Assalamualaikum....
Masih dikampung,pagi yang sejuk mendamaikan dengan kokokan ayam serta kicauan unggas...eceh kemain lagi mama ye...
5.30am dah terjaga sebab sudah terbiasa tetapi tidak tahu nak buat apa baring2 sahaja,mata tidak mahu terpejam lagi. Tulislah sesuatu disini.
Semalam abg adam buat perangai, abg adam ni kadang2 bole jadi tantrum tau kalau apa yang dia nak tak dapat.. semalam mama suruh stop tengok youtube dan pergi mandi,dia protes juga dengan muka yang masam,tidaklah mengamuk macam biasa tapi dia pergi main botol untuk isi kekacang bg majlis kawin adik ipar akak nanti,sampai pecahlah botol tu sebiji..hei geram pulak mama dibuatnya,kena la sebijik dengan mama,dah dicakap elok2 pun dibuat juga.
Mama sekarang ni kalau depan tok dengan wan pun mama marah je anak2 kalau dulu mama control juga,takut juga kan,tapi tidak bole jadi sebab nanti anak2 fikir kalau ada tok dan wan dorg bole buat perangai...hahaha jadi sekarang mama nak cubit pun mama cubit je..kalau ada buat salah la,kalau tak buat salah buat apa nak cubit pulakkan.
Mama marah pun bersebab bukan sebab botol pecah kerana botol pecah inshaAllah mama bole ganti tapi mama marah kerana yang akhirnya benda itu menyakitkan abg sendiri,dah kaki abg luka terkena serpihan kaca,jari mama pun terbelah juga dah tak pasal2 jadi mat saleh celup makan nasi dengan sudu garfu...hewhewhew.
wan tanya nape abg tu? Pecahkan botol mama cakap...kena marah la muka gitu.. kata wan lagi..hehehe mama cakap..aah..
dah nok pecoh,nok goner ke pulok..
Pesanan untuk anak-anak mama :
Mama membebel bukan kerana mama marah tapi mama membebel kerana mama sayang... mama faham sangat sebab mama dulu pun pernah kecik dan selalu memberontak bila kena marah tapi bila dah besar ni baru mama tahu ibu bapa tu marah membebel sebab mereka sayang,mereka nak kita jadi orang,orang yg tahu erti tanggungjawab.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Anak dara saya ada cakap...'ibu ni asyik marah jer'...ppffttt...Pesanan macam tu lah saya bagi kat anak saya ☺☺
ReplyDeletejangan sampai insan yang bergelar ibu berhenti bebelannya..kerana setiap bebelan ada maksud tersirat...anak2 sekarang lain macam anginnya kan
ReplyDeleteBetul tu, bdk ni perlu dimarah & ditegur pada masa dia buat salah tu.. kalau x, dia igt apa dia buat tu x salah..
ReplyDeletekira kalau marah uwais dia lagi jadi mcm lagi kuat tantrum nya. kira kena physcho. kena buat2 merajuk jauh hati dengan dia baru dia jadi macam cool down,. rasa mcm dia tu dah buat salah
ReplyDelete