Monday 25 May 2015

makan-makan,jalan-jalan

Assalamualaikum...

Sabtu...seharian dirumah bersama anak-anak sebab papa dorang bekerja.

Ahad...mama cuti masak,en.azmi bawa makan diluar.tanya anak-anak nak makan apa? Macam biasa adrien pantas menjawab "yen nak makan chicken chop dengan nasi" adoiii...tetengah hari ni nak mencari chicken chop? Mama ni dah la lapar nasi.

Akhirnya tak menghampakan adrien kami makan juga lah chicken chop, abg adam macam biasa ikut je,sudahnya share makan dengan mama dan abg adam yang makan lebih-lebih..hihihi takpelah mama tukang suap pun dah kenyang tengok anak makan walaupun perut mendidih hahaha.



Inilah makanan yang di order.. alhamdulillah menepati selera, semuanya sedap lagipun sesekali dapat belanja anak-anak makan mengikut selera mereka rasa puas dan seronok, tengok mereka makan dengan berselera lagilah seronok,walaupun macam-macam hal yang mereka buat, membising je kerjanya..adrien pulak siap kelek bantal busuk dia bawa masuk kedai.. suruh tinggal dalam kereta tidak mahu..adelya pun sama naik juga,dah elok-elik mama letak dalam baby chair tu dia boleh keluar naik atas meja ohoii sabar je lah..pastu nampak meja sebelah ada budak kecil.siap panggil baby..baby..pastu boleh dia main cak-cak dengan baby tu..hehehe yang baby tu pun melayan senyum-senyum tengok adelya..

Selesai makan en.azmi ajak balik tapi akak ajak bawa anak-anak jalan-jalan dulu, dekat situ apa yang dekatnya..i-city shah alam lah..ok lah..moh la kita ronda-ronda, tapi biasalah tempat yang dekat kosnya tinggi pulak,takpe lah sekali sekala kan,lagipun memang tak pernah masuk pun tengok apa yang ada dalam i-city ni secara keseluruhannya lagi kan..dulu masuk trick art museum je.


Anak-anak teruja tengok pelbagai binatang yang ada dekat situ,sikit-sikit minta mama snap pic, tapi takde sorang pun yang nak bergaya elok,memasing buat hal sendiri, jenuh mama nak snap pic, sudahnya mama amik je la yang mana sempat.

memula masuk snow walk...layankan gambar-gambar yang ada



Adrien..memula nak pakai boots tu siap cakap " eh..ni macam kasut tok je" hahaha, kebetulan kan macam kasut tok, kat kampung tok pun ada boot macam tu,cuma warna kuning.


Ada beberapa permainan gelongsor yang boleh dimain,tapi mama tak main pun..sejuk betullah dalam tu,macam ni ke rasa salji sebenar?...hehehe sebab tak pernah rasa salji sebenar jadi tak tahu lah kan, kat dalam ni memang sejuklah,tak tahan betul,anak-anak juga yang seronok,boleh lagi main gelongsor ais tu,tak kisah pun seluar basah,adelya pun main juga.


adelya asyik nak berdukung dengan papa je lah, itu marah sebab papa tinggalkan dia, kalau berjalan pulak bukan main,mama dah pegang tangan dia,sebelah lagi mesti papa yang pegang,kalau papa tak pegang mengamuklah taknak berjalan..perangai sangat kannn..itu masa dalam ice age adventure tu dia duduk dengan papa.rilek je..abang-abang dengan mama la, tak takut pun tengok dinosour dalam tu,abang adam pun ok,adrien yang takut siap peluk mama..hehehe


mama pun teringin jugak nak bergambar..satu ni jelah gambar mama yang ada,itupun mujur papa sudi nak snapkan pic mama nih...abang adam memang susah nak diajak bergambar,jadi bergambar bertiga je la..


semangat adrien nak naik atas semut nih..dia panjat sampai boleh, anak-anak teringin nak main permainan yang ada dekat sini,tapi takde orang yang main pun,kata en.azmi benda ni main malam je.. ye ke? entah-entah dia tipu..hahaha,tapi memang takde yang main pun,lepas tu ada orang dok repair permainan yang ada dekat sini, under construction kot. jadi kita amik gambar je lah kan.


Abang adam macam biasalah gayanya bila bergambar...sokmo lah nak jadi robot, itu yang muka jadi entah apa-apa tu..layankan aje lah...


Kemudian kami cuba masuk submarine pulak..seolah-olah kita masuk dalam kapal selam, meneroka dalam laut, tapi bagi mama lebih seronok jika kapal tu bergegar-gegar  sedikit, baru terasa lebih real, macam mama pernah rasa masa di petrosains dulu..naik helikopter dan bergegar hahaha... kalau bergegar tentu lebih takut rasanya masa kapal ditelan sotong gergasi tu...adelya macam biasa walaupun gelap tidak berbunyi pun, adrien..mula-mula bukan main yen berani la mama... dalam tu pejam mata peluk mama kuat-kuat hahaha...



Akhir sekali masuk fun drive, hero berdua memang suka lah,papa la yang jadi mangsa tukang bawa kereta,mama tunggu je dengan adelya, sebab kereta tu boleh muat dua orang je,kalau bertiga bole juga mama join bawa adelya dengan adrien,abg adam dengan papa,tapi tak boleh terpaksalah papa yang bawa dua-dua hero dia tu..seronoklah budak berdua tu dapat naik kereta abang adam siap nak naik lagi, tapi mama dah penat,lain kali pulak kita jalan-jalan ye...

itulah cerita hari ahad, sesuatu yang tak dirancang pun, tapi alhamdulillah..dapat juga bawa anak-anak bergembira...

Pesanan buat anak-anak mama :

Hasan r.a berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda,

"Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah silap lidah."

Hadis Riwayat Baihaqi

*Diam itu lbh baik...jika tiada apa yang mahu kita ucapkan (tapi mama ni banyak cakapnya..)

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. Masa cuti jelah masa yang berkualiti bersama anak-anak

    ReplyDelete
  2. Wah..syoknya diorang makan sedap2 dan dapat pula masuk kawasan sejuk kat i city tu ya.. hari yang menggembirakan utk anak2 ni..

    ReplyDelete
  3. seronok dorang mama bawak jenjalan.. betul tu kak, dapat hiburkan hati anak2 memang satu kepuasan bagi kita.. duit boleh cari kan..yang penting momen tu..

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum AA...itulah kasih sayang seorang yang bernama mama..ibu..mak..umi..bunda

    ReplyDelete
  5. Salam singgah!

    Tok punya boot ala-ala PCK itu yang warna kuning *_*

    Saya pun selalu juga pergi I-city ni tapi masih tak habis explore lagi. Anak-anak saya penakut ikut Mommynya, tak adventure langsung. Nak ajak main salji katanya, suami kita tak mahu sebab dah penat dok dalam salji!

    ReplyDelete
  6. suka anak-anak dapat pegi makan-makan & jalan2... :)
    jalan-jalan blogwalking :)



    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. best jugak icity ni. Saya x pernah pergi lagi. Untung betul kecik2 dah pergi ehehe

    psst, kalau sempat malam ni, sudi-sudilah join giveaway saya ehehe

    ReplyDelete
  8. Yen mcm tok.. hehe..
    seronok jgk dlm main salji ye..
    comey yaya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...