Monday, 28 May 2018

Travel Dengan Tambang Murah Bersama AirAsia

Assalamualaikum...

Dulu tak terfikir pun dapat jalan2 naik kapal terbang, tapi alhamdulillah akhirnya dapat jugalah terbang bersama suami dan anak-anak.
Sesiapa sahaja pasti tahu mengenai  AirAsia, iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah yang cukup dikenali di Malaysia dan luar negara. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya Selangor makala ibu pejabatnya terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.  AirAsia adalah syarikat tambang murah pertama di Asia yang berpangkalan di Malaysia. AirAsia menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab pertamanya berpengkalan di Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) dan kini telah berpindah ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2). Syarikat Penerbangan AirAsia juga mempunyai penerbangan gabungan bersama Thai AirAsia, AirAsia Philippines dan AirAsia Japan.
AirAsia telah ditubuhkan pada tahun1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996. Seperti diketahui umum Airasia merupakan syarikat milik Tony Fernandes yang sebelumnya telah diasaskan oleh syarikat kerajaan DRB-Hicom. Pada 2 Disember 2001 AirAsia yang banyak berhutang ini telah dibeli oleh syarikat Tony Fernandes dengan harga RM1 berserta hutang sebanyak RM40 juta. Selepas pengambil alihan syarikat, Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan bebanan hutang tersebut hanya dalam masa satu tahun.  Tony Fernandes juga telah melancarkan laluan baru dari Kuala Lumpur dengan harga tiket serendah RM1 menjejaskan MAS Berhad yang merupakan penerbangan utama Malaysia. Beliau telah berjaya memperbaiki prestasi AirAsia dengan meraih pelbagai anugerah dan merekodkan keuntungan yang banyak kepada AirAsia. Bersesuaian dengan objektif utamanya menjadikan penerbangan yang mampu untuk semua pelanggan.
Pada tahun 2003, AirAsia telah membuka hab keduanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bharu serta melancarkan penerbangan antarabangsa pertama ke Bangkok. Selepas itu AirAsia telah membuka lebih dari 10 hub di tiga negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia. Penerbangan AirAsia juga memberi perkhidmatan ke pelbagai destinasi di Asia serta meliputi lebih daripada 15 buah negara . Dengan tawaran tempahan penerbangan yang berkualiti, cekap, bersih, staff yang baik dengan tambang tiket penerbangan yang murah menjadikan AirAsia menjadi pilihan utama rakyat tempatan dan luar negara. Oleh kerana itu juga AirAsia telah menerima pelbagai anugerah seperti “ Worlds Best Low Cost Airline” by Skytrax dan “ATW Value Airline of the Year 2012”. AirAsia juga mempunyai armada pesawat Airbus A320 yang merupakan salah satu pesawat penumpang paling diyakini serta mengaplikasikan teknologi paling canggih.


Anak dara berdua yang gembira semasa penerbangan ke Sabah. Adelya yang pertama kali naik kapal terbang cukup gembira dan ceria saja
Sektor utama bagi Air Asia Airlines ialah dari KL ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu ke KL dan Pulau Pinang ke KL di mana ia beroperasi 73,73,52 dan 52 penerbangan mingguan masing-masing. Sektor antarabangsa utama di Asia termasuk KL-Singapura, Singapura-KL, KL-Bangkok dan Bangkok-KL. Mereka juga mempunyai penerbangan sekali-sekala dari Bali ke KL, KL ke Phnom Penh dan Krabi ke KL.
Anak-anak bukan main lagi makan semasa penerbangan pulang dari Sabah, abg adam dengan sandwichnya adrien pula dengan nasi lemaknya, sempatlah mama rasa sikit dua-dua pun sedap.
AirAsia menawarkan “Snack Attack “ iaitu satu program pembelian makanan dan minuman dalam pesawat . Perkhidmatan tempahan makanan pra-tempahan melalui atas talian turut disediakan . Sejajar dengan undang-undang syariah AirAsia tidak menyediakan makanan berbentuk alkohol atau daging babi bagi penerbangan –penerbangan serantau AirAsia. Selain itu para penumpang juga boleh membuat pilihan tempat duduk ketika mendaftar masuk atau ketika pembelian tiket atas talian. Dengan bayaran yang rendah, para penumpang boleh memilih tempat duduk yang berada di tepi laluan, tepi tingkap, tempat duduk di baris keluar kecemasan, tempat duduk di Quiet zone atau duduk bersama keluarga atau rakan. Anda juga boleh membeli belah di atas kapal dimana anda hanya perlu memilih barang yang istimewa dari majalah jualan barang yang telah disediakan. Anda juga boleh menikmati hiburan dalam penerbangan seperti pemberian PC tablet peribadi yang dimuatkan pelbagai muzik dan filem. WiFi juga turut disediakan dalam pesawat untuk kemudahan yang lebih menyeronokkan kepada para penumpang. Selain itu AirAsia juga menawarkan program kesetiaan global yang dikenali sebagai BIG reward. Sebagai ahli AirAsia BIG anda boleh mendapat mata ganjaran untuk setiap pembilan tiket dan menebus kembali untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma bagi penerbangan lebih dari 130 destinasi. Di antara faedah lain yang disediakan untuk para ahli ialah harga tiket yang lebih murah, tempahan keutamaan, lebihan elaun bagasi, serta tawaran istimewa dan diskaun yang eksklusif dengan penjimatan sebanyak 90% bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X setiap bulan.
Anda boleh merancang perjalanan anda dengan membuat tempahan tiket atas talian di apps atau website Traveloka . Dengan Traveloka, anda boleh book Airasia flight pada tarikh  yang telah anda rancangkan serta menikmati tawaran harga terendah dengan tempahan tiket yang cepat, selesa serta mesra pelanggan.



Gara-gara gambar ni lah abg adam ajak naik kapal terbang lagi sebab katanya masa jalan2 ni adelya ada dalam perut mama lagi huhuhu...betullah tu masa ni mama pregnant 3 bulan. So ke mana lagi destinasi kita selepas ini? 

Moga perkongsian mama memberikan manfaat buat semua.

Wassalam

Saturday, 26 May 2018

#KuliahZuhur

Assalamualaikum....

"Kalau kaki kita ini tak bawa kita ke masjid, ke surau ke taman-taman syurga didunia ini, mampukah kaki kita ini untuk membawa kita ke Syurga Allah di akhirat kelak"
- Ustazah Nurul Hidayah.

Dalam bulan ramadhan ni ada musuh yang lebih kuat lagi, musuh itu adalah nafsu kita sendiri. Kita berperang dengan nafsu kita sendiri di bulan ramadhan ni. nafsu yang menghalang kita untuk berbuat kebaikan. Betulkan niat kita berpuasa kerana apa, cakap pada diri sendiri, sebut nama sendiri fazilah kau berpuasa kerana Allah, jangan terpesong dari niat sebenar. Contoh niat terpesong bila kawan2 tegur "amboi kaklah nampak kurus sejak puasa ni" haaa mulalah kita berniat kena puasa sungguh2 ni nanti raya boleh kurus dan pakai baju cantik2.jaga2 jangan sampai itu berlaku. Ingatkan diri kita puasa kerana Allah. Sentiasa ingatkan sebab biasalah manusia mudah terlupakan.

3 nikmat dalam bulan ramadhan.

1. Kitalah yang mendapat nikmat tu, semua yang sedang baca tulisan mama ni, kita dapat nikmat yang pertama ni lah, nikmat masih dipanjangkan usia ketika bulan ramadhan. Ya Allah nikmatnya berada dalam bulan ramadhan kita tak dapat rasa nikmat seperti ni dalam bulan2 yang lain. ehemmm ke ada yang nikmat berada di bulan syawal ehehee. sebab apa nikmat berada dalam bulan ramadhan ni sebab terlalu banyak nikmat yang Allah bagi pada kita.

2. Kita berada dalam keadaan sihat ketika di bulan ramadhan. Ada orang dia dapat berada di bulan ramadhan, tetapi tak dikurniakan kesihatan yang baik dalam bulan ni.Tak dapat nak lakukan ibadah dengan sempurna, jadi bersyukurlah bagi insan2 yang dikurniakan kesihatan yang baik dan akal fikiran yang waras ketika berada didalam bulan ramadhan ini. Tak ramai yang dapat nikmat ke 2 ni, yang ramai dapat nikmat pertama sebab ada yang masih hidup tapi tak dikurniakan kesihatan yang baik.

3. Nikmat ketiga dapat beribadah di bulan ramadhan,alangkah nikmatnya jika kita dapat beribadah dibulan ini, buat ibadah yang sunnah pahalanya menyamai ibadah yang wajib,manakala yang wajib digandakan sehingga 70kali ganda. Kalaupun tak buat yang sunnah kita buat yang wajib je kita tetap dapat keampunan dari Allah. Kalau nak cari lailatul qadr jangan hanya cari di malam 27, tapi carilah seawal 1 ramadhan. Apa yang perlu kita buat cari masa untuk baca al-quran, siapa yang nak Allah akan bantu,jangan cakap takde masa sedangkan scroll fb ada masa, apakata masa untuk scroll fb tu kita guna untuk baca quran.

Ibu2 yang ada anak kecil nak tarawih di masjid takut mengganggu jemaah lain, bukan itu je takut kita pun tak kusyuk sebab dok pikir manalah anak kita kan jadinya lebih baik solat sendirian di rumah. Solat tarawih yang berkualiti dibuat sambil berehat2, buat 4 rakaat kita rehat2 makan2 dulu, tengok anak2 dulu, kemudian sambung solat balik. dengan cara itu kita lebih tenang bersolat.


Terima kasih kak yati kerana memberi buku yang sangat berguna ni sebagai panduan untuk mama. Ya mama lebih selesa bertarawih dirumah dari di masjid bukan tak suka ke masjid tapi memikirkan anak2 mama lebih rela di rumah, bukan saja takut anak2 mengganggu jemaah lain tapi risau anak entah kemana2 lagi pulak risau anak kepenatan pula sebab siangnya bersekolah.

Sekian, Perkongsian dari kuliah zuhur di tempat kerja mama.

Wassalam.


Tuesday, 22 May 2018

Hari ke 3 berpuasa

Assalamualaikum...

Dah 6 ramadhan kita. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati ibadah dibulan yang mulia ni.


Budak ni haa baru belajar berpuasa, semalam hari ke 3 berpuasa, balik rumah je terus cari mama dekat dapur "mama hari ni yen puasa" katanya..alhamdulillah..peluk2 & cium sikit bagi semangat sebab balik dari sekolah tu kan tengok macam dah tak bermaya je, biasa sampai rumah terus capai basikal tapi bila puasa terus melepek je atas kerusi. Dekat2 nak berbuka lagi hebat "mama yen dahagalahhhh..." sebab nampak air atas meja, nak bagi berbuka sayang pulakkan, walaupun tak wajib lagi adrien berpuasa, takpelah kita belajar2 ye sayang.

Sambil2 masak dok layan dia berboraklah. Abg adam steady je la siap pegi kayuh basikal bila balik dari sekolah. Mama tanya esok nak puasa tak? "Esok yen taknak puasa sebab yen ngantuk nak bangun sahur" ok takpe puasa selang-selang pun takpe, hari ni puasa esok tak puasa kata mama "eh yen taknak,yen nak puasa,esok je yen taknak puasa, esok dengan esok dengan esok yen puasa la"😂 ok lah nakkk apapun boleh lah. Tapi adrien ni kalau dia cakap dia memang akan buat, kalau kata nak puasa dia memang akan puasa, kalau taknak memang jangan harap dia nak puasa, hari ni dia taknak puasa, kejut sahur pun dia taknak bangunlah. Takpelah..

Kata ustaz Halim Hafidz masa kuliah zuhur "Selagi tak 10 tahun tak puasa pun takpe, kalau dah 10 tahun tu bolehlah ajar dan ajak anak berpuasa, tapi tak boleh pukul kalau anak tak puasa, cuma kalau dah akil baligh tu kenalah paksa berpuasa. Antara solat dan puasa yang wajibnya adalah solat, ini orang sekarang kata ustaz anak tak solat takpe, tapi kalau anak tak puasa jenuh dipaksa2 walaupun puasa tu tak wajib lagi untuk anak2 kecik".

Wassalam

Sunday, 20 May 2018

Cerita ramadhan anak-anak

Assalamualaikum...

Sekejap je dah ramadhan ke 4 hari ni. Mama dok bersenang-senang je lagi ni tak terfikir pun lagi nak masak apa. Tiap hari pun macam tu, masuk dapur tengok apa yang ada masak je apa yang boleh janji dapat makan untuk berbuka, setakat ni takde masakan luarbiasa yang mama buat semua yang biasa2 je.

Ok macammana puasa anak2 tahun ni? Abg adam hari pertama balik sekolah tu mengadu jugalah dahaga tapi mama suruh tahan je sebab  sayangkan tak lama je lagi nak berbuka, mungkin juga sebab hari pertama jadi letih pun lain macamlah kan, hari kedua nampaknya lebih baik takde dah mengadu lapar atau dahaga. Adrien pulak memang awal2 lagi cakap taknak puasa sebab dia suka makan adehhhh...budak sorang ni memang banyak akal sikit.

Malam tu adrien cakap dia nak puasa hari jumaat, hari khamis je dia taknak puasa. Pagi tu mama kejut bangun sahur sekali dua tak bangun mama biar je malas nak paksa kan. Tetiba masa nak makan tengok adrien ke dapur nak sahur katanya, jadi oklah moh bersahur, kita tengok setakat mana dia tahan. Kalau dia nak berbuka awal pun mama ok je, saja bagi belajar dulu kan. Tapi masa balik dari sekolah dia cakap dia puasa lagi..wahhh bagus ni mama pun peluk2 lah dia puji2 sikitkan. Akhirnya ramadhan ke 2 adrien berjaya puasa penuh.

Ramadhan ke 3 dugaan besar sebab duduk dekat rumah, ada sorang budak tak puasa dah tak puasa tu dia pegi.makan depan abg pulak siap cakap pulak tu "yeyen puasa pegilah duduk dapur yaya nak makan ni" sambil kunyah makanan depan tv ehhh menyirap mak ko dibuatnya, patut dia la duduk dapur diam2 makan ini tak dia pulak suruh abg yang puasa duduk dapur dia nak makan depan tv. Dalam pukul 12 adrien mengadu lapar, mama suruh tunggu dulu, sabar tapi lepas tu kesian tengok, jadi taknak paksa pukul 1 mama bagi je makan oklah puasa separuh hari kan. Abg adam macam biasalah steady je dia.

Ramadhan ke 4, adrien cakap nak puasa jadi mama bagilah puasa. Setakat mama dok membel kat sini dia tahan lagi walaupun katanya perut dia ada bunyi tapi dia kata dia boleh tahan. Walaupun puasa melompatnya bukan main risau mama takut dahaga tapi dia kata dia ok tak dahaga punnn.ok kita tunggulah kejap2 lagi macammanakan, tapi kalau dah petang sangat macam sayang la pulak nak bagi buka kan.


Tidur ditemani 2 ketul bumblebee. Takpe lah nak belajar2 ye dia kata dia tahu kenapa kena puasa sebab nak rasa macammana rasa orang miskin yang takde makanan. Lepas tu.mama tambahla tengok orang islam dekat palestine yang kena bom macammana dorang puasa entah boleh makan ke tak..lepas cakap tu dah jenuh nak jawab pertanyaan dia pulak, sape yang bom mama askar ke? Palestine tu apa mama? Oo negara..negara tu apa mama, dah la laporr mama ni macam2 pulak nak jawab soalan fuhhh.

Sepupu dia yang perempuan steady pose tak tinggal lagi walaupun mommy dia cakap ada drama jugalah bila dah hampir waktu berbuka tu tapi tetap bertahan la. Dia mengamuk sebab nampak air hehehe daeisha ni comel je kan.tapi baguslah masih puasa penuh. Tapi ustaz pun ada cakap org perempuan lebih kuat dari orang lelaki, bab puasa pun samalah tengok yang banyak puasa sunat isnin khamis pun perempuan kata ustaz, kalau lelaki payah la nak jumpa...ehhh jangan marah mama ye ye kaum lelaki ini ustaz yang cakap tau.

Oklah semoga anak2 mendapat manfaat dari berpuasa ni.

Wassalam

Friday, 18 May 2018

Wanita barokah

Asslamualaikum...

Bagaimana nak jadi wanita yang barokah / berkat.

1. Perbaiki akhlak - jika ada perangai kita yangtidak begitu elok cepat2 lah ubah. Macam sekarang ni bulan ramadhan, bila kita memasak selalu rasa "ehhh tak cukup makanan ni rasanya" ustazah kata kalau ada rasa macam tu, kita kena ambil sedikit makanan yang kita ada tu dan sedekahkan pada jiran. ini untuk mendidik hati kita dan melatih kita menjadi wanita yang barokah.
Rajinkan bersedekah, Perbanyakkan perkara yang baik dalam keluarga.

2. Banyakkan bertaubat kepada Allah.- Bertaubat kepada Allah itu yang paling utama, disamping itu kita kenalah selalu memohon maaf dari suami, ye lah kadang2 dalam sedar dan tanpa sedar tertinggi suara dengan suami, kadang2 mulut muncung macam mulut itik boleh diikat2kan jadi minta maaflah setiap hari, ehh..tak pernah buat ni nanti kalau buat mesti en.suami kata belum raya dah minta maaf, takpe cuba mulakan kalau tak sekarang bila lagi kan. Bayar hutang, ini memang dituntutlah kan tak dapat banyak bayar sikit2 janji bayar.Zakat seeloknya dibayar pada awal ramadhan bukan pada penghujung ramadhan kerana dapat diedarkan lebih cepat pada yang memerlukan.

3. Amalkan apa yang menjadi amalan Rasulullah saw - Baca kita Hadith 40 tengoklah mana satu amalan yang boleh kita ikut pilih satu yang mana sesuai dengan diri kita, amalkanlah. Hafal sekurang2 nya 1 hadith. aduhh mama ni baru je nak mengaji kitab hadith 40 tu, moga2 dapatlah baca sampai habis dan hafal tak dapat semua dapat 1,2 hadith pun takpelah tapi harap2 dapatlah ingat semuanya tu. Ye kan sebaik-baik amalan adalah apa yang diamalkan oleh Rasulullah, tapi mama ni hmmm entahlah susah betul nak jadi penyabar nak pulak kalau bab anak2 cepat benar nak jadi singa, harap2 dapatlah ubah hendaknya.

4. Cari satu doa yang sesuai dengan kita untuk kita amalkan- Ustazah bagi satu doa untuk diamalkan yang mana bila amalkan, apa permintaan kita Allah tak akan tolak, mama kongsikan dengan semua doa yang ustazah bagi tu, namanya Doa Almaul Husna, mama bagi maksdunya sajalah nak tunjuk tulisan jawi mama macam buruklah pulak kan nanti ada yang konpius apalah yang mama tulis kan

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, kerana hanya Engkau Tuhan Yang Maha Esa tempat meminta segala sesuatu, tang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang sama dengan Dia"

Akhir sekali pesan ustazah amalkan ayat terakhir surat at Taubah 7 kali diwaktu pagi dan 7 kali diwaktu petang, jika diamalkan Insya Allah...Allah akan tunaikan permintaan kita.


Moga sedikit sebanyak apa yang mama kongsi dapat memberikan manfaat, untuk ramadhan kali ini mama nak cuba kongsi apa ilmu  yang mama dapat dari kuliah zuhur yang mama hadiri. Moga jadi sedekah jariah untuk mama.

Wassalam

Thursday, 17 May 2018

Pesta Ibadah

Assalamualaikum..

Bulan pesta ibadah dah datang jadinya rebutlah peluang yang ada, tahun depan belum tentu kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan ni. Apa yang nak kita capai dalam bulan ramadhan ni?

Takwa - puasa orang beriman boleh capai takwa tapi puasa orang islam belum tentu akan mencapai takwa. Puasa orang beriman ni dia memang betul-betul puasalah tinggalkan semua apa yang dilarang, tapi puasa orang islam hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.

Rahmatullah - Rahmat Allah, bulan ramadhan ni memang Allah berikan banyak rahmatNya, antaranya dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka

Maghfirah - Keampunan Allah. Kerugian besar bagi seorang hamba itu bilamana masuk bulan ramadhan dia tidak mendapat keampunan dari Allah. Buatlah sebanyak mana amnalan di bulan ramadhan ni walaupun sekecik2 amalan, kerana kita tidak tahu amalan kita yang mana satu kah yang akan mendapat keredhaan Allan.

Domanullah - Jaminan Allah, Allah jamin sesiapa yang berpuasa sebagaimana orang yang beriman maka dia akan mendapat takwa, itulah jaminan Allah sepertimana dalam surah al-Baqarah ayat 183 "Hai orang-orang yang beriman,berpuasalah kamu sebagaimana orang-orang sebelum kamu berpuasa, agar menjadi orang yang bertakwa.

Ikhsanullah - Ihsan Allah, dalam bulan ramadhan ini Allah beri pahala yang cukup banyak, jadi buatlah sebanyakmana juga amalan2 sunat. Puasa itu untuk Allah, maka Allah yang layak memberikan ganjaran. Ganjaran Allah itu tidak terhitung. Jika kita memberi makan orang yang berpuasa hatta sebiji kurma, pahala orang yang makan kurma itu kita akan dapat sama, bayangkan kalau hari tu orang yang makan kurma tu baca satu juzuk Al-qurang maka kita juga akan dapat ganjaran pahala seperti orang itu juga. itu baru seorang bayangkan kalau kita bagi makan untuk surau, yang makan sedekah kita tu imam..masya Allah boleh bayangkan berapa banyak pahala kita dapat?

Nikmatullah - Nikmat Allah cukup banyak di bulan ramadhan ni. 2 kegembiraan bagi orang yang berpuasa adalah ketika ia berbuka dan satu lagi nikmat gembira bila kita bertemu dengan Allah diakhirat kelak.

Jangan terlepas pandang bulan ramadhan ini banyakkan berdoa, berdoa dengan sungguh-sungguh macammana nak sungguh2 tu, kalau kita nak doakan suami kita sebut nama suami kita, nak doakan anak2 kita sebut nama anak2 kita, waktu sebelum berbuka tu doa sungguh2 inshaAllah doa pada waktu sebelum berbuka itu sangat mustajab.

Tambahan dari ustaz :

Orang yang akaun solat fardunya ada tertunggak dia tidak boleh solat sunat. ye lah mana tahu jika zaman2 selepas baligh dulu kita kejap-kejap solat,kejap-kejap tak solat. kita kena qada' solat2 yang kita dah tinggalkan tu, jika kita tak pernah qada' kita tak boleh solat sunat, tapi jika kita qada' sedikit2 diselang seli dengan yang sunat  maka kita boleh solat sunat.

Kerugian yang amat besar bagi seorang hamba bilamana masuknya bulan ramadhan dosa2nya tidak diampunkan oleh Allah. Mari perbanyakkan amalan di bulan ini, jangan tinggal solat tarawih, jangan tinggalkan sedekah, tak kisahlah apa bentuk sedekah pun, kerana ganjarannya sangat besar.

Wallahu'alam ..perkongsian dari kuliah zuhur

Wassalam.


Tuesday, 15 May 2018

Lepak-lepak, chill-chill @taman syurga

Assalamualaikum...

Dengan keizinan, petang semalam dapatlah mama join majlis yang dianjurkan oleh MBI. Bukan kena bayar apaun cuma pergi untuk tengok forum, makan minum disediakan siap dapat kurma sorang sekotak lagi. Mulanya ngat taknak pergi dah tapi hati tu rasa nak pergi sangat sebab dekat je kan buat dekat dengan ofis, dekat ruang legar bawah tu je kalau tak pergi rasa rugi sangat.


Mama kongsikan sedikit apa yang mama dapat dari forum semalam. Kata ustaz tempat mustajab doa di Makkah, tapi macam mama ni manalah nak dapat pergi Makkah tu jangankan berkali-kali sekali pun tak pernah lagi, tapi masa ustaz minta angkat tangan sapa yang dah sampai Makkah dalam ramai-ramai cuma 2 orang je yang angkat. Ustaz kata mesti sedihkan tak dapat pergi tempat mustajab untuk berdoa, tapi janganlah sebab tempat mustajab kita nak pergi Makkah semata-mata untuk berdoa pula kan, yang penting kita pergi sana untuk ibadah.

kata ustaz jangan risau kalau tak dapat ke Makkah sebab Allah itu Maha Penyayang Dia berikan kita waktu mustajab doa dan waktu tu tak lama lagi nak tiba yakni bulan Ramadhan. Mak-mak yang bangun sediakan sahur pagi-pagi tu berdoalah waktu tu waktu mustajab tu dari pukul 4.30 - 5 pagi, doa sungguh-sungguh. Dah nak berdoa bila pula nak sedia sahur?? ustaz kata waktu sedia makanan tu doalah tak perlu pun nak pakai telekung bagai duduk atas sejadah..tak perlu ye, sambil masak tu berdoalah takde masalah.

Sebelum berbuka puasa pun waktu mustajab untuk berdoa, ada orang memang kalau bulan puasa dia tak memasak satu keluarga ambil peluang berbuka dekat masjid sambil tu ambil peluang berdoa sebelum waktu berbuka taknak bersusah-susah memasakkan, duduk je berdoa. tapi ada setengah orang tak boleh buat macam tu. nak kena memasak juga untuk keluarga, takpe kalau kena memasak pun sebab sambil memasak tu kita boleh juga berdoa, doa sungguh-sungguh, macam ustaz kata tak tadi nak berdoa tak semestinya atas sejadah, pakai telekung, mengadap kiblat..tak tak perlu semua tu, kita berdoa je dengan sungguh-sungguh..

perkara lain berkaitan, dapat pahala sunnah jika dirumah kita ada buah kurma bukan hanya di bulan ramadhan tetapi juga di bulan-bulan biasa, sebab kata ustaz dirumah Nabi saw ada kurma setiap hari jadi mari kita beli dan makan kurma tapi janganlah beli kemudian simpan setahun dalam peti ais pulak itu tak jadilah kan, kita beli dan makanlah.

Doa berbuka puasa buka dibaca semasa nak berbuka tu tapi sebelum berbuka baca dulu doa makan selepas makan kurma barulah kita baca doa berbuka puasa, itu kata ustaz. ohh jadi sebelum2 ni mama silaplah baca doa berbuka dulu sebelum makan hmmm ramadhan kali ni kena ubahlah.

Ustaz kata bulan ramadhan adalah bulan yang baik untuk kita mulakan ssuatu perubahan, perubahan ke arah yang baiklah kan, mana yang belum bertudung eloklah dimulakan pada bulan ramadhan, mana yang merokok eloklah berenti di bulan ramadhan dan apa jua kebaikanlah yangkita nak buat buat dibulan ramadhan dan teruskan istqomah. Bak kata ustaz kalau nak tengok ramadhan kita tu diberkati tengoklah keadaan kita selepas ramadhan masihkah kita istiqomah melakukan apa yang kita buat semasa ramadhan, jika kita menutup aurat dengan baik dibulan ramadhan, adakah kita kekal menutup aurat dengan baik selepas ramadhan, jika kita rajin bersedekah di bulan ramadhan adakah kita teruskan selepas ramadhan, jika berhenti merokok di bulan ramadhan adakah kita terus berhenti selepas ramadhan tapi ada orang siangnya je dia berhenti tapi malamnya terus merokok balik, terpulanglah kan.

Allahumma sallimna li Ramadhana lana waj'alhu minna mutaqabbalan... Ya Allah selamatkan kami untuk menyambut ramadhan dan jadikanlah Ramadhan indah buat kami, dan jadikanlah setiap amal yang kami lakukan sebagai hadiah yang diterima disisiMu.. Aamiin ya Rabb..

Wassalam

Thursday, 10 May 2018

Inai Di jari eh eh

Assalamualaikum....

Penangan raya 5 tahun sekali sangkut dalam kesesakan sampai 7 jam, balik raya setiap tahun pun tak macam ni kan, tapi takpe demimu negaraku Malaysia ku redah jua..eceh nasiblah bukan mama yang drive, tapi walau tak drive pun tahan jugakla mata ni supaya tak ridurkan, penat tahan masa kat bentong tu terlelap jugakla hahah.

Untunglah mama dengan en.azmi balik mana2 raya pun tak payah nak berebut mana dulu. Asa kawan mama tu berebut juga nak balik mana dulu tapi berebut2 manja je la takde gaduh pun tapi kadang tu teringin jugak nak gaduh macam tu..heheh ada pulak yang terpisaj suami isteri, suami undi di timur isteri di utara, pun begitu semua pun sanggup demi negara bukan selalu pun kan 5 tahun sekali, meriahnya rasa macam nak raya la.

Mama takde la keluar awal mengundi tunggu en.azmi mengundi dulu baru pergi kampung mama pulak. Itupun pergi lambat juga tunggu makngah dan ibu sampai. Ibu ngundi kat sana abah kat sini jadi lepas ibu mengundi baru balik sini. Dorang sampai kami tunggu lepas zohor baru ke tempat mengundi, bajet kalau pergi awal mesti ramai orang, tengok kawan2 update ada yang beratur 2 jam ohoii tak sanggup lak mama nak berdiri lama2 dah senja2 nih ketor lutut.

Alhamdulillah...masuk je tempat mengundi tak ramai orang masa sampai tu, ahaa sekejap je la prosesnya tak perlu beratur panjang dan tak perlu menunggu lama pun, lega sangat2 lah kalau sebelum ni beratur panjang, tapi mama dapat potong barisan masa 5 tahun sudah sebab waktu tu mengandungkan adelya, perut tak nampak pun tapi makngah la pergi bagitahu kawan dia yang jaga waktu tu, teruslah dapat masuk terus heheh. Best juga balik mengundi nih meriah je tengok kawasan kampungkan.


Jejari pun nak posing dekat bungaan gituu..alhamdulillah dah tunaikan tanggungjawab. Yang menang pun kita dah tahukan. Mama idak la tunggu sampai.habis tak daya nak tahan mata wehhh tapi gerak hati macam dah tahu la siapa yang menang tu. Taknak ulas banyak sebab mama tak reti sangat bab2 politik ni, cuma mama berdoa semuanya baik2 saja. Apapun semuanya dalam kekuasaan Allah...Allah yang dah tentukan kerajaan mana yang bakal memerintah negara, kita cuma jalankan tanggungjawab je kan.


Tahniah...kehadirn ke sekolah sangat memberangsangkan. Terkejut anak2 tengok makpak atok nenek semua pergi sekolah. Jenuh mama menjawab dengan adrien apa itu mengundi siap bagi contoh lagi tapi dia kata masih tak faham apa itu mengundi...duhhh mama da habis idea nak terangkan.

Semoga malaysia terus aman dan makmur, jangan kita putus silaturrahim kerana politik... Rapatkan saf.

Wassalam

Wednesday, 2 May 2018

Juara akhirnya

Assalamualaikum...

Cerita seminggu yang lalu, adelya bersukan di Pasti. Sebelum ni sukan pasti daerah kuala langat dia nangis2 taknak bersukan sudahnya mama bawa balik je la pada hal mama dia ni gigih oiii nak bagi sokongan, abg adrien dulu dalam malu2 bersukan juga tapi anak dara sorang ni dia buat kerasss je..dari mama ko kejung tengah panass sambil tahan panasss hati baiklah balik.

Sukan kali ni buat dekat pasti je, malam sebelum tu adelya dah cakap taknak sukan..mama ko sabar je la kan, pagi tu terus kejut semua bangun. Anak dara tetap cakap taknak sukan tapi mama buat tak tahu je, dah dia nak usung anak patung dan segala mainan dia mama ikutkan je kikiki gigih mama ko kan, sampai pasti en.azmi hantar adelya dekat mualimah mama tengok dari jauh je la, nangis jugaklah anak dara tu kan, tapi dia ikut je mualimah sebab dia takut dekat mualimah salsabila tu kikiki.

Mama amik tempat duduk dekat belakang sekali risau adelya nampak nanti lari pulak dia taknak bersukan kan. Tapi masa perbarisan tu nampak jugaklah dia tercari-cari, mama jenguk jugaklah muka masa nampak tu adelya lambai2 je tapi muka ketat je taknak senyum masa ikrar dan nyanyi kawan2 lain semangat nyanyi dia senyap je, pada hal dekat rumah dia lah yang paling semangat menyanyi.

Masa nak mula sukan tu mama pergilah juga dekat adelya bagi kata2 semangat.. semangatlah sangat kan hihihi, pada hal mama dia yang semangat nak anak bersukan, bak kata en.azmi "nanti takde cerita pulak mama nak cerita dekat blog kan" hahaha mujur memahami..kira memahami la tu kan, walaupun ada bau2 perli..ada mama kesah kalau perli pun. Tapi mama tau en.azmi pun saja je tu kan pada hal bagi sokongan itu yang gigih tolong amikkan gambar, siap buat liputan langsung lagi tu guna enfon mama...tq en.azmi kalau tak susah juga nak ambik gambar sebab mama dok tunggu dekat adelya je, lepas berlari mama hulur air lepas tu hulur makanan, nampak tak kegigihan mama nak jaga mood anak supaya bersukan???

Seronok sebenarnya tengok anak2 kecil ni bersukan macam2 telatah yang ada, ada yang menangis sambil berlari lah, ada yang berlari sambil ada peneman la, macam2 gelagat lucu lah jenuh mualimah nak kawal. Tapi oklah kan. Ada 4 acara semua pelajar pun masuk semua acara, pemenang ditentukan dari pungutan mata, adelya rumah merah. Acara dipertandingkan isi air dalam botol, lari bawa bantal atas kepala, bawa bola pingpong dalam sudu dan acara berpasangan berkasut but. Comel je semua pakai kasut but sorang sebelah kaki. Akhirnya rumah merah johan keseluruhan...bangga mama ko nak hahahaha. Tak sia-sia berdiri tengah panas terbakar muka.


Tengok dah gumbira main dengan kawan mama pun senang hatilah dibuatnya...lega  ko kalau tak nangis bucu padang la mama.


Tengoklah tuan puteri sorang tu kemain bergaya lagi walaupun nak bersukan, berjaket berkasut pink.


Alhamdulillah juara keseluruhan...tengok tu.dah elok gaya princess dia pergi korek hidung pulak.

Harap2 lepas ni makin berani nak bersukan.ye adelya.

Wassalam

Jauh atau dekat?

Assalamualaikum... Masih dalam mood syawal. Jadi mari kita menulis berkisarkan syawal lagi la. Tapi bukan nak cerita pasal raya mama lagi ...