suasana baru

Assalamualaikum...

Menerima perkhabaran gembira, namun terselit rasa sayu dan sedih.

Hari ini hari kedua mama di seksyen baru, suasana yang berbeza kawan yang berbeza, tapi masih di jabatan yang sama, bangunan yang sama, tingkat je berbeza. Alhamdulillah rezeki dari Allah terima dengan hati terbuka. Cabaran baru dan buka buku baru.



Workstation baru...baru 2 hari masih melangut tiada kerja yang mama buat. Berdebar juga bila di seksyen baru ni, tapi harus terima cabaran yang baru ini. Apatah lagi tahun ini punya kerja yang besar.. Banci Ekonomi, moga mama dapat belajar dengan cepat.

Kawan-kawan baru semuanya ramah tamah, ok mama dapat sesuaikan diri dengan keadaan cuma takde kawan gossip lagi dah...huhuhu, pasti kejung mulut tak dapat bercerita. Tak apalah...moga semua ini dapat membawa perubahan yang baik buat mama,

Dalam menerima khabar sedih dapat pula khabar gembira, sesungguhnya Allah maha adil, jangan kita berburuk sangka walaupun sakit yang Dia berikan, pasti ada hikmah disebaliknya.Doakan mama agar dapat menghadapi hari-hari seterusnya dengan tabah dan redha..dan moga mama cemerlang ditempat baru.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Kalau nak tengok-tengok dress, blouse & perfume jenguklah Gerobok kak lah

Comments

  1. Hehe..semoga sukses selalu yee ^_^

    ReplyDelete
  2. Semoga ditempat baru memberi sinar yang baru pada kerjaya yan.

    ReplyDelete
  3. First of all congratulation AA!
    Kakak percaya AA boleh adapt cepat dengan environment baru
    Yg penting kita kena sepakat dgn kawan-kawan semua akan jadi mudah.

    ReplyDelete
  4. Moga happy di tempat keja, rindu juga dengan kawan-kawan boleh sembang tak henti kan :) congrats dear

    ReplyDelete
  5. go cayok... setiap yg berlaku msti ada hikmanya

    ReplyDelete
  6. amik masa jugak ekk kita nak sesuai dgn suasana baru.
    aida da 5 bulan di dept baru, da ok...
    good luck.

    ReplyDelete
  7. tahniah akak
    good luck
    smga dpt sesuaikan diri .

    ReplyDelete
  8. Moga segalanya baik baik ye Azra....tak lama mana mulut kejung tu hihi...bagi masa 2 minggu, confirm dah lembut otot mulut tu haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts