Friday, 18 March 2016

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum...

Jumaat rehat yang panjang,biasanya lepak bersama adik-adik ofis dan jalan-jalan mencari makan, meh mama share tempat makan yang mama rasa menarik dan patut dicuba.


Air buah yang sangat sedap, tengoklah buah yang bertimbun dalam gelas tu...puas makan dan minum, memang fresh dan sangat menyegarkan dalam cuaca panas sekarang ni. Kedai ni terletak di anggerik mall shah alam nama kedainya kopi station.



Food truck..sekarang macam dah ramai yang berniaga guna food truck nih, mama pun macam teringin pulak nak meniaga macam ni. Kami cuba churros cicah coklat..hmmm sedapp, lokasi food truck ini didepan anggerik mall shah alam juga.



Ini di foodsbury seksyen 9, shah alam lokasinya dibelakang shell. Semua sedap makanannya masa pergi hari tu tak dapat nak makan keknya yang sedap almond salted caramel kek, memang sedap tapi hari tu dapat makan victoria sandwich cake dan coklat keknya pun sedap.


Ini baru makan tadi di jombali sacc mall, nasi berchesse bersama ayam madu, nasi goreng bersama tomyam, wantan mee bersama ayam madu serta air honey lemon mama punya hihihi..makan bertiga, bukan mama punya semua makanan tu ya.


Ok yang ni ulangtayang gambo lama seban yang ni memang suggestkan siapa pergi sacc mall boleh cuba tak mengecewakan makanannya lazat dan menyelerakan...hihihi

Ok ini bukan mama pergi setiap jumaat ye,tapi bila dapat gaji je hihihi, saja share kedai yang menarik, mana tahu dapat beri idea untuk kawan-kawan makan di shah alam ni.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

12 comments:

  1. Betul dah banyak food truck tu, sangat convinient, kita terfikir nak berniagakan tapi itu dalam minda ja..bila tindakkannya hehe..bestkan jalan jalan dengan colleugues:)

    ReplyDelete
  2. bestnya food truck kalau ada kt sini bukan ke besttt

    ReplyDelete
  3. Saya pun penah bcita2 nk berniaga tepi jln he he..
    Nmpk menyelerakan semua makanan tu, yum yum

    ReplyDelete
  4. yaaa Allah.. bab bab tengok makanan ni lomah jantung den..

    ReplyDelete
  5. air buah tu paling winn..berapa harga segelas..cuaca panas camni..fuhh..sejuk tekak

    ReplyDelete
  6. Aryan Azra...emailkan sis JM alamt boleh..ada small gift for u sbg kenangan coz support my blog..jarimanis4ever@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Sedapnya makanan! Memang menarik semua makanan yang ada terutama churros :) Banyak kedai makanan menarik di Shah Alam rupanya :)

    ReplyDelete
  8. berniaga tepi jln lagi byk utg tau sbb tak perlu bayar sewa tapak mcm dalm mall ... semuanya menyelerakan ...

    ReplyDelete
  9. Air buah tu memang nampak besttttt sgt. Dgn ada buah ptong mcm tu. Sekali sekala dapat makan sedap apa salahnya kan kak. Reward diri lepas penat keja

    ReplyDelete
  10. terbeliak mata aida pandang buah2an tu, yan.
    special nyer jus dia. tak pernah lagi aida jumpa.
    menarik!!!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...