Friday 30 October 2015

Rumah

Assalamualaikum...

Bila bercakap pasal rumah ni semua orang mesti ada impian untuk memiliki rumah sendiri, rumah yang luas dan selesa, tapi tak semua orang mampu untuk memilikinya kan, tak salah untuk berimpian dan bercita-citakan,mungkin satu hari akan ada rezeki dari Allah buat kita.

Baru-baru ni ramai kawan post dekat FB kata jangan beli rumah dulu, tunggu dalam 2 tahun lagi harga rumah akan jatuh, betul ke? sebab mama ni bukan pakar ekonomi, nak baca berita pasal ekonomi pun jauh sekali jadi mama tak tahu sejauhmanakah kebenarannya. tapi kalau harga jatuh pun takkanlah bawah 200k kan..untuk rumah double storey atau single storey dekat shah alam ni.

ada pulak yang kata untuk rumah pertama beli rumah yang bawah 200k, tapi sekarang ni ada lagi ke rumah macam tu? mungkinlah ada kan, tapi dekat tempat mama ni rata-rata harga rumah dah mencecah 200k ke atas, dan katanya belilah rumah pertama yang biasa-biasa dahulu, tak perlu nak bayar bulanan yang mahal..bagi orang yang macam mama ni, rumah pertama tu mungkin rumah terakhirlah jadi kenalah beli yang betul-betul puashati, puashati tu maksudnya puashati untuk diri sendiri la..huhuhu sebab tak mungkin ada lagi rumah yang kedua, namun rezeki tu Allah yang bagikan kalau satu hari nanti ada rezeki pasti ada jugakan..

Alhamdulillah...rezeki mama papa dan anak-anak, pembelian rumah pertama kami telah lulus di bahagian pinjaman,semua dokumen juga sudah settle, kata pemaju cf pun akan dapat dalam waktu terdekat, mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan dapatlah kami masuk ke rumah baru.. syukur sangat, eksaited mama rasa nak mendeco-deco rumah sendiri..wahhh gitu.. tapi ada sesuatu yang belum selesai yang buat mama risau hihihi biasalah mama ni kan,suka fikir bukan-bukan.


InshaAllah...inilah bakal "rumahku syurgaku" buat mamapapa dan anak-anak. Moga dimudahkan segala urusan kami untuk masuk ke rumah baru, rumah yang sederhana tapi cukuplah buat kami untuk tinggal didalamnya.

Pemilihan rumah ini juga dipertimbangkan dalam beberapa faktor walaupun jaraknya agak jauh dari tempat kerja mama tapi apa boleh buat ini saja rumah yang lepas dengan loan mama,rumah yang dekat hanya mampu dipandang saja tak mampu dimiliki...ibarat menanti bulan jatuh ke riba la hihihi
Tak mungkin terjadi.

Rumah ini dpilih kerana jalannya akan melalui taska yang mama hantar anak-anak sekarang,mama tak mahu bertukar ke taska yang lain sebab mama sangat berpuashati dengan taska sekarang,abang adam juga akan trĂ nsit ditaska yang sama tahun depan.

Banyak pula celoteh mama ni...lainkali mama membebel lagi

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam..


Apapun inilah rumah yang pasti kita miliki.... Moga rumah kita yang ini menjadi salah satu daripada taman-taman syurga...

Thursday 29 October 2015

Permintaan abang adam

Assalamualaikum...

Mama bercuti hari ini, tinggal 5 hari baki cuti untuk dihabiskan sehingga hujung tahun, jika tidak cuti itu akan lupus..jenuh juga mama nak merangka cuti-cuti ni.

Lupakan pasal cuti, berbalik pada cerita mama sebenarnya. Mama cuti sebab permintaan abang adam supaya mama ke sekolah abang adam ambil report card.

"Mama tak pernah pun pergi sekolah abang, kawan-kawan abang mama dia datang je amik report kad" kata-kata abang menyentuh hati mama..ye selama ni papa je yang uruskan pasal persekolahan abang..tapi itu tak bermakna mama tak ambil tahu langsung,mama ambil tahu setiap perkembangan abang,mama ajar abang dekat rumah.

Untuk tunaikan permintaan abang,mama cuti hari ni walaupun hari ni dateline untuk kerja mama,mujur cik ijah sudi nak cover dan bos mama puan azah tu faham perasaan mama ni..

Pertama kali mama jejak kaki ke sekolah abang...teruk sungguh mama ni...2 tahun abang belajar kat situ ni pertama kali mama pergi..cikgu abang yang comel tu kata...abang kurang fokus, sedikit lambat bila buat latihan...ye mama akui itu sebab bila mama ajar pun macam tu...


Result abang turun banyak dari yang lepas...takpe abang mama tak marah..lepas ni kita banyakkan latihan...tapi mama bangga ejaan & spelling abang meningkat...tak sia-sia usaha kita mengeja setiap hari...atas pertolongan Allah jua kan... Mate masih yang tertinggi la untuk abang, mama tahu abang suka mengira nanti mama belikan lagi buku untuk abang ye..

Abang...kita kena usaha lebih gigih sebab tahun depan abang darjah 1, mama tak harapkan result yang cemerlang dari abang, mama cuma doa abang pandai membaca,menulis, mengira dan mengeja. Kalau result cemerlang itu satu bonus untuk abang.

Yang paling penting mama doakan abang jadi anak yang rajin solat,pandai mengaji dan kalau boleh mama nak abang jadi penghafal al-quran...inshaAllah..itu doa mama untuk anak- anak mama.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday 27 October 2015

Blog mama direview

Assalamualaikum...

Tak sangka pula blog mama terpilih untuk direview oleh yana yani  Mama terpilih sebab jadi antara pengomen yang terbanyak pada bulan september lalu.

Hai malu juga mama dibuatnya, blog picisan mama ni direview...hehehe apapun terima kasih dekat yana sebab sudi review blog mama ni dan cerita yang baik-baik je, paling tak tahan siap cakap mama gorgeous tu hahaha...betul ke?

Tapi betullah yana cakap yana cantik sikit dari mama tu...hehehe yana manis je orangnya setiap gambar mesti tersenyum gembira je mama tengok.

Ekoran dari review yana tu bertambah juga follower mama, terima kasih buat yang sudi follow mama ye..segan pulak mama dibuatnya, sebab blog mama biasa-biasa je citer pasal diri sendiri, keluarga dan anak-anak je..yang mana boleh dimanfaatkan boleh la ikut ye..

Kalau sesiapa belum baca review yang yana buat tu boleh lah jenguk kat sini hehehe...kalau belum follow boleh follow yana, mama suka baca penulisan yana yang padat dan berisi, juga suka baca kisah putera dan puteri yana yang hensem dan comel tu siapa lagi kalau bukan afif dan aisyah. tapi mama rasa kebanyakkannya mesti dah follow yana kan...

Sekian bebelan mama untuk hari ini...nanti ada masa mama membebel lagi

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday 23 October 2015

3D Museum Art Gallery, Lukut

Assalamualaikum....

Mama sambung lagi cerita jalan-jalan mama sekeluarga. Selepas kami berkunjung ke upside down art gallery kami teruskan perjalanan ke satu destinasi lagi...hehehe alang-alang berjalankan, kita pulun la pergi tempat yang kita nak pergi.

Kemana pula kami? hai mestilah dah tahu tajuk entri pun mama dah tulis kan tempat tu...ye kami pergi ke 3D museum art gallery pulak...amaran...jangan muntah dan pening ye, bukan gambar terbalik kali ini, tapi gambar banyak pula...hehehe saja mama letak satu-satu, baru nampak hasil gambar tu kan...walaupun ada yang tak berhasil sangat tapi layankan sajalah...



masuk je ke sini ini adalah tempat pertama yang kami nampak, mulanya tak tahu juga macammana nak bergambar ni dan apa motif ruangan ini? oh rupanya bilik ni ni macam menakutkanlah, mama diruangan yang lebih kecil cuba menahan siling kononnya, abang adam tu menampakkan reaksi takut...tapi adrien berseronok pula dekat frame gambar tu..


ini gambatr kedua...dapat bergambar sefamily sebab ada pekerja disitu yang tolong snapkan picca, nampak macam bersantai je satu family bercuti diluar negara...hahaha

gambar yang berikutnya tidak mengikut susunan sebab mama pun dah tak ingat kerana anak-anak main ikut suka hati dorang je nak bergambar dekat mana, lagipun dengan anak-anak mama ni kita kena cepat, sekali dorang bergaya terus kena snap, kalau tak tak dapat dah gambar seperti yang kita mahukan tu.. oh ya untuk setiap gambar tu, ada ditunjukkan cara untuk kita bergaya dengan gambar- gambar tersebut.

tengoklah adrien tu..orang lain dah bergaya dia baru nak memanjat belakang lembu tu tapi mama terpaksa snap juga sebab adelya dah mengamuk nak turun...hmmm


jom merompak atm...hahaha yang ini nampak mejadi, tengok hero mama yang berdua tu dok kutip duit, mamalah ketua perompak disitu...huhuhu, dasat tu mama dapat angkat tukul seberat 100kg, tengok badan tak sado pun..hahaha


meluncur di pantai 3 beranak ni yer, nampak kesemuanya memberikan kerjasama yang baik tu, adelya pun bukan main lagi bergaya.

dibawah ini gambar mama dan buah hati mama dalam botol kaca...


nampak real je dalam botol kan.. bukan main buah hati mama buat muka takut tu...hahaha mama la suruh tu, gambar sebelum buah hati mama senyum-senyum je, mama cakap janganlah senyum buatlah muka takut, maka terhasillah muka takutnya itu


mama pun taknak kalah kononya tapi muka ada senyum juga, tak nampak pun ketakutannya disitu..nampak sangat tak pandai nak bergaya..

buah hati mama dan hero-heronya dalam mulut singa...


tak takut dia ye dalam mulut singa...tak takut kena ngapp ye, siap boleh senyum lagi tu


abang adam siap buat peace lagi, tak takutlah nampak gayanya tu


adrien dalam takut-takut tu, teringin juga nak bergambar dimulut singa, lepas amik gambar terus lari...hehehe

sekarang kita layan beberapa gambar buah hati mama...hehehe sempat jugalah buah hati mama ni bergambar...dekat sini banyak juga gambarnya dari yang sebelum ini...


amboi...amboi...buah hati nama ni jumpa harta karun ye.


sekali jafi avatar pulak..


kena kick pula dengan si kung fu panda nih, orang kena kick muka sakit, tapi buah hati mama ni kena kick pun muka ada senyum juga...


bersamapan bersama anak-anak...abang adam tu bukan main lagi panjat sampan ye..jatuh dalam air baru tahu...


berlawan dengan ular dilautan..hehehe kuatnya dia...


papa sibuk berlawan dengan sotong rasaksa, anak-anak muka rilek je...hahaha

layan gambar anak-anak mama pula


abang adam tu dah nampak gayanya nak menolong adelya, tapi adelya rileks je baring atas titi gantung tu hahaha...tapi gambar ini nampak macam real juga dengan gaya abang adam tu... pandai abang bergaya..


nampak tak mama suruh abang adam dan abang adrien yang bergambar disini tapi adelya yang sibuk gantikan abang adrien..hehehe abang adam mama suruh buat muka terkejut, dia pergi senyum pulak adelya yang nampak terkejut tu..


gambar ini memang tak menjadilah disebabkan budak berdua tu, ada ke dibaringnya atas api tu..hehehe


mama dan anak-anak pula...hehehe tahan lukisan jangan jatuh, sampai terkeluar air tu ye...tadah air tu abang..adrien...adelya hanya duduk memerhati.


jaga-jaga abang nak letupkan bom nih...tutup telinga cepat, adrien tu nampak betul takut dengar bom meletop...hehehe adelya juga yang cool...


mama...cepat tarik adelya, haiwan tu nak makan adelya...semangat mama menarik adelya, agar tidak dimakan oleh haiwan itu..

Gambar-gambar pilihan mama, yang mama rasa menariklah sikit...hehehe


gayatnya rasa...buah hati mama dimercu bangunan...


mama diterangi sinaran rembulan...hehehe


mama!!!! tolong abang...abang nak keluar dari botol ni, tolong abang mamaaaa... kata abang adam sambil menendang botol kaca itu...nampak macam betul je abang adam menendang botol kaca tu...bagi mama la..


adrien...kenapa comey sangat nihhhh??? dah nak sama comey dengan panda tu je mama tengok...hehehe tapi adrien comey lagi lah.. nampak macam adrien panjat pokok buluh tu je kan...hehehe


akhir sekali tentulah gambar anak dara mama nan seorang nih, wahhh seronok adelya belayar naik sampan ye...nak pergi mana tu? siap peace lagi tu...

Mama berpuas hati masuk kesini, ruangannya besar, ada dalam 3 tingkat..untuk mengambil gambar pun selesa kerana ruang yang luas, lagipun disitu diletakkan tanda dimana kita patut berada untuk mengambil gambar agar yang terhasil itu nampak cantik dan real...macam yang mama ambil ni tak nampak real sangat, sebab bukan profesional kan...hehehe

Banyak lagi gambar lain, tapi mama kongsikan yang ini sajalan nanti pening pula tengok banyak sangat gambar kan...

kalau ada sesiapa yang hendak berkunjung bolehlah ke :

3D museum art gallery
no.38-40 jalan DS 2/1
Bandar Dataran segar
Lukut 71010
Port Dickson

Harga tiket normal :

Dewasa - rm25
Kanak2 bawah 12 tahun - rm20

Harga tiket bagi pemegang mykad dan mykid :

Dewasa - rm20
kanak2 bawah 12 tahun - rm15
kanak2 dibawah ketinggian 90cm - percuma

berbaloilah masuk ke sini..hehehe mama suka ke tempat-tempat macam ni, bulan depan kalau ada rezeki kita masuk lagi museum 3D kat tempat lain..inshaAllah

 Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday 22 October 2015

Upside down art gallery, port dickson

Assalamualaikum....

amaran...jangan pening tengok gambar di entri ini dan jangan muntah sebab banyak gambar hehehe...  balik dari family day di umang-umang chalet tu, lepas check out mama ajak buah hati bawa anak-anak berjalan-jalan, dah alang-alang berjalankan kita sekali harunglah singgah mana-mana tempat yang kita nak pergikan...

Ini mama pergi upside down art gallery port dickson, teringin pula nak pergi selepas baca entri blog biras mama ni jadi moh ler anak-anak kita layankan aje..lepas je check out, kami terus tuju ke sini, tak perlu waze sebab dah tahu tempatnya, buah hati mama dah usha tempatnya semasa dalam perjalanan pergi umang-umang semalam.

Sesampai je kami ke tempat dituju, tengok ramai orang beratur beli tiket, kami pun terus beratur sama, dapat tiket kena tunggu giliran sehingga orang yang didalam keluar, tidaklah tunggu semua keluar, sikit-sikit keluarlah, lepas tu datang pekerjanya panggil nombor, ok dah sistem tu cumanya tempat menunggu tu kena buat lebih cantik sikitlah, baru selesa...pandangan mama lah yang bawa anak-anak ni kan,macam tak sesuai letak kerusi macam tu je..

Layankan gambar yang ada dulu ye...


Ini di tepi pintu masuk, dapatlah bergambar anak-beranak sebab pekerja disitu tolong snapkan picca, dibahagian pertama ni adalah bahagian magic, bahagian ni mama tak bergambar sangat, disini je la pun yang mama bergambar.



nampak menjadi tak magicnya dalam gambar ni? agak menjadi jugaklah kan...hehehe nampak macam buah hati mama dan adelya bersila diatas angin je kan...


yang ini magicnya pada kerusi yang diduduki oleh buah hati mama dan adelya, nampak kerusi tu pula diawangan kan...menjadi juga magicnya tu bagi mama...

Dikawasan magic ni dua gambar itu je yang sempat diambil, yang lain tak dapat mama nak snap sebab orang ramai sangat, kawasannya pula agak sempit, nak bergambar pun agak susah, mungkin hari minggu ramai orang, kalau hari biasa ok lah nak bergambar.

Kemudian baru kami ke bahagian terbalik, dimana perabot dan peralatan rumah diletakkan secara terbalik...jom layan picca yang sempat kami snap, walaupun rasanya tak begitu menjadi kerana tidak dapat bergaya dengan betul...ecehhh pada hal bukan pandai bergaya pun kan...hahaha


anak-anak memberi kerjasama yang baik waktu ini...hehehe semua tiru gaya mama nampaknya tu...


adrien seronok nampak spiderman nih, terus nak suruh snap pic dia...


dalam takde mood tu sempat juga abang adam bergaya, takde mood sebab orang ramai dan abang adam susah nak bergambar...heheh


mama je lah yang bergaya nampaknya ye...hehehe dah masukkan bergambar je lah kita...



jangan pening tengok gambar-gambar ni ye...hehehe upside down katanye, terbaliklah kita..  ni kita terbalik dekat bilik


terbalik dekat kabinet dapo pulak...macam cantik je kabinet nih...hehehe


bersila dekat siling mengkome ye...hehehe, buah hati mama bergambar satu ni je la dekat ruangan terbalik nih...malas nak bergambor katanya...tak menarik, kalau dah malas tu ambil je lah gambar isteri dan anak-anak yang comey ni ye...

Bagi mama oklah juga masuk kesini cumanya ruangan agak sempitlah dengan orang yang agak padat nak bergambar pun jadi susah, kita nak bergambar orang lalu lang didepan jadinya spoil mood disitu, nak pulak anak-anak..mereka bergaya sekali je bila disuruh berkali-kali..takde moodlah memasing..


gambar terakhir sebelum keluar dari situ, bolehlah untuk rasakan pengalaman, untuk pergi lagi mungkin tidaklah kot. mungkin boleh cuba ditempat lain pulakan..melaka pun ada kan upside down nih...

sesapa yang ingin mencuba bolehlah ke sini :

upside down art gallery port dickson
No. 13A & 15, Jalan Coral Walk 
 Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson

harga tiket :
dewasa - rm15
Kanak2 -rm10 (bawah 90cm percuma, jadi adelya percumalah...hehehe)

Selepas ke sini kami ke suatu tempat lagi sebelum pulang, kemana tu nanti mama cerita dalam entri berikutnya ya. 

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Sehingga bertemu lagi..

Wassalam

Tuesday 20 October 2015

family fun day - umang-umang chalet, melaka

Assalamualaikum...

Moga semuanya sihat dan ceria dibawah lindungan Allah taala.

Alhamdulillah sabtu dan ahad lepas mama. buah hati mama dan anak-anak join family fun day bersama kawan-kawan ofis mama, bukan setakat member ofis, member diluar ofis pun join, ada yang dah berpencen, bekerja ditempat lain, bertugas di negeri lain tapi masih join family fun day yang dianjurkan, family fun day ni adalah family day untuk seksyen mama dan bekas anggota seksyen mama dulu. destinasi pilihan kali ini adalah umang-umang chalet melaka.

Sabtu - 17 okt 2015

Tidak berjanji pun untuk berjumpa dengan kawan-kawan lain, kami bergerak sendiri je, tak perlu masuk melaka, lalu ikut PD je kerana tempat ini terletak bersempadan dengan negeri sembilan je.. dah sampai sempadan kami guna waze je, mulanya rasa macam salah, tapi signboard ada, teruskan juga perjalanan...rupanya memang kawasan chalet ini jauh ke dalam, kami perlu melalui jalan tanah merah dan ladang kelapa sawit...hehehe ini macam ke naik 4WD baru ngam...

 jalan nak ke umang-umang chalet...mulanya rasa macam salah jalan je, tapi sebab ada signboard kami teruskan juga perjalanan...


pintu masuk ke umang2 chalet...cantik kawasannya dan luas. kami sampai pukul 2.30 ptg, tetapi tak boleh nak check in lagi sebab bilik sedang dikemas, jadi moh le jalan-jalan dulu dekat pantai


sempatlah mama berbuai bersama anak-anak, abang adam tu kemain style pegang beg mama dah macam model je gayanya tu...tema kami hari tu "hitam itu menawan" tema mama papa dan anak-anak je la hehehe...dekat 3.30ptg baru boleh check in, mujur ramai yang masih belum sampai. yang sampai awal memang lepak je dekat tempat makan yang ada disitu.


ini keadaan dalam bilik, ok lah selesa untuk kami, cumanya didepan toilet perlu diletak kain lap kaki yang serap air..depan tu ada kain lap kaki tapi tak serap air dan membuatkan lantai basah,perlu berhati-hati jalan takut licin, mama gunakan baju yang telah dipakai untuk buat lap air..tv cantik tapi tiada astro, dapat siaran tv 1 je..huhu. tapi takpe bukan sempat tengok tv pun, aktiviti penuh..

gambar diatas tu, reban arnab, ada 4 ekor arnab yang comel-comel kalau mama tak silap, kat situ juga disediakan tempat untuk anak-anak bermain dan berlari riang-ria, tetengah panas pun boleh main lagi, itu depan bilik mama tu, mama ambil bilik sea view...

petang...

anak-anak mama orang nak bersukaneka, dorang boleh terjun laut pulak, bukan anak-anak mama je, ada jugalah anak-anak yang lain dah terjun laut...hehehe biasalah anak-anakkan kalau jumpa air..


selepas minum petang ada acara sukaneka untuk anak-anak dan pasangan suami isteri...

isi air dalam botol menggunakan span, acara ibubapa dan anak-anak, tapi kaum mak yang lebih-lebih, siap tolong anak perahkan spn tu dalam botol...hohoho main cengkelat ye...hahaha hentam sajalah kita pun nak suka-suka je...


acara untuk suami isteri...ini acara mendera isteri namanya hahaha...orang suruh bungkus jadi mumia. dibungkusnya mulut dan mata isteri, ni mesti geram sebab isteri suka membebel terus dia bungkus mulut ni...member sebelah tolong gelak je ye...hahaha...



anak-anak mama...nampaknya adelya seorang yang mengambil bahagian, abang-abang semuanya pemalu...adelya masuk acara kutip gula-gula..jenuh mama bagi tips dekat adelya, tapi adelya buat tak tahu je, dia ambil sebiji je gula-gula...haishhh memang kalah la kita...hahaha, acara ini untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah je...


musical chair untuk kanak-kanak...game ni tempat pertama hingga ketiga dibolot oleh adik-beradik bertiga, cukup bersusun dari tempat pertama hingga ke tiga, tu adiknya yang berbaju coklat tempat pertama, abang kedua bebaju hitam tempat kedua, abang sulung berbaju biru tempat ketiga...

acara lain yang tak sempat mama nak ambil gambar tiup belon siapa paling besar untuk anak-anak, sebab dorang taknak sampai pecah nanti terkejut, jadi kita tiup tengok siapa yang paling besar, seronok tengok anak-anak ni ambil bahagian, walaupun hadiahnya biasa-biasa je, tapi penyertaan amat menggalakkan.

untuk ibubapa selain acara mumia, tu ada acara belon-belon cinta...hehehe belon diisi air lepas isteri baling disambut belon itu oleh suami, siapa paling lambat pecah dialah yang menang. acara lain epal beracun...epal diikat dengan benang, isteri pegang benang, suami makan epal tanpa pegang epal tu... sapa yang habis dulu dialah pemenang...mama dengan buah hati tak dapatlah join sebab mama urusetia..jadi tengok je lah dan catit nama yang menang...

malamnya...ada bbq, siap kambing bakar seekor dan karaoke...setengahnya ada yang di sponsor oleh individu, mama tak sempat pun nak berkaraoke, lagipun malaslah nanti berebut-rebut syarikat rakaman nak amik jadi artis..kahkahkah...

malam itu ternyata..mama, buah hati mama dan adelya bertuah, nama naik untuk lucky draw... abang adam dan adrien dapat saguhati je...ok lah tu yang penting nama semua kanak-kanak dipanggil untuk dapat hadiah, jadinya tiadalah yang berkecil hatikan, anak-anak biasalah tengok kawan dapat dia tak dapat nanti kecik hati,jadi kita bagi pada semua. macam biasa untuk ibubapa kita bertukar-tukar hadiah tapi buat stail lucky draw jugalah, semua dapat hadiah dan kali ini meriah sikit hadiahnya ramai yang murah hati bagi hadiah lebih...seronoklah...



hamper paling win yang buah hati mama dapat...nah stok barang dapur sebulan, ada tepung, minyak masak, gula, milo, susu tin, sos cili, teh...haaa  biasa orang letak hamper makanan dan jajan je.. ini stok barang dapur, memang terbaikklahh.


sebahagian dari peserta family fun day, yang selebihnya dah balik bilik sebab anak-anak nak tidur termasuklah buah hati mama dana anak-anak...selepas itu mama pun balik bilik juga, yang lain ada yang tinggal berkaraoke sehingga pukul 12


ahad...tiada acara lgi, semua aktiviti bebas

bangun pagi dengan tak mandinya anak dara mama tu pergi lepak tepi pantai dengan papanye... kemainlah manja sangat dengan papa dia tu...


selepas bersarapan...papa teman anak-anak mandi laut...mama tengok aje di tepi pantai... tanya kawan mama "akak tak mandi ke?" " tak kuasalah...akak kan diva,malas nak melekit-lekit" hahahaha ayat poyo je lebih..takde mood nak mandi laut, jadi kita tengok sajalah dari tepi...




 sebelum check out sambil tunggu mama bersiap sempatlah anak dara mama ni bermain buai lagi... oh ya kami dibenarkan check out pukul 4, sebab semalam check in lambatkan, tapi mama tak tunggu lama, selepas zuhur kami check out sebab ada destinasi lain yang hendak ditujui...

kemanakah kami? tunggulah entri yang berikutnya ye...tak larat nak kumpul dalam satu entri nanti panjang berjela-jela pulak dan gambar pun banyak...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

oklah jumpa lagi dilain entri...inshaAllah

catatan tambahan...

Umang-umang chalet
lot 602 batu 31m bukit darat
kuala linggi
78200 kuala sungai baru
Melaka
 012-3933821
http://umangumangchalet.blogspot.my/

pakej minum petang, bbq,minum pagi dan makan tengahari :

dewasa rm60/pax
kanak-kanak (5-12 tahun) rm30/pax

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...