Thursday 24 October 2019

Mama...jangan lupa tau

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi catatan perjalanan hidup seorang mama dan anak²nya... "mama...puasa sunat tu hari isnin dengan khamis je ke?" Tanya abg adam "puasa sunat tu bukan isnin khamis je tapi ada hari lain juga" "ohhh abg nak puasa sunatla hari isnin dengan khamis" mama dengar je la abg adam cakap tu sebab tak mungkinlah abg nak puasa sunat pulakkan,macam tu la anggapan mama,tapi mula hari isnin abg dah pesan jangan lupa kejut abg sahur hari khamis,isnin dah tak sempat nak puasa.

Khamis tu sekali kejut je terus terjaga untuk bangun sahur.Nak pergi sekolah tu mama nak bekalkan air dan duit belanja pun dia taknak, siap suruh mama whatsapp ibu ct cakap dia puasa nanti dia malu nak cakap kalau ibu ct suruh makan nasi. Mama ni berdebar je la mampu ke abg adam puasa sedangkan kawan² lain makan, ambil dari sekolah mama tengok abg adam ceria je...puasa ke tak nih??? "Mama tadi ustazah cerita pasal puasa sunat,lepas tu ustazah tanya siapa puasa hari ni,abg angkat la tangan" "abg puasa ke?" "Ye la mama abg puasa la"

Sampai rumah terus ke dapur masakkan rendang kesukaan abg adam untuk berbuka. Bila dah solat siap² di ofis mudah tak perlu nak kejar solat lepas tu nak masak pulak. Inipun abg adam yang tegur mama,biasa mama ambil abg dulu disekolah baru solat dirumah,kebiasaannya abg akan keluar lewat selalulah mama dok bebel abg ni lambat sangat, mama tak solat asar lagi ni. "Mama ni kan dekat ofis ada surau mama solatlah asar dulu baru balik" terdiam mama  dibuatnya.

Alhamdulillah setakat ni abg adam masih berpuasa sunat isnin dan khamis. "Mama kenapa kita kena buat yang sunat² ni puasa sunat,solat sunat?" Huisshh berdebar mama dapat soalan macam tu..."abg..buat yg sunat ni supaya kita dapat tampung kekurangan pada yg wajib,mungkin masa kita buat solat wajib tu ada terkurang dimana²,jadi yg sunat itulah yg tampung kekurangan tu" gituu mama ko jawab,hasil dengar tazkirah dapatlah jawab sikit².

Abg bambam sikit waktu ni,sekarang kuruss
Semuanya dari Allah...Allah yang membuka pintu hati abg adam,moga terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk abg berpuasa sunat dan melakukan amalan sunat yang lain sesungguhnya kita tak mampu untuk lakukan apa² tanpa bantuan Allah,nak kekuatan untuk melakukannya mohonlah doa pada Allah,mama hanya mampu tunjukkan jalannya tapi Allah yang menentukannya. Allah tak lihat hasilnya tapi Allah lihat usaha yang kita lakukan. Mama doakan semoga abg istiqomah.

Mendidik anak² perlukan kesabaran sebab setiap anak tu tak samakan. Bukan dalam mendidik anak² je tapi dalam semua perkara. Tapi tengok jugalah dalam perkara yang nak kita sabarkan tu kan. Andai sabar itu adalah jalan untuk kita ke syurga,maka pilihlah untuk bersabar.

Wassalam

Wednesday 9 October 2019

Cerita minggu lepas

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...semua kerja berjaya siap seperti yang telah ditetapkan. Hujung minggu lepas rasa seronok dapat berada dirumah dan dapatlah mengemas sikit², tak sempat nak kemas habis kena sambung hujung minggu ni pulak.

Puan boss sponsor nasi palestine masa makan2 hari jumaat, yang lain-lain potluck je. bawang putih dalam nasi tu sedap sangat,mama makan selabu tu sorang je 
Jumaat malam mood malas masak, ajak anak² makan diluar, mama nak makan yang ringan² je sebab masih kenyang makan banyak siang tu. "Nak makan apa ni?" Tanya en.azmi. "yaya nak makan dikses" jawab adelya yakin, terkebil² en.azmi..dikses apa??? "Texas la papa" kata adrien,mujur ada yang faham "haaa...itula yang yaya nak cakap" hahaha



Sabtu tengahhari hadir kenduri tahlil dirumah jiran. Petang selepas asar ke puchong pulak join besday hud. Alhamdulillah...dah setahun Muhammad Sayf Hud ni, kehadirannya pun ditunggu selama hampir 5tahun,masa nak tengok dunia pun tak sabar nak keluar tu sampai kena emergency ceaser tu, lahir tak cukup bulan tapi alhamdulilah membesar dengan sihat.

Ahad...pusing² lagi cari barang,segala kedai jual buku dan 7-eleven diterjah semata² nak cari komik boboiboy the movie tapi takde stok. Membebel la adrien "mama la hari tu buku tu ada taknak belikan sekarang dah takde". Korang pun...dah tengok dekat wayang pun masih nak beli komik lagi. Yang penting barang mama nak beli ada hahaha...tapi dorang jugak yang pilih.

Sudahnya batman dekat rumah mama...huhu layan je la, lagipun rumah mama tu memang takde konsep pun, konsepnya hantam sajalah labuu

Masa mamapapa tanya nak roti apa? Adrien.sorang yang susah buat keputusan. Dah orang duduk makan baru dia nak minta,haaa pergi beli dan bayar sendiri mama tengok dari jauh. Sekarang ni memang kadang² mama ajar anak² beli sendiri dan kalau nak apa² waktu dikedai cuba minta sendiri,tapi yang mudah² je la kan.

Mood nak memasak takde..heheh jadi kita makan kat kedai je la kan. Dah habis makan kita tolong kemas apa yang patut supaya memudahkan orang nak angkut pinggan dan cawan tu. Moga pertolongan yang kecil ini.dapat membantu,kata ustaz buatlah kebaikan walau sekecil apapun kerana kita tak tahu mana satu yang Allah redha. Kita mudahkan urusan orang moga Allah mudahkan urusan kita.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...