Assalamualaikum...
Sempena bercuti panjang moh le kita balik kampung. Lagipun dah lama juga tak balik.
Dalam perjalanan kereta banyak tapi tidaklah sampai sesak. En.azmi ajak singgah strawbery park kat genting tu,akak dgn anak2 setuju aje,kata en.azmi bole juga bawa balik buah tangan untuk orang di kg,apatah lagi sepupu dan pak sedara en.azmi pun ada juga dikampung.
Tiket masuk rm8 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak2,sebelum ni akak tengok masuk percuma,jika nak petik stoberi je rm8/100gm.
Seronok anak2 berlari sebab tak ramai sangat orang,abg adam jangan cakaplah memang tak reti diam,sampai terlondeh seluar berlari,tengoklah gambar tu kalau perasan...hmmm macam2 pe'el sorang2.
Abg adam semangat nak petik stoberi,ok la jom kita petik sesekali apa salahnya kan,sedap sangat tengok stoberi besar2 dan merah,main petik je bapak dan anak2,sekali timbang amik ko hahaha baru sedar diri,nak kata apa bayar je.. Alah takpe ramai kat rumah tu kata en.azmi.
Antara bunga-bungaan yg mencuri hati akak.. Lavender memang akak suka,kerana ungu warnanya
Bunga ros pelbagai warna juga mencuri hati akak,cantik sangat...tempat ini tidak luas tapi ok juga dijadikan sebagai percutian singkat keluarga,anak2 pun suka.
Sebelum balik singgah dulu di mini cameron,masuk percuma ada dijual sayuran dan bungaan,aiskrim stoberi yg dulu rm1 kini rm2,nak beli sekotak tapi tak dijual sekotak pulak.
Selepas berjalan sekejap kami teruskan perjalanan pulang ke kampung,pukul 2ptg baru sampai.. Alhamdulillah.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
nice sharing AA, bolehlah singgah sini selain nak pi CH yang jauh tu kan... :)
ReplyDeleteha, ini entry kasi orang jeles ni. dah lama kami tak ke CH, suka sangat ke sana wlaupun berkali2 tak puas..
ReplyDeleteTak puas jalan kat mini cameron.. ada rezeki nk g lagi..
ReplyDeletekira ke cameron baru ni tak sempat nak masuk lavendar farm. parking dah dapat tapi 2 bijik kereta yang pegi sekali tak dapat pulak parking. terus tak jadi. takmo la buat orang tertunggu2 kita
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletebestnya..
rindu nk mkan stobeli ;p
cantiknya! saya belum penah sampai genting walau dah 32 thn hidup
ReplyDeletennt lah kalau ada rezeki
cantik nampak tempatnya
adelya tu pun comel aje berjalan =)