Assalamualaikum....
Oh ini bukan berkaitan dengan pasukan bola sepak pahang ye..hihihi. Hitam putih ni sebenarnya warna kesukaan mama.
Dulu dalam almari mama susah nak tengok warna lain selain dari warna hitam putih,warna masa zaman mama bujang-bujang dulu, jika ada warna lain pun pasti warna temanya adalah hitam, hitam adalah pujaan hati. Entahlah berkenan sungguh mata ni dengan warna hitam.
Sehinggalah pada satu hari kakak mama yang menjahit baju tu mengugut mama "ko beli lagi kain warna hitam, aku tak buat baju untuk ko" hoih boleh pulak main ugut-ugut ye, tapi mama pun ikutlah juga, lagipun banyak kali dah kakak-kakak pesan belilah baju warna lain pula.
Sejak itu mama lupakan warna hitam, cuba jadikan pink warna pilihan dan almari pun dipenuhi dengan baju pelbagai warna, tapi sejak akhir-akhir ni mata mama ni macam terpaut kembali dengan warna kesukaan mama dulu,bila tengok dress atau jubah yang bertemakan warna hitam terus terjatuh centa.
Nampaknya lepas ni almari akan dipenuhi dengan baju bertemakan hitamlah pulak, hitam merah,hitam biru,hitam pink...pendek kata hitam tu mesti ada,takpun warna-warna gelap macam dark brown ke...hihihi agak-agak kalau mama nak tema hitam raya nanti en.azmi tu nak tak? Hihihi
Apa ada pada warna? Meskipun baju berwarna hitam yang penting hati suci dan bersih, jangan baju putih bersih tapi hati hitam penuh hasad dengki dan iri hati, moga mama dijauhkan dari segala penyakit hati itu...
Mama dengan koleksi terbaru dress bertemakan hitam...hihihi, yang lama pun ada, mama dah tengok baju online yang pernah mama beli ada dijual warna hitam dan warna-warna gelap, harus juga disambar nanti. Apa yang penting kainnya bila mama berjalan tak menampakkan bentuk kaki..
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Kakak pernah juga teman hitam-pink tak ingat raya tahun bila
ReplyDeleteOK aje apa lagi bila dan sedondon..
cantik... dana pun suke warna itam kak tp putih kurang skit lah... almaklum org kata pakai baju putih nmpak lg beso hahahhaa...
ReplyDeletekalu utk dana hitam boleh la lindung lemak2 dr org nampak heheheh
uishhh akak pun minat warna itam... nampak kurus sket kalau pakai baju atau suar ..
ReplyDeletewarana sepanjang zaman -_-
ReplyDeleteKata org hitam itu menawan.
ReplyDeleteSaya kalo beli jubah suka pilih warna hitam sbb bole match dgn byk kaler tudung
Saya ada sorang kawan yg suka sgt pakai tudung kaler hitam..
ReplyDeleteteringat pula kat dia bila baca kisah ni :)
Saya sblm kawin suka pink....
Tapi lepas kawin, hubby mcm tak bagi sgt pakai baju pinky pinky ni...
Mostly dah bertukar kaler neutral jer - Brown :)
Pakai hitam boleh nampak kurus hihihi. Tp kalau pakai time panas2 cenggini memang menitik2 peluh kt dalam. Tp tula kalau kaler cerah mesti kebanyakkannya kain jarang dan nipis
ReplyDeletebefore aida masuk gomen, aida keje loyer.
ReplyDeletehmmmm hitam putih ajer ler dlm almari.
now, jarang buat baju.
gi keje pakai uniform kan.
time raya aje buat baju :)