diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Tuesday, 29 March 2016
Upin ipin dah besar
Assalamualaikum...
hahaha tetiba nak cerita upin ipin dah besar pulak.
ini ha bila tengok gambar ini terasa diri dah tua atau sememangnya mama sudah tua, ye tak dapat disangkal lagi, bila mereka membesar..usia mama juga semakin meningkat
gambar kiri berbaju kuning tu, anak buah mama yang sulung dan adik mama yang bongsu berbaju hijau tu, beza usia mereka hanya setahun sahaja. sebelah kanannya gambar mereka setelah dewasa, kedudukan tak berubah sebelah kiri aliff sebelah kanan paksu.
melihat gambar-gambar lama yang terlalu banyak memorinya. anak buah inilah peneman mama dahulu bila mama balik ke kampung, pernah kami berdua sahaja pulang ke kampung, tak sangka waktu cepat berlalu, sekarang anak buah maklang ni dah besar panjang, dah tinggi dari maklang, dah kerja pun, tak lama lagi mungkin dah nak beristeri pulak.
Adik bongsu mama, masa darjah 5 kami dah kehilangan emak dan ayah, dia duduk bersama kakak yang sulung bersekolah disini, kemudian sambung duduk dengan adik mama pula, menghabiskan zaman persekolahan, sekarang dah bekerja pun, mungkin tak lama lagi beristeri pula.
Aliff dan paksu beza usia mereka cuma setahun saja kecik-kecik comel, dah besar ni hensem..hehehe biarlah maklang dan kakak ini yang memujikan. Sekarang kedua-duanya bekerja ditempat yang sama, tinggal juga bersama dengan adik mama yang seorang lagi. moga hubungan aliff dan paksu terus baik ye.
Allahummasolli a/la sayyidina Muhammad
Waala a/li sayyidina Muhammad
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
amin...
ReplyDeleteselalunya adik lelaki yg bongsu msti rapat ngn anak2 buah nya...
n anak2 buah msti suke bermanja ngn diaorg nih
betul tu dana, apatah lagi dorang ni jarak umur pun setahun je, boleh jadi kawanlah
DeleteRapat sungguh hubungan mereka ya yan sehingga bekerja dan tinggal ditempat yang sama.pak sedara dgn anak sedara lebih kurang je umor jadikan mereka akrab agaknya.Kira nya adek yan ni sejak kecil dah yatim piatu ya.?
ReplyDeleteitylah memang rapat kak hubungan dorang ni. alhamdulillah.
Deletebetul kak masa umur adik saya 11tahun emak dan ayah meninggal
amin...beza umur tak jauh biasanya mmg rapat. Sbb dari kecik jadi teman sepermainan kan. hehehe. Betul tu sis, bila tgk gambar gambar lama jd rindu pulak dgn kenangan. hehe =) Salam perkenalan.
ReplyDeleteapatah lagi lepas mak ayah meninggal adik akak ni duduk sekali dengan kakak, itu yang bertambah rapat tu.
Deleteterima kasih foolw akak ye
cepatnya masa berlalu kan yan sedar2 saja dh besar panjang anak sedara n pak sedara.
ReplyDeletebetul tu PI dah besar panjang pun, rasa sekejap je waktu berlalu
Deletesama dengan cite saya dan pakcik saya pula
ReplyDeletedia lahir bulan 2, saya bulan 5 tahun yang sama
dulu masa, kecik jalan sama orang ingat kitorang kembar =)
tu anak sedara dengan pak sedara pun dah macam kembar
sama-sama handsome...moga berjaya dalam apa jua yang diceburi
lagi dekat ye berbeza bulan je.
Deletehahaha...kalau tahu dipuji hensem tentu kembang semamgkuk tu
Amin. Alhamdulillah kakak sendiri yang membesarkan adik AA. Maklang sayang anak buahk kan. Rindu pula dekat anak'anak buah saya :)
ReplyDeleteye BP maklang sayang sangat anak buahnya ni, peneman maklang balik kampung kecik2 dulu..hehehe
DeleteKecik lagi dah yatim-piatu itu yg kakak terharu pulak rasa
ReplyDeleteAlhamdulillah... Allah kurniakan adik-beradik yg prihatin. Kakak AA pasti mendapat ganjaran berlipat-ganda menjaga adik piatu yg masih terkontang-kanting hilang mak-ayah dlm usia muda sangat.
Moga kedua jejaka ini terus erat silaturrahimnya. Mana tahu tup-tup sama-sama nak menikah masa yg sama. Bagus kan:)
itulah kak zakie, rasa kecik lagi waktu tu, mujur ada kakak yang menjaganya.
DeleteInshaAllah kak..mana tahu naik pelamin bersama nanti, dua2 pun dah berpunya tu hehehe
Seronok bila rapat dgn pkcik sendiri da mcm adk beradik.. Sya pun rapat dgn makcik sbb dibesarkan oleh arwah nenek...kelakar bila igt2 zaman kecik2 dulu bila time bergaduh..hehehe.. Apapun smoga ikatan silaturrahim yg terjalin erat smpai bila2..
ReplyDeleteInshaAllah moga ikatan silaturrahim itu terus berkekalan
DeleteDah besar dah upin dan ipin akak ;-)
ReplyDeleteada rezeki naik pelamin bersama-sama.
Memula pandang, ingatkan kembar..
ReplyDeleteseiras..
Ingtkn dorg adik beradik sepupu atau adik beradok kandung hihihi. Mcm along dengan maksu kira. Umur beza bpe tahun je
ReplyDeletemenjadi kawan mereka. ataupun mcm adik-beradik :)
ReplyDeletesebab sebaya ekk.
aida ada pakcik tua few years dari aida. adik bongsu mak.
tapi da arwah, accident motor :(