Sambal hitam

Assalamualaikum...

Terfikir-fikir nak masak apa? Nak makan dengan anak-anak je jadi masak simple sudahlah, anak-anak dari semalam minta ayam masak merah,jadi mama buat hari ni, bayam merah tumis, telur dadar dan sambal hitam pahang tu..heheheh



Pertama kali mama buat, kebetulan kawan ofis bagi belimbing buluh, mama pun cuba sajalah membuatnya.

Belimbing buluh direbus - patut sampai hitam tapi tak kuasa pulak mama nak merebus lama-lama, nampak kaler dah lain sikit ok lah..hihihi
Ikan bilis dibersihkan-buang kepala, isi perut dan tulang,mama tak suka kalau ikan bilis tak dibuang segala isi perut tu, mesti bersihkan dulu
Cili padi,bawang merah,bawang putih-mama tumbuk, ikan bilis tadi pun mama tumbuk tapi tak la halus sangat.

Mama tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai garing.
Belimbing yang dah siap direbus tadi pun mama lenyek dengan lesung.

Setelah bawang tumis tadi garing mama masukkan belimbing,goreng sampai kering. Masukkan juga kicap manis sedikit.

Kikiki...tu cara mama buat, taktau yang sebenarnya orang buat macammana, malas nak menggoogle. Bila mama makan...hmmm sedap hahaha sendiri masak sendiri puji ye...

Makan dengan nasi panas, cukup itu saja lauknya, bertambah juga mama makan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidia Muhammad

Wassalam

Comments

  1. Yan dah buat ya sambal hitam.Akak belum try lagi sebab nak dapatkan belimbing buloh banyak belum ada lagi.Kalau beli ciput sangat.Lagipun kalau anak2 ada mereka tentunya berselera lauk gini.

    ReplyDelete
  2. PANDAI BUAT SAMBAL ITAM YAN...KAT RUMAH LEBAT BELIMBING BULUH LA NI N KAK BERI JER PADA JIRAN2 YG SUKA MSK APA SAJA.

    ReplyDelete
  3. aida x pernah buat.
    ada member, org pahang, dari dia la aida tau sambal itam ni :)
    terbaik dgn nasi panas.
    bersahur. membangkitkan nostalgia pepagi tu ha ha...

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak buat sekali dulu. Yg makannya kami berdua hihi...Jenuh le nak menghabiskan dahlah masam hihi...

    ReplyDelete
  5. tak penah makan sambal itam.. salu belimbing wat masak lemak cili padi aje..

    ReplyDelete
  6. Hihihi confirm sedap tu. Pernah makan kawan yg mmg org pahang buat. Mak aiii berdegung pedasnyaaaa. Tatahan huuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts