Saturday, 30 September 2017

Urusan sekolah

Assalamualaikum...

Jumaat mama cuti untuk buat urusan sekolah adrien dan adelya. Best jugak ni 2 minggu keje 4 hari je, minggu lepas pun cuti 3 hari jugakkan. Pada hal urusannya takdelah lama manapun alang-alang ada urusan katanya kita kurangkanlah baki cuti yang masih ada 55 hari tu kan. 3 bulan lagi ada ni entah macammana nak perabih pun tak tahulah.

Lepas en.azmi hantar adrien ke pasti barulah ke sekolah yang bakal adrien belajar tahun depan. Mulanya fotostat dulu dokumen yang diperlukan. Tak banyak pun yang diperlukan. Pengesahan online dah dibuat pun cuma pihak sekolah perlukan dokumen dan surat tawaran yang perlu diprint  tu je la. Sekejap je urusannya kemudian ke sekolah agama pula.

Mudah je sebab sekolah rendah dan sekolah agama bersebelahan je. Untuk sekolah agama memang belum daftar lagi pergi tu memang nak daftarlah. Kata en.azmi kerani tu kata pendaftaran sudah ditutup tapi masih ada kekosongan,alhamdulillah masih ada rezeki, cuma isi borang dan kembalikan minggu depan. Senang je keje mama ikut je dan tunggu dalam kereta segala urusan en.azmi yang buat hihihi.

Selesai urusan sekolah adrien, urusan adelya pulak dah booking dengan pasti cuma dokumen yang diperlukan tak bagi lagi, bawa adelya ambik.gambar. Mujur mudah je dia nak bergambar tapi mulanya dia senyum dan buat peace tapi bila auntie tu suruh turunkan tangan terus masam mukanya tu hehehe..


Tengoklah tu masam sangat mukanya tu.. Tak sangka nak sekolah dah anak dara mama ni. Rasa macam kecik lagi, tapi dah 5 tahun dah tahun depan, moga semua berjalan lancar hendaknya nanti. Adrien pun dah darjah 1 tahun depan. Besar-besar dah anak-anak mama.cabaran tahun depan... Tiga-tiga dah sekolah. Haa yang tu kena tunggu tahun depanlah kan macammana.

Wassalam

Friday, 29 September 2017

Muzium Insitu Jugra

Assalamualaikum...

Tujuan utama kami sebenarnya bukan nak ke bukit jugra tapi dah lalu di jalan yang sama dan terpesong dulu ke laluan bukit jugra tu makanya kami singgahlah ke bukit jugra dulu hehehe kira oklah kan dapat pergi bukit jugra juga,. tujuan asal nak ke muzium insitu jugra tu sebab adrienlah nak ke muzium kan. google map bawa sampai dipersimpangan jalan kanan ke kiri, teruslah mama ajak ke kanan dulu menuju puncak bukit jugra kan dah alang-alang sampai katanyakan.

Turun dari bukit jugra kami singgahlah ke Muzium Insitu Jugra, muzium apa tu??



Bangunan asal muzium ni merupakan balai polis lama atau dikenali juga sebagai rumah pasung. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat pesalah jenayah terima hukuman, menerusi sistem kehakiman British pada ketika itu yang mana bahagian atas merupakan mahkamah dan tingkat bawahnya sebagai penjara. Di Bina pada tahun 1878 oleh Kapten Harry Charles Syers seorang pegawai polis british.

Bagi memelihara dan melindungi nilai sejarah dan warisan yang dimilikinya bangunan ini telah diwartakan sebagai monumen lama/tapak tanah bersejarah oleh Jabatan Warisan Negara pada 19 Nov 2002. Muzium ini ada tiga buah balai pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat mengenai daerah Kuala Langat, sejarah pemerintahan kesultanan selangor di Kuala Langat termasuklah hasil kerja-kerja ekskavasi di sekitarnya seperti struktur binaan penjara, mahkamah mini, perigi lama dan lain-lain.

Info bagi sesiapa yang nak kesini, kalau kebetulan ke sini boleh singgah tapi kalau saja-saja nak datang dari jauh semata-mata nak ke sini mungkin tak berbaloi kot. Tapi kalau nak datang pun boleh sebab boleh dapat ilmukan selain tu boleh cuba aktiviti paragliding juga
Di muzium ni ada tapak khas pameran diluar dimana terdapat sebuah kereta perisai model GMC 15 CWT yang telah digunakan oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman darurat (sekitar tahun 1948-1960). kereta perisai ini diletakkan di bahagian depan muzium.
Itu je yang mama bole bagi info, sikit-sikit je lah kan


anak-anak mama bergambar dengan kereta perisai. Macammanalah keadaannya masa zaman darurat dulukan, takut mama mengenangkannya. Arwah ayah mama pernah cerita masa zaman je pun dulu teruk juga, moga kita tidak lagi dijajah. Kereta ni mrmang terletak diluar muzium, didalam muzium tak boleh ambil gambar.

Anak dara bawa kereta perisai

Adrien pun nak bawa juga



Ini satu lagi yang terdapat diluar muzium, batu giling besar sangat nih buat giling apa entah, tak sempat mama baca info kat sebelah tu dok sibuk amik.gambar je kan en.azmi lah yang baca tu nampak.bayang-bayang dia tu haa.. Kira oklah dapat juga bawa anak-anak pergi muzium. Selepas tu terus ke pantai morib.


Lepak-lepak makan goreng pisang dengan kepok lekor je saja nak ambik angin pantai, tak lama pun kat situ lepas tu balik rumah, anak-anak sibuk nak main basikal pulak. Itu je lah aktiviti cuti-cuti minggu lepas. Eh hari ni mama cuti lagi tau hahaha... Seronoknya cuti. Cuti hari ni sebab nak uruskan hal persekolahan anak-anak. Sebenarnya en.azmi urus sorang-sorang pun boleh tapikan eh saja nak suruh kita cuti juga, habis urusan dia pergi kerja pulak dah, ingatkan boleh la gi shopping-shopping tapi nan hadoo.












Thursday, 28 September 2017

Bukit Jugra

Assalamualaikum...

Minggu lepas cuti 3 hari kan, tapi takde rancang nak kemana-mana pun. Jumaat tu jiran ada buat kenduri doa selamat dan nikah adiknya. maka kami pergi makan kenduri sajalah. lauknya simple tapi sedap. buburnya paling sedap mama siap bertambah-tambah makannya hahaha..ye lah orang tak ramaikan, waktu kaum adam pergi solat jumaat, mama dan jiran-jiran pergi kenduri dapatlah makan dengan tenang sebab mama dengan adelya je, abang adam dan adrien haruslah ikut papa ke masjid.

Sabtu mereput dekat rumah sebab en.azmi kerja. jadi sebagai surirumah dihujung minggu makanya marilah kita buat kerja rumahtangga memasak dan mengemas. sekarang ni kalau malas pun tetap kena masak sebab pakjang adakan, kebiasaanya dalam sebulan tu ada juga hari-hari yang mama malas masak jadi kita makan je apa yang ada, apa yang ada tu maksudnya goreng mee ke, kueyteow ke, tak masak nasilah kiranya kan, masak yang simple-simple je.

Ahad..memang dah rasa bosan, adrien pun asyik sebut nak pergi muzium. nak ke muzium negara memang tidaklah buat masa sekarang ni. jadinya kita carilah sesuatu juga untuk gembirakan anak-anak. lepas zohor tu paksa en.azmi bawa keluar hahaha walaupun mukanya nampak malas ada mama kisah, kalau taknak juga mama je drive bawa anak-anak pegi pantai morib hahaha sebab senang je nak ke pantai morib tu kan. akhirnya en.azmi pergi jugalah kan. dalam nak tak nak tu 3 tempat jugalah kami pergi, walaupun sekejap oklah kan untuk mama dan anak-anak..ehh mama yang lebih-lebih mestilahhhh..bosan kot terperap dalam rumah.

destinasi pertama kami ke bukit jugra, sajalah nak tengok apa ada kat situ. perjalanan lancar je sebab lalu jalan kampungkan, tenang jugalah kan cuma tak tenang didalam kereta sajalah riuh dengan suara anak-anak, dalam kereta pun nak bermain dua beradik tu, adelya pula sibuk suruh touch up lipstik yang kononnya dah tak nampak dibibirnya tu, hei geram je mama tau. sampai dikaki bukit en.azmi turun tanya orang boleh ke naik atas bawa kereta? boleh rupanya jadi mendaki bukitlah kami sampai ke atas ada juga yang berjalan kaki, gigih sungguhlah dorang tu.

takde apa pun kat atas tu cuma ada rumah api dan tempat orang buat aktiviti paragliding. sempatlah kami tengok waktu tu orang buat aktiviti paragliding tu, seronok pula mama tengok, adelya siap cakap dia pun nak naik.hehehe...eh kalau pitih belanar mama pun nak jugaklah sebab mama pun suka aktiviti mencabar macam tu, tapikan kos yang perlu dibayar untuk aktiviti tu separuh dari bajet makan sebulan mama jadi mama pun pendam je lah hasrat tu dihatikan, dah lah hujung bulan belum gaji lagilah tak payah, kita tengok je sudahhh. inilah nasib seorang marhaen, nak buat apa-apa pun kena fikir beratus kali hahaha



Haa...tengok tu dorang melayang best apa, lepas dah terjun dan terbang, kat bawah sana tempat padang ragut tu lah tempat mendaratnya tu yang nampak macam petak kat bawah tuu, haa bawah tu cantik juga tempat lembu-lembu meragut rumput, itu kalau silap landing tu mau landing atas belakang lembu hehehe..nanti adalah orang-orang yang tunggu kat bawah tu untuk bawa naik ke atas semula. atas ni itu jelah aktivitinya selain itu kita dapatlah tengok keindahan sungai langat tu , eh tapi view memang cantiklah cuma mama takde kamera cantik gambar pun nampak biasa-biasa je lah kan.

untuk maklumat lanjut tentang aktiviti ini dan cara untuk menyertainya boleh lihat di sini

Itulah je lah cerita di bukit jugra, jalan-jalan pusing situ tak luas mana pun tapi ada juga nampak sepasang pengantin cantik berphotoshoot kat situ. dah moh turun anak-anak kita ke tempat lain pulak. kemana lagi lepas tu?? nanti ah mama cerita lagi, kang panjang berkajang-kajang pulak karangan mama nih. lagipun kalau cerita semua nanti takde pulak modal lain nak up entrikan. jadi tunggulah cerita seterusnya kemanakah kami hehehe


Rumah api nampak gelap lak gambar nih macam nak malam pada hal tengah panas lit-lit nih. Ye la enfon cap ayam mama guna jadi gambar pun  nampak malam je, takpelah janji ada gambar ye tak.


Tunggu giliran untuk terbang tu hehehe...ini tempat menunggu dan melihat, ruang memang kecik je, tapi oklah sebab orang tak ramaikan. Memang betul-betul tepi lereng bukit ini kalau tergolek mau jatuh ke bawah ni, adelya seronok je dok berlari-lari risau je mama takut bergolek, sebelah belakang tu lah terletaknya kawasan rumah api, berpagar dan tak boleh masuk, kalau boleh masuk mesti best nih.


View sungai langat, tengok.depan mata memang cantik rasa tenang je walaupun anak-anak tengah bising hehehe

Itulah je lah cerita di bukit jugra, jalan-jalan pusing situ tak luas mana pun tapi ada juga nampak sepasang pengantin cantik berphotoshoot kat situ. dah moh turun anak-anak kita ke tempat lain pulak. kemana lagi lepas tu?? nanti ah mama cerita lagi, kang panjang berkajang-kajang pulak karangan mama nih. lagipun kalau cerita semua nanti takde pulak modal lain nak up entrikan. jadi tunggulah cerita seterusnya kemanakah kami hehehe

Wassalam.

Tuesday, 26 September 2017

Makcik Bawang

Assalamualaikum...

Hai lah makcik bawang sorang nih makin menjadi-jadi pulak pe'elnya tu kan. Hari tu masa besday pakcik, makdak pun bagi hadiah untuk adelya pinggan berbentuk hello kitty, pastu ada cawan dan tupperware sekali. dah dapat hadiah tu bukan main sukalah dia dok usung je beg yang makdak bagi tu.lepas semua orang balik malam tu, terus datang minta nasik dekat mama, ehhh..tadi je baru lepas makan kek dengan kepsi lagi mau nasik ke budak sorang nih, dahlah lauk memang takde sebab mama memang tak masaklah sebab nak makan kepsi je malam tu, eh dia tak kira dia nak nasik juga. hmmm.. padanlah nak makan nasik sebab nak guna pinggan baru, bukan main lagi dia ya.



Tengoklah tu nasik kosong pun jalannnn..licin dia makan sedap sangatlah tu makan dalam pinggan hello kitty kaler pink pulak tu. pagi esoknya makan kek lagi "yaya nak kek isi dalam pinggan yaya mama" tengok tu makan kek pun dalam pinggan baru, air pun dalam cawan baru, abang-abang jangan haraplah nak berkongsi pinggan atau cawan ye..makan kek sila guna pinggan lain, itu pinggan yaya.

Ingatkan dengan abang-abang je dia tak bagi rupanya dengan mamapapa pun tak boleh guna juga, pagi tu en.azmi bakar roti ambiklah pinggan dia tu konon nak isi roti sekali adelya tengok bergema jeritan dipagi hari "itu pinggan yaya, mana boleh guna" hahahaha...hadoiii terus diambilnya pinggan dari en.azmi terpaksalah en.azmi ambik pinggan lain.

Malam besday tu juga maktam ada bagi lipstik untuk mama, kisahnya kakak nye ni berkenan dekat lipstik adiknya, maktam kata nanti nak belikan, malam tu datang maktam bawaklah lipstik yang dibelikan hehehe...bukan lipstik merah menyala lipstik biasa-biasa je untuk mama, sesuailah dengan usia yang dah senja nih, tetiba nampak pulak kat adelya maktam bagi mama lipstik terus dia pun minta juga kat maktam "yaya nak juga lipstik kaler pink" ha ambikk ko maktam kena beli lagi satu, mujurlah ada dua je anak buah perempuan, yang sorang lagi sepupu adelya tu pun jenis nak bermekap juga tapi mujur mommynya pun bermekap. belasah mommy punya je la. macam mama ni saje je suruh maktam belikan pakai pun bukan selalu.

Ahad jalan-jalan ke jugra, anak dara mama tu bukan main lagi nak berlipstik. sepanjang jalan dok tanya lipstik dia ada lagi tak? asyik suruh mama tambah je..ehhh geram pulak mama dia pulak yang lebih-lebih "mama nanti sampai muzium tambahkan lipstik yaya ye" haa kan sebelum turun kereta mesti tambah lipstik dia..ehh mama ni sekali je calit tau. petang tu nak main dengan kawan pun pakai lipstik, eh lepas tu dibawanya lipstik mama tu bagi pakai dekat kawan-kawan, katanya itu lipstik dia ewah-ewah sangat dia tu, mujurlah ada sorang je anak dara kalau 3 perangai macam ni jenuhlah mak-mak sedara nak layan hahaha.



adelya yang berlipstik mama, tapi dia kata itu lipstik dia..hehehe siap kawan datang tanya mama "mama..betul ke adelya ada lipstik?" hehehe adehhh anak-anak dara weh, haaa korang pakai je lah lipstik tu. sekali tengok baju pun pakai lipstik. hmmm mama kena sorok lah lepas ni supaya tak cepat habis hahaha..mama bukan pakai sangat pun, saja menggatal nak suruh maktam beli, warna yang mama nak pun yang pudar-pudar je takde lah merah menyala malu lak nak pakai hehehe tapi warna merah cantiklah cuma mama segan nak pakai.. Oklah

Wassalam

Saturday, 23 September 2017

Besday pakcik

Assalamualaikum...

Untuk seminggu ni pakcik(adik mama yang no.8) duduk rumah mama sebab perlu bekerja di manipal hospital seminggu. Kebetulan semalam besday pakcik. Kami.kakak2 yang ada ni.merancang la nak buat surprise untuk pakcik. Semalam pakcik keeja siang jadi mudahlah kerja kami.

Pukul 7 lebih pakcik sampai rumah tapi memang takde buat persiapan apapun rilek je sebab ibu dan abah sponsor kek jadi doranglah beli kek, mama, maktam dan makdak share beli kfc tapi tugas untuk membeli serahkan pada makdak mama yang kat rumah buat biasa je, anak-anak pun tak tahu kalau bagitahu risau bocor rahsia pula makcik bawang tu hehehe.

Alhamdulillah jadi jugaklah surprise kami tu, pakcik siap mandi duduk tengok tv, mama buat-buat tunggu kawan datang. Bila ibu dan makdak sampai semua keluar pakcik buat taktahu je, ibu siap bawa kek berlilin dari luar. Masuk je pintu pakat nyanyi ramai-ramai, senyum jek pakcik tengok.


Surprise menjadi, pakcik berkain pelikat je tu haa, yang sebelah tu tumpang jugak. Budak berdua ni muka sama jek hehehe. Alhamdulillah semua berjalan lancar, anak mama yang nak makan kepsi tu pun dapat makan kepsi. Punyalah sebelum tu adrien ajak mama pegi beli kfc mama pun dok cakap nanti jap lagi kita keluar beli, pada halnya makdak dah beli pun hehehe. Sudahnya merajuk pulak adrien sebab dia nak pergi beli juga...hei budak sorang ni macam-macam hal.

Untuk pakcik semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bekerja sungguh-sungguh dan semoga menjadi hamba yang berjaya didunia dan akhirat. Tapi pakcik ada kat rumah ni seronok juga mama sebab pakcik ni rajin, tolong basuh pinggan, sapu sampah ehh.ringan juga kerja mama bila ada yang membantu selain en.azmi tu hehehe. Haa sapa nak buat calon suami bolehlah ni hahaha..sempat promote pulakkk

Wassalam

Wednesday, 20 September 2017

hati berbunga-bunga 🌻🌻

Assalamualaikum...

weekend lepas tak kemana-mana pun apalagi membelek pokok-pokok bungalah mama, sempatlah suruh en.azmi buatkan petak bunga lagi untuk mama hehehe. kisahnya pokok bunga🌻🌻 yang mama tanam tu dah memunculkan diri tau..Ya Allah suka sangatlah mama, apa tak sukanya kan sebab benih yang mama tanam dah muncul walaupun baru sikitkan.

Mulanya mama ni tanam benih tu dalam pasu, dahla jenis tak reti nak tanam main letak je benih tu sekelompok dalam pasu sekali tumbuh...nah bertindih-tindih pulak, ini kalau mama biarkan ada yang tak hidup nanti. jadinya gigihlah buatkan petak bunga lagi dan kali ni mama letak di bahagian luar pagar pulak, maklumlah "taman kami" tu dah tak muat nak letak bunga dah, itupun jenuh dah mama ubah sana-sini. oklah kan ada juga aktiviti mama dihujung minggu.

kiri bunga 🌻 kanan 💮 morning glory
Inilah pokok bunga 🌻🌻 matahari mama tu, risau juga lepas dipindahkan takut dia tak mau hidup lagi, tapi nampaknya lepas diubah pun hidup subur je tu, inshaAllah terus subur hendaknyalah. dah la lepas ubah tu hujan, risau juga hujan lebat takut tercabut pulak bunga yang baru mama ubah tu tapi alhamdulillah hujan itukan rahmat, memberi minum pada pokok, pokok bunga mama tu tetap teguh berdiri, mulanya macam nak menunduk je tapi mama letakkan kayu sikit untuk tegakkan. sekarang mama tengok dah tegak pun tanpa perlu sokongan kayu yang mama letak tu.  berbunga-bungalah hati mama dibuatnya, sekarang nak tunggu dia membesar dan berbunga pula. tak sabar oiii..hehehe

Mama sukalah bunga matahari, tapi ada lagi bunga yang mama suka cuma nampak mustahillah kalau mama tanam bunga yang mama suka tu dekat rumah, eh tapikan mustahil ke tak tak tahulah pulak sebab tak cubakan. mama sukalah bunga tulip 🌷🌷, dari dulu lagi suka tulip..bilalah dapat pergi tengok bunga tulip dekat belanda nun..ecewahhh berangan sangat sampai nak ke belanda, harapan je lah kan. sukakan tulip sampaikan masa kawin dulu gubahan hantaran letak bunga tuliplah tapi bukan bunga hidup bunga plastik je la hehehe

pic pinjam dari pakcik gugel jek
Tengoklah ni bestnye kalau mama dapat kesini, berlarian di ladang tulip ni, ada kincir angin lagi tuh, eheh..berangan pulak. pastu bergambar kena angkat pulak dengan en.azmi...nanti ada yang muntah berjemaah lak... hahaha, jangan marah naaa..saja tulis suka-suka sesekali mama nak berangan, nak perginya entah tak kesampaian pun.

pinjam pakcik gugel jugak
ini ha lagi satu..ungu lavender, ehh bestnya kalau ada rumah dalam taman lavender cenggini. rasa macam nak je tanam lavender dekat rumah mama. hidup tak hidup belakang cerita yang penting buat dulu, tapi sekarang yang penting mana mau cari benih lavender tu..kuikuikui nak tanam tapi tak tahu kat mana nak cari pulak dah. takpe takpe nanti mama cuba carikan mana tahu nak hidup nanti. tapi dengan lavender adalah mama pernah pergi masa dekat cameron higland dan masa ke strawbery farm yang dekat gohtong tu, ada la bergambar berdua dengan en.azmi tu tapikan mana entah gambarnya pun, cari tak jumpa kalau jumpa tu nak juga tunjuk hahaha sebab nak tunjuk tu lah tak jumpanya kan.
Oklah..

Wassalam

Monday, 18 September 2017

Go'bang maju

Assalamualaikum...

masa balik tengok pakjang lepas eksiden hari tu, mama sampai hoshas tepat-tepat waktu lunch belum masuk jumpa pakjang dah terjumpa adik-beradik lain yang nak pergi makan, memandangkan perut memang berkeroncong sejak pagi makanya mama buat keputusan untuk join makan jugak. tak tahu nak makan kat mana mama follow je lah.

Dah alang-alang ada di bandar ikan patin makanya pekena patin tempoyoklah kita. pada hal mama ngan en.azmi tak makan pun ikan patin, tapi abang adam makan weh patin tempoyok. tengok orang makan macam sedap jek tapi mama takdelah pulak nak mecubanya, belum terasa nak mencubalah, cuma rasa kuahnya sikitlah.

menu yang diambil pada hari kejadian. oh nasi putih, keropok dan salad itu kira set ok satu set tu rm2.90, sebenarnya boleh je nak ambil nasi putih saja tapi sebab pertama kali makan jadi tak tahulah. lepas ambil tu barulah mama nampak tulisan dekat kaunternya, kecik amat tulisannya tu, orang kat kaunter nasi tu pun takdelah bertanya nak nasi biasa ke set? jadinya kita ingat nasi tu memang dijual begitu rupanya tidak, bukan apa terasa membazir pula sebab keropok dan salad tu anak-anak memang tak makanlah dan bukan anak-anak je ramai lagi yang tak makan, macam mama memang pulun semua tapi tak larat pulak nak habiskan yang anak-anak punya.



oh ya menu yang diambil tentulah patin tempoyak, bila rasa sedikit kuahnya mama rasa biasa-biasa je sedap lagilah yang mak mertua mama buat ekekek..eh ini mama cakap ikhlas ye berdasarkan tekak mama, kalau orang lain makan sedap itu tak kisahlahkan citarasa masing-masingkan. pais talapia pun tak best, tempoyaknya manis, kalau sedikit masam dan pedas tentu lebih sedap, begitu juga udang masak lemak tu kurang lemak dan kurang pedas. sudahnya mama makan nasi, ayam goreng, petai jeruk dan sambal hitam je, haaa itu  kira dah kena dengan selera, tapi yang paling best hari tu air jagung special tu haaa itu memang sedap, tapikan takleh lawan dengan kedai patin dekat tepi sungai tu lah mama tak ingat nama kedainya. ada pucuk ubi tempoyak memang yummy2 lah, air jagungnya pun sedap tapi tak pasti ada tak lagi kedai tu sebab dah lama sangat tak pergi.

Keseluruhannya bagi mama makanan dekat sini biasa-biasa je, bagi mama okeh bagi orang lain mama tak tahu sebab citarasa kita tak samakan. kalau ikutkan tekak mama ni takdelah high taste sangat tapi itulah memang tak berasa makanannya, mungkin bukan rezeki mama agaknya waktu tu nak rasa makanan yang sedap,tapi rezeki mama untuk dapat makan saja. biasa mama tengok orang yang pernah makan kat sini kata makanannya sedap. jadi mungkin hari mama pergi tu tukang masak lain kan. jadi hasil masakannya pun lainlah...hehehe, tapi kalau esiapa yang berkunjung ke temerloh bolehlah singgah disini pekena patin tempoyak.

wassalam

Thursday, 14 September 2017

Daun apa nih

Assalamualaikum...

Cerita sebelum cuti raya haji hari tu, mama dah cuti awal tapi belum balik kampung lagi en.azmi masih kerja. Jadi duduklah dirumah dengan budak berdua tu je. Hari khamis baru gerak balik kampung. Okeh hari ni mama ambik cuti sebabnya nak tukar kad bank kikiki, masa orang kalut dok tukar mama rilek je sebab gaji tak masuk maybank hihihi, ini kalut nak.tukar sebab claim ot masuk maybank.

Hari tu pergi dah maybank shah alam tu sbab ada mesin untuk tukar kad, en.azmi tukarlah tak sampai 5minit pun prosesnya, masuk kad lama, masuk ic kemudian scan cap jari. Sekejap je terus keluar kad baru. Mama pun semangatlah buat juga tapi tahu dah mesti tak boleh nye sebab mama ada masalah cap jari. Sudahnya ke kaunter jugalah. Mujur orang tak ramai dekat maybank banting sekejap je urusan mama.tapi mama rasa cap jari mama dah ok cuma kena tukar ic lah sebab cap jari dekat ic tu nampak tak elok sebab dulu cap jari mama memang tak nampak langsung.

Tu dia tajuk tanya pasal daun tetiba citer pasal cap jari lak...

Daun apa ni eh? Rasa macam tak pernah tengok.

Terus whatsapp kat group tanya daun apa ni? Adehh..nak tanya mertua malu pulak itu pun tak kenal ke? Ibu cakap itu daun meranti...oh first time tengok nih. Terus tanya ibu nak buat masak apa, ibu cakap buat masak lemak putih.okeh beress.. Oh ya untuk yang belum tahu, ibu tu sebenarnya kakak mama yang sulung, anak-anak mama panggil ibu, jadi kat blog pun mama bahasakan ibulah sebab bila anak-anak baca nanti mereka tahulah kan.

Jadi inilah hasilnya masak lemak putih pucuk meranti. Sebelum dimasak celur dulu sekejap untuk buang pahit tapi kalau suka pahit tak perlu celur boleh terus masak je sebab pahitnya tu takdelah pahit sangat. Pertama kali masak dan pertama kali makan, apa rasanya? Bagi mama ok sedap, kalau ada lagi bolehlah dibeli dan dimasak lagi. Cara masak sama je dengab masak lemak putih yang lain. Sebab banyak 2 kali mama masak sekali mama celur dulu yang kali kedua tak celur, rasanya ok je tak pahit pun.

Wassalam

Wednesday, 13 September 2017

Potong kek

Assalamualaikum..

cerita masa balik kampung raya haji lagi. petang lepas balik dari ladang tu lepak-lepak jap kat rumah. sekali makdak cakap nak keluar mentakab nak beli kek untuk adelya katanya. senyap-senyap je tak bagitahu adelya. adrien pun kemian pandai simpan rahsia tak bagitahu adelya juga rancangan makdak tu. Lepas lepak-lepak balik kampung en.azmi pula sementara makdak ke mentakab tu.

Selepas maghrib ke kampung mama semula, seronoklah adelya sebab ada kek besar sebelum ni mama beli kek sepotong je kan, dah berapa kali cakap dekat mama tu nanti dia nak kek besar, alhamdulillah hari ini adelya senyum lebarlah sebab makdak belanja kek, siap potong dengan ibulah sebabnya adelya,ibu dan abang aliff kongsi bulan besday yang sama cuma waktu tu abang aliff takde, adelya potong kek dengan ibu je lah.


Tengoklah tu gembira anak dara mama dapat potong kek, memang ibu ada cakap nak sambut dengan adelya dekat kampung. dah tu berebut pula abah dengan makdak nak belik kek yelah abah mestilah nak belanja kek untuk ibukan, tapi makdak kata biar dia je belanja kek untuk adelya.. haaa sekalilah untuk ibu jugakan. mama cuma tambah pizza je sebab masa balik tu adrien cakap nak pizza. masa tu malas pulalah mama nak terus ke mentakab semata-mata nak beli pizzakan, jadinya dah alang-alang makdak beli kek untuk adelya,mama belikan pizza untuk adrien, jadinya dua-dua pun hapy, bukan dua-dua tapi semualah yang ada malam tu.

Adelya ni mulutnya potpet potpet tau, sampaikan mak-mak sedara geram dan panggil dia makcik bawang hehehe sebab becok sangat. hari tu adelya bersembang dengan papanya mama dengar je, papa tanya "abang ayip ada tak rumah ibu tadi?" (sebab mama baru lepas balik hantar bubur kacang kat rumah ibu lepas maghrib tu). adelya jawab "abang ayip takde pargi jalan-jalan..hei malam-malam buta pun nak pegi jalan-jalan" tengok tu dia punya membebel dah macam orang besar je, itu yang dapat gelaran makcik bawang tu hehehe...macam-macam lagilah telatah adelya ni, kalau ingatkan mama nak tergelak je. nantilah mama cerita lagi.

Wassalam

Monday, 11 September 2017

Melawat ladang ismet ulam raja

Assalamualaikum...

Marilah kita melawat ladang ismet ulam raja di negeri isketambola sebelah negeri gohead gostan..ehehehe. Aktiviti raya pertama..takde ke mana pun kami baju raya pun tak pakai. Sudahnya ramai-ramai melawat ladang kelapa sawit arwah ayah. Dah berpuluh tahun tak ke sini, dulu-dulu arwah ayah bukan bagi anak-anak ke ladang sebab katanya tak mahu anak-anak rasa susah. Dikala kami dengki kawan-kawan lain ke ladang setiap hari tanpa kami sesar kawan-kawan juga kata kami untung sebab tak perlu ke ladang, sekarang baru mama tahu kenapa ayah tak mahu bawa kami ke ladang, ayah tak mahu kami penat dan berasa susahnya untuk mencari rezeki... Terima kasih ayah. Sekali dapat ke ladang umpama mendapat emas bagi kami hehehe..


Nahhhh 11 orang berhimpit naik storm hahaha...sepanjang jalan terserempak jiran semua gelak tengok kami, ceria je muka masing-masing nak ke ladang.


Mama seluar bunga-bunga masuk ladang hokeh. Pakjang tu walaupun patah kaki ikut juga, haruslah ikut sebab pakjang tahu jalan nak ke ladang. Harapkan kami memang takkan jumpalah sebab semua pun ladang kiri kanan takde tanda pula tu, pokok kelapa sawit je kiri kanan. Sampai juga akhirnya.


Ladang sawit 10 ekar, mula masuk felda dulu getah, bila dah tanam semula ni tanam sawit pula, ok juga hasilnya dapat jugalah dekat kami bulan-bulan bahagi 9 beradik. Banyak juga pokok durian yang arwah ayah tanam tapi hasilnya tentu jadi rezeki opet sebab takde siapa yang nak menjaganya. Masa pergi ni pokok bacang pun lebat berbuah tapi masih putiklah tak dapat juga nak ambil hasilnya.


Anak dara mama ni seronok ikut, berani pula tu duduk belakang tu pada hal jalan dalam ladang tu mencabar juga jalan berbukit dan berselut..adventure jugalah tapi adelya seronok, adrien pun seronok, abg adam tak mahu ikut bila adik-adik cerita dia macam kecewa je tak ikut, takpe abg lain kali inshaAllah kita pergi lagi, tapi memang kena naik 4x4 la kalau kereta biasa memang tak lepaslah.

Pergi ni nak tengok batu sempadan ladang arwah ayah dengan ladang sebelah. Rupanya dah berpuluh tahun orang diladang sebelah telah terlebih sempadan. Selama berpuluh tahun ni dia termasuk dalam ladang arwah ayah dan mengambil hasil dari berpuluh pokok jugalah. Pakcik tu pun tanam sendiri pokok adalah 20 lebih pokok termasuk dalam tanah ladang arwah ayah dan katanya pokok tu kami ambillah. Kata makngah..ini kalau dikira hasil yang diambil dari puluhan pokok sejak berpuluh tahun ni.mahu bankrap pakcik tu hehehe... Tapi takkanlah kami sekejam itukan, kira halal.sajalah...arwah ayah pun dah takde kalau arwah masih ada pun.mama pasti arwah akan halalkan juga.

Selesai lawatan baliklah kami, adrien dan adelya tak.habis-habis cakap seronok pergi ladang naik kereta makngah. Pengalaman untuk anak-anakkan bukan selalu dapat peluang macam ni. Entah bila pula nak pergi lagi agaknya. ladang ni memang serahkan pada orang untuk uruskan je sekarang ni hasil memang hantar felda setiap bulan. Alhamdulillah dapat jugalah duit tambahankan, buat-buat beli barang dapur.

Wassalam.

Sunday, 10 September 2017

Sukaneka pasti

Assalamualaikum...

Bubur kacang untuk minum petang dah siap masak, sementara tunggu nak makan marilah update sekejap aktiviti hari ni.

Pagi tadi hujan turun membasahi bumi, pun begitu tak patahkan semangat mama untuk kejut anak-anak bangun walaupun whatsapp group ramai bertanya jadi ke sukan sebab hujan.takdelah mama nak tunggu jadi ke tak siap-siap je anak beranak terus ke pasto walaupun hujan. InshaAllah hujan rahmat sukaneka diteruskan. Pihak pasti.sediakan 2 khemah, untuk ibubapa duduk dan untuk anak-anak bersukan.

Anak-anak yang bersemangat, adrien tu lambat masuk barisan sebab tak reti ikat tali kasut terpaksa papa pergi ikatkan pulak
Alhamdulillah sementara persiapan dijalankan dan anak-anak bersarapan.dulu hujan.pun berhenti, matahari pun tak terik sangat jadi cuaca cantik je. Oh ya sukaneka tak dibuat dekat dewan tapi dibuat diperkarangan pasti je,memang kawasan depan pasti tu luas dan lapang, memang sesuailah untuk dibuat aktiviti seperti sukaneka ni. Ada 3 acara je untuk anak-anak. 3 pun mama rasa dah penat mualimah mengajar anak-anak ni, macam-macam ragam tu.
Adrien sedang bertanding
Adrien masuk kesemua acara, 2 acara secara berkumpulan, 1 acara perseorangan. Acara berkumpulan bawa air berhalangan dan bawa bola berpasangan. Untuk bawa bola tempat ke-3 dan bawa air berhalangan no.1, mulanya seri dengan rumah merah, bersaing sekali lagi rumah kuning menang hehehe...mama semangat bagi sokongan hokeh, sampaikan ada perempuan kat sebelah mama tu tanyalah "anak rumah kuning ye" aah la jawab mama dia pun kata anak dia rumah kuning lepas tu terus join dengan mama jerit " kuning cepat, kuning cepat" hahaha. Untuk rebut kerusi adrien tak menang sebab mata dok tengok orang bukan kerusi tapi takdelah kalah awal, hujung-hujung dah kalahnya.

Kain ikat kepala tu nak.tutup mata dah gayanya
Alhamdulillah dapat juga hadiah ye adrien hehehe tak rugi berlatih setiap.hari dekat pasti ye dapat bekas pensil dan tupperware. Lepas penyampaian hadiah terus balik tak tunggu makan.tengah hari dah tapi sempat juga tunggu tu walaupun en.azmi dah hidupkan enjin kereta tetiba mama dengar ada cabutan bertuah siap suruh en.azmi tunggu jap hahaha mana tahu bertuah, tapi nan hadoo...terus balik sebab ada orang nak datang rumah pula dan orang tu dah sampai dulu dari.tuan rumah. Untuk apa orang tu datang nantilah mama cerita.

Wassalam

Saturday, 9 September 2017

Berkebun

Assalamualaikum...

Hujung minggu kita manfaatkan sebaik mungkin. Ini je masa yang ada untuk aktiviti sekitar rumah. Kalau hari kerja segala aktiviti terbatas cuma sempat siram pokok je lah.



Kalau sebelum ni mama berkebun bunga kali ni berkebun tanaman untuk kegunaan didapur pula. Balik kampung hari tu terjah kedai 2 ringgit, tapi percayalah pergi kedai rm2 tapi bila keluar kedai paling kurang rm50 sebabnya dalam hati oh murah ni rm2 sekali nak bayar gigil kikiki tapi dapat banyak baranglah, pasu 12 bijik siap beli benih bunga dengan sayur lagi, kata mak mertua ok beli benih dekat situ hidup je pokoknya mak tanam. Ok sebab mak tanam hidup kita pun cubalah jugakan.

Itu pokok cili dengan kunyit tu mama rembat mak mertua punya je, bukan pokok tu je pokok bunga pun ada juga yang kena bedal hehehe...gigih ko suami isteri pagi-pagi isi tanah dalam pasu, patahkan pokok bunga mak terus tanam masuk pasu. Tanah pulak memang ada yang abah mertua dah beli...haa ko senang banyaklah kan ambik kat keliling rumah je. Mak mertua cakap ambik je pokok tu lebih mana tahu ada yang tak hidup sudahnya setiap jenis mama ambik 3 hehehe.

Pokok yang ada kat kebun mama sekarang ni cili & kunyit ( ambik mak mertua punya) terung, pak choy (beli kat kedai rm2),kena tunggu tengok hasilnya nanti, daun pandan jiran bagi. Kita cuba tanam itu dululah tengok hasilnya macammana nanti. Tengok pokok terung mak mertua berpokok-pokok subur je, mujur tak buat kerja gila korek pokok terung mak mertua terus masuk pasu mama hari tu hahaha...balik rumah boleh tunggu hasil je. Ini lama lagi la nak tunggu hasil..inshaAllah positif ye pokok mama tu akan hidup subur. Jadi kita tunggulah hasilnya nanti. Semangat betul nak menanam sayur ni. Ye lah tengok pokok jiran-jiran kemain subur siap mama pun dapat merasa hasilnya. Jadi kalau pokok mama pun.hidup subur bolehlah bertukar-tukar sayur dengan jirankan.

Wassalam

Thursday, 7 September 2017

Cerita aidiladha

Assalamualaikum...

Gerak balik kampung hari khamis jalan sesak juga jadi masuk ikut jalan lama. Kali ini giliran kampung en.azmi tapi mama balik kampung sendiri dulu untuk mengemas dan memasak sebab adik beradik lain belum sampai lagi. Mujurlah en.azmi rajin mengemas, dia kemaskan dapur dulu sebelum isterinya ni memasak, lepas tu dia balik kampung sendiri pulak untuk makan, mama puasa jadi teruskan kerja memasak, kemudian en.azmi datang semula dengan daun palas.


Walaupun sorang-sorang gigihlah membuat rendang, merebus keledek untuk buat keria & mengukus pulut untuk dibuat ketupat palas. Bila en.azmi bawa daun palas tekun pula menganyam ketupat palas, (ingatkan ta dapat dah buat ketupat palas sebab jenuh mencari daun palas tapi alhamdulillah sebelum cuti tu acu wasap cakap ada daun palas sikit) waktu tengah menganyam tu barulah ada yang sampai. Makngah tolong menganyam dan memasukkan pulut dalam daun palas, dapatlah dalam 100bijik untuk 2kilo pulut,mulanya buat sekilo je lepastu kata en.azmi mak pun nak juga haa..gigih kukus sekilo lagi pulut, mujur daun palas pun cukup dapatlah bahagi dua untuk rumah sini dan rumah sana, keria pun bahagi dua rumah juga, cuma rendang je tak dibahagi hehehe. Oklah puashati dapat buat untuk.dua-dua rumah adil.dan saksama gitu. Cuma ketupat mama macam kurang lemak je,tapi alhamdulillah habis jugalah.

Hari raya memang takde ke manalah duduk rumah je baju raya pun tak pakai, tak apalah... petang tu kami melawat ladang ismet ulam raja kikiki...yang itu mama cerita dilain entrilah, baru lah nampak blog berupdate walaupun ceritanya berlaku dalam masa satu hari je. Alhamdulillah keria mama pun laku, pagi sabtu lepas mak mertua masak sarapan mama pun gigih menggoreng keria, laku juga keria mama lepas tu beli lagi keledek untuk buat keria lagi sebab nak buat untuk sepupu en.azmi pula. Petang tu memproses keria sambil dibantu makcu, mak sedara en.azmi. Makcu tanya macammana nak buat sebab dekat tempat dia takde lagi, mama pun bagitaulah ikut cara mama..eh mama pun tak pandai sangatlah cuma main buat ikut sedap hati je.

Ahad memang takde buat apalah duduk-duduk saja dikampung, dekat kampung petang-petang aktiviti main badminton konon bawa raket untuk anak-anak main sekali makpak dorang pun join sekaki hehehe. lama tak main badminton tapi masih boleh mainlah hahaha berlawan dengan suami sendiri mestilah dia bagi isteri dia menang je kikiki tapi main memang takde gelangganglah dekat kawasan berbatu pulak tu, kira terror jugalah mana nak smash bola lagi mana nak jaga kaki tak pijak batu besar lagi haaa kau gigih sangatkan mula ajar anak, lepas tu merampas kuasa bermain hahaha, pasrah abang adam jadi juri lepas tu. Oklah dapat juga keluarkan peluhkan rasa sihat sikit.

Untuk rekod mama balik kampung kali ni 3kali mama menguli keledek buat keria, sebelum ni dah buat 2 kali, ahad tu makcik en.azmi sampai, lepas je salam dengan makcik terus makcik tanya "mana  kerianya?" alamak kerianya dah habis, tapikan mama macam tak sampai hati pulak kalau tak buat terus pesan pada sepupu en.azmi untuk belikan keledek, nasiblah budak-budak tu rajin walaupun baru sampai rumah terus keluar balik pergi beli keledek, malam tu mama kerahlah sepupu en.azmi tolong menggentel keledek hehehe...sajalah buat ramai-ramai baru meriah, budak-budak tu pun ok je nak menolong. Makcik pun siap tanya macammana nak buat pada hal makcik tu tukang masak..aii malu pulak mama dibuatnya. kata makcik nanti bolehlah dia cuba buat jual pula.makcik en.azmi ni memang berniaga nasi lemak dan kuih-muih dekat area melawati sana, masakannya memang sedaplah. sempat jugalah mama bertanyakan resepi kuih koleh kacang kegemaran mama tu, haa nanti bolehlah cuba buat kalau ada kerajinankan.

Itu jelah cerita aidiladha mama, daging korban yang dapat bawa balik dari kampung mama banyak lagi tu, nampaknya hari-harilah kot ada menu daging kat dapur mama tu kan, tengok resepi daging asam dari dapur mak hainom okje tu macam best je, mak sharelah resepi sikit, bolehlah mama cuba pulak nanti.

Wassalam

Tuesday, 5 September 2017

Pak jang

Assalamualaikum...

Semalam dah selamat pakjang duduk rumah mama. Perancangan kami adik-beradik untuk jaga pakjang sementara pakjang mc 2 bulan ni. Kenapa duduk rumah mama tak duduk rumah ibu sebab ibu tak bekerja? bukan taknak bagi duduk rumah ibu sebab ibu ajar orang mengaji setiap hari jadi takut pakjang segan bila orang ramai, jadi duduklah rumah mama, tengah hari ibu akan datang hantar makanan, kali ni kami akan pastikan pakjang akan makan makanan yang berkhasiat je.

Pakjang kan pernah patah kaki sebelum ni dan kali ini pun patah ditempat yang sama sebelum ni duduk sendiri bukan kakak tak mahu jaga tapi pakjang tak mahu, tapi kali ni pakjang ok mahu ikut. oh ya pakjang eksiden baru ni yang sampai patah kaki kali kedua ni sebab nak elakkan dari terlanggar motorkan, katanya dari dia langgar orang dan mati biarlah dia korbankan kakinya lagi, memang dia dengarlah bunyi kakinya patah waktu tu..prapp bunyinya lebih kuranglah kan, mama tidaklah tahu macammana bunyinya tu.

Malam tadi bisinglah anak-anak mama yang bertiga tu dok interview pakjang
"pakjang...umur pakjang berapa?
"nama adik pakjang apa?" adehhh macam-macam soalan
Bila pakjang jawab umurnya 6 tahun terus adrien cakap "eh umur yen 6 tahun jadinya umur adik pakjang berapa?" hahaha..macam-macamlah adrien ni, semualah duduk melepak dekat pakjang mama risau je ada yang terduduk atas kaki pakjang, sampaikan abang adam pun bersolat depan pakjanglah. seronok sangat masing-masing. adrien siap cakap nanti kalau mama,papa pergi kerja, abang pergi sekolah yen pergi sekolah yaya pergi umah acik ct, pakjang nak duduk dengan sapa? alahai yen pakjang dah besarlah, boleh jaga diri
haaa...nati kalau penjahat datang pakjang boleh pukul dengan tongkat tambah adrien lagi. macam-macamlah anak-anak mama tu kan.

Adelya pula masa mama dok mandikan dia sibuk pulalah dia bertanya "nanti kalau pakjang nak makan siapa nak suapkan pakjang?" mama jawablah pakjang suaplah sendiri kan pakjang ada tangan.
"ialah mama tapikan pakjang sakit, kaki pakjangkan patah" jawab adelya lagi "ia memang kaki pakjang sakit tapi pakjang makan guna tangan, bukan guna kaki" balas mama "ishh mama ni tapikan pakjang sakit" ehhh budak sorang ni potpet-potpet mulutnya tak reti dah mama nak jawab. bila mama siap masak malam tadi terus berlari masing-masing panggil pakjang makan, adelya siap nak duduk sebelah pakjang..hehehe bersabarlah pakjang ye untuk 2 bulan ni layan kerenah budak bertiga tu.

Oh ya sebenarnya kami dah minta transfer untuk check up di hospital yang berdekatan di hospital shah alam ke kan. tapinya pihak hoshas kata tak boleh transfer tetap kena follow up dan check up dekat hoshas juga. tak apalah nak buat macammanakan, kenalah kami ambil jadual check up yang seterusnya jadinya setiap kali ada check up nanti kakak-kakaknya akan bergilir-gilirlah cuti untuk bawa ke hospital. waktu temujanji 8.30pagi..mahunya sebelum subuh gerak dari rumah tu hehehe, untuk check up bulan 9 nanti maktam yang akan bawa, mama akan bawa masa bulan 10 nanti, dah buat plan senang sikitkan, setiap kali pergi ibu akan temanlah, untuk urusan ni mama boleh pergi sendiri kalau en.azmi takde cutikan, adik-beradik kenalah berkorban untuk adik-beradik yang lainkan.. inshaAllah moga Allah permudahkan urusan kita.


suka kata-kata ni..mama ambil dari pakcik gugel. bergaduh marah benci tapi hubungan adik beradik jangan biar terputus. bila mak ayah dah takde ni dekat adik beradiklah tempat kita menumpang kasih. moga hubungan adik-beradik mama ni tetap erat sampai bila-bila.

Wassalam.

Saturday, 2 September 2017

Rindu yang paling sakit

Assalamualaikum...

Rindu itu paling menyakitkan apabila kita merindui pada insan yang tak akan kembali

12 ogos 2007 - emak
13 september 2007 - ayah

Beza hanya satu bulan sehari, 10 tahun berlalu namun rasa baru semalam peristiwa itu terjadi.


Menziarahi pusara arwah emak halimah bt jaafar sidek dan arwah ayah ibrahim bin ahmad. Moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. InshaAllah kita akan bertemu nanti.

Wassalam

Tak sangka mama

Assalamualaikum... Cerita anak-anak mama lagi, minggu lepas abg adam dan adrien balik dari sekolah terus tuju ke dapur cari mama yang seda...