Sunday 31 January 2016

Angkara siapa?

Assalamualaikum...

Semalam anak-anak sibuk minta mama buatkan lemon chesse cake, hai lah anak-anak kalau mahukan sesuatu mesti tak sabar.

Petangnya mama buatlah versi non-baked punya sebab mama malas nak mengukus. Selesai saja simpan dalam peti sejuk sementara anak-anak pergi bermain di taman belakang bersama en.azmi.

Balik dari taman sibuk bertanya, kek sudah boleh dimakan atau belum? Jawapannya pastilah belum, tak sempat nak beku lagi,mama minta mereka mandi dan maghrib dahulu. Aktiviti biasa selepas maghrib,jadi mama masih dibilik,adrien juga masih membaca iqra'. Selesai dengan iqra' adrien turun ke bawah,mama teruskan aktiviti.

Naik lagi 2 hero mama tu bertanya tentang kek, adrien paling tak sabar nak makan,mama pula masih menunggu isyak. Sambil tu adrien bertanya-tanya "mama.. Yang mama buat tu kek sape?" Anak-anak ni bila buat kek je ingat untuk hari lahir..hehehe "itu kek untuk mama lah"  alaaa...asyik kek mama je,bila nak buat kek yen?..haa.. Macam-macam.

Mama ke dapur nak tengok keadaan kek,sudah membeku elok atau belum..


Sekali mama tengok terdapat beberapa kesan cakaran dipermukaan kek...hmmm 3 suspek utama, namun setakat pagi ini masih tiada pengakuan yang dibuat,siapakah pelakunya antara adam, adrien & adelya...adoii lah anak-anak ni tak menyempat-nyempat betul.


Tengoklah tu comot sudah kek mama...bila mama post dekat whatsapp group, mak2 saudaranya mengatakan adrien punya angkara...hahaha, nampak sangat kenakalan adrien ye. Dari bukti yang ada mama pun rasa adrien sebab dialah yang paling tak sabar nak makan, makan pun siap bertambah.

Itulah cerita mama dan anak-anak semalam, tak pernah sunyi hanya sunyi bila mereka tidur. Hari ini entah apa pula tingkah mereka. Nantikan saja.. Selamat berhujung minggu..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday 30 January 2016

Semangat adrien

Assalamualaikum...

Sejak bersekolah ni.anak-anak mama tidur awal kecuali adelya, abang-abang lepas buat homework, 9.30mlm dah masuk tidur. Malam tadi cuma abang adam yang siapkan homework,adrien malas katanya.

Bangun tidur pagi ni tanpa mandi terus ambil iqra' baca, selesai baca iqra' terus ambil homework yang belum dibuat semalam, buat pagi ni hingga selesai.


Tengoklah tu betapa semangatnya adrien buat homework, celik mata terus buat homework, buat dekat atas tilam saja, hai itulah kalau dah semangat sangat tak menyempat-nyempat nak buat,mama layan sajalah, takut nanti hilang semangat pula.

Moga anak mama ni terus bersemangat, bila mama tanya "seronok tak sekolah?" Adrien jawab tak seronok, mama tanya kenapa tak seronok? Tahu adrien jawab apa..."cikgu yen tak cantikk" errrkkk...boleh pulak macam tu, ada-ada saja adrien aryan ni tau.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday 28 January 2016

Baju kurung moden

Assalamualaikum...

Setiap negara di dunia ini mempunyai jenis pakaian tradisional tersendiri dan tidak ketinggalan buat Malaysia. Namun kerana negara kita ini adalah negara yang berbilang kaum kita dapat lihat lebih daripada satu jenis traditional wear yang ada. Namun pakaian tradisional Melayu adalah antara yang paling disukai dan mudah didapati. Hampir di mana-mana sahaja anda boleh mendapatkan baju kurung.

Apakah yang membuatkannya begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia? Antara faktornya adalah kerana baju kurung sangat selesa untuk digayakan dalam apa jua keadaan dan ke mana jua anda mahu pergi lagi-lagi jika anda pakai baju kurung cotton yang diperbuat daripada kapas. 

Pelbagai pilihan baju yang boleh digayakan mengikut kesesuaian


Selain mencerminkan budaya Melayu yang penuh adab sopan, memakai baju ini akan membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis. Bukan sahaja boleh dipakai ke majlis-majlis formal dan istimewa malah ianya begitu sempurna untuk dipakai walau ke pejabat sekalipun. Kini banyak koleksi fesyen baju kurung moden terkini boleh didapati dengan variasi pilihan rekaan yang lebih segar dan menarik seperti baju kurung lace. 



Warna yang sememangnya kegemaran mama hitam dan putih...


Hasil idea yang dicetuskan oleh pereka fesyen yang berbakat telah melahirkan fesyen baju kurung moden dengan rekaan yang lebih segar berbanding sebelum ini. Ianya juga diterima dengan cukup baik oleh para pencinta fesyen di Malaysia kerana dianggap bersesuaian dengan trend fesyen Muslimah terkini yang sedang popular.


Baju yang menarik hati mama, hijau tu cantikkan


Terdapat banyak website online shopping Malaysia di luar sana serta butik fesyen Muslimah online yang menampilkan pelbagai koleksi baju kurung murah moden terkini dengan pilihan yang hebat. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pergi dapatkan baju kurung moden terkini murah secara online kerana ianya lebih mudah!

Selamat bershopping ye kawan-kawan mama, pasti ada satu yang menarik hati.

Wassalam

Tuesday 26 January 2016

sakit perut

Assalamualaikum...

Selepas baik demam adrien tak lalu nak menjamah makanan, mama naik risau sebab biasanya adrien cergas saja, tapi lepas demam tu adrien hanya terbaring, kadang menangis bagitau sakit perut, mama tengok perutnya ok, takde bengkak pun, jadi sapu saja minyak pada perut adrien.

Dalam pada adrien lemah tu, mama bagi juga adrien pergi sekolah selepas bercuti 2 hari isnin dan selasa tu, bukan apa mama tengok adrien dah larat cuma tak mahu makan. tapi bila balik rumah adrien terbaring je.

Sedih mama tengok gambar adrien ni, dok pegang perut


Jumaat petang, tecer taska wasap, bagitahu adrien menangis cakap sakit perut, makan pun tak mahu, mama cemaslah dibuatnya, tapi tak boleh nak balik lagi sebab kena tunggu en.azmi ambil. Pukul 5ptg en.azmi sampai, terus ke taska, ambil adrien bawa ke klinik di seksyen 3, klinik mama check up masa pregnant dulu...senang sikit.

masa sampai klinik, tiada orang cuma kami saja, cepatlah nombor dipanggil berjumpa dokter, adrien muka cuak je sebab takut kena cucuk, mama la terpaksa dukung, dokte check rupanya perut adrien kembung je...hmmm ni mesti sebab tak makan masa demam hari tu.

Dapatlah bekalan 2 jenis ubat dari dokter,sekarang alhamdulillah...adrien dan kembali ceria seperti biasa, makan pun berselera, siap mama kena rebus lagi spaghetti atas permintaan adrien, tak mengapa mama turutkan saja asalkan anak hendak makan. sabtu lepas memang pulun spaghetti dari pagi sampai ke malam lah.

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati mama, selain melihat anak-anak sihat dan ceria.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday 25 January 2016

Mengikut jadual

Assalamualaikum...

Hari ni buat pertama kali mama menyusun buku abang adam mengikut jadual. Esok abang adam dah mula belajar untuk sek.kebangsaan, minggu lepas dah habis orientasi. Mulai hari ini secara rasminya tugas baru mama bermula...susun buku ikut jadual.

Sebenarnya dah bermula pun untuk sek.agama, tapi sekolah agama jadualnya mudah bagi mama sebab senang mama faham, yang sekolah kebangsaan ni guna singkatan, susah mama nak agak mata pelajaran apa, yang buat mama terpinga-pinga DSV, MZ,PIQ,PIU,PK, yang lain-lain BI,BM,MT tu bolehla mama faham....hahaha DSV tu adakah dato' sri vida? Hehehe kata mak ngah PIQ tu qu puteh agaknya...tak membantu langsung.


Mama siap belikan fail, setiap mata pelajaran satu fail,mama tulis sekali diluar tu mata pelakaran apa,susun dalam beg ikut susunan jadual matapelajaran,senang abang adam nak ambil nanti, tarik je fail yang berkenaan.

Selain memudahkan, ia juga dapat menjaga buku dari terlipat-lipat, maklumlah abang adam kan,main letak je bukunya dalam beg tu, jadi mama perlu buat sesuatu agar buku terjaga, buku itu ilmu,jadi yang berkaitan ilmu perlu dijaga dengan baik, barulah berkat ilmu yang dipelajarikan,juga dapat terhindar dari basah air hujan bila buku diletak dalam fail, sebab sebelum ni buka basah terkena hujan.

Permulaan ini mama yang buat,nanti pelan-pelan mama akan ajar abang untuk menyusun sendiri buku-buku mengikut jadualnya. Pelan-pelan kayuhlah kan, anak-anak mama ni biasalah manja,lagipun ini perkara baru buat abang adam, kena ajar sedikit demi sedikit.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Yan...resepi lemon chesse cake tengok entri sebelum ya..:-)

Sunday 24 January 2016

Lemon chesse kek

Assalamualaikum...

Permintaan dari adik alam maya mama...yan, minta share resepi lemon chesse cake.. Lemon chesse cake yang mama buat ni ada dua versi 1 versi kukus, 1 lagi versi non-baked punya. Kat sini mama share kedua-dua cara ye..

1. Lemon chesse cake non-baked.

Ini sebab mama dah penat,lepas masak spaghetti baru mama buat kek, tak larat nak menunggu kalau dikukus jadi mama non-baked saja.




Bahan-bahan

Butter (dicairkan)
Biskut marie (dihancurkan)

500g cream chesse
Susu pekat manis
1biji lemon ( diperah & diparut sedikit kulitnya) - jika mahu jus lemon banyak golek2 terlebih dahulu lemon tu bagi lembut, tak tahulah betul tak teori ni hihihi
100ml air
Sedikit agar-agar tali (mama tak biasa guna gelatin, jadi mama guna agar-agar tali jadi kena agaklah banyak mana nak guna dengan 100ml air tu ye)
100ml whipping cream (mama guna brand value pride)
Sedikit gula kastor.

Cara membuatnya :

Butter yang telah dicairkan digaul bersama biskut marie yang telah dihancurkan, masukkan ke dalam loyang dan padatkan,seeloknya guna loyang yang boleh dibuka bahagian bawahnya,mama pun tak tahu apa nama loyang yang sebenarnya huhuhu, bila dah siap.masukkan dalam peti ais.

Kemudian pukul whipping cream bersama gula kastor sehingga hancur dan sebati, masukkan juga ke dalam peti.

Pukul cream chesse bersama susu pekat manis, sesuaikan rasa manis mengikut kesukaan, jangan terlebih manis sebab whipping cream tadi dah dicampur gula. Kemudian masukkan jus lemon dan sedikit parutan kulit lemon.

Cairkan agar-agar,apabila sedikit sejuk campurkan ke dalam adunan cream chesse dan campurkan dengan whipping cream tadi, dah siap tuangkan diatas biskut marie tadi, bila dah habis masukkan ke dalam peti sejuk, biarkan semalaman.



Lemon chesse kek versi kukus.




Bahan2

5 sudu butter dicairkan
Biskut marie dihancurkan

500g cream chesse
3 biji telur
11/2 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum
1 biji lemon

Cara membuatnya :

Biskut marie digaul dengan butter yang telah dicairkan,padatkan dalam loyang, dimasukkan sebentar didalam peti sejuk

Pukul cream chesse hingga lembut,masukkan gula, pukul lagi hingga sebati, kemudian masukkan tepung.pukul lagi.

Masukkan telur satu persatu,masukkan esen vanilla,jus lemon dan parutan kulit lemon,

Tuang diatas biskut marie tadi, kukus sehingga masak.

Untuk hiasan.

10 biji strawbery dipotong dadu. Masakkan bersama 3 sudu besar gula, masak sehingga gula cair dan rupanya seperti dalam gambar, sejukkan dan boleh ditabur ke atas kek tadi.

Ok itu saja perkongsian resepi mama untuk kali ini, selamat mencuba ye.

Oh ya kalau non-baked durian chesse pun resepinya sama seperti diatas, cuma gantikan lemon tu dengan durian ye.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Saturday 23 January 2016

Kita tumpang sebadan.

Assalamualaikum...

Semalam 2 majlis diadakan di seksyen mama. 1 majlis perpisahan untuk seorang pegawai yang akan bertukar ke seksyen lain, 1 lagi sambutan majlis hari lahir suku ke4, bagi mereka yang lahir pada bulan oktober,november & disember 2015.



Ada 9 orang yang menyambut hari lahir, jadi mari kita beri hadiah pada mereka. Di seksyen mama,kami buat kutipan setiap bulan rm5 seorang, bila ada apa-apa majlis gunalah duit kutipan dan top up lah dengan kutipan lain. Hadiah yang diberi pun bajetnya sedikit saja,yang penting bukan hadiah tapi ingatan kan. Seronok tengok semua gembira,

sumbangan makanan juga banyak selain yang di order.siap boleh bungkus bawa balik, mama bawa makanan atas permintaan adik-adik. Ada yang nak spaghetti ada yang nak lemon chesse cake, kerana tak mahu menghampakan yang meminta mama buat kedua-duanya. Alhamdulillah kedua makanan itu habis dimakan, takde apa yang menggembirakan si tukang masak selain melihat hasil masakannya habis dimakan, betul tak?


Kebetulan semalam 22 jan adalah tarikh hari lahir mama jadi mama joinlah potong kek... Hihihi, seronok juga sesekali sambut begini bersama kawan-kawan ofis,tak pernah pun mama sambut besday sebelum ni, ini saja sebab kebetulan, jadi kita eksen la potong kek tu, pada hal tak potong pun hahaha...saja nak bergambar.

Apapun majlis semalam memang meriah dan berjalan lancar...hehehe majlis kecil je, ye la walaupun kecil tapi kalau tanpa izin Allah tentu tak berjayakan... Alhamdulillah. Terima kasih buat yang memberi ucapan hari lahir buat mama, rasa macam retis lak mama semalam, membalas setiap ucapan kawan-kawan sampai ke malam, hinggakan ada yang kata mama ramai peminat,sampai ke malam tak abis-abis lagi ucapan hari lahir...alhamdulillah... Ucapan itu tanda ingatankan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday 22 January 2016

tentang mama

assalamualaikum...

nor fazilah bt ibrahim itulah nama diberi tapi lebih mesra disapa kak lah..adakalanya ketika zaman kanak-kanak dulu dipanggil 'pak dollah sayang' hhahahha nama ejekkan lah nih ....dilahirkan pada tarikh hari ini 38 tahun yang lalu...alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini selama 38 tahun.Semoga terus dipanjangkan usia mama ni, dan semoga usia yang ada ni diberkati Allah swt.

merupakan anak ke 3 daripada 9 beradik..6 perempuan 3 lelaki, mama dilahirkan di negeri Perak sebenarnya ate...teman orang felda ijok, selama perak.tapi dibesarkan di negeri Pahang, Al-kisahnya arwah mak dan arwah ayah merantau ke Pahang dalam usaha mencari rezeki, permulaannya kami duduk di Kg.Awah, Temerloh, lama juga menetap disitu, sebelum arwah ayah mohon untuk masuk ke tanah rancangan felda.

Setelah dapat masuk felda, bermulalah kehidupan mama sebagai anak felda, mula-mula masuk felda susah tak macam felda yang sekarang, dulu api air pun takde, merasalah mama mandi air telaga, guna pelita minyak tanah, kalau nak up sikit guna lampu gasoline, ada kat blok mama tu merangkap guru mengaji mama, berada sikit dari jiran-jiran yang lain, rumahnya sebuah yang ada televisyen dan lampu bermentol, itupun hidup guna generator.

Teringat dulu-dulu dirumah itulah kami berkumpul setiap malam untuk tengok cerita jepun oshin, rin hanikoma, berkumpul ramai-ramai, walaupun tv hitam putih yang jenis buka pintu tu, itupun dah seronok sangat, dihalaman rumahnya juga tempat kami berkumpul bermain di petang hari, masa zaman moero attack, semua pakat main bola tampar, yang sezaman dengan mama mungkin ingat cerita ni kan, dulu-dulu glamer citer jepun, takde citer korea...hehehe yang masih mama ingat, miss comec, kesatria baja hitam dan macam-macam lagilah, banyak jika nak disenaraikan.

Dulu-dulu jalan tak bertar, hanya jalan tanah merah yang berbatu kecil-kecil, bila hari hujan, habislah merah kasut sekolah, arwah ayah bijak, disuruhnya kami, bungkus kaki dengan plastik, jadi bila berjalan, kasut takdelah terkena percikan tanah merah tu.

Hidup sebagai anak felda ni dulu tidaklah sesenang mana, dengan kami yang 9 beradik ni, arwah ayah cuma menoreh getah,arwah emak pula surirumah,  pernah juga kami makan nasi dengan garam, pernah juga makan nasi berkuahkan minyak bekas goreng ikan semata...Walaupun mama ni anak penoreh getah, tapi memang tak pandai menoreh, bukan setakat tak pandai menoreh ladang getah arwah ayah pun tak tahu di mana,kerana apa? kerana kami adik-beradik tak pernah ke ladang, jangan haraplah ayah nak bawa, arwah ayah memang tak pernah nak bawa kami menolongnya diladang, saat kami dengki dengan kawan-kawan lain yang sering ke ladang, tanpa kami tahu mereka lebih dengkikan kami, kerana tak perlu berpenat ke ladang setiap petang seperti mereka.

Baru mama tahu kenapa arwah ayah tak pernah mahu bawa kami ke ladang, kerana arwah ayah tak mahu kami merasai kesusahan seperti yang dia lalui, susahnya biar hanya dia yang rasa, kerana katanya penat kerja menoreh ni, nak tolong mengutip getah pun arwah ayah tak bagi, katanya penat nanti, getah tu busuk nak dikutip dan diusung dengan baldi, berat...anak-anak tak mampu nak buat nanti, sudahnya buat je lah berdua, arwah mak dan arwah ayah...begitulah pengorbanan mereka.

Haiii panjang pula cerita mama ni ye.. Sek.men.dato' bahaman lanchang,sekolah mama dulu,sesudah spm mama ambil stpm,maklum tak berapa nak bijàk mohon masuk u tapi tak dapat,dengan pangkat 2 spm tu,mama masuk form 6, di sek.men.abu bakar temerloh,sapa orang temerloh mesti tahu sekolah tu tepi jalan je hehehe

Yuran stpm pun bayar sendiri, masa cuti sekolah bulan nov,dis tahun 1996...mama bekerja disebuah kedai baju di chow kit,kedainya betul-betul dibawah jejantas yang pernah arwah sudirman hj arshad buat persembahan dulu, masa kerja duduk di flat belakang tu wisma hock ann namanya kalau tak silap,tak tahu lah wujud tak lagi tempat tu.

Stpm dapat 4p. .tak teruskan pelajaran terus bekerja sambilan di jab.perangkaan malaysia negeri selangor selama 2 tahun, kemudian mama dapat tetap di jabatan yang sama pada mei 2000 dan mama masih disini mencurah bakti. Apa itu perangkaan? Mama pun tak tahu dulu,yang mama tahu buat banci penduduk sahaja,tapi banyak cabang kerja dijabatan ini,pengalaman yang mendewasakan.

Bertemu jodoh pada umur 30tahun...alhamdulilah bertemu juga jodohnya bersama rakan sekelas masa form 4 dan form 5, itulah kita tak tahu jodoh kita siapa kan, kalau tahu mungkin lepas spm mama ajak en.azmi kawin hahaha, tapi jodoh itu rahsia Allah kan,Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya, hasil perkongsian hidup mama dikurniakan 3 orang cahayamata..alhadulillah dengan rezeki anak yang Allah bagi,syukur sangat-sangàt kerana apa yang mama dan en.azmi rancang dan doa Allah makbulkan.

Dah 38tahun ni mama harap akan bertambahlah keimanan dan ketakwaan mama ni,kerana dengan meningkatnya umur mama ni,maka makin dekatlah mama untuk ke alam yang satu lagi,moga mama dapat membuat persiapan dan bekalan yang secukupnya apabila mama dijemput Ilahi nanti, semoga Allah jemput mama disaat Dia benar-benar redha akan mama.

Hadiah untuk mama? Hehehe...takde dah pun hadiahnya sebab dekat-dekat dengan anniversarykan,masa tu kan dapat hadiah surprise dari en.azmi,jadi cukup-cukuplah apa yang mama dapat tu,tapi tak tahulah kot dapat lagikan,tak dapat hadiah, belanja makan pun jadilah hehehe...kità tunggu je lah mana tahu ada surprise lagi nanti...kuikuikui,en.azmi itu suka buat terkejut-terkejut jek...




Hadiah mengejut yang mama dapat masa anniversary dulu, cukup dah rasanya untuk màma,menggantikan yang lama yang asyik bermasàlah dengan bateri sudah beberapa kali ditukar,masih juga tak elok,sudahnyà trade in sahaja yang lama dàpatlah yang ini,jadilah untuk mama yang tak berapa pandai dengan gadget-gadget nih.

Panjang sungguh mama tulis rasanya nih, syabas buat yang membaca sampai abis...


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Wednesday 20 January 2016

rezeki mama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Allah nak bagi rezeki pada mama tak sangka pula mama jadi orang pertama yang menulis entri untuk segmen ini



sebagai orang pertama yang menghantar penyertaan tak sangka pula mama dapat hadiah RM5 dari blogger pokok manggis depan rumah ini, jadi pada kawan-kawan yang ingin menyertai segmen ini, bolehlah klik gambar diatas.

Segmen masih dibuka untuk penyertaan, mungkin kawan-kawan ada pengalaman untuk diceritakan dan juga mungkin ada yang nak share bisnes, bolehlah share dekat segmen ini. Nak tengok  contoh bolehlah ke entri mama yang ini, mana tahu kawan-kawan juga akan menerima sesuatu dari penganjur...hehehe, rezekikan siapa tahu.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammd
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday 19 January 2016

Cerita si bidadari

Assalamualaikum....

Bidadari tu bukan mama ye..tapi tentulah anak dara mama tu. Makin petah bercakap,ada saja benda yang nak dicakapkan,kadang pening melayan.


Mama beli tudung tapi adelya yang sibuk nak cuba dulu, puas digayakan baru diberi pada mama. Itu sibuk nak bertudung tapi tak berbaju dan berseluar,cuma berpampers je...hai ada-ada saja adelya ni.


Kebanyakan benda semua nak buat sendiri, itu bukan main nak ketip kuku sendiri, pandai pula tu menggayakannya. Bukan setakat gaya tapi memang bolehlah ketip kuku sendiri. Tahu mama nak snap pic sempat lagi buat peace.


Pantang ditala henpon laju je buat macam-macam gaya, setakat ni gaya tak tinggal...gaya otomen memfire rasaksa hihihi pengaruh abang-abang la ni.


Walaupun nampak kasar tapi sifat kewanitaannya tetap ada... Ye lah gigirl kan jiwa wanita tu mesti ada juga. Ini baby beli masa pergi cameron hari tu, tau adelya buat apa tu? Diambilnya wet tisu dilapnya baby tu, katanya baby kincing hahaha pandai je dia,sekarang ni pula sibuk pakaikan baby dia pampers.


Ke mana saja baby mesti dibawa,tidur pun dengan baby, siap selimutkan lagi baby tu. Kalau nak pergi jalan mana-mana mesti adelya tanya "mama baby nak ikut jalan-jalan boleh tak?" Sambil buat muka comey,bila mama kata boleh terus senyum gembira.


Kalau hari sekolah, setiap petang akan tunggu depan rumah, tunggu abang adam balik dari sekolah "abang..yaya rindu abang" bukan main lagi kalau dengan abang adam, bila abang sampai siap panggil dengan suara manja,lepas tu nak peluk abang, bukan main rindu. Pagi tadi tak sempat tengok abang adam naik van,kejar abang sampai jatuh..."mama yaya tak tengok abang" alahai..sedih pulak mama, ye lah abang kalut sangat pagi tadi tak sempat adik nak salam, takpe petang nanti tunggu abang adam ye.

Itu kalau dengan abang adam, kalau dengan abang adrien dia hmmm...pantang lepa sekejap dah nangis abang adrien dibuatnya,dah la abang tu demam terbaring je, boleh dia pegi ketuk abang tu, mama peluk abang adrien pun adelya marah, tido malam mama selimutkan abang adrien, laju je adelya tarik selimut tu " yeyen tak boleh" katanya...asal yeyen semua tak boleh...adoii la mungkin sebab tu lah adrien dah taknak adik lagi agaknya, takut kena buli lagi hehehe.



Nak melawa pandai sangat, habislah beg bedak mama yang tak seberapa tu digeledahnya,sampai pecah bedah, lip balm pun patahlah, losyen bukan setakat tangan dan kaki, muka pun disapunya,paling tak tahan deodorant papa dia ambil, digelek kat muka...hahaha hadoiii melekit-lekit muka, memang itu pe'el adelya sekarang susu yang diminum pun dituang ke tangan disapu ke muka, krim roti pun sapu kat muka amboiii ini kalah qu puteh ni..silap-silap semut hurung muka tu.

Memang tak makan samanlah,kalau abang-abang barang papa tak berani usik tapi adelya selamber je,papa marah dia buat tak tahu saja, selalulah bergaduh dua beranak tu.... Haa rasakan penangan anak dara, tapi memang adelya tu manja dengan en.azmi,kalau minta nak dukung tu..haa kenalah papanya dukung. Melayan je la papanya tu.


Kena sediakan tudung dimana saja kadang mood bertudungnya datang, adelya minta bertudung jadi mama pakakan saja untuk membiasakan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday 18 January 2016

Demam

Assalamualaikum...

Petang sabtu lepas balik dari rumah kawan mama melawat baby imran, kami ke rumah kakak mama yang sulung ataupun ibu panggilan anak-anak mama.

Seronok sangat abang adam dan adrien berkejaran ditengah panas,bermain panjat-panjat bukit. Sudahnya pagi ahad badan adrien dah mula panas, demam lah sudah. Tengah hari tu join adik-adik ipar makan,adrien tak mahu makan walaupun ada churos kegemarannya. Betul-betul takde selera lah tu, kalau tidak pasti dah habis churos tu adrien makan.


Malamnya selepas mandi,mama hanya pakaikan adrien singlet dan seluar pendek biar wap panas keluar, minta nak makan roti tapi cuma habiskan separuh saja,en.azmi belikan sup kot mahu makan,adrien tetap tak mahu makan.

Hari ni tak sekolah...mama tinggalkan dengan tecer taska,sedih pulak demam mama tak jaga kan, setiap masa tecer berikan report,alhamdulillah panasnya dah ok cuma masih tiada selera makan,cuma nak minum air masak saja, malam tadi pun banyak kali juga bangun dari tidur minum air masak, bagus jugalah sebab nak minum air masak.


Ini pula abang dailami darwisy, dah warded sebab denggi semalam, ini anak buah mama, alahai...kesiannya kesayangan-kesayangan mama nih.

Moga dua-dua cepat sembuh ya...sedih tengok muka keduanya tak ceria pun, mama pun jadi risau dibuatnya. Risau pun mama tetap pergi kerja jugakan..itulah nak buat macammana tadi mama nak bawa adrien ke ofis,tapi risau pula dia tak selesa. Tengoklah esok bagaimana,moga cepatlah sembuh hendaknya, sedih tengok anak tak ceria macam biasa.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Sunday 17 January 2016

Yaya melawat baby

Assalamualaikum...

Semalam petang keluarga kecil mama ni pergi melawat seorang sahabat mama yang baru dapat baby,tak baru sangatlah dah lepas pantang pun. Mama ingat.. nak melawat anak kecil ni biarlah sampai ibunya lepas pantang dan baby pun dah besar sikit. Bagi peluang si ibu untyk sembuh sepenuhnya,kalau dulu rajin sangat lepas kawan bersalin terus nak pergi tengok,rupanya tak berapa bagus ya...

Dekat saja rumah kawan mama tu dalam pukul 3pm baru gerak. Seronoknya dapat cium ahli syurga...rasa taknak lepas je, baby imran pun baik je tak berbunyi. Dah la comey bambam lak tu geram je mama dibuatnya, bukan setakat mama adelya pun sama.


Terpaksa ditutup muka mama yang gedabak disitu,takut tenggelam muka baby imran... hahaha,cobaan selfie tapi tak reti kuikuikui.

Tengoklah adelya tu, sikit pun tak jeles mama pegang baby, adelya asyik nak cium baby je. Mama ingat adelya akan jeles bila mama pegang baby tapi tidak ye,adelya sukakan baby, kalau pergi jalan-jalan dan terjumpa baby,adelya akan panggil baby dan nak pegang baby. Cuma dengan sorang je kalau mama peluk adelya akan marah...hehehe sapa lagi kalau bukan abg adrien.

Semalam bila dah balik pun adelya masih tanya mana baby imran? Oh ya ini anak kedua kawan mama,kalau yang masih ingat..kawan mama ni adik ofis yang sebelum ni mama pernah cerita. Anak pertamanya pun lelaki,berharap anak kedua perempuan, tapi semua tu rezeki dari Allah,takde lah dia kecewa pun cuma kata mama...mungkin macam mama agaknya yang ketiga baru perempuan...haaa kena usaha yang ketiga pula lah nanti, takpe orangnya muda lagikan.

Abang adam pulak kadang-kadang bercakap...mama abang ingat lagi masa tu perut mama ada baby pastu baby keluar, abang dengan yen pegi tengok mama dekat hospistal kan? Hahaha masih tak pandai sebut hospital dengan betul... Mama mengiyakan saja kata-kata abang tu, itu masa bersalinkan adelya la tu...yang mama tak tahan ayat selepas tu "mama bila perut mama nak ada baby lagi?" Errrrkkk...."abang suka perut mama ada baby" alaa abg...inshaAllah kalau ada rezeki Allah nak bagi.

Itu ok lagi pernah abang adam minta nak kakak "mama bagi la kakak dekat abang,kawan abang ada kakak tapi abang takde kakak,mama cari la kakak untuk.abang" amboi abang suruh cari-cari macam senang je kan...hihihi mestilah abangkan tak faham lagi, mama cuba terangkanlah abang yang besar sekali jadi abang tak boleh ada kakak lagi dah abang boleh ada adik-adik je...

Adrien pula.. Yen taknak dah baby,cukup yaya sorang je,bila abang adam cakap biarlah baby kita ramai,"mama lepas ni abang nak baby ramai-ramai" adrien pun jawab,nanti kalau baby ramai-ramai rumah kita tak muat la..hahaha, ada-ada je anak-anak ni,pagi-pagi buat mama gelak...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday 16 January 2016

Segmen dua kerja apa kata blogger

Assalamualaikum...

Kali ni mama terpanggil untuk join segmen ni


Dalam keadaan sekarang kadang-kadang walau suami isteri itu bekerja tapi kita masih perlu mencari income sampingan, mama tidaklah nak cerita pasal mama tapi nak cerita pasal buah hati mama, en.azmi tu la, bukan setakat 2 kerja tapi lebih rasanya kerja yang dibuatnya.

En.azmi tiada income tetap, buat masa ni buat sub-con je, tapi biasalah payment selalu lambat, jadi perlu ada inisiatif lain untuk menambahkan pendapatan.

Selain sub-con en.azmi membuat kerja-kerja logistic, orang nak berpindah,dia buat kerja penghantaran barang, kawannya ada syarikat forwarding jadi en.azmi bantu dalam kerja-kerja mengangkut dan menghantar barang. Kadang en.azmi mengambil upah membantu kawan mengambil madu kelulut dari orang asli.

Dalam keadaan sekarang kita kena pandai mencari peluang yang boleh mendatangkan income, dapat tambahan rm100-200 pun sudah memadai, nak yang lebih kena cari yang lebih la.

Takde peluang pekerjaan yang dapat mama beri dalam entri ni cuma pada mama berusahalah untuk mencari rezeki yang halal,sebab selagi kita berusaha inshaAllah Allah akan bukakan jalan untuk kita.

Peluang ini juga mama ambil untuk promote sikitlah, jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk berpindah,bolehlah hubungi kawan en.azmi ni atau boleh juga hubungi en.azmi. Oh ini bukan company suami mama ye, en.azmi cuma buat part time menghantar dan loading barang,jika ada kerja dapatlah upah sedikit.



Kerja-kerja yang dijalankan seperti yang tertera digambar...

Itu saja yang dapat mama kongsikan untuk segmen ini, selain bersegmen mama cuma berkongsi saja tentang en.azmi yang membuat lebih dari satu kerja.

Sesiapa yang ada perkongsian lain dan ingin sertai segmen ini bolehlah klik banner diatas.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad.

Wassalam

Friday 15 January 2016

genap 5 tahun

Assalamualaikum...

Jika dilihat dari entri pertama mama dulu 15 januari 2011, itu mengikut entri dari blog mama yang lama la,mama dah tutup pun blog tu, sayang dengan blog tu sebab banyak cerita pasal anak-anak, tapi entahlah setelah difikirkan mama tutup je, moga dalam blog yang baru ni mama lebih berhati-hati dalam menulis,tak mahu buat orang berkecil hati dan sentap dengan apa yang mama tulis.

nampaknya sudah 5 tahun mama berblog nih, dulu tulis bodo-bodo je...hahaha tengok orang ada blog mama pun nak berblog, tapi tak pandai.Bermula sikit-sikit kawan ajar, lepas tu mama belajar sendiri,cubalah macammana pun kan,sebab mama ni memang suka menulis, zaman takde blog dulu mama ada diari,tiap tahun mama ada diari tau, pernah ada orang tak bertanggungjawab baca diari mama...kecewa rasanya

Seiring dengan peredaran masa,jadi mama juga perlu berubah dari menulis diari,mama menulis blog,kali ini tak takut lagi dah orang baca sebab apa yang mama tulis memang dikongsi untuk bacaan kawan-kawan yang sudi singgah di blog picisan mama yang tak seberapa ni,syukur alhamdulillah,masih ada yang sudi follow dan setia membaca cerita-cerita mama yang kadang entah apa-apa. Mungkin entri syok sendiri, tapi apa ada hal blog kita,cara kitalah kan.

Mama menulis mengikut apa yang mama rasa,cerita mama memang cerita seharian mama, sebab itu kadang mama menulis setiap hari,ada saja yang mama nak tuliskan, takde keje ke mama banyak sangat masa nak menulis? Hihihi....ikutkan masa tu memang terhad,tapi pandai-pandailah mama mencari masa kan,asalkan mama dapat menulis, itu sudah memadai.mama tak de pun fikirkan pageview atau keuntungan dari menulis blog nih sebab mama tak pandai,menulis pun ikut mana sempat je kadang sambungan cerita dari setiap perenggan macam tak brhubung saja, tapi taram sajalahkan hahaha....

Mama menulis sesedap rasa mama je,mama tak ambil tahu masa bila patut publish entri, masa bila ramai yang datang berkunjung ke blog, bagi mama bila ada idea nak menulis, mama tulis je,tapi tak sangka pula ada yang sudi nak berkolaborasi dengan blog picisan mama ni,mama terima sebagai pengalaman,mana tahu lama-lama dengan berblog boleh buat income...hehehe verangan je lah, motif utama mama berblog sebenarnya nak simpan cerita anak-anak, dalam pada tu ada jugaklah cerita tentang diri sendiri.

Untuk tahun ni takde target apapun dalam berblog, moga dapat menulis seperti biasa dan moga masih ada yang sudi singgah dan membaca coretan mama yang tak seberapa ini. Moga lebih berhikmah dalam menulis. Coretan didalam blog ini moga akan dibaca oleh anak-anak suatu hari nanti, tapi mama pun tak tahu sampai bila mama akan menulis.

Mogà semangat mama untuk menulis akan berterusan.




Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday 14 January 2016

Awalnya mama bagun

Assalamualaikum...

Rentetan dari entri sebelum ini,rata-rata ramai yang cakap awal mama bagun...hihihi. Sebenarnya bukan sebab abang adam dan adrien dah sekolah mama bangun awal, tapi memang kebiasaannya mama bangun awal sekitar jam 4.30am @ 4.45am.

Mama tidur awal jadi bolehlah mama bangun awal, paling lewat pun mama tidur pukul 11pm,itupun jarang-jarang berlaku,yang selalunya pukul 9pm mama dah tidur dengan anak-anak,mama jarang tidur lewat dari bujang-bujang lagi.

Kenapa awal sangat bangun?tak ngantuk ke kat ofis...hehehe mungkin dah terbiasa jadi takdelah mengantuk sangat,tapi bila takde kerja nak buat tu mengantuk jugalah.melangut je kan,nak buat kerja pun takde...menguappp je lah, kat ofis mama ni,kalau masa sibuk,sibuk sangat...kalau masa rileks tu ohoiii...memang taktahu apa nak buatlah.

Mama jenis tak suka kalut-kalut,jadi mama bangun awal untuk sediakan apa yang patut, masak bekalañ sediàkan air mandi abang adam, mandikan abang adam pakaikan baju kemudian mandikan adrien pakaikan baju,tunggu abang adam solat. Pe'el anak-anak ni macam-macam, sekarang mandi mesti mama yang mandikan,kalau dulu en.azmi boleh mandikan sekarang mereka taknak, jadi mama taknak ganggu mood anak-anak,mamalah yañg mandikan.

Pe'el abang adam kalau solat mama kena tunggu sebelah, takpe lah kan sementara ni saja nak membiasakan abang adam bersolat, alhamdulillah...kalau dulu bila mama ajak solat abang adam muñcung je...sambil cakap " mama ni asyik solat,solat je..." Takpe mama kenalah sabarkan,nak didik anak banyak cabarannya. Tapi sekarang bila ajak solat walaupun tengah tengok tv, abang adam tutup tv dan solat, siap minta mama ingatkan kalau waktu solat dah masuk tapi biasalah kadang-kadang muncung juga.

Tiap pagi sebelum subuh mama dah kejutkan anak-anak mandi sebab selepas siapkan anak-anak mama pula perlu bersiap untuk ke tempat kerja. Memandangkan anak-anak ke sekolah dengan bas,mama perlu bersedia awal bas datang ambil abang adam pukul 7,mama kena pastikan semua dah ready sebelum pukul 7, mama tak suka orang menunggu,biar mama yang tunggu takpe, tak perlu van tunggu depan rumah, tapi biar mama yang tunggu van sampai,tak perlu acik nurul hon berkali-kali nak keluar dari rumah,mama taknak macam tu.

Selepas abang adam naik van sekolah, bergegas pula ke taska hantar adelya dan adrien,adrien van ambil untuk ke tadika pukul 7.15am dekat taska sekarang bila dah 2 orang bersekolah tak bolehlah en.azmi hantar adrien ke sekolah terpaksalah adrien naik van, selepas itu baru en.azmi hantàr mama ke ofis, tahun ni mama masuk kerja pukul 8, balik pukul 5,kalau masuk pukul 7 risau tak sempat pula dan lagi terkejar-kejar,macam sekarang oklah sampai ofis pun 7.40am.

Lagi satu kenapa mama suka awal-awal ni sebab pe'el mama memang macam ni,mama suka buat sesuatu tu awal agar mama tak kalut dihujung-hujung. Kalau nak pergi bercuti, mama dah siapkan barang awal-awal supaya takde apa yang tertinggal. Kalau masa bercuti lepas saja seharian berjalan, malamnya mesti mama dah siap lipat-lipat baju yang dah diguna susun sebelah supaya kemas,esok nak check out terus je ambil baju tu masukkan dalam beg,sampai rumah terus masukkan baju dalam mesin....hehehe

Mama ni jenis tak suka menunggu lama sebab mama tahu macammana rasanya bila terpaksa biarkan orang lain menunggu kita lama,rasa bosankan hehehe, lagi satu en.azmi pun jenis punctual tak suka lambat-lambat, ok lah tu sama dengan mama jadi takdelah kita terkejar-kejar semua benda,bila nak cepat semua saling membantulah kan.

Alhamdulillah setelah seminggu persekolahan berlalu mama dah dapat rentaknya jadi takdelah terkejar-kejar waktu lagi pada waktu pagi, abang adam juga mama dah tak pergi pantau lagi semasa balik,seminggu jugalah mama pergi ke sekolah setiap petang untuk pastikan abang adam tahu naik bas. Alhamdulillah abang berjaya.

Cumanya ada satu masalàh, abang adam sering terlupa tupperware dan bekas air, lepas makan dikantin bergegas ke surau untuk solat,hinggakan lupa segala bekalan,setakat ini sudah 2 tupperware dan 2 botol air yang tertinggal dikantin dan tidak dapat dikesan,pada hal mama dah tulis nama dan kelas abang,takkanlah tiada siapa yang jumpa,mungkin takde siapa yang perasan agaknya.


Walaupun bangun awal pagi,bekalan yang màma sediakan simple sahaja..hehehe cukuplah untuk alas perut anak, setakat ni abang adam ok je bila mama suruh bawa bekal. Harap tak tinggal lagi bekal mama hari ini,kalau tidak jenuh juga nak membeli lagi.

Bangun àwal tak bermakna mama rajin,cuma mama tak mahu terkejar-kejar membuat sesuatu benda tu.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday 12 January 2016

Penyusuan ibu

Assalamualaikum...

Entri takde kaitan dengan isu yang tengah viral sekarang ye...

Seingat mama sepanjang tempoh ini mama tak pernah bercerita sangat tentang penyusuan ibu, dari abang adam dan adrien lagi. Cuma masa adelya saja itupun mungkin 1 @ 2 entri sahaja.

Bukan tidak mahu bercerita cuma rasa macam tiada apa hendak diceritakan, membaca bermacam-macam pengalaman ibu-ibu diluar sana dan membaca pelbagai pendapat dan pandangan, bagi mama semua itu biasa saja terpulang kepada pendapat dan pandangan masing-masing walau terkadang sinis dirasakan.

Masa abang adam dan adrien memang mama tidak menyusu badan, bukan tidak mahu menyusu,susu ada sampaikan demam disebabkan bengkak susu,namun puas dipaksa mereka tidak mahu minum,biasalah mama tak sanggup tengok anak lapar susu, bagi saja susu botol, ada yang kata usahalah sikit,biar saja nanti anak tu lapar dia isap juga, tapi mama ni tak kuat semangat,mama bagilah susu botol.

Kata orang minum susu lembu nanti anak ada dna lembu,ikut perangai macam lembu, mama rugi tak lalui moment-moment indah bersama anak ketika menyusu,rugi tak mencipta bonding dengan anak-anak...hmm ikutkan semua ibu pun nak susukan anak sendirikan, tapi itu rezeki,ada ibu yang berusaha tapi tiada susu,ada ibu yang berusaha tapi doktor nasihatkan tidak menyusukan anak atas faktor kesihatan, bermacam faktorkan, bila anak-anak nakal,mama terfikir salah mama ke tak beri susu ibu?

Walau tak diberi susu ibu mama cuba didik anak-anak agar menjadi anak yang baik budi pekerti,anak yang baik akhlak,anak yang mendengar kata,mama percaya didikan yang baik akan menghasilkan anak-anak yang baik, anak ini dididik dari dalam kandungan lagikan. InshaAllah...mama cuba yang terbaik dalam mendidik anak-anak.

Masa adelya..alhamdulillah mama fully bf,walaupun ditahan wad 3hari 2malam akibat kuning,adelya diberi susu botol kerana mama tidak teman adelya di wad sebab tiada bilik kosong,tapi bila keluar wad adelya masih mahu minum susu mama dan alhamdulillah susu memang banyak,disamping berdoa mama makan supplement shaklee.mama doa agar mama dapat susukan adelya sepenuhnya.

Sehingga kini umur adelya 2tahun 4bulan adelya masih menyusu badan,tetapi pada waktu malam sahaja,waktu siang di taska adelya minum susu botol atau lebih tepat lagi adelya sudah minum susu dalam cawan bila ditaska hanya berbotol dirumah dan tidur malam masih bf,rezeki adelya kan susu pun masih banyak,hari tu mama pump dapat juga sebotol, suka je adelya dok usung botol yang mama isi susu tu tunjuk dekat abang-abang "ini susu yaya katanya".



Walaupun bersusu botol dan bf mama tak pernah bezakan anak-anak mama,mama sayang kesemuanya samarata tak berbelah bahagi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Sunday 10 January 2016

Rutin hujung minggu yang berbeza

Assalamualaikum...

Bermula minggu ini rutin hujung minggu mama sudah berbeza, sabtu sesudah subuh menyental kasut sekolah dan baju sekolah anak-anak...hahaha itu je lah pun yang berbezanya,takde la berbeza sangat pun. Tambah dua kerja je..

Memang terasa jugalah bezanya tu,penat juga menyental kotoran pada kasut dan baju, itu mujur lagi baju sekolah agama saja, lepas orientasi nanti, bertambah lagi dengan baju sekolah kebangsaan pulak.

Hari ahad pula,awal-awal mama dah ironkan baju sekolah anak-anak untuk seminggu, senang nanti malam-malam mama iron baju kerja sendiri saja...baju mama tak boleh iron awal nanti bertukar fikiran pula nak pàkai baju lain.


Lega dah siap...hari ni juga baru mama siap jahit lencana sekolah abang adam,teruk sungguh mama nih...gigih tau menjahit,siap nama sekali. Taram je la jahit asalkan melekat, ada juga tengok orang post dekat fb,cara lekat lencana tanpa perlu jahit,tapi malas pula mama nak cuba. Kalau jahit senang nak dibuka nanti. Mana tahu abang adam membesar bertukar baju,mama buka je lencana tu,nak tunggu adrien pakai lambat pula lagi.

Nampaknya dah selesai semua urusan baju anak-anak hari ini, esok bermula hari baru diminggu baru,moga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday 8 January 2016

Panduan Pakaian Pejabat Wanita

Assalamualaikum....

Siapa disini macam mama? kadang-kadang setiap pagi terfikir-fikir nak pakai baju apa untuk pergi kerja,walaupun baju tu dah banyak dalam almari, tapi masih juga terasa seperti tiada baju yang hendak dipakai? mungkin ini masalah wanita yang macam mama je hehehe... itulah...masalah wanita dan pakaian berpisah tiada, kadang-kadang kita sendiri tidak tahu jenis pakaian yang macam manakah sesuai untuk kita pakai ketika hendak ke pejabat kan..







Sering saja kita mendengar isu pemilihan pakaian yang salah untuk ke pejabat khususnya dikalangan kaum wanita. Berbeza dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang membolehkan para pekerja memakai jenis pakaian smart casual untuk ke tempat kerja, kebanyakkan syarikat di Malaysia dan institusi kerajaan mewajibkan para kaki tangan untuk mengenakan pakaian formal yang bersesuaian. Selain koleksi baju kurung yang sering dipakai sebagai pakaian pejabat oleh majority wanita Muslim, anda boleh menggayakan jenis-jenis pakaian formal atau pakaian pejabat wanita yang lain berdasarkan panduan berikut;






Pakaian dari koleksi pakaian yang tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat untuk ke pejabat. Sebaliknya, pakailah pakaian yang mempunyai saiz yang bertepatan dengan tubuh badan anda. Pemakaian pakaian yang terlalu ketat akan menyebabkan anda kelihatan tidak professional dan melanggar etika berpakaian. Manakala, pakaian yang terlalu longgar pula membuatkan anda kelihatan tidak terurus.





Seterusnya pula adalah dengan memakai pakaian yang berpotongan sopan dan tidak terlalu terdedah. Pakaian yang terlalu seksi akan mencabar kredibiliti anda di pejabat. Jika anda ingin memakai koleksi skirts atau dress, pastikan ia tidak terlalu pendek dan pastikan ia mempunyai labuh di bawah paras lutut.





Dan panduan ketiga adalah dengan memakai pakaian yang berwarna tidak terlalu terang seperti merah menyala atau neon. Ia akan membuatkan anda kelihatan terlalu menonjol. Sebaliknya, bergaya dengan pakaian yang bertona lembut dan selamat.


Bagi mama pilihlah pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh kita dan kita merasa selesa dengan pakaian yang kita pakai. Semoga beberapa panduan yang telah diberikan itu dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk kawan-kawan memilih pakaian ketika hendak ke pejabat.




Sekadarnya sahaja

Assalamualaikum...

Baru mama tahu, kenapa dulu arwah mak sanggup bangun awal pagi sediakan sarapan, jerang air panas untuk mama mandi sebelum ke sekolah,sediakan semuanya untuk kemudahan dan kesenangan anak-anak.

Bila dah jadi mak ni, secara automatik mama juga begitu... Bangun 4.30am untuk jerang air panas, untuk sediakan bekal anak-anak ke sekolah. Rupanya inilah perasaannya bila dah ada anak, kalau boleh nak buat semua untuk anak..oh bukanlah semua sampai anak tak tahu berdikari ya.

Untuk permulaan mama akan buatlah nanti dah besar sikit dan dah pandai, mama ajar pula membasuh kasut sendiri, iron baju sendiri, pakai baju sikat rambut sendiri, sekarang semua mama buat lagi, ye lah anak-anak baru je bersekolah, masih mencari rentakkan.

Walaupun tak mampu menjadi sehebat ibu-ibu lain diluar sana tapi mama masih berusaha untuk anak-anak,mengikut keupayaan sendirilahkan, kalau surirumah sepenuh masa tentu seronokkan,dapat masak, dapat tunggu anak balik sekolah depan pintu, tapi mama bekerja jadi buat apa yang termampu sajalah, bekalan anak-anak pun yang sekadarnya sahaja.

Apa yang mama sediakan mengikut permintaan anak-anak jugalah, biasanya anak-anak minta yang mudah saja, roti telur..memang mudahlahkan, mama memang tak sediakan nasi ye, mama sediakan bekalan ala kadar saja asal dapat mengalas perut.lagipun di taska anak dah makan nasi sebelum ke sekolah.


Bekalan anak-anak hari ini, adrien nak bawa juga walaupun di tadika ada makanan disediakan, jadi setiap hari mama akan sediakan 3 bekalan yang sama, untuk abang adam pagi dan petang,1 untuk adrien,kadang-kadang jadi 4 bila adelya pun sibuk nak berbekal juga.

Bagus juga bila bawa bekal ni sebab abang adam tidak berbelanja jadi duit yang diberi bolehlah abang masukkan dalam tabung. Jadi dapatlah memupuk semangat menabung untuk abang.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday 6 January 2016

Kedatangan mertua

Assalamualaikum....

Cuti 3 hari minggu lepas family mertua bertandang ke rumah, paklong nak tengok rumah untuk disewa..alhamdulillàh lega lah sebab paklong nak kerja dengan en.azmi kalau tidak kesian juga en.azmi tu buat keje sorang-sorang.

Family bertandang..mama pun gantung periuk kuali tak masak,sebab keluar berjalan je, masa hari mereka sampai mama nak masak makan malam tapi eñ.azmi kata makan kat luar je.jadi malam tu kami pergi makan di masita steak, lepas makan terus balik, semua pun dah penat.

Pagi sabtu...sarapan en.azmi beli bungkus je,kemudian siap-siap keluar ke seksyen 7, jakel buat sale, acu nak beli baju... Sekali dengan mama pun terjebak lagi...hahaha hari tu dah beli 2 pasang,hari ni pun 2 pasang,dua-dua en.azmi pilih sebab yang mama pilih en.azmi tak berkenan jadi kita biarkan dia pilih..hihihi tapi ok je pilihannya tu, mama suka



Tengok sempat lagi dia snap pic mama hantar kat family group "shopping lagi..." Katanya...ala dah lama pun mama tak membeli bajukan, oklah untuk buat pakai pergi kerja. Itu mak mertua dan adik-adik ipar, acu beli baju kurung, mama macam biasalah jubah dan dress.


Selepas penat bershopping kita makan pula, dah alang-alang kita dekat situ kita belanja makan ayam penyet wong solo lah. Disebabkan hari cuti dan memang waktu lunch jadi ramai sangat orang,terpaksalah beratur untuk mendapat tempat, dapat yang bersila, kira ok lah walaupun agak sempit dengan kami yang ramai nih. Kongsi gambar diatas sebab abang adam yang snap pic nih..siap nampak jari abang adam lagi dekat gambar air tu, suruh paklong susun àir tu sebab dia nak snap picca.

Malamnya kami makan tomyam dekat kedai dirumah sahaja, kemudian layan anak-anak bermain malam itu di padang


Walaupun dalam perjalanan ke padang tu ada yang dah tertido tapi bila sampai padang terus cergas, bermain bola, lastik berlampu, pistol buih sabun dan makan makanan ringan yang dibawa, seronoklah anak-anak bermain bekejaran, mama pun join menyepak bola.

Ahad sesudah bersarapan kami melawat jiran mertua yang tinggal berhampiran situ, jiran mertua dikampung, kerana kesihatan kini mereka tinggal bersama anak disini, dekat sahaja rumahnya dengan rumah mama, guna google map cari jalan.

Ramah betul makngah ni bersembang, sampaikan mama pun tumpang sekaki rancak berborak hahaha...mama ni kalau kena gayanya memang sakan kalau berborak dengan makcik-makcik pun jadi, ye lah mama pun dah taraf makcikkan


Rezeki kami....dihidangkan dengan makan tengah hari, memang sedaplah, bertambah mama makan disebabkan jering dan sambal tu, habis sambal tu mama bedal... Fuhhh teruk sungguh perangai,mama nak stop tapi makngah paksa mama tambah nasi jadi terpaksa mama tambah agar tak mengecilkan hati hihihi pada hal memang nak tambahkan. .

Balik dari rumah makngah kami melawat rumah pula, sebab semua nak tengok rumah yang mama beli tu, so jom lah kita. Masa sampai tu berpagar, en.azmi masuk lah meninjau-ninjau keadaan tetiba pengawal datang bertanya, kami beritahu nak tengok rumah


Seronok anak-anak berlarian. Setelah dikhabarkan pada pengawal kami nak tengok rumah yang dibeli pengawal buka pagar dan izinkan kami masuk, tak sabar rasanya nak berpindah ke rumah sendiri, abang adam pun tak sabar,asyik cakap nak balik rumah baru je..hihihi sabar abang ye, inshaAllah moga Allah mudahkan urusan kita untuk masuk rumah baru nanti, apa tak sabarnya abang sebab rumah dekat dengan taman permainan.


Tengoklah abang adam yang teruja tu, dia orang pertama yang buka pagar. Sebenarnya mama pun tak sabar juga nak duduk rumah sendiri, ok lah perumahan ni dalam kawasan kampung dan penduduknya islam, cumanya dekat kawasan ini masih tak banyak rumah, sebelah sini hutan,belakang pula kelapa sawit dihujung pula kebun nenas, kata pengawal nak beli nenas senangla nanti laung je dari pagar hihihi


Semua meninjau dari luar je sebab rumah berkunci..hihihi ok lah kata pengawal elektrik semua dah ada, air pun tinggal nak pasang meter je lagi, duit nak masuk api air tak perlu bayar lagi sebab pemaju guna deposit yang dibayar hari tu je, duit lawyer mulanya kata kami kena bayar sebab gov loan, hujung-hujung kata tak payah bayar,pemaju yang bayar, mama pun tak tahu sangat,tapi kalau kata tak bayar tu ok juga la sebab bayar peguam pun dah ribu-ribu.

Lepas tengok rumah, paklong nak tengok rumah pula di ken rimba, tapi bila sampai wan tak berkenan, katanya tak bersih dan jauh sikit bila en.azmi nak ambil paklong nanti, lebih baik yang di sek.8 sebelum ni dekat dengan ofis mama takdelah jauh en.azmi nak berpusing nanti,tapi terpulanglah, wan sungguh-sungguh tak bagi  yang di ken rimba tu.

Selesai urusan kami ke PJ menghantar anak buah pula, kakak aimy tak mahu ikut ibuayah balik semalam nak duduk rumah mama sebab nak bermain dengan sepupu-sepupunya, ye lah dah lama tak berjumpakan, jumpa sekejap tak puas bermain.

Kami berpisah dirumah adik ipar, kami pulang ke rumah kerana ada urusañ yang lain pula,walaupun sedikit penat urusan itu tetap diteruskan, pukul 10mlm juga sampai di rumah, penat betul mujur isnin mama cuti untuk uruskan persekolahan abang adam.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

kalut tak mama bila anak dah sekolah?

Assalamualaikum...

tak abis-abis lagi mama cerita pasal anak sekolah...hahaha, biasalah pengalaman pertamakan, macam-macamlah ceritanya.

Hari ini mama sudah mula bekerja setelah bercuti 3 hari dari 31 disember 2015 hari itu untuk menguruskan persekolahan anak-anak. Abang adam dah masuk darjah 1, adrien pula masuk tadika. Semalam pagi abang adam tertinggal van untuk ke sekolah agama, bukan apa sebab driver itu pekerja baru, jadi dia tak kenal lagi budak-budak yang naik van. terpaksalah mamapapa hantar abang adam ke sekolah agama semalam.

Sekolah dekat je, memang hari-hari nak hantar pun boleh, tapi kata en.azmi..biarlah abang naik van, biar dia berkawan dan berdikari sedikit.Pagi ini, alhamdulillah...pukul 7.15am van sampai, drivernya memang tokey bas sendiri, jadi dia memang dah kenal anak-anak jiran, jadi mudahlah, driver bas tu pun jiran dan kawan en.azmi juga.

Rutin mama..seawal 4.30am dah bangun, gigih betul mama dah macam nak bangun sahur, ke ada lagi yang awal dari mama? hehehe, mama bangun menyiapkan bekalan untuk anak-anak, kata abang adam nak bawa bekal roti telur, jadi pagi-pagi mama masakan roti telur, 2 bekas untuk pagi dan petang untuk abang adam, sebekas untuk adrien dan sebekas untuk adelya.

menyemak jadual belajar belum lagi, sebab abang adam masih dalam orientasi sehingga 22 jan nanti, jadi takde belajar lagi, baju pun setiap hari pakai tshirt putih dan seluar track, mudahlah sikit keje mama sekarang tak perlu nak menyental baju yang putih, kasut pun walaupun dah 2 hari pakai, masih putih, tapi ada la sedikit kotor. baju melayu putih pun tak perlu disental, cukup sekadar masuk mesin saja, mungkin nanti bila dah ramai kawan dan mula bermain, perlulah mama kerah tenaga untuk menyentalkan.

Macammana abang adam naik bas balik dari sekolah? semalam petang mama ke sekolah tunjukkan bas yang perlu abang adam naiki masa balik dari sekolah, untungnya dekat situ, bas hanya 1 dan bas itu pula memang bas yang abang adam naik, bukan takde bas lain, tapi yang lain bukan bas sekolah tetapi van sekolah saja, mama memang dah minta abang adam hafal nombor bas, alhamdulillah  abang adam ingat no.bas.

Bertambah lega bila ada seorang lagi pelajar yang transit di taska yang sama, satu sekolah dengan abang adam, budak tahun 3, tecer taska siap pesan minta tengokkan abang adam, kakak auni tu pengawas, dia beritahu, nanti kalau adam tak tahu naik bas, dia akan minta adam tunggu bersama dia sehingga dia habis bertugas dan akan naik bas bersama adam, tapi kalau dengan kakak auni, abang tak dapat duduklah sebab kakak auni keluar lambat. tapi takpe mama lega dah bila ada yang boleh diharap untuk tengokkan abang adam.

Untuk membeli makanan di kantin waktu rehat, semalam rehat mama pergilah juga tengokkan abang adam, ok abang dah pandai membeli makanan, lepas tu beli air. mama tengok saja apa yang abang beli, abang beli nasi lemak tapi makan tak habis pun, hmmm..masih kenyang agaknya sebab di taska abang dah makan nasi dulu sebelum ke sekolah, jadi hari ini mama bekalkan makanan ringkas saja buat abang.

Bab abang adam dah settle bagi mama, sebab mama tengok abang boleh bawa diri, cuma petang ni mama akan pantau dari jauh abang naik bas waktu balik, nak tengok abang cam tak bas yang mana. mama dah siap pesan sebelum melintas jalan pergi ke bas, tengok dulu ada kereta atau tidak? bukan apa..kawasan itu memang khas untuk bas sekolah saja, tapi ada juga ibu bapa yang bawa kereta menunggu anak-anak disitu, sepatutnya ibubapa yang menunggu anak, parking di tepi jalan sahaja, tapi itulah kan tak semua mengikut arahan, kata pengawal yang bertugas disitu.

Adrien pula...semalam ok hari ini menangis kata en.azmi...hahahah adoii nangis kenapa pulak tu.. pagi tadi adrien dah cakap dekat mama " yen nak mama tunggu yen dekat sekolah, kalau mama takde yen menangis" mama dah cakap dah yang mama dah kerja tak boleh tunggu lagi dah...rupanya betul adrien menangis, kuat kata kata en.azmi..." yen nak papaaaa" kata adrien, tapi en.azmi buat tak tahu, malas nak layan, tinggalkan biar cikgu yang uruskan, esok pagi biar adrien naik van saja pergi tadika tak perlu dihantar lagi.

macam-macamlah perangai anak-anak ni kan..bila direnung kembali, macam nilah mak kita masa kita kecik-kecik dulu, tertanya kenapa seorang emak sanggup bangun awal sediakan segala keperluan anak-anak, nak mandi air panas, emak masakkan air...bila jadi pada diri sendiri, ada anak...mama pun buat benda yang sama, pagi-pagi bangun, masakkan bekalan, sediakan air panas, mandikan anak-anak, siapkan anak-anak untuk kesekolah, temankan anak menunggu van.

Cumanya mama ni bekerja, terpaksalah bekalan sekolah petang pun sediakan pada waktu pagi, pasti sejuk dah makanan tu bila pukul 3ptg nanti, takpelah abang, buat alas perut sajakan, kalau abang nak beli makanan di kantin abang belilah, mama sediakan bekal sebab takut abang tak sempat beli makanan. tapi semalam mama tengok ramai je anak-anak yang bawa bekalan ke sekolah.

Catatan seorang mama yang baru merasai pengalaman 2 anak bersekolah...hehehe, nak kata kalut tu takde lah sangat, yang penting mama sendiri kena pandai mengagihkan masa, masih sempat lagi melayan cerita di tv, jika mama mahu, tapi bagi mengelakkan anak-anak tidur lambat, jadi siaran tv perlu ditamatkan awal. pukul 9mlm mama pastikan anak-anak sudah masuk bilik untuk tidur, sebelum tidur...aktiviti biasa masih juga mama teruskan...inshaAllah, akan diteruskan dan semoga mama istiqomah mengajar anak-anak.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday 5 January 2016

Abang sado masuk tadika

Assalamualaikum...

Hari ni mamapapa hantar adrien pula masuk tadika. Tadika yang sama dengan abang adam. Dalam perjalanan siap pesan pada adelya "hari ni yaya pegi taska sorang-sorang tau, yeyen dengan abang pergi sekolah" olohh...sweet sangat abang adrien ni tau.

Mulanya adrien taknak masuk tadika,sebabnya masa nak pergi tadika dia,lalu tadika lain ada gambar upin ipin...ohoii dia pun buat hal nak masuk tadika upin ipin pulak, geram je mama sebab bukan senang nak pujuk adrien bila dia mula buat keputusan, jenuh la mamapapa memujuk tadi.

Lepas tu tak mahu masuk kelas, nak main dekat luar pulak.. Macam-macam perangai adrien ni.


Rilek je abang sado pakai baju superman. Muka cuak je tengok, tapi jiwa kental tak menangis pun, pastu asyik dia tengok member sebelah menangis teresak-esak. Mulanya seorang je menangis sampai termuntah, lepas tu berjangkit-jangkitlah hihihi macam-macam kerenah,penat juga cikgu tadika ye pada permulaan ni.

Mamapapa tinggal je adrien,suruh balik naik van ke taska..mama salam adrien lepas tu keluar, jenguk ikut tingkap ok je dia, terus mama balik. 10.30am wasap tecer taska tanya adrien dah sampai ke belum? Tecer kata dah sampai...sampai-sampai terus mengajar adik pula, semangat pula dia hihihi...tunggu petang apa pula ceritanya.

Sekarang mama di sekolah abang adam tengok abang adam rehat...hehehe

Ok nanti sambung lagi abang adam dah keluar

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...