari kejadian tu bukanlah tarikh besday mak mertua pun, mereka sambut awal huhuhu nak jugak rasa tak  bersalahkan,dalam hati dok fikir-fikir apalah mama nak buat ye,dah tahu lambat pulak tu kan, ye lah takde yang bagi info pun kan, ini semua salah en.azmi.fikir-fikir kena buat sesuatu jugalah nak buat yang gempak-gempak memang takdelah sebab bajet pun tak berapa nak hadoo. dalam perjalanan balik tu tanyalah anak-anak "nak bagi apa untuk besday wan?" kata anak-anak mama buatlah kek. Hmmm...nak buat kek apa pulak nih hari pun dah malam nak beli bahan memang tak sempatlah. nak beli esok pun confirm tak sempat sebab ada program lagi esoknya.

Dalam perjalanan tuh gigihlah mama cari idea..tetiba dapatlah satu idea nak buat ke tidak nih?? sebab bendanya biasa-biasa je. tapi memikirkan itu je yang mampu mama buat masa sekarang ni jadi mama pun buatlah. pagi-pagi sesudah subuh dah suruh en.azmi ke kedai membeli barang, benda yang mama nak buat tu ada jual kat kedai runcit je jadi mudahlah jugakan kalau tunggu bakery pukul 10 baru nak buka. semangat pagi-pagi berkelentung-kelentang kat dapur. apa yang mama cuba buat ni dua dalam satu lah kiranya..kikiki ye lah tetiba terfikirkan jadi kita buatlah. Kira bolehlah kan daripada takde, nak juga meraikn mertua, dah la jarang bagi apa-apa, dihari lahir mertua ni usahalah sikit buat apa yang bolehkan..



Ini je lah yang mampu mama fikir waktu tu, kek pulut kuning dengan rendang kikiki...taram je lah buat hiasan asalkan nampak macam kek walaupun tak semenggah je rupanya tu. anak-anak suruh buat kek kan makanya kek jugalah tu. rendang tu pula masa raya hari tu adik ipar ada minta tapi mama tak sempat buatkan jadi kita buat 2 in 1 lah pulut kek untuk wan dan rendang untuk adik-adik ipar, bolehlah digandingkan bersama, bergabung meletop didalam mulut...hehehe. seronoklah mama bila tengok semua makan dengan berselera, saja je mama buat kecik je supaya habis kalau buat besar-besar nanti tak abis kecik pulak hati kita ni hahaha..habis makan abah mertua duduk sebelah mama "boleh pulut jadi macam kek ye" kata abah mertua "aah boleh bah" abah nak juga ehhh nanti besday abah kita buat juga ye hehehe



Adik ipar update kat fb, mama memang tak snap pic pun... Dah la bawa pulut kuning dalam loyang je hahaha...kotak kek pun takde, mulanya suruh juga en.azmi beli. Tapi ye la bakery pun buka lambat family pula dah tunggu kami nak berjalan ke rumah sedara tengok baby baru.ini kalau tunggu en.azmi pergi bakery mesti lagi lambat, dah la semalam pun kami lambat sampai juga..mama ni tak suka buat orang tertunggu-tunggu. on the way nak ke rumah adik ipar konon nak singgah bakery beli kotak tapi fikir-fikir nak transfer pulut ke kotak tu dalam kereta ada jugak pulut yang bersepai mencium lantai pulak. Jadi kira acilah bawa dengan loyang-loyang sekali barulah rare..kuikuikui pada hal muka dah tebal rasa, sampai-sampai kalut tanggal loyang, mujur mak mertua takde kat depan masa tu. Dah siap letak atas meja mama berlalu duduk di kerusi segan dah nak tunggu depan tu.

Lepas habis makan semua gerak rumah sepupu en.azmi. dihidangkan dengan makan tengah hari, bertambah-tambah mama makan sebab tak makan lagi, pulut yang mama buat pun mama tak jamah, berdebar punya pasal sampai tak lalu nak makan pulut tu. sedap betul makan tengah hari tu sebab ada ulam jering, mama memang sukalah en.azmi pun hantu jugak, dah habis orang lain ambik dia sorang je mengadap sepiring jering, kalau ikutkan hati nak je tambah nasi lagi tapi sedar-sedar dirilah sikit, jangan nak buruk laku sangat. itupun dah 2 kali tambah campur dengan habiskan nasi anak lagi haaa kau tak ke berpinggan-pinggan dah mama makan??? makan dulu lain hari baru kita fikir soal berat badan ni kan. Ahad pulun makan banyak jadi isnin bolehlah puasa sunat kasi rehat perut pulak.

Balik tu berbincang nak ke mana pula, kata en.azmi dorang nak ke aeon mall. en.azmi malas nak pergi katanya takde apa nak cari, lagipun dia malas nak jalan-jalan pasaraya tanpa tujuan. memandangkn hari masih agak awal, mama cadang bawa anak-anak pergi lepak tasik je cover balik malam tadi tak bawa singgah padang. sukalah anak-anak. lagipun memang dah lama tak bawa dorang jalan-jalan sebab en.azmi asyik sibuk je dihujung minggu, ini dah alang-alang dia ada kita pergilah sekejap bagi anak-anak hirup udara lain pulak ini asyik-asyik taman depan rumah je. Masa sampai tasik tengok kereta adik ipar pun ada, kata en.azmi dorang memang nak follow juga ke tasik. ok lah tu ada orang melayan anak-anak main di taman,mama lepak tepi je sambil makan goreng pisang... hahaha makan dengan aman dan tenteram.


Gambar 3A nih..acu dorang yang ambik, seronok masing-masing mak sedara rajin melayan, mama dorang???? Hmmmm kunyah goreng pisang dan kepok lekor lagi sedap hehehe.. Itu sebab ada adik-adik ipar kalau tak mau la mama ngan papa juga yang melayan. Bukan senang tu nak ambik gambar bertiga macam tu, nasib-nasib je dapat yang kira cantik jugalah, kalau tak si adrien tu macam-macam muka dia buat.

Wassalam

Thursday, 3 August 2017

chinese look eh

Assalamualaikum...

Masa pergi nagoya dengan ibu mama masuk aeonbig sekejap nak beli susu dan kokok crunch, permintaan abg adam la nak sarapan dengan koko crunch. masa nak bayar mama tujulah ke express kaunter. sekali tengok aii penuhnya orang dengan barang penuh troli bukan ke kalau express kaunter barang bawah 10 je. malas nak fikir banyak mama beratur dekat kaunter biasa yang tak ramai orang, tapi penuh jugala trolinya, tunggu sajalah kan.

Sedang berdiri datang 2 orang chinese man, dengan barang penuh troli beratur belakang mama, mereka bersembang dalam bahasa cinalah, lepas tu mama menoleh melihat mereka bersembang, sekali mama pun menyampuk sambil menggelengkan kepala hahaha...macamkan faham je kan apa yang mereka bualkan, tapi memang mama faham, kata mereka express lane tapi barang penuh troli, mereka tengok mama dengan barang 2 ketul je, terus kata tak patut hehehe. sebenarnya mama taklah faham pun cuma dapat agak saja hahaha tak sangka betul apa yang mama agak tu kikiki.

Dulu masa mama kerja kedai baju dibawah jejantas dekat chow kit dulu,pernahlah ada chinese juga datang nak beli baju, lepas tu datang dekat mama bertanya dalam bahasa cina,apa kes mama bertudung tapi nak cakap cina, mama pun pandang je dia dengan muka takde perasaan ye lah mama tak tahu apa yang dia cakapkan, pastu mama cakaplah mama tak faham apa yang dia cakap, lepas tu dia jawab " oohhh you bukan cina ka, saya ingat you cina masuk islam" hahahah...mama gelak je lah dan dia pun gelak sekali. ada rupa cina eh muka mama ni? nak kata putih macam cina takdelah pula sebab kulit berkerak mama ni, mungkin matalah kot sepet.

Masa sekolah pun kawan-kawan dok tanya juga, ada darah jepun ke cina ke? mama bohong cakap nenek aku jepun hahaha...percaya pulak tu memasing..wehhh minta mahappp bohong je tu takde pun berdarah jepun mama ni, tapi mama rasa mama mengikut nenek jugalah sebab nenek mama tu bermata sepet dan berkulit cerah(ini mama tak ikut ye sebab mama tak cerah pun). Masa pertukaran pelajar jepun dengan pelajar sekolah mama takdelah mama join. pelajar jepun ramai datang sekolah tapi pelajar sekolah mama tu seorang je yang terpilih, best ooo kalau terpilih tapi memang bukan mamalah yang terpilih tu.

Tapi masa kecik-kecik dipanggil komunis oleh kawan-kawan sebabkan mata mama yang sepet nih, dah komunis lepas tu kena panggil nama pak dollah pulak hahaha... ehh kecik-kecik dulu memang sukalah bebudak ni ejek-ejek nama, mama nama hujung 'lah'..dulu ada cerita pagar-pagar cinta ke apa lakonan badul dan liza abdullah, ayh liza abdullah nama pak dollah, masa nak pujuk last cerita tu ada yang panggil pak dollah sayanggg...sudahnya nama mama lekat di ejek "pak dollah sayannngggg" hahahah hampeh toll. tapi kelakarlah bila teringat dulu-dulu, semua pun ada gelaran masing-masing.

Eh ok lah mama berenti dulu...



Si sepet...pak dollah saiyangggg...hehehe

Wassalam

Wednesday, 2 August 2017

Iras artis katanya

Assalamualaikum...

Ni permintaan dari sweetie yang nak tengok betul ke pakcik tu iras redza rosli..ahahah adoiii mama rasa takdelah iras pun tapi pakcik yang perasan lebih, tapi mama pun gigih jugalah cari gambar redza rosli tu nak gandingkan dengan pakcik.



haaa amacam ada iras-iras tak rupanya tu...



ini mama sertakan lagi gambar paksu..adik bongsu mama yang nak juga kata mukanya iras artis tapi yang ni mama tak tahu pulak apa ke nama artis tu, gambar ni paksu yang bagi, nampak jugalah irasnya tu, tapi mama tak perasan pulak artis ni berlakon cerita apa eh...



yang akhir sekali mommy..pun nak juga walaupun orang kata mukanya lebih pada pelakon izreen azminda tapi untuk gambar yang dibagi ni mukanya dah iras-iras janna nick..alahhh ini mesti sebab cermin mata besor ala kpop tu yang buat sama tu kan..ehehehe

Amacam semua ada gaya tak??? jangan tanya mama iras sapa pulak ye...mama iras audrey hepburn zaman muda hahaahah..

Ok lah Wassalam

Ujian

Assalamualaikum....

Jangan dibaca...jangan dibaca kehidupan orang lain
Jangan dibaca ujian orang lain
Jangan dibaca dosanya orang lain
Jangan dibaca kesilapan orang lain

Bacalah kehidupan kita
Bacalah ujian kita
Bacalah dosa kita
Bacalah kesilapan kita

Kerana Allah takkan tanya kehidupan, ujian, dosa dan kesilapan orang lain pada kita...
ketahuilah Allah pasti akan tanya kehidupan ujian dosa kesilapan kita sendiri..
Kalau kita faham kita takde masa untuk hal orang lain
kita pasti akan sibukkan diri kita untuk apa yang kita akan bawa mengadap Allah
Persiaplah..
Manusia yang lebih teruk bila sibuk menghitung kesilapan orang lain yang tiada kena mengena dengan kita..
Jangan dihebah aibnya orang lain, takut-takut Allah buka aib kita
Sehebat mana ujian Allah telanlah sedalam-dalamnya..

Adakalanya ujian orang lain tapi pengajarannya buat kita..
Kita tengok, baca dan ambil pengajaran daripadanya, janganlah pula kita hebahkan..
Moga Allah matikan sifat mazmummah dalam diri kita..
Moga Allah dan Rasulullah senantiasa dalam hati kita...

Zaman media sosial ni kadang tanpa sedar kita mengumpat, tanpa sedar terbaca aibnya orang... haishhh kena tapis dah ni fb mama, mana-mana yang suka post negatif tu mama kena unfollow la nampaknya. Bak kata prof muhaya..mana-mana kawan yang suka bercakap negatif kita unfriend saja, kita nak dikelilingi orang-orang yang positif saja. setakat ni kawan FB mama semua positif, cuma ada sesetngah group yang mama join tu la suka post bukan-bukan pada hal group untuk jualan barang tapi sejak akhir-akhir ni banyak post gosip artis je..terpaksalah mama unfollow group tu.

ehhh bukan nak kata mama bagus sangat tidak ye, mama baca juga cerita-cerita artis ni cuma tak bestnya bila dah keterlaluan sangat. jadi takut pulak bila baca. satu je kesnya tapi dah digali macam-macam cerita bermacam-macam aib pula keluar. dari berterusan baik kita hentikan, yang mengawal pun kita, kita boleh kawal apa yang kita nak tengok dan bacakan.

Itu saja perkongsian mama..selebihnya peringatan untuk diri mama sendiri dan untuk anak-anak mama yang satu hari nanti akan membaca apa yang mama tulis ni.

Wassalam.


Tuesday, 1 August 2017

Pakcik Redza Rosli

Assalamualaikum...

adik mama yang no.8..pakcik baru je habis belajar sementara nak tunggu posting kat mana-mana hospital dia bekerja sambilan dulu, pakcik bukan doktor tapi MA je. mulanya nak kerja sambilan di ofis mama ni tapi sayang dah  takde kosong. lepas tu minta kerja di syarikat swasta yang berkaitan dengan apa yang dia belajar. Alhamdulillah pakcik dapat kerja tu.

Kemain seronok mama tengok pakcik kerja, kena dan sesuai dengan jiwalah tu, lagipun baru habis belajarkan dah kerja dalam bidang yang sama apa yang dibelajar pun masih ingatlahkan. tindakan pun pantas. sebelum  ni bekerja di satu konsert anjuran satu stesen tv swasta, artis dari luar jatuh laju je pakcik bagi pertolongan teruslah bos yang handle konsert tu suka, call pula bos pakcik katanya nanti kalau ada apa-apa event dia taknak orang lain yang datang dia nak pakcik yang datang.. amboiii bangga ko pakcik ehhh, alhamdulillah buat kerja biar ikhlas baru orang suka.


Ini pakcik share masa dia bertugas di litar sepang, wah kemain pantas buat kerja, liputan live pulak tu bangga je berkongsi dengan adik beradik, katanya ada doktor dari luar berikan pujian..wahhh bagus tu pakcik tapi jangan terleka dengan pujian ye, buatlah kerja tu kerana Allah inshaAllah semuanya pasti akan dipermudahkan. Tapi tak beragak pulak tu mengaku diri sendiri macam redza rosli, haissshh mama pun tak kenal siapa redza rosli tu mulanya terpaksalah taknya pakcik google..hahaha hadoiii pelakon rupanya, oklah tu pakcik sama-sama tak hensem hahaha iras-iras tu takdelah kan.

Cerita bab muka macam retis nih ada la seorang dua lagi adik beradik mama yang macam retis hakkkss bukan mama ye adik-beradik lain, tak tahulah sama ke atau dorang yang ditimpa perasaan nak muka macam retis tapi ini bukan dorang yang cakaplah, kawan-kawan yang cakap mungkin betullah agaknya tu, apa?? nak tengok gambar..hahaha lainkali lah. Ini kali cerita pakcik kang masuk cerita orang lain sentap lak pakcik redza rosli(pada hal pakcik tak baca pun).

Mama doakan moga pakcik terus berjaya dalam bidang yang diceburi bekerjalah dengan ikhlas dan sabar. Moga nanti dapat posting hospital dekat-dekat je lah, dapat hospital shah alam pun ok jugak, dekatlah kita nanti apapa hal pun senang, kata pakcik nak bersalin dia sambut baby pun boleh..hoi tidaklahh mama ye, malu hoiii walaupun adik sendiri kahkahkah...ok lah

Wassalam

saja nak kongsi

Assalamualaikum... Dengan kasihMu ya Robbi Berkahi hidup ini Dengan cintaMu ya Robbi Damaikan mati ini Saat salahku melangkah Gelap ...