Tuesday 29 March 2016

Nak jadi surirumah

Assalamualaikum...

Bukan calang-calang orang boleh jadi surirumah sepenuh masa ni. Bagi mama siapa yang jadi surirumah sepenuh masa itu sangat hebat. Kalau mama memang tak mampulah. Ini dari sudut pandangan mama ye berdasarkan pengalaman mama.

Bagi mama agak sukar untuk mendidik anak-anak mama ni, senyum, ketawa,marah, menangis semua ada, ye mama bukanlah seorang mama yang baik tak mampu nak jaga anak-anak dengan baik.

Masa mereka mendengar kata amanlah, cuba datang masa mereka buat perangai..hmmm nak meroyan mama dibuatnya. Cukuplah mama jadi surirumah sepenuhnya dihujung minggu sahaja buat masa ini hehehe, bukan tak sayang nak tinggalkan anak-anak ditaska tapi mama rasa disitu anak-anak dapat belajar lebih lagi.

Mama nak lepas tanggungjawab mengajar anak-anak pada orang lain? tidak bukan nak lepaskan tanggungjawab, mama mengajar juga anak-anak dirumah, tetapi mama hanya mengajar sedikit sahaja, anak-anak lebih banyak main jika belajar dengan mama, bila dengan tecer anak-anak lebih fokus. jadi baiklah anak-anak dihantar ke taska, disamping itu mereka dapat bergaul dengan kawan-kawan sambil belajar. lagipun mama tak punya kesabaran yang tinggi..huhuhu

Pernah hari cuti dihujung minggu, anak-anak ini buat hal dahlah en.azmi bekerja, mama membersihkan rumah ditingkat atas, sekali turun ke bawah mama tengok penuh ruang tamu dengan mainan yang bersepah, itu takpe lagi, tapi ditambah pula dengan air fresh orange yang membasahi lantai, mujur cuma ada tikar buluh sahaja. buakn setempat sahaja yang basahnya tapi hampir separuh lantai, mama berjalan pun berhati-hati takut licin terlentang.

Mama minta mereka bermain diatas sementara mama membersihkan hasil kerjaan mereka dibawah, habis satu ruang tamu dan dapur mama mop. selesai sahaja mama naik ke bilik, sekali lagi nafas mama semput, muka adelya penuh dengan contengan berwarna merah hasil dari lip gloss mama, bukan setakat muka habis kaki dan tangan, lantai juga terpalit sama. kayu penyidai towel patah dua, dikerjakan adrien...huwaaaaa

Hasil dari jelingan mama, sekejap saja adam adrien mengemas bilik, kerja sekolah juga berjaya disiapkan adrien, abang adam juga berjaya menghafal satu doa.nahhh...dari situ mama tahu buat masa ini mama tidak mampu untuk jadi surirumah sepenuh masa,biarlah apa orang nak katakan..

tapi sungguh mama memang sangat kagum dengan wanita yang berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa ni, tumpukan perhatian pada keluarga, mama pula buat masa ni memang tak boleh, tak cukup kesabaran rasanya..huhuhu


pic dari en.google

Macam ni agaknya kalau mama jadi surirumah sepenuh masa..hahahaha

Wassalam

11 comments:

  1. cabaran jadi surirumah lagi besar.. salah teknik semua boleh ke laut.. hehe..

    ReplyDelete
  2. betul tu lia, sebab tu akak belum sedia nak jadi surirumah sepenuh masa tu

    ReplyDelete
  3. Betul AA, emak saya bekerja dulu pun cakap di rumah tak dapat duduk langsung, lagipun anak anak suka ibu bekerjaya kut..macam saya suka tetapi selalu nak itot emak pi opis :))

    ReplyDelete
  4. Betul lah yan,memang mencabar jadi surirumah sepenuh masa ni.Akak berhenti kerja masa lepas bersalin ank pertama...kadang macam nk meroyan kita dibuatnya .Apatah lagi akak jaga mak mertua yg uzor dgn ank 4 kecil2 ketika itu.Tapi semua tu dah berlalu ,rindu hiruk pikuk mereka kecil dulu...

    ReplyDelete
  5. Rasulullah pun diasuh oleh Halimatussadiah shgga berumur 4 tahun utk mendpt asuhan yg lbh baik, sbb mmg ank2 lbh mendgr kata org lain dr ibu sendiri.

    Yg penting ketegasan tu

    ReplyDelete
  6. betul tu, surirumah kerja paling berat 7/24 tanpa bayaran..mampu?
    tp bagi akak pulak, sesekali dah rasa bosan bekerja makan gaji
    teringin nak dok rumah mengadap anak2 depan mata
    tp belum ada peluang
    masa cuti bersalin 90 hari dulu...sorganya rasa

    ReplyDelete
  7. Hahaha.... kakak gelak tengok katun itu AA
    Tak adalah sampai macam itu. Kalau jadi suri rumah sepenuh masa pun tak bermakna suami kena lepas tangan betul tak. Kena sama-sama baru gandingan mantap. Apa lagi budak sekarang ligat/lincah/cerdik berganda-ganda.

    ReplyDelete
  8. Samalah kita..
    Sha pernah ambil cuti tanpa gaji selama 7 bulan..
    Wargh!! Memang meroyan masa tu...
    Kurang kesabaran rasanya..
    Bab-bab mengajar pun Sha x boleh..
    selalunya Encik Suami ataupun adik yang mengajar..
    Kikiki..

    ReplyDelete
  9. mmg ianya bukn kerja mudah..hurm!

    ReplyDelete
  10. Kan kak. Bukan senang. Jadi surirumah separuh masa pun cabaran sepenuh masa pum cabaran jugak. Tp kalau dpt somi yang jenis ringan tulang bantu itu ini. Alhamdulilah satu rahmat

    ReplyDelete
  11. nampak senang, tapi jadik surirumah sgt susah!
    kena pandai susun jadual kot.
    pernah la merasa sekejap time bersalin ijat ari tu.
    dpt cuti 3 bulan, kan.
    sebulan yg terakhir tu da sihat, memang jadik surirumah berjaya la.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...