Sunday, 20 September 2020

Klinik e-census


Assalamualaikum...

Semoga kita semua berada didalam rahmat Allah swt.

Masa semakin hampir ke penamatnya bagi fasa 1 Banci Penduduk dan Perumahan 2020 dimana di fasa 1 ni pengisian banci secara dalam talian. Jabatan pun semakin sibuk buka klinik bagi menggalakkan orang ramai mengisi banci secara dalam talian, hampir setiap hari team² yang ada akan buka klinik, mama juga tak terkecuali.

                          Klinik e-census SUK 

                     
                        Klinik e-census di BDE

                        Klinik e-census di PDTKL


Klinik e-census di Tesco Jenjarom

Responden ni cikgu, semangat nak isi online sekali check frozen frame kami, kawasan rumahnya belum di listing sebab kawasan baru, kisahnya rumah responden ni sejalan dengan rumah mama cuma rumahnya taman baru belum sempat kami buat listing, tapi dia sangat baik kami cakap tak boleh online kena bersemuka mereka suami isteri ok saja "boleh kami tunggu nanti dan kami akan beritahu jiran² nanti" siap suruh mama buat voice note nak post dekat group jiran² mereka mengatakan kami akan datang nanti😁. Kalau semua responden macam ni lega sangat rasa. 

Sambutan dari setiap klinik alhamdulillah, disamping mengisi banci kami juga menyediakan borang kerja sebagai penyelia dan pembanci, cerita sedih ketika interview ramai ada yang datang sebab telah dibuang kerja ada pilot, chef, jurulatih zumba dan berbagai lagi, sedih dibuatnya, ada sorang akak tu baru dibuang kerja dah kerja 20thn disitu minta cuti sebab anak eksiden terus disuruh berhenti dah la dia tanggung emaknya dan anak². Walaupun kami tak offer gaji yang banyak dan masa pun sekejap dia kata takpe sekurang²nya dia ada income buat masa sekarang.. Sedih dibuatnya, mama nak bagi dia jadi penyelia sebab gajinya lebih sikit tapi dah penuh, dia kata takpe pembanci pun dia boleh, mama cuba bantu supaya dia dapat banci di kawasan sekitar rumahnya saja senang dia nak urus anak² nanti. 

Minggu depan pula di Yayasan Selangor, IPD Kuala Langat, Kg. Orang Asli itu yang dah ada dalam jual, yang takde dalam jadual tak tahu lagi. Minggu berikutnya dah sibuk dengan taklimat untuk penyelia dan pembanci seterusnya banci secara bersemuka.. Wahhh sibuk benar bunyinyakan hahaha sesekali sibuk berganda² kan apa salahnya. 

7 okt akan bermula banci fasa 2 iaitu bersemuka, mohon doakan kami dapat laksanakan banci ini dengan jayanya ya,fasa 2 ni cabarannya lebih lagi sebab perlu pergi rumah ke rumah nak berdepan dengan bermacam kerenah manusia pula kan. Inilah cabaran dalam kerja kami. 10 tahun sekali setakat ni mama dah terlibat 3 kali dengan banci penduduk nih dan kalau umur panjang sebelum pencen ada sekali lagi banci nanti😁.

Sekadar sedikit catatan berkaitan banci dalam blog mama ni. Yang mana belum isi banci dalam talian boleh minta kod dari mama untuk yang tinggal di selangor sahaja😀. Yang dah isi banci terima kasih dan yang mana tak sempat isi online nantikan kehadiran pembanci di rumah anda bermula 7 okt 2020, berikan kerjasama anda ya.

Data anda masa depan kita

Wassalam

Wednesday, 2 September 2020

cuti merdeka

Assalamualaikum

Semoga kita semua sentiasa didalam rahmat Allah swt.

last balik kampung cuti raya haji hari tu, merdeka ni dapat cuti 3 hari,kami ambil peluang balik kampunglah kan sebab sebelum2 ni susah nak balik kampung,bila ada peluang ni kita baliklah kan.
Jumaat malam dah gerak balik,alhamdulillah jalan lancar je. Sampai kampung angkut beg teruslah tidur..mengantuk dah en.azmi makan nasi mama takde dah masa tu tidur lebih enak dari makan heheh

Sabtu...dah rancang nak berkelah di tepi pantai, pantai yang dekat dengan kampung mama tu di Kuantan lah dekat tak dekatlah sangat 2 jam jugaklah tapi apa ada hal bukan mama drive pun mama duduk sebelah tidur huhuhu. Makanan pun abang ipar yang masak mama bawa diri je. lama dah tak berkumpul macam ni dengan family en.azmi ada tak ada pun berkumpul di rumah mama je.

Pantai Sepat, Kuantan. Best sini banyak tempat nak lepak cari yang dekat dengan tandas dan surau
Seronoklah dapat lepak tepi pantai,anak2 apatah lagi sebab dah lama sangat tak bawa berjalan, dapat pergi pantai sampai tak selera nak makan masing2 tak sabar nak terjun laut,mujurlah ada mak sedara yang rajin melayan anak2 mandi laut,harap mama memang tidaklah malas mama nak berendam nih kulit mama ni duduk tepi pantai pun dah perit,kalau kena air laut lagilah perit amat, jadinya memang dah lama la tak terjun laut ni, lepak tepi pantai je perati anak2 dari jauh.

lepas lepak tepi pantai kami pergi beli keropok pula ditempat biasa kedai ghani black,kemudian adik ipar ajak makan celup tepung di tanjung lumpur, best juga kawasannya tepi jeti yang penuh dengan bot memang cantiklah view.

Yang ada cuma ikan dan sotong, udang dah habiss, makan saja apa yang ada rezeki hari tu dapat makan sotong dan ikan, bagi mama sedaplah




Bukan senang nak dapat peluang bergambar berdua sebab en. Azmi ni susah nak diajak bergambar dah dia mau tu kita up la dekat sini walaupun tudung mama tu dah terbang melayang² ditiup angin kencang, mama redha je hahaha
Lepas bergambar kami pun berangkat pulang, tak bermalam pun pergi balik hari je itupun dah cukup. Semua pun gumbiraa

Ahad.. Duduk rumah je ajak en. Azmi keluar tapi dia sibuk pula jadi mama duduk rumah je layan movie hahaha sekarang layan movie telegu pulah dah hahaha best juga hero hensem heroin pun cunnn. Malam tu ber oden pulak, sambil anak dara potong kek, sajalah memang bulan ogos ramai yang berkongsi besday.

Anak² potong kek bahagia masing²
Puaslah makan malam tu sampai tak makan nasi dah mama malam tu.

Isnin takde plan apa² dah bersiap² nak balik rumah dah. Sebabnya baju sekolah anak² belum dibasuh dan diseterika lagi. Perjalanan balik lancar saja cuma lepas tol bentong sesak tak bergerak rupanya ada eksiden lepas tu perjalanan lancar saja.

Habis dah cuti merdeka, ada rezeki boleh balik kampung lagi sebulan sekali balik kampung ok jugak cumanya penat sikitlah kalau hanya balik hujung minggu kan.

Wassalam

Tuesday, 18 August 2020

Mak tam kita dah bertemu jodoh😉

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar dengan izin Allah walaupun nak bercuti mama kena minta Dengan Timbalan Pengarah sebab sedang bertaklimat. Sehari sebelum majlis baru mama bercuti, jumaat tu lah keluar beli barang untuk memasak. Debaran juga hilang bila paklong cakap boleh tolong memasak 😁

Kisahnya... Merancang untuk majlis pertunangan Maktam sepatutnya buat lebih awal tapi pkp kita tangguh ke Tarikh lain yang dipersetujui bersama. Mulanya nak ambil katering je tapi kata En.azmi masak sendiri lagi jimat. Kalau paklong tak cakap boleh tolong masak memang mama je la yang memasak masa majlis tu. Sebelum tu mama dah bertanya pada makcik En.azmi yang memang buat katering berapa daging dan ayam yang diperlukan untuk 100 orang makan, bertanyalah sebagai persediaankan.

Bersyukur juga mama ni dapat jiran² yang ringan tulang, malam tu geng² lelaki potong daging Dan bersihkan ayam, yang perempuan memotong Bawang Dan sayur. Pagi esoknya paklong memasak dibantu Jiran lelaki, mama Dan jiran² perempuan buat kerja lain sediakan itu ini keperluan untuk memasak, setup meja buffet semua. Alhamdulillah selesai memasak sebelum pihak lelaki sampai 12.30


Perlu patuhi SOP Di musim pkpp nih, kami sediakan kaunter untuk check suhu Dan scan mysejahtera jika tidak scan buku disediakan untuk menulis nama, hand sanitizer Dan face mask juga disediakan. Pihak lelaki datang juga mengikut SOP, bukan nak menyusahkan tetapi kita jaga kita kan, kami dah daftar mysejahtera risau juga polis datang buat rondaan. Apapun kita bersedia untuk patuhi segala yang telah ditetapkan.


Hantaran kedua-dua belah pihak 7 berbalas 9, bawa siap² waktu bertunang ni sebab Masa nikah nanti tak perlu bawa apa² lagi. Perbincangan juga berjalan lancar abah(abg ipar) En.azmi Dan adik² ipar yang jadi wakil dari pihak kami. Lega tengok penerimaan dari keluarga pihak lelaki, duit hantaran yang diletakkan mereka tambah lagi, mas kawin kami minta ikut yang negeri tetapkan pun ayahnya tambah lagi sebab katanya rm300 dapat beli apa nak beli cincin sebentuk pun tak lepas katanya kami ni mengikut sajalah, yang penting semuanya dipermudahkan, Tarikh majlis pun dah ditetapkan katanya kalau pun ada arahan kerajaan kenduri tak dibenarkan, nikah akan tetap dibuat pada Tarikh yang telah ditetapkan InshaaAllah..


Alhamdulillah... Semuanya selesai seperti yang dirancang, semua adik-beradik pun ada dalam majlis ni, cuma tak bergambar ramai² je. Semua ambil bahagian tugas masing² dalam menjayakan majlis ini.


Tapi macam Biasala gambar geng gugurl mesti ada, kami pilih untuk pakai warna biru tapi tak kisah biru apa yang penting biru, cuma anak dara mama tu je buat hal taknak pakai baju yang mama dah gosok nak pakai baju lain, makngah pun layankan je sebab mama dia sibuk kesana sini, rupanya nak demam anak dara mama tu. Dah pukul 2 petang dia dah mula panas mama mandikan Dan suruh adelya tidur. Mama kena layan tetamu yang masih ada lagi.

Dah petang Dan tetamu pun dah tiada baru mama isi perut baru teringat dari semalam mama tak makan Nasi letih ke sana sini sampai takde selera nak makan yang mama ingat makan ubi goreng je hahaha teruk betul tu baru buat kenduri nak Terima adik ipar belum Terima menantu lagi. InshaaAllah bulan 11 nanti sekali lagi buat kenduri nikah Dan sanding pula, ambil tanggungjawab sebab kami dah takde mak ayah dah, tapi alhamdulillah dapat pengalaman uruskan kenduri besar macam ni kan.

Kebiasaan Masa kenduri yang paling dirisaukan makanan tak cukup 😅. Tapi alhamdulillah semua cukup siap boleh bungkus lagi 😀. Untuk 100 orang tetamu 10kilo daging untuk masak kari Dan 10 ekor ayam untuk goreng, mulanya orang kata sikit mesti tak cukup, tapi makcik kata untuk 100 tetamu 7-8kilo daging dah cukup Dan kami dah tambah jadi 10kilo,aphamdulillah takde lebihan yang banyak. OK la tu dah ada pengalaman buat kenduri besar kan.

Okeh semalam pun mama cuti hari ni masuk kerja sambung bertaklimat untuk banci penduduk... Adoii sejak akhir² nih jarang betul menulis dekat blog nih, kekangan waktu sekarang ni. Sampai jumpa lagi kita

Wassalam

Klinik e-census

Assalamualaikum... Semoga kita semua berada didalam rahmat Allah swt. Masa semakin hampir ke penamatnya bagi fasa 1 Banci Penduduk dan Perum...