Assalamualaikum...
Anak-anak sudah bising lama tidak balik kampung, bila tiba hari cuti je mereka ajak balik kampung, Aduhai anak...bukannya mama tidak mahu balik kampung, tapi papa tu kan sibuk buat masa sekarang, ada kerja yang perlu diselesaikan.
ya.. memang tak boleh jadikan itu alasan, keluarga perlu diutamakan apatah lagi bagi anak lelaki ibubapa menjadi keutamaan walaupun sudah berkahwin, tapi apakan daya kerja papa juga perlu dihabiskan segera, setiap hari balik lewat, hujung minggu juga bekerja.sampai tiada masa untuk diri sendiri.tak apalah yang penting masih berhubung melalui telefonkan.
InshaAllah habis bulan ni mungkin lega sedikit, mahu diteruskan kerja ini atau tidak akan difikirkan kemudian. hendak diteruskan perlu cari partner yang betul-betul sanggup bekerja dalam keadaan panas membahang dan payment juga mungkin akan lambat, biasalah sub-con paymentnya memang lambat sedikit, mama ini sudah terbiasa jadi tidak mengapa.terpulang pada en.azmi untuk membuat keputusan, rezeki Allah itu luaskan.
Ya kalau boleh memang setiap bulan hendak balik kampung jumpa emak dan ayah, sebagaimana mama bujang-bujang dulu, setiap bulan paling tidak sekali balik kampung, kadang tu sampai 2 kali sebulan, maklumlah bujangkan, lagipun siapa yang tidak rindu untuk berjumpa mak dan ayahkan. rindu nak makan masakan emak, rindu nak berceloteh dengan emak, rindu nak dengar cerita-cerita ayah tentang kisah zaman kecilnya dulu.
Tapi sekarang ini nak pulang ke kampung agak payah, ya sengaja mencari alasan pula mama ni kan...hehehe ye memang beralasan tapi alasan yang logik juga diakal mama nih, dulu masa baru kahwin, pulang ke kampung juga sebulan sekali, anak masih belum sekolah juga kerap balik kampung, cuma sekarang ni agak payah.
Bila anak-anak dah bersekolah setakat cuti hujung minggu sabtu dan ahad memang tidak sempatlah nak pulang ke kampung, hari sabtu kerja mama dari pagi menyental baju dan kasut sekolah anak-anak seharian tu memang perlu menghabiskan kerja-kerja rumahlah, ahad petang pula dah sibuk menggosok baju anak-anak, dekat 2 jam masa diambil untuk menggosok baju sahaja. jadi dimana masa yang mahu mama ambil untuk pulang ke kampung?kalau balik kampung pasti penat, mama yang penat tak mengapa tapi bila anak-anak yang penat? kesian sangat.
sampaikan kadang-kadang hari sabtu ahad tu tak punya masa untuk diri sendiri...aduhhh keletihan bila bergelar ibu, bagaimana arwah emak dulu menjaga kami 9 beradik, pasti keletihan yang teramat sangatkan, mama baru 3 pun dah macam-macam rasa, mahu pahala yang lebih,ikhlaskan hati bila berbuat sesuatu kerja ye mama...hehehe, merungutkah mama, merungut atau bercerita terpulang pada penerimaan.
Pakjang memancing anak buah untuk pulang ke kampung dengan membelikan basikal, kasihan pakjang tentu saja sunyi sendirian dikampung, walaupun ditemani kawan-kawan mama pasti pakjang sunyi,apatah lagi bila sendirian dirumah pusaka itu, adik-beradik yang lain pun jarang balik, ye lah kalau arwah mak dan arwah masih ada tentu rajin balik kampungkan.
Seronok adelya bermain basikal, sekarang tentu pakjang sunyi, anak-anak buah pun jarang balik, sesekali sajalah rumah itu riuh...nak buat macammana..pakjang cepat-cepatlah cari isteri hehehe... oh ya pakjang ni adik mama, dia duduk dikampung mengusahakan kebun sawit arwah ayah.kebun sawit felda.
InshaAllah anak-anak, awal april nanti kita balik kampung ye.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
seronok lah dpt main basikal masing2 dpt satu yek
ReplyDeletesama la anak anak zee pon..setiap kali cuti ajak balik kampung..skrang dorang tunggu bulan 5..hari hari dok tanya biler bulan 5..
ReplyDeletemujur ada pakjang yg tolong jagakan rumah n kampung halaman di kampung kalau x tentu terbiar...rumah2 di felda kak tengok walau besar dh ditinggalkan xberpenghuni.
ReplyDeleteKan kak. Dlu masa bujang boleh la bila rasa nak balik. Balik je ikut suka. Tp dh berkeluarga hujung minggu la masa kita dgn keluarga kecik kita. Masa kita nk selesaikan kerja rumah. Dan masa tuk kita rehat sekejap. Tak balik bukan bermakna x ingt.
ReplyDelete**kak. Hp kira tu wassap xleh bukak. Wassap akak ritu pun kira xleh bukak. Nt ada pape akak wassap no ni 0194942450
Setuju ngan awak Azra...bila kita dah berkeluarga dan beranak pinak ni nak balik kg bukan tak suka tp byk benda nak dibuat kalau hujung minggu tu walaupun tak bekerja hihi....alasan sangatkan. Sebenarnya kesian jugak kat suami yg nak berehat tu....
ReplyDeleteAzra kg mana ? Kelantan ke?
aida skang tugas iron baju skola ~ delegate dah kat nurin.
ReplyDeletekapur kasut, basuh kasut, sental tudung ~ delegate kat syuhada / nurin.
tu pun da byk bantu aida, yan.
and yes. kekadang weekend tu berlalu gitu aje.
ingat kan dpt ler rehat. balik kg ke. jalan2 ke....