Saturday, 19 March 2016

Kerja anak dara

Assalamulaikum...

Anak dara mama ni ada je kerja yang nak dibuatnya.



Tengoklah tu ada je kerja yang nak dibuanya, disusun segala perfume, deodorant, minyak gamat pun ada tu haa..disusunnya macam tu,mama ingat adelya nak buat apa. Lepas abis susun tu,adelya pergi ambil babynya dan nyanyikan lagu "Allah tatamat tan tamu..Allah tatamat tan tamu.."

Oh nyanyi lagu selamat hari lahir untuk baby rupanya, mama ingat susun perfume tu untuk apa? Rupanya kek besday...hehehe mama pun tak terfikir apa benda yang adelya buat tu, ongat saja nak susun je,rupanya sambut besday babynye..gembira sangat adelya dapat nyanyi untuk baby tu kan.


Kadang-kadang naluri gigirl tu ada, siap minta nak pakai baju pinses 'princess' tapi manalah adelya ada baju skirt kembang ala-ala princess tu, en.azmi tak suka pula anak daranya pakai baju frozen jadi mama pakaikan saja baju apa yang ada, itupun dah suka sangat siap minta mama amik gambar,pastu siap menari berpusing-pusing. Layankan sajalah..hihihi

Melayan kerenah anak-anak adakalanya menyeronokkan adakalanya menyinga mama dibuatnya...biasalah mama ni bukan penyabar sangat orangnya. Moga mama dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak mama.

Allahummasolli a'la saayidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

16 comments:

  1. ni besar nanti rajin tolong mama mengemas ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..moga2 rajinlah menolong mama nanti

      Delete
  2. omeinya pakai gaun pink..kecik lagi dh rajin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq JM...aah rajin sangat mengemas nih

      Delete
  3. comel adelya.macam2 keletah anak nak membesarkan? thaqif pun dah pandai susun2 lego dalam pinggan nnti jerit dah siap.konon dah siap masak kek pastu bagi ibu makan.kalau tanya kek apa, mesti kek epal/oren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aimi macam2 kerenah anak2 ni sementara nak membesar, hahaha bijak thaqif

      Delete
  4. Budak2 memang suka berimaginasi ,suka kan tengok keletah mereka.Comel lah yaya...
    Kerenah ank2 ni kdg boleh buat kita naik angin tapi itulah yg kita rindu bila mereka dah besar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak kadang2 memang naik angin dibuatnya, ye pasti akan dirindui bila mereka dah besar nanti

      Delete
  5. Conelnya Adelya, pandai pula menyanyi Allah selamatkan kamu, nak baju princess juga ya, naluri budak'budak atau terpengaruh kan.. apa pun this moment is precious kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu naluri budak2 terpengaruh pun ye juga, bila belikan dress menari2 katanya frozen hehehe

      Delete
  6. anak-anak penghibur jiwa . selalunya idea mrk spontan ...

    ReplyDelete
  7. Hihihi pandai adelya. Ada je akal nya. Kalau dah perempuan kan kak. Sikit sebanyak mesti nk jugak skirt princess tu haaa. Buat la satu tuk dia yg blh kembang2 tu kak. Tp labuh mesti dia suka nanti

    ReplyDelete
  8. alahai sweet nyer adelya.
    amik hati mama ye...
    good girl...!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...