Wednesday, 18 February 2015

7 wasiat Rasulullah saw

Assalamualaikum....

Daripada Abu Dzar RA,dia berkata : Saya diberi wasiat oleh kekasihku, Nabi Muhammad SAW dengan tujuh perkara iaitu:

1. Mencintai orang miskin dan dekatkan diri kepada mereka.

2. Memandang kepada orang yang keadaannya dibawah saya dan tidak memandang kepada orang yang keadaannya di atas saya.

3. Menyambung atau mempererat tali kekeluargaan sekalipun keluarga itu menjauhi saya.

4. Memperbanyak ucapan 'Laa haula wa laa quwwata illa billah'( tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)

5. Saya harus berkata dengan apa yang hak atau benar sekalipun dirasakan pahit.

6. Tidak boleh saya mengambil risiko menentang agama ALLAH terhadap celaan orang yang suka mencela.

7. Jangan sampai saya meminta sesuatu kepada orang lain.

Abu Dzar merupakan sahabat Rasulullah SAW yang banyak berjasa kepada umat islam.Ini kerana beliau gemar bertanyakan soalan atau meminta pesanan daripada Nabi SAW. Apabila baginda menjawab permintaan Abu Dzar secara tidak langsung kita juga mendapat wasiat dan pesanan dari persoalan yg ditanya.

Wassalam

7 comments:

  1. terimakasih kerana saling mengingatkan..

    ReplyDelete
  2. peringatan yang baik untuk kita semua... mudah2an kita mengambil pengajaran darinya

    ReplyDelete
  3. kena contohi sikap Abu Dzar dan juga amalkan apa yang disuruh oleh Rasulullah ni..insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sbb sudi berkongsi peringatan ini..
    mudah2an jd ingatan dan amalan.. inshaaAllah..

    ReplyDelete
  5. nice sharing kak =)
    saya pun perlu banyak perbaiki diri ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...