Thursday 22 June 2017

Cerita sebelum raya

Assalamualaikum...

Beberapa hari lagi tetamu kita akan pulang. Moga kita akan bertemu lagi dengan tetamu kita ini untuk tahun-tahun yang akan datang inshaAllah. Terasa sekejap je tetamu ini bertamukan, dah nak balik pun. Tak lama lagi nak bertemu syawal pula, macammana persiapan untuk menyambut syawal?



Mama tahun ni persiapan untuk anak-anak je, mama dan papa pakai baju yang sedia ada je sebabnya tahun ni beraya di kampung mama dulu, semua adik-beradik berkumpul jadi kami dah sepakat yang gigirl nak sedondon warna merah. Mama dah ada baju warna merah yang mama jarang pakai jadi malas pula nak tambah koleksi warna merah sebab mama nih bukan penggemar warna merah sebab warnanya menyerlah sangat ekekeke, kalau gigirl merah boboiboy tak kisah kaler apa, mulanya nak hitam tapi en.azmi taknak jadinya tukar grey, tapinya anak-anak je lah greynya papanya tak tahulah nak pakai grey ke merah sebab baju melayunya ada dua-dua warna tu...haaa kan dah jimat heheh.

Raya mana tahun ni? mama tiap-tiap tahun pun raya dua-dua kampung sebab dekatkan. tapi untuk raya pertama tu bergilir jugalah. mula-mula kawin dulu memang raya rumah en.azmi dulu tapi lepas tu buat sistem giliran juga walaupun mama yatim piatu. Ada yang tanya yatim piatu pun tetap bergilir juga? eh mestiii sebab masih ada adik-beradikkan, pulak tu ada yang masih belum berkahwin dan mereka tetap balik kampung, jadinya mama pun nak berkumpul dengan adik-beradik, suasananya lain di hari raya bila dapat berkumpulkan, sambil mengimbas memori masa mak ayah masih ada dulu. berebut-rebut nak bersalam, berebut-rebut makan kuih raya.

Alasan lain yang membuatkan mama nak bergilir sebab anak-anaklah, anak-anak macam tak berapa je nak balik kampung mama dulu, ehhh bikin mama sentap okeh bila ajak balik kampung mama je semua tak mahu, nangis je mama dalam hati. ini tak boleh jadi anak-anak perlu juga tahu yang mereka juga ada kampung lagi satu walaupun tok dengan wan dah takde. Bila anak-anak dah makin besar ni barulah mama terangkan pada mereka tentang kampung mama dan tentang wan dan tok yang dah tiada. sikit-sikit mereka fahamlah tapi sebab dah jarang balik mereka jadi tak suka jugakan nak pulak rumah tok sebelah papa ada wifi seronoklah mereka dok layan youtube dari pagi sampai malam ehhh geram je mama tau, orang balik kampung pergilah kejar ayam itik kat tanah sana, kenal kampung sikit, pergi panjat pokok ke apa, ini nanti pokok pun tak reti panjat tengok mama nih pokok kelapa pun boleh panjat..ehemmm itu dulu la sekarang tak larat dah nak membawa badan panjat pokok.

Hari tu ada kawan mama dok bercerita sedih...dia pun yatim piatu tiap kali raya memang balik kampung suami, tapi kali ini adik-beradik telefon suruh balik kampungnya. mama cakap baliklah tapi janganlah tak balik kampung suami pula. esoknya dia gembira cerita nanti lepas balik kampung suami dia akan balik kampungnya pula, tak sabar nak balik jumpa adik-beradik katanya. ye lah bukan tak berjumpa dekat sini, macam mama jugalah dekat sini pun berjumpa adik-beradik siap berkumpul buka puasa sama-sama lagi tapi ye lah suasana di hari raya itu lainkan bila kita dapat berkumpul adik beradik nak pulak di rumah peninggalan arwah mak dan ayah, suasana sayu dan gembira terasa. duduk masak-masak sambil imbas kenangan lama best wooo. walaupun jauh disudut hati sedih dan hiba tapi inilah suratan takdir, redha dan sabar sajalahkan. selalu terbayang alangkah seronoknya kalau saat ini mak dan ayah masih ada tentu gamat seisi rumah kalau nak raya.

Teringat rendang ayam mak, lemang ayah. Sehari menjelang raya mak dah sibuk membuat rendang ayah pula membakar lemang, sedap lemang yang dibuat ayah, ada jiran-jiran yang order. sayangnya kami tak sempat nak ambil ilmu dari ayah cara buat lemang, boleh je nak buat tapi mesti tak samalah macam arwah ayah buat, part jaga api lemang pun satu hal, panasnya la hai tapi seronok. mama tolong jugalah sikit-sikit, rendang pun pandailah juga hasil dari tengok arwah mak buat jadinya sampai sekarang tender buat rendang untuk raya mama lah orangnya. ini nanti sabtu baru balik kampung ohoii sibuklah mana nak kemas rumah masa nak masak lagi, tapi takpe kita buat sama-sama. nampaknya tahun ni kena terus balik kampung mama dulu la, teringin juga nak berbuka puasa di kampung mama, hari tu dah balik berbuka dikampung en.azmi kira adillah kan heheh. Lagipun kami tidur pun semalam dua je dikampung mama selebihnya memang dekat rumah en.azmi sebab raya kedua adik-beradik yang dah kawin pergi rumah mertua pula yang bujang pun cuti tak lama, takpelah dapat sekejap je dikampungkan asalkan balik juga.

Hari ni mama dah last kerja masuk lambat sikit ambik time off sebab nak ke pasti adrien ada perjumpaan ibu bapa untuk.ambik buku rekod periksa yang lepas.entah apa la result adrien ni nanti ye. Apapun resultnya tak kisahlah yang penting dah pandai menulis, membaca dan mengira, ada juga yang dia kata tak sempat jawab sebab mualimah dah suruh berhenti hehehe...lambat sangat nak jawab siapa suruhkan. Tengah menunggu 8.30 ni bosan pula mama. Jiran-jiran ramai juga yang dah balik kampung, kami ni sabtulah balik nampaknya, disamping mama nak settlekan kerja rumah jumaat tu en.azmi pun kena kerja juga sampai jumaat tu, takpelah kita tak payah kalut-kalut. Kalau jalan sesak pun apa nak buat memang itupun yang berlaku tiap-tiap perayaan, layan sajalahkan setahun sekali je kan.

Selamat hari raya dari kami 


Dikesempatan ini mama nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Selamat balik kampung, berhati-hati dijalanraya.

Panjang pula celoteh mama ni ikutkan nak sambung lagi kang ada yang muntah membacanya, lagipun dah 8 lebih ni eloklah mama ke pasti dulu, lepas ni nak masuk ofis pula. Oklah... Sehingga bertemu lagi

Wassalam

Monday 19 June 2017

Kad raya

Assalamualaikum...

Ingatkan tahun ni tak dapat dah kad raya. Tetiba hari ni dapat juga sekeping, jadilah kan buat pengubat hati. Teringat dulu-dulu kalau nak raya ni memang tertunggu-tunggulah abg posmen datang bagi kad raya. Tapi sungguhlah memang banyak dapat kad raya dari kawan-kawan, siap lepas tu buat hiasan di pagi raya lagi gantung-gantung kad raya di dinding rumah tak pun gantung pada ranting pokok yang dah mama tebang di belukar,gigih tu meredah semak semata-mata nak cari ranting yang cantik untuk gantung kad raya, tapi sekarang tunggu kad raya macam nak tunggu bulan jatuh ke riba je.


Akhirnya dapat juga kad raya/ AR postcard, tapi mama panggil kad raya je la ye.Kad raya animasi dari pos malaysia. Kad yang dapat macam gambar atas tu, bila dah scan jadi macam gambar bawah tu, siap muzik dan suara lagi interesting la bagi mama, tak sabar nak bagi anak-anak tengok mesti anak-anak suka ni, biasa tengok dalam video je, kali ni mama bagi tengok yang real punya. Kad ini mama dapat dari biras kesayangan mama Ira pemilik blog Dear diary. Ira memang keje dekat pos malaysia senanglah beli kad nih,kalau harap mama ni teringin je la nak beli tapi nama nak menapak ke pejabat pos beli kad ni mau berfikir jugalah, sayang lemak-lemak terkumpul ni hehehe.

Sapa yang berkenan dengan kad ni boleh beli lagi kot tapi kalau nak pos tu tak tahulah sempat tak, pos tutup untuk pengeposan barang 21hb ye..haa sempat lagi ni kalau nak beli,bukan apa best kot kad raya ni..eheh sempat promote pulak, sendiri malas nak beli kikiki apapun terima kasih Ira untuk kad raya yang best nih. Apa yang ira tanya dalam kad mama jawab sinilah ye hehehe... Kuih raya dah buat dah, tinggal 1 je lagi belum buat inshaAllah nanti nak buat juga. Maaf juga andai ada salah dan silap selama ini ya. Jumpa dikampung nanti hehehe. Terima kasih untuk kad ini n I really enjoy it.

Wassalam

Sunday 18 June 2017

Biskut raya mama

Assalamualaikum...

Cuti 2 hari ambik peluang untuk tunaikan hajat sendiri yang bersemangat nak buat biskut raya. Sesudah subuh dah sedia didapur, semalam mama buat semperit chesse. Rupanya tak berapa nak menarik tapi rasanya inshaAllah sedap, anak-anak pun pulun makan, dapat 2 bekas ingat nak la bawa balik kampung sebekas, tapi nampaknya impian sajalah sebab yang sebekas dah mula susut dirembat anak-anak, suka pula dorang ingat en.azmi je yang suka.



Rupa semperit chesse mama, tapi kejadiannya tak konsisten ada kecik ada besar..barulah namanya seni kan ehehehe. Itu konon nak letak coklat cip tapi dah pergi membeli dengan anak dara terus dia pilih yang kaler pink, kira ok lah juga tu kan, pink pun pink la cari cerry tapi tak jumpa jadinya kita guna saja apa yang ada.


Ini projek yang sedang berlangsung kikiki..biskut mazola pun en.azmi suka,jadinya mama ni buat biskut kesukaan en.azmi la nampak mithali tak mama? Sempat lagi update blog, bukan apa oven mama tu kecik sekali masuk 1 loyang jenuh tunggu.nak.siap bakar sampai jemu la menunggu tu yang boleh update kat blog ni. Ada lagi yang mama nak buat ni biskut cornflakes tapi cornflakes lupa beli kat kedai runcit dekat rumah pun takde, bahan lain dah ada ni ha, nantilah buat pula.

Ok lah nak sambung bakar biskut lagi.

Wassalam

Friday 16 June 2017

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum...

Semalam sampai je rumah pukul 6 teruslah mama bersilat didapur menyediakan juadah berbuka, juadah yang ringkas-ringkas saja janji boleh dimakan. Dah la dapur pulak buat hal, satu je boleh digunakan satu lagi tu entah apa kena tak boleh nak dihidupkan. Maklumlah dapur pun dah bertahun guna tu, kena tukar barulah gamaknya nanti. gigihlah memasak guna satu dapur saja, tapi takpalah syukur masih boleh memasakkan. walaupun yang simple-simple syukur masih punya rezeki makanan.

Sedang mama asyik didapur Adrien masuk ke dapur membawa satu bungkusan. Mama tengok sepintas lalu sajalah sebab masih sibuk dengan masakan di kuali. Bila dah selesai barulah mama buka sampul surat yang diterima. Alhamdulillah...rezeki ramadhan, mama terima pemberian dari aida sebagai salah seorang pengomen di blognya. Aduh malu juga mama ni haa tapi dalam malu tu rasa sangat berbesar hati, pemberiannya pun sangat bagus dan mama sangat suka.



Tengoklah ni bukan satu tapi cuba kira berapa yang mama dapat tu, ya Allah syukur sangat-sangat dalam mama dok terfikir-fikir nak mencari bahan bacaan aida dah bagi pada mama bahan bacaan. Siap ada buku resepi lagi tu haa..nanti bolehlah mama cuba resepi puding yang ada dalam buku tu. Ada penanda buku yang dibuat sendiri,tasbih..semua mama sukalah. Aida juga stokis power gold kalau sesiapa nak beli emas bolehlah contact aida.

Sedikit dari isi kandungan buku prof muhaya


Sebenarnya aida pun rajin memberi komen dekat blog mama eh mama rasa setiap blog yang aida follow mesti aida komen jugakan. Yang bestnya aida bukan komen pada entri terkini je tapi aida komen pada entri-entri sebelum yang belum dibaca. Jadi mama pun akan membalas komen dan baca juga entri yang belum mama baca. Siapa yang belum follow aida bolehlah terjah dan follow menambahkan kenalan dan bersilaturrahim.

Aida...terima kasih banyak-banyak tau, saya terharu dan suka sangat dengan pemberian dari aida ni. Moga Allah berikan rahmat dan redhaNya buat aida, moga aida terus dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik, berbahagia disamping suami dan anak-anak. semoga ukhuwah antara kita terus berkekalan..inshaAllah.

Wassalam.

Wednesday 14 June 2017

Surat Cinta untuk mama

Assalamualaikum...

semalam diruang tamu sambil melipat kain yang 2 bakul itu mama biarkan anak-anak bermain. Adelya dengan play dohnya. itu satu hal dah dicampur semua warnanya menjadi coklat sahaja, sudah itu habis pula playdoh yang kecil-kecil melekat di lantai, bersabar je lah menahan hati mama sorang-sorang, en.azmi ke luar kawasan.

Sedang melayan kain yang berbakul tu mama perhatilah anak-anak bermain, abang adam sedang meniarap sambil menulis sesuatu di atas kertas A4 yang dirembat dari papanya. memang kertas A4 itu dah menjadi kertas lukisan buat anak-anak. sesudah melukis mereka tampal pula di dinding, sekrang wall deco mama penuh dengan lukisan anak-anak, nampaknya bakal ditambah lagi tu.. huhuhu. tambahlah anak-anak, nak dilarang pun dah malas mama ni.

Tiba-tiba abang adam datang bagi sesuatu pada mama "ini surat untuk mama" katanya. Mama pun ambil belum sempat mama buka Adrien pula datang katanya nak pinjam surat yang abang adam bagi tu. "kenapa yen nak ambik?" tanya abang adam. "yen nak tiru sekejap" jawab adrien terus ambil surat abang adam tu, kemudian tekunlah dia menulis, dah agak lama abg adam pun jenguk apa yang ditulisnya, sekali dalam masa yang lama tu dia baru tulis namanya saja, terus abang adam cakap biar abang saja yang tulis.




Inilah 2 pucuk surat yang mama dapat semalam. Sweet sangat siap dapat 3 pasu bunga tu, abang adam bagi satu adrien bagi 2, kata yen dia bagi lebih dekat mama sebab yen sayang mama lebih, love yang dia buat pun terpaksa dipadam satu tu sebab katanya love itu tak menjadi hehehe..ada-ada sajalah budak adrien ni kan, love yang dilukis pun lebih besar dari love abg, yen memang kalau boleh nak lebih je dari abang. Okeh nanti mama tengoklah apa yang ditulis dalam surat tu terlaksana ke tidak ye..hehehe.

Semalam hari pertama sekolah setelah cuti 2 minggu, mama sampai rumah abg adam dah sampai dulu sebab sekolah balik awalkan, terpaksalah duduk rumah pengasuh dulu sementara mama nak sampai rumah. Alhamdulillah walaupun sekolah mama ingat abg nak buka puasa balik tu tapi abang tetap bertahan, bangga mama dengan abg tau tak, solat pun alhamdulillah abg buat walau kadang-kadang liat juga bila disuruh. Harapnya abg dapat bertahan dan berpuasa penuh.

Wassalam

Tuesday 13 June 2017

Hebatnya Ujian

Assalamualaikum...

Semalam mendapat perkhabaran sedih..Allah terlalu besar ujian buat sahabat mama yang seorang ini. Ya Allah selepas ini moga kebahagiaan akan mengiringi perjalanan hidupnya hingga ke dalam syurga. Mama hanya mampu berdoa dari kejauhan ketika ini, tak mampu berada bersamanya diwaktu-waktu sedih dan sukarnya.

Sahabat ini kawan sekampung, satu sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam, walaupun bukan terlalu rapat tapi kami memang berkawan. Syawal lepas mama melawatnya di hospital klang. menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kedua dalam pada masa yang sama rahimnya terpaksa dibuang kerana terdapat beberapa komplikasi. Waktu itu dia tetap tersenyum dalam kepayahan. Kisah ujiannya sejak awal mengandung anak kedua ini, dia berpisah dengan suaminya...Allahu Akbar..sebaknya mama memikirkan, mengandung anak kedua sendirian.

Semalam terima perkhabaran duka lagi, kali ini mama tidak sempat berjumpa dengannya, pagi dia whatsapp minta doakan anak kecilnya yang akan menjalani pembedahan kerana terdapat darah beku dikepala akibat terjatuh, bagaimana terjatuh itu tidak dapat mama nak huraikan kerana itu saja yang diberitahu. Peluang yang ada 50/50, Allah Maha Besar.. sekali lagi mama rasa terpukul, hebat ujian untukmu sahabat, mama yang kadang diuji dengan sedikit kesusahan pun dah mengeluh, kalau diuji seperti sahabat mama ni tak tahulah kan.

Pembedahan berjaya dilakukan, tetapi keadaan Nor Iman Amany masih tidak stabil, kami kawan-kawan hanya mampu titipkan doa, moga ada keajaiban yang berlaku. Tapi Allah lebih mengetahui semuanya, Pukul 10 lebih mendapat perkhabaran Nor Iman Amany telah dijemput pulang, Allahu Akbar luluh hati mendengar perkhabaran itu, moga sahabat mama itu tabah menghadapi semua ujian yang datang, ya...Allah tahu dia kuat maka Allah uji dia dengan ujian ini kan, tapi ye lah kesedihan pasti dirasai jugakan..Damailah kau Nor Iman Amany, sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, tunggulah ibumu dipintu syurga kelak dan bersamalah melangkah kedalam syurga nanti. Anak syurga itu baru selesai menjalani post mortem, nanti akan dibawa balik dan dikebumikan dikampung. Moga segala urusan sahabat mama ini dipermudahkan..inshaAllah.

Ujian kifarah dosa?

Apabila kita diuji hati berbisik..orang sekeliling menasihati..
Allah uji sebab nak hapus dosa, Ya betul..tapi kita makin sedih, makin kecewa, makin meratapi dosa. Allah jua diajukan soalan kenapa dan mengapa??

Wahai kesayanganku berhenti sejenak dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu. Allah dah janji "inna ma'al usri yusro"(setiap kesusahan itu bersama kesenangan)

Nabi Muhammad SAW juga diuji, Bahkan lebih hebat daripada kita...lalu adakah kerana dosa? (Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua..adakah kerana dosa?

Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga..adakah kerana dosa?

Bilal bin Rabah juga terseksa didunia.Dihenyakkan batu besar diatas dada..adakah kerana dosa?

Bukan..bukan..bukan kerana dosa semta-mata..Allah uji untuk menaikkan darjat,Allah uji sebab Dia kasihkan kita, kerana Allah rindu airmata kita.

Indahkan bila kita menangis Malaikat tadah airmata dan simpan di akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Kesayanganku jangan prejudis pada Allah apabila diuji, jangan menghukum diri apabila diduga. sebaiknya ambil wudhu', solat dua rakaat, selepas salam istighfar dan selawat..Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang..bisik dalam hati sedalam-dalamnya.

Ya Allah terima kasih keran tidak lupakan aku..

Allah itu Adil, Allah itu penuh Kasih Sayang
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bersabarlah setiap kali diuji, Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.
Kita hamba yang sering lupa diri, kita suka menunding jari. jangan berburuk sangka sesama manusia apatah lagi berburuk sangka pada Allah...pesanan mama untuk diri sendiri juga buat semua sahabat mama..

Wassalam.

Monday 12 June 2017

Projek ramadhan mama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah 17 ramadhan kita.Macammana ramadhan kawan-kawan setakat ini? Semoga apa juga impian kita untuk ramadhan ini akan tercapai. Bagi mama sendiri alhamdulillah satu target untuk ramadhan ini telah berjaya dicapai, mengejar waktu untuk melaksanakannya tu ye lah sebelum-sebelum ini gagal dilaksanakan. Kali ini berjaya kerana anak-anak dah besar dan boleh buat hal sendirikan.

projek langsir ramadhan mama juga berjaya yeayy... Gigih menjahit dikampung hari tu, pagi semalam pun menjahit lagi langsir untuk bilik. Siap juga akhirnya..lepas tu terus paksa en.azmi gantung langsir..ohoiii terasa lagu raya bergema menghiasi ruang rumah ahaha. Sungguh lah nampak berseri rumah bila pasang langsir. Langsir mama bermotifkan warna pink purple, nampaknya suami mama abam sado en.azmi tu terpaksa terima dengan redha pilihan isterinya dah dia pun kata ikutlah...bila mama tanyakan, jadi kita pilih ikut suka hati sendiri.



Langsir bilik..semua mama jahit sendiri, bolehla daripada takde jahit simple-simple je, amacam ok tak? Ada yang nak komen? Dialu-alukan hehehe. Setiap bilik dan pintu lain corak langsirnya hahaha konsep masyarakat majmuk, tapi kaler masih pink dan purple. Jangan ada yang pening tengok dah la, tapi dari pandangan mata mama ni oklah juga..ye la sendiri yang pilih haruslah kata ok kan. Ehhh memang ok dah ni. Ok tinggalkan.cerita langsir lega semua dah settle.


Ini pagi tadi gigih sorang-sorang menyimpul kasih heheh..biasa buat bentuk biasa je, kali ni cuba buat popia simpul pulak. Lenguh juga tangan menyimpul, tapi bila dah siap lega rasanya dapatlah sebekas besar juga. Banyak biskut raya mama ni campur dengan yang beli. Minggu depan ada lagi projek biskut raya, biskut apa nak buat tu kena tunggu dulu la heheh, bukan apa kang dok gebang lebih-lebih last-last malas nak buat kan dah malu sendiri. Tapi bahan tu dah beli la, berkobar semangat mama ni sebenarnya nak buat biskut.


Ini projek yang tak dirancang, selesai menyimpul popia kerjakan kayu kayan yang ada pula maka jadilah benda ni, tempat letak payung dan rak kasut. Macam biasa idea mama, yang membuatnya tentulah abam sado mama tu, ada lagi yang mama paksa en.azmi buat, balik dari bakeri terus paksa en.azmi bertukang heheh..mujurlah en.azmi tu mengikut je apa isteri dia ni suruh, apa taknya kalau tak diikut mau muncung sedepa mama ni kan. Nak tak nak ikutlah juga. Puashati okeh bila apa yang mama nak berjaya dibuat, tapi tak boleh tunjuk lagi sebab belum sempurna kejadiannya kalau dah cantik nanti mama tunjuk ye..ehh ada yang nak.tengok ke?

Ok lah mama berenti dulu, nak menggoreng ayam untuk anak bujang mama pula.

Wassalam

Thursday 8 June 2017

Kek Batik Mama

Assalamualaikum...

Lama sebenarnya mama tak buat kek batik nih, kek yang paling mudahkan tak perlu nak bakar kasi goreng saja. Buat pun main ikut sesedap rasa mama je.

Kebetulanlah sebenarnya mama dan jiran-jiran diva bentara ni nak buat pot luck di taman depan rumah. sajalah nak berkenal mesra sebelum ramadhan hari tu. Tengok bahan-bahan yang diperlukan ada, jadi mama buatlah kek batik versi mama.



Inilah rupanya kek batik mama tu,bukan kain batik okeh tapi kek batik. Amacam menyelerakan tak??? eh tertanya pula puasa-puasa ni, sendiri yang tunjuk gambar sendiri yang tertelan ailio, aih nape macam sedap jek nih, ehhh tapi memang sedap pun..kikiki sendiri masak sendiri puji. Tempeklah resepi kat sini..

Bahan-bahan :

Sebungkus biskut marie ( mama guna semua je)
Butter 250gm
Milo sebungkus peket kecik tu (250gm kot berat dia, lupa lak mama)
Susu pekat manis setengah tin
Telur ayam 2 biji (letak telur lagi gebuss kek)

Coklat (dicairkan untuk topping)
Badam cincang

Cara membuatnya :

1.Cairkan butter dalam kuali
2.Kemudian masukkan susu pekat kacau sebati.
3.Masukkan milo kacau lagi sampai sebati.
4.pecahkan 2 biji telur kacau lagi
5.Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan(mama patah 4)
6.Tutup api, kacau lagi sekejap.
7.Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan bagi padat.

Bila dah sejuk mama cairkan coklat (kaedah double boiler), campur sesudu butter. Bila dah cair tuangkan ke atas kek batik tadi, kemudian tabur badam cincang.

Bolehlah disejukkan dalam peti sejuk. Dah petang tu bawaklah sebekas ke taman makan dengan jiran-jiran, tak sangka kek batik mama jadi rebutan..eewaahh. anak-anak pun suka juga. Apa yang paling menggembirakan si tukang masak ini bila bekas yang dibawa berisi dan dibawa pulang kosong.

Wassalam

Giveaway Raya by Mrs Pip


Assalamualaikum...

Nak mengarang entri rasa malas pula mama ni, walaupun banyak bemda nak diceritakan, jadi daripada biarkan blog tak berupdate, mama nak join GA lah, mana tahu ada rezeki ramadhan buat mama dapatlah sehelai shawl dari mrs pip ni.







Jom sama-sama meriahkan giveaway yang dianjurkan oleh mrs pip ni.  Syarat-syarat nak join giveaway ni pun mudah saja, jomlah ramai-ramai join mana tahu kalau takde rezeki untuk mama, pasti ada untuk kawan-kawan.

1) Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula

2) Follow blog Mrs Pip

3) Follow Google+ Mrs Pip

4) Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui.

Banyak sebenarnya kenangan yang indah-indah di bulan puasa ni. antara yang mama ingat kalau kecik-kecik dulu. biasanya pada puasa terakhir tu kami semua dah sibuk sediakan juadah untuk hari raya, juadah yang mesti ada lemang yang dibuat oleh arwah ayah dan rendang yang dibuat oleh arwah mak. itu memang best tapi yang paling best adalah kejadian sebelum itu, sebelum rendang itu terjadi. nak buat rendang ayam tentulah kena ada ayamnya kan. Ayam bukan beli tapi kami guna ayam yang dipelihara ayah, cuma bab nak menangkap ayam tu yang bestnya, ayam takde reban okeh main lepas macam tu je, macam-macam cara yang kami adik beradik gunakan untuk perangkap ayam ni, sampaikan anak jiran sebelah pun turut serta membantu bagi menggamatkan suasana. 

Kami perangkap dengan cara bagi makan dan sediakan tali supaya bila kaki ayam termasuk dalam tali tu dapatlah kami tarik, rancangan ni berjaya tapi ayam juga berjaya lari dengan tali-talinya jenuhlah kami mengejar ayam tu keliling rumah. Bila bagi makan lagi ayam dah tak mahu datang sebab dah tahu taktik kami, ada pula datang bawa tudung saji sambil lari kejar ayam konon nak serkup ayam tu dengan tudung saji, last-last sendiri yang tersungkur ayam entah ke mana. Kemudian kami pakat-pakat kejar dan kepung ayam tu, jenuh jugalah nak mendapatkan seekor ayam ini, tapi kami sangat gigih selagi ayam tak ditangkap tetap berusaha ya lah kalau tak dapat ayam mana nak ada rendangkan. Akhirnya teknik mengejar dan mengepung berjaya, bila sudah dikepung salah seorang terus stunt ke atas ayam dan menangkapnya..yeayyy terus kami bersorak keriangan...

Itulah kenangan mama yang indah di bulan puasa.

Wassalam

Monday 5 June 2017

Ramadhan di kampung

Assalamualaikum...

10 ramadhan dah kita hari ni, sekejap rasa masa berlalu. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini. Syukur juga kerana minggu lepas.dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga en.azmi dikampung. Sedikit ralat sebab tak pergi berjumpa adik mama dikampung entah apa yang dimakannya untuk berbuka dah la hari tu ada masalah kesihatan.InshaAllah raya nanti berjumpalah... Tahun ni raya kat kampung mama dulu..yeayyy hehehe.

Sesiapapun akan seronok beraya dikampung sendirikan tapi itu tak bermakna beraya dirumah mertua itu tak seronok. Sama saja seronoknya. Cumanya bila beraya dikampung sendiri itu lebih memberi kegembiraan kerana disitulah kita menyambut ramadhan dan syawal sejak dari kecil lagi. Dirumah itu jugalah segala kenangan bersama arwah mak dan ayah terbina,mana mungkin dilupakan. Berebut nak bersalaman dipagi raya sambil bercucuran airmata, walaupun pagi kau mohon maaf, tengah hari kau dah buat silap lagi hehehe...ok itu kenangan jangan dilupakan.

Di kampung jumaat pagi mama habiskan kerja-kerja menjahit langsir. Seronoknya langsir dah siap jahit, paling best sebab mama jahit sendiri. Tak sabar nak gantung ni, tunggu basuh dulu, semalam balik tak sempat basuh, petang ni mama basuh,cuti hujung minggu ni bilehlah kerah en.azmi gantung langsir..hehehe tak perlu tunggu syawal kita raikan kemeriahan dalam ramadhan ni jugak, nanti barulah terasa semangat syawal sambil mama buat biskut raya. Petang jumaat pula mama bergilir dengan wan jaga si budak tecit khalish tu. Mama ambik giliran bila tiba time masak untuk berbuka hahaha...nampak tak taktik tu? Taktik untuk tidak memasak maka kita jaga anak buah.


Adelya asyik nak cium baby khalish je, suka sangat dia dengan baby siap suruh bawa balik lagi tu...haii kalau bawa balik jenuhlah mama, yaya pun manja kadang nak berkepit je. Lama juga mama tak pegang baby kecik nih. Tapi alhamdulillah ok la tak kekok pun mama pegang khalish. Dah sebulan pun khalish ni.

Sabtu pagi..en.azmi bersihkan kawasan.rumah. Biasa abah mertua yang buat tapi sejak kakinya sakit segala kerja agak terbataslah, itupun tak boleh duduk diam juga ada je benda nak dibuatnya. Tengok en.azmi cakar sampah mama pun pergilah tolong juga, lama juga mama tak buat kerja cakar-cakar dan sapu sampah nih, berpeluh-peluh dibuatnya..haaa sihat mama dapat keluarkan peluh. Kalau kecik-kecik dulu memang selalu la buat kerja menyapu sampah ni. Ye la keliling rumah penuh pokok, daun-daun memang banyaklah itu yang perlu disapu selalu. Itulah sebabnya kecik-kecik dulu sihat, banyak keluar peluh main pun permainan lasak.


Jauh je nampak en.azmi tu, dok gergaji pokok rambutan, masa ni mama dah duduk rilek je melepaskan lelah, dah remaja terlewat ni buat kerja sikit pun penat. Buat kerja sikit rehatnya lebih. Biasalahkan nak pula bulan puasa penat buat kerja tak boleh nak makan minum pulak hahaha...adoiii teruk betul mama ye. Alhamdulillah berjaya juga bersihkan kawasan rumah. Itu je yang mampu.dibuat.pun, nanti dekat nak raya bersihkan lagi. Tu satu lagi rumah, lagi teruk nak dibersihkan nanti, rumah dikampung mama la, tak sempat jenguk hari tu kalau.tak boleh bersihkan dulu apa yang patut, takpelah.nanti buat ramai-ramai baru meriah.

Ahad selepas zohor kami gerak balik telok panglima garang. Alhamdulillah perjalanan lancar, singgah dulu padang jawa hantar roadtax pada abg ipar. Kemudian teruskan perjalanan pulang. Abg adam sepanjang jalan minta nak berbuka dengan lempeng. Adrien pula walaupun tak puasa tetap nak buat permintaan "yen nak makan kuih mama buat yang hijau petak dengan ada bulu-bulu putih" ahahaha...tergelak kami dalam kereta, adrien ni macam-macam tau, bulu-bulu putih lak dia, kelapa la..hehehe dia nak.kuih lopes, kenalah mama buat lagi nanti.

Sampai rumah dalam 5.30ptg, terus bersilat dekat dapur, sekali tengok tepung dah habis macam dah malas nak.buat lempeng tapi tak sampai hati nak hampakan abg adam, en.azmi pergi juga ke kedai. Lempeng tu roti puri la sebenarnya. Dah bancuh tak sempat nak tunggu lama, terus je mama gelek doh tu,kejadiannya takdelah menarik sangat, tak mengelembung macam puri tu, tapi tetap mama bangga 5 keping puri tu habis anak-anak makan. Abg adam memang makan sungguh, tak sia-sia mama buat bila tengok abg bersungguh makan, sebab tu.lah mama tak sampai hati nak hampakan permintaan anak-anak, cuma untuk adrien kena buat lainkali sebab kuih lopes tu.lama sikir nak membuatnya.


Abg adam yang rajin menolong didapur. Tolong gelek puri. Mama takde peralatan lengkap penggelek pun takde guna anak lesung je, kena beli juga nanti penggelek tu senang nak buat kerja. Menu semalam memang ringkas je menggunakan apa saja yang ada maklumlah dari kampung,lauk memang dah habis dekat rumah, nak pergi beli petang tu memang takdelah jadi kita cukup sekadar dengan sambal telur dan ayam goreng untuk.berbuka. Ada pula jiran hulurkan roti jala. Kuih-muih ada sedikit en.azmi beli di bazar. Alhamdulillah semuanya habis dimakan. En.azmi kalau berbuka memang suka makan.kuih, kalau hari bekerja tak sempatlah mama nak buat jadi dia beli saja, yang penting jangan membazir sebab mama ni perut memang nak nasi kalau berbuka, tak bolehlah makan kuih je nanti solat gigil kaki hahaha.

Yang buruknya perangai mama ni, kalau dekat rumah boleh je bangun awal sediakan sahur tapi kat rumah mertua, mata bagai digam-gam je jam bunyi pukul 4 buat tak tahu je, kalau bangun pun boleh pulak lelap balik, pukul 5 baru bangun ke dapur, tengok-tengok semua dah terhidang, mama pun bersila je...haiii teruk sungguh, tapikan memang macam tu la mama sejak dari mula kawin pun heheh,kalau bangun awal pun mama jadi pemerhati je, rasa tak tahu nak buat apa, tapi kalau takde orang kat dapur mama pandailah bergerak kikiki, tak reti kalau ada yang memerhati.

Wassalam

Friday 2 June 2017

Projek Ramadhan mama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah berada di kampung sekarang. Semalam lagi mama balik kampungnye, saja ambik cuti 2 hari dapat lama sikit dekat kampung. Lagipun cuti masih banyak, hai mama pun tak tahu lah kenapa cuti mama banyak sangat,nampak sangat jarang bercuti nih. Tahun ni cuba habiskan sikit, nak habis semua memang tak dapatlah sebab cuti berbaki 63 hari lagi..hadoii. Giler keje ke apa nih cuti banyak lagi.

Okeh lupakan pasal cuti mama tu, nanti-nanti mama cuba habiskanlah. Ini projek ramadhan mama...hmmm kemain lagi ada projekkan. Minggu ni projek nak jahit langsir,nak tak nak kena siapkan juga, nanti nak projek sekuk raya pulak. Walaupun balik kampung,mama hangkut juga langsir mama untuk dijahit. Nak bawa mesin jahit mini mama tu macam malas pula, jadi guna saja mesin jahit mak mentua mama. Mujur mak mentua ada mesin jahit, walaupun mesin jahit biasa bukan letrik,mama ok je biasa guna dulu-dulu yang arwah mak punya.



Gigih sangat mama ni siap menjahit kat kampung, takdelah gigih sangat sebenarnya tapi sebab nak siapkan cepat,itu yang bawa balik lagipun dekat kampung takde apapun yang mama nak buat,dah alang-alang tu kita jahitlah langsir ada juga kerjanya. Disamping tu dapatlah tunjuk bakat kat mak mentua, dah lah cantik terror masak pulak tu, boleh juga menjahit lagi menantu dia ni ahahaha...ok itu tipu tak terror masak pun sebenarnya,menjahit pun yang lurus-lurus bolehlah...yang cantik tu??? Ehemmm...boleh la sikit-skit hihihi takdelah macam miss world, miss kampung pun jauh sekali.

Langsir tu jahit lurus je untuk day curtain sliding door je haa, lepas tu langsir untuk pintu ke dapur dan pintu 2 bilik depan. Jahit simple-simple je janji ada. Kot la ada tetamu nak datang nanti takdelah nampak terus ke dapur dan bilik. Nampaklah kemas sikitkan walaupun tak pandai nak deko-deko sekurang-kurangnya bagi nampak kemaslah sikit. Takdelah jemu mata memandang, nak juga rumah nampak cantik dan berseri sempena ramadhan dan aidilfitri nanti. Alhamdulillah bab langsir dah legalah sebab siap. Bab sekuk raya ni tak tahu lah menjadi ke tidak sebab dah lama tak buat sekuk raya ni, takut skill dah lari pulak.

Oklah mama nak lurus-luruskan pinggang ni pulak,duduk lama menjahit tadi rasa lenguh belakang pulak. Adelya ajak teman makan biskut kering..hai bulan2 puasa ni tengok anak makan biskut 4 segi pun mama tertelan ailio..haiii teruk sungguh mama ni hahaha. Ok mama nak rehat..tudia boleh lagi baring-baring kat rumah mentua..kikiki sikit lagi membuta.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...