Assalamualaikum...
Kali ini mama mencari tudung untuk adelya, hai mama ni semua beli untuk adelya je ke? baju, telekung dan sekarang tudung pula, untuk abang-abang takde ke? ehhh haruslah ada, cuma untuk abang-abang mama beli dekat the store je bukan online hehehe.
Dress adelya mama tak beli online, mama beli di pkns sebab mama tak jumpa dress budak dekat online..ke mama yang tak pandai cari?hahahha yang ada tu pun kawan mama yang bagi linknya, telekung dan tudung memang mama tak jumpa di the store atau pkns itu yang pulun tengok online juga.
Kali ni mama nak share tentang tudung yang mama beli untuk adelya. sebab apa mama nak share sebab mama puas hati dengan tudungnya, sejuk,lembut dan selesa kain bila dipakai, adelya pun seronok memakainya, dekat rumah sambil main pun adelya pakai, makan nasi pun pakai tudung, pergi taska pun pakai tudung. mama tengok adelya selesa dan kemas je tudungnya.
oh tudung ni blogger intanberlian yang jual,tapi takde dekat blognya kot, mama tengok dekat FB tudung untuk si comel, kawan-kawan boleh like page ina ni, banyak tudung yang comel-comel, geram pulak mama menengoknya tapi buat masa ni mama rembat satu je dulu hehehe inshaAllah akan datang boleh beli lagi, adelya dah cakap nak tudung pink tu.haa..nanti kita beli lagi, saja nak pupuk minat adelya untuk pakai tudung dari kecik.
Bila bagi pakai tudung tu mama puji la adelya cantik macam princess..hehehe, tuan puteri beragama islam kena pakai tudung, lagi cantik, tak apalah kalau adelya tak faham pun,mama cakap saja yang penting niat dan usaha,niat memperkenalkan tudung sebagai pakaian wajib untuk anak perempuan. buat masa ni sekejap pakai, sekejap tidak pun tak apalah, tak boleh juga mama nak paksa kan, kita pakaikan ikut kehendak adelya, lama-lama nanti inshaAllah bila dah terbiasa mesti adelya dah tak kisah jika bertudung.
tengok dah jadi testimoni lagi dekat page tudung untuk si comel nih..hehehe
Kalau tengok muka adelya tu tentu dapat agak adelya sangat suka dengan tudung tu kan. Complete dah pakaian untuk adelya pakai kenduri ahad nanti. Ikutkan mama taknak beli pun baju tu tapi baju raya tahun lepas dah tak muat,tudung yang dibeli tahun lepas pun kurang selesa sebab perlu dibelit dan pin adelya pula bila mama nak pin je dia dah takut ingat mama nak cucuk pipi dia, tapi tudung yang mama beli ni memang best, tak perlu pin sarungkan saja.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
alhamdulillah...mama puas hati..adelya pun happy..yeyyy :)
ReplyDeletealhamdulillah memang puashati dengan kualiti tudung tu PC
DeleteSenang yan pakai sarung ni utk budak2 .. tak payah nak gunakan pin kan..
ReplyDeleteCantik dan comel pulak tu :)
itulah kak yati, senang pakai, adelya pun suka, boleh beli untuk tambah koleksi
DeleteCantiknya adelya..
ReplyDeleteBagus la adelya suka pakai..
Mokde pun nk cari tudung utk kakak aimy.. blh la visit fb yg kak lah share tu :)
kadang2 taknak juga pakainya ikut mood, saje beli untuk ajar je hehehe
Deletesalam.
ReplyDeletewah omei.
ni klo ank buah yaya pakai mesti omei.tp dia xska sgt pkai..
huuuu bebudak sekrng -_-
salam..adelya ni pun pakai ikut mood juga yaya
DeleteWahh comelnyaaaa.. yg penting selesa dan sng d pakai.. Tq sharing.. :D
ReplyDeletebetul tu yang penting selesa dan senang pakai
DeleteComel Adelya bertudung, betul kena biasa kan.. bila selesa pasti budak-budak suka kan..Alhamdulillah saya pun inshaAllah.
ReplyDeletebetul tu cuba nak biasakan, moga2 adelya selesa bertudung.
DeleteInshaAllah BP mudah-mudahan InshaAllah
tomey nyee senang nk pakai mcm ni
ReplyDeletebiar anak2 hiasa pakai tudung nnt beso senang tkyh nk suruh2 lagi ye tak
itulah kak noor saja saya nak cuba adelya biasakan diri bertudung
DeleteWah..comel tu adelya menggayakan tudung.. dah nampak besar gitu.. macam2 pilihan tdung yg ada ye.. seronok ada ank perempuan pasal aksesori dan pakaian perempuan nampak lawa je semuanya..
ReplyDeletebetul aisy tengok gambar ni rasa macam dah besar pulak adelya ni. aah macam2 pilihan tudung rambang mata mama menengoknye.
DeleteInshaAllah akak doakan lepas ni rezeki Aisy untuk dapat baby girl pulak ye aamiin
alhamdulillah
ReplyDeletecomel. terletak aje tudung tu dgn adelya, kan !
rania skrg saya just pakai kan shawl yg lelama. ikat reben di bawah. hiks. tu pon kejap je bertahan..
tak pe pelan pelan.
cantik dgn adelya
ReplyDeleteAah betoi utk budak besar ni elok pakai sarung je.senang dan selesa. Kain sejuk tu yg adelya suka kot. Comel sgt haaaa
ReplyDeletesungguh comel!
ReplyDeleteterkenang dulu kala time anak2 dara aida kecik.
mencari tudung utk diorang, memang addicted.
sebab bila diorang pakai, comel giler :)