Assalamualaikum...
Ahad en.azmi ajak makan kenduri di felda trolak. Pukul 9.30 gerak bersama jiran 4 buah kereta semuanya.
Dapat makan dekat tempat pengantin, sebelum pengantin bersantap kami makan dulu tapi bukanlah lauk pengantin. Sedap masakan kampung ada kerabu apa entah dengan sayur keladi masak asam pedas, lama tak makan, tapi mama makan sikit saja. Sekarang ni tak boleh nak makan banyak-banyak..perut cepat penuh hahaha
Anak-anak yang tak sabar nak makan isi goodie beg tu, dapat seorang 1 beg pula tu, apa taknya berebut memasing nak beg, mujur tuan rumah memahami, dapatlah sorang satu, mamapapa yang tak dapat...hahaha kot nak juga melampau dah tu
Dah alang-alang sampai sana singgah lah hotspring bawa anak-anak main air, bayaran masuk rm15 dewasa dan rm12 kanak-kanak. Dulu mama masuk macam bayar rm10 je, mungkin dah naik harganya. Anak-anak seronoklah dapat main air, mama tunggu beg je, malas nak main air. Kat sini bukan hanya ada air panas, ada juga kolam air biasa untuk mandi manda.
Seronok abang adam main gelongsor.
Amboi seronok abang mandi kolam dengan awek ye...hihihi. Ini qaisara kawan sekelas abang adam, jiran setaman nih.
Ada tempat merebus telur, panas airnye mendidih-didih, tengok tu en.azmi semangat nak merendam kaki,pada hal situ air panas, orang rendam kaki kat tempat lain...haaa amikk mendidih kaki..hehehe
Pukul 5 semua dah selesai mandi, kami anak beranak buat keputusan untuk berjalan keluar, malas naik train yang disediakan, memandangkan ramai yang turut keluar tentu ramai menunggu train, jadi kami menikmati suasana dengan berjalan kaki melalui boardwalk yang disediakan. Suasana tak berapa nak nyaman sebab panas membahang, apatah lagi laluan disertai dengan air panas mendidih lagi bertambah bahangnya...tetiba terfikir ini baru panas dunia? Bagaimana neraka kelak? Moga dicukupkan bekalan ke sana nanti.
Penat juga berjalan...dah la mama dengan berdressnye, berwedges 3 inci hehehe...mujur adelya tak minta didukung,dah nak sampai parking baru minta dukung, ohoiii penat jugalah mendukungnya tetengah panas tu,angin pun takde...huhuhu bukan merungut cuma bercerita , pemberian Allah kan, hujan ke, panas ke..kita tetap kena bersyukur.
Malam juga baru sampai rumah, oklah tu dapat juga bawa anak-anak berjalan, mama cuti pun tak dapat nak ke mana sebab en.azmi sibuk,mujurlah ahad tu en.azmi tak kerja ikutkan nak kerja juga tu..
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Keladi masak asam pedas sedapnya AA, cantik hot spring ni penuh dengan hijau tapi ada slide..mesti sejuk walau cuaca panaskan..goodies bag menjadi sasaran ye :)
ReplyDeletememang sedap keladi asam pedas tu BP,lama tak makan.
Deletecantik dan seronok anak2 dapat mandi disitu.
itulah anak2..goodie beg yang jadi sasaran..hehehe
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTak makan telur rebus dalam air panas kat situ ka...
waalikumsalam...
Deletetak sempat merasa, sibuk peratikan anak2 je fida
Do follow blog ni.... seronoknya anak2 berkelah, anak2 akak pun pantang jumpa air,.. mmg kaki main air!
ReplyDeleteterima kasih sudi follow dah follow kembali.
Deleteanak2 memang seronok bila dapat main air macam ni
Beberapa tahun dulu pernah bawa anak-anak 'bermain' di sini, tapi sekarang setakat lalu-lalang je... :)
ReplyDeletesaya ni 1st time bawa anak2 kakcik,seronok anak2 bermain air
Deletebestnya kak... dana tak penah sampai lg lg hotspring sungkai nih kak....
ReplyDeletebdk2 lah paling suke berendam time2 panas nih kan...
best dana, anak2 paling sukalah dapat main air
Deletelama dah tak ke sini.lain kali kalau balik kampung nak ke sinilah juga
ReplyDeletedekat dengan kampung lea ye..bestnyer
DeleteSedapkan kalau kat majlis ada lauk2 kg...akak suka dibandingkan menu2 biasa.
ReplyDeleteWah ada kolam air panas ya...Seronok anak yan main air ya.penat sikit takpe yan asal anak2 gembira.
betul tu kak dapat lauk kampung memang best, saya tak pandang nasi minyak, ambil nasi putih sayur keladi dengan kerabu apa entah letak kerisik, memang sedpa sangatlah
Deletegoodies bag boleh buat bebudak seronok & duduk diam bila dkt kenduri kan..
ReplyDeletebetul tu, memang seronoklah budak2 ni dapat goodie beg tu
DeleteBudak2 bila pegi kenduri, goodies bag yang dicarinya...
ReplyDeleteBest juga ktiviti dua dalam satu ni...
Lepas kenyang makan kenduri, terus mandi kat hot spring..
Saya pun rasa dah lama tak ke hot spring...
Boleh masuk dlm list jalan2 ni :)
Hot spring pergi time malam ok la kot kan. Tp dgn cuaca panas mcm ni riso nk berendam kolam air panas. Takut dehydrate pulak nantinya huu. Tp ok la situ ada kolam air biasa. Blh la buat pilihan hihi
ReplyDeleteaida x pernah gi ni.
ReplyDeletetapi pernah lalu kawasan nyer.
gi makan nasi buluh :)