Saturday 26 March 2016

Westplate factory

Assalamualaikum...

Edisi jjcm bersama anak-anak, jumaat malam selepas isyak en.azmi bawa keluar makan, kali ini pergi ke tempat yang sama seperti sebelum ni. Baru dibuka tempat ini, tapi orang cukup ramai mujur kedainya besar.

Kali pertama pergi ada menu nasi, kali ni pergi dah tak ada, mama rasa mungkin tak sempat atau kurang permintaan, ramai yang minta masakan western agaknya sesuailah dengan namanya 'wesplate factory'


Gaya anak-anak sementara menunggu makanan sampai, adrien dan adelya cergas sahaja, abang adam sudah layu matanya sempat lagi tertidur dimeja sesudah makan. Siang tu abang sekolah,memang penatlah kan. Adelya sudah pandai order.."yaya nak chicken chop dengan air epal" wah bukan main anak dara mama kan.


Hasil pilihan anak-anak, mama kongsi saja dengan mereka sebab tahu mesti tak habis dari membazir order banyak, mama makan je ikut selera anak-anak, chicken chop 2, lamb chop 1,air epal 1,fresh orange 2, honey lemon 1 untuk mama, untuk air en.azmi pula kongsi dengan anak-anak. Air buah tu rm4 satu, honey lemon panas mama rm2.90, chicken chop rm9.90, nampak biasa-biasa tapi sedap, lamb chop rm17.90.  Ok harganya takdelah mahal sangat dan rasanya sedap, boleh datang lagi kalau en.azmi nak belanja lagi..hihihi

Selepas makan terus balik sebab anak-anak pun mata dah layu. Kalau ada yang nak terjah bolehlah ke westplate factory, seksyen 23 shah alam, bangunan belakang senheng, masuk je simpang tu terus sikit ke belakang pasti nampak sebab kedainya besar. Itu je perkongsian jjcm mama kali ini.

Macam biasa belanja anak-anak makan bila dapat rezeki, kalau mama takde share jjcm tu maknanya pergi kedai makan yang sama hahaha...kalau pergi kedai berbeza baru mama share. Saja berkongsi tempat makan yang mama rasa ok untuk dikunjungi dapat juga beri idea pada kawan-kawan untuk makan dimana kan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

10 comments:

  1. Comel nya yaya,dah pandai pilihan makanan sendiri ya.
    Akak pun sama kalau ada rezeki makan2 lah kami diluar tapi faham2 jelah anak2 akak dah besar2 budget kena besar gak.

    ReplyDelete
  2. seronoknya mkn dgn anak2 di westplate makanan barat yg sedap...

    ReplyDelete
  3. Betul AA, share lagi best bole la orang dalam screen tengok hehe :) comel yaya pandai order. Tertib ja anak-anak senang mama. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. seronok bila sesekali mkn kt luar kan kak...
    dana selalu klu pas gaji mmg akan agak family mkn kt luar, amik berkat kan

    boleh tahan adelya nk ciken cop... abis ke nk mkn sorang tuh

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...makanan barat...sekali sekala sedap juga...akak paling suka jus epal tu....orange pun sedap...

    ReplyDelete
  6. Lama sungguh kakak tak makan lambchop.
    Teringin pulak bila baca N3 AA ini:)
    Anak-anak sebenarnya betullah makan tak banyak tapi enjoy bonding time dan dpt keluar jenjalan AA...

    ReplyDelete
  7. saya pun kalau makan kat luar memang kongsi dengan bebudak
    bukannya diorang habis...tu yang saya makin besar ni
    hehe...alasan!
    adelya dah beso ye. cepat betul masa berlalu.
    dah pandai order pun dia =)

    ReplyDelete
  8. Dah lama x makan western. Biasa makan dkt rumah sbb uwais xsuka duduk luar rumah lama2.dia nk lepas bebas

    ReplyDelete
  9. lama jugak tau aida x bwk anak2 makan western.
    kat melaka ni satu jer la, windmill tu.
    tempat lain, kureng...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...