Tuesday 14 December 2021

positif

 Assalamualaikum

Semoga semuanya sihat dan di dalam rahmat Allah swt sentiasa.

Lamanya tak menulis kat sini, hampir terlupa dengan blog sendiri. Kesibukan yang melanda banci yang berlangsung setahun lebih disebabkan pandemik akhirnya telah berjaya diselesaikan. Penat dengan kerja-kerja banci, konon habis banci nak ambik cuti panjang.

Allah kabulkan permintaan nak cuti panjang tu, 30 nov last banci buat kerja dalam keadaan tak sihat, ambil EL dan buat kerja dari rumah saja. 1 -3 disember memang mama dah mohon cuti awal sebab 1hb tu dapat temujanji untuk dos booster vaksin, sayangnya terpaksa batalkan sebab tak sihat. 30hb dapat berita en.azmi +ve covid kena kuarantin dirumah. 1hb mama cuma pantau diri sendiri dan anak2 dekat rumah, adam dah mula batuk-batuk, mama pula macam dah takde deria bau. pagi tu mama bawa adam pergi buat swab test. berdebar juga sebab ada yang kata sakit, tapi alhamdulillah masa swab tu tak rasa apapun tau-tau dah siap hahaha. Hasil swab mama -ve, adam +ve.

Kuarantinlah kami semua dirumah saja. Alhamdulillah tiada simptom yang teruk-teruk cuma batuk saja. untuk batuk mama buat campuran lemon,madu, bunga cengkih dan halia bagi adam minum setiap hari.Alhamdulillah juga punya jiran-jiran yang prihatin. setiap hari ada je bekalan makanan atas tembok. stok madu habis baru nak order bangun pagi tengok ada sebotol madu atas tembok. ada yang bagi ayam dan ikan, roti beras, telur dan banyak lagilah keperluan yang lain. Anak-anak biasalah nak jajan untuk kudap-kudap yang itu kita minta ibu (kakak mama yang belikan) dan hantar dekat rumah.

Sepanjang kuarantin memang mama cuti sunggguhlah tak fikir langsung pasal kerja walaupun whatsapp group berdentum-dentum, mama buat tak tahu je la nak rehatkan otak yang dah tepu dengan kerja.lagipun semua kerja mama dah settlekan sambil berselimut gigil-gigil tu tetap gigih siapkan kerja. sekarang masa berehat dan bertenang-tenang, memang tenang sungguh la anak-anak pun senyap je tak bergaduh sebab cakap abang tak sihat. Mak ngah pula buka akaun netflix untuk kitorang apalagi layan movie la dengan anak-anak,memasing layan korea, en.azmi yang mula dulu tak layan korea sekarang ni layan korea. terpengaruh ngan isteri dia ni cakap citer korea best, tapi dia layan movie je tak layan drama hahah \.

Alhamdulillah..sekarang semua dah kembali sihat, mama pun dah kembali bekerja minggu ni. seronok dapat keluar walaupun hanya untuk pergi kerja. Moga kita semua sentiasa sihat dan dijauhkan dari segala wabak.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...