Friday, 31 August 2018

Mesin jahit dan lampu

Assalamualaikum....


Cerita minggu lepas, balik awal dari kampung jadi banyaklah urusan dan aktivitikanyakan.
Alhamdulillah rezeki..dah lama teringin nak mesin jahit. Hari tu en.azmi bawa balik mesin jahit "singer...menawan keluarga bahagia" ...gitewww.. Ehhh tapi bukan en.azmi beli pun, ada customer en.azmi nak pindah dia taknak mesin tu jadi en.azmi pun ambiklah daripada buang baik ambikkan elok lagi mesinnya.

Minggu lepas cubalah godek2 mesin tu, nak pasang benang je pun jenuhlah buka youtube berulang2 tak faham2 jugak hahaha...jenuhlah kan, tapi akhirnya berjaya setelah rasa jemu nak mengadap youtube tu


Tengoklah tu gigih search kat youtube camno nak pasang benang, sapo eh yang ambik gambo mama tu? Tak lain tak bukan en.azmi la, terus dia post kat family group, apalagi macam2 komenlah kan, tapi akhirnya berjaya juga mama guna mesin tu dan dapatlah menjahit sesuatu, tunggu siap nanti kalau rajin baru mama tunjuk ye hasilnya.


Semangat mama nak menjahit sebab ada orang dah tolong buatkan meja untuk isteri dia ni.. Haaa terus gigih menjahit hari ni. Kemas2 almari ada dalam 5 helai kain batik yang masih belum diguna, taknaklah dibuat basahan sebab ini semua kawan2 yang bagi, sayang nak buat basahan lagipun mama bukan pakai kain batik dekat rumah, jadi kita buatkan kain batik ni pasangannya heheh, 2 helai dah siap pun pasangannya, yang lain2 tu mama akan cari pasangannya nanti. Yang dah siap tu untuk pakai minggu depan ada kenduri kahwin, adik en.azmi akan melangsungkan majlis perkahwinan. Hasil bajunya kena tunggu mama update pasal kenduri nantilah, bukan baju baru pun tapi mama bagi nafas baru baju2 lama je hahaha, dari terbiar tak dipakai kita bagi gaya baru pulakkan, nampak macam baru walapun sebenarnya baju lama.


Minggu lepas juga jalan2 tengok lampu, tengok lampu minion, hello kitty comel je kalau letak dekat bilik anak2, sampaikan.adelya memang mengamuklah nak lampu hello kitty tu, tapi memang tak dapatlah sebab mama bajet nak beli lampu lain  hari tu, banyak lampu yang cantik2 tapi kena tengok harga jugalahkan, sudahnya en.azmi pilih yang kanan tu lah,mama tak puas hati sebenarnya sebab mama rasa tak cantik hahaha...tapi kata en.azmi duit tak banyak nak beli lampu mahal huhuhu...ye lah mama terpaksa berpuashati dululah ada rezeki lain kita beli lagi yg lain yang lebih cantik dan beli sekali lampu hello kitty tu kan.

Wassalam





Friday, 24 August 2018

Eiduladha kami

Assalamualaikum...

Ceritalah sikit tentang eiduladha kami tahun ni sebagai kenangan untuk masa akan datang. Konon2 nak balik awal selasa tu, mama pun ambik time off lah balik awal, tetiba en.azmi call bagitau dia ada kerja lagi so ok lah kita tunggulah sampai en.azmi balik. Mama dekat rumah dah ready beg baju semualahkan. Masak pun malaslah sebab nak balik kampung dah kan.

Pukul 3 macam tu en.azmi call katanya kereta buat hal gear tak boleh masuk asyik dekat P je tak boleh nak tukar, kena tunggu abah datang tengok, tunggu abah lambat jugalah sebab abah keje takde takde pukul 6 baru sampai, tapi pukul 7 abah tak muncul2 call tak dapat2, rupanya abah keje lagi, dekat pukul 8 baru sampai dekat en.azmi. Abah cuba repair tapi tak boleh juga, sudahnya kena towinglah, itu ini begitu begini dah pukul 11 mlm, jenuh anak2 menunggu dekat rumah sampai tertidur, sudahnya dekat pukul 2 en.azmi sampai rumah, macammana nak balik kampung nih?? Nak redah juga ke dengan kereta yg belum ditukar tayar tu?

Dalam dok fikir2 tu hati tak habis2 berdoa moga Allah mudahkan urusan kami untuk balik. Call maktam tak dapat2, mama pun pelik kenapa henfon tutup sebab maktam nak balik pagi raya tu, ingatnya nak tumpanglah kan, tapi dekat pukul 7 pagi tak dapat juga, sudahnya tawakal je lah bawa kereta juga harap2 takde pape di jalanan nanti bawa je lah slow2 kan. Alhamdulillah..Allah maha baik nak masuk jalan kg lombong tu maktam wasap, teruslah ke rumah maktam parking kereta kat sana dan balik dengan maktam.

Moga perjalanan kami dimudahkan sebab nak kejar waktu untuk buat qurban dikampung, pak imam nak semua ada, jadi taknak lah orang tunggu kami lama, alhamdulillah Allah sebaik-baik penolong dan Dialah sebaik2 perancang, perjalanan lancar dari bsp ke kampung tak sampai 2 jam pun, jalan cukup2 lancar dan kami sampai tepat pada waktunya. Syukur sangat2. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, semoga segalanya diberkati.oleh Allah swt.

Geng2 melapah..kerja2 melapah ni memang bagi kaum lelaki je la kan, pakcik tengok je dia kata dia dah biasa buat dok jahit orang la, kali ni bagi orang lain la cehh malas la tu kan takut baju kotor..macam tak tahuuu

Geng2 membawang hahaha...kami tengok je la kan sambil tu dok bincang untuk buat qurban tahun depan pulak,kami akan teruskan berkongsi adik beradik untuk qurban akan datang cuma mungkin kalau dapat kita cari dekat kampung yang betul2 susah pulak.. inshaAllah moga Allah mudahkan urusan kami,kongsi adik-beradik semua dapatlah 2 ekor lembu.. Eh masa nak qurban tu usap2 badan lembu sambil berniat tu rasa sayu je hati.. Ya Allah moga ibadah qurban kami diterima.

Ini sesi memotong dan menimbang daging untuk diagihkan. Alhamdulillah dapatlah 100kilo lebih daging. Ada yang diagihkan dan ada yang dimasak untuk makan. Ini kami buat dirumah abah, kampung abah dengan en.azmi dekat2 je jadi senanglahkan. Pisau tak cukup ambik dekat rumah wan. Sambil2 buat.keje2 macam2 juadah.yg family abah sediakan laksa, cendol durian bihun sup. Petangnya dijamu dengan nasi.daging.

Daging pacak, nasi daging, air asam.yang mabeles.dan sup tulang..air asam tu memang sedap dipadankan dengan daging pacak. Mama makan jugalah sikit2 sebab mama bukanlah penggemar daging sangat, adik beradik lain makan bertambah2 mama tengok. Alhamdulillah rezeki dari Allah.

Tak lama duduk kampung kali ni sebab tumpang maktam lagipun jumaat tu ada kerja nak uruskan hal berkaitan kereta nak baiki apa yang patut sebab nanti nak balik kampung lagi awal bulan sept, kalau kereta tak baiki nak cekau kereta mana pulak, takkan nak menumpang lagi selalu menumpang pun macam tak best jugakkan, lagipun anak2 dah besar juga takut tak selesa. So kita harap urusan berkaitan kereta ini dimudahkanlah, dapat repair sebelum balik kampung lagi.

Hari khamis lepas asar tu gerak balik, yang ada cuma wan dan khalish je, adik2 ipar kerja, tok dan paklong keluar beli barang, takdelah kami tunggu lagi sebab kalau lambat takut jalan sesak pula sebab khamis memang dah kerjakan. Hajat hati nak duduk lama sebab mama memang ambik cuti pun tapi lain yg dirancang lain yg jadikan, takpelah kenduri maklang nanti dapatlah lama sikit inshaAllah.

Wassalam

Wednesday, 22 August 2018

Sambutan berganda

Assalamualaikum...

Salam eiduladha buat semua. Alhamdulillah hari ni disamping kita semua menyambut eiduladha, mama juga menyambut ulangtahun kelahiran anak dara nan seorang itu. Ya hari ni 22 ogos adalah tarikh lahir adelya azra. Sebelum ni dah potong kek pun dengan kawan2 dekat Pasti, dalam keluarga pun ramai yang berkongsi bulan kelahiran dengan adelya bukan saja sebelah en.azmi tapi sebelah mama juga, seronoklah kan adelya tu.

Tak tahulah dapat potong kek tak hari ni dekat kampung sebab mama tak sempat nak beli kek, banyak pula halnya semalam sebelum balik kampung, sampai akhirnya kami balik kampung pagi tadi. Alhamdulillah sempat juga sampai sebelum qurban dilakukan. Allah Maha baik, Dia permudahkan juga urusan kami, walaupun sebelum itu terasa sedikit sulit.

Oklah itu nanti mama ceritalah hari ni besday anak dara mama tu, kawan gaduh mama sebab dia anak manja papa. Kalau mama nak pergi kursus dia rilek je suruh mama pergi siap lambai2 lagi, tapi kalau papa dia yang outstation belum sempat pergi dia dah nangis sambil tu cakap "nanti kalau papa mengantuk papa nak tidur dengan sape" huhuh sayang sangat papa dia tu kan. Tapi takpe mama tak kisah pun lagi mama suka sebab tak perlu mama nak berjaga dari tidur untuk ambik air atau teman ke toilet heheh.


Semoga adelya azra membesar jadi anak yang solehah, cemerlang dunia & akhirat. Ingatlah anak letakkan akhirat dihatimu dan dunia ditanganmu. Moga Allah sentiasa menjagamu disetiap langkah kakimu. Walaupun kita selalu bergaduh mama tetap sayang anak mama, sebab anak mama adalah nyawa mama.

Wassalam

Thursday, 16 August 2018

Cik Yaya dan Cik Pipa sambut besday

Assalamualaikum...

Hari ni Pasti buat sambutan hari lahir untuk bulan julai,ogos dan september. Hari lahir adelya termasuklah kan tak lama dah pun nak besdaynya jatuh pada hari raya eiduladha nanti, tapi mama ni kan dah mualimah bagitahu nak sambut dekat pasti takkan tak sedia apa2, nanti anak dara tu sedih pulak kawan lain ada kek dia tak de pulak, balik kerja semalam terus ke kedai kek, haruslah dia yang pilih sendirikan. Dah berpuashati dengan pilihannya dan mama pun puashati dengan harganya kita pun balik.

Sampai rumah tengok2 mommy jiran sebelah tanya, mama pun cakap untuk besday di pasti, rupanya mommy tak perasan whatsapp mualimah dalam group, lajulah mommy dengan cik pipa ke kedai kek pulak, cik pipa lahir bulan september. Mujurlah kedai kek dekat je kan, start enjin terus ke kedai kek lah, mama pun tak larat nak buat kek jadi beli sajalah kan.


Kek pilihan si adelya, macam2 ada atas kek tu hehehe hentam je lah yang adelya pilih ni sebab ada si anna atas kek tu, ikutkan mama nak  beli kek lain yang mama rasa lebih comel, tapi dia taknak pulak eh gerammm pulak mama dia ni, puas pujuk untuk ambik kek yang mama tunjuk tu dia taknak jugak, ye lah..ye lah dah besday dia kan mama ikutkan je lah hehehe...yang mama pun pasal kek pun nak bergaduh dengan anak hahaha..ehhh memang mama suka gaduh dengan anak dara sorang tu, kadang balas2 pukul memukul teruk sungguh

Cik yaya & cik pipa sambut besday
Tengok mualimah bagi gambar dekat whatsapp group..ehhhh kek sama denga cik pipa la cuma cik pipa poney cik yaya anna hehehe dah la sekelas, rumah sebelah2 kek pun sama, kira oklah tu kan member baik katakan, pagi tadi tak sabar2 dok panggil pipa dekat pintu pagar pada hal pipa tak keluar pun lagi, lepas tu teruslah merajuk hai susah juga dengan anak dara sorang nih,jenuh nak pujuk pagi tadi lepas tu mama tinggalkan je la dengan ibu ct..


Good girl nih..sebelum pergi pasti tadi mama dah pesan siap-siap "nanti mualimah ambik gambar senyum jangan nampak gigi tau hahah..sebab gigi yaya rongak" marah kejaplah cik yaya dekat mama, tapi tengok mualimah bagi gambar ni nampaknya dia ikut cakap mamanya ni hehehe, tersenyum simpul pulak dia kan depan kek tu, seronoklah kan dapat potong kek, kalau mama tak beli kek nih ada yang menangis tengok kawan lain potong kek.


Ramai lah yang sambut besday, ye lah untuk 3 bulan punya sambutankan, bersusun kek tu ha, jenuhlah anak2 makan kek hari ni kan, semuanya nampak gembira je tu kan.

InshaAllah minggu depan hajat hati tu nak potong kek dekat kampung pulaklah, saja bagi anak dara ni happy, lagipun abg adam dengan abg yen pun tak sempat makan kek nih, abg yen siap minta nak tengok kek lagi pagi tadi, sabar abg yen ye minggu depan kita makan kek ye..ok mama nak rest jap, kaki dah gigil 2 hari ni asyik panjat tangga je dekat opis tu sebab lif banyak tak berfungsi darikan tunggu lif baik guna tangga lagi cepat, boleh bikin mama kurus ini macam tau baru je nak tambah berat badan ni sebab kata pakcik ukuran bmi mama tak cantik kurang nutrisi ngeh..

Wassalam

Wednesday, 15 August 2018

Muhasabah diri


Assalamualaikum..

Walaupun handhpone dapat menghubungkan kita dengan orang ramai.
sedarilah bahawa ia membuatkan hubungan kita dengan Allah semakin renggang.
Justeru bacalah quran kerana Quran dapat merapatkan hubungan kita dengan Allah

Kenapa kita kena baca Quran?

Ia menghasilkan pahala yang banyak
Ia akan jadi peguambela kita di akhirat
Ia membuatkan jiwa dan hati kita menjadi tenang
Ia merupakan penyembuh kepada penyakit hati

Jadi bacalah Quran walau hanya semuka sehari.
Kata ustaz kalau tak mampu juga bacalah satu ayat sehari asalkan kita baca.
Jangan tinggalkan Quran.


Allahu...sedihnya rasa sebab diri terlalu banyak dengan handphone, sikit2 tengok enfon.

Mood nak menulis ke laut dalam pulak rasanya..

Wassalam

Monday, 6 August 2018

side table untuk mama 😃😃

Assalamualaikum...

Wekeend duduk rumah je, boring tak tahu nak buat apa, mama pun dapat idealah kan nak buat sesuatu. Sabtu tu sibuk uruskan kain baju. ahad rileks sikit siap2 makan pagi terus keluar rumah capai kayu capai gergaji, sorang2 je mama gergaji kayu tu. buatlah slow-slow kan, ada la teringin meja dekat ikea tu tapi setakat teringin je la belinya tak pun.

Jiran mama ada sorang tu personal shopper ikea, dia ada tunjuk barang2 kot ada yang nak beli, kita tengok memang teringin la nak belikan tapi tak beli pun la, mungkin lain kali. buat masa sekarang mama buatlah ikut apa yang mama boleh buat asalkan apa yang mama nak tu menjadi jugaklah. alang-alang nak kemas ruang depan tu kan mama habiskanlah kayu yang ada kemudian minta en.azmi buang apa yang tak perlu.

Tetengah dok gergaji tu en.azmi pun keluar tengok apa kerja isteri dia ni kan, dia pun tolonglah apa yang patut, dari menolong terus dia yang buat hahaha mama pulak yang tolong dan bagi arahan je, en.azmi macam biasalah mesti tak faham apa yang mama nak buatkan tapi akhirnya jadi jugaklah kan mengikut macamana yang isteri dia ni nak kan. benda yang simple je mama nak tu. oklah kan janji ada.


Ini jelah yang mama nak buat tu hehehe, takde lah nak kemas2 sikit pun meja tu, nanti2lah mama touch up bagi cantik sikitkan. oklah ni untuk mama letak buku-buku mama. sambil2 duduk dekat kerusi tu bolehlah mama membaca sikit, jadilah untuk "me time" mama kan, sambil2 masak nak tunggu ayam garing bolehlah mama duduk kat kerusi tu sambil membaca tak pun sambil ditemani semangkuk bubur keledek campur jagung.

Wassalam

Friday, 3 August 2018

Ibadah Qurban

Assalamualaikum...


Sempena nak sambut  kedatangan eidul adha yang tak lama lagi je, mama nak kongsilah berkaitan ibadah qurban ni. Dari kuliah zuhur Ustaz Roslan Mohamed dan Dato' Hj Anhar Opir, Tim.Mufti selangor.2 hari kuliah zuhur berkisar tentang qurban, ye lah dah tak lama lagi kan kita nak sambut eidulahda.

Dari Ustaz Roslan Mohamed.

Amalan untuk kita yang bukan seorang jemaah haji, apa yang boleh kita buat untuk mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang pergi haji.

Allah Maha Baik..peluang dan ruang yang Allah bagi dari pelbagai sudut, walaupun kita tak berpeluang untuk ke Makkah menunaikan haji, kita juga boleh mendapat keampunan, keredhaan dan pahala dari Allah. Mari kita tengok apa yang boleh kita buat.

10 hari pertama dalam bulan zulhijah perbanyakkanlah  tahlil (lailahaillah),takbir  (Allahu Akbar) dan Tahmid (Alhamdulillah)

kerana 10 hari pertama bulan zulhijah itu fadhilatnya hampir menyamai 10 hari akhir ramadhan.

Perbanyakkan amalan soleh dari 1-9 zulhijah itu, buatlah yang mana kita boleh buat jika boleh sedekah perbanyakkan sedekah, jika boleh berpuasa, berpuasalah, puasa yang paling dituntut adalah puasa sunat hari arafah iaitu pada 9 zulhijah kerana pada 9 zulhijah adalah hari wukuf di arafah, sebagaimana para jemaah haji akan mendapat keampunan dari Allah maka kita juga boleh mendapat keampunan.maka berpuasa sunatlah kerana kata Nabi saw "barangsiapa yang berpuasa sunat hari arafah dosanya akan diampunkan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang" Itulah bukti Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan tidak zalim kepada hambaNya.

Setelah kita berpuasa sunat itu kita ikuti pula dengan ibadah qurban pada 10,11,12 dan 13 zulhijah kerana ianya satu amalan yang Allah paling suka dan dapat mendekatkan kita kepada Allah. Jika kita melakukan ibadah qurban sebelum titisan darah yang pertama itu jatuh kebumi Allah dah ampunkan dosa kita. Semoga ibadah qurban ini dapat dijadikan amalan tahunan dalam setiap keluarga. kalau tak semua buat pastikan ada wakil yang buat. Macam lesen jugalah kan kita renew setiap tahun maka ibadah korban ini juga perlu dilakukan setiap tahun.

Dari Dato Hj Anhar Opir

Sembelihan binatang qurban unta, lembu, kambing biri2 atau kambing biasa

Hukum Ibadah Qurban:

1. Sunat Muakkad - sunat yang sangat2 dituntut
2. Sunat kifayah bagi setiap keluarga - jika sudah ada wakil yang buat qurban, yang lain tak buat tak      apa tapi kalau semua buat itu terlebih baik. Perlu usahakan
3. Wajib - bagi yang bernazar, jika kita dah bernazar maka wajiblah kita laksanakan.

Syarat untuk Qurban

1. Islam
2. Baligh & berakal
3. Ada kemampuan

Sunat bagi yang membuat qurban

1. Sunat untuk TIDAK memotong kuku, rambut dan yang seumpamanya bermula 1 zulhijah sehinggalah haiwan qurbannya disembelih. Maknanya bermula 1 zulhijah sehingga kita buat qurban kita tak boleh memotong kuku,potong rambut dan potong apa2 sahaja yang seangkatan dengannya, kalau takut panjang dan tak selesa, potonglah lebih awal sebelum 1 zulhijah tu.
2. Sembelih sendiri, jika tidak boleh sembelih sendiri makan sunat untuk tengok haiwan qurban disembelih.

Agihan daging qurban

1. Jika qurban wajib - orang yang membuat qurban termasuk siapa yang dibawah tangungan        nafkahnya tidak boleh mengambil walau sedikit pun daging qurban tersebut, jika sudah termakan perlu dibayar pampasan ganti rugi sebanyak daging yang diambil, jika 1 kilo daging maka duit yang perlu dikeluarkan mengikut harga sekilo daging dan duit itu diberi kepada fakir miskin

2. Bagi yang sunat
- harus/boleh makan sebanyak mana yang diingini dan hendaklah sedekahkan sedikit kepada orang lain, sekiranya dia makan sedikit itu lebih afdhol dan seeloknya dibahagikan kepada 3 bahagian.

-1 bahagian untuk diri sendiri
-1 bahagian untuk kawan2, boleh diberi walaupun kawan itu bukan dari golongan fakir miskin.
-1 bahagian untuk fakir miskin.

- bagi kawan2 yang bukan miskin daging qurban itu boleh dimakan @ diberi pada orang lain (mungkin dapat terlalu banyak daging qurban, bolehlah disedekahkan pula kepada orang lain) tetapi tidak boleh dijual.

- Bagi fakir miskin daging qurban tersebut boleh dimakan, diberi kepada orang lain dan boleh dijual (mungkin mendapat terlalu banyak daging qurban maka bolehlah dijual daging qurban itu)

Mana lebih afdhol, qurban ditempat sendiri @ diluar negara ?

1. Jika ditempat kita tiada yang buat qurban, maka lebih elok kita buat qurban ditempat sendiri.
2. Jika sudah ada yang buat qurban ditempat kita maka bolehlah buat qurban diluar
3. Yang lebih afdhol buat dikedua-dua tempat, isteri buat ditempat sendiri suami buat diluar.

Bolehkah daging qurban diberi kepada non muslim?

Jawapannya tidak harus. Kalau buat kenduri dan kita jemput kawan non muslim kita belilah daging lain sebanyak daging qurban kita, jika daging qurban kita 5kilo maka kita beli daging lain 5 kilo dan bolehlah dimasak bersama dan dijamu makan kepada kawan non muslim kita dengan anggapan daging yang dimakan bukanlah daging qurban.

Bolehkah 1 bahagian dikongsi bersama?

Boleh dikongsi berdua atau bertiga,tetapi masa sebut nama tu sebut seorang sahaja. Jika nak sebut semua nama pun boleh tapi maklumkan kepada yang menguruskan nama2 itu hanya untuk 1 bahagian sahaja. maknanya 1 bahagian lembu rm700 boleh dikongsi bersama suami isteri, tahun ni sebut nama suami,tahun depan sebut nama isteri, inshaAllah ganjarannya tetap sama walaupun berkongsi.

Bolehkah daging qurban dijadikan upah kepada yang membuat kerja?

- Daging qurban tidak boleh dijadikan upah kepada yang membuat kerja tetapi boleh diberi dan jangan anggap sebagai upah anggap sedekah, ye lah nanti ada pulak kata yang dah buat kerja ni tak dapat pulak dagingnya kan penat2 buat kerja orang yang tak buat kerja je dapat daging, boleh bagi pada yang buat kerja cuma orang yang buat korban itu jangan anggap pemberian itu sebagai upah. yang jadi tak bolehnya bila, kita dah buat perjanjian akan bagi upah kepada yang buat kerja itu rm100 seorang tapi selepas itu kita kata tak perlu bagi duitlah ambil sahaja daging korban itu yang nilainya sama rm100 haaa itu tak boleh.

Itu sahalah perkongsian mama setakat ini, jika ada tambahan info dari kawan2 boleh lah kongsi di ruangan komen ye sebab mama pun baru juga belajar bab2 ni. masih banyak ilmu yang perlu dicari ni.Apa yang penting niat mesti ikhlas kerana Allah untuk buat ibadah qurban ni. tak lama dah pun kan nak eiduladha ni.

Wassalam.

Thursday, 2 August 2018

Dapat juga akhirnya

Assalamualaikum...

Setiap kali ambil adelya dari pasti, jalan balik rumah mesti lalu tempat orang jual durian dan setiap kali lalu situ adelya mesti buat macam ni "emmm...nyumnyumnyumm..sedapnyaa" mula adelya buat macam tu mama tanya la "makan apa tu.yang sedap sangat?" "Makan durian la mama" alahai sayang makan durian ke, sian anak mama. Pernah dah la beli sekali untuk anak2 makan sebelum tu, tapi takde la beli.selalu walaupun murah, tapi bila adelya buat macam tu tiap kali lalu sedih lah jugakkan.

Bukan taknak beli tapi nanti2 la kita beli kan. Alhamdulillah semalam en.azmi buat kerja hantar barang ke mantin, en.azmi bawa balik durian malam tadi, sebelum tu bawa balik dari tanjung malim, seronoklah anak2 dapat makan durian, mama dorang pun sama jugaklah kan berebut makan dengan anak2 sampaikan hari ni tekak rasa lain macam pulak, makan durian banyak sangat agaknya ni kan.


Tak sabar2 lagi dah balik dari.sekolah masuk je rumah terus ke dapur makan durian semalam, 5 biji selesai 4 beranak pulun. Masa ni en.azmi tak sampai lagi dari mantin, malam en.azmi bawa sebekas lagi durian, sambung makan durian lepas makan nasik heheh dasat sangat anak-beranak nih, lepas ni tak minta lagi lah agaknya dah puas makan, sampai cakap taknak.dah makan banyak2 abg pening..hihihi.

Satu lagi pun dapat tunaikan juga permintaan anak2, alhamdulillah Allah mudahkan walaupun mulanya rasa susah jugaklah tapi demi gembirakan anak2 kita bertawakal pada Allah saja.


Adelya tanya "mama itu zirafah betul ke tipu-tipu?" Hahaha...betul la adelya mana ada tipu-tipu "tapi dia tak gerak pun" hehehe ye lah memang zirafah tu tak gerak la kan, takpe.la tak gerak lagi bagus, sampaikan en.azmi pun.cakap juga eh zirafah betul ke ni? Zirafah betul ye bukan pakai bateri walaupun dia gerak sikit2 je, kepala je tengok kiri kanan. Puas hati dapat bawa anak2 ke sini anak2 seronok mama pun gembira walaupun kaki mama penat. Ke mana mamapapa bawa anak2?? Nantilah kalau rajin mama cerita.

Wassalam

Hipsterudin katanya

Assalamualaikum.... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis disini. Semoga kita semua sihat2 sahaja dan sentiasa dibawah lind...