Friday, 31 March 2017

Mengimbau kenangan

Assalamualaikum...


Okeh pagi yang dingin ni teringat pula kenangan dulu-dulu, zaman muda-muda remaja. Masa tunggu result spm, mama kerja dekat kilang motorola atau sekarang freescale atau dah ada nama baru sekarang mama pun tak pasti. Hari pertama pergi interview berdua dengan kawan, dari jauh lagi kami berdua dok bercakap-cakap bila nampak pintu kaca tanpa pemegang, pintu tu kita nak tolak ke nak tarik? Ntah aku pun tak tahu.. Dalam dok berkira-kira tu kaki terus melangkah,sampai je depan pintu, pintu terbuka sendiri..terusss waaaa dia buka sendiri, macam jakun jek kan itupun tak tahu, mujur juga kami tak tolak pintu tu, bayangkan kalau kami tolak dan pada masa yang sama tu juga pintu terbuka haaa... Harus dua-dua menyungkur...kikiki

Lepas dapat result spm yang biasa-biasa je tu mama sambung belajar ambik form six dekat temerloh, sekolah menengah abu bakar temerloh, tiap kali pergi temerloh lalu sebelah sekolah tu teringatlah kenakalan dulu-dulu. Masa lower six mama duduk rumah sewa dengan kawan-kawan, sambil-sambil tu buat kerja sambilan dekat ppd, tugas kami lipat kertas soalan periksa. Tak jauh pun ppd tu sebelah sekolah je, biasanya kerja kami malam selepas maghrib...ye lah kalau tak kerja mana pulak nak cari duit bayar sewa rumah kan, walaupun macam tu kami tetap gumbira melalui kehidupan setiap hari.

Satu hari semua berbincang nak buat kuih buah melaka tapi masing konpius tepung apa yang digunakan, masa tu enfon mana ada nak menggagau carik public phone nak call mak tanya memang taklah sebab public phone jauh. Mama yang tak pandai masak ni waktu tu bagitau guna tepung pulut sebab pernah tengok arwah mak buat, tapi kawan-kawan tak terima cakap mama ye lah mama tak pandai masak mesti tak betul punya cakap mama tu dan mereka sepakat guna tepung beras campur gandum mama ok aje. Hari kejadian mama balik lewat sebab ada kerja dekat sekolah, sampai rumah petang tu semangat ko nak makan buah melaka, tapi mama tengok muka masing-masing senyummm jekkk... Bila ditanya kata mereka buah melaka tak timbul-timbul..kakaka rasanya pun keras kemain, mama ambik lempar kat umah jiran sebelah yang kodong berdentum bunyinya mujur tak retak dinding...dan esoknya mereka cuba lagi guna tepung pulut haaa...baru.la jadi molek hehehe...

Masa tu juga mama aktif kat sekolah macam-macam.aktiviti mama masuk hahaha saja nak mencuba nasib siap masuk pementasan puteri gunung ledang tapi haruslah bukan mama yang jadi puterinya..ye lah tak berapa nak cun memadailah menjadi dayang sultan mahmud kahkahkah nak lebih-lebih kang orang bagi cermin suh cermin muka sendiri ada yang nangis pulak nanti, so redho la menjadi dayang, nak tunjuk gambo segan pulak sebab kena mekap kening mama dah macam kening shin chan jadinya. Masa tu latihan malam-malam balik rumah sewa member lelaki.yang sama-sama berlakon tu yang hantar balik bukan naik motor ye jalan kaki je, pelik orang kampung tengok dayang2 dan hulubalang masuk kampung hehehe, tapi orang kampung kenallah kitorang, jangan taktahu dengan berbaju dayang tu mama panjat pagar sekolah sebab nak ikut pintu depan jauh bebenor kuikuikui mujur tak koyak kain. Akhirnya group sekolah mama menang pertandingan di peringkat daerah dan dapat bertanding di peringkat negeri dekat KL, tapi untuk pertandingan tu mama tak terpilih sebab cikgu pilih budak2 yang cun jek...I is sentap tau, tapi takpelah kite sedor diri kikiki...

Upper six tak boleh duduk rumah sewa..sesiapa yang nak exam kena duduk asrama.. Sedih mak nak tapi ok juga pengalaman buat mama sebab tak pernah duduk asrama. Masa cuti akhir tahun tu mama kerja dulu kat chow kit ingat lagi kedai baju bernama minna betul-betul bawah jejantas tempat arwah sudirman buat konsert dulu. Kerja kedai baju duduk pula di wisma hock ann belakang tu je. Kerja sebab nak cari duit untuk bayar yuran exam stpm.. Gigih tak gigihnya mama ni hihihi. Tapi itu yang mendewasakan...buat mama fikir betapa susahnya untuk mencari rezeki jadi perlu hargai apa yang dimiliki. Buka sekolah jadilah mama budak hostel. Mula-mula arwah ayah hantar ke asrama sewa kereta orang,sebab kami takde kereta sendiri,itulah pertama dan terakhir ayah ke asrama lepas tu tak pernah dah arwah ayah atau arwah mak jenguk kat asrama,takpe mama faham bukan senang mereka nak datang jenguk.

Pun begitu..tidaklah menjadikan mama seorang yang bermuram durja, kehidupan sebagai budak hostel sangat menyeronokkan, masuk-masuk terus jadi senior sape berani nak ragging kikiki, sudahnya mama jadi kamcing dengan adik-adik.satu dorm, kadang-kadang lompat pagar dengan dorang pegi kedai seberang jalan-jalan semata-mata nak beli aiskrim hehehe..kedai ti dah takde pun sekarang ni, kalau tepi jalan tu tengok pagar sekolah teringatlah kenakalan dulu-dulu, sekarang pagar yang ada tu dah kukuh budak sekarang dah tak boleh lah nak panjat pagar. Ada pula yang curi keluar asrama tengok wayang citer puteri impian, ingat cikgu taktau sekali dalam kelas cikgu tanya, seronok tengok wayang? Hahaha... Guru kelas merangkap warden asrama kikiki.

Banyak sangat kenangan zaman sekolah dulu...alhamdulillah result exam bolehlah sebab tak berapa nak bijak kuikuikui, tapi dalam tak bijak tu pelik juga mama sebab tersenarai dalam pelajar yang ditarget akan dapat result cemerlang...kawan-kawan tertanya nama mama ke tu? Mama cakap bukan sebab ada sorang lagi kawan.yang sama nama dengan mama waktu tu, kawan baik ok duduk dalam kelas sebelah-sebelah nama memang sama cuma binti je yang lain hiksss itupun susah orang nak bezakan. Lepas abis stpm kami semua terpisah dan membawa haluan masing-masing..sekarang berhubung melalui wasap je...


Mama diusia 19 & 39 tahun...hihihi amacam ada sama tak rupa, mestilah tak.samakan satu muka remaja sekolah satu lagi dah jadi wanita anggun..eheh hahaha satu lagi dah kertu la.

Pengalaman yang mendewasakan , pengalaman menjadikan hidup lebih indah kebih-lebih lagi pengalaman dizaman remaja yang penuh dengan kenakalan.  Terasa panjang pula mama menulis nanti boleh buat lagilah entri mengimbau kenangan ni, seronok pula mengingat kenangan dolu-dolu.

Wassalam.

Wednesday, 29 March 2017

Hogoh de coco, roti jan chesse leleh

Assalamualaikum...

Salam 1 rejab...


                                ***********************************************************

Balik kampung hari tu, dalam pada nak tengok atok masuk hospital kami juga tak lepas peluang terjah tempat makan yang selalu dikongsi oleh adik-adik ipar. En.azmi la yang asyik bertanya kedai-kedai tu dekat mana? Mama pula tumpang sebadan la kan.

Selasa tu lepas ambik wan dari hoshas (hospital sultan haji ahmad shah) kami ke hogoh de coco, keluar dari hoshas, trafik light ke kanan dalam 1km kata adik ipar. Kedai tu sebelah kiri jalan katanya. Alhamdulillah jumpa..mudah saja nak cari sebab wan ada dan wan pernah pergi juga. Dekat sini dijual air kelapa tapi air kelapanya telah dibuat pelbagai variasi, macam-macam ada tapi mama ambik.air kelapa biasa je.


Tengok menunya tu macam-macam jenis air kelapa, anak-anak pun pening nak pilih semua nampak sedap, akhirnya masing-masing pilih ikut kegemaran sendiri abg adam dengan nestumnya adrien dengan oreonya, adelya share je dengan mama, en.azmi pilih yang banana, adik ipar kirim coconut shake, okeh semuanya sedap-sedap. Ada juga dijual ayam goreng yang sedap rasa dah macam kepsi dah. Pekerja kat situ semua bertopi ala cowboy. Wan cakap sekarang dah jual macam-macam dulu cuma ada air kelapa dan keropok lekor je. Oklah tu kan dah semakin maju dan semakin banyak pilihan menu.

Selasa juga, lepas hantar wan balik hospital kami singgah pula di roti jan chesse leleh, macam sedap je tengok sebabkan nak cuba juga, kami berenti juga walaupun hujan mencurah-curah, kedai masih kosong mungkin sebab hujan masih lebat, pekerja situ datang lapkan kerusi dan meja, kedainya kecil dan terkena tempias hujan...ehhh apa ada hal nak makan punya pasal, meja lembap kerusi lembap pun tak kisahlah janji dapat makan.


Menu-menu yang ada disitu. Mama try maggie ketam, biasa dok tengok je orang share maggie ketam telan-telan ailio mama ni dibuatnya hahaha...macamkan tak boleh buat sendirikan, nak juga makan kat kedai harga semangkuk rm13, mengikut rege ketam, mama pandang je en.azmi masa budak tu cakap rege tu..nak ke tak nak nih?en.azmi kata nak makan order la..terus bersinar-sinar bijik mata mama ni haaa..ye lah dia yang nak membayar kena la tanya dulu sebab kita punya paling mahal hahaha.. Roti jan tu rm15 chesse lebih... Sedappp yang tu takpelah mahal pun sebab makan kongsi ramai-ramai..hehehe

Okeh itu je jjcm masa balik kampung hari tu, ada juga lah en.azmi belanja makan lagi kat kedai tomyam..tapi yang tu tak payah sharelah hihihi,kita share yang nampak lain sajalah. Oh ya roti jan tu kedainya kalau dari hoshas tu sebelah kiri dari traffic light keluar hoshas tu jarak mungkin dalam 2km je kot, mana tau kot ada yang nak singgah ke nanti, dia buka dari pukul 5 ptg, tapi sabtu tutup kata wan.

Wassalam.

Monday, 27 March 2017

Book Donation For Nilam Programme



Assalamualaikum...

Mama jumpa ni dekat blog sha sangat menarik mama rasa jadi mama share kat sini mana tahu ada kawan-kawan yang nak bagi sumbangan kan, mama pun rasa macam nak cari-cari juga buku yang ada dekat rumah tu mana tahu ada yang sesuai...

Kalau nak tahu detail ada mama copy dibawah, kalau nak terjah empunya blog yang buat program ni syifa, boleh klik gambar ye..jom sama-sama sebarkan






Hi Everybody!!!

Assalamualaikum w.b.t

Salam Mesra, Salam Sayang.
How are u today?
Hopefully we're all fine and happy with family.

Actually , I ada sedikit permintaan. Kepada Para Blogger yang Baik Hati, I nak minta pertolongan untuk war2 kan dan hebahkan mengenai Program Book Donation I ni.

Book Donation ni dianjurkan bersempena memenuhi keperluan anak2 remaja lingkungan umur 13- 17 tahun (menengah rendah dan atas) untuk Program Nilam, iaitu Galakan Budaya Membaca.

Jadi, kepada rakan2 Blogger sekalian, I dengan rendah hati ingin memohon pertolongan untuk menghebahkan program Book Donation ini kepada sahabat handai rakan taulan adik beradik tuan puan sekalian yang mempunyai buku2 terpakai yang sudah tidak mahu disimpan lagi untuk didermakan kepada anak2 ini.

Antara Kategori Bahan Bacaan Yang Boleh didermakan Termasuklah:

  1. Majalah Berkonsepkan Pendidikan (Asuh, Fikrah, IQ, IT dlln)
  2. Novel Genre Remaja (Yang Positif dan memberi Tauladan)
  3. Buku Cerita (Bersesuaian dengan umur remaja)
  4. Buku Rujukan PT3 dan Latih tubi (Tingkatan 1-3 PT3)
Kalau tak pasti sila tanya/ hubungi I di blog atau email.

Kawan2 Blogger boleh copy post I ni dan Banner di bawah, sharekan di wall masing2. Marilah sama2 beramal dan tambahkan saham akhirat. Mudah-mudahan budak2 ni nanti dapat memanfaatkan buku2 yang disumbangkan dan menambah ilmu pengetahuan.

Macam mana nak derma? Boleh hantar by post atau pun kalau sekitar Lembah Kelang boleh PM alamat mungkin kita boleh arrangekan perjumpaan untuk kutip buku tu. TQ All.

Wassalam

Thursday, 23 March 2017

Cerita balik kampung, buat pertama kalinya..ini dapur ana yang punya

Assalamualaikum...

Semenjak akhir-akhir ni banyak pula ujian yang datang..alhamdulillah Allah sayangkan. khamis masa nak pergi kerja tayar sang kancil pecah, jumaatnya si chery pula berasap dah la nak balik kampung. awal pagi tu en.azmi dah nak pergi repair sekali datang barang kat bengkel tu salah, dah cakap yang 2.4 orang tu bawak yang 2.0 memang tak ngamlah. nak tak nak petang jumaat tu redah je nak balik kampung, sekali dekat kesas dah berasap, berentilah kami dekat petronas tepi kesas tu.

Hari dah la hujan, dalam pada menunggu tu en.azmi call adik dia bertanya tentang barang chery yang nak dibeli tu, sambil-sambil tu buat-buatlah apa yang patut dekat kereta tu, nak bawa sang kancil memang tak muatlah dengan beg baju yang berbeg-beg tu. Tunggu sekejap sampai kereta sejuk, kiranya lepas tu nak meredah jugalah balik kampung, lepas tu adik ipar call lagi suruh pergi rumah dia, oklah kami pun pergilah rumah adik ipar dekat PJ. sambil tu mama tanyalah untuk apa kesana? takkan nak repair hari ni juga sedangkan hari dah petang. en.azmi kata kita pergi dulu tengok.

Lepak-lepak makan sambil tunggu adik ipar sampai rumah, lepak makan dekat kedai yang berhampiran sambil bertemankan hujan. sudahnya tukar kereta dengan adik ipar kami naik alza dia, tinggal chery dekat dia sebab katanya nanti dia ambil barang dan bawa repair chery kami tu, lepas maghrib ke rumah abang ipar nak ambil keretanya pula sebab adik ipar nak guna esok, pergi tengok keretanya takde pula, fikir-fikir terus ke rumah kami ambil kancil bagi adik ipar guna, dah berpusing-pusing dah kami atas jalan dari petang tadi..hehehe.

Terpaksalah adik ipar guna kancil antik kami tu untuk bawa balik kampung isterinya pula, dalam hati ni rasa tak sedap juga, kita naik kereta baru dorang, dorang terpaksa naik kereta antik kami. en.azmi lah yang rasa cuak sangat tu, takut adik iparnya tak selesa naik kancil kami tu katanya "risau pula nanti ira tak selesa naik kancil" mama cakap takpelah ira ok. kami teruskan perjalanan balik kampung, pukul 1pagi baru sampai..tu diaa tak pernah-pernah kami balik kampung waktu macam tu, sampai-sampai adik-adik ipar semua dah tidur, anak-anak pun mama dah mandikan siap-siap dekat rumah tadi, cuma mama la yang belum mandi...tapi tetap wangiii takde bau kambing ye kekeke

Al-kisahnya balik kampung sebab atok(abah mertua) tak sihat, rabu kena tahan hospital. Alhamdulillah kebetulan cuti sekolah dan mama pun memang ambil cuti sampai rabu jadi dapatlah lama sikit dekat kampung,walaupun mama cuma dapat tengok atok sekali je, sebabnya budak-budak tak boleh masuk wad. jadinya mama tunggu anak-anak dekat bawah je, bagi peluang en.azmi duduk bersama atok lebih lama. mama kat bawah layan anak-anak main taman dan berlari-lari..hoiii berbulu je mama ni tau orang ramai-ramai macam tu dorang berlari ke sana sini.


anak-anak dihospital bukan main lagi, berlari sesuka hati, itu tuan puteri bukan main memujuk nak beli kasut princess bling-bling lagi."papa yaya nak kasut ni..boleh laa..boleh laa..." kata adelya. kisahnya en.azmi nak belikan kasut untuk mama sekali masuk kedai kasut anak-anak pula yang lebih-lebih memilih kasut, sudahnya kasut mama tak terbeli kasut deme berempat(termasuk en.azmi) yang dibeli, dah simpan je semua buat pakai raya, nanti raya memang tak beli dah kasut. Kata en.azmi nanti kasut mama dia akan belikan nanti, cari dekat shah alam la nampaknya, hari tu banyak juga kasut tapi yang mama berkenan takde pulak.


Disebabkan atok masuk hospital, buat pertama kalinya mama kuasai dapur wan..kikiki sebelum ni kalau balik kampung duduk bersila je tunggu makanan dihidang, tapi balik kali ni mama yang kena memasak sebab adik-adik ipar kerja, bermula isnin tu awal pagi mama dah mula memasak makanan tengah hari sebab adik ipar yang mengandung tu biasanya akan balik makan dirumah, lagipun wan pun balik dari hospital dan akan makan dirumah kemudian bawa bekal pula ke hospital. selesai masak kami anak-beranak bersiap-siap ke hospital untuk ambil wan bawa balik rumah untuk wan makan dan berehat sekejap, petang pukul 5 kami hantar wan ke hospital semula, sebab wan jaga atok di hospital. 2 hari rutin kami berulang ke hospital.

Isnin balik dari hantar wan singgah di mempaga segar dekat lanchang beli barang dapur sikit, dalam pada tu ternampak bahan-bahan buat spagetti, teringat pula atok suka makan, teruslah beli bahan untuk buat spagetti. Selasa tu disamping masak spagetti mama masak juga nasi, semangat betul mama memasak hehehe...masa tu hujan mama paksa en.azmi cari kelapa sebab nak buat rendang pedas ayam, tanpa banyak soal suamiku itu mengikut je pergilah dia kebelakang rumah mencari kelapa dan siap dimesinnya sekali. puas hati bila dapat masak apa yang hendak dimasak, tapi mama takdelah pandai masak pun, taram saja asalkan boleh dimakan.

Rabu, mulanya en.azmi kata tak payah lah masak sebab nak balik dah, tapi rasa macam tak sampai hati pula nanti adik ipar balik lapar, takde nasi nak makan, ye lah ibu mengandungkan mesti lapar, kalau dia nak masak sendiri mesti tak sempat, jadinya mama masaklah lauk ringkas-ringkas je. kemudian bersiap-siap untuk balik ke rumah pula. en.azmi ada kerja pula, plan asal nak ke hospital ambil wan dan bawa anak-anak jumpa atok tapi tak kesampaian, sian anak-anak nak sangat jumpa atok, adrien sampai menangis sebab tak dapat jumpa atok, alahaiii...mama pun sedih tengok anak-anak nak sangat jumpa atok, tapi masa tak mengizinkan waktu itu, en.azmi ada kerja. balik tu kami singgah rumah adik ipar ambil kancil, en.azmi bawa kancil dan terus pergi kerja, mama dengan anak-anak pulang ke rumah.

Alhamdulillah..dapat berita petang tu dari en.azmi katanya atok dah boleh balik, cuma akan ke hospital lagi nanti untuk jumpa pakar, lega dapat balik rumahkan, wan pun dapat berehat juga, tidur atas kerusi dekat hospital tu tentu tak selesakan. harap-harap lepas ni kesihatan atok bertambah baik.





nak juga tayang hasil masakan mama walaupun nan hadooo kikiki, takde orang dekat rumah bolehlah nak snap picca, kalau ada orang takdenya nak buat keje cenggini, malu wehhh. ada 2 hari menu ulangan ikan pedas hahaha...nampak sangat takde idea nak masakkan.

Wassalam

Thursday, 16 March 2017

Rindu

Assalamualaikum...


Saat rindu bertamu
lidah menjadi kelu
airmata menjadi tamu
lantas ayat suciMu ku lagu
hadiahkan padanya yang kurindu
adakalanya rindu itu tak terbendung
adakala rindu itu tak tertanggung...

Dalam kerinduan semalam mama terfikir-fikir apa nak masak untuk makan malam, nasi goreng untuk adrien sudah siap, mama pula jemu hari-hari nasi goreng, entahla sekarang selera adrien nasi goreng je, jadi dah beberapa hari buatkan nasi goreng, katanya nasi goreng mama sedap sangat hehehe. Sampaikan orang lain pun kenalah ikut seleranya.

Tingggg...dapat idea nak masak apa, keluarkan tepung dan bancuh air garam, uli tepung sampai jadi doh, penggelek takde jadi mama gunakan saja anak lesung, sama macam yang arwah mak buat dulu-dulu, tak banyak mama buat, cukup 5 keping saja kemudian digoreng dengan butter. Tak sangka pulak tak cukup 5 keping abg adam belum siap mama masak dah bertanya-tanya "ini mama masak apa?" Sedikit dicubitnya yang dah siap mama masak.


"Eh sedaplah mama" terus dimakan lagi sekeping, geram pulak mama sebab tak menyempat-nyempat dia nak makan. Dah habis sekeping diambil.sekeping lagi, sampaikan yang adik punya pun dirembatnya. Bukan itu saja siap dicerita pada pengasuh kata mama masak sedap, hinggakan pengasuh pun bertanya apa yang mama masak, aduhhh bikin malu itu anak.

Malam tu sambil tunggu anak-anak balik mengaji bersembanglah dengan ct pengasuh anak-anak siap ditanya mama apa yang mama masak sebab adam kata sedap..kahkahkah gelak mama tau pada hal makanan orang susah dulu-dulu bila takde apa nak makan itulah yang arwah mak buat untuk makan.

Apa yang mama masak konon sedap sangat bak kata abg adam tu hehehe



Inilah benda yang mama masak tu, lempeng je..kikiki tapi dulu-dulu kami adik-beradik panggil tempek keras. Bagi mama sedaplah sebab rangup-rangup bila dimakan, tengahnya rangup tepi-tepi tu lembut. Post kat group family ada tanya macammana nak buat, teringat cerita lama la tu..makanan nostalgia nih...

Kerinduan yang takkan pernah padam.

Dugaan pagi ni on the way pergi kerja tayar kereta pecah..alhamdulillah terima kasih ya Allah dengan kasih sayangMu..saat diuji ada yang sudi membantu. Mujurlah bersama en.azmi pagi ni, tukar tayar spare, tayar spare takde angin pulak, alhamdulillah ada kawan yang sudi membantu, sambil tunggu en.azmi dan kawannya pergi isi angin mama sambung entri yang tertangguh, masuk kerja lambatlah hari ini, takpe pasti ada hikmahNya kan. Lately ni banyak ujian dan dugaan...tanda Allah sayang.

Wassalam

Monday, 13 March 2017

Sukan PASTI

Assalamualaikum...


Setelah berminggu-minggu berlatih akhirnya ahad 12 mac 2017 telah berlangsungnya suka pasti daerah Kuala langat. Mama masa mualimah bagitahu adrien masuk futsal macam percaya dengan tidak saja, bolehkan adrien tu main bola, biasa main dengan abang je dirumah ini nak berebut ramai-ramai tenagh padang, Masa mama tengok dia training pun dia berdiri tegak je tak kejar bola..ehh dah kenapa budak sorang ni, nak main ke idok? Mualimah cakap biasa dia ok je.

Hari sukan tiba mama pulak yang cemas takut bila mama tengok dia berdiri tegak pula ditengah-tengah padang tu, tak ke naya dibuatnya hahaha. Sebanyak 18 buah pasti di daerah Kuala langat mengambil bahagian, dan perlawanan secara liga, acara yang dipertandingkan futsal, bola jaring dan akhir sekali lari berganti-ganti. setiap game untuk futsal hanya 5minit saja, ye lah budak-budak mainkan mana boleh lama-lama pulak tu nak main banyak kali.

Punya semangat mama ni tunggu tepi padang ko, tapi cerdik sangat tak bawa pun tikar untuk duduk, orang lain siap macam berpiknik tepi padang tu, mama jangankan tikar payung pun takde dah la tengah panas lit-lit tu, dok berjemur anak-beranak, dah dok asyik ngadu lenguh kaki berdiri, en.azmi pun pergilah mencari sesuatu untuk mama, bukan pergi beli tikar ye,tapi kotak yang dibawanya sweet angat en.azmi tu, apa ada hal kotak pun kotaklah janji boleh duduk, dengan skirt kembang-kembang tuan puteri pun duduk atas kotak kikiki

Perlawanan sedang berlangsung

Tengah panas lit-lit tu kami duduk anak-anak beranak bagi sokongan pada adrien,lagipun seronok tengok budak-budak ni bermain, lucu je, masa pasti adrien berlawan budak-budak ni siap kejar bola sampai pergi padang sebelah,walaupun pasukan lain tengah berlawan kat padang tu pasti adrien dan pasukan lawan terus juga menyepak bola, jenuh pula pengadil tiup wisel dan kejar bola hahaha. Kami duduk sehingga 12 lebih je sukan belum tamat tapi adelya dah mengamuk minta susu, nampaknya kenalah balik awal, mama pun muka dah pedih terbakar sebab berjemur.

Gaya dah ada nampaknta tu heheh

Jumpa adrien sekejap dikhemahnya kemudian terus balik. Adrien pergi dengan mualimah dan balik juga dengan mualimah, kami hanya menghantar dan mengambil di pasti saja. Tahun depan mama nak jadi penyokong bola jaring pula, inshaAllah tahun depan adelya pun akan dimasukkan kesini juga. sebab ini sekolah yang terdekat dengan rumah, lagipun siap transit jadi memudahkan mama.

penyokong setia

Dah anak-anak moh ler kita balik, sakit dah kepala mama dok tengah-tengah panas.

Wassalam

Wednesday, 8 March 2017

Membebel

Assalamualaikum...

Selamat hari wanita buat semua sahabat mama...Moga kita wanita solehah yang anggun dalam caranya yang tersendiri☺.

Sempena hari wanita ni mama nak serlahkan bakat wanita mama ni yang memang suka membebel... ahahaha. Bila menunggu lama-lama tak tahu apa nak buat marilah kita menulis sepatah dua kata diruangan kesayangan mama ni. errr...sepatah dua kata je ke?

Akibatnya bila dah ada anak dara walaupun anak dara tu baru nak masuk 4 tahun, bertabahlah mama share kasut dengan anak..ecehhh, suka sangat nak pakai kasut mama, kadang udah dipakainya dibiarkan saja kasut tu berhujan dan berpanas, lagipun kasut tu pun dah bertahun pakai beberapa kali sudah digam, satu hari mama pakai pergi kerja, lepas tu rasa lain macam jek, sekali tengok sikit lagi tapak kasut tu nak tercabut..huhuhu sudahnya mama rembat selipar surau untuk dipakai sepanjang hari..hahaha selipar sendiri sudah putus, yang spare pun takdek jadi bertabahlah pakai selipar jepun seharian.


Tengoklah kasut mama tu..memang minta kasut baru la nih, tak dapat nak diselamatkan lagi sebab dah beberapa kali digam, whatsapp en.azmi katanya nanti tunggu gaji dia belikan kasut baru..yeayy tak sabar nak tunggu kasut baru..mama kena ada satu kasut yang tinggi nih sebabnya ada baju yang memerlukan mama pakai heels, kalau tak kainnya menyapu lantai, nak dipotong jadi tak cantik pulak, yelah ada sesetenagh baju tu, kalau dipotong dah tak jadi macam princess lagi dah..hahaha nampak tak, nak fefeeling princess pulak dah..

Sekarang ini terasa betul semua benda pun mahal, nak makan dekat opis pun mahal, kadang lunch sekali beli dekat rm10 tu belum campur air kalau campur air mau lebih rm10, makan pagi lagi..huhu apa nak buatkan,takan nak up bajet makan kot, jadi buatlah langkah bijak berjimat cermat dengan membawa bekal ke opis..memang mama dah lama pun bawa bekal pergi kerja, tapi kena berkorban masa la sikit bangun awal pagi untuk masak, takpelah dah biasa bangun awal kan, malam-malam siapkan dulu segala beg anak-anak dan iron semua baju, bangun pagi tu memang untuk masak je lah, kalau semua nak buat pagi dengan nak iron baju memang tak sempatlah mau pukul 3pagi mama bangun.

Bekalan mama mudah saja, yang penting perut kenyang..haha kepok keping goreng letak dalam plastik je buat makan dengan nasi goreng...layannnn makan sorang-sorang depan pc
Lagi pulak sekarang ni anak-anak pun nak bawak bekal, adrien yang ada makan dekat pasti pun nak berbekal juga, takpelah nak mama tak kisah asalkan anak-anak puas hati, bekalan pun yang mudah-mudah je la, kalau mama konpem la nasik. anak-anak pula ikut selera masing-masing. bila bawa bekal ni ok lah, duit belanja sekolah pun boleh simpan, mama tengok tabung abang dah banyak pandai abang ye..senyap-senyap simpan duit, takpe abang bagus tu teruskan..adrien pun sama, hari-hari bawa bekal dan bawa rm1 untuk belanja, kadang ye lah teringin nak beli kuih kan, beli dua ketul, ada baki adrien masuk tabung...seronok mama tengok anak-anak dah pandai menabung.


okeh sedar tak sedar tak lama lagi ramadhan bakal menjelma, moga dipanjangkan usia kita untuk bertemu dengan ramadhan nanti, jadi dengan semangat itulah mama pun gigih menyalin resepi sekut raya,,kikiki tetiba teringin nak baut sendiri katanya, haruslah pilih resepi yang menjadi idaman hati si jejaka sombong pengarang jantung hati mama tuuu..resepi apa, menjadi ke idok kita tunggu dan lihat je lah nanti ye, maklumlah tahun ni rasa macam kurang sibuk anak-anak pun dah besar jadi bolehlah kot mama nak membuat sekut raya, apatah lagi dengan semangat nak beraya dirumah sendiri nanti kikiki..boleh lah suruh anak-anak ajak kawan-kawan datang rumah...wahhh tak hagak-hagak berangan,,pose dah ganti belum mama? kikiki sediri tanya jawab sendirilah ye


resepi apa yang mama salin tu??? haaa gigih tak mama menyalin resepi orang lama cenggini la lebih suka salin dalam buku pada hal dah screenshot kat enpon, lepas tu salin dalam buku, bukan apa senang sikit masa nak guna nanti, kalau kat enfon nanti jenuh pulak mama nak scroll balik cari resepi, moga-moga sampai waktunya nanti semangat mama terus membara la, lagi bertambah semangat dekat rumah ni ada pulak kedai barang-barang bakery hari tu dah pergi sekali, perhhh memang syoklah, mulalah terbayang-bayang dah nak buat apa, tapi masa pegi tu beli barang yang diperlukan sahaja dulu.



Alhamdulillah...bisnes kecil-kecilan mama masih berjalan, seronok jugalah bila dapat feedback kata kek mama sedap, alhamdulillah lega rasanya, ye lah bila buat untuk orang ni macam takut jugalah kalau tak sedapkan. cumanya belum promote kat jiran-jiran lagi bukan apa mama malu kikiki, pada hal jiran-jiran pun ramai yang buat jualan sampingan macam-macam ada tau. Mungkin nanti-nanti bolelah mama pula promote kat jiran-jiran buat masa ni rilek-rilek la dulu hihihi. Ada rezeki tak ke mana ye tak.

Haish macam panjang pulak bebelan mama ni haaa...ye mama ni memang potpet potpet sikit mulutnya, kalau dapat geng memang layanlah tapi kalau jumpa yang pendiam otomatik jadi pendiam juga mama ni tak reti nak sembang.

Oklah stop dulu jap lagi en.sombong sampai tak perasan pulak.

Wassalam

Sunday, 5 March 2017

Cekodok nasi sejuk

Assalamualaikum...

Tengah hari nanti nak pergi makan kenduri dekat rumah jiran, jadi pagi ni mama masak cekondok je untuk minum pagi, lagipun anak-anak minta nak makan cekodok. Jomlah buat cekodok nasi sejuk pagi ni.


Kemain mama siap bungaan sepasu kat sebelah kikiki.. nak makan, bunga sila ketepi ya. Cekodok cicah cili kicap, podeh tapi sodap. Cekodok nasi sejuk ni dah sejuk pun lembut je. Mesti ramai dah tahu kan cara buat cekodok ni, tapi mama nak share juga lah.

Nasi sejuk secawan campur sedikit air dan blender halus,kemudian campurlah dengan tepung, gaul sebati perisalah dengan garam nak campur bawang atau sayur pun boleh, tapi mama buat kosong je sebab anak-anak suka yang kosong je. Yang penting habis dimakan. Jadi nasi lebihan kalau malas nak digoreng bolehlah dibuat cekodok yang sedap.

Okeh mari makan kenduri.

Wassalam

Friday, 3 March 2017

Mujur dia melompat

Assalamualaikum....

Anak buah kesayangan mama, kecik-kecik dulu dialah peneman mama balik kampung. Sekarang dah besar panjang,entah-entah sikit hari lagi dah nak jadi suami orang, girlfren pun dah ada tu, dah jumpa pun hari tu.

Satu malam dapat whatsapp dari ibu katanya aliff eksiden, terkejut jugalah mama tapi kata ibu aliff takde apa-apa. Legalah mama sebab anak-anak pun dah tidur tidaklah mama pergi tengok.

Anak buah mama ni setiap hari berulang pergi kerja melalui skve, hari tu dia balik malam tiba satu kawasan yang orang kata selalu nampak entiti yang menyeramkan, masa itu aliff ternampak sesuatu melintas jalan tak sempat nak elak dia terlanggar benda tu dan dia terbabas, mujur masa jatuh tu dia melompat bangun ke tepi, sebaik dia bangun lori datang menghentam motor.. Allahu akbar. Kalau dia tak melompat? Tak dapatlah mama nak bayangkan.


Keadaan motor aliff yang dilanggar lori. Selepas dari tragedi ni ibu pun minta kami pujuk aliff supaya duduk dengan maktam. Sebelum ni dah duduk tapi anak manja ibu kan tetaplajnak duduk dengan ibu, masing-masing cubalah memujuk dengan macam-macam ayat hehehe..akhirnya duduk juga dengan maktam itupun weekend je balil rumah ibu.

1st day ibu hantar rumah maktam,malam tu ibu whatsapp "lain pula rasa aliff takde kat rumah, mujurlah takde sebab duduk rumah maktam, kalau takde sebab eksiden hari tu taktau lah" tetiba mama pula jadi sebak tak dapat bayangkan andai itu terjadi, bergenang airmata bila baca kata-kata ibu tu.

Dulu aliff pernah eksiden juga, kena langgar sampai dua jari kakinya hancur dan terpaksa dibuang. Kali ni eksiden lagi, takpelah pasti ada hikmah disebalik apa yang berlakukan. Semoga lepas ni semuanya akan baik-baik sahaja.

Wassalam


Wednesday, 1 March 2017

cerita keibubapaan - saja nak kongsi

Assalamualaikum...

Hari ini mama ada masuk sesi ceramah keibu-bapaan,jadinya mama nak share lah sikit apa yang mama dapat tadi. Memang best ceramah yang diberikan,penceramah pun best dan kelakar,lagi best adalah isi ceramahnya tu. Jauh disudut hati mama ni ada sedikit rasa sedihlah kalau nak dibandingkan apa yang dah mama buat dengan apa yang diberikan dalam ceramah tadi. macam alahai mama ni... tak cukup lagi apa yang mama buat

7 teknik keibubapaan yang perlu diamalkan (gigih tau mama salin, tulisan pun cantik lagi cakar ayam hahaha...inipun puas tenung nak faham apa perkataan yang mama tulis nih, nak salin note dekat enfon memang takde apalah kang ntah apa yang mama tekan, jari gabak, keypad lak kocik kikiki) okeh dah-dah la mama oii berceloteh moh le ke cerita sebenar, apa teknik yang nak dikongsikan.

1. Mengajar anak-anak dari kecil - kerana anak-anak kecil ini daya penyerapan mereka sangat tinggi. Sebab itulah kita pun memori masa kecil kita, rumah kita, permainan kita masa kecil-kecil dulu kita masih ingatkan. cuba kita ingat apa yang kita makan untuk lunch 3 hari lepas, puas juga kita nak ingat, melainkan kita tulis dekat blog lah dan kita tengok balik hehehe.

2. Mengajar sesuatu secara berulang - bila sesuatu perkara itu diajar secara berulang pastilah lebih mudah diingatikan. yang ni mama tak dapat nak ulas panjang hahaha..mengelamun pulak

3. Mengajar didalam suasana gembira - ini kerana otak manusia suka dengan perasaan, sesuatu perkara yang membuatkan kita sedih atau gembira kita akan ingat perkara itu, jadi bila nak mengajar anak-anak biarlah dalam suasana gembira supaya anak-anak akan ingat dan lebih faham.juga dapat menjadikan belajar itu sesuatu yang seronok.

4. Mengajar menggunakan emosi kasih-sayang utuk membantu mengekalkan  sesuatu didalam minda - teknik ini sangat penting kerana apa-apapun perlu dimulakan dengan kasih sayang disamping kesabaran, ye bukan mudah nak mengajar anak-anakkan, kadang tak sempat apa-apa dah nak jadi singa hahaha hadoiii, ini mamalah ye bukan orang lain, orang lain mungkin kesabarannya lebih tinggi.

5. Mengajar menggunakan suara penuh kasih sayang (brain waves) - ajar anak sepertimana anak mahu diajar, bukan ajar sepertimana yang kita mahu. mengajar anak ni ye lah kan mesti banyak main, nak pulak anak yang macam adelya tu..aduhhh mencabar betullah kan. jangankan nak keluar suara kasih sayang kadang suara rimau yang mengaummm hahaha, sedihlah mama ni tak cukup kesabaran

6. Mengajar dengan cara teratur dan berterusan - kena setkan pukul berapa kita nak ajar anak dan perkara itu biarlah teratur contoh pukul 5 kita mengajar dan pastikan esoknya pun kita ajar mereka pukul 5 dan perkara ini mesti dilakukan secara berterusan, ini boleh membuatkan mereka berdikari dan menimbulkan suasana dirumah. ini mama susah betul nak istiqomah, buat sesekali lepas tu tak buat dah sebab kadang balik keje penat, malam pulak asyik teringat tilam bantal je bila masa pula nak ajar anak..aduhhh gagal disitu mama ni

7. Puji anak bila mereka lakukan sesuatu kebaikan - seseorang yang membesar dengan pujian akan membesar dengan lebih baik (kata penceramah). janganlah bila anak lakukan kesalahan kita memarahi mereka tapi bila mereka lakukan kebaikan kita buat tak tahu saja, jadi untuk mendapatkan perhatian tentu anak akan melakukan perkara yang tidak baik, so ibu-bapa jangan kedekut dan malu-malu nak puji anak ye hehehe..okeh ini mama selalu buatlah bila anak buat baik, kalau buat nakal tu memang hanger bertemu dindinglah kikiki bape banyak dah hanger patah pukul dinding.

8. Jangan bandingkan kekuatan anak orang lain dengan kelemahan anak kita. Jadikan kelemahan anak kita itu satu kekuatan. Rasanya setakat ini mama takdelah banding-bandingkan anak mama dengan orang lain terutamanya dalam pelajaran. Ye lah mama pun tahu setakat mana kebolehan anak mama kan, jadi kita bagi semangat dan ajar mengikut kemampuan sebab mama dia pun tak berapa nak pandai nak pulak bab-bab mengiran dan bab nak cakap omputih huhuhu maklumlah sekolah pun tak tinggi kikiki, tapi bila anak nak tahu satu-satu perkataan yang dia tengok kat tv tu mama cargas la amik kamus yang penting ada la usaha mama tu hahaha.

Sebenarnya banyak lagi ilmu yang mama dapat tapi cukuplah dulu setakat ini yang mama kongsikan, banyak-banyak nati pening pulak nak baca, inipun mama rasa dah banyak sangat yang mama taip, moga dapat berikan manfaat buat kita semua... jadilah role model buat anak-anak "action speak louder than words" ecehh tetiba nak cakap omputih sebab anak-anak ni lebih cepat mengikut apa yang kita buat dari apa yang kita cakap.



Anak-anak amanah untuk mamapapa..moga mamapapa dapat tunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Wassalam