Monday, 31 December 2018

Cubalulu Enterprise

Assalamualaikum...

Belek-belek telefon ada sesuatu yang hendak mama kongsi disini. Apa itu Cubalulu Enterprise??? hehehe dengar nama pun macam apo eh tu??? Aboh (abang ipar mama) buat bisnes pengangkutan lori πŸš›, en.azmi pun terlibat sekali lerja dengan aboh.


Sekiranya memerlukan perkhidmatan lori untuk pindah barang rumah,barang pejabat,barang kilang,barang event dan lain-lain bolehlah hubungi nombor yang tertera digambar ye. InshaAllah Cubalulu akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Di sini mama share la sikit antara job yang telah dibuat oleh Cubalulu Enterprise



Angkut sampan untuk MAHA 2018



Angkut cermin dari Bukit Jalil ke Subang Bestari


Barang pindah dari Johor ke Negeri Sembilan


Barang pindah dari bukit jalil ke telok panglima garang

Banyak lagi gambarnya tapi untuk info lebih lanjut jika perlukan perkhidmatan cubalulu bolehlah ke website cubalulu enterprise inshaAllah pihak cubalulu akan memberikan perkhidmatan terbaik.

Wassalam

Friday, 28 December 2018

Perkongsian jumaat

Assalamualaikum...salam jumaat saiyyidul aiyam

Hari jumaat terakhir 2018 dan juga merupakan hari terakhir mama bekerja di tahun 2018 ni hehehe next week cuti seminggu bukanlah sebab nak buka sekolah pun seba anak2 semua dah biasa dengan sekolahkan yuran pun dah bayar awal-awal. mama cuti sebab nak menghabiskan cuti yang ada tapi memang tak terhabis pun, kita kumpul dalam GCR je la, inshaAllah tahun depan cukuplah GCR mama 150hari, lepas tu bolehlah mama plan cuti tahunan elok-elok supaya takde nak terlebih banyak sangat.

Oklah lupakan pasal cuti mama tu, hari jumaat terakhir dalam 2018 ni mama nak berkongsi sesuatulah dengan sahabat alam maya mama yang sudi baca blog mama ni. Perkongsian dari kuliah zuhur, kata ustaz :

Mak ayah kita tak layak terima sedekah kita..seringkali kalau baca al-fatihah mesti kita cakap "sedekahkan al-fatihah pada mak ayah kita...kan" sepatutnya kita cakap "hadiahkan al-fatihah" kata ustaz bila kita bagi sedekah tu sebagai tanda kita kasihan,kita simpati, tapi hadiah tu kita bagi sebagai tanda penghormatan... "nak mak orang sedekah baju ni untuk mak" kan tak sedap bunyinya,"mak...ni ada baju hadiah untuk mak"..berbezakan bunyinya, jadi mulai hari ini kita hadiahkan al-fatihah untuk mak ayah kita ye, bukan sedekah.

Kalau untuk mak ayah pun tak boleh apatah lagi untuk Rasulullah saw kan, kadang kita dengar juga selalu orang cakap sedekahkan al-fatihan untuk Nabi saw,kaum keluarga dan sahabat2 baginda, nanti kita tukar ya sebut hadiah, Nabi saw kan tak terima sedekah, pernah ada seorang pemilik kebun kebun beri kurma pada Nabi saw dan dia kata sedekah, Nabi tak makan kurma tersebut dan beri pada sahabat2 baginda, di hari yang lain pemilik itu mengatakan hadiah, barulah baginda Nabi saw makan kurma tersebut.

Kita juga tak boleh hadiahkan pahala amalan kita pada orang yang masih hidup kerana kata ustaz orang yang masih hidup tu boleh buat amalan sendiri, lainlah kalau untuk orang yang sudah tiada, misal kata mak ayah kita dah tiada, kita nak baca quran kita niat nak hadiahkan pahala baca quran kita tu pada mak ayah kita, kita nak bersedekah kita niatkan pahala sedekah tu pada mak ayah kita, apa saja amal kebaikan kita nak niatkan pahala buat mak ayah kita yang sudah tiada itu boleh. satu lagi kata ustaz kita sebagai anak jangan risau bila dengar kawan2 cerita mimpi tentang mak ayah yang telah tiada tapi kita tak mimpi2 pun, sebenarnya kata ustaz kalau kita tak mimpi itu bagus sebab apa,sebab kita selalu hadiahkan pahala dekat mak ayah kita, kalau kita selalu mimpi tu maknanya kita tak hadiahkan pahala dekat mak ayah kita..wallahu'alam.

Anak-anak ingatlah setiap kebaikan yang kita buat, kita baca quran kita hadir majlis ilmu, pahalanya tetap sampai pada mak ayah kita. Buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah redha dan janganlah buat jahat sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah murka. yang paling ditakuti oleh baginda Rasulullah saw adalah syirik kecil, apa itu syirik kecil? Riak - suka menunjuk2 dan berbangga dengan amalan yang dibuat, moga kita dijauhkan dari semua ini inshaAllah.



Wassalam

Thursday, 27 December 2018

Sedikit coretan di hari ini

Assalamualaikum...

Bulan ni memang ada banyak sambutanlah dalam family kecik mama ni, 9hb besday Adrien, 25hb besday Abg Adam dan hari 27hb..genaplah 10 tahun usia pernikahan mama dan en.azmi. Alhamdulillah dalam tak sedar je dah 10 tahunkan 😍😍 rasa macam baru semalam je bernikah eh eh nampak sangat menipunya tu..tapi ye lah rasa macam baru je lagi, Alhamdulillah 10 tahun ni dapat ditempuhi juga.


Tak tahu apa nak ditulis dah ni, baru 10 tahun mama oiii dah tak tahu nak tulis apa ke? hehehe entah idea tak mari lak nak menulis hari ni sel-sel otak tak berhubung kesan dari penuaankah ini, memang kadang2 idea takde untuk menulis tapi nak menulis juga. Apapun semoga Allah memberkati hubungan ini, berkekalan dan berbahagia hingga ke dalam syurga.Dalam setiap perhubungan kunci utama adalah iman dan sabar.

Bersempena ulangtahun ini mama nak kongsilah sedikit dari apa yang mama dapat dalam kuliah yang dihadiri

5 perkara mesti guna duit suami

1. Makan minum isteri sekurang2nya rm3000 setahun bersamaan rm250 sebulan. Duit belanja dapur
2. Peralatan mandian
3. Ubat-ubatan
4. Pakaian baru - 2 persalinan setahun dan ini termasuklah pakaian dalam, telekung, kasut dan lain2
5. Rumah yang selesa - untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah baginya untuk membuka auratnya (tiada yang bukan mahram) termasuk bil berkaitan rumah.

Suami kalau nak rezeki tu luas sayangilah isteri, jaga perasaan isteri kerana isterilah punca rezeki suami makin bertambah. Jangan kedekut dengan isteri..pasangan yang bahagia selalunya suami tak kededut dengan isteri.

Isteri pulak sentiasalah doakan yang baik2 untuk suami, isteri yang berkat itu bilamana suami memandangnya akan bertambah kasih sayangnya. Moga kita punya suami yang berkat, anak2 yang berkat dan kita juga adalah isteri yang berkat buat suami.

Wassalam



Tuesday, 25 December 2018

Dia lah yang pertama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni genaplah usia abg Adam 9 tahun, waktu berlalu rasa sekejap je. rasa macam baru je mama bawa abg 9bln dalam perut mama ni, betapa gembiranya mama papa menanti abg dilahirkan.


Dialah yang pertama
Dialah yang teristimewa
Dialah cinta hati mama
Walaupun terkadang pe'elnya
Membuat mama bertingkah rasa
Tapi percayalah kasih mama tak pernah sirna

Abg adam yang baik walau terkadang memberontak juga, seorang yang manja hokey nak buat apapun kena mama ada hatta nak potong kek pun mama kena ada sebelah, dengan papa memang tak ngam saja asyik nak bertekak je,tapi kasih papa mana mungkin berbelah rasa. Masa dalam pantang bersunat papalah yang bersengkang mata tak tido malam pantau anak2 tido sebab tahu abg tido lasak, takut sangat anaknya berkalih tido pantang abg berbunyi papa dulu yg bangun harapkan mama memang taklah baik mama layan tido kikiki. Papa jugalah yg melayan.segala kerenah abg picitkan kaki,garukan kaki... Manja sangat abg adam nih.

Apapun mama tetap bangga dengan abg, abg anak yg baik.selalu nak tolong mama siap cakap abg dah besar bolehlah.mama ajar abg memasak hehehe...seronok.sangat abg bila mama minta tolong kacaukan kuah diperiuk, inshaAllah abg tunggu abg besar dan tinggi sikit mama ajar abg memasak ye, sebagai lelaki kena tahu memasak juga tau nanti.dah besar boleh berdikari.

Mama doakan abg anak soleh mama beroleh kebahagiaan dan kejayaa' dunia dan akhirat. Abg siap tanya besday abg takde makan2 ke? Ehh abg ni hari tu kita dah potong kek kan ramai2 hadiah pun dah banyak.dapatkan. InshaAllah abg ada rezeki kita makan2 ye, tunggu papa baliklah papa kerja hari ni.πŸ˜„

Wassalam


Sunday, 23 December 2018

Geng Superhero

Assalamualaikum...

Semalam adik beradik mama datang rumah,nak melawat 2 hero yang bersunat tu lah kan. Mulanya nak datang minggu lepas tapi ada yang sibuk jadi semua sepakat datang minggu ni sebab nak jumpa hud juga, dah lama tak tengok hud kan. Dah memang besday 2 hero mama tu bulan ni jadi semua sepakat nak sambut besday dorang sekali,mama ikutkan je. Bincang2 dalam whatsapp je la memasingkan.

Mama masak spageti dan buat soda herbs je,lepas zohor baru mula masak spageti je kan tak susah pun jadi masak lambat pun takpe, lepas tu goreng nugget sikit, selesai je masak semua orang sampai, alhamdulillah dapatlah makan panas2 kan, memang rancang makan lepas asar. Mama buat simple2 je la tapi yg lain bawa macam2 siap bawa prop bagai hias dekat meja, tulisan dekat dinding jadi meriah la pulak walaupun kami2 je, kek ibu beli,makanan bawa sorang sikit penuh meja dibuatnya, kalut2 tak sempat nak snap pix gambar meja yg penuh makanan spageti,nugget,talam durian,roti golok, tart telur,brownies, kek, keropok ikan,pop corn, makanan memang banyak setiap orang bungkus bawa balik.


Berkongsi bulan kelahiran Adrien (9 dis 2011) Adam (25 dis 2009) jadi senang kita sambut sekali dengan tema superhero, adrien superman abg adam flash, atas kek tu penuh superhero, gumbiralah adrien orang sambut besday dia tambah gumbira dapat banyak hadiah, sebelum ni dok cemburu dengan adelya je sebab dapat banyak hadiah semalam dia pun tersipu2 senyum tengok hadiah  bersusun. Abg adam tu...haishhh geram je mama nak orang sambut besday dia suruh potong kek pun malu pastu suruh mama teman bila tak teman muncung dan menangis heiii manja betul hero sorang nih.


Teman jugaklah mama...ehhh mama pun pakai baju superhero tau hehehe mamapapa batman, pendek kata semua orang pun ikut tema superherolah tapi geng lelaki tak sempat snap pic sebab tak sabar nak makan semua dah lapar. Masa bergambar.ni en.azmi dok pujuk supergirl sorang tu yang merajuk..ehhh geram je mama kalau tak dah cukup satu family superhero hehehe


Ini je yang ada gambar supergirl mama, tengoklah tu semua pakat bertopeng yg dibuat mommy, abaikan cermin dinding mama yang tak cukup tu gam.dah tak kuat jatuh cermin pecah redha je la cermin tak cukup ada rezeki kita ganti yang lain. Adelya haruslah sama dengan kak daeisha dia, baju anak2 mommy yg sponsor..moga murah rezeki mommy selalu memberi.


Mak2 je sempat bergambar semua pun dengan gaya superhero cuma mama tu je la apa kessss krisis indentiti ke apa baju batman topeng spiderman hahaha taram je la semua orang bertopeng mama nak juga tapi topeng hitam tak cukup mama rembatlah spiderman abg awisy heheh janji hadooo.. makngah pun lain juga tu makngah jadi spidergwen.


Jimat dah mama tak payah beli beg dan stationery lagi, beg cukup untuk sekolah pagi petang dapat 2 beg sorang makngah dan paksu beli, mommy,makdak,maktam beli stationery, botol air,dan tupperware,pakcik beli senapang mainan, ibu beli bantal dan ada yg bagi duit...alhamdulillah rezeki anak2 bersunat. Dekat mamapapa dorang minta mainan dapatlah kereta sorang satu takpe layan je, tak rugi pun keluar duit untuk anak2 bukan selalu pun kan nak bagi.


Alhamdulillah....anak dara yg muncung pun hilang muncungnya bila dia pun dapat rezeki juga, makngah bagi beg..suka sangatlah dia beg pink bersayap,mommy bagi pencil box purple. Ehhh kasut sape pulak tu ehemmmm...rezeki betul la ni lama dah teringin kasut macam tu tapi bila nak beli selalu tak jadi sebab memikirkan baiklah simpan duit untuk belanja rumah. Tetiba semalam dapat kasut ni makngah kata dia beli tapi terbesar, jadi rezeki mamalahkan bak kata ustaz dalam hidup takde kebetulan semua ketentuan...jadi kita jgn cakap "mujur makngah tak muat kasut ni dapatlah dekat mama" tapi cakaplah "alhamdulillah... Memang Allah dah tentukan kasut ni untuk mama" dah ketentuan Allah mama dapat kasutkan.


Selain tengok budak bersunat nak jumpa budak sorang ni..ehh geram lak asyik nak tido je dia kan. Tembam dah hud lahir 1.9kg je sekarang badan semangat dah pipi pun bulat macam ummi dah tu hahaha. Kemain hud pun ikut tema kan tapi kirisis identiti macam mama juga hud baju superman topi batman hantam je la hud kan janji comel πŸ’.

Alhamdulillah perancangan berjalan lancar walaupun kami2 je riuh rumah dibuatnya, pakjang je la yg takde,pakcik walaupun keje sempatlah datang kejap waktu rehat, pakcik medic dekat sepang circuit dekatlah juga dengan rumah mama ni. Cuma bila semua dah balik setiap orang tertinggal satu barang hehehe, nampak gayanya kena datang rumah mama lagi la tu kan. Ada rezeki kita berkumpul lagi walaupun duduk dekat2 jarang dapat berkumpul ramai2.

Wassalam

Thursday, 20 December 2018

Menjaga anak2 bersunat

Assalamualaikum...

Hai tak habis lagi mama cerita pasal anak2 bersunat nih?? hehehe... takpelah mama nak simpan sebagai kenangan, menjaga 2 hero tu masa bersunat. Cemas jugaklah mula2 tu kan bila difikirkan macammanalah nak menjaga budak berdua tu dalam pantang bersunat. Sempatlah Whatsapp MIL tanya nak bagi makan apa pada budak2 ni.MIL pun bagitahulah apa yang boleh dimakan. Anak2 ni bertanya juga tok,wan,acu,acik tak datang ke tengok dorang bersunat? ada jugalah adik ipar cakap kalau takde apa-apa dorang datanglah tengok, ye lah dah lama tak jumpa mak2 sedara dorang tu, biasa cuti sekolah dorang dekat kampung tapi tahun ni memang tak sempatlah nak bercuti dikampung sebab bersunat. Takpe ada rezeki nanti kita balik sebelum buka sekolah.

MIL bagitahu untuk permulaan makan nasi dengan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak. tengok anak2 makan macam tu macam tak selera je masing2, mama pun google jugaklah tengok apa lagi yang boleh dimakan. haaa ada ikan yang boleh dimakan, mama suruh en.azmi beli ikan merah dan buat sup sudahnya awal2 tu memang makan sup ikan merah je lah, nampak ok dorang makan sebab ada kuah kot. masuk hari ketiga mama dah terfikir takkan nak sup ikan merah lagi jemu budak2 nih. Tanya ibu, daging boleh tak makan? ibu kata boleh ayam je tak boleh takut gatal, apalagi mama pun buat kari daginglah hehehe...budak sorang tu kemain sukalah sebab dia memang suka sangat kari daging, makan bertambah-tambah.

Selasa malam..mama terjaga terdengar bunyi-bunyian di dapur tapi tak bangun pun tengok dah la 2,3 hari sebelum tu kecoh ada orang nak masuk rumah jiran, alhamdulillah jiran mama sedar dan minta jiran2 tolong tengokkan, nampaklah ada 2,3 lelaki berlari, takut juga sekarang ni sebab banyak kes orang masuk rumah. jadi mama pun buat tak tahu je dengan bunyian dari dapur tu, rupa2nya pagi tu baru mama tahu bunyi tu datang dari ikan haruan yang ada dalam bekas dekat dapur, ikan haruan tu jiran yang bagi dia suka memancing, dah di bagi dekat en.azmi sebab tahu anak2 bersunat, bagus jiran2 mama ni yang tak bagusnya siapa yang nak siang ikan haruan yang masih hidup tu??? nak suruh mama memang taklah mama, ku tak rela jadi pembunuh weiii, sudahnya en.azmi bawa ikan tu pergi rumah aboh suruh aboh yang siangkan hehehe, en.azmi bawak balik ikan  yang dah siap siang, cuci pun mama suruh en.azmi hahaha, ada la 5 ekor ikan haruan tu.


ikan merah buat sup simple je, janji anak2 dapat makan, kari daging dan yang kuning tu ikan haruan masak sambal, jangan tanya mana ikannya hahaha..ikannya cenonet je dibawah sambal tu, itu bukan untuk anak2 tapi untuk en.azmi. anak2 punya mama bagi pengasuh untuk masak hari ni. Nak buat macammana mama dah kerja en.azmi pun ada kerja 2 hari ni jadi anak2 duduk dengan pengasuhlah


Yang anak dara tu pun sibuklah nak berbaring juga dekat situ, itu siap suruh mama gantungkan kain juga untuk dia huhuhu..idokler mama nak gantung kang jenuh lak dia main kat situ jatuh pulak atas abang2 dah satu hal pulak nanti. Bersepah ruang depan menonton ni haa..tak sabar nak kemaskan balik, tunggang langgang dah semuanya.


Hahaha...kesian budak sorang ni, kain pelikat yang dipakai asyik nak terlucut je jadi mama pakaikan skirt adelya dekat dia senang sikit nak bergerak. dalam pada tu dia bebel dekat mama dia ni "Yen tau mama ambik gambar yen pakai skirt sebab tu lah yen taknak pakai" hahaha aduhhh dia tahu la... terima lah anak ye mama nak buat bahan cerita, nanti dah besar yen tengok balik eh. Tengoklah tu ruang tamu rumah mama yang bersepah tu pada hal mama baru je ubahsuai deko bagi lain sikit, lain sikit je lah kan sebab ruang tamu pun besar itu je nak deko lebih2 pun tak reti. tapi adalah buat pembaharuan sikitkan sedap sikitlah mata ni memandang, dinding pun gigih paksa en.azmi cat kalau tak mama nak cat sendiri en.azmi kata sabarrrr..tunggu dia balik kerja, sudahnya hari en.azmi samapi dari terengganu pagi, petang tu mama dah paksa dia mengecat, kes tak menyabar punya isteri hehehe ehh mama memang macam tu lah kalau nak buat sesuatu tu mesti nak buat segera tak boleh ditunggu2 lagi dah, itu yang kadang semua benda nak buat sendiri tu, tapi alhamdulillah en.azmi ni kalau mama minta nak buat apa2 laju je dia tolong buat, penat jugak eh megecat berdua je, mama ambik part senang je cat bahagian bawah en.azmi tentulah yang susah kena memanjat tangga lagi.

eh dah termasuk cerita bab rumah pulak dah..melencong kejap ye. Alhamdulillah anak2 nampaknya dah semakin pulih, dah boleh pakai seluar jalan pun dah ok la sikit tapi masih ada kengkang2 lagi nak2 adrien lah. itu dia dah request baik dari sunat nak ajak tengok wayang pulak..haa ye lah cepat2 sihat nanti kita tengok wayang dan inshaAllah ada surprise menanti dorang hari sabtu nanti, hadiah untuk budak bersunat, moga apa yang dirancang menjadi.

Wassalam

Friday, 14 December 2018

Kenapa mama sunatkan yen???


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...12.12.2018, selamat dah hero mama berdua tu disunatkan walaupun sementara nak sampai date tu adrien banyak sangat isunya "hari rabu yen sedia sikit2 je kalau hari ahad yen sedia banyak2" adehhh...takde dah nak tunggu ahad yen rabu kita jalannnn...mama nebesss okeh,tapi buat2 tenang saja.

Lepas asar terus gerak ke klinik. Ceria je muka memasing siap o som tu mama kena teman siapa hahaha, abg adam kena masuk dulu,yang ni mama sorang je masuk sebab en.azmi kena jaga adrien dan adelya diluar, berdebar je mama, masa dokte cucuk bius tu meraung jugaklah abg adam hehehe,lepas tu terus dokte buat proses berkhatan, mama tengok jugaklah proses tu, gunting, potong guna laser dan dokte jahit..oo macam itu prosesnya. Dokte kata abg adam punya cantik inshaAllah cepat baik.

Masa abg keluar tengok ibu dengan aboh dah sampai, jadi tinggalkan abg dengan ibu adelya aboh jaga, mamapapa masuk teman.adrien, dokte dah cakap kalau adrien taknak dokte takkan paksa sebab baru 7 tahun, tapi mama cakap nak sunatkan juga sebab takut susah nanti kalau adrien tak sunat dia bergabung dengan adelya kacau abg susah pulakkan. Jadi dokte pun sunatkan juga la..hambikkk bergegor klinik dengar adrien menjerit, sepanjang proses meraung okeh, dokte kata adrien akan lebih sakit sebab dia punya buta. Sambil nangis tu sempat dia sound dokte "senggow-senggow la (slow2 la)" hehehe dokte pun tak paham, tapi dia jerit nak keluar tu dokte paham la. Dalam pada tu mama pun kena "yen dah cakap taknak sunat, mama suruh yen sunat" huhuhu rasa bersalah jugak mama tapi nak taknak memang kena sunat tak tahun ni tahun2 akan datang kan.


Muka-muka lepas sunat, boleh senyum lagi abg adam tu sebab ubat bius ada lagi. Adrien tu memang tak berenti menangis. Abg adam balik dengan ibu aboh, adrien mestilah balik dengan mama, selesai ambik ubat semua, baliklah. Masa nak pergi kereta tu ada sorang makcik tu tegur "oh dah sunat ye, ambik ni" terus dihulur rm10 pada adrien berenti kejap nangis bila tengok duit hahaha, lepas tu sambung nangis, walaupun nangis sambil cakap sakit duit tetap tak lepas dari tangan kikikk. Sampai rumah tengok abg adam pun nangis juga ubat bius dah abislah tu,masuk rumah terus cepat2 bagi ubat. Abah pun tolong buat tempat gantung untuk anak2. Kita guna apa yg ada je, meja, kerusi dan batang paip.


Ginilah gayanya budak bersunat,parking depan tv je senang.kiri kanan tu meja dan kerusi tengah tu melintang batang paip. Dah malam.sikit baru tenang, adrien tak habis2 tanya kenapa mama sunatkan yen, kan yen dah cakap yen taknak sunat...kuikuikui jenuh mama ko nak jawab tau. Sambil nangis sambil tanya "kenapa kena sunat dekat sini, macammana yen nak buang air?" Hahaha adoiii... Siap pesan dekat abg adam "abg jgn bangun baring je,jgn makan banyak,jgn minum banyak nanti susah nak buang air" hehehe macam2 dia punya pesanan.

Bila adelya bangun tidur terus adelya pun kena arah hahaha " ya garukan kaki abg, yen takpe yen tahan gatal, ambikkan roti,tolong ambikkan air, ambikkan remote" hahaha mujurlah adelya ikut tanpa bantahan, tapi kadang2 marah juga adelya "ishhh asyik adik je yg kena buat" hahaha. Layan je la kan... Walaupun dia yang paling kuat meraung alhamdulillah dia yang paling senang jaga, terjaga tengah malam berzikir,sambil tengok tv zikir, rasa sakit zikir pendek kata tak putus2 zikir, siap abg dibahasakan "abg ni kalau tak sakit pun zikir la, yen tak dengar pun abg zikir" "abg zikir dalam hati la yen mana dengar" ikutlah anak2 dua2 terbaring ni mudah sikit nak urus, kalau abg sorang je susah juga mama.

Ok lah ada masa mama tulis lagi...cuti seminggu ni jaga anak2 bersunat

Wassalam

Sunday, 9 December 2018

7 Tahun sudah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ya Allah..hari ni genaplah umur Adrien Aryan Bin Azmi 7 tahun.


Malam tadi belikan juga kek, takde sambutan apapun saja nak bagi besday boy gembira, beli kek dan beli makanan di pasar malam kemudian pergi rumah ibu, saja pergi rumah ibu bagi ramai rasa meriah sikitkan. Tengoklah mukanya tu gembira betul. Semangat berbelon-belon dan nak berlilin, kita layan je la kan,bagi gembira anak2.


Abg aliff la dok layan, tolong isi lilin dan nyalakan lilin. Yang baju kuning tu memang akan menyibuk jugaklah tak kira besday sapepun kan. Abg aliff dah nyalakan lilin laju2 adrien tiup takut adelya tiup sama πŸ˜‚πŸ˜‚. Kuciwa adelya tak dapat tiup lilin terpaksa abg aliff nyalakan sekali lagi utk adelya, layan je la abg aliff ye.

Adrien...moga diberkati oleh Allah dalam usia, mendapat rahmat dan redha Allah. Moga berjaya didunia dan akhirat. Adrien ni bila dia mulakan.ayat kenapa mama dah cemas sebab dia bertanya dan mama perlu jawab sampai dia puashati kalau dia tak puashati selagi tu dia akan tanya. Selalu nak manja2 dengan mama tengah mama duduk tengok tv dia datang menyendeng sebelah mama,kadang tidur dekat riba mama.

Adrien ni juga tetap pendirian kalau kata taknak tu memang dia takkan buat, pernahlah dia cakap taknak basuh kasuh puas disuruh dia berdiri je depan pintu bilik air tu,memang geram je dibuatnya, sudahnya papa dia yg kena basuh kasut dia, macam tu juga kalau dia suruh abg adam.amikkan baju selagi abg tak ambik selagi tu dia tak berbaju, pada hal keluar bilik air lalu bilik dia dah tetap dia tak masuk bilik ambil baju disuruh abg juga, mujurlah abg tu jenis tak banyak soal, ambilkan juga.

Banyak lagi tentang adrien ni yang buat mama tergelak tapi nantilah mama cerita lagi dilain masa. Moga jadi anak yg soleh ye adrien.

Wassalam

Friday, 7 December 2018

Koleksi baru πŸ“– πŸ“–

Assalamualaikum...

Salam jumaat sayyidul ayyam.. Moga kita sentiasa berada didalam rahmat dan redha Allah swt. Hari terakhir kerja minggu nih, minggu depan mama cuti seminggu, menghabiskan cuti disamping nakmenjaga 2 hero yang bersunat minggu depan, anak2 tak sabar nak besunat mama pulak yang berdebar nih hehehe.Oklah pasal bersunat tu mama cerita minggu depanlah kan..ohoiii mestilah ceritakan kenangan buat anak2.

Sebenarnya mama ni dah lama betul tak membeli buku, jalan2 juga MHP dekat SACC mall tu baru-baru nih, tapi rasa macam takde pulak buku yang dicari, buku2 yang ada pun macam tak menraik minat mama, eh bukanlah takde bukan yang best cuma hati ni berat pada nak beli buku yang mama nak tu lah kan. Baru2 ni mama lawat BOOK CAFE,(sekarang bookcafe ada diskaun,ada yang rm2 dan rm3 untuk buku2 yang terpilih,bolehlah terjah) macam2 buku ada terus rasa rambang bijik mata tengok tak tahu nak pilih yang mana sebab banyak yang menarik hati mama nih, tapi kena bawak bersabar ye mama, buku yang mama nak tu ada jadi memang sambarlah kan. Selain buku mama, belikan juga buku untuk 2 hero mama tu sebagai bahan bacaan masa bersunat nanti.


Hasil dari rambang mata,seiring dengan faktor usiaπŸ‘΅ bahan bacaan pun berubahlah jugak hehehe ikutkan nak beli banyak lagi tapi tahan dulu la napsu tu kan, bulan depan la beli pulak kalau ada rezeki lebih. Buku yang mama nak beli sangat tu yang "wanita cantik masuk syurga" tu hehehe...entahlah kenapa tertarik sangat dengan tajuk dan cover buku tu rasa macam tak sabar je mama nak baca. tapi mama tak baca lagilah yang mama baca dulu itu "Bismillah yang hilang" terkesan dihati mama, betullah seperti yang tertulis dalam buku tu, moga dapat perbaiki diri lagi inshaAllah.


Ini buku untuk 2 hero mama tu, Misi budak tahfiz tu mama tengok dekat blog sha tengok tajuk je rasa macam best, jadi masa mama dok tengok website bookcafe tu terjumpa buku ni, hmmm apalagi terus belilahkan. Buku tu untuk abang adam, yang adiwira tu untuk adrien lah, dapat je buku tu terus dia tengok belakang ada lagi buku2 adiwira yang lain teruslah dia pun tunjuk nanti mama beli yang ni pulak, hamboihh 1 pun tak habis baca lagi dah minta belikan yang lain pulak dia tua. hmm...tak sempat pun nak tunggu minggu depan mama bawa balik je terus anak2 baca, takpelah ada rezeki mama beli lagi, saja nak pupukkan minat membaca pada anak2 sebab mama dorang ni suka membaca, mula2 ni kita bagi bacaan ringan dululah nanti baru bagi bacaan yang berat2 sikit.

"Jangan kita berasa TAKBUR kerana kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sebaliknya tanamlah rasa SYUKUR kerana Allah mengizinkan kita untuk memberi manfaat kepada insan lain". #BISMILLAHYANGHILANG

Wassalam

Wednesday, 5 December 2018

Berdebar πŸ˜‚πŸ˜‚

Assalamualaikum...

Semalam borak-borak dengan Adrien. budak sorang ni memang suka ngendeng2 dengan mama kalau mama duduk senang2 tengok tv, lepas tu ada lah sorang budak tu yang taknak kalah juga ambil bantal baring atas kaki mama sambil tarik tangan mama suruh tepuk dia..haishhh jeles sungguh budak sorang nih, gerammm je mama tau.

"Mama yen taknak sunatlah, aunah cakap Muhamad bagitau sakit masa nak buang air" Aah sudahhh budak sorang nih, debor dah mama ok. Kisahnya kawan dorang Muhammad dah sunat ahad lepas, Aunah tu adik Muhammad, Aunah pergi cerita pulak dekat Adrien nih kuikuikui..dah si Adrien ni taknak sunat pulak, jangan nak buat pasal ye mama dah bayar hehehe, tapi dalam pada tu dok borak2 lagilah.

"Mana ada sakitnya, sakit sikit2lah, yen kata hero takkan sakit sikit tak boleh tahankan" Mama taknaklah cakap tak sakit langsung nanti mesti rasa sakit jugakan, kalau cakap tak sakit langsung dia ingat mama ni cakap bohong pulakkan, jadi kita bagitaulah sakit juga tapi boleh tahan lagi "ye ke mama?" " Ye lah, sakit lagi mama nak bersalin yen dulu" kahkahkah..perbandingan mama dasat sangat tuh,manalah dia tahu sakit bersalin tu macammanakan, terima je lah kan mama pun dah taktau nak buat perbandingan macamamana lagi

"Kenapa orang perempuan je nak sunat masa baby, kenapa yen tak sunat masa baby?" dah dia buat pertanyaan lagi, apo nak jawab nih. terpaksalah mama berfikir lebih sikit kalau dengan budak sorang ni."Orang perempuan kena sunat masa baby, kalau dah besar malulah" Itu je jawapan yang mama boleh bagi harap2 adrien berpuashati sebab lepas tu dia diam je. Bukan mama taknak sunatkan masa baby nanti anak2 takde lak kenangan bersunatkan, kalau orang perempuan takpe takde pengalaman bersunat pun sebab nanti orang perempuan akan melalui pengalaman bersalin kan.

Bertabahlah mama menunggu 12 disember nih, mama cakap rabu dia sunat.."eh esok ke ke mama?" bukanlah minggu depan...ooooo jawabnya. Bila dah cakap2 tu dia oklah tapi dalam pada tu berdebar jugaklah mama janganlah dia buat hal nanti. Abang adam rileks je siap cakap kenapa tak sunat sekarang je, abang dah tak sabar nak sunat..amboii abang tak sabar nampaknya tu, ye lah abang dah besarkan, lagipun katanya ada kawan2 ejek sebab dia tak sunat lagi..ohhh patutlah tak sabar nak sunat sebab kena ejek ye.

Tak kisahlah abang kena ejek pun kan, takpelah kawan2 abang tu tak faham lagi yang pentng kita jangan ejek orang. Apapun mama memang dah niat nak sunatkan anak2 tahun ni, moga dipermudahkan urusan kita nanti ye.. Adrien..jangan macam2 eh πŸ˜‚πŸ˜‚

Wassalam

Hipsterudin katanya

Assalamualaikum.... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis disini. Semoga kita semua sihat2 sahaja dan sentiasa dibawah lind...