geng gigirl


assalamualaikum...

beruntung sebenarnya hidup dikelilingi dengan gigirl nih,
boleh bertukar-tukar cerita dan pandangan.

kali ni geng gigirl sebelah en.azmi pulak..
en.azmi ada 3 adik perempuan..
okeh susunan adik beradik dalam family en.azmi menarik
3 yang diatas adalah lelaki,3 yang dibawah perempuan,
jarak kelahiran antara mereka juga menarik
dan ada yang berkongsi tarikh lahir yang sama juga,
en.azmi dan adik lelaki yang no.3



 ini adik-adik en.azmi,
yang tudung hijau tu adik ipar en.azmi,merangkap biras akak,
dulu-dulu jarang berbual akak dengan adik2 ni,
mungkin dorang segan dengan akak yang mcm diva ni..ahahaha
sekarang sejak dah ada group whatsapp ni
rajin juga la kitorang berhubung dan berbual,
nak pulak adik yang sorang tu nak kawin dah,
boleh la memberi pendapat sikit2...
pada hal akak ni takde la pandai sangat nak memberi idea,
sebab majlis sendiri dah lama berlalu..hehehe
tapi nak bg idea tu bole la jugak kan..

sekarang hubungan tu dah semakin rapat..
syukur alhamdulillah..ye tak kenal maka tak cinta kan...
akak ni bukanlah diva pun cuma kadang2 berlagak diva..eceh
itu yang dorang segan nak berbual dengan akak tu..kihkihkih
tengok gambar tu..dah macam sebaya pulak akak dgn adik2 ni...
hahaha..nampak tak perasaan akak disitu?..
konon nak nampak muda la kan..
tak sedar 3 tahun lagi dah nak masuk 40...
errrrkkkk...betulkah ini??

ok wassalam..


Comments

  1. best kan bile ade geng gegirl nie..byk benda boleh sharing..bile dgn lelaki benda nk stori limited skit..yer laa lelaki kn selalu nye suke benda simple2..pompuan plak pk complicated :P

    jom akk sapot my 1st GA
    http://mamamuizlife.blogspot.com/2014/11/1st-giveaway-sayang-anak.html

    tq ya! :)

    ReplyDelete
  2. Eh..tak jauh la umur kita gitu. :)

    Mmg syok tau family ramai girls ni..mcm saya ada 2 adik prmpuan, 5 kakak. Mmg meriah grup whatsapp!

    ReplyDelete
  3. Lama kak lah x anta wassap.. bz ke??
    Erm.. ira ada htr emel.. kalau rajin check la :)
    Mmg meriah kalau ramai adk beradik pempuan..
    Macam ira 2 org je, dpt sorang adk ipar, baru la rasa ramai skit. tp xde grup wassap pun utk gigirl.. tggu ramai sket kot.. haha..

    ReplyDelete
  4. sonok la reramai gegirl gini, kami adik beradik dari 6orang, 2 jer perempuan, belah hubby lagi la semua lelaki, tiba tang anak2 plak, semua pompuan hahahaa.

    ReplyDelete
  5. kan...
    mmg best ada geng sekamceng camni

    ReplyDelete
  6. blah saya sepupu raai lelaki.saya pulak pempuan tunggal.
    bila sblah cik abe ramai jga perempuan adik dan kakak beliau.tp mcm akak kata la, jarang berbual.

    ReplyDelete
  7. Tumpang gembira dengan hubungan yang erat ni.. seronok bila ada saudara yang ramai dan saling berhubung kerap macam ni. Rasa dihargai dan juga dapat ringankan beban yanh ditanggung.

    ReplyDelete
  8. belum pun 40... Kira muda lah tu....
    Best ada ipar duai yg kamceng cenggini... geng gossip!

    ReplyDelete
  9. saya pun adik-adik 5 perempuan, sorang aje lelaki
    sebelah encik suami pula terbalik, 6 lelaki, sorang perempuan
    cam saya ni cuba juga rapat dengan kakak ipar dan biras
    tapi susah sikit sebab diorang pilih bulu
    pssst...jangan beritahu orang tau saya ngumpat diorang ni...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts