Thursday 26 April 2018

Busy sangat ke

Assalamualaikum...

nak kata busy sangat tu takde lah, tapi boleh tahan jugakla. minggu lepas balik dari sungkai. minggu ni masuk ofis sehari, selasa kena pergi perasmian G-WAR pulak dah..ehhh bukan mama yang merasmikan tapi mama jemputan ke majlis je la, meramaikan majlis je la kiranya kikiki..besor sangat pangkat kalau nak merasmikan majlis tu ye.

apa tu G-WAR??? singkatan pada Gerakan Wanita Anti Rasuah..anjuran SPRM dan Jab.Pembangunan Wanita. Oklah dapat hadirkan dri ke majlis ni sebab dapatlah juga ilmukan. Sesi ceramah diadakan pada majlis tersebut "BERTINDAK BIJAK : BE YOUR OWN BODYGUARD" Penceramahnya best isi ceramah pun bagus. Be your own bodyguard, jenayah di mana-mana kita perlu berwaspada, jika berhadapan penjenayah apa perlu kita buat? lariiii..itu yang paling utama, jangan melawan dan kalau dia nak duit bagi je. begitulah kata penceramah, siap mama ambik video lagi sebab ada demo juga dibuat. Penceramah kata ilmu ini perlu diajar pada anak2 juga, apa2 situasi pun kita lari je sambil jerit polisss...


Pergi bersama geng2 kewangan...takpe dengan geng mana pun asalkan satu jabatan kita tetap geng.

Hari ni tengah berehat2 senang hati...ehhh takde rehat senang hati pun. Hari dan esok mama bertapa dekat HQ putrajaya pulak nak berbincang pasal sistem pulak. Gitu ko kan mama pasal sistem pun ko terlibat. Takdelah bukan mama yang buat sistem pun, orang sistem jemput untuk bagi pendapat untuk perbaiki sistem dan nak tambah apa untuk sistem. Sebenarnya level pegawai yang pergi mama pendawai je kikiki sebab boss mama cuti mama jadi wakil je la nak bagi pendapat pun terkelu lidah wei bila dah semua pegawai ke, kita pun naik segan dibuatnya kan.

Ok lah mama nak sambung perbincangan pulak...busy ni tak sempat nak lawat kawan2

Wassalam

Monday 23 April 2018

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

Assalamualaikum...

Ya tora datang lagi..ehehe.. Kali ni mama join giveaway pulak dari blogger siqah jugak ye, hebat adik sorang ni segmen pun ada giveaway pun ada, masih ada masa ni mama joinlah mana tahu ada rezeki mama kan.


Jom3 siapa nak join boleh lagi nih sebab hadiah yang nak diberikan pun best-best nih. Bagus siqah ni nak berikan barang yang dia suka, memang sepatutnya pun begitukan kalau nak bagi sesuatu pada orang berilah sesuatu barang yang kita sayang atau yang kita suka.

Syarat-syarat giveaway pun mudah semua mama dah buat. Oh ya berkunjung ke blog siqah ni salah satu yang mama suka adalah gambar-gambar yang ada dalam blog siqah ni cantikkk je mama tengok pandai siqah ambik gambar, lagi satu mama suka baca review novel di blog siqah ni.

Wassalam

SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

Assalamualaikum....

Hari ni mama nak join segmen dari adik comel sorang nih...terima kasih siqah jemput akak join. Ada masa ni mama join cepat2 nanti dah busy susahlah pulakkan, lagipun syarat-syaratnya pun senang sangat. mama dah buat semua syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi sesiapa yang nak join masih ada masa lagi ye, nak join boleh klik banner ye.


Comel aih bannernya tu kan...Segmen ni tamat pada 3 mei 2018, masih sempat ya untuk join.

Wassalam.

Tuesday 17 April 2018

ILSM, Sungkai

Assalamualaikum...

Sungkai mu tunggu aku datang.. petang ni mama akan ke ILSM (Institut Latihan Statistik Malaysia) di Sungkai akan bertaklimat di sana sampai khamis.

Mulanya cemas juga nak pergi ni sebab takde transportkan, kalau mama bawa kereta, en.azmi macammana pula, kalau en.azmi nak hantar macam jauh pulak, dah mintak pinjam kereta maklang, maklang ok je tapi alhamdulillah akhirnya naik kereta jabatan bersama pegawai dari PO kikiki... mujurlah pegawai2 tu baik hati nak temankan mama, kalau tak cemas jugaklah mama nak drive sorang2 ke sungkai tu kan. kalau ada kawan ok je nak drive sebab biasa je drive jauh2, tapi kalau sorang ni berfikir jugaklah mama.


Ini je lah beg mama, budak2 ni tengok semua tanya "ini je begnya,cukup ke ni?" eh kenapa tak cukup pulak bukan mama nak pergi seminggu, 3hari 2 malam je pun tak perlu banyak2 baju, kita guna je baju yang sama dari pagi sampai malam, bukan main kotor pun kan, malaslah nak angkut beg besar2 nanti nampak macam taknak balik pulak..tapi kan nampak je kecik tu seterika,buku pun ada dalam tu, megi biskut pun ada, macam mana mama letak jangan tanya hahaha. InshaAllah segala keperluan cukup tu. kalau tak cukup pun mama buat2 cukuplah tapi rasanya macam terlebih je bawak tu haa.

Oklah ada masa mama membebel lagi kat sini, sejak akhir2 ni mood nak membebel tu macam takde je..entahlah macam2 yang nak difikirkan pun. Moga semuanya akan baik2 sahaja.

Wassalam

Friday 13 April 2018

Hadiah dari Allah

Assalamualaikum....

Mama nak kongsi sebuah cerita sempena kita nak sambut Israk Mikraj esok. Ini adalah perkongsian semasa kuliah zuhur yang mama hadiri sempatlah mencatat sedikit ilmu untuk dikongsi. Ceramah disampaikan oleh ustaz Zul Ramli. Pesan ustaz sebelum majlis "Andai kalian ternampak satu majlis ilmu, masuklah dengan gembira kerana kaki yang mudah melangkah ke taman-taman syurga Allah akan mudahkan kaki itu untuk ke Syurga kelak". Maaf andai penceritaan yang kurang tepat. itu salah dari pihak mama lah kan.

Disini bukan nak ceritakan tentang israk mikraj tetap nak menceritakan peristiwa sebelum berlakunya israk mikraj, kenapa israk mikraj berlaku. Peristiwa besar yang berlaku dalam tempoh 30 bulan sebelum israk mikraj. Penduduk Makkah menurunkan tandatangan bagi memulaukan keluarga Nabi saw. Dalam tempoh pemualauan itu, Abu talib dan Siti Khadijah tidak pernah tidur bagi menjaga keselamatan Nabi saw. Betapa teruknya pemulauan itu sehinggakan keluarga Nabi saw tak punya makanan untuk makan apabila tiba 30 bulan terakhir tu(tiba part ni semua dah tunduk dan ada yang menitiskan airmata, termasuklah yang menulis ni). Ustaz kaitkan dengan audienskan, kita hari ni sedap dapat makan nasi beriani masa kuliah zuhur, tahu tak masa Nabi saw dipulaukan tu barang makanan habis untuk dimakan sehinggakan baginda dan keluarga hanya memakan pucuk tamar muda dan Siti Khadijah ra sendiri yang memanjat pohon tamar tersebut..Allahu sedih sangat tak dapat nak dibayangkan. mama sebagai isteri ni sanggup tak berkorban sampai macam tu??tak tahulah kan...

Akhirnya ada dikalangan penduduk yang bersimpati dengan keadaan keluarga Nabi mereka melihat semula perjanjian yang dibuat, perjanjian yag ditulis tersebut telag pun dimakan anai-anai, tetapi perkataan yang tertulis hanya Allah..jadi disitu keluarga Nabi saw telah pun selamat dari pemulauan. tetapi selepas habis tempoh itu isteri Baginda saw Siti Khadijah ra dan bapa saudara Baginda Abu talib telah jatuh sakit. Siti Khadijah sebelum berkahwin dengan Nabi saw beliau merupakan seorang wanita bangsawan yang dihormati, seorang yang kaya tetapi beliau menggunakan seluruh harta kekayaannya untuk dakwah Rasulullah saw. Hebatnya Siti Khadijah ra ini dari seorang wanita bangsawan yang dihormati akhirnya beliau dihina hingga ada yang meludahnya, namun beliau tetap teguh disisi suaminya, Baginda Nabi saw.(aku isteri yang bagaimana??..sedihhh). selepas itu Siti Khadijah wafat diikuti dengan Abu Thalib. ini menambahkan kesedihan Rasulullah.

Namun kesedihan tidak pernah membuatkan Baginda berdiam diri, selepas itu Baginda Nabi saw bersama anak angkat baginda Zaid bin Harithah meneruskan misi dakwah ke thaif, berjalan kaki selama 10 hari untuk berdakwah tapi sepanjang perjalanan itu tiada seorang pun yang menyahut dakwah Baginda, setiba di Thaif juga begitu, akhirnya Baginda Nabi saw dan Zaid dihalau keluar dari Thaif, sepanjang jalan keluar seluruh penduduk thaif sedia menanti dengan batu, kayu dan pelepah tamar mereka lemparkan kearah Baginda Nabi saw dan Zaid. Ada yang terkena baginda Nabi saw sehingga luka betisnya kata Zaid satu bunyi yang beliau tidak dapat lupakan ketika itu adalah bunyi percikan darah Nabi dalam kasut baginda ketika baginda berlari, dapat tak kita bayangkan bunyi itu? Namun begitu Nabi tidak menangis dan Nabi tidak pernah melaknat ummat Baginda.

Dari peristiwa itulah maka berlakunya Israk Mikraj, yang mana Israk Mikraj itu merupakan hadiah ataupun hiburan kepada baginda nabi saw yang diberikan oleh Allah swt. Bagaimana perjalanan Baginda Nabi saw semasa Israk Mikraj ni semua dah tahukan jadi ustaz takdelah nak bercerita panjang sebab waktu yang terbatas, ustaz bercerita peristiwa sebelum berlakunya Israk Mikraj je, sebelum Israk Mikraj ni Baginda Nabi mengalami rasa dukacita yang bersangatan (amul huzni). Pemulauan keluarga, kehilangan isteri Siti Khadijah Bt khuwailis, kehilangan pakcik Abu Thalib dan dakwah kepada penduduk thaif yang tidak diterima. Yang kita nak tahu apakah kemuncak pada peristiwa Israk Mikraj ini.

Kemuncak kepada peristiwa Israk Mikraj ini adalah "Solat" solat merupakan hadiah dari Allah. Walau sesedih mana atau sesukar mana pun kamu, maka solatlah kerana dengan solat kamu akan tenang. Allah akan campakkan ketenangan dalam hati orang yang menunaikan solat. Sahutlah seruan solat dengan gembira kerana solat itu hadiah dari Allah. Macammana gembiranya kita terima hadiah dari seseorang maka kita sepatutnya lebih gembira apabila bersolat kerana Solat itu adalah hadiah dari Pencipta. Solat adalah kerehatan, apabila sampai waktu solat Nabi saw berkata kepada Bilal "Rehatkanlah kami ya Bilal".. Ketenangan ada dalam hati, solat adalah hadiah untuk hati, bersolatlah walau siapapun kita, walau sejahat mana pun kita.

pic dari google
Wassalam


Thursday 12 April 2018

Ada apa dengan RABU??

Assalamualaikum...

pesbuk semalam ramai up status pasal rabu, mama pun tak pasti apakah kejadiannya dengan rabu. tapi bagi mama semalam rabu penuh dengan ujian..macam biasalah setiap ujian pasti ada hikmahNya yang perlu kita pandang dengan mata hati kan.

Okeh semalam pagi en.azmi cakap biar dia je hantar mama kebiasaannya mama yang hantar en.azmi keje. kena bertabah dan sabar sekarang ni, kereta satu je jadinya hari2 mama hantar en.azmi balik pulak kadang mama ambik kadang en.azmi tumpang kawan atau naik lori je. tapi semalam en.azmi kata mungkin dia nak balik awal jadi dia hantar mama, nanti balik mama tumpang kawan je. sekali kawan mama cuti pulak, jadinya kenalah en.azmi ambil petang nanti.

Mama ada taklimat dari pagi sampai petang. wasap dalam group pun berdesup2 masuk sebab dok bincang pasal family day seksyen. sekali ada sorang budak tu cakap dalam group "kak lah suami akak naik ting.20" eh kenapa pulak en.azmi datang ni. takde call pun wasap pun takde, mama pun tunggu je la dekat luar bilik taklimat tu, kot en.azmi nak bagi kunci kereta ke apa kan, mana tahu dia ada kerja nak balik lambat pulak petang ni. sekali mama salah daa... hahaha hadoiiii tau kenapa??? mama terbawa kunci rumah en.azmi datang opis kikiki member dah nak sampai rumah dah baru perasan kunci takde, dah la jauh rumah dengan opis, bayar tol lagi, tapi takpe lah nak buat macammana kan..ehhh dah 2 kali tau jadi macam ni, mama bawa dua2 kunci pegi opis, nasiblah en.azmi tu penyabar orangnya takde nak marah2. kalau tak naya je lah.

Petang dah ayu takde terpaksalah en.azmi datang ambik mama..tengok hari ni saja 3kali tau pergi balik opis mama, takpelah bukan selalu pun kan. sebelum ambik mama tu mama suruh en.azmi ambik adelya dulu dekat transit. masa nak pergi kereta tu mama nampak dah tayar depan tu macam kempis, en.azmi kata tak pe kejap lagi isi angin, sekali masa nak uturn dekat suk tu tayar dah kempis terus memang tak boleh nak gerak dah. en.azmi nak tukar tayar tengok2 tools box takde dekat bonet barulah dia teringat dia kemas kereta hari tu dia letak tool box tu dekat luar lupa nak isi balik..ah sudahhh camno nih, en.azmi dah call abg dan adik dia tapi semua tengah kerja, tak dapat nak tolong.

Mama pun cuba2 jugaklah fikir nak minta tolong siapakan petang2 macam ni, mesti orang sibuk nak ambik anak balik sekolah, call sorang member ni yang selalu tolong mama berkaitan kereta tapi macam mama cakaplah dia tengah tunggu anak balik sekolah, so tak pelah takan nak suruh datang jugakkan. dok fikir2 lagi teringat dekat sorang lagi kawan, dia selalu balik lewat, masa call tu tawakal je la kan. mama call dia terus angkat katanya dia tunggu anak balik sekolah juga, tapi dia suruh mama tunggu nanti dia datang juga, Allah lega mama dengar...Allah berikan ujian Allah juga yang berikan penyelesaiannya kan. tak lama lepas tu en.shah pun sampai, bawa semua peralatan lah untuk tukar tayar. tapi kereta mama ni lain sikit dia punya nat, kena guna alat yang lain sikit. En.shah lah l yang pergi cari dekat bengkel mana entah, akhirnya dapatlah tukar tayar yang bocor tu..alhamdulillah syukur sangat2. syukur juga sebab dah ambik adelya dulu.

Mama yang mengigil masa tu sebab tak sempat makan tengah hari tadi sempatlah makan nasi beriani ayam madu yang mama dapat masa kuliah zuhur tadi. makan berkongsi dengan adelya masa tu sebelum en.shah sampai, mujur lah mama tak sempat makan, dapatlah berkongsi makan dengan adelya, memang niat nak makan dengan anak2 pun sebab dapat nasi special sikitkan rasa macam tak best nak makan sorang2 pulak, tapi rezeki adelya dengan mama je lah sebab mama dah gigil lapar nasik, tengok adelya suka makan rasa macam seronok je belum sempat mama suap ke mulut mama dia dah minta nak lagi. licin sebekas nasi kami makan berdua, en.azmi tengok je lah hehehe.

Alhamdulillah dekat pukul 7 dah settle semua, legakan bolehlah kita berangkat pulang. en.azmi cakap macam2 ujian sekarang ni..takpelah apa yang jadi ada hikmahNya, kita jangan tengok ujian yang Allah bagi tu tapi kita tengok hikmah yang Allah nak bagi..kata mama. Jangan bersedih dengan ujian kita redha je. Ujian bukan sebab Allah tak sayang tapi mungkin sebab Allah rindu dengan kita nak kita mengadu dengan Dia, nak kita dekat dengan Dia.nak kita berserah pada Dia...


Muka ceria lepas makan nasi beriani ayam madu. Mujurlah dah ambik.adelya awal kalau tak susah juga sebab ibu takde sekarang ni kalau nak suruh amik adelya di pasti.

So ada apa dengan RABU???? Rabu penuh dengan ujian hehehe... La tahzan

Wassalam

Monday 9 April 2018

Ya Allah jagakan mereka

Assalamualaikum..

Sabtu petang ibu dan abah buat kenduri sikit sebab ahad tu mereka akan berangkat menunaikan umrah. mama terfikir apa nak buat?sudahnya buatlah sedikit keria gula melaka. tak buat banyak pun sebab kata ibu buat sikit2 je. lepas asar baru pergi rumah ibu, dekat je kan lagipun takde nak masak2 pun semua makanan ditempah je.

Kenyang perut makan petang tu membawa ke malam, tunggu juga nak mengemas tapi dekat pukul 10 malam masih ada tetamu datang ke rumah, nak taknak balik rumah jugaklah. mama cakap dekat ibu esok sajalah mama datang rumah tolong kemas.


Ehhh...bukan ni je yang mama makan ye..kikiki lupa jap pasal kospen, kita makan je menu yang terhidang kikiki. lepas ni kita kawal balik pemakanan.

Pagi ahad semua bangun awal nak hantar ibu dengan abah ke klia. dari sini 2 kereta, yang lain2 gerak asing dan berjumpa di klia je. Adrien asyik tanya je "kenapa ibu nak ke Mekah?" mama cakaplah nak buat umrah "Umrah tu apa?" tanya adrien lagi, umrah tu ibadah lah, "Yen pun nak pergi Mekah jugaklah"..InshaAllah ada rezeki nanti kita pergi jawab mama.

Balik dari klia terus singgah rumah ibu, kemas apa yang patut tak banyak dah pun yang perlu dikemas sebab ibu dah kemas sikit2 malam tadi cuma tinggal sedikit sampah dan sedikit pinggan dan bekas yang perlu dibasuh. siapkan semua kemudia tadahkan air minum untuk anak-anak buah sebelum balik, anak2 buah pulak tiada ikut mommy (adik mama) untuk beli enfon si kecik yang masih sekolah tu ibu suruh belikan enfon sebab enfonnya rosak, nanti susah pula nak dihubungi.

Ibu takde ni mamalah yang ambik tanggungjawab sediakan makan untuk anak buah. anak ibu ada 2 orang je yang sulung dah kerja, tapi masih tinggal disitu lah, yang bongsu masih di tingkatan 4, dah boleh urus diri sendiri dah kan, tapi mama ni rasa bertanggungjawab jugalah sediakan makan, walaupun kata ibu yang bongsu tu malam2 jual burger dengan kawannya, tapi takkanlah nak makan burger hari2 kan. mama hantar juga nasi kalau tak makan waktu malam bolehlah disimpan untuk dimakan masa balik sekolah kan.


Ibu, sebelah ibu tu anak yang sulung, hujung tu anak yang bongsu, tengah2 tu anak buah (anak mommy)

Moga Allah permudahkan urusan ibu dan abah mengerjakan umrah. Alhamdulillah dah selamat sampai ke Madinah. Pagi tadi tak dapat khabar berita katanya tak beli simcard lagi, tapi dekat hotel ada wifi, dapatlah bertanya kabar berita. Rezeki dapat tunaikan umrah..abah kata kalau nak tunggu haji lambat pulak, bawa pergi umrah dululah yang penting abah dapat bawa ibu ke Mekah,  takut apa2 jadi abah terkilan pulak nanti...aduhhh sedih lah pulak.

Abah ada berkongsi gambar disana seronok tengok, abah kata waktu sampai tu macam2 rasa yang ada. Moga dapat umrah yang mambrur. Ya Allah...jagakan mereka.

Wassalam


Friday 6 April 2018

Rendang crispy???🍗🍗

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni mama berpeluang mengikuti Program Kembara Pasaraya Sihat di Giant BK5 Puchong anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Mama kan ahli pasukan rujuk Kospen plus. kami dijemput untuk sertai program ini, jadi berbesar hatilah untuk sertai. Walaupun tak diberitahu apa yang perlu dibuat redah je la kan.

Pergi dengan driver jadi takyah susah2 nak cari jalan kikiki, mama pergi bertiga naik kereta jabatan je senangkan. Sampai2 kat giant tu..eh macam takde event apa2 pun dekat ruang legar tu. cuak jugaklah kan salah tempat ke apa, memusinglah kami turun bawah naik atas tak jumpa juga,last choice member ajak tengok dalam giant tu sendiri, sekali nahh betullah dalam tu kikiki bukan apa kami ingatkan nak kena tolong check orang ke apa, rupanya silap daaa...program lain. itulah bos pun tak bagi info dengan tepat. orang lain pakai kasual je tshirt dan seluar, mama berbaju kurung hokey.

Aktiviti sebenar, kami diberi tugasan konon2 untuk memasak makanan sihat. group mama kena masak lunch lauk utama "rendang bukan crispy" ye hehehe. jadinya kenalah fikir nak masak rendang sihat macammana, senang je lah minyak gunalah minyak bunga matahari, santan gantikan dengan susu, ayam pulak ambik bahagian dada je tanpa kulit dan lemak, bahan lain tetap sama. kemudian masak 1 sayur dan sebiji epal hijau.

Lepas dan pilih bahan semua kumpulan kena present la kan setiap bahan yang diambil, lepas kami present, dokte akan terangkanlah berkaitan bahan yang dipilih. sebelum beli barang lihat dulu kandungan yang ada dalam barang yang kita beli. seronok juga sesekali join aktiviti macam nih. ingatkan nak masak betul2 dah tadi mama bersemangat je hihihi, masak rendang oiii.. best masa sesi ni sebab semuanya buat lawak je.


Di sini mama nak berkongsi Panduan Membeli Makanan Secara Sihat. Untuk kali ini mama nak share berkaitan Telur . Kalau nak share semua panjang pulakkan.

Pilihan Bijak
Semua jenis telur segar

Perlu diketahui
* telur merupakan sumber protein, selenium, vitamin B2 dan B12.
* nilai pemakanan telur adalah sama walaupun mempunyai warna kulit yang berbeza
* kunin telur adalah tinggi kandungan kolestrol berbanding putih telur(tapi mama suka kuning telur😂)

Berwasapadalah
* telur masin adalah tinggi kandungan garam(sedap nih buat makan masa sahur)
* sekiranya anda mempunyai paras kolestrol darah yang tinggi sila awasi pengambilan telur tidak       melebihin 3-4 biji seminggu.
* elak daripada membeli telur yang tidak disimpan ditempat yang dingin.
* Elak daripada membasuh telur sebelum menyimpannya. Memadai hanya dikesat atau dilap sahaja.
* Elakkan makan telur separuh masak bagi mengurangkan risiko keracunan salmonela, penyerapan vitamin B biotin dalam telur adalah rendah apabila telur dimakan mentah atau separuh masak.
* Kanak2, wanita hamil dan warga emas harus mengelak daripada mengambil telur yang tidak dimasak sepenuhnya.


Bergambar ramai2 lepas habis program. Nanti kalau nak beli barang di pasaraya tengok yang ada pilihan KKM ye, sebab yang ada logo tu maknanya yang lebih baik dari yang lain, contoh yogurt ada banyak brand tapi tengok yang ada logo kkm la..gitteewww lebih sihatlah, tapi terpulang pada pilihan masing2 jugaklah...antara sedap dan sihat mana satu pilihan kita. Tahun ni punya kempen kurangkan garam... No choice be active, eat healthy..gitu ko mama..

Wassalam



Thursday 5 April 2018

Paya Indah Wetland

Assalamualaikum...

adoii malasnya nak menulis, entah lah mood nak menulis tak mari2, terjunam ke laut dalam, tapi hari ni mama sambung je lah cerita 2 minggu lepas. layan je la sebab sayang gambar2 yang ada ni kan.

Ahad tu kami ke paya indah wetland. dah separuh perjalanan paklong (abg ipar) call mama, katanya dia dan maklang(adik ipar) nak follow juga, ok je lah kan tapi kami gerak dulu lah tunggu dekat sana je. Masuk Paya Indah Wetland ni percuma je. Aktiviti apa je ada dekat situ?

Kami sampai dalam pukul 10 lebih sempatlah tengok Hyppo makan dan sempat juga tengok orang bagi makan buaya. lepas tu tengok belibis yang bersantai-santai ditepi tasik yang dipenuhi bunga teratai. kemudian anak2 nak naik anjung tinjau, mama pun bawa je lah. dah habis pusing baru paklong dengan maklang sampai. ronda2 kejap dalam tu sebab dah takde apa kan, nak tengok hyppo dengan buaya kena awal, habis waktu makan hyppo berendam dalam air dah, buaya2 pun dah menghilang.

Keluar dari paya indah wetland kami cari kedai makan sebab perut dah berbunyi mintak diisi, tapi tak jumpa pulak kedai makan area situ, sudahnya kami sampai ke tadom hill. apalagi singgahlah kejap tengok2 sesuai tak untuk bawa tok dengan wan bercuti kat situ. tengok2 macam tak sesuai je, untuk kami2 ni sesuai la kot nak terjun tiruk, ber atv, flying fox dan macam2 lagilah aktiviti yang ada dekat situ, kalau bawa tok dengan wan mesti jadi tukang jaga beg je nanti sebab takde aktiviti yangs esuai untuk tok dengan wan. bukan tu je untuk anak2 kecik pun macam tak sesuai je.

Keluar dari tadom hill terus cari tempat makan. Alhamdulillah jumpa tempat makan ada pulak cendol duria, pakat2 orderlahkan sedap tu makan cendol dalam cuaca panas berbahang nih. makan pulak semua pilih nasi ayam penyet. senangkan sama order siapnya cepat sikit. dan makan tengah hari tu paklong dan maklang yang bayarkan..erkkk mama ko bila nak bayar??? asyik orang je yang bayarkan...kikiki. sambil2 tu bincang lagilah mana nak pergi lepas nih. jom kita feeling2 ala cameron highland, kita pergi ladang teh pulak. jangan tak tahu ada ladang teh ye dekat sini.  Malas nak tulis dah layan gambar je la ye.


mula2 kita pergi tengok hyppo la,alhamdulillah rezeki anak2 lah sebab masa sampai tu memang hyppo tengah makan, risau jugak kalau terlambat badak dah berendam dalam air kan. eh geli pulak mama tengok dekat2 badan badak ni macam ada bintik2. yang ada 2 ekor ni je lah agaknya kan. dapat tengok badak pun teruja anak2.


lepas tu pergi tengok buaya pulak, mula tu tenang je tasik nih, buaya pun nampak sipi2 je dekat permukaan air tu. ada buaya biasa ada buaya tembaga. kebetulan rezeki anak2 waktu tu memang waktu bagi makan buaya, mama dorang pun gigih berdiri tepi tembok sambil pegang payung, tengah panas lit lit tu kome wehh. adelya sia cakap "mama jauh sikit nanti telefon jatuh buaya makan" kikiki buaya tak makan telefon la yaya. mula2 tenang lepas dicampak ayam sekor2 terus mengganas buaya ni ada yang berebut makan.


tenang2 je belibis nih melepak bawah pokok dalam cuaca panas ni kan. syok je duduk bawa pokok buluh yang redup ditepi tasik yang penuh dengan pokok teratai, oh ada yang berbunga teratai tu, cantik sangat. mama suka juga dengan alam ni kan, jadi nikmatilah keindahan yang ada.


ini masa dekat tadom hill, seronok juga kalau dapat main air dekat sini. anak2 pun apalagi mengamuk2 taknak balik sebab nak main air. eh kalau nak main air je bayaran 1 kepala dewasa rm25. tapi idok ler mama nak main air, baju apa pun tak bawakan kita survey2 je. tapi anak2 dah mula tarik muka sebab tak bagi main air ekekeke, dah pujuk2 nanti datang dengan wan dengan tok, barulah ok sikit memasing kalau tak ada yang mama campak je dalam air tu haaa berendam puas2


Legakan tekak yang kehausan dengan cendol durian, siap ada 2 ulas durian lagi, sedap weh tetenagh panas pekena cendol, durian tu pun sedap, anak2 apalagi habis dipulunnya durian maklumlah masing2 peminat durian kan. ini je gambar yang ada nasi ayam penyet tak mampu dah mama nak snap pic tangan dah gigil laporrr nak angkat kamera pun tak boleh dah mujur boleh angkat sudu, kalau tak nayaaa


haaa...pokok teh dicelah-celah kebun kelapa sawit tuu...budak sorang ni je yang teringin nak bergambar dengan pokok teh kemain beria dia suruh mama ambik gambar berkeping2. ini ladang teh boh di kg. sri cheeding, dekat je lah dengan rumah mama. ok lah tu nanti nak tengok pokok teh bawa je anak2 datang sini kan, kilangnya pun ada tapi jauh ke dalam lagi, malas dah nak ke dalam kami duduk dekat sini je lepas tu baliklah sebab panas sangat dah.


Gaya anak2 sementara menunggu paklong dan maklang sampai, lemain dua beradik tu kan main cubi2 pipi sweet sangat, sweetnya ada la beberapa minit lepas tu bercakaran je la dorang, mama malas nak melayan ikut koranglah haa berkejar la korang dekat situ, lagipun takde orang lain pun kan, sebelah depan tu tasik, adalah juga beli makanan ikan bagi makan ikan dalam tasik tu, tapi macam tak banyak je ikan ke ikan dah kenyang sebab tak banyak sangat ikan yang serbu masa anak2 lemparkan makanan dalam air.


Ini sebelah tempat hyppo je, boleh juga duduk santai2 sambil piknik nih. masa mama sampai tu ada la 1 keluarga yang makan2 dekat sini. kata maklang boleh juga bawa tok dengan wan piknik kat sini. mama ok je tapi kalau nak sambil2 tengok hyppo kena keluar awal sikitlah kan, kalau lewat sangat hyppo dah berendam dalam air la.

Balik tu anak2 ucapkan terima kasih sebab bawa dorang jalan2..alahai sweet sangat, maaflah mama dapat bawa jalan dekat2 je. tu pun adrien kata dia seronok dapat tengok hyppo dengan buaya, nanti nak suruh bawak lagi. lega mama dengar anak2 seronok. ok nanti ada rezeki lebih kita jalan2 lagi ye.

Wassalam.

Sunday 1 April 2018

Ais Kepal Milo

Assalamualaikum....

Dah lama dok tengok orang share pasal ais kepal milo nih tapi takde lah rasa nak cuba pun. Minggu lepas adik dan ipar datang dorang teringin nak makan. Masa tu mama try lah google sebab macam ada ternampak signboard masa mama dok pergi kerka tu kan. Sekali tengok ada cempedqk chesse share dekat fb ais kepal milo dekat lorong haji bakri. Masa tu en.azmi dan paklong pergi cari tapi tak jumpa, takde rezekilah kan.

Hari ni mama tak kira mesti cari juga. Kebetulan memang nak keluar pergi jemputan kenduri kawan en.azmi dah alang2 tu kita carilah kedai ais kepal tu kan. Mula tu makan nasi kenduri dulu, lepas zuhur baru pergi tengah panas lit lit tu kan. Lauk kenduri sedaplah.daging masak apa tak tau tapi mama sedap ratah je. Balik tu lalu kedai ais kepal tu terus singgah. Kata en.azmi " laaa sini je ke kedainya" sebab dia cari hari.tu masuk jln.haji bakri tu tak jumpa rupanya kedainya dekat luar je. Memang tepi jalan tu kalau dari rumah mama lepas sikit jln.haji bakri sebelah kiri kedainya.


Amacam ada rasa terliur tengok..hihihi jangan marah naaa, ini pekena tetengah panas memang ngamlah sejuk je tekak ni. Ini ais kepal mili rm3. Ada milo oreo,koko crunch, honey star rm4 dan yang special rm5. Selain ais kepal ada juga mee kari sebab dah kenyang makan kenduri takde lah kami makan. Gerai lain ada juga jual pisang chesse, nutella chesse dtoberi dan beberapa menu lagi, teringin nak cuba tapi tak buka, haa ada chance nak pegi lagi nih. Bagi mama rasanya ok la,milo tu memang pekat, manis2 pahit hujungnya kira sedaplah bagi mama.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...