Assalamualaikum semua....
Misi hari ini selesaikan apa yang perlu,ambil gambar abg adam untuk isi borang masuk ke darjah 1 tahun depan,siap fotostat segala dokumen yang diperlukan.mujur abg adam bagi kerjasama yang baik masa nak amik gambar tu,risau mama dia buat hal.so dari awal mama jaga mood abg adam,nanti kalau abg adam takde mood susah nak pujuk.selesai urusan abg adam teruskan misi mencari member baru anak2.
Dah lama anak2 nak tapi belum berkesempatan nak beli.jadi hari ini bawalah anak2 mencari sayangnya 3 tempat yang kami pergi tiada...sedih juga dibuatnya. Sebagai ubat kesedihan,mama belikan juga sesuatu untuk anak2 dengan janji akan beli juga yang anak2 mahu itu nanti
Inilah member baru anak2..sendiri pilih abg adam kaler merah,abg adrien kaler biru,adelya yg female xde pilihan kaler sauk je apa yg ada,beli ni di kedai xian long sek.23. Suka sangat adelya...dok pish..pish... Mama pish..papa pish...hehehe
Yang sebenarnya anak2 nak beli kura2 tetapi takde dijual disini,ada sesiapa yang tahu kat mana ada jual kura2 kecik bole bagitau akak ye.abg adam siap suruh mama beli kain tutup mata kaler purple lagi..errrkkkk abg itu ninja turtle bole la pakai...hmmm mcm2 la abg ni,kura2 mana bole pakai,itu kartun je...hehehe
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
anak2 sy pernah bela ikan, kura2 pun pernah..tapi semua tak bertahan lama..lepas mati sekor2, langsung stop. sekarang kami bela kucing pulak..alhamdulillah dah masuk 4thn bela kucing, 8 ekor semuanya :)
ReplyDeletewah.. ada member baru ye. masing2 ada peliharaan sendiri.
ReplyDeletepokde pun ckp nk bela ikan, tapi ntah bila la dia nk bela tu.. hihi..
La.. anak ikan baru ke? Ingatkan nak cakap pasal adik baru. Haha.. comel2 ikannya tu..
ReplyDeletedekat pantai remis banyak kak kura-kura tu
ReplyDeletearitu afif pun nak, saya tak bagi...hehe
comel lah kan tengok orang jaga, kalau saya tak mampu nak jaga