Adelya bidadari kecil mama, kalau orang bersolat adelya pun rajin ikut, selalunya pakai je baju dan seluar. Melihatkan kesungguhan adelya tu, mama terdetik untuk belikan telekung sebagai hadiah. Mana tahu bila ada telekung makin rajin adelya bersolat.
Lama jugalah mama dok survey telekung kanak-kanak, yang mama jumpa semuanya untuk kanak-kanak 6tahun ke atas, tapi mama tak putus asa terus mencari secara online sajalah. Satu hari kawan mama tagged satu page dekat fb yang menjual telekung kanak-kanak dari umur 2tahun ke atas. Kawan mama tu memang tahu mama mencari telekung untuk adelya.
Selepas melihat telekung yang dijual mama rasa berkenan sangat, dapat maklumbalas pun cepat dari pemiliknya. Mama tak pilih sendiri telekung tu, mama tunjuk gambar yang disertakan pada adelya,mama biar adelya buat pilihan sendiri.kadang nak pilih apa-apa untuk diri sendiri mama tanya pendapat anak-anak juga,biar mereka rasa dihargai bila kita pilih apa yang mereka pilihkan itu.
Semalam telekung sampai di ofis mama, tak sabar nak buka tengok, tapi haruslah tak buka lagi, balik rumah baru buka..surprise untuk adelya, apa reaksi adelya bila dapat telekung? Mestilah suka, tak habis-habis cakap "cantiklah mama, sedap.." apa yang sedap?mungkin sedap dipakai, kainnya pun lembut tak tebal sangat tapi tak jarang.
Bukan setakat adelya, abang-abang juga teruja tengok adelya pakai telekung, siap puji adelya comel, abang yang manis mulutnya tu kan hihihi..."mama...comelnya adelya" terus peluk adelya, tengoklah tu teruja nak bergambar, adrien siap minta mama belikan satu untuknya... Hahaha adoi "mana boleh..adrien lelaki nanti mama belikan kain pelikat ye" kena survey kain pelikat untuk kanak-kanak pula lepas ni.
Adelya memang suka sangat sampai mama nak ambil gambar pun susah, haruslah diambil gambar sebagai kenangan anak-anak kan. Adelya pakai sampai tak mahu buka,bermain pun pakai telekung juga.
Banyak pilihan warna yang ada, sesuai untuk diberi pada anak-anak solehah dan sesuai juga untuk dijadikan hadiah. Boleh kunjungi ig @ fb telekungkids_littleaisya ni untuk maklumat lanjut ye.
FB : Telekungkids LittleAisya
IG : Telekungkids_littleaisya
Mama sekadar berkongsi, benda yang baik itu seeloknya dikongsikan.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
alhamdulillah..syukur..suka acik PC tengok tau..bagus abang abang puji adik secara tak langsung lebih bersemangat adik nak solat..sokongang tu sangat penting..kalianlah generasi masa hadapan... :)
ReplyDeletecute..warna pon cantik..
ReplyDeletememang cantik telekung tu adelya...
ReplyDeletekena pula dgn model comel yg memakainya....
Ye lah yan cantek sangat,sesuai utk si comel adelya.Masa ank ppuan akak kecil dulu akak buat sendiri ,sekarang senang kan banyak pilihan....cantek2.
ReplyDeleteCantik, betul warnanya sweet :)
ReplyDeleteMasa anak-anak kakak kecik dulu tak ada lagi online-online gini AA
ReplyDeleteJadi dulu kakak jahit sendiri tapi taklah warna-warni cantik gini
Masa tu tak terfikir lagi. Sekarang dah remaja beli sendiri online cantik-cantik juga. Dah tak payah sesusah jahit sendiri. Semakin maju semakin mudah cuma nak tak nak aje utk mendidik anak-anak ni..
Assalamualaikum....comelnya adelya dgn telekung...pink pula tu....insyaAllah semoga semua anak2nya berjaya di dunia dan akhirat
ReplyDeleteomeinyerrrr >,<
ReplyDeleteSekarang ni kalau pandai menggodeh internet pasti jumpa barang yg nak cari kan Azra.
ReplyDeleteMesti suka dak Adelya dpt telekung baru. Lepas ni tambah rajin solatlah nampaknya
hehe...teringat aisyah dulu
ReplyDeletenak ambil gambo bukan main susah
sebab dia terlalu suka kan...
warna tu sesuai sangat dengan adelya. comel nampaknya
Berapa puluh tu kak? Kira buat masa ni beli kan ketayap je dekat uwaism dlu xmo pakai tp sejak tgk abi dia berketayap ni tiap kali nk solat cari dlu ketayap dia hihihi. Comellll sgt adelya. Kaler pun comel hihi
ReplyDeletealahai comel nyer :)
ReplyDeletealhamdulillah skang byk telekung gini utk ajak anak2 solat, kan.
syukur sgt.
anak2 aida berdua tu da besar panjang.
da demand nak telekung dewasa :)
ok jer la. janji solat!