Tuesday 14 December 2021

positif

 Assalamualaikum

Semoga semuanya sihat dan di dalam rahmat Allah swt sentiasa.

Lamanya tak menulis kat sini, hampir terlupa dengan blog sendiri. Kesibukan yang melanda banci yang berlangsung setahun lebih disebabkan pandemik akhirnya telah berjaya diselesaikan. Penat dengan kerja-kerja banci, konon habis banci nak ambik cuti panjang.

Allah kabulkan permintaan nak cuti panjang tu, 30 nov last banci buat kerja dalam keadaan tak sihat, ambil EL dan buat kerja dari rumah saja. 1 -3 disember memang mama dah mohon cuti awal sebab 1hb tu dapat temujanji untuk dos booster vaksin, sayangnya terpaksa batalkan sebab tak sihat. 30hb dapat berita en.azmi +ve covid kena kuarantin dirumah. 1hb mama cuma pantau diri sendiri dan anak2 dekat rumah, adam dah mula batuk-batuk, mama pula macam dah takde deria bau. pagi tu mama bawa adam pergi buat swab test. berdebar juga sebab ada yang kata sakit, tapi alhamdulillah masa swab tu tak rasa apapun tau-tau dah siap hahaha. Hasil swab mama -ve, adam +ve.

Kuarantinlah kami semua dirumah saja. Alhamdulillah tiada simptom yang teruk-teruk cuma batuk saja. untuk batuk mama buat campuran lemon,madu, bunga cengkih dan halia bagi adam minum setiap hari.Alhamdulillah juga punya jiran-jiran yang prihatin. setiap hari ada je bekalan makanan atas tembok. stok madu habis baru nak order bangun pagi tengok ada sebotol madu atas tembok. ada yang bagi ayam dan ikan, roti beras, telur dan banyak lagilah keperluan yang lain. Anak-anak biasalah nak jajan untuk kudap-kudap yang itu kita minta ibu (kakak mama yang belikan) dan hantar dekat rumah.

Sepanjang kuarantin memang mama cuti sunggguhlah tak fikir langsung pasal kerja walaupun whatsapp group berdentum-dentum, mama buat tak tahu je la nak rehatkan otak yang dah tepu dengan kerja.lagipun semua kerja mama dah settlekan sambil berselimut gigil-gigil tu tetap gigih siapkan kerja. sekarang masa berehat dan bertenang-tenang, memang tenang sungguh la anak-anak pun senyap je tak bergaduh sebab cakap abang tak sihat. Mak ngah pula buka akaun netflix untuk kitorang apalagi layan movie la dengan anak-anak,memasing layan korea, en.azmi yang mula dulu tak layan korea sekarang ni layan korea. terpengaruh ngan isteri dia ni cakap citer korea best, tapi dia layan movie je tak layan drama hahah \.

Alhamdulillah..sekarang semua dah kembali sihat, mama pun dah kembali bekerja minggu ni. seronok dapat keluar walaupun hanya untuk pergi kerja. Moga kita semua sentiasa sihat dan dijauhkan dari segala wabak.

Wassalam

Tuesday 9 February 2021

Shellout

 Assalamualaikum...

Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni.

Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan anak beranak je la, sekali lepas basuh baju sakit kepala menyerang pula, teruslah berbaring je mama dalam bilik tu. Makan ubat sambung baring, dah petang baru ok sikit gagah bangun juga sebab fikir nak masak. 

Dah bangun tu ajak en.azmi keluar cari barang, shopping barang dapur dulu balik tu terus bersilat didapur. Adrien bising tanya "mama dah sihat ke? Makan ubat baru sebijik je dah sihat ke?" alolo dia tu prihatin kan. Bukan apa kesian anak² belum makan nasi lagi, semalam malam makan meggi je sebab mama tak larat sangat.

Berbaloilah mama memasak sebab anak² pulun makan sambil memuji mama masak sedap nanti masak lagi hehehe.. Ye lah anak nanti mama masak lagi. 

Mama masak pun bukan beria sangat lala masak cili, ketam telur masin, udang butter lemon🍋, 🐙goreng tepung, 🌽🥦🥕 jagung dan sayur-sayur direbus. Anak² pulun ketam, udang dan sotong je, lala tu mama ngan papa je yang layan.

Alhamdulillah.. Rezeki anak² lama rasanya tak berkumpul dengan family makan². Ada rezeki dapat berkumpul makan ramai². Kalau ramai² lagi seronok makan dan bersembang.

Wassalam

Friday 5 February 2021

Cerita pkp 2.0

 Assalamualaikum...


Lama benar mama tak bersiaran nih, bersawang habis dah blog nih, bukan tak ingat cuma kesibukan tapi tak tahulah apa yang disibukkan sangat tu pun heheh. Sibuk dengan kerja pun ye juga. bila mco bermula kita pun bua penggiliran kerja, seminggu 2 kali masuk pejabat, tapi kalau masa nak tutup survey datang tiap2 hari jugalah sabtu ahad pun kerja.

Rasanya bukan mama saja semua pun macam tu kan? nak pulak sekarang sesi persekolahan dan bermula pdpr, lagi mencabarlah untuk mama, henfon 1 nak berkongsi 4 orang anak 3 campur dengan mama, mau berasap henfon tu kan. Rezeki anak-anak ada yang prihatin berikan tab dan henfon,siap ada runner hantar sampai depan pintu rumah. dah alhamdulillah pada hari yang sama henfon dan tab sampai, malam tu henfon abg adam yang hilang dah lebih sebulan jumpa semula,maknanya tiga2 dah ada gajet untuk buat kerja sekolah, lega mama rasa bukan apa group kelas je dah berapa. dicampur pula dengan gorup setiap subjek dengan nak tengok kerja mama lagi mau berpinar biji mata mama ni.

Alhamdulillah..bila semua dah ada henfon mama masukkan semua dalam group kelas masing-masing, kecuali adelya, adelya mama tak masukkan internet share dengan abang2 je. lagipun adelya masih kurang sesuai mama nak bagi internet jadi dia hanya buat kerja sekolah bila dirumah, dirumah pengasuh main game dalam henfon je. abang2 waktu mama kerja duduk dengan ibu dorang sekarang ni, memandangkan mama dan bagi mereka duduk rumah pengasuh, dah besarkan boleh duduk sendiri dekat rumah. cuma waktu mco ni duduk sementara rumah ibu, boleh juga ibu pantau buat kerja sekolah.

En.Azmi belikan kerusi dan meja untuk senangkan mama dan anak2 untuk buat kerja, tapi si adrien lebih suka buat kerja sekolah sambil meniarap juga, takpe ikut keselesaan janji buat kerja. Meja kerusi tu lebihnya untuk mama sebab sakit pinggang dah buat kerja duduk dilantai laptop atas meja kopi, sakit pinggang oiii lama-lama duduk macam tu. Dah belikan meja mama minta belikan rak pulak..hahaha menjeling en.azmi tapi senyap-senyap dia order rak yang mama tunjuk dekat shoppe, semalam saja hantar gambar skybird pulak dekat en.azmi hahaha...mengundang betullah, mana tahu tiba-tiba abam kurier hantar skybird depan rumah pulakkan.

Lama tak menulis, panjang pulak menulis ni saja nak menulis sebab dah lama tak menulis di sini, entah ada yang dah lupa blog ni sebab mama pun dah hampir lupa..huhuhu harap2 lepas ni rajinlah mama menulis, banyak nak menulis tapi kadang-kadang mood menulis tak sampai.

Wassalam.




Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...