Friday 30 December 2016

Bila harus memilih

Assalamualaikum....

Bila harus memilih dan membuat keputusan yang sukar, tak terluah rasanya tapi apakan daya keputusan tetap perlu dibuat setelah mengambilkiran pelbagai perkara. Ianya menjadi sukar apabila kita perlu meninggalkan sesuatu yang bagus untuk sesuatu yang kita belum pasti. Tapi biasalah semuanya perancangan dari Allah kan.

Berat hati mama nak bagitahu tecer taska yang tahun ini merupakan tahun terakhir untuk adrien dan adelya duduk di taska tu, selepas ini mereka akan duduk ditempat baru berdekatan dengan rumah baru. cuma abang adam masih transit disitu sebab masih belum dapat bertukar sekolah, jadinya abang adam perlu dihantar dan diambil dari sekolah nanti memandangkan tiada transport yang pergi ke sekolah abang adam tu, takpelah bersusah payah dahulukan, mana tahu kemudiannya akan diberi kemudahan.

Adelya akan diletakkan dirumah jiran sebelah rumah mama, alhamdulillah orangnya pun baik, inshaAllah dia akan jaga adelya dengan baik, jiran mama tu pulak bekas cikgu tadika jadi dia memang dah biasa dengan kanak-kanak dan katanya dah tak tahu nak buat kerja lain selain dari menjaga anak-anak, ok lah tu kan.

Untuk Adrien pula, satu keputusan sedang dipertimbangkan dan dikaji mana yang lebih baik untuk adrien juga untuk mamapapa, kena pertimbangkan dari semua aspek masa, kewangan dan semuanyalah, apa yang pasti Adrien sudah pun kami daftarkan di PASTI yang terdapat disitu, Adelya pula inshaAllah akan menyusul juga tapi buat masa sekarang kami tak masukkan lagi adelya ke pasti tu, setelah menimbangkan beberapa perkara, walaupun kata orang dah boleh nak bagi adelya sekolah tapi papanya kata biar dulu, ok takde masalah kita ikutkan saja.

Hari ini merupakan hari terakhir adelya dan adrien di taska, ada jamuan akhir tahun mama pun menyempatkan dirilah untuk memberikan sesuatu untuk tecer sebagai tanda penghargaan, mama berikan sebiji kek, itu untuk abg adam dan adrien potong nanti, sebagai sambutan hari lahir mereka di taska bulan ini. dan mama yang tak berapa nak kreatif ni pun membuat gubahan bunga dan coklat untuk tecer..ahahahaha orang buat canti, mama buat ala kadar je, itu je yang mama termampu dengan idea yang tak berapa nak memberangsangkan ini, oklah tu harap tecer gembira menerimanya.


inilah hasil dari kerastangan mama..hehehe tak sempat nak berfikir pun beli barang pun main sauk je.
Sedih mama rasakan bila terpaksa berpisah taska ni, tapi tak pe mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat anak-anak kan...semoga segalanya dipermudahkan nanti InshaAllah.

Wassalam

Tuesday 27 December 2016

8 tahun menyulam cinta


Assalamualaikum....

8 tahun sudah melalui ujian dan dugaan, tawa dan airmata..
Moga hari yang mendatang kita lebih tenang melangkah
Menuju cinta Ilahi..




Moga ikatan pernikahan ini kekal hingga ke dalam syurga Allah.
Tak dapat nak tulis banyak-banyak mama busy..

Wassalam.

Sunday 25 December 2016

Abang dah besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini umur abang meningkat setahun lagi. Sekejap je abg dah besar. Masih segar diingatan mama ni saat menanti abg dilahirkan. 25 disember 2009 jumaat petang abg selamat dilahirkan secara vaacum..pengalaman pertamakan. Lepas abg dilahirkan mama pitam dan tidur dalam labour room tu sampai ke malam, lepas sedar tu mama minta nak masuk bilik sebab adik beradik dah tunggu lama. Pagi esoknya baru mama dapat tengok abang betul-betul.

Sejak akhir-akhir ni kadang-kadang mama rasa abg dah besar sangat, abg dah belajar bancuh air milo sendiri, dah boleh tolong mama basuh pinggan, boleh juga tolong mama potong sayur. Mama bangga dengan abg walaupun mama tak minta abg tolong, abg yang minta nak tolong mama,siap minta mama ajar abg memasak. Kita belajar satu-satu ye abg. Mama akan ajar abg buat keje rumah juga. Rumah dulu dapur tak elok sebab tu mama tak bagi abg tolong. Sekarang bolehlah mama ajar.


Abg pun dah boleh tolong mama lipat kain nampaknya tu. Cara abg buat, abg minta mama lipat dulu, kemudian baru abg buat, suka mama tengok abg dah boleh diharap. Pagi tu mama biar abg pergi kedai dengan adrien beli roti, mama tunggu dalam kereta, mama tengok abg boleh jaga adik, nak langkah longkang dan lintas jalan abg pegang tangan adik, beli barang pun dah boleh tu.

Hasil lipatan baju abang..oklah tu baru belajarkan, lama-lama nanti mesti lagi kemaskan

Walaupun macam tu kadang ada juga kerenah lain, biasalah adik beradik kadang bergaduh jugakan. Tak apalah masa kecil ni memang macam tu lah kan, kadang keluar suara jantan mama ni..hehehe. Bila anak-anak dah besar nanti dan dah buat hal sendiri mesti makin sunyi rumahkan. Buat masa ni layan sajalah kerenah mereka.

Abang..moga adam dapat menjadi imam satu hari nanti, cemerlang didunia dan akhirat. Jadi abg yang dapat melindungi dan membimbing adik-adik.

Wassalam

Friday 23 December 2016

Buka mata dan senyumlah

Assalamualaikum...

Minggu ini nampaknya kena drive sendiri pergi kerja, memandangkan en.azmi sudah bertukar kerja dan minggu ini selalu out station, rumah baru pula sedikit jauh untuk ke tempat kerja. terpaksalah mama berpagian merempit dengan anak-anak, sesudah subuh kami sudah keluar, mama hantar anak-anak ke taska kemudian ke tempat kerja.

Alhamdulillah rezeki mama sampai pejabat ruangan parking masih ada kosong, jika tiada kosong terpaksalah mama masuk parking berbayar yang bayarannya rm10 sehari, kalau hari-hari mau semput mama dibuatnya, sebab itulah mama terpaksa keluar awal untuk berebut parking. Permohonan untuk parking bulanan masih belum mendapat jawapan, harapnya tahun depan adalah rezeki mama, takdelah mama perlu keluar awal sangat.




Kali pertama nak parking kereta kat dalam..amik terlanggar mesin basuh, kemek lah mesin itu dibuatnya..hahaha adehh sensor dah menjerit-jerit tapi mama ingat nak langgar dinding, puaslah adjust takut langgar dinding, sekali tercium mesin basuh..kikiki, lupa pula mesin basuh ada diruangna depan tu haa..orang mesin basuh didapur, mama mesin basuh kat depan, belum punya cukup masa untuk kemas rumah betul-betul lagi ni ha, jadi mana yangsempat sajalah dulukan.

Semalam nak senang merempit dan parking mama bawa kancil je, sekali masa nak balik tu enjin tak boleh hidup pulak, jenuh dah buat tak boleh juga, telefon lah en.azmi walaupun tahu dia tak boleh tolong sebab baru on the way dari pulau pinang.Dalam terfikir-fikir tu terus teringat kawan, telefonlah kawan mama yang rumahnya berhampiran ofis, alhamdulillah datanglah kawan mama tu dengan isterinya menolong mama, bila jumper barulah hidup kereta tu, lega dah mama. teruslah balik.

Sekali lagi mama cemas, nak masuk tol alam impian tu, tetiba lampu malam, jam di dashboard pun padam, signal tak berfungsi, cuak jugaklah mama, tapi dalam pada tu tetap tekan minyak, apa-apa hal pun tak mahu kereta mati tengah jalan, tawakal je lah waktu tu dah pukul 7 lebih mujur hari masih ada cerah-cerah sikit, lampu jalan pun dah terpasang, tumpang juga lampu kereta lain, mama redah je la jalan, enjin dah tersengguk-sengguk, masuk raoundabout cabang 5 tu, bertambah cuak sebab kereta agak banyak, dalam hati berdoa "Ya Allah kalau kereta ni nak mati pun biarlah masa dah sampai taska" memberanikan dirilah mama mencelah kereta dekat roundabout tu, sikit lagi nak sampai taska enjin macam nak mati dah, mama terus berdoa, alhamdulillah akhirnya dapat parking tepi taska enjin pun mati.




Sampai taska dah lega dah, terus telefon kakak dan abang ipar minta datang taska. Alhamdulillah sebenarnya sebab ada orang yang berhampiran boleh untuk diminta tolong masa kecemasan, sebelum kakak sampai, tecer taska dan suaminya dan tolong jumperkan lagi kereta tu, kakak dan abg ipar sampai, nak balik tu mama bawa kancil tetiba lampu kembali padam, kata abang ipar bukan masalah bateri sebab en.azmi baru tukar, tetapi alternator tak cas. abang ipar cas lagi sekejap supaya dapat bawa balik, tukar kereta mama bawa keretalah, abg ipar bawa kancil, guna double signal lah, lampu makin lama makin suram, alhamdulillah sampai juga rumah.

Hari ni mama drive lagi, tapi tak bawa kancil dah, kena tengoklah apa rosak sebenarnya tu nanti. anak-anak en.azmi hantar ke taska naik lori, petang ni mama ambillah. Tahun depan mungkin senang sikit dah sebab adrien dan adelya mama hantar dekat jiran sebelah je, cuma yang kena hantar dan ambil dari sekolah cuma abang adam saja sebab abg adam tak dapat tukar sekolah lagi, harapnya tahun depan adalah rezeki untuk bertukar sekolah pula, bukan apa bila anak-anak sekolah dekat dengan rumah lebih mudah, sekolah rendah yang ada tu memang dekat dah dengan rumah, cuma dah penuh pula untuk tahun 2, terpaksalah abg adam bersekolah disekolah lama lagi buat sementara waktu..

InshaAllah...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya kan, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita dan Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita, jangan bersedih bila diuji, buka mata dan senyumlah kerana langit masih cerah...

Wassalam

Tuesday 13 December 2016

Hikmah disebalik kejadian

Assalamualaikum...

Seronok selangor cuti sampai 4 hari, mama setakat ni ahad je cuti sabtu dan isnin keje. Takpe lah rezeki bekerja dihari cutikan, nikmati kerja yang ada sementara masih sibuk, nanti bila dah tak sibuk rindu pula dengan kerja-kerja yang menimbunkan, sebenarnya seronok bila banyak kerja ni.


Sabtu selesaikan borang-borang ini, sampai tak nampak dah muka orang lain..huhuhu, mujur juga mama dapat sampai ofis al-kisahnya sabtu hari tu jalan nak pergi ofis ditutup, ada kren buat kerja dan ada larian menjunjung kasih...oiii bangunan ofis dah nampak tapi tak boleh masuk, sampai beberapa kali la mama tawaf roundabout masjid tu, bagi signal nak masuk pun abg trafik marah, sian orang kete depan kena marah,terus mama pun tak jadi masuk...hehehe.

Dah puas pusing shah alam..ecehh macam pusing satu shah alam.pulakkan tapi memang memusinglah mama mencari parking tu,sampai rasa nak putus harapan dah jadi mama cuba nasib sekali lagi lagi,kalau tak dapat juga mama pusing stereng balik rumah teruss. Mama cuba dapatlah parking tepi jalan,tapi takut pula kereta kena tarik pula dengan mbsa. Sudahnya telefon kawan tanya dia parking mana, pergi dengan kawan mama masuk jalan melawan arus parking dalam pas...hadoii mencabar pula nak pergi kerja hari tu.



Senyum pagi...sambil ditemani angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kereta dah antik ni tapi banyak berjasa, kata en.azmi kereta cari rezeki. Masa mama drive terasa macam ada benda yang jatuh bawahnya, lepas traffic light jalan kebun mama berhenti call en.azmi, en.azmi suruh keluar tengok,mama pun keluar la tengok tapi takde apapun, tetiba nak masuk kereta balik tak boleh, semua pintu berkunci, pintu sebelah driver memang tak berkunci tapi tak boleh dibuka dari luar...adoiii, mujur mama bawa keluar telefon bolehlah call en.azmi suruh datang bawa kunci spare, dan mujur juga tepi jalan tu ada kedai yang belum buka dan ada kerusi dapatlah mama duduk sambil menunggu en.azmi datang.

Hahaha...macam-macam hal kan,lihat saja dengan berhikmah setiap apa yang terjadi, bila tersadai tepi jalan macam tu,dapatlah mama nikmati udara pagi yang segar nyaman dan sejuk seperti di cameron highland, ok lagi tu dapat call en.azmi...dulu pernah terjadi masa mama bujang, minyak habis dibangsar dekat susur nak ke mid valley...hamikk minyak takde, kredit pun takde, duduk la sorang-sorang dalam kereta sambil makan pop corn tergelak sorang-sorang sambil menunggu kot-kot ada orang berhenti hulur bantuan, alhamdulillah ada yang berhenti,mama pinjam telefon, call member belikan minyak...hahaha, nak suruh belikan minyak duit ada rm5 je...jadi pinjam telefon je...kejadian itu memberikan pengajaran....lepas tu minyak sentiasa ada,kredit pun ada, duit pun pasti ada hahaha.

Sambil menulis,sambil berfikir nak kerja tak hari ni rasa macam malas je...rasa nak duduk rumah dengan anak-anak walaupun nanti mereka bangun pasti rumah kecoh dan bersepah, mama pun serabut tengok,lepas mengemas bersepah,mulalah membebel macam-macam, tapi bila mereka takde dan bila mereka belum bangun ni terasa sunyi je...

Wassalam


Sunday 11 December 2016

Akhirnya dia senyum

Assalamualaikum...


Akhirnya dia senyum...setelah beberapa kali bertanya mana kek dia? Jumaat malam ada acara membakar dan makan-makan dengan jiran jadi tak sempat mama nak buat kek, sabtu pagi, dia minta lagi mama buatkan, tapi mama kalut nak pergi kerja.

Balik kerja letih pula mengemas,pergi pasar malam singgah rumah ibu,8 lebih baru balik rumah,walaupun rasa mata dah nak rabak, mama gagahkan juga buat kek, carilah segala harta karun dalam kotak yang belum siap dikemas, siap juga,kek untuk adrien.

Ini baru sekejap tadi dia minta mama dan adelya nyanyikan lagu hepi besday untuk dia...hehehe nyanyilah mama berdua dengan adelya, abg adam takde, dia dekat rumah ibu. Tengok adrien tersenyum gembira makan kek dengan berselera, ok nanti ada rezeki sambut dengan kawan-kawan dekat taska ye.

Lega...dapat juga tunaikan permintaan adrien.

Wassalam.

Friday 9 December 2016

Saya sudah 5 Tahun

Assalamualaikum...



Nama saya Adrien Aryan Bin Azmi, Hari ini umur saya sudah 5 tahun. Doakan saya jadi anak yang soleh ye...

Semalam mama dah beli bahan untuk buat kek seperti yang diminta Adrien, sayangnya ada halangan yang melintang, mama dah balik awal pukul 6.30ptg dah balik. Memandangkan adelya masih panas badannya, kami singgah di klinik kesihatan seksyen 19. Alhamdulillah orang tak ramai, kami sampai dah hampir pukul 7,dalam pukul 8 juga baru selesai semua urusan, check up dan ambil darah, lega keputusan darah ok saja.

Balik tu ingat naklah buat kek, tapi dicampur dengan penat dan adelya yang meragam, en.azmi pula terpaksa menghantar barang ke Ipoh jadi terpaksalah mama batalkan hasrat nak membuat kek untuk adrien, ralat juga rasa sebab memang nak sangat buat, adrien pun dah seronok sebab tahu besday dia dan dia memang cakap nak makan oreo chesse cake. Sudahnya mama tidur sajalah, itupun kejap-kejap terjaga, sebab adelya kejap-kejap menangis.

Pagi-pagi adrien bangun buka peti ais...Adrien cakap "besday yen takde ke?" maksudnya kek dia tak la tu, sedih pulak mama mendengarnya, takpe mama akan buat juga kek untuk adrien nanti ye.

Alhamdulillah rezeki adrien dapat juga potong kek, siap bangga lak tu, cakap kek dia ada 2 jehehe. Takpelah kan..asalkan dia gembira, kawan-kawan ofis mama pun ok je ajak adrien potong kek sama-sama, tersenyum simpullah adrien dapat potong kek kan.


Kebetulan bawa anak-anak pergi ofis, ada jamuan dan sambutan besday. Tumpang sebadanlah sambut untuk adrien.bos pun ok so layan je siap lepas tu suruh mama balik sebab adelya nangis-nangis.

Ok lah adrien...mama doakan semoga jadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat.. Mama sayang yen banyak-banyak.

Wassalam

Wednesday 7 December 2016

Pantas bertindak

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar sudah masuk minggu ketiga mama sekeluarga dirumah sendiri. Banyak lagi yang belum dikemas, maklumlah cuti hujung minggu kena bermesyuarat dan bertaklimat diluar, takde masa yang betul-betul free untuk mama mengemas, masih bersepah disana sini, pelan-pelan kayuhlah. Apatah lagi balik dari sepang kesihatan juga teruji..adelya dan mama sama-sama demam.

Semalam sudah tak tahan terpaksalah mama EL walaupun cuti dibekukan, apa taknya bulan ini tutup banci jadi tak boleh bercuti, semalam ingat nak time off je pagi tu, tapi mata bagai digam-gam je sudahnya mama EL je la, cuba nak rest tapi bila dirumah tak boleh juga nak rehat-rehat dengan adelya yang asyik meragam je tu. Rasa macam perlukan rehat je mama ni sebab berbulan dah rasanya tak dapat rehat yang secukupnya.

Ok moh ler berbalik pada tajuk, dah hampir tiga minggu ni jiran-jiran dok bertanya sampah takde kutip ke? Rumput dipadang permainan pun dah makin tinggi nak bagi anak-anak main pun takut, mama cakaplah perlu call majlis ni untuk bertanya, mama cakap je tapi takdelah call pun. Sekali jiran mama bagitahu dia dah call,bagus mdkl nih, lepas call je terus dia call kontraktor yang bertanggungjawab, lepas tu kontraktor pun call jiran mama, dia kata tiada makluman dari pihak majlis lagi. Tapi bila dah dimaklumkan kontraktor akan mulakan kerja pada hari rabu.

Baguslah mdkl dan kontraktor nih pantas bertindak, takde nak berdolak dalik dan tolak.sana sini macam yang kawan mama kena dengan satu majlis tu, dia pass sana sini pada hal nak tanya pasal kutipan sampah je. Alhamdulillah lega lah kejiranan kami bila soal sampah dan rumput dah selesai.


Pagi-pagi jiran dah hantar gambar kat group whatsapp bagitau kontraktor dah datang potong rumput di taman permainan. Alhamdulillah betul sepertimana yang telah dijanjikan, bolehlah anak-anak bermain ditaman, apa taknya taman dekat dengan rumah tapi dilarang pergi...muncunglah masing-masing, hari ni mesti emak-emak pula yang muncung panggil anak balik tapi tak mahu hehehe, anak-anak mama tunggu hujung minggu la baru dapat main sebab mama kerja balik dah lambat macammana nak main ditaman kan.

Satu lagi yang mama bersyukur, jiran-jiran yang baik dan niat mama berpindah untuk melakukan sesuatu bakal terlaksana inshaAllah, moga Allah permudahkan hal yang satu ini, memang mama dah niat bila pindah, inilah yang akan mama lakukan, jalannya sudah ada tinggal untuk dilaksanakan saja..syukur sangat-sangat.

Wassalam.

Friday 2 December 2016

Dah sampai pun

Assalamualaikum....

Dah sampai pun hadiah dari mak hainom okjer. Balik tadi en.azmi hulur sampul " bukan dari pemaju ni kan" kata en.azmi. Maklumlah mama bagi alamat rumah baru...haa orang pertama tu tau alamat rumah baru mama ni...ada makna tu bagi alamat rumah nak minta datang tolong kemas rumah yang masih bersepah tu haaa..


Tak sabar nak cuba nih, tapi bersabar dulu sebab mama sekarang dalam perjalanan ke sepang pulak, ada taklimat sampai hari ahad nanti.

Terima kasih hainom sudi bagi hadiah ni pada mama, teruja iols tau, dah lama juga tak dapat apa-apa dari member blogger, mana nak dapatnya tak rajin join apa-apa kan. Oklah terima kasih sekali lagi. Doakan mama sekeluarga selamat pergi dan kembali.

Tak dapat nak tulis banyak-banyak dalam kereta yang sedang bergerak nih.


Wassalam

Wednesday 30 November 2016

Gold coast, Morib

Assalamualaikum....

Tora datang lagi..hehehe. Okeh muncul lagi mama setelah beberapa hari tak menulis, macam sibuk sangat je ni kan, adalah sibuk sikit..jumaat lepas malam angkut barang pindag ke rumah baru semput dibuatnya, balik kerja pukul 7, sampai je rumah terus packing barang, banyak juga rupanya barang mama. Sabtu memang terus pindah masuk rumah baru, lega rasanya dapat masuk rumah sendiri. Mengemaslah lagi apa-apa yang patut dulu. Ada kotak yang tak sempat dilabel jadi nak mencari sikat pun tak jumpa..adehhh.

Ahad tu kemas sikit-sikit je lepas zuhur kami gerak ke gold coast morib, mama perlu hadiri mesyuarat pengurusan, alang-alang cuti sekolah bawalah en.azmi dan anak-anak sekali. Ramai juga orang disitu mungkin sebab cuti sekolah, kunci bilik pun lambat dapat. Ada yang dah merungut-rungut sebab lambat dapat kunci, nak buat macammanakan sabar sajalah, yang tak sabar anak-anak mama tu siap.tunggu depan meja urusetia kikiki...layankan je la tak sabar nak main air la anak-anak mama tu. Dapat kunci terus naik bilik. Alhamdulillah dapat bilik ok.


Bilik kami mengadap water park..haa lagi teruja la anak-anak dibuatnya..ok bilik kemas dan bersih, bilik air pun bersih siap jakuzi lagi. Bila adrien tak merungut pasal bilik air maknanya bilik air tu oklah..hehehe si adrien tu susah sikit bab toilet nih, memilih sikit, kalau tak puashati mulalah dia merungut, bilik air ni kotor. Lepak-lepak dekat biliki dulu, lepas asar semua pakat terjun kolam, mama terpaksa tunggu kat tepi je sebab loker penuh, duduk tepi jaga beg je lah petang tu, sementara en.azmi layan anak-anak main air. Anak-anak seronoklah dapat berendam dalam air, abg adam dan adelya sibuk bermain gelungsur, tak takut pula si kecik tu,walaupun tersungkur dalam air, muka tetap ceria lepas tu ajak lagi abang adam naik gelungsur.

Abg adamlah yang rajin teman adelya bermain gelungsur, boleh diharap dah abg menjaga adik tu nampak gayanya.
Adrien pula kalau bersama papa barulah nak gelungsur kalau sorang-sorang memang dia tak mahu, dia rela duduk berendam dan berenang dalam air saja, berenanglah sangatkan, kaki tangan sibuk berkayuh tapi bontot cecah lantai kikiki..ada-ada je si adrien tu. lepas tu mama bertukar pula dengan en.azmi, mama pula masuk air teman anak-anak. Terus adrien ajak mama main gelungsur dia tak tahu mama dia pun jenis kecut perut juga hahahaha...tapi dah anak ajak kan, kita turutkan jugalah.. ok juga sesekali main gelungsur macam tu, habis berendam sampai orang tiup wisl suruh keluar kolam barulah kami naik itupun adelya mengamuk tak mahu naik, nak panjat tangga ke papan gelungsur lagi, jenuh en.azmi kejar.

Nasi goreng mafia,crispy chicken burger, chicken chop..menu yang kami pilih
Dibilik pula sambung lagi berendam dalam jakuzi beramai-ramai dengan anak-anak..hehehe, bilik air besarkan seronoklah. Malam tu kami keluar cari makan diluar sebab mama tak ambil pakej makan sekali, kalau sekali pakej makan banyak pula bajetnya tu, so kita makan diluar sahaja. mencarilah kedai makan, jumpalah Sabariah cafe di jalan tali air, singgah sajalah tengok apa yang ada di situ, amik tempat yang open air tak berbumbung, sekali hujan rintik-rintik turun, semua orang berlari masuk tempat yang berbumbung, kami je bertahan disitu..kikiki sebab dah penuh takde tempat nak lari lagi, lagipun hunyai renyai-renyai saja, kami pula dibawah pokok.

Pagi Isnin mama bermeeting, anak-anak terjun kolam lagi dengan papa dorang, sesekali kan bagilah anak-anak main air puas-puas nak bawa berjalan lagi entah bila, jadi kesempatan yang ada ni gunalah sebaik mungkin, lepas ni kalau nak berjalan pun kena tengok bajet jugalah sebab perbelanjaan bulanan pun dah makin bertambah..wahh gitu, tapi ye lah rezeki tu Allah yang bagikan.

Makan-makan sambik dtemani desiran angin pantai dan ombak laut yang menderu

petang tu kami makan ditepian pantai pula, kata kawan mama ada kedai makan yang murah ditepi pantai tu, ada promosi ikan bakar rm1.90 seekor, masa kami pergi tu ada ikan mabung dan ikan kembung saja kira oklah kan, ada juga makanan goreng-goreng, tapi air nak kena beli dikedai kepunyaan hotel pula, airnya biasa-biasa tapi punyalah mahal...terpaksa jugalah beli kalau tercekik nanti susah pula takkan mahu minum air laut pulakan. Selesai makan balik ke biliklah kami sebab dah takde apa-apa aktiviti lagi, lepak dalam bilik sajalahkan.

Singgah di lukisan 3D semasa perjalanan balik bilik, semangat budak berdua ni bergambar

Selasa pagi..ada sesi perbentangan sasaran kerja untuk tahun 2017, hari terakhir disini anak-anak mandi kolam lagi, seronok adelya bercerita dia naik gelungsur yang pusing-pusing tu dengan papa, alahai berani sungguh dia ya, ikut hati dia nak naik yang gelungsur tinggi tu, tapi en.azmi kata susah pula nak tinggalkan adrien nanti, memandangkan adrien tak mahu naik.

Itulah cerita kami mesyuarat sambil cuti-cuti, ada yang komen tak berpuashati makanan tak sedap.. bagi mama alhamdulillah semuanya ok, bilik ok, makanan pun ok sebab tekak mama ni takdelah high taste sangat, janji cukup rasa masam manis masin, jadi semuanya sedaplah bagi mama, mama tak reti nak cakap sesuatu tu sedap macamamana asalkan boleh dimakan oklah.

Panjang dah bebelan mama ni, perlu berhenti dulu ada masa mama menulis lagi, terima kasih buat yang sudi singgah dan baca.

Wassalam.

Thursday 17 November 2016

Giveaway Sempena Anniversary

Assalamualaikum....

Dalam kesibukan yang melanda tetiba mama terjah blog biras mama, tengok-tengok mak hainom okjer tu buat giveaway...haishhh mama pun nak menyibukkan diri join juga la nampaknya bagi sokongan pada kawan-kawan katanya, walaupun dah hujung-hujung ni kan, kira masih sempat lagilah, sibuk-sibuk tengok borang kita segarkan biji mata jap join GA ni.

Dulu-dulu mama pandang-pandang jeling-jeling je blog hainom nih maklumlah polower mak ramai, mama pula blogger picisan jek. Tapi bila mama terjah blog kawan-kawan lain sepintas lalu terbaca komen-komen hainom ni...amboii rajin betul dia komen ye, kadang-kadang macam karangan 360 patah perkataan, kalau mama yang komen memang sejemput je lah ayatnya kan.

Satu hari tergerak la hati nak terjah rumah hainom..ambik ko kelakar betul bila mama baca hasil penulisan hainom nih sampai nak tersimpul usus mama ni dibuatnya gelak jer, bahasa yang sempoi dan kelakar tapi ada masanya ada.juga penulisan yang menyentuh hati dan menusuk ke kalbu...tak sangka lepas mama follow blog hainom dia pun datang follow blog mama, bermula dari situ mama akan terjahlah blog mak tu baca tulisannya kadang ketinggalan, pulun gak baca dari mana yang mama tertinggal tu.




Sempena ulangtahun hainom okjer dan pak jilapah yang ke 21... Mama doakan semoga Allah berikan kebahagiaan buat keduanya hingga ke dalam syurga.. Dipangjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semoga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama mereka.

sapa-sapa nak join sempat lagi nih,esok tarikh tutup jom join ramai-ramai . Tulis seringkas yang boleh je ye.

Wassalam

Wednesday 16 November 2016

Sibuk sangat ke?

Assalamualaikum...


Nahhh...nak bagi bukti kononnya mama busy kikiki..ya sibuk jugalah kadang balik pukul 8, kadang pukul 9..ok la kan yang penting masih ada kerja untuk dilakukan. Itu baru sikit borang kadang penuh meja kiri kanan.

Itu yang kadang tak sempat nak jenguk kawan-kawan, kadang teringin nak jenguk tunggu juaat la sebab rehat panjang. Whatsapp pulak, kadang tertinggal keretapi, beratus mesej orang dok bersembang. Kalau yang sembang tu mama nyampuk juga la, kalau yang share info tu sekadar tunjuk jari je hahaha walaupun sebenarnya mama tak suka nak bagi icon jaru je bila orang share apa-apa info, ye lah kan orang share untuk kebaikan sekurang-kurangnya nak ucap terima kasih.

Dalam kesibukan moga perancangan semuanya akan berjalan lancar, moga akan hadir bantuan disaat-saat akhir ini..inshaAllah.

Wassalam

Wednesday 9 November 2016

Kedai kawan papa

Assalamualaikum....

Asyik-asyik cerita pasal rumah bosan pula membacanya ya..hehehe. Biar saja soal pindah rumah itu berlaku mengikut ketetapan-Nya, inshaAllah moga segalanya mengikut percaturan yang sudah ditentukan, kita merancang Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang paling baik, so kita follow the flow sambil-sambil buat apa yang patut.

Baru-baru ni en.azmi ajak singgah makan dekat satu kedai, belakang shell alam impian tu, katanya ada kawan kerja sebagai tukang masak disitu, mama dan anak-anak setuju je. Apa yang bagusnya dikedai tu macam-macam ada, dia macam satu restoran tapi ada stall lain yang jual makanan lain, ok jugalah sebab anak mama yang sorang tu tekak western chicken chop tak abis-abis, masa mengandung dulu mama makan western je kan...

Mama masa tu tak lapar tahap gaban sangat jadi nak makan yang biasa-biasa je tak mahu nasi atau makanan berat yang seangkatan dengannya lah, tengok menu teringin nak rasa roti nan chesse..haa ko baru nak merasa, orang lain entah dah berbulu perut makan kikiki... Itu ayat arwah mak mama dulu la, kalau makanan tu selalu dimakan haaa katanya makan sampai berbulu perut...agaknya sebab dah selalu makan kot.

En.azmi order kuew teow kerang, adam adrien chicken chop mama nan chesse dan ayam tandoori. Sekali menu mama sampai anak-anak yang rembat dulu sampai tak cukup pula dibuatnya, en.azmi suruh order lagi tapi mama tak mahu sebab nanti datang chicken chop ada pula yang makan tak habis, memang betul pun mama yang kena habiskan... Hoii mana tak gemuk asyik habiskan makanan anak-anak je, tak makan nanti membazir pulakkan jadi makanlah dengan senang hati,takkan nak makan dalam tangisan pulak ye dak hihihi.

Nan chesse...mama makan sekeping yang lain-lain anak3 abiskan huhuhu


Mama perabis ayam je la memandangkan anak-anak tak berminat dengan.ayam ni


Harap-harap takdela yang terliur ye hihihi...pada hal sendiri yang terliur macam kena repeat je nih, balik kerja semalam...anak-anak bising nak makan kat kedai kawan papa..ok singgahlah demi anak-anak nak makan, dalam hati mama pun riang gumbira juga la sebab boleh makan nan chesse lagi, tapi bukan rezeki kamilah,kedai penuh, parking pun tak de, disebabkan dah lewat dah 9.30malam maka en.azmi malas nak menunggu, esok saja kita pergi katanya. Apalagi bisinglah memasing nak makan kat kedai kawan papa.. diulang-ulang sepanjang jalan, naik bingit telinga dibuatnya.

Singgah makan.di kedai tomyam dekat rumah je, yang sorang tu laju je cakap chicken.chop, yang sorang order nan chesse ahhh sudahhh dua-dua makanan tu memang takde, apalagi muncung itiklah dua-dua. Makanan sampai mama makan..sudahnya minta juga mama suapkan nasi...hehehe oklah anak-anak kadang-kadang apa yang kita nak Allah tak bagi sekarang, mungkin nanti Allah akan bagi, kalau memang takde tu dah tertulis bukan rezeki kitalah kan, harap anak-anak mama faham ye...

InshaAllah ada rezeki mamapapa akan bawa juga anak-anak makan apa yang mereka mahu tu..cuma masanya lah cepat atau lambat bergantung pada rezeki yang Allah bagi juga.

Wassalam

Monday 7 November 2016

Baiti Jannati - plan bertukar

Assalamualaikum...

Perancangan untuk masuk rumah terpaksa berubah dan diawalkan.. Sekarang ni mama rasa kalut sangat, semua benda rasa nak buat dengan tak boleh nak cutinya, buat keje untuk berpindah hanya pada hujung minggu sahaja. Letih tu jangan cakaplah kan, Allah je yang tahu, tapi apa nak buat semua pun penting, kerja penting pindah rumah pun penting..huhuhu. Sebab di awalkan pindah, hujung bulan mama sibuk dengan urusan kerja, ada mesyuarat dan taklimat diluar pula.

Minggu sebelum ini paksa adik-beradik mama tolong pasangkan kipas dan lampu..hehehe mujur adik ipar free hari ahad tu,pakat berkumpulah semua dirumah mama menengok mereka memasang lampu siap berkelah bagai, bukannya apa...memaksa kakak mama masakan nasi lemak, ibu nak taknak je buat tapi disebabkan adik-adiknya ini dah kempunan nak makan nasi lemaknya, terpaksalah ibu buat juga, mama bawa benda paling senang tapi mencabar nak membuatnya...haaa rebus telur kikiki susah tu sebab tak tahu dah masak betul ke belum.

Pakat-pakat kongsi bawa juadah, makan membawa ke malam


Alhamdulillah settle sudah bab lampu, kipas pun cuma ada diruang tamu sahaja, tunggu bajet lain pulak untuk tambah lagi kipas, takpelah pelan-pelan kayuh yang asalkan yang penting-penting semua dah ada.

Weekend baru ni pulak, ajak family en.azmi pula datang untuk mengecat rumah, bagi adillah kan ajak kedua-dua belah keluarga untuk sama-sama merasai kegembiraan kami...ecehh sangatkan, pada hal nak mendera orang kikiki, kebetulan weekend ni adik ipar dikampung nak pergi interview di kuantan tak dapatlah mereka sertai kami, cuma adik en.azmi Encik kental bersama isteri dan anak-anaknya yang sertai kami mengecat, jadinya hari itu mama tolong tengok sajalah hehehe..


Anak-anak seronok bermain bersama-sama sepupu mereka

Ahadnya memang tiada siapa lagi yang menolong, gigihlah suami isteri ini mengecat sambil bergaduh dengan anak-anak, apa taknya mereka berebut nak pegang berus cat..aduhaiii sabar je lah hati..sabar sabar jugak tapi mulut mama nih memang tak reti diamlah...itu jangan ini jangan, yang en.azmi dah cat kering datang pula adelya menambah cat, dah jadi bertompok-tompok..hehehe sabar je lah kan, jenuh juga nak mengecat bilik sebab dua-dua bilik tengah tu tinggi, jadi kami buat keputusan tidaklah cat sampai atas, jenuh pulak nak mendongak, ada yang terkehel leher pulak nanti.


Tengok.adelya tu, sukalah biliknya pink..sampai tenggelam.dah adelya baju dengan cat sama warna je

Buat keputusan kita bikin corak sajalah diatas tu, buat bentuk awan ke atau apa-apa sajalah, sudahnya buat garis lurus je untuk bilik si anak bujang, bilik si anak dara belum putuskan lagi sambung pula weekend nih, cadangnya sabtu habiskan mengecat, ahad pula nak mencuci rumah, next week bolehlah masuk...baik punya perancangan diharapkan berjalan lancar seperti yang dirancang, masa  dah makin suntuk...haaa ada sapa-sapa yang sudi nak tolong cuci rumah tak? hehehe, nampak seperti ada juga yang mama nak dera nih, mari kita tengok siapa yang kena nanti..hehehe

Oklah stop dulu, nak sambung kerja pula.

Wassalam

Tuesday 1 November 2016

Tak sabar menanti Disember

Assalamualaikum...

Ada seorang budak tu asal bangun pagi je mesti tanya mama " mama hari ni bulan berapa?" "oktober" jawab mama dan hari-hari soalan yang sama je dia tanya "Alaaa..mama ni asyik oktober je" ehhh ye lah dah oktober pun ada 31 hari nak oiii, dah la hari-hari tanya mestilah jawapannya sama "oktober" hehehe..."Lambatnya nak disember".

"kenapa dengan bulan disember?" tanya mama. "disember kan besday yen, nanti yen nak kek robot, mama buat kek robot untuk yen ye" ooo patutlah tak sabar nak tunggu disember, rupanya menghitung hari tak sabar nak tunggu besday dia hehehe macam-macam budak adrien ni tau.

Semalam mama keluarkan 1 beg, baju untuk adelya, baju kakak daeisha yang dah tak muat tu mommy bagi pada adelya buat tukar-tukar untuk pergi taska, memang banyaklah dapat suka sangatlah adelya baju gambar princess. Bagus juga mommy bagi sebab baju adelya pun banyak yang dah tak muat, bukan setakat baju untuk pakai harian baju untuk pakai berjalan-jalan pun ada juga, mama tak kisah orang bagi rembat saja asalkan masih elok.

Masa baring-baring sebelum tidur adrien tanya mama lagi "mama kenapa yaya banyak baju princess?" "mommy yang bagi" jawab mama "kenapa mommy tak bagi baju robot dekat yen?" hehehe yen..kalau badan yen tu besar dah lama mommy bagi baju abang awisy tau, tapi yen halus abang awisy tu besar mana muat. Lepas tu adrien sambung lagi "mama...nanti suruhlah mommy bagi hadiah dekat yen baju robot, besday yen kan bulan disember" hahaha tak habis-habis nak ingatkan orang besday dia kan. oklah mama bagitahu mommy nanti mommy belikan lah tu.

Cemburu lah tu adelya dapat baju banyak..kikiki selalu pesan kat mama tu.. "nanti mama dapat gaji belikan yen ni...ye mama" adalah barang yang adrien nak tu hehehe pandai dah dia ye.. baiklah anak-anak..inshaAllah ada rezeki mama belikan, abang adam pun ada minta hadiah juga tu..inshaAllah ada rezeki besday dua-dua bulan disember mama belikan lah buat hadiah...




Inilah budak yang tak sabar nak.tunggu disember tu...hehehe. Sabar ye adrien sebulan lebih je lagi nak sampai hari yang ditunggu, mama kena fikir kek robot macammana lah yang mama nak buat nanti tu, ini kena buat nih kalau tak ada pula yang merajuk.

Ok lah..slow-slow mama jenguk rumah kawan-kawan ye, kekangan masa sekarang ni.tak begitu mengizinkan untuk mama kerap berkunjung.

Sampai jumpa lagi..wassalam

Monday 31 October 2016

Nasi ayam sedap

Assalamualaikum...

Ya lepas ni mama tak perlu nak sentap-sentap nak menangis bagai mengalahkan ibu mengandung kalau terasa nak makan nasi ayam..kikiki. Bukan apa susah betul ak cari nasi ayam yang kena dengan selera mama ni, pernah makan yang sedap dekat uptown damansara tapi takkan tiap kali makan nak ke sana? Memang en.azmi tak layan le gamaknya melainkan kalau mama mengidam la kan harus en.azmi bawa. Mama pun takde la nak menyusahkan dia pun hihihi.

Ha yang sebenarnya nak cerita mama dah jumpa nasi ayam sedap yang memang kena dengan selera mama, ayamnya sedappp lembut berjuicy..tu diaaa kemain mama kan, yang penting bagi mama nasi ayam ni adalah sosnya, kadang nasi ayam orang bagi sos cili memang tak kenalah dengan selera mama ni, tapi nasi ayam ni sosnya sedap pedas-pedas masam. Dah berapa kali mama beli tak perlu tunggu en.azmi lagi untuk pergi beli.

Nasi ayam sedappp... Rm5.50 sebekas
Kedai sebelah cafe di ofis mama ada jual nasi ayam, pertama kali beli dah jatuh hati kemudian mama hasut kawan-kawan beli dengan memuji nasi ayam ni sedap, kawan-kawan pun terjebak, ada satu hari semangat nak beli turun bawah tengok kosong ingatkan belum sampai nasi ayamnya rupanya dah habis huwaaaa sape yang beli awal-awal ni? Esoknya mama turun awal pergi beli kikiki... Turun awal beli bungkus, makan tetap pukul 1, lari kejap takpe kot, jangan ada yang amik gambar sudahhhh...tak pasal-pasal viral pulak, penjawat awam berebut nasi ayam wakakaka.

Hari ni tak bolehlah makan nasi ayam, esoklah mama beli..hehehe

Wassalam

Thursday 27 October 2016

Houses Lighting dan Warung Cikgu

Assalamualaikum...

Sabtu..en.azmi bekerja mama dan anak-anak duduk dirumah, sambil mama mengemas sikit-sikit , mengemas sorang-sorang buatlah sikit-sikitkan. Tengok rumah pun dah macam tongkang pecah tak sabar nak angkut semua keluar. Dua rumah nak kena kemas nanti memang penatlah rasanya. Petang adik ipar wasap bagitahu nak singgah rumah..aah sudah rumah macam tongkang pecah dengan satu apa juadah pun takde bukan kata juadah, sirap ka semua takdelah memang en.azmi cakap malas nak beli apa-apa dah, nak memasak memang jauh sekali la. buat-buat tebal muka je lah dengan adik-adik ipar..wakakaka

Ahad..teruskan misi mencari lampu, semangat mama kejut anak-anak awal pagi konon nak sampai awal ke kedai lampu, sebab katanya kalau weekend orang ramai. tapi mama ni nak tak nak memang kena pergi weekend jugalah dan terpaksa juga membawa anak-anak. sampai je dikedai lampu pukul 10.30pg tapi kedai belum buka, tengok-tengok ahad pukul 12 baru buka..hahaha gigih sangat mama kan, tapi ye lah mama mana tahu kedai buka pukul berapa, mama bajet pukul 10 la buka. takpelah kami pergi kedai lampu yang ada disebelah houses lighting tu survey-survey, dalam pada nak tengok tu belilah 2biji lampu alang-alang orang melayan dalam kedai tu macam tak sampai hati pula tak membelikan.

Terasa lambat pula nak menunggu pukul 12, mama ajak en.azmi pergi cari makan dulu, area puchong nih mama tak tahu dekat mana nak pergi makan. dekat kawasan sekitar kedai lampu tu tiada pula kedai untuk duduk makan. so moh ler kita pusing-pusing cari kedai makan. En.azmi laju je drive entah ke mana nak dituju pun tak tahulah. separuh jalan dia kata "kita pergi makan dekat kedai ni..sedap" okeh mama ikut sajalah sebabnya mama pun tak tahu kedai makan yang lain. Maknanya en.azmi pernah makan disitulah kan.

Warung Cikgu nama kedai tu...amboii ramainya orang beratur, mujur kerusi meja banayk dapatlah kami tempat duduk, En.azmi order coconut shake dan air jagung, mungkin menu yang menjadi pilihan disitu agaknya kan. En.azmi cakap "tu ambik gambar, tak payah viral pun tapi orang beratur panjang"..kekekke mama pun ambilah gambar. Dekat sini tempat order air lain tempat ambil makanan lain. nak minum dan makan pergi order dekat tempat yang disediakan, mereka tak datang ambil order ye. senanglah tu mama tunggu meja dengan anak-anak, en.azmi pergi order air dan nasi hehehhe..

Dekat signboard tu tempat order minuman, yang beratur panjang tu tempat ambil makanan


Sesudah makan terus ke kedai lampu semula, mama membayangkan mesti orang tak ramai lagi sebab baru pukul 12, tapi  mama silap sampai-sampai je parking dah penuh adehh terpaksa parking jauh sedikit, menapaklah kami, dalam kedai pula orang dah ramai..mana datang mereka semua ni??? hahaha..ingat mama sorang je nak beli lampu ye, mungkin kedai ni dah terkenal jadi memang ramailah yang datang membelikan. konsepnya disini kita pilih dulu lampu yang mana kita nak, lepas tu panggil pekerja kemudian kita diberi nombor dan tunggu dikaunter untuk check barang yang kita beli, selepas berpuashati baru ke kaunter bayaran, selesai membayar, bawa resit dan terus keluar disitu nanti dah ada pekerja yang tunggu tunjuk resit dan mereka cari barang kita, siap tolong angkut bawa masuk kereta lagi.



Dapatlah lampu untuk rumah nanti dalam kalut dengan anak-anak tu dapat jugalah mencari lampu, beli lampu biasa-biasa je,ada harga lampu yang mahal..cantiklah lampunya tapi mama mampu tengok je la, lampu tu pun tak sesuai dengan rumah mama yang comel itu hihihi. kebanyakan kedai memang jual lampu patern yang sama je nampaknya sekarang ni, lampu led berbentuk bulat dan petak, cuma lingkaran diluarnya sahaja yang berbeza warna, hitam putih dan silver, mama ambil semuanya sama je, satu je berbeza sebab en.azmi mahu yang jenis tu, untuk letak dibahagian luar rumah. dalam sibuk-sibuk tu sempatlah mengira lampu yang hendak dibeli, walaupun dah kira siap-siap tapi yang jenis sama perlu kira berapa nak beli, sebab mama ada beli 2 lampu lain yang berbeza...kikiki nak juga yang lain sikit. Nak tahu lampu apa yang dibeli, nanti update ye lampu pun belum pasang lagi tu.

Alhamdulillah...dah settle bab lampu, lepas ni kipas pula..dah buat kiraan..lampu 13biji, kipas 6biji..waduhhh banyak lagi je macam belum settle nih, bulan depan dah nak masuk rumah, semalam dapat surat duit rumah akan dipotong bulan depan...haaa cepatnya hehehe dah pinjam duit orang mestilah orang suruh bayar cepatkan, nampaknya bulan depan kena bayar 2 rumah laa...apa nak buat bayar sajalah kan, ada jiran tu dan setahun bayar 2 rumah, mama ok la sebulan je kan. Moga dipermudahkan urusan kami untuk masuk ke rumah sendiri.

Wassalam

Thursday 20 October 2016

Progress baiti jannati

Assalamualaikum...

Hari tu rumah dah bertinted, lepas tu kononnya sabtu nak pasang grill, jenuhlah menunggu hari sabtu tu tapi orang yang nak pasang grill tu tak nampak pun batang hidungnya. En.azmi call 2,3 kali baru berjawab, katanya tak jadi pasang lagi sebab cat belum kering dah isnin pula katanya. Oklah kita terimalah alasan yang diberi.

Isnin en.azmi sibuk hantar barang ke seromban tak sempat nak follow up, rupanya grill tak berpasang lagi..hadoii dah kenapa pula ni,kalau dah pasang grill tu takdelah risau sangatkan, sebabnya ada jiran kata rumahnya kepala paip dah kena rembat..adoii boleh pula macam tu. rumah jiran tu pun belum bergrill lagi, risau la juga mama ni kan. dalam rumah tu ada la mama letak barang sikit kipas pun ada. kipas tu mama bawa sebab hujung minggu pergi sanakan, lepak-lepak kena ada kipas nanti panas..hehehe

Selasa en.azmi call pun sama, susah sangat nak menjawab panggillan. mujurlah en.sombong tu penyabar orangnya, kalau mama tak tahulah mesti dah kena sumpah jadi grill itu orang hahahah.. sebab tu apa-apa hal yang berkaitan mama minta en.azmi yang uruskan mama ni kurang sikit kesabarannya.Lepas tu bukan nak return call pulak tu, tunggu kita juga yang telefon dah berkali-kali telefon baru jawab, katanya tengah tunggu lori.


Alhamdulillah...selasa dah pasang, rabu en.azmi pergi tengok..



dari jauh nampak lawa, tapi kata en.azmi kalau tengok dekat kerja macam cincai je cat pun tak berapa elok, tahulah mama ambik yang murah je tapi janganlah buat macam tu, buatla elok-elok, murah pun mama bayar jugakan, tapi murah tak murahlah beribu juga nak kena keluar duit.. grill belakang senget kata en.azmi. inilah kita nak menyokong orang sendiri punya bisnes tapi buat nak tak nak pula, tengok hasil kerja si jordan tu lagi bagus maaa. en.azmi kata dia taknak bayar selagi orang tu tak buat balik...kikiki kita tengoklah macammana nanti.



Lupakan pasal grill..ini table top dalam pembikinan..moga-moga hasilnya memuaskan hati. tengok dari gambar yang si zam ni buat nampak cantik, jadi en.azmi pun ambillah dengan dia, setelah berbincang harga semua. harap-harap hasilnya berbaloi dengan harga. buat yang biasa-biasa je sebabnya dapur mama ni comel sangat, kalau masuk barang nanti mesti sempit, teringin nak buat counter bar bagai tapi itulah macam takde ruang pulak nanti, dengan nak letak meja makan lagi, kata en.azmi kita guna meja jepun je la untuk makan..hehehe i follow jerr. Nak diikutkan hasil kerja Sam buat lagi cantik tapi harganya pun sangatttlah cantikk, jadi kita ambil yang kita mampu saja.

Satu lagi yang penting langsir..mama tengah fikir nak beli kain dan hantar jahit atau beli yang dah siap tu, mana lagi berbaloi. Mesti nak kena survey-survey lagi nih..penat rupanya nak pindah rumah sendiri nih heheheh, dengan kerja hari-hari balik lambat, hujung minggu keluar, rasa macam tak cukup rehat pulak mama nih. Takpelah penat sekejap je kan, dalam penat tu tapi sebenarnya teruja habiss hahaha, terujalah nak masuk rumah sendiri kan.

Okeh nanti kita update lagi

Wassalam.

Sunday 16 October 2016

Cerita hujung minggu

Assalamualaikum...

Hujung minggu settlekan lagi hal-hal berkaitan rumah. Selepas dapat kunci check dulu kerosakan yang mungkin ada, ya ada juga kerosakan yang dapat dikesan, perlu teliti ye sebab kita beli mahalkan jadi kenalah dapat yang boleh memuaskan hati.


Hasil dari semakan, tanda dan ambil gambar kemudian emel kepada pemaju. Alhamdulillah minggu ni kontraktor sudah datang membaiki kerosakan pada rumah jiran yang terlebih dahulu membuat aduan. Kira oklah tu kan cepat juga bertindak, risau juga nanti nak pasang grill, buat kitchen kabinet pemaju ingat kerosakan itu kita yang buat.

Mama minggu ni baru nak survey kedai lampu dan kipas mana yang murah, hasil pertolongan en.google hampir kesemuanya mencadangkan house of lighting di puchong. Semalam pun berjalan-jalan juga dibeberapa buah kedai lampu tapi harga macam tak berbaloi,nampaknya kena ke puchong juga ni nanti...member dah pergi katanya boleh jimat banyak. Kalau kawan-kawan ada cadangan boleh bagitahu mama ye.

Perbincangan untuk kitchen kabinet dah dibuat semalam, ada orang tu semangat pilih warna, yang nak memasaknya mama tapi dia yang semangat, ok takpelah mana tahu dah pilih kaler tu lepas-lepas ni pula terror memasakkan kikiki sape tahu ya tak? Hajat hati mama ni nak pilih pink wakaka, tapi ikutlah pilihan si dia. Tengok gambar-gambar yang ada dengan warna yang dipilih tu cantik juga, ok kita tunggu hasilnya nanti..tak tahu la mama nak tunjuk ke tak ye macam segan pulak.

Jadi hari ini misi kami membeli dapur dan hood dapur. Dari semalam survey tapi harganya tak kena dengan bajet..ye lah kena tengok bajet jugakan. Alhamdulillah hari ini jumpa dapur dan hood yang berpatutan harganya, waaupun jenama biasa-biasa je kira oklah tu kan. Esok bermulalah kerja-kerja membuat kabinet dapur, mama dah minta design macamana yang mama nak tu..tak sabar nak tunggu hasilnya nanti, kata kontraktor dalam 2 minggu siaplah. Cukup dah tu..tinted, grill dan kabinet dapur. Lepas ni lampu kipas pula.

Moga dipermudahkan semuanya.

Wassalam

Thursday 13 October 2016

Tempat makan baru

Assalamualaikum...

Mama ni rasanya macam dah lama tak ke dapur..kikiki malas betul nak memasak, kena tunggu ruang dapur baru nih baru ada semangat nak masak. Mama bukan apa keadaan dapur sekarang yang buat semangat nak memasak tu jatuh merudum. Dah bagitahu tuan rumah tapi masih takde apa-apa lagi,takpe la kita percepatkan sikit pindahlah nampak gayanya. Masalah dah lama nak repair sendiri tapi takde kata putus jadi kita terima sajalah keadaan yang ada.

Okeh seban dapur tak berasap kita cari dapur lain yang berasap, keluarga angkat rama mama ni, janji ada duit hahaha...order makan bayar. Sekarang port baru mama,en.azmi dan anak-anak dekat bukit naga tu, kedai biasa-biasa je tapi kena dengan selera, nampaknya mungkin lama tu jadi keluarga angkat mama tu hehehe. Nama kedai memang mama tak tahu sebab takde signboard kan apa yang penting apa yang mama dan anak-anak suka makan ada disitu.




Kesukaan anak-anak mama nih..chicken chop, sini chicken chop bajet namanya rm5, lamb chp rm6. Oklah untuk anak-anak mama sebab kalau besar sangat tak habis pula, inipun ayam je dimakannya sayuran tu mamalah yang kena habiskan, bukan untuk sepinggan tapi 3 pinggan. Mama ni mana boleh tengok makanan tak habis, membazir jadi mama la yang habiskan.


Ini.pula kesukaan mama dan en.azmi, nasi goreng kampung..memang sedaplah pastu geng kan dengan telur dadar memang layanlah mama makan. Bagi mama sedaplah nasi goreng kampung ni nak bandingkan dengan kedai dekat area rumah mama tu.


Masa makan hari tu abang adam nampak budak meja sebelah makan lempeng "mama budak tu makan apa?" Jawab mama lempenglah terus abg adam nak, ada beberapa jenis lempeng, lempeng biasa, lempeng pisang, lempeng kelapa,lempeng chesse..abg adam memang peminat chesse terus minta lempeng chesse memang sedaplah..mama dapat rasa secubit dua jek..nanti mama nak order lempeng kelapa pulak.

Haa inilah tempat makan baru kami..sedap dan harga pun berpatutan..ehh macam kena pergi je lagi nih..tengok lempeng tu perut rasa bergelora pulak...hihihi dengan harapan en.sombong baca entri nih dan bawa berbuka disini petang nanti.

Wassalam

Wednesday 12 October 2016

Ya ampunnnn....mama lupa

Assalamualaikum...

Kisahnya...mama ni terlupa sangat-sangat..ya ampunnn en.suamiku.. Ahad tu entah apa yang mama sibukkan mama pun tak tahu lah..enfon entah ke mana, buatlah kerja apa-apa yang patut dibuat, petangnya pegi melawat rumah lagi sebab isnin nak pasang tinted,kenalah pergi buka kunci rumah,nanti macammana la si jordan tu nak masuk pasang.

Sambil-sambil bersembang dengan jiran terangga, bercerita itu ini, mama pun baru tengok enfon...penuh mesej kat wasap group member sekolah, tengok mesej kawan-kawan baru mama perasan hari tu besday en.azmiku rupanya..wakaka terlupa terussss okeh..ucapan pun tidak kek jauh sekali la, biasa pepagi mama suruh anak-anak ucap besday kat papa dorang tu,tapi kali ni memang mama lupa langsung.

Mujur jugalah en.azmi tu jenis tak kisah,takdelah nak bising-bising kalau isteri dia ni lupa, tak macam isteri dia ni, kalau lupa tarikh-tarikh penting maunya tarik muncung itik berdepa-depa sampai boleh diikatlah muncung isterinya itu...kikiki, maafkan isterimu ini ye en.suami, tapi doa untuk dia tak pernah dilupakan setiap solat mama ni. haishh pada hal sebelum ni dah plan nak buat kek, tapi itulah kita merancang Allah jua yang menentukan dan Allah lah sebaik-sebaik perancang.

Nanti kita pergi bercuti ye walaupun lambat lagi nak pergi tapi tarikh itu je yang mampu mama pilih, tahun ni sibuk..januari dah lega so kita holiday januari nanti inshaAllah...itu hadiah untuk family..anak-anak yang selalu ditinggalkan bila mama bekerja hingga malam dan juga weekend, juga hadiah buat en.suami yang menjaga anak-anak dikala mama kerja, menjadi driver hantar dan ambil mama dari kerja, oleh sebab balik malam mama tak berani nak ke parking dan drive malam-malam en.suami la yang jadi drivernya. Terima kasih en.azmi (mama tahu en.azmi baca..hihihi).

Dalam pada nak buat persiapan masuk rumah baru, tetiba nak bercuti pulak, nak buat macammana dah beli tiket, tup-tup kunci rumah pun dapat jadi marilah bertabah ye mama, pulunlah kira bajet untuk rumah dan untuk cuti-cuti...kikiki, takpe nak masuk rumah duit en.azmi nak holiday duit mama, jadi adil dan saksama gituuu, kira-kira bajet holiday pun bergegar kepala otak mama ni dibuatnya wakaka, takpe demi anak-anak mama akan berusaha dengan gigih.

Maaf ye en.sombong suamiku...I is lupa your besday. Why en.sombong???? Dulu-dulu dia sombong..okeh yang tu nanti-nanti mama story. Mari doakan yang baik-baik buat en.azmi.

En.sombong ini suamiku...haaa boleh buat tajuk novel dah ni..


Wassalam

Monday 10 October 2016

Jom kita sama-sama

Assalamualaikum...

Takde apa nak membebel, cuma nak share ini je.




Moga diberi kesempatan hendaknya buat mama.

Wassalam

Thursday 6 October 2016

Makan dimana kita?

Assalamualaikum...

Jumaat lepas menemani adik-adik mama yang buyung pergi makan, biasanya kalau nak makan mesti tertanya-tanya kami ni nak makan dimana?sebab ada adik-adik yang mengandung kita ikut selera mereka saja, senang mama tak payah fikir hehehe ada.. adik nih dah beberapa minggu teringin nak makan nasi tomato dekat the tea pot deli di sacc mall tu. Apalagi jumaat kan rehatnya panjang ambil kesempatan untuk makan ditempat jauh sedikit. menapak sajalah kami ke sacc tu sebab dekat sangat-sangat.

tak sempatlah mama nak cerita banyak-banyak biarlah gambar berbicara...ecehhh mahap ye mama tunjuk gambar makanan hehehe...asyik gambar rumah itu je la tak bertukar-tukar lagi kan. InshaAllah kalau rajin nanti hapdate pula cerita deco-deco rumah mama tu..kikiki bajet pandai sangat mendeco kan..kita tengoklah apa yang jadi nanti ye..

chicken roasted diberi nama, sedap seindah rupa, mashed potatonya sangat menggoda jiwa

chicken pie..masih terasa-rasa keenakkannya, ini menu mama, memang licin pinggan dibuatnya

inilah yang menjadi pujaan hati adik buyung mama tu, nasi tomato di sini, sedap katanya sampai terbayang dah berminggu-minggu..hehehe

adik yong gumbira dapat makan nasi tomato yang diidamkan.
sebenarnya ada dua orang tu adik-adik mama yang mengandung hehehe, tahun depan dapat dua anak buah lah mama, ini adik-adik ofis mama, muda dari mama jadi macam adik-adik mama jugalah kan.

okeh sesiapa yang berkunjung ke shah alam ni bolehlah singgah ke tea pot deli nih, makanannya sedap-sedap, owner pun sangat peramah,suka juga kami melayan auntie tu berborak..nahh mama dah bagitahu auntie tu nanti mama nak promote dekat blog..hehehe,pada hal auntie tu tak baca pun blog mama ni, tapi takpe mama promote je, mana tahu kawan-kawan nak cuba makan kan..

Sekian wassalam

Monday 3 October 2016

Melawat kawasan

Assalamualaikum...

Sabtu pergi tengok rumah, sebelum ni tengok dari luar je,hari ini dapat masuk rumah sebab dah dapat kunci,alhamdulillah...satu perasaan yang sukar digambarkan. Pergi pun cuma nak check jika ada kerosakan dan akan beritahu pada pemaju. Masa menengok-nengok tu datanglah orang yang buat grill,buat kabinet dapur,yang buat langsir pun ada. Mama serahkan pada en.azmi untuk berbincang.

Buat pun ikut bajet dan ikut keutamaan dulu, memandangkan rumah itu hanya ada sliding door, kami buat keputusan untuk tinted cermin sliding door dan tingkap bilik hadapan. Kawan mama yang beli rumah disitu juga turut buat tinted,jadi bila buat untuk 2 buah rumah dapat murah sikit, syarat yang dikenakan..mereka nak letak banner dipagar, oh tak jadi masalah tu, boleh sajakan.


Sedikit gambar rumah mama, dari ruang depan, ruang tamu, dapur dan bahagian belakang rumah. Anak-anak sibuk berlari dari depan ke belakang, seronok sangat, bila ajak balik tak mahu katanya nak duduk rumah baru...hehehe. Belum bergrill dan berlampu macammana nak duduk.


Berkelah depan rumah...ini hari ahad, bawa bekal bubur jagung dan air. Sedap.anak-anak duduk makan, ok sikit sebab matahari jatuh dibahagian belakang, dari depan matahari pagi yang masuk, boleh letak meja diluar tu buat minum kopi petang-petang...wahhh berangan, bukan apa,meja kerusi dah ada kan tinggal nak angkut saja. Bolehlah mama lepak situ sambil tengok anak-anak main ditaman..taman depan rumah je seronoklah anak-anak.

Hari ini juga mama berkenalan dengan jiran disebelah kanan,alhamdulillah ramah orangnya. Katanya nanti nak buat transit dirumahnya untuk anak-anak sekolah..haaa dah lega dah mama nak transit anak-anak nanti sebelah rumah je kan. Semalam juga ramai dah jiran-jiran yang datang dan sempatlah berkenalan. Satu kelegaan dan kesyukuran yang amat bila dapat jiran-jiran yang baikkan.

Semalam juga dan tempah untuk buat grill, dapat harga yang berpatutan, oklah kan..harap-harap semuanya ok. Kabinet dapur masih survey lagi nih,kalau boleh sebelum masuk rumah nak ada kabinet dapur dah, lagi srmangat mama nak memasak...ecewahhh sangatkan.tapi kalau tak sempat buat, kita masuk dululah kan, sebab dalam perancangan bulan disember nak pindah sebab cuti sekolahkan, moga ada rezeki buat mama untuk siapkan apa yang mama mahukan tu.

Lampu kipas pun belum beli lagi, takpe dah pasang grill baru kita pasang lampu dan kipas. Tanya orang upah pasang lampu, rm10 untuk satu lampu. Mama tanya adik ipar mama sajalah dia boleh pasang lampu dan buat wiring sekali. Ye lah daripada upah orang lain baik upah adik-beradikkan..hujung minggu bolehlah pasang. Nanti nak cuci-cuci rumah kita buat kerahan tenaga lagi..hahaha,panggil saja adik-beradik yang berkelapangan. Rumah tak luas mana sekejap je tu nak cuci pun.

Oklah kawan-kawan pun boleh share ye apa-apa lagi yang perlu mama buat untuk masuk rumah baru ni.

Wassalam.

Tuesday 27 September 2016

Baiti Jannati

Assalamualaikum....

Mama ni update je cerita, tapi jarang-jarang muncul dirumah kawan-kawan. Maaf jika ada yang tak sempat mama jengah lagi ye. Kesibukan melanda...keluar dari ofis pukul 8, kadang sampai rumah dah penat, buat keje rumah sikit lepas tu tidur, 4.30pg dah bangun, cenggitulah rutin harian mama sekarang nih.

Dalam sibuk sempat jugalah update cerita kan..kikiki apa taknya kalau tak menulis jari jemari mama ni boleh gatal-gatal dibuatnya... Alhamdulillah baru ni pemaju call,boleh ambil kunci rumah...ya Allah..nak menangis rasanya..syukur sangat-sangat impian nak duduk rumah sendiri bakal tercapai. Target mama tahun depanlah nak masuk rumah baru.


Inilah "rumah kami, syurga kami" yang bakal kami duduki nanti. Sesiapa yang berkelapangan tu jemputlah datang tolong cuci-cuci dan mengecat nanti hahaha... Untuk permulaan ni kami buat apa yang penting dulu,itupun mengikut bajet yang adalah. Bolehlah nak survey apa-apa yang patut kan.

Tolong doakan moga urusan mama sekeluarga untuk berpindah masuk ke rumah baru ini berjalan lancar ye. Nanti mama update lagi.

Wassalam

Sunday 25 September 2016

Rezeki hujung minggu

Assalamualaikum....

Sabtu plan mama untuk berada dimajlis ilmu tak dapat dilaksanakan..kecewa rasanya sebab terpaksa ke pejabat menyediakan slide untuk tuan pengarah yang akan digunakan pada hari isnin. Terpaksa pula ke pejabat dengan anak-anak kerana en.azmi kena memasak dimajlis kenduri.


Menunggu en.azmi balik dari mengisi minyak kereta, dua beradik sempat berperang mulut, hal kecik je pun..yang seorang kata abg yen busuk tak mandi, yang sorang kata yaya tak comey..apalagi perang mulutlah pagi-pagi, adelya mana boleh orang kata dia tak comey teruslah sebak.dan menangis,pagi hari tu riuh rendah dibuatnya, rumah jiran lain masih sunyi. Pukul 1.30 baru mama siap buat slide dan sedikit kerja lain, anak-anak mama biar buat hal sendiri, kalau dilayan tak siap pula kerja mama.

Ahad..mama ajak en.azmi ke rumah makngah untuk ambil telekung, ye lah dah makngah beli takkan nak suruh makngah hantar pulak. Tersesat jalan pula mama ke kg.baru maklumlah dah bertahun tak ke sana, rupanya dah jadi jalan sehala pula, sudahnya tunggu tepi jalan tunggu makdak datang hantar sebab makdak dah sampai dulu rumah makngah jadi kita minta makdak je yang ambilkan.

Sesudah itu kami tuju ke cheras pula untuk jumpa mommy, disamping hantar telekung kata mommy ada barang untuk anak-anak pula. Kami tak ke rumah mommy tapi kami terus ke tadika cahaya ammar, jumpa mommy kat sana je. Lepak kejap kat tadika, ada pula baby amar yang comel dan debab nih.


Tengoklah ammar ni geram betul mama, peha tu kalah.ayam kepsi..hahaha. Tu bebudak tengah bising rilek je ammar tidur,kata umminya dia memang tidur nyenyak bila keadaan bising dan dia tak boleh tidur bila suasana sunyi..masa ni abang-abang tengah bising main tembak-tembak. Ammar ni anak tecer aini, mrngajar kat tadika ni lah, anak sulung tecer aini. Dapat kat mama ni memang sedaplah,rasa nak geget peha gebu tu kikiki.


Semalam mommy whatsapp bagitahu beli barang-barang ni untuk anak-anak mama, bila znak-anak apalagi tak sabarlah nak ke rumah mommy. Mommy beli ni sebab ada jualan murah dekat jaya one p.jaya, mommy beli barang untuk hari graduasi tadika tapi turut beli untuk anak-anak mama juga, alhamdulillah rezeki anak-anak mama pula hari ni.

Rupanya masa sampai tadika tadika tadi bukan itu saja barang yang anak-anak dapat.


Adelya dapat patung barbie, kata mommy murah rm20 je hari ni sebab hari ni last day, jadi harga lagi murah, semalam masih mahal. Adam adrien dapat pistol, bukan main seronoklah mereka bermain pistol tu, sekarang dekat rumah pun dok main pistollah tembak-tembak. Rezeki anak-anak, harapkan mama memang tak beli la nampaknya kot hehehe.

Alhamdulillah...moga terus dimurahkan rezeki makngah dan mommy, juga rezeki adik-beradik mama yang lain, rezeki keluarga dan kawan-kawan semua. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk...bukan sekadar duit... kesihatan,keluarga yang baik,sahabat yang baik, malah ujian itu juga satu rezekikan, tinggal kita saja untuk menilai dan bersyukur.

Wassalam

Saturday 24 September 2016

Kesyukuran berganda

Assalamualaikum...

Kalau nak murah rezeki kita kena banyak memberi. Mama ni kalau diikutkan dah lama tak memberi, almaklumlah lebih mendahulukan keperluan diri, bayar itu itu, repair sana sini, jadinya dah lama la tak memberi kepada kebiasaan yang mama selalu beri ralat jugalahkan, tapi nak buat macammanakan.

Ini sajalah nak share..khamis baru ni mama dah berniat,kalau duit masuk mama akan transferlah kepada orang-orang yang selalu mama transferkan duit. Pagi tu mama transferlah sebab malam duit dah masuk, untuk online banking memang tak banyak pun ada kalau ada banyak nanti macam-macam pula yang mama nak online shopping, jadi apa yang ada tu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi, cuma kadang masuk lebih mama shopping jugak hahaha..gagal melawan nafsu untuk bershopping.

Pagi mama transfer petangnya dapat dua perkhabaran atau pemberian yang menggembirakan, syukur alhamdulillah...cepat Allah membalas pemberian itu. Mama ni sejak tengok review pasal satu barang ni teringinlah nak membeli,tapi harus tunggu bajet dulu, tapi petang khamis tu rezeki mama betullah dapat barang tu dengan percuma. Makngah whatsapp dekat group ibrahim dotters "muka korang dengan aku lebih besar je tak?" Semua kami jawab dengan tanda soal tanda tak faham "muka kita semua sama je kan" jawab makngah barulah kami faham,kami jawab muka makngah lebih kecil..kenapa? Rupanya makngah belikan kami semua telekung siti khadijah...lebiu makngah memang mama teringin nak beli telekung tu, tak sabar nak amik kat makngah.


Makngah whatsapp gambar...cantiknya tak sabar dibuatnya, ye lah yang mama idamkan dapat free haruslah suka kan...harga tak tahulah berapa, yang mama tengok telekung ni mahal juga...baling belakang jap, dulu pernah kata-kata seorang makcik ni membuatkan hati tersentak, walaupun bukan makcik tu cakap pada mama kebetulan mama ada kat situ dan terdengar. Makcik ni jual telekung dan ada seorang wanita datang bertanya harga telekung bila makcik tu beritahu harga, wanita tu cakap "amboi mahalnya harga telekung" lepas tu makcik tu jawab, "beli baju mahal kita tak berkira tapi bila telekung mahal kita berkira pula, sedangkan ini pakaian untuk kita jumpa Allah" mama faham bukanlah maksud makcik tu nak cakap jumpa Allah kena pakai yang mahal-mahal, cuma mungkin sebab jawapan wanita itu yang membuatkan makcik itu berkata begitu. Mama pun tersentak juga, ye lah harga baju kadang cecah ratus,takan beli telekung yang ratus pun nak berkira.. Teruk pula rasa mama ni, tapi alhamdulillah dapat jugalah apa yang mama hajatkan tu.

Satu lagi kesyukuran dihari yang sama. Berita ini sangat mama nantikan..tiap kali berdoa mama tak pernah lupa untuk dimudahkan urusan yang satu ini,siap cakap pula tu,kalau dapat tahun baru nak berada ditempat baru dengan suasana baru. Alhamdulillah syukur sangat-sangat, perkhabaran yang satu ini memang lama dinantikan, hari ini terjawab sudah. Moga dipermudahkan urusan mama yang satu ini dan semoga tahun baru januari 2017 memberikan kami kehidupan dan suasana baru, ditempat yang baru.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...