Friday, 11 March 2016

Ujian itu tanda rindu

Assalamualaikum....

Setiap hari seawal jam 7am mama dah parking ditepi jalan,mama masuk kerja pukul 8. Tunggu sebentar didalam kereta. Melihat keindahan alam ciptaan Allah swt sambil merenung ke dalam diri, apa yang dilakukan sebagai hamba? Cukupkah bekalan untuk ke sana nanti?

Berpagian itu bagus..tidak kalut mengejar punch card, waktu yang mama punya sedikit itu sebelum melangkah masuk pejabat bolehlah digunakan sedikit bagi menambah bekalan. Moga apa yang dilakukan akan diterima.





Moga hati ini sentiasa dekat padaMu ya Allah, ujian yang bertamu..mama tahu Allah rindu dan Allah tahu mama mampu untuk lalui sebab itu mama diuji. Moga mama terus istiqamah dengan apa yang mama lakukan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

12 comments:

  1. UJIAN ALLAH TANDA CINTA-NYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah PI..moga Allah cintakan saya

      Delete
  2. Apa pun ujian yg dilalui.. didoakan semoga tabah & sabar melaluinya..
    semoga diberikan yg terbaik dlm apa jua yg dilakukan..

    ReplyDelete
  3. ujianNya tanda Dia sayang pada kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..memang sangat mengharapkan kasih sayang dari Allah

      Delete
  4. Semoga yan diberi kekuatan diri hadapi ujian...Allah sentiasa bersama mu

    ReplyDelete
  5. Segala yang dialami untuk kembali memohon dan bersyukur kepadaNya.Thanks AA for sharing.

    ReplyDelete
  6. ujian Allah kadangkala kita rasa tak tertanggung..muhasabah diri penting

    ReplyDelete
  7. Insyaallah.. Allah uji kita sbb dia sayang kita

    ReplyDelete
  8. Moga dikurniakan pelangi yg ibdah lepas ujian dan dugaan kak. Allah delat sgt tu dgn akak. Sbb tu akak diuji :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...