Thursday 10 March 2016

bidadari solehah mama

Assalamualaikum...

Sedari anak-anak kecil. cuba terapkan pada anak-anak apa sahaja yang kita punya adalah pemberian dari Allah. Selalu juga bila anak-anak meminta sesuatu mama minta anak-anak berdoa pada Allah.

"abang nak roller bladekan? abang minta doa pada Allah murahkan rezeki papa, rezeki mama bila Allah murahkan rezeki barulah abang dapat beli roller blade" salah atu contoh yang mama lakukan bila anak meminta sesuatu.

Dengan bidadari kecil mama tu, setiap kali sikatkan rambut mama pun cakaplah "comelnye anak mama ni" ehemmm siapa lagi nak puji anak kalau bukan emaknya kan..hehehe setiap ibu pasti merasakan anaknyalah yang paling comelkan, biarpun orang lain kata tak comel.

"siapa bagi yaya comel?" "Allah.." jawab adelya azra,
"pandainyaaa...siapa bagi yaya pandai?"
"Allah lahh..." jawab bidadari kecil mama tu lagi, Ya Allah...syukur bila adelya tahu, siapa yang berikan itu semua pada adelya.

Anak-anak mama..

bila takut sebut nama Allah,
bila senang sebut nama Allah,
bila sedih sebut nama Allah
dalam apa jua keadaan pun jangan lupa sebut nama Allah ye...




Syukur alhamdullilah...Allah masih beri kesempatan buat mama untuk bersama anak-anak mama, moga usia ini dipanjangkan untuk mama melihat anak-anak mama membesar menjadi anak yang soleh dan solehah...

gambar ni khas untuk hainom okjer..yang tertanya-tanya dalam entri sebelum-sebelum ni, yang mana satu mama..hehehe, inilah rupa mama ni haaa...tapi jangan tertipu dengan kamera ye...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

11 comments:

  1. Cantikkan AA, comel Adelya, bff mama ni, saya pun bertawakkal, bila hero nak tengok utube tu risau, tengok ninja turtle saja, yang elok saja promise, Allah tahu dan nampak. Cakap sayamg Allah mcm tu. InshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BP, itulah kita ni banyak risaunya, kadang dapat pantau apa yang anak2 tonton kadang takut juga terlepas pandang.

      moga dapatlah kita didik anak kita dengan baik

      Delete
  2. MAMA CANTIK DGN BIDADARI KECIKNYA YG COMEL TU,,,

    ReplyDelete
  3. Penerapan tauhid terutamanya akidah seseorang anak memang kena dari kecil AA
    Kita ni sebagai ibu-bapa kena mulakan dari rumah jgn dah sekolah baru dia mendengar apa itu Allah, apa tu rasulullah dsb.

    Tanggungjawab kita. Bayangkan kalau anak belum sempat sekolah kita dah dijemput izrael macamana? Takut kan.. Usaha kena ada AA kalau tak berjaya itu lain kira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak zakie, itulah yang saya sedang buat, moga2 mendapat dan dimudahkan urusan saya ni kak.

      takut juga kalau belum sempat penuhkan mereka dengan ilmu agama, saya dah dijemput pergi.moga masih ada ruang waktu untuk saya hendaknya

      Delete
  4. Allahu..bagusnya mama ajar anak-anak macam tu...satu tips keibubapaan yang leh contoh ni..bagus especially untuk mak bapak yang ada anak kecik...Allah pn suruh ajar untuk mentauhidkan Dia sebelum anak tu belajar ilmu lain...

    ReplyDelete
  5. Suka dengan cara yan mendidik anak2...semoga anak2 yan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.
    Mama dengan bidadari kecil yang sama manisnya..

    ReplyDelete
  6. Comelnya yaya.. semoga jd ank solehah & bijak.. :)

    ReplyDelete
  7. Pandaiiiiii adelya. Sejuk perut kan kak bila dekat bibir anak sentiasa sebut nama Allah. Moga smpi ke besar la lidah dorg basah dgn nama2 Allah aminnn

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...