Basuh kasut sekolah

Assalamualaikum...

Pagi-pagi hari cuti, rutin biasa..menyediakan sarapan, membasuh, mengemas. Sedang mama asyik mengemas baju yang siap dilipat,mama terdengar ada orang memberus di bilik air, setahu mama en.azmi keluar ke kedai.

Sekali mama tengok...aduhaiii tersentuh hati mama dengan anak yang seorang ini.



Adrien ni memang agak rajin menolong jika mama buat kerja, tengoklah tu basuh kasut sekolah sendiri, dalam usia 4thn 2bln adrien dah boleh basuh kasut sekolah mama bangga dengan adrien.

Siap je membasuh datanglah adrien pada mama

"mama..yen dah basuh kasut sekolah yen, tapi ni ada kotor sikit lagi"
"Sikit je tak apa, terima kasih rajin tolong mama" pujian perlu diberi setiap kali anak-anak menolongkan, sebagai semangat untuk mereka dan jangan lupa ucap terima kasih, sebagai balasannya anak-anak juga akan mengucapkan terima kasih bila mama melakukan sesuatu untuk mereka.:-)

Sebelum ini mama pernah berkata pada adrien, sudah makan pinggan perlu dibasuh sendiri, apa adrien jawab?

"Mama..yen nak buka paip basuh tangan pun tak sampai,macammana yen nak basuh pinggan" hahaha...betul juga tu, setiap kali nak basuh tangan mesti mama atau abang adam yang tolong bukakan paip. Tak mengapa adrien, tunggu besar sikit baru basuh pinggan ye.

Setiap anak punya karekter dan keistimewaan serta kelebihan dan kekurangan masing-masing kan, sebagai mama..semua itu adalah pengalaman yang indah, tak perlu dibezakan setiap anak. Adam,adrien & adelya...ketiga-tiganya pandai mengambil hati mama dengan cara mereka tersendiri.

Allahummasolli a`la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Kalau nak usha dress,blouse, minyak wangi boleh jenguk Gerobok kak lah

Comments

  1. Suka acik PC tengok awak sayang...walau sedikit atau kecil bantuan dan tindakkan baik yang dilakukan itu sudah cukup menggembirakan..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya anak yan baru 4 tahun dah pandai basuh kasut sendiri... pandai sungguh yan mendidik anak...semoga anak2 yan menjadi anak2 soleh.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah miliki cahaya mata penghibur hati penyejuk jiwa...^_^

    ReplyDelete
  4. Bagusnya Yennn..suka Untie Yen rajin tlg mama,nti bole tlg mama masak plak ye Yen :)

    ReplyDelete
  5. alahai ye. very good la.
    sejuk ati mama.
    mengusik kalbu mama-mama yg lain jugak :)
    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Aunty pun tolong bangga Yen....baru 4 tahun dah ada perasaan belas kat mama.
    Beruntunglah awak Azra ada anak anak yg ringan tulang cenggitu. Ringanlah kerja awak nampaknya

    ReplyDelete
  7. Good boy yen...sejuk lihat anak2 yang bijak n rajin berdikari

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts