Friday 25 March 2016

Rezeki dimajlis mama

Assalamualaikum...

Hari ini seksyen lama mama buatkan majlis makan-makan untuk mama, alhamdulillah rezeki untuk mama. Seronok bila diraikan.


Siap dapat 2 beg hadiah tu, biasa dapat 1 je hadiah, alhamdulillah rezeki mama..adik-adik mama geng gugurl tu pakat kongsi-kongsi beli hadiah lain untuk mama.


Adik-adik gugurl mama...yang sorang tu bos mama dulu, ini mama pula bagi sedikit cenderamata untuk semua orang diseksyen lama. Sebagai kenangan, pemberian yang tak seberapa saja. Saja suka-suka.



Hadiah yang mama dapat..suka sangat-sangat dapat dress dan shawl fiska, juga dress dari wafa couture, memang kena dengan selera mama lah ni. Tengok senyum kat muka mama tu dah tau kan betapa gembiranya mama.

Alhamdulillah rezeki mama hari ini, tak payah beli dress lagi untuk kenduri minggu depan hihihi, semangat kenduri nak berbaju baru,yang mana satu mama nak pakai nanti? Hahaha.. Nanti mama update, entah-entah pakai baju lain pula.

Oklah jumpa lagi, terima kasih sudi baca bebelan mama.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad.

Wassalam.

18 comments:

  1. Alhamdulillah, murah rezeki, cantik dua-duanya, mama sweet pakai apa pun cantik :)

    ReplyDelete
  2. cantik kak..untung la sekali dapat 2..hehee

    ReplyDelete
  3. Farewell yeh Azra....Awak tak nangis ke? Nak keje mana pulak lepas ni? Ke keja jaga si Adrien and the gang kat rumah tu hihi....

    Cantik dress yg warna merah tu...sesuai utk kenduri kawen tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nangis dah nom, sebab bertukar seksyen je, kerja masih di jabatan yang sama dan bangunan yang sama.

      hajat hati memang nak menjaga adrien & the geng, tapi buat masa ni belum rezeki lagi.

      itulah harus disimpan untuk pergi kenduri kendara nanti tu

      Delete
  4. SubhanaAllah..cntiknyer bju yg dpt tuu...
    ^_^

    ReplyDelete
  5. ALHAMDULILLAH BNYAK REZKI YAN HARI NI...DPT MELARAM SHAWL N JUBAH LAWA...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki yer.. Lawa jubah2 tu..

    Jalan2 sini.. Jemput baca article baru..
    Salam Perkenalan..

    Cara Mudah Hasilkan Ukiran Kayu Hello Kitty yang Comel

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah . kedua dua dress pun cantik tu ...

    ReplyDelete
  8. majlis sempena apa ni kak
    lama tak ke sini, ketinggalan keretapi saya...hehe
    tapi cantiklah dress tu, sesuai dengan akak yang kurus tinggi
    kalau saya nampak lagi pendek...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak bertukar ke seksyen lain yana.

      hehehe...cantik ye, tq tapi rasanya akak pun dah berisi sekarang nih, metabolisme dah menurun sesuai denga usia yang semakin meningkat ni hahaha

      Delete
  9. Akak naik pangkat lagi ke? Wahhh tahniahhhh :D

    cantik dress tu. Memang pandai dorg pilih tuk akak

    ReplyDelete
  10. best nyer hadiah!
    sgt suka kalau la aida yg dpt :)
    majlis apa ekk yan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...