Monday, 28 March 2016

Dulang station western & steamboat

Assalamualaikum...

En.azmi bekerja sabtu dan ahad, mama hendak ke rumah kakak untuk potong dress adelya yang mama beli tu, labuh sangat. En.azmi tiada terpaksalah mama drive sendiri membawa anak-anak bertiga tu, kereta manual ok bukan auto. Alhamdulillah selamat sampai.

Bila dah siap urusan ingatkan nak balik awal, tak mahu balik malam, anak-anak pula mengamuk tak mahu balik,tak puas main kat rumah ibu, yelah kat rumah ibu boleh main diluar, seronoklah.

Malamnya sesudah maghrib ibu ajak makan diluar, dah tiga-tiga naik kereta ibu, mama drive sorang-sorang, ingat nak makan dikampung lombong tapi takde rezeki, kedai yang dituju tutup, lalu pula di maipi corner yang orang dok viral kat fb tu, ramai sangat orangnya malas mama nak bersesak, sudahnya berhenti di satu kedai ni, Dulang station western & steamboat kalau tak silap namanya.




Besar betul airnya tu, tak habis siap bawa balik. Berapa harganya tak sempat mama tengok, chicken chop tu rm6.50, mama makan kongsi dengan abang adam juga, air pun mama kongsi air epal dengan adelya,abang adam dan adrien fresh orange. Menu yang kami order lamb chop 1,chicken chop 3, epal 1,fresh orange 2,green tea 2 total semua rm59.00.

Sesudah makan abang-abang terus je ikut mama naik kereta sebab nak terus balik rumahkan, tetiba taun puteri tak mahu masuk kereta, nak naik kereta dengan ibu katanya, ibu abah pun ikut sajalah, mereka hantarkan tuan puteri kerumah, mujur rumah dekat saja, hai macam-macamlah si tuan puteri seorang tu kan,

Sesiapa nak cuba bolehlah cari kedainya, di jalan kebun, berhampiran saja dengan maipii corner tu.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


18 comments:

  1. dana dh lama sgt tak bwk kete manual.... kalu bwk mmg mengigil lah jgk hehehhe
    boleh tahan bsr ciken cop tuh kak... murah pun murah harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta akak memang manual dana, dari dulu sampai sekarang bawa manual hehehe, aah besar dana, puas la makan

      Delete
  2. Yalah yan ,murah sangat chiken cop tu....yang penting anak2 suka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak anak2 saya memang suka sangat makan chicken chop tu

      Delete
  3. Manual ni kira exercise skut dengan tangan dan kaki cuma mungkin nervous sebab bawa budak semua kena aktif :) Alhamdulillah semua ok cuma Yaya ja tak nak ikut pula tapi syukur ada yang melayannya tu yang best tu. Lama tak makan restoran yang baru ni, pernah cuba serina anak chef wan char kuey
    teow jat kota damansara tapi dah pindah dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bp excercise kaki dan tangan..hehehe, aah nervous sebab adelya tak mahu duduk di kerusi nak duduk ditengah2, susah nak menukar gear.

      Delete
  4. teringin gak nak try maipi tuh tapi tu la ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul zee ramai sangat orangnya, kakak akak kata orang dah beratur dari petang

      Delete
  5. eeeh murahnya chicken chop tu...smlm makan yang kecik lagi tidak sedap pown dh cecah RM12.90...

    ReplyDelete
  6. salam..
    wahh murah chiccken chop..sedap ke..
    jln kebun klang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..

      ya murah dan sedap. aah jalan kebun di klang tu la

      Delete
  7. GERAM NK MINUM AIR YG DIHIDANG NAMPAK SEDAP DIMINUM TEKAK YG DAHAGA.

    ReplyDelete
  8. Mari jadikan keluarga kita sebagai keluarga penghafal al qur`an sebagai pedoman hidup kita.
    Bagi anda yang ingin menjadikan keluarga anda terutama anak-anak kita menghafal al qur`an, kini telah hadir audio qur`an yaitu alat yang membantu memudahkan anak-anak kita dalam menghafal al qur`an, info lebih jelas silahkan kunjungi AUDIO QUR`AN

    ReplyDelete
  9. kalau saya kak, mau tak bergerak kereta manual tu
    last bawa masa test kereta aje...tu pun nasib lulus. hehe
    amboi tuan puteri, nak manja dengan ibu lettew..hehe

    ReplyDelete
  10. nis dah lama xmakan chicken chop kat kedai. :')

    ReplyDelete
  11. Akak duduk kt area jalan kebun tu ke? Yg nk pegi klang shah alam tu?

    Nmok mcm murah westernnya

    ReplyDelete
  12. skang trend ekk air batu gitu.
    anak2 aida memang x dpt la minum air gitu, yan.
    dilarang keras.
    ari tu ada test satu.
    umak aii sejuk hingga menusuk kalbu!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...