pengganti arwah

Assalamualaikum...

Selepas pemergian arwah emak dan ayah, kakak sulung mama dan suaminyalah menjadi pengganti tempat arwah.

Semasa mereka dijemput ilahi adik mama yang no 7,8 & 9 masih bersekolah, bagi menghabiskan baki sekolah yang ada, adik mama yang no.5 berhenti kerja dan menjaga adik-adik dikampung sehingga mereka habis belajar. Pengorbanan seorang kakak kan.

Waktu itu adik yang bongsu darjah 5, yang no.8 ting.3 dan yang no.7 ting.5, dua perlu menghadapi peperiksaan yang besar, tapi alhamdulillah keduanya berjaya menduduki peperiksaan itu dan sekarang sudah bekerja, dan seorang masih praktikal sebagai MA, kerja biasa-biasa saja, tapi syukurlah masih punya kerja.

Selepas itu, adik yang bongsu duduk bersama kakak sulung dan meneruskan persekolahan disini, adik yang no.8 duduk bersama adik mama yang no.4 menyambung persekolahan disini juga, untungnya kami duduk berdekatan, jadi tidaklah terasa keseorangan sangat. terasa sangat kerana pemergian ayah dan emak cuma berselang sebulan 1 hari saja.emak pergi dulu diikuti ayah. ayah pergi masa hendak berbuka puasa, malah ayah tak sempat berbuka pun.

mama berkahwin selepas pemergian mak dan ayah, memang terasa sangatlah, buat kenduri pun kecik je, cuma majlis nikah dirumah mama, semua adik-beradik yang uruskan. Alhamdulillah punya adik-beradik yang rapat hubungannya jadi tidaklah kita sendirian membuat persiapan.

Masa sakit bersalin anak pertama, kakak,abg ipar dan en.azmi yang menunggu di hospital, ya Allah sedihnya hanya Allah yang tahu, mengandung sulung terasa ingin berkongsi macam-macam dengan emak tapi tak dapat. sakit pening semua dengan en.azmi je. Bersalin anak no.2 no.3 pun kakak yang jagakan anak-anak. Berpantang anak pertama dan kedua kakak yang jaga.

Mama memilih berpantang dengan kakak bukan sebab apa, mak mertua nak jaga, tapi mama tak mahu sebab mama takut menyusahkan waktu itu mak mertua masih bekerja, mama tak mahu mertua berhenti sebab nak jaga mama, lagipun berpantang dengan kakak dekat sikit dengan en.azmi apa-apa keperluan mama kalau tak cukup boleh en.azmi hantar cepat.Jika berpantang dikampung susah pula en.azmi nak berulang jauh.lagipun mama ni manja terlebih suka arah-arah je kalau sakit hahahah.. dulu-dulu kalau demam ke sakit kepala ke mesti tidur dengan arwah mak sampaikan adik-beradik lain jeles hahaha..manja terlebih kata kakak. jadi mama segan nanti nak minta tolong dengan mertua.


mama bersama adik-beradik perempuan, kami 9 beradik, 6 perempuan 3 lelaki, kakak sulung(ibu) berbaju pink duduk sebelah kiri, yang kedua makngah duduk atas kanan, ketiga mama duduk kanan, keempat mommy duduk tengah, kelima maktam duduk atas kiri, keenam lelaki, pakjang, ketujuh makdak duduk atas tengah, kelapan pakcik, kesembilan paksu.

gambar ini diambil masa majlis pernikahan makdak, buat dirumah ibu, masa melihat makdak diakad nikah terasa sayu betul hati, mungkin itulah perasaan seorang ayah dan emak sewaktu melepaskan anak perempuannya untuk dijaga oleh lelaki lain..ya Allah..perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan, pusing belakang kesat airmata dengan hujung tudung.

Alhamdulillah perancangan Allah itulah yang terbaikkan, walaupun kita rasa kita belum bersedia untuk kehilangan emak ayah, tapi Allah kata itulah masanya kami telah bersedia, meskipun tanpa emak ayah hubungan kami adik-beradik alhamdulillah rapat, sikit-sikit bersilih faham dan pendapat tu biasalahkan tapi tidaklah sampai bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Alhamdulillah juga punya ipar-ipar yang sangat baik.

Seorang kawan yang baru kehilangan emak whatsapp mama meminta sedikit nasihat dan kekuatan, ya siapa yang tidak sedih kehilangan emak dalam sekelipmata, kalau boleh kita nak mak itu hidup selama-lamanya dengan kita kan, tapi mana mungkin...kita yakinlah yang Allah meletakkan mak ayah kita ditempat yang paling baik, setiap hari sedekahkan al-fatihah dan setiap kali baca al-quran tu niat hadiahkan pahala buat mak ayah kita...itu saja yang mama lakukan.

Apapun yang terjadi, setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati, cuma waktu dan tempatnya tidak tahu bila. yang hidup tetap perlu meneruskan hidup dan yang pergi itu tetap pergi tak perlu ditangisi, kita juga akan menyusuli, cuma cukupkan bekalan sebelum kita dijemput ilahi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Bila mama menulis tentang ini ketahuilah bahawa tika dan saat ini rindu itu terlalu sarat dan berat.

Comments

  1. Itulah dikaktan AA setiap ujian yg Allah berikan DIA tahu yg diberi ujian itu mampu memikulnya. Syukur dikurniakan ahli keluarga yg saling memahami dan ambil berat. Sebenarnya kakak terharu tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terharu dengan abang ipar dan adik2 ipar saya kak, menganggap anak2 saya seperti anak2 mereka sendiri, setiap susah kami mereka yang membantu, tanpa perlu beritahu kami tak cukup kewangan mereka senyap2 menghulur bantuan..

      Delete
  2. subhanAllah...moga Allah pelihara ukhuwah kalian semua hingga hujung nyawa..bertemu dengan maka ayah di syurga kelak..bukan mudah menyatukan hati biarpun adik beradik,,ipar duai..alhamdulillah..hikmah disebalik ujian perginya insan tersayang...*PC terasa sebak sendiri*..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PC itulah yang akak harapkan dapat bersama mak ayah dan adik beradik didalam syurga kelak

      Delete
  3. mssh muda lg tgk akak2 akak...nampk mcm muda remaja je lg...

    yelah kan kak... nsb akak adik badik rapat susah senang walaupun takde mak ayah ada adik badik bt hilang duka

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua dah tua2 tu dana, yang sulung tu dah 41 dan yang kedua tu dah 40 umurnya.heheh mungkin sbb fizikal kecik nampak mcm muda remaja hehehe, tahu dorang nih mesti bangga tak ingat.

      betul dana, mujur ada adik beradik yang rapat, kehilangan tu terasa kurang

      Delete
  4. Betul tu Yan..
    Bila mak abah tak ada ..
    Kakak yg sulong lah pengganti kan..
    Semoga ikatan adik beradik berpanjangan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak yati, memang kakak yang sulung jadi pengganti.

      InshaAllah moga ikatan adik beradik kami ni berpanjangan

      Delete
  5. Kalu baca entri tentang mak, saya turut tumpang sedih, terasa terkongsi kesedihan kehilangan mak tetsayang, tak taulah entah knp sari dua ni asyik terkenangkan arwah mak, mgkn sbb lama tak ziarah pusara dia..

    Best yan ada ramai adik beradik pompuan, akk ni..sorang je, yg lain 3 org semua lelaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak setiap kali teringat mak dan ayah, rasa rindu sangat2.

      aah kak mujur ramai perempuan, seronok rasanya

      Delete
  6. semoga setiap anak akan lebih menghargai mak mereka

    ReplyDelete
  7. subhanallah untung ada adik beradik yang rapat, al fatihah untuk ibu ayah mak disana. semoga sejahtera mereka di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang beruntung sangat. terima kasih

      Delete
  8. alfatihah
    betul tu kak..
    sayu je baca entry ni.
    alhamdulillah akak ramai sedara perempuan. sedikit sebanyak dpt berkongsi..

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah buat kedua ibubapa AA, syukur adik beradik sepakat menyambing tanggungjawab dan bersefahaman, masih muda semua, sedih bapa tak sempat berbuka ada hikmahnya di sana kan InshaAllah moga AA lebih redha..

    ReplyDelete
  10. sedih baca kisah ni... terus tringat dkt mama..lya sendiri kehilangan ayah sejak umur 5thn lg..cuma alhamdulillah, masih blh menumpang kasih sayang mama smpai sekarang..

    lya doakan AA & adik beradik akn terus erat phubungan.. in shaa Allah..kdg2 kehilangan org tua kita mgajar kita utk lebih tabah n bdikari dalam kehidupan..

    al-fatihah buat arwah emak & ayah AA..semoga rohnya dicucuri rahmatNya..amin

    ReplyDelete
  11. Sedihnya Azra.....Tabahnya kakak sulung awak tu. Jadi pengganti mak abah. Mak dapat bayangkan macamana kesedihan awak di hari hari yg bersejarah. Nasiblah ada adik beradik yang rapat. Dapatlah tampung rasa rindu tu.
    Kalau mak pun tak mau pantang rumah mak mertua Azra.....tak bebas hihi, lagi selesa kat rumah adik beradik sendiri kot hihi...

    ReplyDelete
  12. Kira tumpang sedih kak. Mesti berat bahu kakak sulung masa mak ayah akak meninggal dulu. Tp tula pengorbanan. Yang sulung mmg byk berkorban utk adik2. Mcm along kira la jugak. Byk berkorban utk ktorg. Tp bangga dgn adik beradik akak. Pandai berdikari atur hidup. Dan tak hanya tangisi pemergian arwah

    ReplyDelete
  13. hu hu aida x dpt byg kan kalu one day, pasti dtg hari tu, emak takde.
    aida pernah termimpi abah takde, memang sedih hati kenangkan mimpi tu.
    al-fatihah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts