Thursday 3 March 2016

Pagi yang mendamaikan

Assalamualaikum....



Suasana pagi yang mendamaikan. Mama sampai awal sempat lagi rilek dalam kereta ditepi tasik. Bulan ini nampaknya mama kena memandu sendiri, memandangkan en.azmi akan bekerja jauh, takut lewat pula mengambil mama.

Jika mama yang drive,kenalah keluar awal sebab nak rebut parking, jika tiada parking terpaksalah masuk parking berbayar, parah juga nak membayar mengikut jam. Harap-harap nanti adalah parking yang dibayar bulanan untuk mama.

Seawal jam 7pagi mama dah sampai,alhamdulillah masih banyak parking kosong,bukan apa mama teringat kata-kata ustaz ebit lew, bergantung hanya pada Allah, jadi sepanjang jalan mama berdoa "Ya Allah..adalah parking free untuk hambaMu ini" rezeki mama Allah bagi, dapatlah parking.

Kerana sampai awal duduk dulu dalam kereta ditepi tasik, melihat suasana pagi yang damai, moga hati mama juga akan damai dan tenteram. Oh ya ofis mama berhampiran tasik shah alam, jadi hari-hari dapat tengok tasik, cuma sekarang workstation jauh dari tingkap, tak seperti dulu dekat tingkap, jika serabut boleh lepaskan pandangan ke arah air tasik yang tenang.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


9 comments:

  1. InshaAllah dapat parking free nanti :) betul singgah nikmati keindahan satu kesyukuran kan..

    ReplyDelete
  2. Itulah hikmahnya kalau ada usaha pasti Allah bagi
    Sudah sewajarnya yg dtg awal akan dpt peluang parking yg lebih selesa dan bebas memilih.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah ,akan dipermudahkan segala urusan .Indahnya suasana pagi.

    ReplyDelete
  4. selamat pagi sis..have a great day ahead. ;)

    ReplyDelete
  5. PAGI YG DAMAI MELANCARKAN URUSAN PRJLNAN KEHIDUPAN DGN TENANG.

    ReplyDelete
  6. Tu yg leceh kalau bawak keta sendiri ye Azra, nak kena rebut parking, nak kena keluar pagi pagi....ohhh bercintanya.
    Tapi tak perlah....best jugak dpt duduk tepi tasik pepagi hihi

    ReplyDelete
  7. betul2 korban masa demi nk sampai opis ngn awal n tanpa jem...
    dana seawal 6.20 dh gerak ke opis kak... pastu pi sarapan kul 7 baru antar aiyan pi tadika

    ReplyDelete
  8. terbaik la kalau dpt workstation dgn view yg cantik :)
    boleh hilangkan ketegangan kan?
    bilik aida ni mengadap mydin seremban2 ha ha...
    sesekali boleh gak hilangkan ketegangan kerja tapi menipiskan beg duit :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...